Tajuk: Kelahiran Umar Bin Abdul Aziz

PENDAHULUAN

Umar bin Abdul Aziz ialah khalifah ke-8 dalam kerajaan Bani Umayyah. Beliau juga sering dianggap khalifah ar-Rasyidin yang ke-5 disebabkan sistem pemerintahannya yang berteraskan ciri-ciri sistem pemerintahan khalifah ar-Rasyidin. Beliau dikenali sebagai orang bangsawan yang berbudi halus. Kehidupan beliau sebagai gabenor sungguh jauh berbeza daripada kehidupannya sebagai khalifah. Orang ramai akan tahu bahawa beliau telah lalu di sesuatu jalan cuma daripada bau minyak wangi yang digunakannya. Beliau juga menjadi ikutan pemuda sezaman dengannya. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa beliau ditakdirkan melakukan usaha yang bersejarah dalam Islam kecuali ketulusan peribadinya serta keadilan sikapnya. Beliau terbukti sebagai suatu mukjizat Islam yang nyata. Cara beliau dilantik menjadi khalifah juga luar biasa kerana tidak seorang pun dapat menduga berlakunya deretan peristiwa sehingga menyebabkan beliau mencapai jawatan khalifah. Umar bin Abdul Aziz seorang yang berjiwa halus tetapi tegas. Ini terbukti melalui cara pemerintahan yang dilaksanakan olehnya pada kerajaan Bani Umayyah yang membawa kepada kejayaan membentuk kembali aqidah, akhlak, dan pemikiran yang menurut Islam. Beliau juga menerapkan kembali cirri-ciri pemerintahan yang pernah dilaksanakan oleh moyangnya, Umar bin Khattab. Beliau juga pernah menganggap dirinya sebagai pengganti kepada moyangnya Umar bin Khattab, tidak kepada Sulaiman bin Abdul Malik. Umar seorang yang amanah dan tidak sesekali akan menyalahgunakan harta kerajaan meskipun beliau mempunyai hak tetapi beliau tidak. Beliau juga mengubah sikap kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat tunggal dalam pentadbirannya. (Nadwi, Abulhasan Ali, 1913, 37) 

Kelahiran Umar bin Abdul Aziz
Nama sebenar Umar bin Abdul Aziz ialah Abu Hafs Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin As bin Umayah bin Abd Syams. Beliau keturunan Umar bin Khattab melalui ibunya yang bernama Laila Umm Asim binti Asim bin Umar bin Khattab. Beliau dilahirkan di Madinah al-Munawwarah pada tahun 63H/682M. Bapanya pernah menjadi gabenor Mesir selama beberapa tahun. Beliau ialah sepupu kepada khalifah yang ke-7 dalam kerajaan Bani Umayyah iaitu Sulaiman bin Abdul Al-Malik. Beliau terkenal kerana sentiasa menerapkan ajaran Islam dan sunnah Rasulullah s. a. w. Setelah bapanya wafat, bapa saudaranya, Khalifah Abdul Walid bin Marwan (khalifah ke-6) membawa beliau ke Damsyik dan dikahwinkannya dengan puterinya yang bernama Fatimah dan beliau dilantik sebagai penyelia perusahaan susu selama 2 tahun. (Ensiklopedia Islam, 2004, 122 dan Ensiklopedia Dunia, 2005, 69) 

