SINOPSIS
Perang Badar adalah salah satu peperangan dalam islam yang terbesar dan termasyur. Orang-orang Islam yang menyertainya mendapat kedudukan khusus di kalangan kaum muslimin. Hal ini kerana peperangan ini berlaku dalam bulan ramadhan, tahun ke 2 hijriah. Orang Islam pada mulanya hanyalah mahu menghalang pedagang Quraisy dan merampas barang dagangan mereka. Hal ini kerana kaum Quraisy telah menahan harta kaum muhajirin yang tinggal di Madinah. Sebagai balasan, kaum muslimin harus merebut harta dagangan Quraisy sebagai rampasan perang. Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad telah mengutuskan beberapa orang sahabat seperti Talhah Bin Ubaidullah, Said bin Zaid Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas dan beberapa orang yang lain untuk mendapatkan maklumat tentang orang Quraisy dan musuh mereka. Dengan kebijaksanaan Baginda, Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dapat menganggarkan jumlah bilangan tentera Quraisy. Selepas itu, Baginda juga telah mengadakan mesyuarat bersama pahlawan-pahlawan serta tentera-tenteranya dan meminta pendapat dari mereka. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan ada juga yang melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 orang yang syahid. 6 dari Muhajirin dan 8 lagi dari Ansar. Tentera Islam yang berjuang dengan bantuan keimanan dan sedar bahawa terbunuh atau membunuh akan memperolehi rahmat Allah. Selain itu berkenaan dengan tawanan perang pula, mereka akan dilepaskan sekiranya di beli oleh seseorang. Bagi tawanan yang berpendidikan, mereka akan dibebaskan apabila mereka telah mengajar sepuluh anak lelaki islam membaca dan menulis. Manakala bagi yang miskin, mereka boleh dibebaskan tanpa membayar sebarang tebusan. Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahawa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Manakala orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.
PENDAHULUAN
Perang Badar adalah salah satu peperangan dalam islam yang terbesar dan termasyur. Orang-orang Islam yang menyertainya mendapat kedudukan khusus di kalangan kaum muslimin. Hal ini kerana peperangan ini berlaku dalam bulan ramadhan, tahun ke 2 hijriah. Orang Islam pada mulanya hanyalah mahu menghalang pedagang Quraisy dan merampas barang dagangan mereka. Hal ini kerana kaum Quraisy telah menahan harta kaum muhajirin yang tinggal di Madinah. Sebagai balasan, kaum muslimin harus merebut harta dagangan Quraisy sebagai rampasan perang.
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah meninggalkan Madinah bersama 313 orang di bulan ramadhan untuk menawan harta orang Quraisy. Abu Sufyan telah menyedari bahawa NAbi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam sedang memburu kafilahnya. Lalu beliau mengutuskan Zamzam bin Ammar Ghifari ke Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari para pemimpin Quraisy. Pemimpim-pemimpin Quraisy merasa marah dengan tindakan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu mereka mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tentera muslimin dan tentera Quraisy bertemu di lembah Badar dengan bilangan tentera muslimin Cuma 313 orang, berbanding dengan tentera Quraisy yang tiga kali ganda lebih besar. Kaum muslimin tidak mempunyai senjata yang mencukupi. Alat pengangkutan mereka terdiri daripada tujuh puluh ekor unta dan beberapa ekor kuda, sedangkan musuh mereka mempunyai kekuatan yang padu untuk mengalahkan tentera muslimin.
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat pada mulanya meninggalkan Madinah sebenarnya adalah untuk menawan barang dagangan kafilah Quraisy. Mereka tidak bersiap sedia untuk berperang dengan orang Quraisy Makkah. Sekiranya mereka pulang, mereka akan kehilangan maruah dan harga diri. Kemungkinan musuh akan menyusur dan menyerang Madinah. Oleh itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam memutuskan untuk tidak berundur melainkan melakukan pertempuran hingga titik darah terakhir dengan kekuatan yang ada.
