Tajuk: Rasullullah S. A. W. Merupakan Manusia

SINOPSIS
Tiada riwayat hidup dan peranan seorang tokoh yang telah diteliti dengan begitu mendalam seperti Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Sesungguhnya perkara yang bakal ditulis ini adalah meliputi kehidupan Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . yang boleh dijadikan contoh teladan kepada kita. Khususnya ia mengambarkan kepada kita bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . adalah seorang insan biasa yang telah dipilih oleh Allah Subhanahu wa ta’ala  untuk dijadikan Rasul-Nya. Perilaku baginda dalam kehidupan seharian beliau boleh dijadikan contoh dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Melihat kepada sejarah perjalanan hidup Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ., kita akan menemui bunga-bunga keharuman dalam kehidupan baginda. Betapa baginda menjalani kehidupan ini benar-benar mengikuti seperti apa yang dikehendaki oleh Alllah Subhanahu wa ta’ala . yakni kehidupan yang menjadi contoh teladan yang terbaik kepada generasi yang seterusnya sehinggalah ke hari kiamat. Kehidupan yang penuh dengan erti perjuangan dan jihad dalam menyampai dan menegakkan agama Allah kepada sekalian manusia. Iaitu kehidupan untuk memimpin seluruh manusia untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala . Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . itu adalah sebagi rasul terakhir, baginda mempunyai akhlak yang unggul dan keperibadian yang tinggi. Kehidupan baginda adalah berteraskan Al-Quran. Menerusi Al-Quran itulah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . berjaya membentuk akhlak dan keperibadian yang unggul dan agung. Hal ini diakui oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . dalam Al-Quran iaitu pada surah al-Qalam, ayat 4 yang bermaksud “ Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia”. Keagunagn Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . sebagai rasul terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . merupakan rahmat bagi seluruh alam. Ianya bukan sahaja diberikan sanjungan yang tinggi oleh umat Islam sahaja bahkan termasuk juga penulis-penulis barat seperti Dr. Johson, seorang penulis dan pengkritik sastera Inggeris yang terkenal.

PENDAHULUAN :
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya melimpahkan selawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, sampaikanlah selawat dan salam kepadanya”. Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . itu adalah sebagai Rasul terakhir, baginda mempunyai akhlak yang unggul dan keperibadiannya yang tinggi dan amat dihormati oleh segenap manusia, yakni umatnya. Baginda dilahirkan pada tanggal 12 Rabiul’Awwal tahun gajah 571 Masihi iaitu ketika tentera Abesinia menyerbu dan menakluk Arabia. Baginda dilahirkan di tengah-tengah masyarakat Arab Jahiliah yang rosak akhlak mereka, namun kehidupan yang tidak bermoral ini sedikit pun tidak menggoyahkan iman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam .. Baginda bukan hanya menjadi nabi dan utusan Allah, tetapi juga kekasih Allah dan rahmat yang dikirimkan ke muka bumi sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-quran, “ Dan tidaklah kami utus engkau wahai (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi sekalian alam”.
Baginda mempunyai pelbagai sifat terpuji yang boleh kita contohi dan jadikan amalan dalam kehidupan seharian kita. Baginda sangat mulia di sisi Allah. Justeru, baginda dididik secara langsung oleh Alllah Subhanahu wa ta’ala  dan bukan dididik oleh keluarga atau masyarakatnya. Keunggulan keperibadiannya dan ketinggian akhlak Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . juga diakui oleh kaumnya sendiri iaitu kaum Quraisy sebelum mereka Islam sehinggalah baginda diberi gelaran “Al-Amin”, (yakni orang yang beramanah lagi dipercayai) ketika baginda berusia 35 tahun.
Kesimpulannya, jika diteliti dan difahami secara mendalam, jelaslah bahawa akhlak baginda tiada tolok tandingnya. Ahlaknya yang abadi dan sopan santunnya yang berdasarkan tuntutan Illahi dan bersumberkan Al-Quran yang suci adalah manisia yang sempurna dan satu contoh teladan yang luhur. Baginda telah wafat pada tanggal 12 Rabiul’Awwal 11 Hijrah sebelum tengah hari, pada hari Isnin, iaitu pada usia baginda 63 tahun. Sesungguhnya, pemergian baginda merupakan kehilangan yang tiada gantinya.

BIODATA :

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah dilahirkan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571 Masihi). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Baginda dinamakan Muhammad oleh Abdul Mutallib, yakni datuknya sendiri. Ketika Muhammad dilahirkan, beliau sangat gembira sehingga membawanya mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berkata, “ Hai anak yng diberkati, aku akan namakan engkau Muhammad. Kelahiran anak ini mengiringi kemuliaan dan kemenangan untuk Rumah Suci, semoga ianya diberkati!” Beliau memilih nama Muhammad yang bermaksud “ Orang yang menerima pujian ” dan beliau ingin Muhammad dipuji di atas langit Allah dan di atas bumi pengikutnya.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang Ibu angkat (wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'a diah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda telah dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab Jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.


Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa dalam kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As-Siddiq (yang benar) dan Al- Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa. Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun.
Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu. Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa. Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata, "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. "
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka. Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam.
Pada akhir Safar 11 Hijrah, baginda mulai sakit tenat iaitu di saat-saat baginda menghadapi sakaratulmaut. Baginda telah menyelesaikan tugas beliau sebegai utusan Allah. Baginda telah wafat pada 12 Rabiulawal 11 Hijrah. Sesungguhnya, kewafatan baginda telah membuatkan semua masyarakat berdukacita di atas kehilangan seorang pemimpin dan Rasul yang dihormati dan disanjungi. Setelah itu, sahabat baginda Abu Bakar As-Siddiq mengambil tugas dan tanggungjawab baginda meneruskan dakwah dan memimpin umat Islam.
PERJUANGAN NABI MUHAMMAD Sallallahu ‘alaihi wa sallam . :

Sesungguhnya amat besar jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam .. Baginda telah berjaya mengubah umat yang menyembah berhala menjadi umat yang tauhid yang mengabdikan diri kepada Allah, umat yang berpecah belah menjadi umat yang bersatu padu, umat yang menghina dan membunuh anak perempuan hidup-hidup menjadi umat yang membela kedudukan wanita sebagai saudara kandung bagi kaum lelaki, umat yang jauh tertinggal di belakang dan umat paling biadab menjadi umat yang berjaya membina tamadun yang tinggi, diiktiraf oleh sejarawan dunia bahawa umat Arab pada zaman keemasannya menjadi guru bagi tamadun dunia barat.
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a. s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelum itu, ianya dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain. Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10, 000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Sesungguhnya, banyak lagi perjuangan nabi yang belum diceritakan. Ini hanya sedikit sahaja yang dapat diceritakan. Sungguh pun demikian, perjuangan beliau amat dihargai oleh semua pihak, terutama umat Islam di atas muka bumi ini. Islam berkembang dengan pesat sekali di atas pengorbanan yang telah nabi lakukan untuk umatnya yang tercinta. Malahan, personaliti Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . yang begitu jujur dan terbuka, cerdas, bijaksana, rendah diri menyebabkan orang ramai tertarik kepada Islam.

SIFAT-SIFAT NABI :

“ Kehadiran Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . sebagai pembawa dan penyampai risalah terakhir ketauhidan menjadi mukzijat wajah dunia (terutama bangsa Arab saat itu) dari carut marut dan penuh kejahiliyahan menjadi bangsa yang terang benderang, beradab dan penuh dengan rasa kemanusiaan dan kecintaan antara sesama. Tidak hairan lah bila dalam banyak kajian tentang tokoh–tokoh yang berpengaruh dalam mengubah dunia, peribadi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . selalu menempati urutan teratas. Berbagai kajian ilmiah, termasuk yang dilakukan kalangan Barat, tak membantah peran tersebut, “ demikian tulis Dr. Muhammad Majdi Marjan dalam bukunya ‘ Muhammad Sang Nabi Tercinta. ”
“ Michael Hart mencantumkan nama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dalam urutan pertama 100 tokoh yang paling berpengaruh di dunia, lantaran kagum dengan akhlak beliau. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . tidak saja berhasil mendidik diri, keluarga dan umatnya tetapi beliau juga mampu melestarikan kekuatan teladan itu dalam setiap nadi generasi para pengikutnya. Sebelum menasehati orang lain, jauh-jauh hari beliau selalu menghiasi dirinya dengan akhlak mulia ‘ibda binafsika, ‘ “ kilah Yusuf Burhanuddin pula dalam artikelnya ‘Mencintai Rasul. ’
Akhlak Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . merupakan acuan akhlak yang tidak ada bandingannya. Bukan hanya dipuji oleh manusia, tetapi juga oleh Allah Subhanahu wa ta’ala .. Hal ini dapat dilihat dalam firman-Nya, “ Dan sesunguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung’’. Ketika Aisyah RA ditanya tentang akhlak Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ., ia menjawab, “Akhlaknya adalah Al Quran“. (HR, . Ahmad dan Muslim). Tingkah laku Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . tercermin dalam kandungan Al Quran sepenuhnya.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . menegaskan tentang misinya, “Sesungguhnya aku diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. “Sehingga Syauqi Beik dalam kata-kata hikmahnya menyatakan, “ Sesunguhnya umat dan bangsa itu sangat tergantung pada akhlaknya. Jika baik, maka akan kuat bangsa itu. Jika rosak, maka akan hancurlah bangsa itu’’.
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah terbahagi kepada dua. Iaitu perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitrah, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram) ; atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu kita tidak digalakkan untuk meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . yang berperanan sebagai Rasul, yakni utusan Allah, sebagai pendidik atau guru, sebagai ketua keluarga, dan sebagai pemimpin ummah, maka baginda memeiliki sifat-sifat yang terpuji seperti as-siddiq yang bererti benar, amanah yakni yang boleh dipercayai, tabligh yang bererti menyampaikan wahyu atau risalah Allah, fatonah yang bererti cerdik, dan sebagainya lagi.
Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam . sentiasa bercakap benar atau pun as-siddiq dalam percakapannya, pemikiran, perbuatan, cita-cita, janji dan sebagainya. Sebagaimana yang disebutkan dalam sabda baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam . “ Sesungguhnya berkata benar itu menunjukkan ke jalan kebaikan, dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan ke syurga. Sesungguhnya seseorang itu hendaklah berkata benar sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar... ’’, Riwayat al-Bukhari dan muslim daripada Ibnu Mas’ud.
Istiqamah bermakna berpendirian yang teguh dan tetap atas agama Allah dan mengamalkan pengajarannya dengan tetap. Istiqamah wajib dimilki oleh setiap individu Muslim dan Muslimah iaitu dalam akidah dan dalam mematuhi titah perintah Allah.

