Tajuk: Pentadbiran Rasulullah Kalangan Non Muslim

Di tahun 610M, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. mulai menyeru manusia kepada beriman bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Seruannya ini di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah “Dakwah Islamiah”. Setelah manusia beriman dengan apa yang diseru itu, maka mereka disuruh supaya mematuhi dan melaksanakan segala ajaran-ajaran yang diperintah oleh Allah. Ajaran-ajaran itu terkandung di dalm kitab al-Qur’an, Kitab al-Qur’an ini ialah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Manusia tidak dipaksa beriman, akan tetapi diminta dari mereka itu menggunakan alat untuk menyakini kebenaran Muhammad Ibn Abdullah bin Abdul Muttalib sebagai Nabi dan Rasul (utusan) Allah, dan menyakini kebenaran Kitab Al-Qur’an itu datangnya dari Allah, bukannya karangan manusia. Golongan Yahudi yang sangat membahayakan penyebaran Islam. Golongan ini tinggal di Madinah dan mempunyai kebun-kebun tamar yang luas. Mereka inilah yang telah menghasut puak Khazraj dan Aus yang menyebabkan selalu berlaku pergaduhan di antara kedua-dua puak ini. Kedua-dua Bani Khazraj dan Aus sebelum kedatangan Nabi adalah bersatu berkat keIslaman di kalangan mereka sejak dahulu. Golongan-golongan Yahudi ini mengambil peluang untuk menghalang perjuangan Nabi termasuklah orang-orang Musyrikin Mekah, orang-oranng Munafiqin dan Yahudi dengan menaruh kebencian terhadap Islam. Dengan 24 isi penting yang dipersetujui bersama di dalam perlembagaan tersebut Nabi Muhammad telah berjaya membentuk sebuah Masyarakat Ummah. Dan ini nyata bahawa mereka telah mula menerima pemerintahan secara Theocracy yang bermakna satu negara di mana kuasa polikitnya dipegang berasaskan petunjuk dari Tuhan melalui Nabi Muhammad. Dan Nabi Muhammad menjadi orang Perantaraan antara Tuhan dan manusia yang menerima kuasa politik melalui peringkat kenabiannya. Dengan ini Nabi telah Berjaya menyelesaikan masalah-masalah dan mendamaikan golongan-golongan apabila ia berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Pendahuluan:
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah merupakan Nabi terdahulu atau Nabi akhir zaman. Baginda adalah seorang berbangsa Arab. Sebagai Nabi yang terakhir beliau berbudi pekerti mulia di hormati kawan dan lawan. Baginda adalah seorang Nabi yang umni iaitu tidak pandai membaca dan menulis. Baginda dari keturunan Nabi Ibrahim ‘Alaihis salam , bapa keturunan arab dan Israel melalui anak sulungnya Nabi Ismail ‘Alaihis salam . Baginda di lahirkan di kota Mekah pada isnin bulan Rabi’ulawal, tahun Gajah, tanggal 20 April 570M. Pada saat baginda dilahirkan, banyak sekali terjadi perkara-perkara pelik yang tidak pernah diduga oleh akal manusia akan berlaku. Sebahagian peristiwa pelik dan aneh yang dapat disaksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf didalam bilik kelahiran Nabi ialah mengenai kenapa anak sulung Aminah binti Wahab itu ketika keluar dari perut ibunya tidak menangis sebagaimana menjadi kebiasaan kepada bayi-bayi atau anak-anak yang lain? Belum pernah terjadi dalam sejarah peradaban manusia perkara seperti yang terjadi keatas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ini. Ini menunjukkan satu petanda yang agong pada pendapat bidan yang membidani dan merawati Aminah yang melahirkan anak sulungnya yang cantik dan bersih itu. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam hanya bersin sebaik sahaja keluar dari perut ibunya. Suasana di dalam rumah Abdul Muttalib bin Hasyim pula ketika itu hanya diterangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Tetapi sebaik sahaja Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan, tiba-tiba rumah itu menjadi terang benderang seperti disuluh oleh cahaya lampu elektrik seperti yang dapat kita lihat pada zaman sekarang ini sehingga dalam rumah Abdul Muttalib itu keaadaannya menjadi seperti siang hari. Seolah-olah ada lampu besar yang menyinari ruang bilik tempat Siti Aminah sedang melahirkan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam itu. Ini sesungguhnya adalah sesuatu yang amat aneh. Di luar rumah Abdul Mutallib pula, berhala-hala yang berdiri megah di sekeliling Ka’abah semua tumbang seperti ditolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah Ka’abah. Peristiwa aneh dan luar biasa yang berlaku di tempat yang jauh pula ialah api Negara Farsi yang menjadi pujaan rakyat Farsi yang beragama Majusi yang sejak dinyalakan tak pernah padam-padam itu, tiba-tiba sahaja padam. Istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang. Begitulah beberapa peristiwa pelik atau aneh yang terjadi ketika Siti Amanih binti Wahab melahirkan putera sulungnya yang tunggal yang bakal menjadi Nabi dan Rasul terbesar kepada umat manusia akhir zaman. Kemudian bayi itu dinamakan Muhammad oleh ibunya yang ertinya “Orang Yang Terpuji”.

Kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah pada 2 julai 622 Masehi. telah disambut dengan baik dan baginda menjadi pemimpin segolongan besar penduduk Madinah dengan beberapa rombongan yang pergi menemui Nabi dan menjemputnya antaranya golongan orang Muhajirin iaitu orang yang berpindah ke Mekah ke Madinah. Selain itu, golongan orang Ansar iaitu orang-orang Arab dan kaum Aus dan Khazraj yang telah memeluk agama Islam dan tinggal di kota Madinah. Golongan orang-orang Yahudi ini terdiri daripada beberapa kumpulan dan terbesar ialah Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraidhah. (Jusoh, Mamat. 1976)
Apabila Nabi Muhammad tiba di Madinah dalam pentadbirannya, terdapat golongan-golongan yang mesti dihadapi oleh Nabi Muhammad iaitu tentangan kuat dari kafir Quraisy Mekah terhadap Nabi dan pengikut-pengikutnya telah menyebabkan Nabi serta pengikut-pengikutnya berpindah ke Yaathrib. Peristiwa ini dikenali sebagai hijrah, berlaku pada tahun 622 Masehi peristiwa ini sebenarnya membuka sejarah baru dalam pentadbiran Islam. (Jusoh, Mamat. 1976)
Penentangan yang berlaku dapat dilihat dari beberapa sudut diantaranya disebabkan oleh politik iaitu perkauman yang dipraktikkan oleh masyarakat arab dewasa itu telah mencapai ke tahap ekstrim sehingga menolak apa saja perkara yang datang sekiranya hal itu menggugat kepentingan suku kaum atau kabilahnya. Selain itu, ekonomi juga menyebabkan penentangan berlaku kerana pengunjung kaabah turut menolong melariskan pasaran patung-patung berhala untuk penyembahan, sedangkan Islam menyeru ke arah mentauhidkan Allah yang maha Esa, yang mana melarang menyembah berhala, ini dapat mengancam sumber utama ekonomi pembuat-pembuat patung dan pedagang-pedagang patung, demi memastikan menentang penyebaran Islam sebelum punca ekonomi mereka musnah. Disamping itu, sosial masyarakat Arab juga menyebabkan penentangan berlaku keran mereka hidup dalam keadaan berpuak-puak dengan hak dan kewajipan yang berbeza-beza, status tertinggi dalam masyarakat Arab dibolot oleh kaum Quraisy, diikuti oleh suku-suku lain seperti Bani Asad, Bani Zuhrah dan lainnya. Mereka tidak dapat menerima dakwah Islamiah yang menyemaratakan status setiap insan. (Rashid, Mahmud. Haji Ashaari, Mohd Salleh, Marlan Tumingan. 1981)
Untuk menjamin keutuhan dan kekuatan umat Islam Nabi telah menghubungkan tali persaudaraan Islam di antara orang Muhajirin dan Ansar. Di samping itu, baginda juga telah memperjodohkan orang-orang Ansar dengan orang Muhajirin dalam ikatan perkahwinan. Walaubagaimanapun, menurut sumber-sumber tradisi yang ada di antara orang Ansar yang sanggup menceraikan seseorang isterinya untuk diperisterikan oleh saudara baru Islam daripada orang Muhajirin. (Tohir, Muhammad. 1981)
Selain itu, golongan Yahudi membahayakan penyebaran Islam yang telah menghasut puak Khazraj dan Aus yang menyebabkan pergaduhan antara kedua-dua puak ini dan golongan Yahudi ini mengambil peluang untuk menghalang perjuangan Nabi termasuklah orang-orang Musyrikin Mekah, orang-orang Munafiqin dan Yahudi dengan menaruh kebencian terhadap Islam. Dengan kebijaksanaan Rasullullah untuk menjaga perkembangan Islam dan kebaikan kota Madinah satu perjanjian kerjasama telah diadakan dengan orang-orang Yahudi. (Tohir, Muhammad. 1981)
Perjanjian ini termasuklah orang-orang Islam dan Yahudi hendaklah hidup sebagai satu bangsa, kedua-dua pihak bebas menjalankan agamanya masing-masing, tidak boleh ganggu-mengganggu dan mencaci-caci. Sekiranya terjadi apa-apa perselisihan yang menjadi hakim memutuskannya ialah Nabi Muhammad sendiri. (Tohir, Muhammad. 1981)

