SINOPSIS
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam mempunyai riwayat hidup yang menarik dan menjadi inspirasi kepada seluruh umat Islam. Riwayat kehidupan baginda merupakan saat yang paling membanggakan apabila baginda meneruskan hidup tanpa kehadiran kasih sayang dari seorang insan bergelar ayahanda dan bonda. Pelbagai peristiwa yang terpaksa baginda lalui dalam menyampaikan wahyu Allah Subhanahu wa ta’ala Baginda menerangkan wahyu Allah Subhanahu wa ta’ala kepada umat manusia. Proses dakwah yang dijalankan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam amat mencabar. Baginda mempertahankan wahyu Allah dengan sabar dan sentiasa memohon kepada Allah Subhanahu wa ta’ala Seiringan proses dakwah baginda terpaksa menempuh peperangan untuk membela umat Islam. Dalam peperanganlah baginda menerima dugaan seperti kecederaan yang dialami ketika berperang. Dengan itu, sokongan dari sahabat telah banyak membantu baginda. Sehubungan dengan itu akhlak yang ditunjukkan telah menjadi sumber ikutan umat Islam. Di samping itu, sunnah Nabi Muhammad telah menjadi salah satu sumber rujukan umat Islam sehingga hari ini. Sunnah juga telah menjadi sumber kedua untuk menentukan dalam sesuatu hukum. Baginda juga telah membimbing manusia untuk mencapai kehidupan bermasyarakat antara umat Islam dan penduduk bukan Islam. Dari sinilah melahirkan umat Islam yang bersatu padu dan tolong menolong. Akhir sekali, ketika baginda wafat telah menjadikan umat Islam kehilangan seorang ikutan sepanjang zaman.
Pendahuluan
Bismillahirrahmanirrahim.
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan pembawa risalah besar dari Allah Subhanahu wa ta’ala Sebagai seorang muslimin pada umumnya mengenal riwayat kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam secara menyeluruh dan terperinci adalah wajib. Melalui sedemikian riwayat kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dapat menjadi sesuatu yang boleh meningkatkan iman, membersihkan perangai dan akhlak serta menyalakan api perjuangan, mengimbau manusia supaya menghayati kebenaran dan setia membelanya. Di sini, saya menceritakan serba sedikit kehidupan nabi sejak dilahirkan, zaman kanak-kanak, zaman remaja, baginda mendirikan rumahtangga sehinggalah baginda wafat. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan Allah untuk memimpin manusia. Pada ini, saya menceritakan tentang serba sedikit ajaran yang dibawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk memimpin manusia. Selepas itu, proses dakwah Nabi Muhammad telah menarik minat saya kerana inilah kemuncak dakwah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Sehubungan dengan dakwah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam peperangan juga menjadi salah satu proses dalam dakwah. Di sini, saya harap dapat mengetahui kesusahan yang dialami Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan sahabat. Akhlak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjadi salah satu isu untuk saya kupas untuk jadi inspirasi umat manusia. Dengan ini, saya harap dapat mengatahui dengan lebih lanjut dan ketinggian akhlak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Saya juga telah menyisipkan beberapa kepentingan sunnah-sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang akan menjadi pembimbing umat manusia. Tambahan lagi, saya ada menerangkan serba sedikit tentang kemasyarakatan yang dipupuk antara umat Islam oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Akhir sekali, kewafatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi penutup, di sini saya ada menceritakan saat-saat kewafatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam
Riwayat Hidup Rasulullah saw
