Abstrak
Khalifah Umar bin Al Khattab berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M iaitu 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Nama sebenarnya, Umar bin Al-Khattab bin Naufal, berketurunan Quraisy. Beliau terkenal dengan sifat berani, tegas, dan berterus terang dalam menyatakan pendapat. Beliau digelar al-Faruq kerana dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan. Mempunyai pekerti yang jujur sejak dari kecil, baik hati, dan memiliki beberapa sifat mulia. Memeluk Islam enam tahun selepas baginda menerima wahyu, akhirnya Islam terus berkembang. Semasa hijrah, beliau dengan beraninya keluar secara terang-terangan. Wafat pada akhir bulan Zulhijah pada tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah negara kira-kira 10 tahun. Dimakamkan bersebelahan dengan makam Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam .. Terdapat beberapa cara pemilihan dan pelantikan Khalifah Umar al –Khattab. Pelantikannya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, iaitu ketika Khalifah Abu Bakar sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai. Setelah hampir 10 tahun memerintah, khalifah kedua al-khulafa ar-Rasyidin ini telah memberi sumbangan yang banyak kepada orang ramai pada zaman tersebut. Jangka masa pemerintahan Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukannya. Sumbangan beliau adalah merangkumi bidang politik, sosial, ekonomi, ketenteraan dan pendidikan. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki itu mengantarkannya terpilih menjadi wakil kabilahnya. Beliau selalu diberi kepercayaan sebagai utusan mewakili kabilah quraisy dalam melakukan perundingan-perundingan dengan suku-suku lain. Keunggulannya berdiplomasi membuatnya popular di kalangan berbagai-bagai suku Arab. Nabi s. aw mengakui keunggulan-keunggulan yang dimiliki Umar, pemuda yang berani, tidak mengenal takut dan gentar, dan mempunyai ketabahan dan kemahuan yang keras. Oleh itu, untuk kepentingan perjuangan Islam, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkata, “Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada Amr bin Hisyam atau Umar bin Khattab. ” Doa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . di perkenankan Allah Subhanahu wa ta’ala dengan Islamnya Umar sekitar tahun 616. Khalifah Umar telah menunjukkan banyak contoh keadilan yang dilakukannya sepanjang pemerintahannya. Secara keseluruhannya, Umar bin al-Khattab telah memberi banyak sumbangan kepada tamadun Islam. Syariat Islam telah diamalkan sepenuhnya dan tunjuk ajar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dipraktikkan dalam kehidupan beliau. Ramai tokoh ilmuan terkenal wujud pada zaman ini kerana keutamaan ilmu ditekankan oleh khalifah. Umar bin al-Khattab adalah antara sepuluh orang sahabat nabi yang dijamin masuk syurga. Nabi s. aw mengakui keunggulan-keunggulan yang dimiliki Umar, pemuda yang berani, tidak mengenal takut dan gentar, dan mempunyai ketabahan dan kemahuan yang keras. Sikap Umar ini haruslah dijadikan teladan dan patut diterapkan dalam setiap diri umat Islam.
Khalifah Umar bin al-Khattab sentiasa menekankan perpaduan di kalangan penduduk dalam kawasan Islam untuk memastikan perkembangan Islam berterusan. Setelah hampir 10 tahun beliau memerintah kerajaan Islam, beliau wafat pada akhir bulan Zulhijah pada tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun. Dimakamkan bersebelahan dengan makam Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam .
PENDAHULUAN
Khalifah Umar bin Al Khattab berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M iaitu 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam .. Sebelum memasuki Islam, Umar Bin al-Khattab adalah salah seorang musuh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Namun setelah memeluk Islam, baginda menjadi sahabat Rasulullah s. aw., malah dipilih sebagai khalifah kedua setelah Abu Bakar as-Siddiq. Umar merupakan seorang mujtahid dan salah seorang al-Khulafa ar-Rasyidin. Umar diputerakan pada tahun 581 M. Baginda berasal daripada suku Adi yang masih termasuk dalam rumpun Quraisy. Beliau amatlah dipandang mulia dan mempunyai martabat yang tinggi. Sejak muda, Umar dikenali sebagai orang yang berani. Ketika Umar masuk Islam banyak keluarganya dan tokoh Arab yang lain mengikut jejaknya sehinggalah jumlah umat Islam semakin banyak dan dakwah Islam dilakukan secara terang-terangan. Ketegasan dan keberanian Umar merupakan kekuatan besar dalam pengembangan Islam selanjutnya.
Apabila mengetahui bahawa adindanya dan suaminya memeluk Islam, beliau sangat murka. Umar segera menemui adindanya dan dengan penuh perasaan memukul Fatimah serta suaminya. Namun kemudian, Umar terlihat sekeping lembaran bertuliskan ayat al-Quran. Ketika membacanya, perasaannya menjadi tenang dan damai. Timbul keinginan kuat dalam dirinya untuk menemui Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Umar pun memeluk Islam.