Kemudian beliau dipilih oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Walid sebagai penguasa di Madinah al-Munawwarah pada tahun 87H/705M. Kemudian kuasanya diperluaskan sehingga meliputi Makkah dan Ta’if dan seterusnya menjadi pemerintah seluruh Hijaz pada tahun 93H/711M. Ketika itu beliau baru berusia 24 tahun. Penampilannya sebagai gabenor sangat berbeza daripada para gabenor yang lain kerana beliau sangat adil dalam memerintah. Lantaran itu, beliau dicatat sebagai gabenor yang berprestasi dan bereputasi baik. Sikap lemah lembut beliau terhadap musuh Bani Umayyah yang berhijrah ke Hijaz menyebabkan gabenor Iraq, Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi tidak menyukainya. Justeru itu, Umar berselisih pendapat dengan khalifah akibat hasutan Hajjaj dan para pendokongnya yang tidak menyenangi Umar serta ditambah lagi dengan satu fitnah yang mengatakan dia melindungi orang yang lari daripada pengadilan (Iwa’ al-Farini) menyebabkan beliau dipecat pada tahun 93H/711M. Tetapi semasa pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik bin Marwan, beliau diberi kepercayaan lagi dengan menjawat sebagai al-Katib (setiausaha). (Ensiklopedia Dunia, 2005, 69) 
Walaupun begitu, Umar tidak pernah bercita-cita untuk menduduki jawatan khalifah. Ketika khalifah Sulaiman menderita sakit, dia meminta pertimbangan daripada wazir (Perdana Menteri) Raja bin Haiwah, tentang siapa yang layak menjadi khalifah untuk menggantikannya, kerana putera mahkota, Ayyub, meninggal. Pada waktu itu, Raja mengemukakan bahawa Umar bin Abdul Aziz adalah calon yang tepat untuk jawatan itu kerana beliau seorang lelaki yang soleh untuk dijadikan khalifah umat Islam dan bersesuaian dengan pelantikan khalifah secara warisan. Pada mulanya keluarga Abdul Malik atau penyokong-penyokong Yazid dan Hisham cuba menentang perlantikan Umar tetapi akhirnya mereka bersetuju setelah menerima amaran keras daripada Raja bin Haiwah. (Ensiklopedia Islam, 1998, 99) 

Namun begitu, Umar dalam satu perbincangan dengan Raja tentang sakitnya khalifah dan penggantinya, mengatakan kepada Raja, “Dengan bersaksi Tuhan saya meminta kepadamu, seandainya khalifah menyebut-nyebut nama saya untuk jawatan itu, hendaklah engkau menghalanginya, dan kalau dia tidak menyebut-nyebut nama saya, janganlah engkau mengingatkan kepadanya. ” Namun, rupa-rupanya sebelum khalifah Sulaiman wafat, dia bersama wazirnya itu telah membuat keputusan, bahawa Umar diangkat menjadi khalifah pengganti dan Yazid bin Abdul Malik ditunjuk pula sebagai calon khalifah sesudah Umar. Pada 99H/717M, Umar dibaiat dan dilantik sebagai khalifah Bani Umayyah yang ke-8 menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik yang meninggal dunia di Dabiq. (Ensiklopedia Islam, 2004, 123) 

Perlantikan Umar telah menggemparkan keluarga Abdul Malik. Menurut wasiat Abdul Malik, khalifah selepas Sulaiman ialah anaknya Yazid bin Abdul Malik. Tetapi oleh kerana keistimewaan yang ada pada Umar menyebabkan khalifah Sulaiman mencalonkan beliau sebagai penggantinya. Umar bin Abdul Aziz adalah seorang yang warak dan sangat patuh kepada ajaran Islam dan tidak ada seorang pun daripada khalifah-khalifah Bani Umayyah yang dapat menandinginya dalam hal ini. Dari awal-awal lagi beliau telah cuba melaksanakan pentadbiran Islam sepenuhnya sepertimana yang dilakukan oleh moyangnya, Umar bin al-Khattab. Dengan sebab itu, beliau pernah dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai khalifah al-Rasyidin ke-5. (Ensiklopedia Islam, 1998, 99) 

Beliau seorang khalifah yang sangat jujur kerana tidak suka menggunakan harta negara untuk kepentingan peribadi. Beliau hanya sempat memerintah selama 2, 5 tahun. Walaupun masa pemerintahannya terlalu singkat, beliau telah berjaya mendamaikan pelbagai pertelingkahan dalaman umat Islam, terutama dengan kaum Syiah. Dikatakan bahawa kematian Umar kerana diracun di rumah paderi Sam’an dari negeri Mu’irrah. Pada bulan Februari tahun 102H/720M, beliau kembali ke rahmatullah setelah sakit selama 20 hari dan tempat beliau digantikan oleh Yazid bin Abdul Malik. Beliau disifatkan sebagai kesedihan Bani Umayyah kerana pada zaman kanak-kanak beliau pernah terjatuh dari kenderaannya dan mukanya luka. (Ensiklopedia Untuk Pelajar, 2003, 31 dan Ensiklopedia Dunia, 2005, 70) 