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang nabi lagi Rasul akhir zaman yang diutuskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada umat manusia. Baginda dilahirkan di kota Mekah pada tahun Gajah bersamaan tahun Masehi 570. Muhammad Rasul Allah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan dari lingkungan keluarga yang bersih dan suci serta mempunyai salasilah terhormat. Iaitu keluarga yang menjadi pusat segala keutaman orang-orang Arab dan bersih. Baginda diberi nama Muhammad bererti ‘Insan Yang Terpuji’. Salasilah keturunan baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan. Ayahanda baginda bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang meninggal dunia di Yathrib ketika berniaga pada waktu itu nabi masih di dalam kandungan bondanya bernama Siti Aminah binti Wahab. Selepas bonda baginda meninggal dunia, baginda dibesarkan oleh datuknya, Abdul Muttalib. Ketika baginda berusia 8 tahun Abdul Muttalib meniggal dunia selepas itu baginda diperlihara oleh Abu Talib iaitu bapa saudaranya. Selama mengasuh dan membesarkan baginda, Abu Talib banyak memperoleh kebaikan dan keberkatan. (Ali:31-63)
Sejak kecil baginda telah mempunyai pelbagai keistimewaan dalam pelbagai bidang. Tatkala baginda berusia 25 tahun, baginda diberi dengan panggilan Al-Amin. Semasa baginda berangkat ke negeri Syam, membawa barang dagangan Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, ditemani oleh Maisarah, sahaya Siti Khadijah. Maisarah menceritakan tentang akhlak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang di lihatnya sepanjang perjalanan kepada Siti Khadijah, membuatkan Siti Khadijah jatuh hati. Maka Siti Khadijah melamar baginda, dan akhirnya baginda menikah dengan Siti Khadijah yang telah berusia 40 tahun. Selepas itu baginda telah menikahi Saudah binti Zam’ah, Aisyah, Hafshah, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah, Zainab binti Jahsi, Juwairiyah binti Harits, Raihanah binti Yazid, Ummu Habibah Ramlah, Shafiyah dan Maimunah. Baginda dikurniakan 7 orang anak 3 putera dan 4 puteri. (Shabban:71-76)
Ajaran Rasulullah saw
Segala puji bagi Allah yang telah mengutus seorang utusan, membersihkan dan mengajarkan kepada mereka Al-Quran dan hikmah, menunjukkan jalan, dan membukakan mata mereka untuk melihat sumber yang benar. Allah mengutusnya di saat dunia mengalami kekosongan Rasul dan adanya tuntutan dari jiwa manusia akan kerasulan. Dengan diutuskan Rasul ini Allah mengancam kecerdikan para cerdik cendiakawan dan menghalangi jiwa dari kesesatan. Sesungguhnya Islam adalah sistem yang kompleks jalan kehidupan. Ia adalah agama dan negara ibadah dan pergaulan syiar-syiar agama dan syariat. Islam bukanlah agama ritual, jampi-jampi dan sihir sebagaimana yang dianggap sebahagian orang.
Rasulullah mulai mengajak bicara orang banyak mengenai islam dan mengajak mereka supaya bersedia memeluk agama Allah yang dibawakan olehnya. Rasulullah menerangkan soal-soal akidah (keyakinan) dan amal perbuatan yang diwajibkan Allah kepada hambanya. 1. Mengesakan Allah (tauhid) secara mutlak: Manusia mesti menanam keyakinan serta tunduk kepada keagungagan serta ketentuan Allah. Dengan tertanam keyakinan tersebut, maka patung –patung yang disembah orang Arab berubah menjadi tidak lebih batu-batu biasa. 2. Kehidupan Akhirat: Pada suatu hari manusia akan dihadapkan kepada tuhanhnya dan perhitungan akan dilakukan. Hanya terdapat dua tempat bagi manusia iaitu syurga atau neraka.
3. Pembersihan Jiwa: Manusia mesti menjalankan ibadah tertentu yang telah ditentukan oleh Allah dan meninggalkan urusan lain yang akan mengakibatkan tidak terpenuhinya ibadah wajib.
4. Memelihara kehidupan masyarakat Islam: Manusia wajib melaksanakan masyarakat berdasarkan ukhuwwah Islamiyah bagi membela orang yang teraniaya dan memperkuat orang lemah tidak berdaya. (Ghazaliy:162-163)
PERJUANGAN DAKWAH.
