Tajuk: Sejarah Pentadbiran Rasulullah

Sinopsis
Oleh kerana tentangan-tentangan kuat yang tidak henti-henti dari kafir Quraish Mekah terhadap Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan pengikut-pengikutnya. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah berhijrah ke Madinah ditemani rakan karibnya serta pengikut-pengikutnya. Ketibaan rombongan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para pengikutnya telah disambut dengan meriah sekali setibanya di Madinah. Penduduk Madinah telah mendapat tahu tentang kehadiran Baginda. Dakwah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang pertamanya adalah dengan mengadakan satu solat jumaat beramai-ramai. Baginda juga telah mendirikan sebuah masjid di hadapan rumah Abu Ayob. Laungan dan seruan azan dimulakan untuk menyeru umat-umat Islam untuk mngerjakan sembahyang. Selain itu, Baginda juga menguruskan tempat-tempat kediaman dan kehidupan orang-orang muhajirin. Dalam memperluaskan Islam, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga menghubungkan tali persaudaraan Islam di antara orang Muhajirin dan Ansar untuk menjamin kekuatan Umat Islam. Baginda juga telah mengahwinkan orang-orang Ansar dengan orang-orang Muhajirin. Golongan Yahudi telah menghalang perjuangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan baginda telah mengadakan satu perjanjian dengan orang Yahudi. Selepas perang Badar, perjanjian ini telah dilanggar oleh Yahudi. Oleh itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menghalau orang Yahudi dari Kota Madinah. Selepas itu, berlakulah perang Khandak dan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menggali parit disekeliling Madinah. Selepas berlaku satu ribut taufan baginda dan tenteranya telah menyerang Bani Quraidhah dengan mengepung kedudukan mereka. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah membuat satu lagi perjanjian setelah selesai peperangan. Perjanjian itu dipanggil “Perjanjian Perlembagaan Madinah” yang mengandungi 24 isi kandungan. Isi kandungan berikut telah dipersetujui oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan seluruh golongan di Madinah. Dengan wujudnya perlembagaan tersebut, maka wujudlah sebuah Negara. Segala kebijaksanaan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam akhirnya berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah. Baginda telah berjaya menyelesaikan segaa permasalahan diantara penduduk di Madinah setelah berhijrah ke Madinah. Akhirnya Madinah menjadi satu kawasan pemerintahan Islam yang amat kukuh. 

Pendahuluan
Pada tahun 622 masihi, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan pengikut-pengikutnya pindah ke yathrib. Peristiwa ini boleh berlaku akibat daripada tentangan-tentangan kuat yang tidak henti-henti dari kafir Quraish Mekah terhadap Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan pengikut-pengikutnya. Peristiwa ini dikenali sebagai hijrah. Sehingga hari ini, peristiwa ini masih lagi disambut oleh seluruh umat Islam didunia sebagai tanda untuk mengingati peristiwa ini. Peristiwa ini sebenarnya membuka sejarah baru dalam penyebaran Agama Islam. Di Mekah, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam lebih terkenal sebagai pemimpin agama sahaja tetapi selepas hijrah Rasullulah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi nabi dan juga ketua Negara yang memegang kuasa tertinggi dalam agama dan politik. Yathrib selepas hijrah terkenal sebagai madinah dan menjadi pusat penyebaran Islam dalam etikata yang lebih luas. Kebrangkatan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hijrahnya keMadinah pada 2 julai 622 masihi ditemani seorang sahabat karibnya Abu Bakar As-Siddiq. Mereka telah disambut baik dan baginda menjadi menjadi pemimpin golongan besar penduduk Madinah dan ini ternyata dengan beberapa rombongan yang pergi menemui Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan menjempunya berpindah pada masa sebelumnya. Peristiwa besar ini tidak diragukan oleh sesiapa kerana kebenarannya telah tercatit dalam kitab suci Al-Quran. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan pengikut-pengikutnya tiba di Madinah tanpa membawa sebarang harta. Orang Muhajirin di Madinah telah pun mendapat tahu tentang kedatangan baginda. Berita ini disampaikan oleh sekelompok muslimin madinah, yang sudah mengadakan pembicaraan pendahuluan dengan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam di Mekah. Setiap orang muslim ketika itu menerima kebenaran Islam sebagai agama untuk dirinya sendiri dan keluarganya juga sekaligus bertindak sebagai juru dakwah, membantu Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam menunaikan tugas risalah sucinya kepada setiap insan. 