Pendidikan Umar bin Abdul Aziz
Semasa bapanya dilantik sebagai pemerintah di Mesir, beliau turut dibawa bersama dan di sana beliau menghafal al-Quran. Kemudian bapanya telah menghantarnya ke Madinah semula mempelajari ilmu agama dan mendalami ilmu sastera. Kota Madinah pada masa itu menjadi pusat ilmu pengetahuan dan khazanah para ulama hadis dan tafsir. Di kota Madinah ini beliau mendapat pendidikan dan pengajaran serta bimbingan yang sihat. Pendidikan yang diperolehinya sangat mempengaruhi kehidupan peribadinya di kemudian hari dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya. Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya di kota Madinah sehingga ayahnya wafat pada tahun 85H/704M. (Ensiklopedia Islam, 2004, 122) 

Sumbangan Umar bin Abdul Aziz

Sepanjang tempoh pemerintahannya di Hijaz, langkah pertama yang diambilnya adalah membentuk sebuah ‘Dewan Penasihat’ yang beranggotakan sepuluh ulama yang berpengaruh di kota itu. Di dalam dewan itu, beliau bersama mereka membincangkan pelbagai masalah agama, urusan rakyat dan pemerintahan. Melalui dewan itu beliau berusaha mempersatukan pandangan antara umara (penguasa) dengan ulama dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat dan pemerintah. Antara sumbangan yang lain ialah menggali telaga-telaga, membaiki jalan, memerintah dengan penuh keadilan tanpa penentangan daripada para pembangkang politik Bani Umayyah dan gabenor-gabenornya. Beliau berjaya menarik hati semua golongan dan menghormati mereka. (Ensiklopedia Dunia, 2005, 69 dan Ensiklopedia Islam, 1998, 98) 
Walaupun tempoh pemerintahan Umar agak singkat, beliau telah membuat beberapa dasar penting. Dasar yang ditetapkannya meliputi bidang agama, sosial, politik dan ekonomi. Dalam bidang agama, beliau menghidupkan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s. a. w seperti pada zaman moyangnya, Umar bin Khattab, dalam rangka mengembalikan kemuliaan agama dalam pelbagai aspek kehidupan dan menggunakannya untuk mewarnai kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Beliau kemudian menerapkan hukum syariat secara serius dan sistematik. Namun, jasanya yang paling penting dalam bidang agama dan pengetahuan, yang hasilnya dapat diwarisi umat Islam sampai kini, adalah inisiatifnya untuk mengadakan kodifikasi hadis. Faktor yang mendorongnya melakukan sedemikian adalah kerana beliau khuatir hadis-hadis akan lenyap dan hadis-hadis palsu pula akan muncul. Beliau memerintahkan seluruh pemerintah negeri dan ulama hadis agar mencatat hadis-hadis. Pada waktu itu, hadis masih tersimpan dalam hafalan para sahabat dan rawi atau periwayat serta dalam catatan peribadi. Tugas untuk menghimpun dan menulisnya beliau amanahkan kepada ulama besar Imam Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri. (Ensiklopedia Islam, 2004, 122) 

Dalam bidang politik, Umar menerapkan prinsip politik yang menjunjung tinggi kebenaran dan keadilan yang lebih utama daripada segala-galanya. Untuk melaksanakannya, beliau kemudian mengirim utusan-utusan ke beberapa negeri untuk melihat langsung cara kerja para gabenor. Beliau akan terus memecat jika ada amil atau gabenor yang tidak taat menjalankan agamanya dan bertindak zalim kepada rakyat seperti Yazid bin Abi Muslim (gabenor Afrika Utara) dan Salih bin Abdur Rahman (gabenor Iraq). Beliau juga mengembalikan tanah yang dirampas para penguasa kepada pemiliknya. Dalam menyelesaikan pertelingkahan, beliau menekankan bahawa para hakim harus berdasarkan al-Quran, sunnah Rasulullah s. a. w., ijmak, dan ijtihad. Oleh itu, beliau menetapkan beberapa syarat; memiliki ilmu pengetahuan tentang sejarah; menjauhi sifat tamak; bersifat penyantun; bekerjasama dengan para cendekiawan; dan bebas daripada pengaruh penguasa. (Ensiklopedia Islam, 2004, 123) 
Dalam bidang ekonomi pula, beliau mengurangi beban cukai yang dipungut daripada kaum Nasrani, menghantikan jizyah (cukai) daripada umat Islam, membuat aturan mengenai timbangan dan sukatan, membasmi cukai dan kerja paksa, memperbaiki tanah pertanian, pengairan, penggalian sumur-sumur, pembangunan jalan, menyediakan tempat penginapan bagi musafir, dan menyantuni fakir miskin. Dalam bidang ketenteraan Umar tidak menmberi perhatian untuk membangunkan angkatan yang kuat dan berlebih-lebihan. Beliau lebih mengutamakan urusan dalam negeri iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat. Langkah lainnya adalah menghapus kebiasaan mencela nama Ali bin Abi Talib dan keturunannya dalam khutbah setiap solat Jumaat, suatu kebiasaan yang sudah berjalan sejak Mu’awiyah bin Abi Sufyan, pengasas kerajaan Bani Umayyah. Meskipun Mu’awiyah mengakui Ali itu orang terhormat, tetapi dorongan nafsu politiknya memaksanya untuk mencela nama musuhnya itu. (Ensiklopedia Islam, 2004, 124) 