Setelah mendapat wahyu kedua yang memerintah baginda supaya menyeru agar menyembah Allah. Rasullullah memulakan dakwahnya mengikut beberapa golongan. Golongan pertama ialah ialah orang rumahnya Siti Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Harithah dan Ummu Aiman. Kemudian Rasullullah menyeru sahabat karibnya seperti Abu Bakar as-Siddiq, Uthman bin Affan, Az-Zubair bin al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abu Waqqas, Talhah bin Ubaidullah. Golongan ketiga pula ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Abu Salamah bin Abdul Asad al-Makhzumi, Arqam bin Abu Arqam, Khalid bin Said bin al-Ass. Baginda juga berdakwah pada golongan hamba seperti Bilal bin Rabah, Zunairah, keluarga yasir serta hamba-hamba lain. Baginda menjadikan rumah baginda sebagai markas atau pusat penyebaran agama Islam. (Ali:140-151)
Selepas 3 tahun berdakwah secara tertutup, Ibnu `Abbas ra. menceritakan, setelah turun ayat``…. dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat`` (S. Asy-Syu`ara:214) Rasullullah mula berdakwah secara terang-terangan. Seruan yang sedemikian itu merupakan klimaks penyampaian dakwah baginda. Rasullallah menerangkan dakwahnya adalah jaminan bagi kelangsungan hubungan baginda dengan mereka. Fanatisme kekabilahan atau kekerabatan yang berabad-abad dipertahankan oleh orang-orang Arab, sejak saat itu mencair di bawah panasnya peringatan yang datang dari sisi Allah.
Dalam perjuangan melaksanakan tugas dakwah, Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menghadapi hentaman badai dan taufan kebencian kaum musyrikin sehingga memporakporandakan para pengikutnya. Propaganda bohong berhasil mencegah banyak kabilah masuk ke dalam Islam. Atas kehendak ilahi, hati mereka tergerak untuk menyelamatkan Islam dari lingkungan masyarakat yang mengasingkan mereka. Perubahan suasana itulah yang membuka jalan bagi Islam hidup di tengah umat manusia.
Perubahan besar seperti itu terjadi berkat peranan yang dimainkan oleh rombongan dari Yathrib (Madinah) yang datang ke Makkah pada musim upacara tradisional di Ka’abah. Di sini mereka melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam giat mengajak orang-orang Arab supaya beriman kepada Allah Subhanahu wa ta’ala Sedikit demi sedikit akhirnya Islam banyak disebut-sebut di Madinah dan berita-berita mengenai Islam pun meluas. Walaupun mereka belum menyambut baik dakwah Islam, tetapi mereka tidak menyambut dengan makian dan permusuhan. (Shabban:24-26)
PERJUANGAN BERDARAH.
Agama Islam tidak mensyariatkan kewajipan perang kepada kaum muslimin, kecuali jika benar-benar ada bahaya yang mengancam keselamtan Islam dan hendak menghancurkan kaum muslimin
Perperangan yang disyariatkan oleh agama Islam, yang di dalamnya turut berkecimpung Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya adalah yang paling adil dan mulia. Sesuai dengan pengarahan oleh wahyu Ilahi dan sesuai dengan kebijaksanaan politik yang objektif, maka demi membela kebenaran Allah dan untuk mempertahankan hak hidup, Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mula bersiap sedia dengan ilmu tentang peperangan. Rasullallah menjelaskan bahawa kegiatan di bidang tersebut termasuk langkah mendekatkan diri kepada Allah dan merupakan ibadah yang suci dan mulia. Dengan ini, kaum muslimin dapat mematahkan gangguan orang kafir. Semangat “Jihad” yang berjaya diterapkan kepada umat Islam mampu mengalahkan orang kafir. (Ghazaliy:354)
Rasullallah dan para sahabatnya banyak belajar dan mengajar, berlawan dan berdamai, menang kalah, dan akhirnya berhasil memancarkan sinar dakwah dalam kehidupan umat manusia. Baginda mencurahkan tenaga dan segenap fikiran serta kesanggupan yang ada padanya.
Ketika dalam perang “Uhud”, mereka menderita pukulan hebat hingga gugurlah 70 orang pahlawan dari kalangan mereka akibat kealpaan mereka. Mereka menderita kekalahan yang memalukan. Dalam peperangan itu Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menghadapi cobaan amat berat. Untuk menolong keadaan, baginda tetap bertempur hingga menderita luka-luka. Disebabkan kealpaan kaum muslimin, mereka lupa apa yang diterapkan oleh Rasullallah selama ini.