STRATEGI PEPERANGAN
Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat yang perlu dan kembali ke Madinah lalu menyampaikan maklumat yang diperoleh kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda bergerak menuju ke Badar bersama-sama para pengikutnya tetapi terlebih dahulu Baginda mengutuskan Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama-sama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 ekor. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda dapat menganggarkan jumlah tentera musuh seramai 900 hingga 1000 orang. Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa risau kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu terdapat tenteranya yang mengundur diri. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy.
Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengadakan mesyuarat bersama pahlawan-pahlawan tenteranya dan meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahawa mereka keluar hanya untuk merampas barang dagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan raut wajahnya berubah. Beberapa orang para sahabat seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-khatab, Miqdad Bin Al-Aswad, Sa’ad Bin Muaz dari kaum ansar, telah memberi semangat kepada baginda Rasulullah. Di ikuti pula oleh suara-suara dari pahlawan-pahlawan yang lain. Setelah mendengar kata-kata daripada para sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi serta terlihat kegirangan dari raut wajahnya. Setelah itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bersabda kepada seluruh tenteranya. Setelah mendengar perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu taat dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.
Dipihak Quraisy pula terdapat beberapa kucar-kacir yang berlaku sehingga beberapa kaum yang berjalan, berpatah balik ke Makkah. Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan doa kepada Allah memohon pertolongan, untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisan tenteranya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon doa kepada Allah. Diriwayatkan pada waktu itu, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam berulang-ulang kali memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r. a yang sentiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahawa Tuhan akan memakbulkan padanya apa yang telah di janjikan.
PEPERANGAN BERMULA
Setelah kematian Aswad Makhzumi akibat di bunuh oleh Saidina Hamzah, tidak ada lagi penyebab yang lebih berkesan untuk membangkitkan pertempuran dan kemarahan Quraisy selain tertumpahnya darah. Bebrapa orang yang hatinya sedang menyala-nyala kerana dengki dan benci amat ingin mencari alasan untuk segera bertarung lalu menjadikan alasan ini untuk mereka bertempur.
Menurut adab kuno Arab, sebagai mukaddimah peperangan ia didahului dengan perang tanding. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah dua orang bersaudara Utbah dan Syaibah Bin Rabi’ah serta Walid Bin Utbah. Manakala dari tentera Islam pula adalah ‘Auf, Ma’uz dan Abdullah bin Rawahah. Menyedari mereka bertiga adalah dari kaum Ansar, tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Ansar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan Hamzah, Ali dan Ubaidah. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya ketiga-tiganya tentera Quraisy tewas dan hanya seorang tentera islam yang syahid iaitu Ubaidah. Ini adalah petanda bahawa kaum Quraisy akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan bermati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah sentiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dalam waktu yang singkat, berpuluh-puluh tentera musyrikin mati di bunuh oleh tentera islam. Tentera Islam sentiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”. Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika tanpa sebab, Rasulullah telah jatuh pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan seperti orang yang sedang ketakutan. Seketika kemudian, Baginda tersedar dan bangun dengan senyuman lebar dibibir lalu bersabda kepada Abu Bakar bahawa Malaikat Jibrail turun untuk membantu mereka. Rasulullah turut memberi semangat kepada tenteranya dengan memberi jaminan bahawa tentera Islam yang turut serta berperang di Badar dijamin masuk syurga. Mendengar kata-kata Rasulullah ini, tentera Islam semakin bersemangat. Malah terdapat beberapa orang muslimin yang membuka baju besinya agar dapat gugur sebagai syuhada secepat mungkin.
PENAMAT
Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan ada juga yang melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 orang yang syahid. 6 dari Muhajirin dan 8 lagi dari Ansar. Tentera Islam mendapat kemenangan atas sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Mayat-mayat tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi di Badar. Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh mereka yang tidak mengikuti peperangan, iaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah sewaktu pemergian tentera Islam ke Badar itu.
Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan memohon agar dilepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lama berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi mempunyai pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telah dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.
HIKMAH
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Sekiranya tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam, malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah di pihak yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tentera Islam pula, apabila mereka pulang ke Makkah setelah dilepaskan, mereka telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga mereka tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan secara tidak langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dari masa ke semasa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam.
KESIMPULAN
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahawa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalahkan tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalinkan hubungan silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan taktik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com