Tajuk: Perjanjian Hudaibiyah

Pendahuluan
Mimpi Rasulullah Dan Persiapan Kaum Muslimin Memasuki Makkah

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  Telah bermimpi di dalam tidur baginda bahawa beliau memasuki kota Makkah, dan berthawaf di Kaa’bah. Kemudian, baginda mengabarkan berita itu kepada para sahabatnya. Pada saat itu baginda berada di Madinah. Sudah lama sekali mereka meninggalkan Ka’abah. Semakin mereka menghayati Islam, semakin kuat pula keterkaitan hati dan cinta mereka pada Ka’abah. Ingin sekali mereka berthawaf di sekelilingnya dan mengetahui keadaannya.

Dalam pada itu, orang-orang Muhajirin Mekkah. Oleh kerana mereka dilahirkan dan di besarkan disana mereka sangat mencintainya. akan tetapi ada satu penghalang antara mereka. Ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  Mengabarkan itu, mereka yakin mimpi itu akan wujud pada tahun ini. Hati sungguh senang, kehangatan cinta dan kerinduan segera bangkit kembali. Mereka pun bersiap-siap untuk berangkat bersama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  tidak tertinggal dari mereka kecuali berapa orang sahaja.

Setelah masa penantian yang panjang, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  Berangkat dari Madinah pada bulan Dzulqa’ tahun keenam Hijriah untuk melakukan umrah-tanpa maksud berperang. mereka menuju bersama 1500 orang. Jamaah Umrah ini bergerak ke arah Makkah, apabila sampai di Zu al-Halifah, Baginda menuntun sembelihan korban serta memulakan upacara umrah di tempatnya.

Zu al-Halifah sebagai miqat makani (tempat permulaan ibadat) di sertai dengan pakaian ihram, sebagai memaklumkan kepada orang ramai ketibaannya bukan untuk berperang, walaupun begitu, Baginda menghantar salah seorang dari qabilah Khuza'ah untuk mendapat berita mengenai Quraisy. Setibanya Baginda di Asafan, perisik baginda datang memberitahu bahawa qabilah Kaab bin Lu'ai telah pun mengumpul orang-orang awam al-Ahabisy di mana mereka berhimpun untuk memerangi Rasulullah, serta menghalang Rasulullah dari memasuki Kaabah. Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat.

UTUSAN-UTUSAN QURAISY

Sewaktu Quraisy mendengar berita perjalanan Rasulullah, mereka terus mengadakan majlis permesyuaratan. Mereka membuat keputusan untuk menghalang kaum muslimin dari memasuki Baitullah al-Haram dengan apa cara sekalipun, tetapi selepas Rasulullah berpaling dari sekatan golongan al-Ahabisy, satu berita telah diterima dari seorang Banu Kaab yang memaklumkan bahawa pihak Quraisy telah turun ke "Zi Tawa" beserta dua ratus askar berkuda di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Mereka menunggu dan bersedia di "Kara' al-Ghamim" jalan utama ke Makkah. Khalid cuba menghalang kaum muslimin, beliau telah mengatur tenteranya berhadapan dengan tentera muslimin. Kedua-dua askar tadi masing-masing dapat melihat lawannya, sebelum ini Khalid pernah melihat kaum muslimin bersembahyang zohor dengan ruku' dan sujud, maka beliau berkata:

"Mereka ini boleh diserang secara mengejut, kiranya kalau diserang nescaya dapat dikalahkan". (Shalaby, 1975)

Jadi beliau telah membuat keputusan untuk menyerang mereka semasa sembahyang asar nanti, tetapi Allah telah menurunkan hukum solat khouf (solat dalam keadaan bahaya). Maka terlepaslah peluang yang dirancang oleh Khalid tadi. Dalam pada itu, Rasulullah mengambil jalan yang sukar di celah lorong-lorong bukit bersama kaum muslimin melencong ke sebelah kanan di antara dua kemuncak bukit al-Hamasy menuju ke lereng "al-Marar" terus ke dataran al-Hudaibiah dari arah bawah ke Makkah, dengan meninggalkan jalan utama ke Baitullah al-Haram dan kemudian melalui al-Tanaim. Dari situ, Baginda melencong ke sebelah kiri. Apabila Khalid melihat pasukan tentera Islam menyimpang dari jalan yang sedang beliau tunggu, segera beliau memacu kudanya menemui Quraisy untuk memberi ingatan.