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . bersifat amanah, baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Beramanah sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab yang dibebankan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . atas bahu baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam . untuk menyampaikan risalah kepada kaumnya dan seluruh manusia. Maka amanah itu dijalankan dengan sebaik-baiknya tanpa mengenal jemu dan bosan, tanpa mengendahkan segala rintangan dan cabaran dari kaumnya. Walaupun dihina dan dinista, disakiti, dipulaukan, dgula-gulakan dengan memberi tawaran pangkat atau kedudukan dan sebagainya, dan yang terakhir sekali ancaman bunuh, namun baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam . tetap teguh memegang amanah demi menyebar dan meninggikan Kalimatullah Hiyal’ Ulya. Ketika Rasullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . diberi tawaran supaya memilih harta atau takhta atau wanita dengan syarat baginda hendaklah berhenti dariapada kerja dakwah, tawaran itu disampaikan menerusi bapa saudaranya Abu Talib. Lawan amanah ialah khianat dan sifat khianat itu sama sekali tidak dimiliki oleh Rasullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ., bahkan baginda membencinya.
Tabligh ialah menyampaikan risalah Allah Subhanahu wa ta’ala . kepada umat-Nya dan tidak ada sesuatu yang disembunyikan. Diceritakan daripada Abi Bakrah r. a. pada hadis yang panjang daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . sabdanya, “ Bukankah telah aku sampaikan ?” kami menjawab, “Ya!” sabda Nabi lagi, “ Ya Allah! Saksikanlah. Oleh itu hendaklah orang yang hadir (yang mendengar pengajaran yang telah aku sampaikan) menyampaikannya pula kepada yang tidak hadir ’’
Fatonah bererti cerdik atau pandai atau bijaksana ynag mana merupakan salah satu sifat utama Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dan sifat ini amat penting khususnya dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiah sebagaimana firman Allah yang berbunyi, “ serulah ke jalan Tuhanmu (waahi Muhammad) denagn hikmah kebijaksanaan dan dengan nasihat pengajaran yang baik da berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik”, yang terdapat dalam surah al-Nahl, ayat 125.
Baginda adalah seorang yang pembersih. Allah Subhanahu wa ta’ala . memerintahkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . agar sentiasa membersihkan diri zahir dan batin, iaitu bersih pakaian, akhlak, perbuatan zahir daripada kemaksiatan dan sebagainya. Setiap individu Muslim dan Muslimah yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . mereka juga dituntut supaya membersihkan diri daripada kekotoran dosa dan kekotoran najis. Membersihkan diri zahir dan batin adalah sebahagian daripada tuntutan iman dan orang yang bersih dikasihi oleh Allah.
Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam . juga adalah seorang yang pemurah atau dermawan. Ibnu Abbas r. a. berkata, “ Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . adalah orang yang paling pemurah dalam kebaikan. Sifat pemurahnya itu lebih menonjol lagi pada bulan Ramadhan sampai akhir bulan…” oleh kerana kedermawanan Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . itu, baginda tidak ada simpanan makanan untuk hari esok, jika masih ada makanan maka ia akan disedekahkan kepada fakir atau miskin. Kedermawanan beliau bukanlah untuk mencari pujian atau untuk menutupi kekurangan dan bukan juga untuk berbangga-bangga. Tetapi, adalah semata-mata kerana Allah, untuk mendapatkan keredhaan-Nya serta untuk melindungi agama bahkan juga untuk menolong kaum muslimin yang miakin kerana menghabiskan harta mereka di jalan Allah dan sebagainya lagi.
Al-Afwu adalah memberi maaf, memberi ampun terhadap kesalahan orang tanpa ada rasa benci terhadap orang yang bersalah atau sakit hati atau ada keinginan untuk membalas padahal dia mampu membalas. Al-Quran menjadi sumber budi pekerti Nabi, sifat-sifat beliau ialah pemaaf, banyak memberi maaf, dan pemaafannya itu di saat beliau bekuasa dan mampu membalas, sesungguhnya sifat maaf beliau timbul dari jiwa yang pemurah. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . seorang yang sentiasa lapang dada, tenang dan sentiasa bersedia memberi maaf waalau baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dikasari oleh musuh.
Adil membawa maksud memberikan hak kepada yang berhak dengan tidak membeza-bezakan antara orang-orang yang berhak itu, dan bertindak terhadap orang yang salah yakni bersesuaian dengan kejahatan dan kelalaiannya. Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . memperolehi sifat adil langsung dari pendidikan Tuhan dan akhlak yang bersumberkan dari Al-Quran. Nabi adalah seorang hakim yang ditaati, keputusannya mententeramkan hati kaum muslimin
Diantara akhlak mulia Rasul Sallallahu ‘alaihi wa sallam . ialah pemalu. Beliau bersabda ; “Hendaklah kamu merasa malu kepada Allahs. w. t. dengan malu yang sebenarnya. “Para sahabat menjawab “ Ya Nabiyullah, alhamdulillah kami sudah merasa malu. “ Kata Nabis. a. w. : “ Tidak segampang itu. Yang dimaksud dengan malu kepada Allah Subhanahu wa ta’ala . dengan sebenarnya malu adalah kemampuan kalian memelihara kepala beserta segala isinya, memelihara perut dan apa yang terkandung di dalamnya, banyak-banyak mengingat mati dan cobaan (Allah Subhanahu wa ta’ala . ). Siapa yang menginginkan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang telah mengamalkan demikian, maka demikianlah malu yang sebenarnya kepada Allahs. w. t.. “ (HR. Turmuzi dan Abdullah bin Mas’ud).
Di antara akhlak Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . lain yang perlu dicontohi termasuklah sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui, menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak, bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya, tidak menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan mereka, sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan dan juga berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya. Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan.

KESIMPULAN :

Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  merupakan manusia yang sempurna dan merupakan contoh teladan yang baik untuk kita contohi. Peribadi dan sifat-sifat beliau yang tiada tandingannya merupakan tunggak utama contoh dalam kehidupan seharian kita. Akhlak baginda yang abadi dan adab yang sopan santun adalah berdasarkan tuntutan Illahi dan bersumberkan Al-Quran yang suci.
Sesungguhnya, amat besar jasa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam .. Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah berjaya mengubah umat yang menyembah berhala menjadi umat yang tauhid yang mengabdika diri kepada Allah, umat yang berpecah belah menjadi umat yang bersatu padu, dan lain-lain lagi. Perubahan besar itu berlaku dalam jangka waktu yang singkat iaitu tidak lebih daripada 23 tahun. Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam . berjay membuat perubahan besar itu dengan pimpinan wahtu Al-Quran yang meliputi segenap aspek kehiduoan insan seta keunggulan akhlak baginda yang sungguh dikagumi. Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat pengakuan tentang budi pekertinya tidak hanya daripada kaum muslimin tapi pengakuannya juga datang dari kalangan musuh-musuh beliau.
Dengan demikian jelaslah bahawa akhlak Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . itu sangat terpuji dan mulia. Akhlak beliau ada disebut dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Beliau adalah contoh yang patut diteladani dan ditiru oleh kita semua selaku umat Islam yang mengikuti ajaran syariatnya. Dengan dalil-dalil tentang akhlak Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . yang dicantumkan, semoga ianya dapat menjadi cermin bagi kita, dan berharap kita dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari.
Dalam diri Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam terkumpul sifat-sifat utama iaitu rendah hati, lemah lembut, jujur, tidak suka mencari-cari cacat atau kekurangan orang lain, sabar, tidak angkuh, santun dan tidak mudah mabuk pujian. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam selalu berusaha melupakan hal-hal yang tidak berkenan di hatinya dan tidak pernah berputus asa dalam berusaha. Oleh sebab itu Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah contoh ideal bagi seluruh kaum muslimin, termasuk bagi para sufi. Hal ini sesuai dengan firman Alah Subhanahu wa ta’ala dalam surah Al Ahzab ayat 21: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu yaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Alah.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: RIWAYAT HIDUP SAIDATINA KHADIJAH

SINOPSIS
Saidatina Khadijah yang unggul mempunyai peribadi yang cukup menghayat hati. Saidatina Khadijah dikurniakan peribadi serta sifat-sifat yang sangat mulia tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Saidatina Khadijah menjadi isteri yang pertama dalam hidup Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dan peribadinya telah membuat hati dan hidup Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . cukup bahagia. Saidatina Khadijah amat bermakna dalam hidup Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Saidatina Khadijah telah dikurniakan dengan berbagai gelaran antaranya ialah Ummul Mu’minin, Thahirah, penghulu wanita serta penghulu syurga. Beliau juga orang pertama yang beriman dan mengatakan Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . itu utusan-Nya. Saidatina dilahirkan dari kalangan keluarga yang mulia. Oleh itu juga Saidatina Khadijah mempunyai peribadi yang mulia dan disanjung tinggi. Saidatina Khadijah suka menolong orang-orang yang berada dalam kesusahan. Beliau tidak sanggup melihat penderitaan orang lain. Beliau sanggup menderita demi menolong dan melihat orang sekelilingnya hidup senang. Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan apabila beliau menguruskan dagangan keluarganya setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Di samping itu, sumbangan Saidatina Khadijah kepada Islam pada zaman awal Islam telah memberi banyak perubahan. Hartanya telah banyak dihabiskan untuk menolong Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ., keluarganya serta orang-orang Muslim. Tetapi beliau tidak pernah merungut tentang hartanya yang semakin berkurangan itu. Kisah Saidatina Khadijah ini telah memberi impak yang sungguh bagus dan positif kepada setiap umat Islam. Sifat semulajadinya yang sungguh agung dan tiada cacat celanya membuatkan dirinya lebih cepat mempengaruhi masyarakat Islam. Peribadinya itu memang patut kita jadikan contoh terbaik bagi menjalani kehidupan seharian kita. Saidatina Khadijah iaitu salah seorang tokoh Islam pada zaman dulu yang telah memberi banyak sumbangan terhadap Islam. Sumbangannya yang diberi kepada setiap orang Muslim tidak kira pangkat atau darjat itu memberi satu peringatan yang tidak akan lupus dari hati atau hidup seseorang Muslim itu.

PENDAHULUAN
Pengupasan tentang peribadi Saidatina Khadijah yang unggul, yang selama hidupnya menguatkan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . pada permulaan dakwah Islam. Saidatina Khadijah merupakan isteri pertama Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dan juga wanita pertama yang beriman serta menyatakan bahawa Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . adalah utusan dari Allah Subhanahu wa ta’ala . Di sini akan menceritakan mengenai riwayat hidup Saidatina Khadijah sejak beliau dilahirkan sehinggalah beliau wafat. Saidatina Khadijah memiliki peribadi yang luar biasa. Peribadinya yang cukup luar biasa ini memberi implikasi yang positif kepada masyarakat Islam pada zaman awal Islam. Masyarakat pada zaman itu amat kagum dengan keperibadian Saidatina Khadijah yang cukup mulia itu. Saidatina Khadijah adalah salah seorang tokoh yang paling penting dalam sejarah Islam. Wanita yang agung bernama Saidatina Khadijah ini telah memberi banyak sumbangan terhadap Islam dari pelbagai aspek dan juga telah menyumbang ke arah kemenangan kerajaan Islam. Beliau memainkan peranan yang sangat cemerlang. Bersama Abu Talib, Saidatina Khadijah merupakan salah seorang dari pendukung Islam dan kaum Muslim. Pada masa Islam mengalami tekanan peperangan yang tidak henti-hentinya dan selam tiga tahun mendapat serangan yang bertubi-tubi, Saidatina Khadijah membantu kaum Muslim dengan segala bentuk pengorbanan yang luar biasa. Saidatina Khadijah mempunyai sifat-sifat yang amat indah sekali yang mana sifat-sifat beliau ini belum tentu wujud pada setiap wanita pada zaman kini. Saidatina Khadijah mempunyai hati dan jiwa yang suci, bersih dan terpelihara dari kejahatan. Perasaan Saidatina Khadijah yang halus dan akhlaknya yang mulia membuatkan dirinya lebih dihormati dan istimewa. Di samping itu, ketakwaan dan keimanan beliau terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala . amat teguh sekali dan tidak perlu diragukan lagi. Walaupun Saidatina Khadijah ini seorang yang kaya, beliau tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai umat Islam. Selain itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah Islam yang berani. Keperibadiaan dan sumbangan beliau ini amat dikagumi dan sukar dilupakan. Sifat-sifat semulajadinya yang mulia itu akan menjadi satu contoh yang amat besar dalam hidup setiap manusia.