Sewaktu di Madinah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam mendapati penduduk kota itu mempunyai tiga golongan yang terdiri daripada orang muhajirin, orang ansar dan orang yahudi. Orang Muhajirin adalah orang-orang yang berpindah dari Mekah ke Madinah. Orang ansar pula ialah orang-orang arab dari kaum Aus dan khajraj yang telah memeluk Agama Islam dan tinggal di kota Madinah. Manakala orang yahudi pula ialah orang-orang yang terdiri daripada beberapa kumpulan dan yang terbesar ialah Bani Quraiqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraidah. 
Pada hari Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam memasuki Madinah, ianya berkebetulan pada hari jumaat. secara tidak langsung, Rasullulah mengadakan solat jumaat di suatu kawasan yang lapang dan luas. Ramai penduduk disitu telah pergi menunaikan solat jumaat bersama Rasullulah. Lebih kurang 1000 orang yang bersembahyang bersama baginda. 
Semakin hari semakin ramai umat Islam dari Mekah yang berhijrah ke Madinah. Ini kerana ancaman daripada orang-orang Quraish semakin dasyat. Hijrah umat-umat Islam ini juga dapat melenyapkan sikap mental orang-orang arab. Ini bermaksud berakhirnya tradisi jahiliah dan juga lenyaplah kekuasaan politik dari tangan orang-orang Quraish yang tidak menerima Agama Islam. Namun begitu penguasa-penguasa Quraish di Mekah. 
Selain daripada itu, baginda telah berusaha mendirikan sebuah masjid yang terletak dihadapan dengan rumah Abu Ayub agar orang-orang Islam dapat beribadat dengan lebih selesa. Laungan dan seruan azan pun dimulakan untuk menyeru umat-umat Islam untuk mngerjakan sembahyang. 
Usaha yang seterusnya dalam pentadbiran Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah menguruskan tempat-tempat kediaman dan kehidupan orang-orang muhajirin. Ini kerana kebanyakan daripadanya terdiri daripada orang yang miskin dan muda, yang mempunyai harta dan kebun-kebun tamar tidak dapat membawanya bersama hijrah. Mereka berhijrah tanpa membawa apa-apa pun hanya sehelai sepinggang. Terdapat juga yang tidak dapat membawa keluarga bersama-samanya. 
Selain daripada itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah memulakan rancangannya dengan menghubungkan tali persaudaraan Islam di antara orang Muhajirin dan Ansar untuk menjamin keutuhan dan kekuatan Umat Islam. Dalam rancangan itu, setiap orang madinah dikehendaki mempersaudarakan seorang muhajirin dan mereka juga member seperdua daripada harta kekayaan bagi modal penghidupan saudara Islam mereka itu. Baginda juga telah mengahwinkan orang-orang Ansar dengan orang-orang Muhajirin. Dalam peristiwa ini, diceritakan bahawa ada diantara orang Ansar yang sanggup menceraikan isteri mereka untuk diperisterikan oleh saudara baru Islam daripada orang muhajirin. 
Satu lagi ialah golongan Yahudi yang selalu menggugat proses penyebaran Islam. Mereka mempunyai kebun-kebun tamar yang luas. Mereka inilah yang menghasut puak Khajraj dan Aus dan menyebabkan berlaku pergaduhan antara dua puak ini. Kabilah Aus dan Khajraj adalah penduduk Madinah dari bangsa Arab yang dinisbatkan kepada kabilah-kabilah Adzi di Yaman. Kabilah tersebut ialah para perintis hijrah dari Yaman ke Yathrib. Puak Aus tinggal di wilayah selatan dan timur manakala puak Khajraj pula tinggal di wilayah tengah utara, yang merupakan dataran rendah Madinah. Puak Aus tinggal di kawasan pertanian yang kaya sedangkan puak Khajraj tinggal di kawasan yang kurang subur. Banyak peperangan yang berlaku antara dua puak ini. Yang pertamanya ialah Perang Sumair dan yang terakhir ialah Perang Bu’ats. 
Golongan-golongan yahudi ini mengambil peluang untuk menghalang perjuangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam termasuklah orang-orang musyrikin Mekah, orang-orang Munafiqin dan Yahudi menaruh kebencian terhadap umat Islam. Oleh itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengadakan satu perjanjian dengan orang Yahudi. Perjanjian ini tercatat agar orang Islam dan orang Yahudi hendaklah hidup sebagai satu bangsa. Kedua dua pihak bebas menjalankan Agama masing-masing dan hakim ialah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Selain itu, perjanjian tersebut juga menyatakan bahawa sekiranya satu pihak diserang musuh dari luar hendaklah satu lagi pihak membantunya. Jika Kota Madinah diserang kedua-dua pihak sama-sama mempertahankannya bermati-matian. 

