Kisah ini mengisahkan Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam yang memperjuangkan Agama Islam sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim supaya menyeru penduduk-penduduk agar menyembah Allah Yang Maha Esa. Dalam kisah ini menceritakan Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam diseksa oleh penduduk-penduduk kafir dengan membakar baginda secara hidup-hidup kerana beliau telah memusnahkan patung-patung berhala. Selain itu, kisah ini juga turut menceritakan tentang peristiwa Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam di Mesir. Isterinya, Sarah telah dibawa ke istana Firaun. Sarah terpaksa mengaku Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam sebagai abangnya bagi mengelak dirinya daripada dibunuh. Setiap kali Firaun cuba menodai Sarah, tangannya pasti akan lumpuh. Akhirnya, Firaun membebaskan Sarah tanpa sebarang kecederaan. Kemudian, kisah ini juga menceritakan tentang perintah Allah supaya menyembelih anaknya, Ismail untuk membuktikan ketaatan baginda dan anaknya kepada Allah. Ketika penyembelihan dilakukan, tiba-tiba dengan sekelip mata anaknya diganti dengan seekor kibas dan baginda melepasi pula telah melepasi ujian tersebut. Nabi Ibarahim ‘Alaihis salam atau bapa para nabi ini merupakan nabi yang sangat berwibawa. Berkat usaha yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam dalam berdakwah telah membuka hati beberapa orang penduduk kafir untuk memeluk Islam.
PENGENALAN
Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam adalah seorang nabi yang yang berwibawa. Baginda dilantik menjadi rasul untuk menyedarkan kaum Our supaya berada di jalan yang benar dan lurus. Sebelum menjadi rasul, Nabi Ibrahim pernah mencari Tuhan yang sebenar-sebenarnya. Baginda sentasa memohon agar baginda dapat menemukan Tuhan yang sebenar. Setelah baginda mengenal Allah Subhanahu wa ta’ala, baginda menyeru kepada penyembah-penyembah berhala agar berimanlah kepada Allah Yang Maha Esa. Tetapi, usahanya hanya sia-sia sahaja. Tidak ada seorang pun yang mahu beriman kepada Allah kecuali isterinya, Sarah dan anak angkatnya, Lut. Pernah suatu ketika baginda ditangkap dan dicampak ke dalam api yang sangat panas. Walaubagaimanapun, dengan kuasa Allah akhirnya api yang sangat panas itu berubah menjadi api yang sangat sejuk. Semua oarng yang berada di situ sangat terkejut melihat kejadian tersebut lalu menuduh bahawa Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam merupakan seorang ahli sihir. Namun, ada sesetengah orang tidak berfikir sedemikian, mereka percaya bahawa Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam adalah pengutus Allah Subhanahu wa ta’ala dan percaya pada kuasa Allah terus beriman kepadanya. Seterusnya, sewaktu baginda berada di Mesir, Sarah, isterinya telah dibawa ke istana Firaun. Sarah terpaksa mengaku Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam sebagai abangnya bagi mengelak dirinya daripada dibunuh. Setiap kali Firaun cuba menodai Sarah, tangannya pasti lumpuh. Akhirnya Firaun membebaskan Sarah tanpa sebarang kecederaan. Kemudian, setelah baginda menjadi rasul, baginda diuji pula dengan ujian yang sangat berat iaitu baginda diperintahkan supaya menyembelih anaknya, Ismail bagi membuktikan ketaatan baginda serta anaknya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.
Keturunan dan kelahiran :
Nama sebenar Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam ialah Ibrahim bin Azar bin Abu Nahur. Baginda sekeluarga berasal dari Babylon. Ayahnya bernama Azar bin Abu Nahur. Ayahnya merupakan seorang kafir dan juga pembuat patung berhala. Ibunya pula bernama Imtali. Manakala Abu Nahur ialah datuknya. Abu Nahur merupakan seorang ahli sihir yang sangat hebat dan juga nujum yang terkenal di Our. Tiada seorang pun yang dapat menandinginya. Sewaktu Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam dilahirkan terdapat kejadian aneh yang berlaku pada ketika itu iaitu ibunya, Imtali berasa suatu cahaya telah memenuhi ruang kamar rumahnya. Tambahan pula, dia juga tidak berasa sakit walau sedikit pun ketika melahirkan Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam .
Apabila Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam meningkat dewasa, hatinya mula berasa sangsi dengan Tuhan yang disembah oleh keluarganya. Baginda cuba mencari Tuhan yang sebenar- benarnya. Tapi pada waktu yang sama, baginda telah mengahwini Sarah, sepupunya. Setelah beberapa lama berkahwin, baginda masih tidak dikurniakan cahaya mata lagi. Akhirnya, Nabi Ibrahim mengambil Lut sebagai anak angkatnya iaitu anak kepada adiknya, Haran. Dengan usaha dan ketabahan, baginda akhirnya menemui Tuhan yang sebenar iaitu Allah Subhanahu wa ta’ala.
Gelaran :
Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam digelar sebagai Khalilullah atau kekasih Allah. Perkataan Ibrahim dalam bahasa Suryani memberi makna bapa yang penyayang dan mengikut bahasa Ibrani pula bermaksud bapa masyarakat atau bapa kepada bilangan orang yang ramai.
Bahasa :
Dalam pertuturan pula, bahasa yang digunakan oleh Nabi Ibrahim ialah bahasa Arab Purba yang hampir sama dengan bahasa Arab Jurhum. Buktinya, baginda boleh berkomunikasi dengan kedua-dua isteri Ismail dengan menggunakan bahasanya sendiri.
Makam :Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam dan anak-anaknya iaitu Ishaq dan Yaakub telah dikebumikan di Hebran, kini dikenali sebagai al-Khalil di Palestin. Sehingga sekarang makam mereka masih lagi berada di situ. Al-Hafiz Ibn Kathir mengatakan bahawa maklumat ini boleh diterima secara mutawatir sejak zaman Bani Israel hingga zaman Ibn Kathir.
Dakwah : Setelah Nabi Ibrahim menemui Allah yang sebenar, baginda menyeru kepada ajaran tauhid yang sebenar. Dalam Al-Quran, terdapat empat situasi Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam berdakwah, iaitu berdakwah kepada ayahnya, berdakwah kepada penyembah berhala, berdakwah kepada penyembah bintang dan berdakwah kepada Raja Namrud. Mengenai dakwah kepada ayahnya, Nabi Ibrahim berkata kepada ayahnya mengapa menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongnya. Bapanya menjadi marah dan berkata jika Nabi Ibrahim tidak berhenti menyeru dan menasihatinya, dia akan melontarkan batu kepada baginda. Kemudian, dakwah kepada penyembah berhala pula. Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam menyeru kepada penyembah-penyembah berhala supaya meninggalkan penyembahan berhala kerana patung yang disembah mereka tidak dapat melindungi mereka. Sewaktu rakyat Babylon merayakan hari kebesaran di luar kota, Ibrahim tidak sertainya atas alasan kurang sihat. Apabila kota sudah sunyi, Ibrahim menuju ke tempat ibadat mereka dengan sebilah kapak besar. Baginda menghancurkan semua berhala kecuali patung yang paling besar. Ketika mereka mengetahui hal itu, Ibrahim ditangkap dan diadili. Oleh sebab Ibrahim telah menghancurkan berhala, para hakim memutuskan bahawa Ibrahim harus dibakar hidup-hidup. Berduyun-duyun rakyat Babylon datang untuk menyaksikan upacara pembakaran Ibrahim. Baginda kemudiannya dicampak ke dalam api. Namun, atas perlindungan Allah, Ibrahim berasa sejuk di dalam api. Setelah kayu bakar telah habis jadi abu, baginda keluar dengan selamat.