RIWAYAT HIDUP SAIDATINA KHADIJAH
Saidatina Khadijah dilahirkan di Makkah pada tahun 68 sebelum Hijrah dan kurang lebih 15 tahun sebelum tahun Gajah. Saidatina Khadijah merupakan puteri kepada Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai Al-Qurasyiyyah Al-Asayidah. Ayahnya seorang pedagang. Ibunya pula bernama Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham. Saidatina Khadijah lahir dari kalangan keluarga yang mulia, jujur dan keluarga pemimpin. Saidatina Khadijah berketurunan Bani Hasyim. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 2)

Saidatina Khadijah dibesarkan di kalangan keluarga yang mulia, terdidik dengan akhlak yang terpuji, bersifat teguh dan cerdik sehingga kaumnya memanggil Thahirah kerana beliau sangat loba terhadap akhlak dan kesopanan yang mulia. Ayahnya, Khuwailid wafat kira-kira pada tahun 585 Masihi iaitu sebelum perang Fijar. Manakala ibu Saidatina Khadijah wafat sekitar tahun 575 Masihi. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 4) dan (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Setelah ibu dan ayah Saidatina Khadijah wafat, kekayaan dan harta diagihkan kepada Saidatina Khadijah dan adik-beradiknya. Antara adik-beradiknya, hanya Saidatina Khadijah yang mewarisi kebolehan ayahnya untuk menjadi kaya. Oleh kerana Saidatina Khadijah dikurniakan kecerdasan yang luar biasa, beliau mengambil alih tanggungjawab bisnes keluarganya dan segera mengembangkannya. Beliau ingin memperoleh kekayaan dari titik peluh sendiri. Salah seorang bapa saudaranya bertindak sebagai penasihat beliau dalam masalah bisnes. Anggota keluarga yang lain juga turut membantunya apabila beliau memerlukan pertolongan. Walaupun begitu, dalam membuat keputusan, beliau tidak akan bergantung pada sesiapapun malah akan membuat keputusannya sendiri. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Saidatina Khadijah diperisteri oleh Abu Halah bin Zurarah bin Usaid bin Amr bin Tamim At-Tamimi. Mereka telah memperoleh dua cahaya mata yang bernama Halah dan Hanad. Setelah Abu Halah meninggal dunia, Saidatina Khadijah diperisteri oleh Atiq bin Aidz bin Abdillah bin Umar bin Makhzum Al-Makhzumi. Namun begitu perkahwinannya hanya berlangsung beberapa saat kemudian bercerai. Selepas itu ramailah orang-orang terkenal di kalangan Quraisy ingin memperisterikan Saidatina Khadijah, tetapi beliau menolaknya kerana beliau ingin meluangkan masa beliau dengan mendidik putera-puteranya dan menguruskan dagangannya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5)

Setelah dagangannya meluas ke negeri Syam, Saidatina Khadijah mengambil Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . sebagai pekerjanya bagi mengedarkan dan menguruskan dagangannya dari Makkah ke Syam. Di samping itu juga, beliau mengutus pembantunya yang bernama Maisarah untuk memperhatikan gerak-geri Nabi Muhammad. Setelah sekian lama mengenali diri dan sifat-sifat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ., Saidatina Khadijah mula jatuh cinta pada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Dan dari situlah terjalinnya perkahwinan Saidatina Khadijah dengan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dimana umur Saidatina Khadijah ketika itu ialah 40 tahun manakala umur Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . ialah 25 tahun. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 6-10)

Keistimewaan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang cerdas, pandai menjaga diri, suci perilakunya, bermurah hati serta dermawan. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah memberi gelaran penghulu wanita pada zamannya dan juga menjadi penghulu syurga. Saidatina Khadijah juga wanita yang sempurna, seorang teguh hati, agung, suci hatinya, bersih jiwanya, cantik rupa parasnya, halus perasaannya, sentiasa adil dan mulia akhlaknya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5-6)

Keimanan, kebaikan, kemurahan hati Saidatina Khadijah diketahui oleh setiap orang. Beliau penuh dengan kesabaran dalam penderitaannya dan bersemangat untuk berjuang. Saidatina Khadijah selalu mengagungkan rahmat dan kurnia dari Allah Subhanahu wa ta’ala . Beliau selalu mendapat rahmat yang berlimpah. Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, Saidatina Khadijah tetap tegar dalam keimanannya dan hal itu selalu menjadi sumber kekuatan yang tidak pernah goyah baginya dan bagi orang-orang di sekelilingnya. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 64-67)

Dari hasil perkahwinan yang sungguh harmoni ini, mereka berdua telah dikurniakan enam cahaya mata iaitu empat puteri dan dua putera. Anak pertama mereka ialah Al-Qasim. Al-Qasim wafat ketika berusia satu tahun. Selepas kelahiran Al-Qasim, diikuti dengan kelahiran Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Siti Fatimah Az-Zahra dan Abdullah. Abdullah wafat ketika masih bayi lagi. Semua puteri Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . wafat ketika Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . masih hidup kecuali Siti Fatimah Az-Zahra wafat enam bulan selepas wafatnya bapanya, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . (Muhammad Al-Ghazaliy, 1996: mukasurat 135)

Saidatina Khadijah tidak pernah meminta apa-apa pun dari suaminya. Jangankan minta berikan sesuatu, bahkan beliau banyak menggunakan wangnya untuk keperluan orang-orang Muslim. Selain itu, beliau seorang wanita sempurna. Saidatina Khadijah tidak pernah berasa cemburu. Beliau selalu bersyukur, gembira dan mempunyai perasaan puas dalam memberikan sesuatu. Beliau juga tidak pernah menyakiti orang, tidak pernah marah, berdendam, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang lain. Saidatina Khadijah dilahirkan dengan hati yang bersih. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 76-80)

Selepas bapa saudara Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  iaitu Abu Talib wafat, Saidatina Khadijah yang ketika itu berusia 65 tahun telah jatuh sakit. Tak lama kemudian Saidatina Khadijah pun wafat. Ini semua adalah kesan dari beratnya penderitaan yang ditanggung Saidatina Khadijah selama dipulau oleh kaum Musyrikin Quraisy selama tiga tahun di Syiib Abu Talib. Saidatina Khadijah telah wafat pada sepuluh Ramadhan pada tahun 619 Masihi. Pada saat kewafatannya, jubah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dijadikan sebagai kain kapan untuk Saidatina Khadijah dan beliau dikebumikan di Hujun, Makkah.
 (Maulana Syed Abul Hasan Ali an Nadwi, 2009: mukasurat 311)

SUMBANGAN SAIDATINA KHADIJAH KEPADA ISLAM

Saidatina Khadijah sedikit sebanyak telah memberi sumbangan kepada Islam. Beliau telah banyak menolong masyarakat pada zaman awal Islam tidak kira keturunan atau pangkat. Antaranya beliau telah membantu orang-orang miskin, janda, anak-anak yatim dan orang-orang cacat menggunakan keuntungan yang diperolehnya daripada hasil dagangannya. Apabila ada gadis miskin, Saidatina Khadijah mengahwinkannya dan memberikan mas kahwin kepada mereka.
 (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, kekayaan Saidatina Khadijah yang melimpah itu habis. Hal ini kerana sebahagian hartanya dihabiskan untuk membeli air bagi menyelamatkan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dan keluarganya. Saidatina Khadijah mengorbankan kesenangan, kekayaan, rumahnya dan hidupnya untuk Islam. Semasa peperangan, Saidatina Khadijah menggunakan semua harta kekayaanya untuk keperluan seperti misalnya membeli makanan dan minuman untuk keluarga suaminya. Beliau sangat bahagia apabila hartanya disumbangkan ke arah kebaikan. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 66-69)

Saidatina Khadijah selalu bersama suaminya yang tercinta di dalam masa susah mahupun senang. Saidatina Khadijah selalu menghiburkan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . ketika baginda kebingungan apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda. Saidatina Khadijahlah yang telah bersusah payah membawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . berjumpa sepupunya yang alim dalam kitab Taurat dan Injil iaitu Waraqah bin Naufal untuk mengesahkan apakah benda yang telah datang kepada suaminya di dalam Gua Hira’ itu. (Maulana Syed Abul Hassan Ali ad Nadwi, 2009: 311-314)


Setiap hari, Saidatina Khadijah memberikan makanan kepada orang-orang Muslim yang miskin sehingga tiada seorang pun yang menderita kelaparan. Di samping itu, beliau memberikan tempat tinggal kepada mereka. Beliau menggunakan banyak wangnya untuk orang-orang Muslim Makkah yang miskin dan dengan begitu beliau telah mematahkan tujuan orang-orang kafir yang mendera orang-orang Muslim itu. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 75)

Di samping itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah yang cukup berani, petah bercakap dan indah kata-katanya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau seorang yang berani dalam berdakwah dan mendapat sambutan yang cukup baik. Saidatina Khadijah selalu mendampingi suaminya yang tercinta dalam berdakwah dan beliau akan menolong suaminya dalam keadaan sulit dan penuh ujian. Beliau akan selalu menolong dan membantu Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dengan seberapa banyak kemampuan yang ada. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 18-19)

KESIMPULAN

Dari kisah Saidatina Khadijah ini, kita dapat lihat bahawa Saidatina Khadijah mempunyai keperibadian yang sungguh indah dan unggul. Beliau seorang anak yang bertanggungjawab dan pandai berdikari dalam menguruskan dan meneruskan perdagangan keluarganya. Beliau seorang isteri yang setia, ikhlas terhadap suaminya. Beliau berada di sisi suaminya yang tercinta di kala suka dan duka. Beliau juga seorang ibu yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu terhadap anak-anaknya. Seterusnya, beliau telah memberi banyak pengorbanan dari segi harta, waktu, kepandaian, tenaga, dorongan dan hatinya yang tiada bandingannya untuk Islam yang dicintai. Pengorbanan-pengorbanan beliau cukup berhasil bagi menguatkan dan mengukuhkan kerajaan Islam ketika itu. Pengorabanan Saidatina Khadijah untuk Islam ini sangat diagungkan dalam sejarah kita. Dorongan yang diberikan kepada suaminya iaitu Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah membuat politik Islam semakin maju. Tidak ada seorang pun yang dapat memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah. Hasil dari pengorbanannya, Islam ketika itu mampu menang dalam melawan penyembahan berhala. Musuh-musuh Islam dapat dikalahkan, keangkuhan Bani Hasyim dapat dirobohkan, dan ideologi keberhalaan dimusnahkan. Saidatina Khadijah ialah salah seorang tokoh utama yang membangunkan kemenangan Islam. Di sini juga, kita dapat lihat Saidatina Khadijah tidak pernah rasa jemu dalam memberikan bantuan kepada orang-orang sekelilingnya. Beliau memberikan sumbangan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ., keluarganya dan orang-orang Muslim kerana Allah Subhanahu wa ta’ala . Saidatina Khadijah juga tidak pernah rasa gentar untuk menghadapi musuh kerana beliau berani kerana benar. Setelah Saidatina Khadijah, orang-orang di sekelilingnya tidak pernah melupakan pengorbanan yang telah beliau sumbangkan. Pengorbanan dan peribadi Saidatina Khadijah yang mulia ini akan sentiasa dikenang dan perlu diterapkan dalam setiap jiwa dan pemikiran manusia pada zaman sekarang ini terutama pada kaum wanita. Saidatina Khadijah perlu dijadikan contoh yang baik buat semua masyarakat sekarang.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Riwayat Hidup Imam Al-Ghazali

SINOPSIS
Seorang tokoh ilmuan Islam yang amat dikagumi dan dihormati bukan hanya pada zaman kegemilangan beliau bahkan sehingga ke hari ini. Tokoh yang dimaksudkan ialah Hujjatul Islam-Imam Al-Ghazali. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad At-Thusi. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana. Bapanya tidak berpelajaran dan bekerja sebagai seorang penenun wool serta mempunyai sebuah kedai di Thus. Walaupun tidak berpelajaran tetapi bapanya amat mementingkan pelajaran terhadap anaknya. Ini dibuktikanapabila sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya telah mewasiatkan al-Ghazali dan saudaranya Ahmad kepada seorang ahli sufi untuk dijaga dan diberikan ilmu sehingga habis harta peniggalan bapanya. Tidak lama kemudian bapanya meniggal dunia dan tinggallah mereka berdua bersama ahli sufi. Setelah abis harta peniggalan bapanya ahli sufi meminta al-Ghazali untuk ke sekolah supaya keperluan mereka terjaga kerana ahli sufi sudah tidak mampu lagi untuk menyara mereka. Mereka akur dengan permintaan ahli sufi dan ddenagan sebab inilah mereka mendapat kebahagian dan diangkat darjat mereka. Sejak kecil lagi al-Ghazali telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru. Pelbagai cabang ilmu telah diterokai dan dikuasai sehingga menjadikan beliau seorang yang amat dihormati dan disegani. Ditengah-tengah zaman kegemilangannya berlaku satu peristiwa yang menyebabkan al-Ghazali terpaksa meninggalkan kariernya kerana kehilangan kata-kata. Setelah berlaku peristiwa tersebut, al-Ghazali telah berhijrah ke Mekah. Di sana beliau telah ber’uzlah dan berkhalwah selama sepuluh tahun.. Setelah sepuluh tahun ber’uzlah beliau diminta dan menerima desakan daripada para wali untuk keluar mengajar. Dengan niat yang berbeza daripada sebelumnya dan hanya kerana Allah Ta’ala beliau keluar mengajar dan bertekad memperbaiki diri sendiri dan orang lain. Beliau hanya sempat mengajar dalam masa yang singkat. Tidak lama kemudian beliau telah meniggal dunia di Thus tempat kelahiran beliau pada tahun 505 Hijrah. Al-Ghazali banyak memberi sumbangan kepada Islam. Beliau telah mempelajari pelbagai cabang ilmu seperti ilmu kalam, ilmu falsafah, ilmu tasawwuf dan ilmu fiqh. Al-Ghazali juga telah mengarang banyak kitab hasil daripada pelbagai cabang ilmu yang beliau pelajari. Kitab yang paling popular ialah kitab Ihya’ Ulumuddin yang mengisahkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama. Kesimpulan yang dapat saya buat hasil kajian terhadap riwayat hidup Imam Al-Ghazali dan sumbangannya dalam Islam ialah beliau seorang tokoh yang tidak ada pengganti pada masa kini. Saya amat kagum dan hormat kepada Imam Al-Ghazali atas kejayaan beliau dalam hidup.

PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah, tuhan yang mencipta sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, rahmat sekalian alam serta atas keluarga dan para sahabat baginda sekaliannya. Bersyukur saya kehadrat Allah kerana member peluang kepada saya untuk mengkaji serba- sedikit tentang riwayat hidup seorang tokoh ilmuan Islam yang amat disegani bukan hanya pada zaman kegemilangan beliau bahkan hingga ke hari ini serta sumbangan beliau dalam tamadun Islam. Tokoh yang dimaksudkan ialah Imam Al-Ghazali-Hujjatul Islam dan Pembaru Kurun ke-5 (450-505 Hijrah). Imam Al-Ghazali merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat dikagumi dan disegani kerana beliau dapat menguasai pelbagai cabang ilmu seperti ilmu kalam, ilmu fiqh, ilmu tasawwuf serta diakhir kehidupan beliau sempat menekankan pengajian hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Peninggalan beliau bukanlah harat bertimbun yang menjadi rebutan, tetapi peninggalan beliau merupakan khazanah ilmu yang tidak dapat dinilai dengan sebarang material sekalipun. Imam Al-Ghazali juga telah mengarang banyak kitab dalam pelbagai ilmu yang dikuasainya seperti kitab dalam ilmu teologi, ilmu tasawwuf, ilmu falsafah, Ilmu fiqh dan ilmu logika. Kitab yang paling terkenal hingga ke hari ini hasil karangan beliau ialah Kitab Ihya Ulumuddin yang mengisahkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama. Imam Al-Ghazali bukan hanya menceburi diri dalam dalam bidang penulisan bahkan beliau merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat bijak, benar pandangannya, mempunyai fitrah yang amat menakjubkan, mempunyai ingatan yang kuat, pandangan yang mendalam dan kebolehan menyelami makna-makna yang terperinci. Beliau hanya mengambil masa yang singkat untuk menyelesaikan pendidikannya. Beliau merupakan tokoh ilmuan yang perlu di contohi oleh masyarakat zaman sekarang.

RIWAYAT HIDUP IMAM AL-GHAZALI
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad At-Thusi Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Thus pada tahun 450 Hijrah (1058M). Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana. Bapanya seorang yang tidak berpelajaran dan bekerja sebagai penenun wool dan dijual dikedainya di Thus. Sebagai bapa beliau mahu anak-anaknya Berjaya dalam pelajaran. Beliau tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya. Menjelang saat kematian, bapanya telah mewasiatkan Al-Ghazali dan seorang saudaranya iaitu ahmad kepada seorang ahli sufi yang merupakan sahabat beliau. Bapanya juga berpesan kepada ahli sufi supaya menjaga dan memberi pendidikan sehingga habis harta peninggalannya nanti. (Ibrahim, 1985:1)
Setelah bapanya meninggal dunia Al-Ghazali dan Ahmad pun tinggallah bersama ahli sufi. Ketika bapanya meninggal dunia A-Ghazali masih kecil lagi. Ahli sufi tersebut telah menjaga dan mengajar kedua-duanya sehingga habis harta peninggalan bapa Al-Ghazali. Setelah habis harta peninggalan ahli sufi sudah tidak mampu lagi untuk membiayai mereka berdua, lalu beliau meminta mereka untuk menuntut di sekolah supaya keperluan peribadi mereka terjaga. Al-Ghazali akur dengan permintaan ahli sufi dan dengan sebab itulah yang membawa kepada kebahagiaan dan ketinggian darjat mereka berdua. (Ibrahim, 1985:1)
Sejak kecil lagi Al-Ghazalli telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru. Pertamanya, di negeri Thus beliau telah mempelajari beberapa tajuk daripada ilmu-fiqh dengan Imam Al-Radzakani, kemudian beliau ke Jurjan untuk belajar dengan Imam Al-Abi Nash Al-Isma’ili. Selepas itu beliau kembali semula ke Thus. kemudian Al-Ghazali dating ke ‘Nisabur’ dantelah mendekati Imam Al-Haramain Abu Ma’ali Al-Juwaini (419-478 Hijrah). Beliau telah belajar bersungguh-sungguh dan berijtihad sehingga mahir alam mazhab (Syafi’i), persselisishan, debat, usuluddin, usul fiqh, mantiq, membaca hikmah dan falsafah. Beliau juga menyusun kitab-kitab dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari dengan susunan yang baik. (Ghazali, 2002:2)

Setelah Imam Al-Haramain wafat pada tahun 478 Hijrah, Al-Ghazali dipanggil oleh Nizam Al-Mulk seorang wazir Sultan Saljuk Turki yang menguasai Khalifah Abbasiah di Baghdad. Di sini merupakan tempat pendebatan ilmu dan beliau telah menonjolkan dirinya dengan mengalahkan lawannya sehingga beliau telah terkenal di seluruh daerah. Nizam al-Mulk sanagt tertarik denga kebolehan Imam Al-Ghazali lalu beliau telah melantik Imam Al-ghazali sebagai professor kanan di Universiti Nizamiyyah di Baghdad. Orang ramai sanagat kagum denagan keindahan perkataannya, kefasihan lidahnya, huraian yang terperinci dan isyarat-isyarat yang halus. Kehormayan dan kedudukannya semakin tinggi di Baghdad sehingga beliau telah mengalahkan pemimpin-pemimpin (umara’), kedudukan pembesar-pembesar ulama’ dan darul khilafah. Walaupun begitu, beliau tidak pernah berhenti menuntut ilmu. (Ghazali, 2002:4)
Pada bulan Rejab tahun 488 Hijrah, telah berlaku peristiwa yang menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan tugasnya dimana beliau tidak mampu lagi mengajar kerana kehilangan kata-kata. Setelah beliau bermuhasabah beliua mendapati bahawa niat dalam pengajaran dan beliau dapati beliau tidak ikhlas kerana Allah Ta’ala, bahkan faktor dan penggerak utamannya ialah mengejar kemewahan serta menyebarkan nama baik beliau. setelah itu beliau bermujahadah kepada Allah agar dipulihkan dirinya supaya beliau mampu kembali mengajar pada suatu hari nanti untuk membaiki hati-hati manusia. (Ibrahim, 1985:5)
Disebabkan peristiwa itu, beliau telah meninggalkan Baghdad pada bulan Zulkaedah pada tahun 488 Hijrah dan telah menunaikan haji di Mekah. Disana beliau telah menetap selama sepuluh tahun dan sebahagian waktunya di Baitul Maqdis. Kebanyakan waktu beliau digunakan untuk ber’uzlah, khalwah dan bermujahadah diri. Beliau juga mensucikan dan menjernihkan hatinya dengan berzikir kepada Allah Ta’ala dan beliau beriktikaf di menara masjid Damsyik setiap hari. Selepas sepuluh tahun ber’uzlah Imam Al-Ghazali telah kembali ke negerinya iaitu Thus untuk meneruskan ‘uzlahnya. Pada bulan Zulkaedah tahun 499 Hijrah (1106M) beliau telah kembali mengajar di Madrasah An-Nazzamiyyah atas desakan para wali dan permintaan yang telah memasang azam, tekad dan niat untuk mengajari semata-mata kerana Allah dengan tekad memperbaiki dirinya sendiri dan orang lain. Beliau menatap dan mengajar di Nisabur dalam jangka masa yang singkat. Setelah itu beliau kembali ke rumahnya di Thus dan meninggal dunia di Thus pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah (18 Disember 1111M). (Ibrahim, 1985:6)

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI
AL-GHAZALI DAN ILMU KALAM
Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam. Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam. Dalam penulisan beliau, Al-Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu Kalam. Ilmu kalam sudah pun berkembang dengan baik bagi mempertahankan dan membela akidah ahli as-Sunnah sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain guru Imam Al-Ghazali.
Pernah disebut dalam sejarah, Imam Al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan berkaitan ilmu Kalam. Jika dijemput ke majlis seperti itu, beliau hanya berdebat berdebat dengan menggunakan metadologi Rasullah dan para sahabat. beliau berpendapat perdebatan yang berasaskan kepada hujah akal tanpa berpaksikan kepada sumber primer iaitu Al-Quran dan As-Sunnah hanya akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat ketika itu. (Ibrahim, 1985:17)
Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bid’ah di dalam Islam. Beliau megatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab iaitu pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari matlamatnya yang utama iaitu mengenal Allah. Keduanya, perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama’ salaf. Di antara kitab-kitab yang dikarang tidak ada satu pun yang beliau benar-benar menolak terhadap ilmu ini, malah dalam al-Munqidh beliau ada mengatakan”aku sendiri juga ada mengarang kitab-kitab mengenai ilmu Kalam ini dengan kehendakku. Aku dapati ilmu Klam ini dapat memenuhi tujuannya tetapi tidak dapat memenuhi tujuanku”. (Ghazali, 2002:10)

AL-GHAZALI DAN ILMU FALSAFAH
Pada mulanya, beliau langsung tidak mengetahui berkaitan dengan ilmu falsafah. Namun atas rasa tanggungjawab untuk membela agama Allah beliau telah mempelajari ilmu falsafah dengan semangat dan ketekunan yang tinggi. Imam Al-Ghazali menyedari bahawa musuh-musuh islam menggunakan ilmu falsafah sebagai senjata utama melemahkan pegangan umat Islam, beliau pun bangun menentang hujah-hujah golongan tersebut. Beliau telah mengkaji penulasan-penulisan yang berkaitan dengan ilmu falsafah secara individu tanpa berguru dengan mana-mana guru falsafah yang terkenal kerana beliau sibok mengajar ilmu-ilmu agama. (Ibrahim, 1985:22)
Al-Ghazali memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang ini khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam. Al-Ghazali telah membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan. Pertama, golongan atheis iaitu golongan yang mengingkari kewujudan pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua ialah natural iaitu golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa tidak akan dihidupkan selepas mati dan mereka menafikan adanya hari akhirat. Golongan ketiga pula golongan theologi yang terdiri daripada ahli theologi iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan sepeerti Plato, Aristotle dan Sukratus. Mereka membahaskan perkara-perkara yang berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal. Ilmu falsafah terbahagi kepada enam iaitu Matematik, Logik, Fizik, Metafizik, Politik dan etikaAntara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid Al-Falasifah, Al-Munqiz Min Aldhalal dan Tahafuut Al-Falasifah. (Ibrahim, 1985:26)

AL-GHAZALI DAN ILMU TASAWWUF
Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daeipada ahli sufi, beliau sekali lagi membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar. Dalam bidang tasawwuf Al-Ghazali mempunyai guru antara yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-Muhasibin. Apabila Al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawwuf beliau akan melemparkan kritikan yang membina yang bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam. (Ghazali, 2002:30)
Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama dan merupakan kitab yang terkenal hasil karangan beliau hingga ke hari ini. Kitab ini telah diterjemahkan le dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi sumber rujukan para ulama’ di rantau alam Melayu. Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah kerana kesedarannya yang amat tinggi terhadap penyelewgan teori dan konsep fiqh serta tasawwuf ialah dengan merujuk kepada sumber primer iaitu al-Quran dan Sunnah. Kemudian para sahabat dan tabi’in. Setelah merujuk kepada sumber primer ddan sekunder barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang ditulisnya. (Ibrahim, 1985:55)
Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin member implikasi besar dalam pengajian tasawwuf. Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana Al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bid’ah.