Pada mulanya perjanjian ini dipersetujui oleh orang Yahudi tetapi selepas perang badar mereka telah memperkecilkan kejayaan yang dicapai oleh kaun musimin. Oleh itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menghalau orang Yahudi dari kota Madinah. Mereka ini ialah Yahudi Bani Qunaiqa’ manakala Bani Nadhir telah menjalankan kegiatan menentang Islam di Mekah. Kaum Yahudi pernah mengucapkankan salam kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan mengucapkan “as-samu ‘alaika. ” Yang mereka maksudkan dalam perkataan diatas adalah “semoga kematian untukmu”. Bahasa yang digunakan kaum Yahudi di Negara-negara Arab adalah bahasa Ibrani. Mereka tidak meninggalkan penggunaan bahasa Ibrani sama sekali dan mereka juga masih menggunakannya dalam sembahyang dan pelajaran-pelajaran mereka. 
Selepas itu, berlaku satu peristiwa yang dianggap genting dan sangat dirasai oleh Umat Islam ialah peperangan Khandak. Orang Yahudi Bani Quraidhah telah membantu orang-orang Musyrikin. Ini kerana hasutan supaya mereka membatalkan perjanjian dengan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda telah menggali parit-parit di sekeliling madinah dan musuh-musuh Islam telah mengepung kota itu sehingga banyak yang menderita kebuluran dan kelaparan tetapi semangat perjuangan Islam tetap teguh. Selepas itu, berlaku satu ribut taufan dan musuh-musuh Islam itu telah meninggalkan kota Madinah. Kaum Muslimin terus bertindak ke atas Bani Quraidhah dengan mengepung kedudukan mereka. Peristiwa ini berlaku selama 25 hari. Akhirnya mereka menyesal kerana memusuhi Islam. Atas permintaan mereka sendiri, mereka telah menyerahkan nasib mereka kepada Saad bin Mu’az dan hukuman yang dikenakan ialah semua kaum lelaki dibunuh, wanita-wanita dam kanak-kanak dijadikan hamba abdi. 
Selain itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah berjaya membuat sebuah perjanjian bagi menjamin kemakmuran dan keharmonian selepas berjaya menyelesaikan masalah ketiga-tiga golongan itu. Perjanjian ini dinamakan “Perjanjian Perlembagaan Madinah”. Ia juga telah mencatat satu sejarah dunia kerana perlembagaan ini dianggap yang pertama bertulis pernah wujud di dunia. Dengan persetujuan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan semua golongan di madinah, 24 isi penting telah dibuat. 

Penutup
Dengan wujudnya perlembagaan ini bererti suatu pembaharuan telah dibawa iaitu konsep baru dalam beragama dan berkerajaan, yang bertujuan menyatukan semua penduduk Madinah, yang melahirkan sebuah masyarakat Islam. Dengan berlakunya perkara ini, akan wujudlah sebuah Negara. Dengan itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah meletakkan dasar-dasar untuk membangunkan masyarakat dari berbagai bidang termasuk sosial, politik, ekonomi, dan undang-undang kira bicara. Walau begitu, tiap-tiap kumpulan bebas dengan adat kebiasaan tetapi mereka tidak boleh melindungi orang-orang yang bersalah. Kuasa tertinggi pentadbiran dan kehakiman adalah tetap terletak di angan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Begitu juga mengenai perang dengan orang-orang yahudi perlu membayar perbelanjaan perang bersama dengan orang-orang mukmin. Dengan segala kebijaksanaan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam memperluaskan Islam di Madinah, Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah. Perkembangan lebih lanjut menunjukkan bahawa Kota Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam. Ini juga boleh berlaku dengan 24 isi perlembaggan yang dipersetujui bersama didalam perlembagaan tersebut. Ini nyata bahawa mereka telah mula menerima pemerintahan secara Theocracy yang bererti satu Negara di mana kuasa politiknya dipegang berasaskan petunjuk dari Tuhan melalui Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda juga menjadi orang Perantaraan antara Tuhan dan manusia yang menerima kuasa politik melalui peringkat kenabiannya. Segala aktiviti-aktiviti jahiliah yang dilakukan oleh penduduk-penduduk Madinah dahulu telah berjaya dipadamkan. Baginda adalah seorang pejuang dan juga pemimpin yang tidak pernah kenal erti putus asa, dan bijaksana dalam menjalakan aktiviti dakwah untuk memperluaskan lagi kuasa-kuasa Islam. Baginda juga berani dalam apa jua tindakannya seperti dalam peperangan yang melibatkan Islam. Dengan ini, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah berjaya menyelesaikan masalah-masalah dan mendamaikan golongan-golongan apabila ia berhijrah dari Mekah ke Madinah. Akhirnya Madinah menjadi satu kawasan pemerintahan Islam yang kukuh. 
----------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com