Kemudian, dakwah kepada penyembah bintang. Baginda menyeru supaya mereka berhenti menyembah sesuatu yang mudah hilang. Ini kerana Tuhan yang mereka sembah itu sering bertukar-tukar sedangkan hanya satu saja Tuhan yang layak disembah kerana
Dialah tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Seterusnya, dakwah kepada Raja Namrud. Nabi Ibrahim menyeru kepada Raja Namrud agar beriman kepada Allah. Hanya Allah yang layak disembah dan ditaati kerana hanya Dia yang mampu menghidupkan dan mematikan sesuatu makhluk ciptaanNya. Namun, Raja Namrud dengan angkuhnya mengaku dirinya juga mampu menghidupkan dan mematikan manusia. Kemudian, Nabi Ibrahim mencabar beliau dan berkata sekiranya Allah menerbitkan matahari dari timur, terbitkanlah matahari dari barat. Maka tercenganglah beliau lalu dia membisu. Walaubagaimanapun, Raja Namrud tetap berdegil tidak mahu beriman kepada Allah. Akhirnya, Nabi Ibrahim berhijrah ke Syam bersama Sarah dan Lut.
Kelebihan :
Dipilih oleh Allah sebagai kekasih Allah dan juga ketua bagi semua umat manusia. Selain itu, baginda juga terpilih sebagai rasul, diberikan kebijaksanaan dan ramai keturunannya diberi pangkat kenabian. Kemudian, makamnya dijadikan tempat untuk bersembahyang. Sifat Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam ialah lemah-lembut, baik, bercakap benar, bersyukur, warak, baik hati, menepati janji dan murah hati.
Dugaan :
Sepanjang berdakwah, bapa para nabi ini telah diuji dengan pelbagai dugaan yang besar tetapi Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam tetap bersabar. Antara dugaan paling besar ialah sewaktu Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam berada di Mesir. Isterinya yang cantik, Sarah, telah dibawa ke istana Firaun. Sarah terpaksa mengaku Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam sebagai abangnya supaya dia tidak dibunuh. Dalam waktu itu, Sarah tidak berbohong kerana dia adalah saudara Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam . Suatu hari, firaun cuba menodai Sarah tetapi dengan izin Allah, tangannya lumpuh. Akhirnya, Sarah dibebaskan tanpa sebarang kecederaan. Selepas itu, firaun menghadiahkan seorang hamba perempuan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam . bernama Siti Hajar. Hasil dari perkahwinan baginda dengan Hajar, maka lahirlah Nabi Ismail ‘Alaihis salam . Kemudian, dugaan besar yang lain ialah Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam dicampak ke dalam lautan api dan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala supaya menyembelih anaknya, Ismail. Dengan berkat ketaatan mereka, Nabi Ismail ‘Alaihis salam diganti dengan seekor kibas yang gemuk dan dia juga berjaya melepasi ujian itu.
KESIMPULAN
Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam atau bapa para nabi ini merupakan nabi yang sangat berwibawa. Baginda dilantik menjadi rasul bagi menyedarkan penduduk-penduduk kafir agar memilih jalan yang benar. Tetapi bagaimanapun, telah ditentang oleh orang-orang kafir sehinggalah baginda diseksa dan dibakar hidup – hidup. Walaubagaimanapun, telah diselamatkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Selain itu, baginda juga seorang yang taat. Baginda taat pada perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail. Suruhan ini dilakukan bagi membuktikan ketaatan Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam dan juga anaknya, Nabi Ismail ‘Alaihis salam kepada Allah Taala. Akhir sekali, kisah Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam telah memberi banyak pedoman dalam hidup kita. Justeru, jadikanlah kisah kelahiran Nabi Ibarahim ‘Alaihis salam ini sebagai panduan dalam menjaga nama baik Agama Islam.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com