Rasulullah meneruskan perjalanan hingga apabila sampai ke lereng di "al-Marar" unta tunggangan Baginda enggan bergerak, hal ini kerana, kuasa yang memberhentikan gajah-gajah dahulu telah menyebabkan unta tunggangan baginda enngan meneruskan perjalanan.

Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  megambil keputusan untuk menjawab pertanyaan mereka itu dengan menghalau untanya dan ia pun segera bangun, dan berpusing menuju ke arah hujung Hudaibiah, berdekatan dengan sebuah kolam yang bertakung sedikit air, orang ramai pun mengambil airnya yang sedikit di situ. Tidak lama kemudian airnya pun putus. Mereka semua mengadu hal kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  mengenai kehausan yang mereka alami, Baginda pun menarik keluar anak panah dari uncangnya, dan menyuruh mereka memacaknya di dalam kolam, demi Allah airnya terus keluar memenuhi keperluan mereka semua.

Rasulullah mengutus Khirasy al-khuza’i dari bani Bani Khuza’ah sebagai mata-mata untuk mengabarinya tentang kaum Quraisy. Ketika beliau dekat dari ‘Usfan iaitu suatu tempat antara Makkah dan Madinah, maka datanglah mata-mata tersebut dengan berkata:“Aku menyaksikan Ka’ab bin Luay mengumpulkan orang-orang dari berbagai kabilah. Mereka berkumpul untuk membunuh dan mengusir engkau dari Ka’bah. ” Hussain (1986)

Diceritakan seorang lelaki dari Kinanah dikenali sebagai al-Hulais bin Alqamah telah meminta peluang untuk bertemu dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam , maka mereka membenarkan. Sebaik sahaja beliau dilihat oleh Rasulullah, terus Baginda berkata bahawa lelaki ini dari suku kaum yang memuliakan ibadat berkorban, ayuh perlihatkan kepadanya, maka diletakkan ternakan untuk sembelihan supaya beliau melihatnya, seluruh kaum muslimin mengalu-alu kedatangannya dengan suara talbiah, bila beliau melihat semuanya terus beliau berkata:

“Subhanallah, tidak seharusnya mereka ini dihalang dari melakukan peribadatan di Baitullah al-Haram ini". (Hussain, 1986)

Justeru itu beliau pun pulang semula menemui Quraisy dan menceritakan bahawa di sana beliau melihat binatang-binatang sembelihan sudah tertambat dan ditanda untuk qurban, beliau terus memberi pendapat bahawa, tidak wajar mereka menghalang Rasulullah. Maka berlaku perbalahan pendapat di antara beliau dan Quraisy.

Urwah bin Mas'ud al-Thaqafi menyatakan bahawa pemuda tersebut telah pun menawarkan kepada mereka semua satu perancangan yang waras, maka beliau mencadangkan supaya mereka terima sahajalah, biarkan beliau pula yang pergi. Maka mereka memberi keputusan supaya beliau pergi menemui baginda. Beliau pun segera pergi menemui Baginda. Rasulullah pun menegaskan kepada beliau sebagaimana beliau menyatakan kepada Budail, maka Urwah bertanya kepada Rasulullah mengenai pandangan beliau, dan jikalaulah baginda berjaya menghapuskan bangsa baginda ini, apa baginda pernah dengar sebelum ini, ada seorang pribumi Arab memusuhi bangsanya sendiri. Seperti yang hendakbaginda lakukan ini, dan jikalau bukan yang ini maksud baginda, maka, muka-muka yang Urwah lihat ini adalah manusia awam lapisan biasa, mereka ini akan lari dan akan tinggalkan baginda seorang.

Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu. menyambut dengan berkata: "Kamu ini jenis manusia yang menjilat air kecil berhala al-Lata, kami ini bukan jenis yang akan lari darinya!! Beliau bertanya: Siapa orang ini, jawab yang hadh: Itulah. Abu Bakar. Kemudian kata Urwah: Demi Allah, kalau tidak mengenang budi, pasti ku tidak membiarkannya, malah kujawabnya, Beliau terus bercakap lagi dengan Rasulullah, setiap kali beliau bersuara setiap kali itu pula beliau memegang janggut Baginda (s. a. w), di masa itu al-Mughirah bin Syu'bah sedang berada di belakang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  memegang pedangnya, bila Urwah memegang janggut Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  beliau mengetuk tangannya dengan hulu pedangnya sambil berkata: "Jauh sedikit tangan mu itu", Urwah mengangkat kepala lalu bertanya: "Siapa orang ini?, jawab yang hadir: "Itulah al-Mughirah bin Syu'bah". Kata Urwah: "Wahai pengkhianat, tidakkah kelmarin aku yang membasuh kekotoran dirimu itu?" Semasa jahiliah al-Mughirah pernah berkawan dengan sekumpulan orang, kemudian beliau membunuh orang itu dan merampas harta mereka, kemudian beliau datang menemui Rasulullah, dan mengucap dua kalimah syahadah.

Maka jawab Rasulullah: "Adapun Islamnya aku yang menerimanya, tapi harta yang dirampas itu aku tidak ada kena mengena". Al-Mughirah bin Syu'bah adalah anak saudara Urwah.

Seterusnyanya Urwah bertindak menempelak sahabat-sahabat Rasulullah dan hubungan-hubungan mereka yang silam. Setelah itu beliau pun pulang menemui kawannya, dan berkata:

"Wahai kalian, demi Allah, aku ini pernah menemui raja-raja, Qaisar Roman dan Kisra Parsi dan Maharaja al-Najasyi dan tidak pernah pula ku melihat mereka disanjung sepertimana sahabat-sahabat Muhammad menyanjung diri Muhammad. Demi Allah, beliau meludah tidak sempat ludahannya itu jatuh ke tanah namun sudah ada tangan yang menadahnya dan disapunya ke badan dan muka mereka, dan bila Muhammad menyuruh semua mereka bersegera melakukannya, bila beliau berwudhu' seolah-olah berlaku pergaduhan, masing-masing hendak mengambil air wudhu'nya dan bila beliau bercakap semua orang merendah suaranya, mereka tidak merenung tajam ke mukanya kerana menghormatinya, beliau ini telah mengemukakan kepada kamu semua perancangannya, ianya suatu perancangan yang bijak dan matang, kuharap kamu semua dapat menerimanya. ” (Mamat, 1976)

UTHMAN BIN AFFAN SEBAGAI DUTA MENEMUI QURAISY

Kini Rasulullah hendak mengirim seorang duta kepada Quraisy untuk meyakinkan mereka mengenai pendirian dan tujuan kedatangan mereka, Baginda memanggil Umar bin al-Khattab untuk dihantar tetapi Umar meminta pengecualian dengan katanya:

"Wahai Rasululllah, kecualikanlah daku, tiada siapa dari kalangan Banu Kaab yang bersimpati dengan ku sekiranya ku disakiti. Hantarlah Uthman bin Affan, keluarganya ada di sana, dan beliau berupaya menyampaikan apa yang Rasulullah kehendaki". (Hussain, 1986)

Maka Rasulullah menjemput Uthman dan beliau telah dihantar untuk berbicara dengan Quraisy. Kata Rasulullah:

"Beritahu mereka bahawa kita datang ke mari bukan untuk berperang tapi datang untuk mengerjakan umrah serta ingin menyerukan mereka kepada Islam". (Shalaby, 1975)

Selain itu, baginda juga menyuruh beliau bertemu dengan kaum lelaki mukmin dan wanita mukmin, memberitahu mereka perkhabaran yang mengembirakan bahawa Allah akan tampilkan agamanya di Makkah hingga tiada siapa pun yang akan merahsiakan imannya.