KESIMPULAN
Setelah mengkaji dan mengetahui tenyang Imam Al-Ghazali, saya berasa amat kagum dengan ketokohan Imam Al-Ghazali sebagai Hujjatul Islam dan Pembaru dalam kurun ke-5. Ternyata tiada siapa yang mampu untuk mengatasi beliau dari sudut ilmu dan pengalaman pada zaman itu. Telah dinyatakan sebelum ini beliau bukanlah seorang penuntut ilmu yang hanya mampu mempelajari sesuatu ilmu daripada guru kemudian menulis dan menghafalnya sahaja, bahkan beliau telah pergi jauh sehingga mampu untuk mencungkil dan mengorek segala permasalahan dan segala kepincangandalam sesuatu bidang ilmu itu. Selain itu, apabila Al-Ghazali mendalami sesuatu bidang pengetahuan sudah pasti belilau menjadi seorang yang menguasai bidang tersebut dengan izin Allah mengatasi cerdik pandai yang telah lama berada dalam bidang tersebut. Ini dapat dibuktikan dalam dibuktikan dalam setiap ilmu yang diceburinya sentiasa ada pemikiran-pemikiran baru yang bersifat pembaharuan atau pengembangan konsep yang dikemukan oleh ilmuan yang terdahulu sebelumnya. Sekiranya baliau masih ada pada zaman ini, beliau pasti menjadiseorang tokoh ilmuan yang sangat hebat dari sudut ilmu dan pengalaman. Dengan kecanggihan ilmu teknologi dan komunikasi serta pemerolehan maklumat tanpa sempadan kini pasti akan digunakan sepenuhnya oleh beliau umtuk menggali segala ilmu dan pengetahuan tanpa terhenti dalam satu bidang sahaja sebagaimana yang ada pada tokoh ilmuan masa kini. Tidak mustahil dengan kecanggihan ilmu yang ada, beliau mampu menulis lebih banyak buku hasil gabungan pengajian Islam dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi, social, politik, hubungan antarabangsa, geografi, sains dan bidang-bidang lain. Pada zaman teknologi sekarang susah untuk kita menemui tokoh ilmuan yang sama seperti Imam Al-Ghazali. Beliau telah memberi sumbangan yang amat besar dalam agama Islam. Begitu banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan kepada umat Islam pada zaman beliau tetapi masih boleh digunakan sehingga sekarang. Kata Al-Alif As-Syadzali:”Aku pernah melihat Rasullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mimpi, beliau membaggakan Al-Ghazali kepada Nabi Isa dan Nabi Musa. Beliau bersabda:”Apakah di kalangan kamu berdua ada orang seperti Ghazali?”. Nabi Isa dan Musa menjawab:”Tidak ada”. Sebagai umat nabi Muhammad kita juga patut berbangga dengan Imam Al-Ghazali kerana mempunyai tokoh ilmuan seperti beliau.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan kerasulannya

SINOPSIS
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam mempunyai riwayat hidup yang menarik dan menjadi inspirasi kepada seluruh umat Islam. Riwayat kehidupan baginda merupakan saat yang paling membanggakan apabila baginda meneruskan hidup tanpa kehadiran kasih sayang dari seorang insan bergelar ayahanda dan bonda. Pelbagai peristiwa yang terpaksa baginda lalui dalam menyampaikan wahyu Allah Subhanahu wa ta’ala  Baginda menerangkan wahyu Allah Subhanahu wa ta’ala kepada umat manusia. Proses dakwah yang dijalankan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam amat mencabar. Baginda mempertahankan wahyu Allah dengan sabar dan sentiasa memohon kepada Allah Subhanahu wa ta’ala  Seiringan proses dakwah baginda terpaksa menempuh peperangan untuk membela umat Islam. Dalam peperanganlah baginda menerima dugaan seperti kecederaan yang dialami ketika berperang. Dengan itu, sokongan dari sahabat telah banyak membantu baginda. Sehubungan dengan itu akhlak yang ditunjukkan telah menjadi sumber ikutan umat Islam. Di samping itu, sunnah Nabi Muhammad telah menjadi salah satu sumber rujukan umat Islam sehingga hari ini. Sunnah juga telah menjadi sumber kedua untuk menentukan dalam sesuatu hukum. Baginda juga telah membimbing manusia untuk mencapai kehidupan bermasyarakat antara umat Islam dan penduduk bukan Islam. Dari sinilah melahirkan umat Islam yang bersatu padu dan tolong menolong. Akhir sekali, ketika baginda wafat telah menjadikan umat Islam kehilangan seorang ikutan sepanjang zaman.

Pendahuluan
Bismillahirrahmanirrahim.
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan pembawa risalah besar dari Allah Subhanahu wa ta’ala  Sebagai seorang muslimin pada umumnya mengenal riwayat kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam secara menyeluruh dan terperinci adalah wajib. Melalui sedemikian riwayat kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dapat menjadi sesuatu yang boleh meningkatkan iman, membersihkan perangai dan akhlak serta menyalakan api perjuangan, mengimbau manusia supaya menghayati kebenaran dan setia membelanya. Di sini, saya menceritakan serba sedikit kehidupan nabi sejak dilahirkan, zaman kanak-kanak, zaman remaja, baginda mendirikan rumahtangga sehinggalah baginda wafat. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan Allah untuk memimpin manusia. Pada ini, saya menceritakan tentang serba sedikit ajaran yang dibawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk memimpin manusia. Selepas itu, proses dakwah Nabi Muhammad telah menarik minat saya kerana inilah kemuncak dakwah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  Sehubungan dengan dakwah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam peperangan juga menjadi salah satu proses dalam dakwah. Di sini, saya harap dapat mengetahui kesusahan yang dialami Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan sahabat. Akhlak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjadi salah satu isu untuk saya kupas untuk jadi inspirasi umat manusia. Dengan ini, saya harap dapat mengatahui dengan lebih lanjut dan ketinggian akhlak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  Saya juga telah menyisipkan beberapa kepentingan sunnah-sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang akan menjadi pembimbing umat manusia. Tambahan lagi, saya ada menerangkan serba sedikit tentang kemasyarakatan yang dipupuk antara umat Islam oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  Akhir sekali, kewafatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi penutup, di sini saya ada menceritakan saat-saat kewafatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam

Riwayat Hidup Rasulullah saw
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang nabi lagi Rasul akhir zaman yang diutuskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada umat manusia. Baginda dilahirkan di kota Mekah pada tahun Gajah bersamaan tahun Masehi 570. Muhammad Rasul Allah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan dari lingkungan keluarga yang bersih dan suci serta mempunyai salasilah terhormat. Iaitu keluarga yang menjadi pusat segala keutaman orang-orang Arab dan bersih. Baginda diberi nama Muhammad bererti ‘Insan Yang Terpuji’. Salasilah keturunan baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan. Ayahanda baginda bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang meninggal dunia di Yathrib ketika berniaga pada waktu itu nabi masih di dalam kandungan bondanya bernama Siti Aminah binti Wahab. Selepas bonda baginda meninggal dunia, baginda dibesarkan oleh datuknya, Abdul Muttalib. Ketika baginda berusia 8 tahun Abdul Muttalib meniggal dunia selepas itu baginda diperlihara oleh Abu Talib iaitu bapa saudaranya. Selama mengasuh dan membesarkan baginda, Abu Talib banyak memperoleh kebaikan dan keberkatan. (Ali:31-63)
Sejak kecil baginda telah mempunyai pelbagai keistimewaan dalam pelbagai bidang. Tatkala baginda berusia 25 tahun, baginda diberi dengan panggilan Al-Amin. Semasa baginda berangkat ke negeri Syam, membawa barang dagangan Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, ditemani oleh Maisarah, sahaya Siti Khadijah. Maisarah menceritakan tentang akhlak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang di lihatnya sepanjang perjalanan kepada Siti Khadijah, membuatkan Siti Khadijah jatuh hati. Maka Siti Khadijah melamar baginda, dan akhirnya baginda menikah dengan Siti Khadijah yang telah berusia 40 tahun. Selepas itu baginda telah menikahi Saudah binti Zam’ah, Aisyah, Hafshah, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah, Zainab binti Jahsi, Juwairiyah binti Harits, Raihanah binti Yazid, Ummu Habibah Ramlah, Shafiyah dan Maimunah. Baginda dikurniakan 7 orang anak 3 putera dan 4 puteri. (Shabban:71-76)

Ajaran Rasulullah saw
Segala puji bagi Allah yang telah mengutus seorang utusan, membersihkan dan mengajarkan kepada mereka Al-Quran dan hikmah, menunjukkan jalan, dan membukakan mata mereka untuk melihat sumber yang benar. Allah mengutusnya di saat dunia mengalami kekosongan Rasul dan adanya tuntutan dari jiwa manusia akan kerasulan. Dengan diutuskan Rasul ini Allah mengancam kecerdikan para cerdik cendiakawan dan menghalangi jiwa dari kesesatan. Sesungguhnya Islam adalah sistem yang kompleks jalan kehidupan. Ia adalah agama dan negara ibadah dan pergaulan syiar-syiar agama dan syariat. Islam bukanlah agama ritual, jampi-jampi dan sihir sebagaimana yang dianggap sebahagian orang.
Rasulullah mulai mengajak bicara orang banyak mengenai islam dan mengajak mereka supaya bersedia memeluk agama Allah yang dibawakan olehnya. Rasulullah menerangkan soal-soal akidah (keyakinan) dan amal perbuatan yang diwajibkan Allah kepada hambanya. 1. Mengesakan Allah (tauhid) secara mutlak: Manusia mesti menanam keyakinan serta tunduk kepada keagungagan serta ketentuan Allah. Dengan tertanam keyakinan tersebut, maka patung –patung yang disembah orang Arab berubah menjadi tidak lebih batu-batu biasa. 2. Kehidupan Akhirat: Pada suatu hari manusia akan dihadapkan kepada tuhanhnya dan perhitungan akan dilakukan. Hanya terdapat dua tempat bagi manusia iaitu syurga atau neraka.
3. Pembersihan Jiwa: Manusia mesti menjalankan ibadah tertentu yang telah ditentukan oleh Allah dan meninggalkan urusan lain yang akan mengakibatkan tidak terpenuhinya ibadah wajib.
4. Memelihara kehidupan masyarakat Islam: Manusia wajib melaksanakan masyarakat berdasarkan ukhuwwah Islamiyah bagi membela orang yang teraniaya dan memperkuat orang lemah tidak berdaya. (Ghazaliy:162-163)