Rasullallah telah mematangkan para sahabatnya dengan iman secara perlahan-lahan. Setelah itu, diperintahkan menyebar ke berbagai penjuru dunia untuk memimpin umat Islam lain. Namun, sejak detik kelahirannya, umat Islam wajib berjuang mempertahankan Islam di bawah pimpinan wahyu.
MENELADANI AKHLAK RASULLALLAH.
Para sahabat adalah pemerhati-pemerhati yang tajam dan pengikut yang ghairah terhadap setiap amalan kenabian, yang mana mereka akan menterjemahkan ke dalam bentuk amalan walau dengan apa cara sekalipun. Disebabkan ini, maka segala perincian mengenai kelakuan dan tingkah-laku Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah sampai kepada kita dengan lengkapnya. Di antara seluruh manusia tabiatnya paling halus, paling baik akhlaknya, paling besar rasa santun dan maafnya, paling unggul akalnya, paling dermawan, paling jujur ucapannya, paling banyak malunya, paling banyak maaf dan ampunan serta tawadhu-nya paling memperhatikan memelihara hak-hak persahabatan, paling lembut hatinya, dan paling takut kepada Allah. Baginda bukan seorang yang kasar dan bukan pula yang suka mencela. Baginda sangat mengagungkan nikmat sekalipun sedikit, dan tidak pernah mencela makanan dan memujinya. Baginda makan apa adanya, dan tidak pernah memaksakan diri terhadap apa yang tidak ada. Jika tidak mendapatkan makanan, baginda bersabar hingga kadang-kadang baginda mengikatkan batu di perutnya.
Semua kesempitan ini adalah pilihan baginda sendiri, yang tidak suka akan kemewahan dan memilih untuk kehidupan yang sederhana sahaja. Baginda selalu memberi perhatian terhadap para sahabatnya dan sering bertanya tentang apa terjadi di masyarakat. baginda menyuruh agar disampaikan kepadanya keadaan orang yang memerlukan bantuan. Baginda juga menjadikan perbuatan baik dan membenarkannya, serta menjadikan buruk perbuatan buruk dan menghinakannya. Baginda tidak akan berbicara kecuali dengan perkataan yang diharapkan pahalanya Sebagai insan biasa yang bakal menjadi nabi dan rasul, baginda dilengkapi dengan sifat-sifat dan ciri-ciri peribadi yang tinggi nilainya dari aspek keindahan, kesempurnaan, kekuatan, ujian dan keunggulan. Baginda mempunyai sifat jasmani yang sungguh hebat iaitu golongan manusia yang paling hebat wajahnya. Sifat-sifat baginda dari aspek perangai dan kelakuan adalah amat menawan sekali. Tanda –tanda kejiwaan baginda amat tinggi sekali seperti tidak kebendaan, tidak banyak bercakap, sangat pemalu, sangat merendah diri dan suka bergurau. Baginda juga mempunyai tanda-tanda keagamaan, baginda seorang yang sangat merendah diri, kata-kata penuh berisi, elok pergaulannya, sangat sabar, indah dalam pergaulan dan seorang yang sangat menahan marah. Allah telah menghimpunkan seluruh akhlak mulia pada peribadi baginda, dan telah pun mendidik baginda dengan didikan yang sebaik-baiknya, serta telah memelihara baginda sejak baginda kanak-kanak hingga dewasa dari segala perbuatan buruk dan tercela. (Shabban:42-47) 6
ASAS PEMBANGUNAN MASYARAKAT BARU.
Umat Islam bukan kelompok manusia yang perhatiannya hanya ditumpahkan untuk dapat hidup, tidak peduli dengan cara apa saja, atau kelompok manusia yang menempuh jalan hidup tanpa arah asal dapat memperoleh makanan, kenikmatan dan kesenangan.
Sejak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tinggal menetap di Madinah, beliau sibuk mencurahkan perhatian untuk meletakkan dasar-dasar yang sangat diperlukan guna menegakkan tugas risalahnya iaitu:
1. Memperkukuh hubungan umat Islam dengan Tuhan-nya.
Perkejaan pertama yang dilaksanakan oleh Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah membangunkan masjid untuk menampilkan syiar Islam. Masjid adalah tempat manusia membersihkan hati dari berbagai macam kotoran dan dosa. Masjid itulah yang menghubungkan manusia dengan Tuhannya.