Saidina Uthman pun bergerak ke sana melalui orang-orang Quraisy yang sedang berada di Baldah. Mereka bertanya kepada Saidina Uthman bahawa beliau hendak kemana. Kemudian beliau memberitahu bahawa beliau telah diutuskan oleh Rasulullah untuk tujuan tertentu. Lalu mereka membenarkan Saidina Ali meneruskan perjalanan dan tujuan beliau. Di situ Abban bin Said bin al-A'as bangun dan mengalu-alukan beliau dan mengenakan pelana ke atas kudanya dan membawa Uthman dengan kudanya itu., beliau memberi perlindungan dengan mengiringinya hingga sampai ke Makkah dan terus disampaikan perutusan kepada Quraisy. Setelah itu beliau telah ditawar untuk bertawaf mengelilingi al-Kaabah, tapi beliau tolak tawaran itu dan enggan untuk bertawaf kecuali setelah dilakukan oleh Rasulullah terlebih dahulu.

PEMETERAIAN PERJANJIAN DAMAI DAN AGENDA-AGENDANYA

Pihak Quraisy segera menghantar Suhail bin Amru untuk menerima perjanjian berkenaan, melalui perjanjian pihak Quraisy menyatakan supaya Rasulullah dan para sahabatnya harus pulang ke Madinah tanpa peribadatan Umrah pada tahun ini, supaya tidak menjadi buah mulut bangsa Arab, bahawa mereka memasuki Makkah secara kekerasan. Maka Suhail bin Amru pun datang menemui Rasulullah: Apabila Rasul melihat Suhail, Baginda pun menyebut: "Allah mempermudahkan urusan kamu". Quraisy bermaksud untuk berdamai, kerana itu diutusnya orang ini. Suhail tiba dan bercakap dengan panjang lebar, maka mereka berdua bersetuju dengan asas-asas perdamaian seperti berikut:

1. Rasulullah harus pulang sahaja di tahun ini, tanpa memasuki Makkah, di tahun hadapan mereka memasuki Makkah dan boleh tinggal hanya tiga hari sahaja, membawa senjata sebagai penunggang itu pun pedang harus disarungkan dan Quraisy tidak akan membuat sebarang halangan.

2. Dihentikan peperangan di antara dua pihak untuk selama sepuluh (10) tahun hingga orang awam menikmati keamanan dan kedua belah pihak berhenti mengganggu lawannya.

3. Sesiapa yang ingin berikat janji dengan Muhammad dia berhak berbuat demikian dan sesiapa yang ingin berikat janji dengan Quraisy dia berhak berbuat demikian, dengan anggapan qabilah yang menyertai salah satu kern ini sebagai sebahagian dari kem berkenaan, pelanggaran oleh mana-mana qabilah ini dianggap sebagai pelanggaran ke atas kem induk.

4. Sesiapa sahaja yang lari dari Quraisy lantas menyertai Muhammad tanpa izin dari orang yang dipertanggungjawabkan, hendaklah dihantar balik. Dan sesiapa yang lari dari Muhammad lantas menyertai Quraisy tidak ditolak.