PERJUANGAN DAKWAH.
Setelah mendapat wahyu kedua yang memerintah baginda supaya menyeru agar menyembah Allah. Rasullullah memulakan dakwahnya mengikut beberapa golongan. Golongan pertama ialah ialah orang rumahnya Siti Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Harithah dan Ummu Aiman. Kemudian Rasullullah menyeru sahabat karibnya seperti Abu Bakar as-Siddiq, Uthman bin Affan, Az-Zubair bin al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abu Waqqas, Talhah bin Ubaidullah. Golongan ketiga pula ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Abu Salamah bin Abdul Asad al-Makhzumi, Arqam bin Abu Arqam, Khalid bin Said bin al-Ass. Baginda juga berdakwah pada golongan hamba seperti Bilal bin Rabah, Zunairah, keluarga yasir serta hamba-hamba lain. Baginda menjadikan rumah baginda sebagai markas atau pusat penyebaran agama Islam. (Ali:140-151)
Selepas 3 tahun berdakwah secara tertutup, Ibnu `Abbas ra. menceritakan, setelah turun ayat``…. dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat`` (S. Asy-Syu`ara:214) Rasullullah mula berdakwah secara terang-terangan. Seruan yang sedemikian itu merupakan klimaks penyampaian dakwah baginda. Rasullallah menerangkan dakwahnya adalah jaminan bagi kelangsungan hubungan baginda dengan mereka. Fanatisme kekabilahan atau kekerabatan yang berabad-abad dipertahankan oleh orang-orang Arab, sejak saat itu mencair di bawah panasnya peringatan yang datang dari sisi Allah.
Dalam perjuangan melaksanakan tugas dakwah, Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menghadapi hentaman badai dan taufan kebencian kaum musyrikin sehingga memporakporandakan para pengikutnya. Propaganda bohong berhasil mencegah banyak kabilah masuk ke dalam Islam. Atas kehendak ilahi, hati mereka tergerak untuk menyelamatkan Islam dari lingkungan masyarakat yang mengasingkan mereka. Perubahan suasana itulah yang membuka jalan bagi Islam hidup di tengah umat manusia.
Perubahan besar seperti itu terjadi berkat peranan yang dimainkan oleh rombongan dari Yathrib (Madinah) yang datang ke Makkah pada musim upacara tradisional di Ka’abah. Di sini mereka melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam giat mengajak orang-orang Arab supaya beriman kepada Allah Subhanahu wa ta’ala  Sedikit demi sedikit akhirnya Islam banyak disebut-sebut di Madinah dan berita-berita mengenai Islam pun meluas. Walaupun mereka belum menyambut baik dakwah Islam, tetapi mereka tidak menyambut dengan makian dan permusuhan. (Shabban:24-26)

PERJUANGAN BERDARAH.
Agama Islam tidak mensyariatkan kewajipan perang kepada kaum muslimin, kecuali jika benar-benar ada bahaya yang mengancam keselamtan Islam dan hendak menghancurkan kaum muslimin
Perperangan yang disyariatkan oleh agama Islam, yang di dalamnya turut berkecimpung Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya adalah yang paling adil dan mulia. Sesuai dengan pengarahan oleh wahyu Ilahi dan sesuai dengan kebijaksanaan politik yang objektif, maka demi membela kebenaran Allah dan untuk mempertahankan hak hidup, Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mula bersiap sedia dengan ilmu tentang peperangan. Rasullallah menjelaskan bahawa kegiatan di bidang tersebut termasuk langkah mendekatkan diri kepada Allah dan merupakan ibadah yang suci dan mulia. Dengan ini, kaum muslimin dapat mematahkan gangguan orang kafir. Semangat “Jihad” yang berjaya diterapkan kepada umat Islam mampu mengalahkan orang kafir. (Ghazaliy:354)
Rasullallah dan para sahabatnya banyak belajar dan mengajar, berlawan dan berdamai, menang kalah, dan akhirnya berhasil memancarkan sinar dakwah dalam kehidupan umat manusia. Baginda mencurahkan tenaga dan segenap fikiran serta kesanggupan yang ada padanya.
Ketika dalam perang “Uhud”, mereka menderita pukulan hebat hingga gugurlah 70 orang pahlawan dari kalangan mereka akibat kealpaan mereka. Mereka menderita kekalahan yang memalukan. Dalam peperangan itu Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menghadapi cobaan amat berat. Untuk menolong keadaan, baginda tetap bertempur hingga menderita luka-luka. Disebabkan kealpaan kaum muslimin, mereka lupa apa yang diterapkan oleh Rasullallah selama ini.
Rasullallah telah mematangkan para sahabatnya dengan iman secara perlahan-lahan. Setelah itu, diperintahkan menyebar ke berbagai penjuru dunia untuk memimpin umat Islam lain. Namun, sejak detik kelahirannya, umat Islam wajib berjuang mempertahankan Islam di bawah pimpinan wahyu.

MENELADANI AKHLAK RASULLALLAH.
Para sahabat adalah pemerhati-pemerhati yang tajam dan pengikut yang ghairah terhadap setiap amalan kenabian, yang mana mereka akan menterjemahkan ke dalam bentuk amalan walau dengan apa cara sekalipun. Disebabkan ini, maka segala perincian mengenai kelakuan dan tingkah-laku Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah sampai kepada kita dengan lengkapnya. Di antara seluruh manusia tabiatnya paling halus, paling baik akhlaknya, paling besar rasa santun dan maafnya, paling unggul akalnya, paling dermawan, paling jujur ucapannya, paling banyak malunya, paling banyak maaf dan ampunan serta tawadhu-nya paling memperhatikan memelihara hak-hak persahabatan, paling lembut hatinya, dan paling takut kepada Allah. Baginda bukan seorang yang kasar dan bukan pula yang suka mencela. Baginda sangat mengagungkan nikmat sekalipun sedikit, dan tidak pernah mencela makanan dan memujinya. Baginda makan apa adanya, dan tidak pernah memaksakan diri terhadap apa yang tidak ada. Jika tidak mendapatkan makanan, baginda bersabar hingga kadang-kadang baginda mengikatkan batu di perutnya.
Semua kesempitan ini adalah pilihan baginda sendiri, yang tidak suka akan kemewahan dan memilih untuk kehidupan yang sederhana sahaja. Baginda selalu memberi perhatian terhadap para sahabatnya dan sering bertanya tentang apa terjadi di masyarakat. baginda menyuruh agar disampaikan kepadanya keadaan orang yang memerlukan bantuan. Baginda juga menjadikan perbuatan baik dan membenarkannya, serta menjadikan buruk perbuatan buruk dan menghinakannya. Baginda tidak akan berbicara kecuali dengan perkataan yang diharapkan pahalanya Sebagai insan biasa yang bakal menjadi nabi dan rasul, baginda dilengkapi dengan sifat-sifat dan ciri-ciri peribadi yang tinggi nilainya dari aspek keindahan, kesempurnaan, kekuatan, ujian dan keunggulan. Baginda mempunyai sifat jasmani yang sungguh hebat iaitu golongan manusia yang paling hebat wajahnya. Sifat-sifat baginda dari aspek perangai dan kelakuan adalah amat menawan sekali. Tanda –tanda kejiwaan baginda amat tinggi sekali seperti tidak kebendaan, tidak banyak bercakap, sangat pemalu, sangat merendah diri dan suka bergurau. Baginda juga mempunyai tanda-tanda keagamaan, baginda seorang yang sangat merendah diri, kata-kata penuh berisi, elok pergaulannya, sangat sabar, indah dalam pergaulan dan seorang yang sangat menahan marah. Allah telah menghimpunkan seluruh akhlak mulia pada peribadi baginda, dan telah pun mendidik baginda dengan didikan yang sebaik-baiknya, serta telah memelihara baginda sejak baginda kanak-kanak hingga dewasa dari segala perbuatan buruk dan tercela. (Shabban:42-47) 6
ASAS PEMBANGUNAN MASYARAKAT BARU.
Umat Islam bukan kelompok manusia yang perhatiannya hanya ditumpahkan untuk dapat hidup, tidak peduli dengan cara apa saja, atau kelompok manusia yang menempuh jalan hidup tanpa arah asal dapat memperoleh makanan, kenikmatan dan kesenangan.
Sejak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tinggal menetap di Madinah, beliau sibuk mencurahkan perhatian untuk meletakkan dasar-dasar yang sangat diperlukan guna menegakkan tugas risalahnya iaitu:
1. Memperkukuh hubungan umat Islam dengan Tuhan-nya.
Perkejaan pertama yang dilaksanakan oleh Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah membangunkan masjid untuk menampilkan syiar Islam. Masjid adalah tempat manusia membersihkan hati dari berbagai macam kotoran dan dosa. Masjid itulah yang menghubungkan manusia dengan Tuhannya.
2. Memperkukuh hubungan intern umat Islam, iaitu antara sesama muslimin.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan hal itu telah dibina atas dasar rasa persaudaraan yang sempurna. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berhasil membina hubungan persaudaraan di antara sesama kaum muslimin itu sebagai ikatan perjanjian yang nyata bukan hanya sekadar ucapan yang tidak bererti. Adanya persaudaraan seperti itu bererti lenyaplah fanatisme kesukuan ala jahilliyah dan tak ada semangat pengabdian selain kepada agama Islam. Runtuhlah sudah semua bentuk perbendaan yang didasarkan pada asal keturunan, warna kulit dan asal usul kedaerahan atau kebangsaan.
3. Mengatur hubungan antara umat Islam dengan orang-orang asing yang tidak seagama
dengan kaum muslimin.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetapkan aturan-aturan yang sangat toleran, melampui kebiasaan yang berlaku di dalam zaman yang penuh dengan fanatisme kesukuan. Baginda sama sekali tidak berfikir hendak mengatur siasat untuk menyingkirkan mereka. Pada zaman Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  baginda telah membuat satu piagam perjanjian yang mencerminkan keinginan kaum muslimin untuk kerjasama dan saling bantu-membantu sejujur-jujurnya dengan orang-orang Yahudi. (Ghazaliy:302)

KEDUDUKAN SUNNAH RASULULLAH.
Adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk mengatur urutan sumber ajaran agama yang diambilnya, dan harus dan harus mengetahui pula keadaan yang sebenarnya dari ucapan dan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang terpelihara baik keasliannya dan dari apa yang telah dilakukan beliau. Cara hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditunjukkan akan memberikan kejayaan manusia di dalam hidup dunia dan akhirat.
Al-Quran adalah hukum dan perundangan Islam, sedangkan sunnah Rasullullah adalah penerapannya. Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberi hak kepada Rasul-nya untuk diikuti perintah dan larangannya, kerana setiap perintah dan larangannya tidak keluar dari peribadinya sendiri. “Ambillah apa yang diberikan oleh Rasul kepada kalian, dan tinggalkanlah apa yang dilarang olehnya. ” (S. Al-Hasyr:7). Dalam Islam iaitu dalam soal-soal yang penting telah menetapkan hukum yang telah di sebut di dalam kitab suci Al-Quran atau telah dikemukakan melalui sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam  Semua itu saling menyempurnakan, saling membenarkan dan saling memperkuatkan satu sama lain.
Apabila kita mempelajari pusaka peninggalan Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang mengenai “akhlak” saja, terdapat hadith-hadithnya yang mencakup beribu-ribu macam keutamaan. Hadith-hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam terdapat timbunan hikmah pengetahuan yang sangat banyak. Ketahuilah bahawa ucapan baginda tidak dapat dihinggakan kecuali hanya Allah Subhanahu wa ta’ala  Antara sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam “Barangsiapa cinta kepada dunia, maka akhiratnya akan rosak dan barangsiapa cinta kepada akhirat, maka dunianya akan rosak. Pilihlah yang abadi dari yang musnah. ”
Seorang muslimin yang nuraninya tidak menghayati sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam membuat sesuatu perkara serta tidak mengikuti tuntutan beliau, tak akan berguna sama sekali baginya menggerakkan lidah seribu kali sehari semalam mengucapkan selawat ke atasnya. (Shabban:59)

KEWAFATAN RASULULLAH Sallallahu ‘alaihi wa sallam
Nabi wafat di rumah Siti Aisyah pada hari Isnin sebelum tengah hari 12 Rabi’ul Awwal tahun kesebelas hijrah dalam usia 63 tahun. Menurut salah satu riwayat, sebelum meninggal, baginda menderita sakit selama 13 hari. Dan empat hari sebelum meninggal, baginda menyuruh Abu Bakar mengimami solat. Walaupun sakit baginda itu adalah sakit kepala yang sangat berat. Tatkala penyakitnya sudah demikian hebatnya, baginda mencelupkan tangannya ke dalam sebuah bejana berisi air, lalu diusapkannya ke wajahnya smbil berdoa “ sudah demikian hebatnya, baginda mencelupkan tangannya ke dalam sebuah bejana berisi air, lalu diusapkannya ke wajahnya smbil berdoa “Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi sakaratulmaut!” ternyata baginda tak mahu lagi memohon kesembuhan. Baginda sudah memilih untuk kembali ke hadhrat Tuhannya Yang Maha Tinggi. Baginda wafat dalam pangkuan isterinya Siti Aisyah.
Penderitaan baginda yang sangat semasa menghadapi maut itu adalah untuk menghibur umatnya, apabila kelak mereka mengalaminya pula. Diriwayatkan bahawasanya baginda tidaklah sesuatu penyakit pun kecuali memohon afiat kepada Allah.
Setelah baginda wafat, para sahabat banyak yang kehilangan akal. Kemudian Abu Bakar naik ke mimbar, lalu mengucapkan kata-kata yang mampu menenangkan jiwa kaum muslimin dan memantapkan hati mereka. Setelah itu barulah baginda dimandikan oleh kaum kerabat baginda. Di dalam Al-Mawahib disebutkan bahwa memandikan, mengafani dan menyembahyangkan baginda itu terjadi pada hari selasa. Lantas para sahabat selisih faham tentang tempat baginda akan dikebumikan. Maka Sayyidina Abu Bakar terus berkata “Saya ada mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahawa Nabi-Nabi itu dimakamkan di tempat mereka wafat. ” Maka dengan itu putuslah di manakah baginda akan disemadikan, iaitu di dalam rumah Siti Aisyah, di mana baginda menghembus nafas terakhir. (Ali:1518-1532)




