Pendahuluan
Apabila Rasulullah berhijrah ke madinah Islam telah berkembang dan diterima oleh kabilah-kabilah arab. Ekonomi madinah juga menjadi kukuh, dan orang Quraisy berasa marah dengan kemajuan itu. Perang Badar ini merupakan perang pertama yang dilalui oleh orang Islam di Madinah. Dengan jumlah tentera yang sedikit, mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang ramai. Walaubagaimanapun, Rasulallah tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah agar mereka berjaya. Tentera Quraisy tidak dapat mengalahkan tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh dan Rasulullah telah berjaya menjalinkan hubungan silaturrahim yang erat diantara umat Islam.
Setelah rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah bersama-sama sahabat-sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Selain itu, ekonomi Madinah juga telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan itu.
Perang badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentaranya tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam didalam mereka. Dengan pegangan mereka yang sangat kukuh, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umatnya yang senantiasa menjalankan segala perintahnya dan menjauhi larangannya.
ANTARA FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERANG BADAR
BAGAIMANA BERLAKUNYA PERANG BADAR ?
Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.
Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.
Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang berteriak dengan suara yang amat kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari. ”
Atiqah melihat ramai orang berkumpul dikeliling musafir tersebut kemudian masuk kedalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek dan ia pecah. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.
Mimpi Atiqah itu diminta supaya dirahsiakan, tetapi ia telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu.
Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.
ANTARA PERISTIWA-PERISTIWA PEPERANGAN BADAR
Semasa dalam perjalanan, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada tenteranya:
“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sesungguhnya aku seakan-akan sekarang ini dapat melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy, ”
Mendengar perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi sehingga melupakan segala perkara yang penting bagi diri mereka sendiri.
Dipihak Quraisy pula ada beberapa masalah yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berpatah balik ke Makkah.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan doa kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisan tenteranya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada setiap tenteranya sambil memohon kepada Allah:
“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan hamba), tidak akan Engkau disembah lagi. ”
Diriwayatkan diwaktu itu, Rasulallah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahawa Allah akan mengkabulkan padanya apa yang telah Allah janjikan.
Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahawa kaum Quraisy akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan 900 hingga 1000 orang tentera Quraisy.
Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sedikit waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.
Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak seperti orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit kemudian, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu :
“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu. ”
Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya dan jaminan bahawa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan di sebabkan keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi di Badar.
PENGAJARAN DARIPADA PERANG BADAR
Peperangan badar ini amat berertinya bagi agama Islam. Jika tentera Islam kalah didalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam dan juga agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah agama yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan orang-orang Munafiq Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tentera Islam pula, balike ke Makkah setelah dilepaskan dan menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan secara langsungnya telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dari masa ke semasa. Perang badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam.
KESIPULAN
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahawa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak mereka yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi mencapai kejayaan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan tentera Islam yang memang sedikit dari segi jumlah tetapi tidak dari segi semangat. Mereka tidak dapat mengalahkan tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalinkan silaturrahim yang kuat diantara umat Islam. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan yahg kukuh iaitu berjaya didunia atau mati syahid.
-----------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA
013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com