Rasulullah memanggil Ali untuk menulis Nas perjanjiaan, Baginda merencana kepada beliau dengan katanya: "Bismillah al-Rahman al-Rahim" Kata Suhail: "Ada pun lafaz al-Rahman itu kami tidak mengetahuinya, tapi tulis sahaja: "Bismika Allahumma". Baginda menyuruh Ali menulisnya, kemudian direncana lagi "Inilah apa yang persetujui oleh Muhammad Rasulullah". Kemudian kata Suhail: Kalau kami percayakan kau sebagai Rasulullah pasti kami tidak menghalang kau atau memerangi kau, oleh itu tulis namamu Muhammad bin Abdullah sahaja. Kata Rasulullah: "Sesungguhnya daku ini Rasulullah, Pesuruh Allah walaupun kamu mendustaiku". Baginda pun menyuruh Ali menulis "Muhammmad bin Abdullah serta memadam lafaz "Rasulullah', tapi Ali enggan memadamnya maka Rasulullah memadamnya dengan tangannya sendiri, dengan itu selesailah pembentukan format perjanjian. Sebaik sahaja format perjanjian dimeterai, maka Banu Khuza'ah pun segera menyertai Rasulullah, kerana sejak dahulu lagi mereka ini menjadi sekutu bani Hasyim, sejak era Abdul Muttalib, seperti yang telah disebutkan di permulaan kitab ini, penyertaan mereka di hari ini lebih merupakan penegasan dan pengukuhan kepada penyertaan mereka yang dahulu. Manakala Banu Bakar menyertai Quraisy.

FAEDAH-FAEDAH DARI SYARAT PERJANJIAN

Inilah perdamaian sementara Hudaibiah, sesiapa yang cuba memahami lebih mendalam terhadap butiran perjanjian di samping suasana yang melatarbelakangkannya, pasti menyakini yang ianya adalah kemenangan besar kepada umat Islam, sebelum ini Quraisy tidak mengiktiraf kehadiran umat Islam, malah pihak Quraisy berusaha membanteras mereka hingga ke akar umbi dan menunggu untuk menyaksikan kemusnahan mereka, pihak Quraisy sedang berusaha sedaya upaya dan sehabis tenaganya untuk menghalang penerusan dakwah Islamiah agar ianya tidak sampai kepada manusia ramai yang sifatnya sebagai pemimpin agama dan dunia di Semenanjung Tanah Arab. Kecenderungan mereka untuk berdamai bererti mereka sudah mengiktiraf kekuatan Islam, syarat yang ketiga dengan seluruh isi kandungannya memperlihatkan, kini Quraisy sudah melupai peranan Islam sebagai pemimpin Arab, agama dan dunia, kerana sudah tidak peduli selain dirinya sahaja. Adapun orang lain dan semenanjung Arab semuanya, kalau hendak memeluk Islam pun tidak mengapa. Ianya tidak akan campur tangan langsung, yang penting hanya dirinya sahaja, tidakkah ini merupakan satu kekalahan yang amat parah? Bahkan ianya satu kemenangan yang cemerlang bagi Islam. Peperangan yang bermatlamatkan merampas harta benda, meragut nyawa dan membunuh manusia atau memaksa musuh supaya memeluk Islam, bukan tujuan pertama dan utama dari peperangan tadi, sebaliknya ialah untuk mewujudkan satu kebebasan yang menyeluruh untuk manusia sejagat di dalam memilih akidah dan agama mereka. "Siapa mahu, dia boleh beriman dan siapa mahu, dia boleh kufur". (surah al-kahfi:ayat 29)

MAKA SELESAILAH KRISIS GOLONGAN MUSTADHAFIN

Sekembalinya Rasulullah ke Madinah, Baginda terasa aman seketika suasananya, tiba-tiba salah seorang Islam, yang teraniaya di Makkah dan disiksa terlepas lari dari kurungan Quraisy, beliau dikenali sebagai Abu Basir dari Banu Thaqif sekutu Quraisy, pihak Quraisy segera menghantar dua orang utusannya buat menemui Rasulullah, maka kata utusan itu kepada Rasulullah:"Kami datang ini kerana perjanjian yang kami meteraikan itu", (Hassan, 1993)

Rasulullah pun segera menyerahkan Abu Basir kepada dua orang utusan tadi, kedua mereka membawa pulang Abu Basir ke Makkah hingga apabila mereka sampai ke tempat bernama "ZulHulaifah". Abu Basir menyatakan bahawa beliau berminat dengan pedang Rasulullah dan meminta untuk memegangnya.