Sebelum mangkat, Abu Bakar memanggil beberapa orang sahabat untuk mendapatkan pandangan mereka tentang pemilihan khalifah yang akan menggantikannya. Umar merupakan calon tunggal Abu Bakar dan para sahabat bersetuju dengan pilihannya itu. Pada 13 H/634 M, Umar dilantik menjadi khalifah kedua dengan gelaran “Amirulmukminin” (panglima orang beriman). Umar merupakan pemimpin yang ideal. Namun kelebihannya itu menyebabkab musuhnya iri hati. Pada 26 Zulhijah 23 H, baginda ditikam oleh Abu Lu’lu’ah sehingga mangkat ketika hendak mengerjakan solat subuh.
Umar sangat dikagumi oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dan para sahabat yang lain. Nabi menggelarnya al-Faruq yang bererti dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan.
Jangka masa pemerintahan Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukannya.
Dalam bidang politik, Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar. Beliau telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera.
Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan ini diketuai olah katib atau setiausha. Jabatan Kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham.
Dalam bidang sosial terutama pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman. Khalifah Umar telah menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahan telah dibina di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
Untuk mempertingkatkan ekonomi, Khalifah Umar telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar.
Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum dikenakan cukai 10 dirham. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka, baitumal juga telah didirikan oleh Khalifah Umar telah diberikab gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
Ketika menjadi khalifah, Umar bin al-Khattab membuat beberapa dasar dalam pemerintahan. Baginda meluaskan wilayah secara besar-besaran, sehingga tempoh pemerintahannya dikenal dengan nama futahat al-islamiyyah (peluasan wilayah islam) dan pembahagian wilayah islam. Baginda juga membentuk badan pemerintah dan membuat Dustur ‘Umar atau Risalah al-Qada’ (prinsip keadilan).
Di kalangan ahli fikah, Umar juga dikenali sebagai sahabat Nabi yang berani melakukan ijtihad. Baginda, misalnya mengusulkan solat tarawih secara berjemaah, penambahan kalimat al-salatu khairun minan-naum (sembahyang itu lebih baik daripada tidur) dalam azan subuh. Baginda juga mencetuskan idea tentang perlunya dilakukan pengumpulan ayat al-Quran.
Khalifah Umar adalah orang pertama yang mencetuskan idea tentang perlunya dilakukan pengumpulan ayat-ayat al-Quran. Ketika itu ayat-ayat al-Quran tersebar di pelbagai kepingan batu, pelepah kurma, tulang-belulang, dan sebagainya. Tempatnya yang berselerakkan di tangan para sahabat, tidak terkumpul dalam satu tempat. Pada masa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . cukup ramai sahabat yang menghafaz al-Quran sehingga mengumpulkan tulisan-tulisan al-Quran belum di rasa perlu. Akan tetapi, pada masa khalifah Abu Bakar, terjadi banyak peperangan yang di dalamnya gugur ramai sahabat penghafaz al-Quran.
Setelah Islam, Umar menjadi salah seorang sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . terdekat. Begitu dekatnya, sampai Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . pernah berkata, “Andaikata masih ada nabi sesudahku, Umarlah orangnya. ” Dia juga di gelari oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dengan al-Faruq, ertinya pembeza (pemisah). Maksudnya, Allah telah memisahkan dalam dirinya antara yang hak dan yang batil. Hanya Umar yang begitu berani mengemukakan fikiran-fikiran dan pendapatnya di hadapan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . berada di Kaabah, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . lalu menunjukkan kepadanya makam Ibrahim. Seketika Umar bertanya apakah di situ boleh dilakukan solat? Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . menjawab bahawa hal itu belum diperintahkan. Lalu hari itu juga turun wahyu yang membolehkan solat di makam Ibrahim itu. Selain itu, Umar mengusulkan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . agar memerintahkan isteri-isterinya menggunakan hijab (tirai), maksudnya agar berbicara dengan tamu-tamunya dari belakang hijab sebab menurut Umar, yang berbicara dengan mereka bukan semuanya orang baik-baik melainkan ada juga orang jahat. Tidak lama kemudian turunlah ayat tentang, hijab yang membenarkan pendapat Umar itu.
Umar juga banyak menangani perselisihan yang terjadi di kalangan isteri-isteri Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Pandangan yang jauh ke depan, toleransi, dan keadilannya membuat orang senang menerima pendapatnya. Hal ini juga terlibat ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . wafat dan timbul perselisihan antara kaum Ansar dengan Muhajirin di Saqifah mengenai pengganti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Umar dengan tangkasnya melerai perselisihan.
Sebagai khalifah, Umar dikenali sangat adil dalam menjalankan pemerintahannya. Dia tidak membezakan antara tuan dengan hamba, kaya dengan miskin, dan penguasa dengan rakyat jelata. Semuanya mendapat layanan yang sama. Yang salah dihukum dan yang benar dibelanya. Banyak di dapati riwayat yang disampaikan oleh Anas bin Malik, bahawa suatu ketika dia sedang duduk bersama Umar. Lalu datang seorang penduduk Mesir mengadukan perihal kezaliman Amr bin As, gabenor Mesir. Dengan serta merta Umar mengirim surat kepada Amr bin As agar segera menghadap Umar di Madinah. Setelah Amr datang, dia pun diadili dan ternyata bersalah. Umar lalu menyuruh penduduk yang teraniaya itu membalas sesuai dengan perlakuan yang diterimanya.