Selain itu, pada mulanya perjanjian ini diterima oleh orang-orang Yahudi tetapi selepas peperangan Badar mereka cuba melemahkan Islam dan cuba menunjukkan kebencian serta memperkecilkan kejayaan yang dicapai oleh kaum Muslimin dan dengan satu tekad Nabi dan sekumpulan sahabat-sahabat telah mengepung rumah-rumah kaum Yahudi. Ini menyebebkan mereka dihalau keluar dari kota Madinah. Mereka ini ialah Yahudi di Bani Qainuqa’ dan dikatakan keluar ke negara Syam, dan kebanyakkan mereka telah binasa di sana. Peristiwa yang dianggap genting dan sangat dirasai oleh kaum Muslimin ialah berikutan dengan peperangan Khandak. Dalam serangan hebat ke atas kaum Muslimin di Kota Madinah ini orang-orang Musyrikin telah mendapat kerjasama Yahudi Bani Quraidhah di Madinah. Ini berikutan adanya hasutan supaya mereka membatalkan perjanjian Nabi. Bagi mempertahankan serangan-serangan ini kaum Muslimin telah menggali parit-parit di sekeliling Madinah dan di dalam peperangan Khandak ini musuh-musuh Islam telah mengepung kota itu sehingga banyak yang menderita kebuluran dan kelaparan tetapi semangat perjuangan Islam tetap teguh. (Haekal, Muhammad Hussain. 1986)
Pentadbiran Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam Kepada Kaum Quraisy
Setelah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam selesai menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada kaum kerabat baginda yang terdekat, dan mendapati kebanyakan mereka memandang sepi terhadap seruan baginda kecuali bapa saudara baginda yang kedudukannya bagaikan ayah baginda sendiri kerana telah memelihara baginda sejak kecil lagi iaitu Abu Talib dan anaknya Sayyidina Ali dan ada pula yang terang-terangan menentang dan memutuskan tapi silaturrahim dengan baginda seperti Abu Lahab, maka Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengalihkan pula dakwah baginda kepada semua penduduk Mekah terutama kepada kaum Quraisy termasuklah kepada para pembesar mereka yang terkemuka. (Haji Hassan, Tarikuddin. 2008)
Perancangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengumpul semua kaum Quraisy sedapat-dapatnya seperti yang telah baginda lakukan terhadap kaum kerabat baginda di rumah baginda suatu ketika dahulu. (Haji Hassan, Tarikuddin. 2008)
Baginda kemudian mengumpul kaum Quraisy di bukit Safa, iaitu sebuah anak bukit yang letaknya di kaki bukit Abu Kubaisy yang tinggi itu. Kemudian kaum Quraisy berkumpul disitu, maka Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam terus naik ke atas sebuah batu besar dan berdiri di atasnya. Kaum Quraisy diseru oleh baginda dengan suara yang lantang bergema; (Haji Hassan, Tarikuddin. 2008)
“Wahai bani Abdul Muttalib, wahai Bani Fihr, wahai Bani Kaab, wahai Bani Adi! Bagaimana pendapat kamu jika aku khabarkan bahawa di belakang bukit sana ada sepasukan tentera berkuda musuh yang hendak menyerang kamu, apakah kamu percaya apa yang aku katakana itu?” (Haji Hassan, Tarikuddin. 2008)

Kesimpulan
Berdasarkan prinsip kemurnian tauhid agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad memancarkan peradaban baru bukan sahaja dalam kalangan bangsa Arab, melainkan juga dalam kalangan semua umat manusia. Oleh yang demikian adalah nyata walupun Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam diutuskan untuk menyebarkan Islam dalam kalangan pengikutnya. Beliau juga dihormati oleh kaum bukan Islam disebabkan keperibadian dan kebijaksanaan apabila mentadbir kerajaan Islam di zaman pemerintahan beliau. Pada waktu di belahan bumi barat manusia mempertuhan manusia, dan di belahan bumi timur manusia mempertuhan patung, berhala dan makhluk-makhluk lainnya, Muhammad Rasul Allah Sallallahu ‘alaihi wa sallam datang sebagai rahmat bagi alam semesta. Dengan terus terang dikatakannya, bahawa beliau hanyalah seorang pemberi ingat dan bahawasanya tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Beliau juga dihormati oleh kaum bukan Islam disebabkan keperibadian dan kebijaksanaan beliau apabila mentadbir kerajaan Islam di zaman pemerintahan beliau. Oleh yang demikian adalah nyata walaupun Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam diutuskan untuk menyebarkan Islam dalam kalangan pengikutnya. Dan Nabi Muhammad menjadi orang Perantaraan antara Tuhan dan manusia yang menerima kuasa politik melalui peringkat kenabiannya. Dengan ini Nabi telah Berjaya menyelesaikan masalah-masalah dan mendamaikan golongan-golongan apabila ia berhijrah dari Mekah ke Madinah.



************************
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com