Sebaik sahaja beliau memegangnya terus beliau membunuh tuannya. Yang seorang lagi lari hingga sampai ke Madinah, beliau berlari hingga ke dalam masjid. Setelah itu Abu Basir pula menyusul tiba lantas berkata:

"Wahai nabi Allah, demi Allah kini Allah sudah pun menunai tanggungjawabmu, kerana kau kembalikan ku ke pangkuanmu, nah! sekarang Allah membebaskan daku". (Hassan, 1993)

Jawab Rasul: "Duhai ibuku, ini satu angkara pula, inilah pencetus peperangan”. (Hassan, 1993) Apabila beliau mendengar kata-katanya ini beliau yakin yang Baginda akan menghantar beliau semula kepada pihak Quraisy, dengan itu terus beliau lari dari situ hingga sampai ke kawasan bernama "Saiful Bahri”. Apabila mereka mengetahui ada kafilah Quraisy yang keluar untuk ke negeri Syam terus mereka membunuh orangnya menawan hartanya, akhirnya Quraisy terpaksa mengutus utusan, meminta kasihan belas Rasulullah, iaitu sesiapa yang lari dari Makkah menyertai Baginda, adalah bebas, dengan itu nabi pun memberitahu mereka supaya masuk Madinah.

Kesimpulan

Mimpi di dalam tidur baginda bahawa beliau memasuki kota Makkah, dan berthawaf di Kaa’bah telah menyebabkan baginda mengabarkan berita tersebut kepada para sahabat baginda. Selepas mendengar berita tersebut, ingin sekali mereka berthawaf di sekelilingnya dan mengetahui keadaannya. Quraisy mendengar berita perjalanan Rasulullah, mereka terus mengadakan majlis permesyuaratan. Mereka membuat keputusan untuk menghalang kaum muslimin dari memasuki Baitullah al-Haram dengan apa cara sekalipun, tetapi selepas Rasulullah berpaling dari sekatan golongan al-Ahabisy, satu berita telah diterima dari seorang Banu Kaab yang memaklumkan bahawa pihak Quraisy telah turun ke "Zi Tawa" beserta dua ratus askar berkuda di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Mereka menunggu dan bersedia di "Kara' al-Ghamim" jalan utama ke Makkah. Rasulullah hendak mengirim seorang duta kepada Quraisy untuk meyakinkan mereka mengenai pendirian dan tujuan kedatangan mereka, Baginda memanggil Umar bin al-Khattab untuk dihantar. Pihak Quraisy segera menghantar Suhail bin Amru untuk menerima perjanjian berkenaan. Maka mereka berdua bersetuju dengan asas-asas perdamaian seperti yang telah dinyatakan.. Sebaik sahaja format perjanjian dimeterai, maka Banu Khuza'ah pun segera menyertai Rasulullah, kerana sejak dahulu lagi mereka ini menjadi sekutu bani Hasyim. Jadi, inilah perdamaian sementara Hudaibiah iaitu perjanjian antara Rasulullah dan Quraisy. Dimana ianya adalah kemenangan besar kepada umat Islam. Sebelum ini Quraisy tidak mengiktiraf kehadiran umat Islam, malah pihak Quraisy berusaha membanteras mereka hingga ke akar umbi dan menunggu untuk menyaksikan kemusnahan mereka, pihak Quraisy sedang berusaha sedaya upaya dan sehabis tenaganya untuk menghalang penerusan dakwah Islamiah agar ianya tidak sampai kepada manusia ramai yang sifatnya sebagai pemimpin agama dan dunia di Semenanjung Tanah Arab. Kecenderungan mereka untuk berdamai bererti mereka sudah mengiktiraf kekuatan Islam, Baginda terasa aman seketika suasananya selepas kembalinya baginda ke Madinah. Khalid bin al-Walid dan Uthman bin Talhah mendapat hidayah memeluk Islam, pada permulaan tahun ke tujuh (7) Hijrah selepas perjanjian al-Hudaibiah, Amru bin al-A'as.

************************
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com