2. Memperkukuh hubungan intern umat Islam, iaitu antara sesama muslimin.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan hal itu telah dibina atas dasar rasa persaudaraan yang sempurna. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berhasil membina hubungan persaudaraan di antara sesama kaum muslimin itu sebagai ikatan perjanjian yang nyata bukan hanya sekadar ucapan yang tidak bererti. Adanya persaudaraan seperti itu bererti lenyaplah fanatisme kesukuan ala jahilliyah dan tak ada semangat pengabdian selain kepada agama Islam. Runtuhlah sudah semua bentuk perbendaan yang didasarkan pada asal keturunan, warna kulit dan asal usul kedaerahan atau kebangsaan.
3. Mengatur hubungan antara umat Islam dengan orang-orang asing yang tidak seagama
dengan kaum muslimin.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetapkan aturan-aturan yang sangat toleran, melampui kebiasaan yang berlaku di dalam zaman yang penuh dengan fanatisme kesukuan. Baginda sama sekali tidak berfikir hendak mengatur siasat untuk menyingkirkan mereka. Pada zaman Rasullallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam baginda telah membuat satu piagam perjanjian yang mencerminkan keinginan kaum muslimin untuk kerjasama dan saling bantu-membantu sejujur-jujurnya dengan orang-orang Yahudi. (Ghazaliy:302)
KEDUDUKAN SUNNAH RASULULLAH.
Adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk mengatur urutan sumber ajaran agama yang diambilnya, dan harus dan harus mengetahui pula keadaan yang sebenarnya dari ucapan dan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang terpelihara baik keasliannya dan dari apa yang telah dilakukan beliau. Cara hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditunjukkan akan memberikan kejayaan manusia di dalam hidup dunia dan akhirat.
Al-Quran adalah hukum dan perundangan Islam, sedangkan sunnah Rasullullah adalah penerapannya. Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberi hak kepada Rasul-nya untuk diikuti perintah dan larangannya, kerana setiap perintah dan larangannya tidak keluar dari peribadinya sendiri. “Ambillah apa yang diberikan oleh Rasul kepada kalian, dan tinggalkanlah apa yang dilarang olehnya. ” (S. Al-Hasyr:7). Dalam Islam iaitu dalam soal-soal yang penting telah menetapkan hukum yang telah di sebut di dalam kitab suci Al-Quran atau telah dikemukakan melalui sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam Semua itu saling menyempurnakan, saling membenarkan dan saling memperkuatkan satu sama lain.
Apabila kita mempelajari pusaka peninggalan Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang mengenai “akhlak” saja, terdapat hadith-hadithnya yang mencakup beribu-ribu macam keutamaan. Hadith-hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam terdapat timbunan hikmah pengetahuan yang sangat banyak. Ketahuilah bahawa ucapan baginda tidak dapat dihinggakan kecuali hanya Allah Subhanahu wa ta’ala Antara sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam “Barangsiapa cinta kepada dunia, maka akhiratnya akan rosak dan barangsiapa cinta kepada akhirat, maka dunianya akan rosak. Pilihlah yang abadi dari yang musnah. ”
Seorang muslimin yang nuraninya tidak menghayati sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam membuat sesuatu perkara serta tidak mengikuti tuntutan beliau, tak akan berguna sama sekali baginya menggerakkan lidah seribu kali sehari semalam mengucapkan selawat ke atasnya. (Shabban:59)
KEWAFATAN RASULULLAH Sallallahu ‘alaihi wa sallam
Nabi wafat di rumah Siti Aisyah pada hari Isnin sebelum tengah hari 12 Rabi’ul Awwal tahun kesebelas hijrah dalam usia 63 tahun. Menurut salah satu riwayat, sebelum meninggal, baginda menderita sakit selama 13 hari. Dan empat hari sebelum meninggal, baginda menyuruh Abu Bakar mengimami solat. Walaupun sakit baginda itu adalah sakit kepala yang sangat berat. Tatkala penyakitnya sudah demikian hebatnya, baginda mencelupkan tangannya ke dalam sebuah bejana berisi air, lalu diusapkannya ke wajahnya smbil berdoa “ sudah demikian hebatnya, baginda mencelupkan tangannya ke dalam sebuah bejana berisi air, lalu diusapkannya ke wajahnya smbil berdoa “Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi sakaratulmaut!” ternyata baginda tak mahu lagi memohon kesembuhan. Baginda sudah memilih untuk kembali ke hadhrat Tuhannya Yang Maha Tinggi. Baginda wafat dalam pangkuan isterinya Siti Aisyah.