Meskipun telah menjadi khalifah, Umar tetap dekat dengan rakyatnya. Di ceritakan bahawa setiap malam dia mengeliling mengamati keadaan rakyatnya. Dia khuatir kalau-kalau diantara mereka yang mengalami kesulitan seperti sakit atau kelaparan. Bila ditemukan, dia tidak segan memberikan bantuan langsung, bahkan sering dijumpai Umar mengangkat sendiri bahan makanan untuk orang yang memerlukannya.
Umar juga sangat takut untuk mengambil harta kaum muslimin tanpa alasan yang kuat. Dia berpakaian sangat sederhana, bahkan tidak sesuai untuk dipakai oleh seorang pembesar sepertinya. Umar meneladani perilaku Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dalam seluruh aspek kehidupannya. Prinsip hidup sederhana juga diterapkan oleh Umar di kalangan keluarganya. Isteri dan anak-anaknya dilarang menerima pemberian dalam bentuk apa pun daripada para pembesar mahupun daripada rakyatnya.
Di bidang pemerintahan, langkah pertama yang dilakukan oleh Umat sebagai khalifah adalah meneruskan langkah yang telah ditempuh oleh Abu Bakar dalam perluasan wilayah Islam ke luar Semenanjung Arab. Pada masanya terjadi perluasan kekuasaan Islam secara besar-besaran sehingga zaman ini dengan nama Futuhat al-Islamiyah (perluasan wilayah Islam). Berturut-turut pasukan Islam berjaya menduduki Syiria, Iraq, Mesir, Palestin dan Parsi.
Di bidang pentadbiran pemerintahan, Umar berjasa membentuk Majlis Permusyawaratan, Anggota Dewan, dan memisahkan lembaga pengadilan. Dia juga membahagi wilayah Islam ke dalam 8 wilayah yang terdiri daripada beberapa daerah dan subdaerah. Lapan wilayah itu adalah Makah, Madinah, Syiria, Jazirah, Kufah, Basra, Mesir, dan Pelestin. Untuk masing-masing daerah itu, diangkat pegawai khusus selaku gabenor. Gaji mereka mengikut aturan. Selain itu, pentadbiran percukaian juga diperkemaskan.
Polisi pentadbiran Umar al-Khattab adalah menyusun semula pentadbiran tanah yang dimiliki oleh tentera Islam, tidak membahagikan lagi tanah kepada tentera Islam sebagai ghanimah malah dijadikan harta negara. Hal ini adalah bagi mengelakkan perebutan oleh tentera dan perbuatan negatif untuk memiliki tanah. Para sahabat juga tidak dibenarkan keluar dari kota Madinah kecuali apabila diizinkan.
Untuk kepentingan pertahanan, keamanan, dan aturan dalam masyarakat, didirikan lembaga kepolisian, angkatan tentera dengan tentera berdaftar. Gaji yang diberi adalah berbeza-beza mengikut tugas-tugas yang di laksanakan. Khalifah Umar juga mendirikan pos-pos tentera di tempat-tempat yang strategik.
Umar melakukan peraturan keadilan Islam. Beliaulah yang mula-mula meletakkan prnsip-prinsip keadilan dengan menyusun sebuah risalah yang disebut Dustur ‘Umar atau Risalah al-Qada’.
KESIMPULAN
Umar adalah profil seorang pemimpin yang berjaya, mujtahid (ahli ijtihad) yang ulung, dan sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . yang sejati. Kejayaan dalam mengibarkan panji-panji Islam mengundang rasa iri dan dengki di hati musuh-musuhnya. Salah seorang musuhnya, Abu Lu’lu’ah, telah mengakhiri hidupnya dengan cara yang amat tragis. Dia menikam Umar tatkala sedang bersiap-siap memulai solat subuh. Peristiwa ini mengakibatkan kematiannya. Beliau wafat dalam usia 63 tahun setelah lebih kurang 10 tahun menggengam amanah sebagai khalifah.
Sumbangan dan jasa Umar al-Khattab adalah menyusun pentadbiran dan pembentukan syura. Selain itu, beliau menubuhkan beberapa jabatan seperti “dewan al-janad” dan “dewan al-jarah”. Khalifah Umar juga telah mengadakan peraturan tanah negara, menetapkan kalendar Islam adalah bermula dari Hijrah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dan menubuhkan pasukan polis dan tentera laut.
Umar al-khattab yang merupakan khalifah yang kedua dalam kerajaan khulafa ar-Rasyidin telah memberi banyak sumbangan pada umat islam dan seterusnya memberi teladan yang baik untuk di jadikan ikutan kepada umat islam. Kegigihan dan perjuangan Umar bin al Khattab di dalam menegakkan ajaran agama Islam telah memberi kesan yang mendalam pada kerajaan Islam pada masa itu. Kepimpinan beliau adalah berpandukan akidah yang benar dan sanggup berkorban bagi mempertahankan agama. Merealisasikan al-Quran terutama dengan akhlak dan penghidupan sehingga menjadi qudwah hasanah, iaitu contoh yang baik.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com