Kesimpulan
Riwayat kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam bukanlah cerita untuk sekadar pembelajaran semata-mata. Ia merupakan kewajipan setiap umat Islam bagi mengenal Rasulnya yang telah bersusah payah mngubah umat manusia selama ini. Nabi Muhammad merupakan Rasul akhir zaman yang diutuskan kepada umat manusia sejak baginda dibangkit menjadi Rasul hingga hari kiamat. Baginda dilahirkan di dalam kalangan lingkungan keluarga yang mempunyai peranan tertentu dan berjaya. Sesungguhnya baginda adalah sesusuk manusia yang diciptakan melalui proses penciptaan yang paling baik dan darjatnya diangkat oleh Allah Subhanahu wa ta’ala mengatasi manusia yang lain. Cuma yang membezakan dengan kita ialah dengan sifat-sifat dan ciri-ciri peribadi yang tinggi nilai dari pelbagai aspek kesempurnaan, keindahan, kekuatan dan keunggulan. Sedangkan kita, bersifat dengan sifat yang kekurangan, tidak cantik, buruk dan kurang daya tahan menaggung ujian. Baginda diberi tanggungjawab yang besar untuk mengubah seluruh umat manusia yang telah terpesong kesesatan dari jalan yang benar. Baginda mengajarkan kepada mereka Al-Quran dan hikmah, menunjukkan jalan dan membukakan mata mereka untuk melihat sumber yang benar. Sesungguhnya Islam adalah sistem yang kompleks jalan kehidupan. Ia adalah agama dan negara, ibadah dan pergaulan, syiar-syiar agama dan syariat. Baginda juga telah memberikan kepada kita pelbagai rahsia Ilahi yang sangat hebat pada seluruh lapangan kehidupan. Walaupun baginda menerima tentangan yang sungguh berat tetapi demi menegakkan syiar Islam baginda berusah menanganinya. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mampu membangunkan dan mendirikan negara Islam yang disandarkan kepada asaa-asas pentadbiran, kewangan, politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga Berjaya mendirikan peradaban serta kebudayaan yang sangat luar biasa hebatnya, peradaban yang menyebabkan kebaikan dan manfaat bagi seluruh umat manusia. Baginda adalah Rasul, Imam, pemimpin, panglima perang, dan pentadbir dan segalanya telah diberikan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Perang Uhud dan Hikmahnya

SINOPSIS
Kegiatan ketenteraan dan peperangan di zaman prra-islam (yang dikenali dengan zaman jahiliyah) merupakan satu kegiatan yang mulia dan sangat diminati. Peperangan diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah. Pepreangan Uhud berlaku kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah merancang untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahan Rasulullah ke Madinah, kira-kira 1000 Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Tentera Islam telah tewas kerana sifat tamak dan pengingkaran sekumpulan pemanah yang memegang peranan yang sangat penting dalam peperangan tersebut. Sejak itu, perang Uhud menjadi ikhtibar kepada semua orang Islam untuk tidak mengingkari arahan pemerintah dan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala

Pendahuluan
Peperangan di dalam Islam adalah jihad, yang diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah iaitu berperang dijalan Allah. Dari segi Syarak ia bermaksud; “Menggunakan semaksimanya segala kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahdan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangnya”.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala bermaksud:
“Orang-orang beriman berperang fisabilillah (di jalan Allah), dan orang-orang kafir berperang di jalan taghut... ” (An-Nisa’ :76)
Kedua-dua jenis peperangan ini mempunyai perbezaan yang besar. Perang fi sabilillah adalah peperangan yang mempunyai matlamat yang tinggi dan tujuan yang mulia iaitu membantu agama Allah dan meninggikan kalimah atau seruan-Nya di atas maka buni ini semata-mata menghgarapkan keredaan-Nya. Sementara perang fi sabili at-taghut ialah peperangan di jalan syaitan yang mengajak manusa kepada kekufuran dan melampaui batas.
Matlamat utama disyaratkan peperangan atau jihad qital oleh Allah ke atas kaum Muslimin adalah untuk meruntuhkan system kekufuran di atas muka bumi, menegakkan ubudiyyah hanya untuk Allah semata-mata dan menzahirkan keagungan, ketiggian dan kemuliaan Islam dia atas muka bumi ini. Hal ini dapat difahami daripada mafhum ghayah yang terdapat di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah”. (Al-Baqarah : 193)

Maksud “Fitnah” dalam ayat di atas ialah kufur dan syirik. Inilah pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi’. Imam Jassas dalam kitab Ahkamul-Quran ketuka mentafsirkan ayat ini menyatakan: “Wajib memerangi orang kafir sehingga merekan meniggalkan kekufuran”. Adapun “Ad-Din” bermaksud tundukpatuh kepada Allah dengan mentaati-Nya. Ad-Din di sisi Allah hanya satu sahaja iaitu Islam.
Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia supaya menganut Islam melalui peperangannya. Apa yang menjadi matlamat Islam ialah meruntuhkan system-sistem dam pemerintahan yang berdasarkan pengabdian manusia kepada manusia yang menghalang mereka dari menkmati kebebasan untuk mengabdikan diki kepada Allah semata-mata dan menganut agama yang sebenar daripada-Nya

Perang Uhud
Pepreangan Uhud tercetus kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah bermesyuarat untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Mesyuarat mereka akhirnya bersetuju agar unta dagangan Abu Suffian dengan segala harta modal mereka itu dijadikan tabung pembiayaan bagi menyediakan tentera untuk menyerang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam

Pengaturan dan Pengurusan Angkatan Tentera
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala bermaksud:“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamanya dalam saf yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuan bangunan yang tersusun kukuh”. (As-Saff : 4)

Kerana itulah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam akan mengatur dan menyusun dengan kemas angkatan tenteranya bermula dari menentukan amir atau panglima perang, membuat dan menyerahkan bendera mengikut katibah-katibah. Setiap saf tentera ini diadahului oleh seorang membawa bendera: jika pembawa bendera ini terbunuh, maka orang lain akan menggantikan tempatnya.
Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga menggunakan system al-Khamis iaitu membentuk saf angkatan tentera kepada lima kumpulan iaitu:
1. Muqaddimah; tentera di barisan hadapan sekali
2. Mujannibah yumna, tentera di sayap kanan
3. Mujannibah yusra, tentera di sayap kiri
4. Qalbu, tentera di bahagian tengah
5. Sa-qah, tentera di barisan belakang sekali

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membentuk angkatan tenteranya daripara sahabat banginda yang mempunyai kemampuan untuk berjihad dan memenuhi syarat-syarat mujahid yang ditentukan oleh Syarak. Sebagai ketua Negara baginda secara automatik bertindak sebagai Pemimpin Tertinggi Angkatan Tentera Isla. Kemudian dalam setiap peperanan baginda akan melantik ketua atau panglima bagi memimpin angkatan perang Islam. Bagi peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang dipanggil dengan sariyah, beginda akan melantik ketua dari kalangan sahabat. Ketua ini bergelar Amir al-‘Askar yang menyamai pangkat Commander in Chief pada hari ini. Adapun bagi angkatan perang yang disertai oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang dikenali dengan ghazwah, maka baginda sendiri akan bertindak sebagai Amir

Pada hari berlakunya pertempurang, Amir angkatan tentera akan digantikan tempatnya (di bahagian Qalbu) dengan seorang anggota tentera yang akan memakai alat kelengkapan perangnya dia dia (yakni Amir) pula akan memakai alat kelengkapan perang anggota tentera tersebut. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh di tengah medan perang. dan menjaga keselamatan Amir yang sudah tentunya menjadi sasaran oaling utama musuh


Dalam peperangan Uhud, penyusunan ognanisasi strategi yang dibuat oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah:
1. Membahagikan pasukan tentera Islam kepada tiga katibah iaitu:
i) Katibah Muhajirin
ii) Katibah Aus
iii) Katibah Khazraj
2. Meletakkan 50 pasukan pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair di atas sebuah bukit yang strategik dan berada 150 meter di belakang kedudukan pasukan tentera Islam. Tujuan menempatkan pasukan tentera pemanah ini dapat difahami daripada arahan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada mereka:

“Lindungilah kami dari serangan tentera berkuda Musyrikin dengan panah-panah, jangan sampai mereka datang kepada kami dari arah belakang kami. Hendaklah kamu tetap di tempat kamu jangan kamu berganjak sekalipun kamu melihat kami menang atau kami kalah”.

3. Menyusun pasukan tentera Islam di medan perang mengikut system saf dan memilih sahabat-sahabat yang berani dan gagah untuk berada di saf hadapan sekali.
4. Memberi arahan kepada tentera Islam;
“Jangan sesiapa pun di kalangan kamu memulakan serangan selagi kami belum mengarahkannya”.
5. Memberi galakan bersungguh-sungguh kepada tentera Islam supaya bersabar di medan perang.

Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahannya ke Madinah, kira-kira 1000
Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Sebelum berlakunya perperangan, ketua Katibah Khazraj bersama puaknya berpatah balik kerana tidak mahu berperang. Angka tentera Islam berkurang sehingga lebih kurang 700 orang. Mereka telah disusun di kaki bukit Uhud menghadapi Madinah dengan kawasan belakang dan kanan mereka dilindungi bukit oleh tersebut. Disebelah kiri barisan tentera Islam terletaknya kumpulan 50 pemanah yang diletakkan di tempat yang strategik untuk menghalang orang Quraisy daripada mengepung tentera Islam yang sedikit.

Pertempuran pun berlaku. Pertembungan semakin sengit dan tentera Islam menawan apa yang boleh ditawan. Kumpulan 50 pemanah tersebut telah turun dari tempat pertahanan mereka apabila melihat kemenangan orang Islam. Mereka pun turun mengumpul harta-harta rampasan yang berselerak. Hanya Abdullah bin Jabir bersama-sama sebilangan kecil yang masih mengikuti perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  Kemudian Khalid bin Walid mendapati Bukit Uhud sudah kosong dari pertahanan lalu dia berpatah balik dari belakang bukit dengan kudanya beserta dengan askarnya. Mereka menyerang askar pemanah Islam yang masih tinngal dan mereka membuat serangan terus ke seluruh Kaum Muslimin dari belakang.

Pada masa ini orang Islam telah terdedah dan mula dikuasai ketakutan. Dalam keadaan ini orang Islam berperang dengan keadaan yang tidak teratur lagi. Kaum musyrikin pun bertintak dengan lebih ganas lagi sehingga sampai ke tempat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dimana baginda telah dilontar dengan batu hingga tercampak ke dalam atu lubang dan tepatah satu batang gigi depan baginda.

Pengajaran
Pengajaran yang dapat diambil adalah kita perlulah mematuhi arahan yang diberi oleh ketua kita dalam sesuatu hal selagi arahannya tidak melanggar hukum Islam. Hal ini terbukti apabila pasukan pemanah yang ditempatkan di tempat strategik oleh Rasulullah mengeluar dari posisi yang telah ditetapkan. Akibatnya peperangan Uhud yang sedang dimenangi oleh tentera Islam kalah apabila diserang dari belakang oleh tentera kuda yang dipimpini oleh Khalid bin Walid.