Penderitaan baginda yang sangat semasa menghadapi maut itu adalah untuk menghibur umatnya, apabila kelak mereka mengalaminya pula. Diriwayatkan bahawasanya baginda tidaklah sesuatu penyakit pun kecuali memohon afiat kepada Allah.
Setelah baginda wafat, para sahabat banyak yang kehilangan akal. Kemudian Abu Bakar naik ke mimbar, lalu mengucapkan kata-kata yang mampu menenangkan jiwa kaum muslimin dan memantapkan hati mereka. Setelah itu barulah baginda dimandikan oleh kaum kerabat baginda. Di dalam Al-Mawahib disebutkan bahwa memandikan, mengafani dan menyembahyangkan baginda itu terjadi pada hari selasa. Lantas para sahabat selisih faham tentang tempat baginda akan dikebumikan. Maka Sayyidina Abu Bakar terus berkata “Saya ada mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahawa Nabi-Nabi itu dimakamkan di tempat mereka wafat. ” Maka dengan itu putuslah di manakah baginda akan disemadikan, iaitu di dalam rumah Siti Aisyah, di mana baginda menghembus nafas terakhir. (Ali:1518-1532)
Kesimpulan
Riwayat kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam bukanlah cerita untuk sekadar pembelajaran semata-mata. Ia merupakan kewajipan setiap umat Islam bagi mengenal Rasulnya yang telah bersusah payah mngubah umat manusia selama ini. Nabi Muhammad merupakan Rasul akhir zaman yang diutuskan kepada umat manusia sejak baginda dibangkit menjadi Rasul hingga hari kiamat. Baginda dilahirkan di dalam kalangan lingkungan keluarga yang mempunyai peranan tertentu dan berjaya. Sesungguhnya baginda adalah sesusuk manusia yang diciptakan melalui proses penciptaan yang paling baik dan darjatnya diangkat oleh Allah Subhanahu wa ta’ala mengatasi manusia yang lain. Cuma yang membezakan dengan kita ialah dengan sifat-sifat dan ciri-ciri peribadi yang tinggi nilai dari pelbagai aspek kesempurnaan, keindahan, kekuatan dan keunggulan. Sedangkan kita, bersifat dengan sifat yang kekurangan, tidak cantik, buruk dan kurang daya tahan menaggung ujian. Baginda diberi tanggungjawab yang besar untuk mengubah seluruh umat manusia yang telah terpesong kesesatan dari jalan yang benar. Baginda mengajarkan kepada mereka Al-Quran dan hikmah, menunjukkan jalan dan membukakan mata mereka untuk melihat sumber yang benar. Sesungguhnya Islam adalah sistem yang kompleks jalan kehidupan. Ia adalah agama dan negara, ibadah dan pergaulan, syiar-syiar agama dan syariat. Baginda juga telah memberikan kepada kita pelbagai rahsia Ilahi yang sangat hebat pada seluruh lapangan kehidupan. Walaupun baginda menerima tentangan yang sungguh berat tetapi demi menegakkan syiar Islam baginda berusah menanganinya. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mampu membangunkan dan mendirikan negara Islam yang disandarkan kepada asaa-asas pentadbiran, kewangan, politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga Berjaya mendirikan peradaban serta kebudayaan yang sangat luar biasa hebatnya, peradaban yang menyebabkan kebaikan dan manfaat bagi seluruh umat manusia. Baginda adalah Rasul, Imam, pemimpin, panglima perang, dan pentadbir dan segalanya telah diberikan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com