Kita hendaklah mencontohi Rasulullah apabila beliau enggan meminta bantuan selain daripada kaun muslimin meskipun bilangan Muslimin kecil dalam Perang Uhud. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermakna:
“Jangan kita meminta pertolongan dengan ahli syirik untuk menghadapi ahli syirik”.

Kita perlulah menjangka gerakan musuh seperti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah digantikan tempatnya oleh Ka’ab bin Malik yang memakai pakaian perang baginda. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh dan menjaga keselamatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sudah tentunya akan menjadi sasaran palin utama musuh di tengah medan perang.

Kita juga perlu bijak mencari tempat strategik dalam sesuatu kawasan. Ini terbukti apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membariskan tenteranya dia kawasan Bukit Uhud dan meletakan sekumpulan 50 pemanah di belakang barisan tentera Islam yang akan memberi pertahanan yang lebih kepada tenteranya.

Kesimpulan

Perperangan ini telah memberi pengajaran kepada orang Islam supaya tidak mengingkari perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan memberi ikhtibar supaya tidak mengulangi kesialapan yang telah dibuat. Oleh itu Allah telah memberi ujian kepada kaum muslimin agar lebih berhati-hati di dalam menjalankan dakwah Islam supaya tidak lalai mentaati Allah dan Rasul-Nya. Melalui iktibar kisah perjuangan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  dan para sahabat-sahabatnya di dalam memperjuangkan agama Islam patut kita contohi dari segi ketabahan dan kesukaran mereka menghadapi kekalahan perang Uhud dan kebangkitan semangat mereka semula dalam menyebarkan syiar Islam.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Oleh : Azmirul Izzat Bin Zubad

Abstrak
Kegiatan ketenteraan dan peperangan di zaman prra-islam (yang dikenali dengan zaman jahiliyah) merupakan satu kegiatan yang mulia dan sangat diminati. Peperangan diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah. Pepreangan Uhud berlaku kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah merancang untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahan Rasulullah ke Madinah, kira-kira 1000 Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Tentera Islam telah tewas kerana sifat tamak dan pengingkaran sekumpulan pemanah yang memegang peranan yang sangat penting dalam peperangan tersebut. Sejak itu, perang Uhud menjadi ikhtibar kepada semua orang Islam untuk tidak mengingkari arahan pemerintah dan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala

Pendahuluan
Peperangan di dalam Islam adalah jihad, yang diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah iaitu berperang dijalan Allah. Dari segi Syarak ia bermaksud; “Menggunakan semaksimanya segala kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahdan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangnya”.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala bermaksud:
“Orang-orang beriman berperang fisabilillah (di jalan Allah), dan orang-orang kafir berperang di jalan taghut... ” (An-Nisa’ :76)
Kedua-dua jenis peperangan ini mempunyai perbezaan yang besar. Perang fi sabilillah adalah peperangan yang mempunyai matlamat yang tinggi dan tujuan yang mulia iaitu membantu agama Allah dan meninggikan kalimah atau seruan-Nya di atas maka buni ini semata-mata menghgarapkan keredaan-Nya. Sementara perang fi sabili at-taghut ialah peperangan di jalan syaitan yang mengajak manusa kepada kekufuran dan melampaui batas.
Matlamat utama disyaratkan peperangan atau jihad qital oleh Allah ke atas kaum Muslimin adalah untuk meruntuhkan system kekufuran di atas muka bumi, menegakkan ubudiyyah hanya untuk Allah semata-mata dan menzahirkan keagungan, ketiggian dan kemuliaan Islam dia atas muka bumi ini. Hal ini dapat difahami daripada mafhum ghayah yang terdapat di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah”. (Al-Baqarah : 193)

Maksud “Fitnah” dalam ayat di atas ialah kufur dan syirik. Inilah pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi’. Imam Jassas dalam kitab Ahkamul-Quran ketuka mentafsirkan ayat ini menyatakan: “Wajib memerangi orang kafir sehingga merekan meniggalkan kekufuran”. Adapun “Ad-Din” bermaksud tundukpatuh kepada Allah dengan mentaati-Nya. Ad-Din di sisi Allah hanya satu sahaja iaitu Islam.
Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia supaya menganut Islam melalui peperangannya. Apa yang menjadi matlamat Islam ialah meruntuhkan system-sistem dam pemerintahan yang berdasarkan pengabdian manusia kepada manusia yang menghalang mereka dari menkmati kebebasan untuk mengabdikan diki kepada Allah semata-mata dan menganut agama yang sebenar daripada-Nya

Perang Uhud
Pepreangan Uhud tercetus kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah bermesyuarat untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Mesyuarat mereka akhirnya bersetuju agar unta dagangan Abu Suffian dengan segala harta modal mereka itu dijadikan tabung pembiayaan bagi menyediakan tentera untuk menyerang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam

Pengaturan dan Pengurusan Angkatan Tentera
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala bermaksud:“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamanya dalam saf yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuan bangunan yang tersusun kukuh”. (As-Saff : 4)

Kerana itulah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam akan mengatur dan menyusun dengan kemas angkatan tenteranya bermula dari menentukan amir atau panglima perang, membuat dan menyerahkan bendera mengikut katibah-katibah. Setiap saf tentera ini diadahului oleh seorang membawa bendera: jika pembawa bendera ini terbunuh, maka orang lain akan menggantikan tempatnya.
Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga menggunakan system al-Khamis iaitu membentuk saf angkatan tentera kepada lima kumpulan iaitu:
1. Muqaddimah; tentera di barisan hadapan sekali
2. Mujannibah yumna, tentera di sayap kanan
3. Mujannibah yusra, tentera di sayap kiri
4. Qalbu, tentera di bahagian tengah
5. Sa-qah, tentera di barisan belakang sekali

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membentuk angkatan tenteranya daripara sahabat banginda yang mempunyai kemampuan untuk berjihad dan memenuhi syarat-syarat mujahid yang ditentukan oleh Syarak. Sebagai ketua Negara baginda secara automatik bertindak sebagai Pemimpin Tertinggi Angkatan Tentera Isla. Kemudian dalam setiap peperanan baginda akan melantik ketua atau panglima bagi memimpin angkatan perang Islam. Bagi peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang dipanggil dengan sariyah, beginda akan melantik ketua dari kalangan sahabat. Ketua ini bergelar Amir al-‘Askar yang menyamai pangkat Commander in Chief pada hari ini. Adapun bagi angkatan perang yang disertai oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang dikenali dengan ghazwah, maka baginda sendiri akan bertindak sebagai Amir

Pada hari berlakunya pertempurang, Amir angkatan tentera akan digantikan tempatnya (di bahagian Qalbu) dengan seorang anggota tentera yang akan memakai alat kelengkapan perangnya dia dia (yakni Amir) pula akan memakai alat kelengkapan perang anggota tentera tersebut. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh di tengah medan perang. dan menjaga keselamatan Amir yang sudah tentunya menjadi sasaran oaling utama musuh


Dalam peperangan Uhud, penyusunan ognanisasi strategi yang dibuat oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah:
1. Membahagikan pasukan tentera Islam kepada tiga katibah iaitu:
i) Katibah Muhajirin
ii) Katibah Aus
iii) Katibah Khazraj
2. Meletakkan 50 pasukan pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair di atas sebuah bukit yang strategik dan berada 150 meter di belakang kedudukan pasukan tentera Islam. Tujuan menempatkan pasukan tentera pemanah ini dapat difahami daripada arahan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada mereka:

“Lindungilah kami dari serangan tentera berkuda Musyrikin dengan panah-panah, jangan sampai mereka datang kepada kami dari arah belakang kami. Hendaklah kamu tetap di tempat kamu jangan kamu berganjak sekalipun kamu melihat kami menang atau kami kalah”.

3. Menyusun pasukan tentera Islam di medan perang mengikut system saf dan memilih sahabat-sahabat yang berani dan gagah untuk berada di saf hadapan sekali.
4. Memberi arahan kepada tentera Islam;
“Jangan sesiapa pun di kalangan kamu memulakan serangan selagi kami belum mengarahkannya”.
5. Memberi galakan bersungguh-sungguh kepada tentera Islam supaya bersabar di medan perang.

Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahannya ke Madinah, kira-kira 1000
Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Sebelum berlakunya perperangan, ketua Katibah Khazraj bersama puaknya berpatah balik kerana tidak mahu berperang. Angka tentera Islam berkurang sehingga lebih kurang 700 orang. Mereka telah disusun di kaki bukit Uhud menghadapi Madinah dengan kawasan belakang dan kanan mereka dilindungi bukit oleh tersebut. Disebelah kiri barisan tentera Islam terletaknya kumpulan 50 pemanah yang diletakkan di tempat yang strategik untuk menghalang orang Quraisy daripada mengepung tentera Islam yang sedikit.

Pertempuran pun berlaku. Pertembungan semakin sengit dan tentera Islam menawan apa yang boleh ditawan. Kumpulan 50 pemanah tersebut telah turun dari tempat pertahanan mereka apabila melihat kemenangan orang Islam. Mereka pun turun mengumpul harta-harta rampasan yang berselerak. Hanya Abdullah bin Jabir bersama-sama sebilangan kecil yang masih mengikuti perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Kemudian Khalid bin Walid mendapati Bukit Uhud sudah kosong dari pertahanan lalu dia berpatah balik dari belakang bukit dengan kudanya beserta dengan askarnya. Mereka menyerang askar pemanah Islam yang masih tinngal dan mereka membuat serangan terus ke seluruh Kaum Muslimin dari belakang.

Pada masa ini orang Islam telah terdedah dan mula dikuasai ketakutan. Dalam keadaan ini orang Islam berperang dengan keadaan yang tidak teratur lagi. Kaum musyrikin pun bertintak dengan lebih ganas lagi sehingga sampai ke tempat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dimana baginda telah dilontar dengan batu hingga tercampak ke dalam atu lubang dan tepatah satu batang gigi depan baginda.

Pengajaran
Pengajaran yang dapat diambil adalah kita perlulah mematuhi arahan yang diberi oleh ketua kita dalam sesuatu hal selagi arahannya tidak melanggar hukum Islam. Hal ini terbukti apabila pasukan pemanah yang ditempatkan di tempat strategik oleh Rasulullah mengeluar dari posisi yang telah ditetapkan. Akibatnya peperangan Uhud yang sedang dimenangi oleh tentera Islam kalah apabila diserang dari belakang oleh tentera kuda yang dipimpini oleh Khalid bin Walid.


Kita hendaklah mencontohi Rasulullah apabila beliau enggan meminta bantuan selain daripada kaun muslimin meskipun bilangan Muslimin kecil dalam Perang Uhud. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermakna:
“Jangan kita meminta pertolongan dengan ahli syirik untuk menghadapi ahli syirik”.

Kita perlulah menjangka gerakan musuh seperti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah digantikan tempatnya oleh Ka’ab bin Malik yang memakai pakaian perang baginda. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh dan menjaga keselamatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sudah tentunya akan menjadi sasaran palin utama musuh di tengah medan perang.

Kita juga perlu bijak mencari tempat strategik dalam sesuatu kawasan. Ini terbukti apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membariskan tenteranya dia kawasan Bukit Uhud dan meletakan sekumpulan 50 pemanah di belakang barisan tentera Islam yang akan memberi pertahanan yang lebih kepada tenteranya.

Kesimpulan

Perperangan ini telah memberi pengajaran kepada orang Islam supaya tidak mengingkari perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan memberi ikhtibar supaya tidak mengulangi kesialapan yang telah dibuat. Oleh itu Allah telah memberi ujian kepada kaum muslimin agar lebih berhati-hati di dalam menjalankan dakwah Islam supaya tidak lalai mentaati Allah dan Rasul-Nya. Melalui iktibar kisah perjuangan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat-sahabatnya di dalam memperjuangkan agama Islam patut kita contohi dari segi ketabahan dan kesukaran mereka menghadapi kekalahan perang Uhud dan kebangkitan semangat mereka semula dalam menyebarkan syiar Islam.

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com