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa Umar bin Abdul Aziz ialah seorang yang bersifat sederhana, bijaksana, adil dan jujur, alim dan warak serta tawaduk dan zuhud. Beliau juga tidak memanfaatkan langkah-langkah yang disumbangkannya untuk memperkayakan dirinya, malahan beliau mengimbanginya dengan pola hidup yang sederhana dan keperibadian yang terpuji. Sebagai keluarga bangsawan beliau mungkin hidup mewah. Sebelum menjadi khalifah, beliau juga gemar memakai pakaian sutera selain memakai wangi-wangian. Namun begitu, keadaan berubah setelah beliau menjadi khalifah. Beliau juga menolak kuda-kuda kenderaan yang ditawarkan kepadanya oleh petugas kerajaan untuk mengangkut barang-barangnya. Lantas beliau menjual kuda-kuda itu dan memasukkan hasilnya ke dalam tabung negara (Baitulmal). Bahkan pakaiannya juga digantikan dengan yang lebih kasar. Malah tanah perkebunannya dan perhiasan isterinya juga beliau jual dan hasilnya beliau masukkan ke dalam Baitulmal. Beliau juga tidak mahu memakai harta negara untuk keperluan peribadi. Disebabkan sikap adilnya terhadap semua pihak yang diamalkan olehnya menyebabkan penganut agama lain seperti Kristian, Yahudi dan penyembah berhala turut menyanjunginya. Justeru itu, ramai di antara mereka termasuk kaum Barbar, bangsa Parsi dan juga Raja Sind (India) yang menganut pelbagai agama telah memeluk Islam. Kebaikan Umar juga bukan sahaja disebut oleh rakan-rakan dan penyokongnya tetapi juga oleh musuhnya dari keluarga Bani Abbas. Bahkan disebabkan pembaharuan sistem kewangan yang dilakukannya menyebabkan rakyatnya menjadi makmur sehingga sukar untuk berjumpa dengan pengemis dan faqir miskin yang berhak menerima zakat. Dalam tempoh pemerintahannya yang singkat selama 2, 5 tahun, beliau telah membawa banyak perubahan dan kerajaan Bani Umayyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurangnya penyelewengan dan Baitulmal juga penuh dengan harta zakat. Semuanya kerana jasa Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh pemerintah pada zaman sekarang. Tempoh pemerintahan Umar hanya singkat namun beliau dapat mengubah sistem pemerintahan kepada pemerintahan yang diredhai Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman. 

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Kelahiran Ali Bin Abi Talib dan sumbangannya dalam dakwah Islam

PENDAHULUAN:

Ali Bin Abu Talib merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam, ketika berusia 10 tahun. Al Hasan bin Zaid dikatakan bahawa Ali tidak pernah menyembah berhala sedikitpun, kerana usianya pada waktu itu masih terlalu kecil. Ali merupakan orang yang pertama kali menerima Islam kerana sejak kecil Ali di bawah asuhan Rasulullah s.a.w. dan Khadijah, sehingga ia tidak sempat terpengaruh oleh tradisi kafir jahiliyah pada masa itu. Beliau merupakan pemuda berketurunan Bani Hasyim yang lahir di Mekah pada tahun 600 masihi iaitu 10 tahun sebelum Nabi Muhammad dilantik sebagai Rasul. Ali merupakan sahabat, sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w, suami kepada sayidatina Fatimah. Ali telah dipelihara oleh Nabi Muhammad sejak kecil. Nabi mengambil Ali sebagai anak angkatnya untuk mengurangkan beban dan tangunggan ayahnya, Abu Talib yang mempunyai ramai anak. Ali wafat pada 17 Ramadhan tahun 41 Hijrah bersamaan 661 Masihi kerana dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam. Ali terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanan yang luar biasa sehingga Nabi menggelarnya Zu Al-Fiqar dan Asad Allah. Ali memiliki sifat yang sangat mulia, bermaruah, jujur, menghormati janji dan berhati-hati dalam urusan harta benda orang Islam. Beliau juga mempunyai ilmu pengetahuan agama yang sangat tinggi, berpandangan jauh, pandai berhujah dan mempunyai daya pemikiran yang sangat tajam. Ali pernah menyelamatkan nyawa Nabi Muhammad s.a.w dengan tidur di tempat tidur Rasulullah untuk mengaburi mata kaum Quraisy. Ali sentiasa menyertai perang menentang kaum kafir pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, bahkan terus mendampingi nabi sehingga kewafatan baginda. Ali pernah memegang bendera sewaktu perang yang telah membawa kejayaan pada tentera Islam ketika itu. Beliau merupakan periwayat hadis, pernah menjadi jurutulis kepada satu perjanjian. Ali menerima jawatan sebagai khalifah yang ke empat semasa negara berada di dalam keadaan tidak aman. Pelbagai masalah politik, keselamatan negara dan masalah umat Islam terpaksa di hadapi oleh Ali. Beliau turut menghadapi tentangan daripada gabenor Syam iaitu Muawiyah Bin Abi Sufian. 

Khalifah al-Rasyidin keempat. Ali bin Abu Talib adalah sahabat, sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w, suami kepada Sayidatina Fatimah. Beliau dilahirkan di kota Mekah pada tahun 600 Masihi, iaitu 10 tahun sebelum Nabi Muhammad dilantik sebagai rasul. Nama lengkap dan keturunanya ialah Ali bin Abu Talib bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab al-Qurashi. Ali adalah kanak-kanak pertama yang memeluk Islam, iaitu ketika berusia 10 tahun (Hamzah, 1998: 242). Nabi Muhammad s.a.w menjaga Ali sejak usia 6 tahun dan pernah menyebutnya sebagai “saudaraku” dan “ahli warisku” (Rahman, 2003: 43). Nabi Muhammad mengambil Ali sebagai anak angkatnya untuk mengurangkan beban dan tanggungan ayahnya, Abu Talib yang mempunyai ramai anak (yahaya, 1986: 107). Ali terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanan sehingga Nabi Muhammad s.a.w. menggelarnya Zu al-Fiqar. Beliau juga digelar asad Allah. Ali memiliki sifat mulia, bermaruah, jujur, menghormati janji dan berhati-hati dalam urusan harta benda orang Islam. Kesemuanya adalah hasil didikan yang diterimanya daripada Rasulullah s.a.w. (Hamzah, 1998: 242). Ali juga mempunyai ilmu pengetahuan agama yang sangat tinggi, jujur, berpandangan jauh dan pandai berhujah. Beliau juga terkenal sebagai orang yang mempunyai daya pemikiran yang tajam. Dengan sebab itu beliau di pilih menjadi penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah. Dalam konteks hari ini beliau dianggap sebagai Setiausaha Rasulullah (Yahaya, 1986: 107). 

Dalam perkembangan dakwah Islam, Ali adalah seorang pejuang yang bersifat berani (Hamzah, 1998: 243). Pada suatu malam Rasulullah menyuruh Ali bin Abu Talib untuk tidur di tempat tidur beliau dan berselimut dengan selimut beliau. Perintah yang seberat ini tidak mungkin akan diterima oleh orang lain dengan hati yang lapang, pada saat itu, Ali sedar akan bahaya yang akan ditanggungnya, akan tetapi kerana keteguhan iman Ali dan besarnya kecintaannya kepada Rasulullah, maka Ali menerimanya dengan lapang dada. Demikianlah Ali melaksanakan perintah Nabi, Allah menutup mata mereka dan dengan mudah sekali Nabi keluar dari rumahnya. Dengan menaburkan sedikit tanah di atas kepala mereka, sambil membaca pemulaan surah Yasin, kemudian Nabi pun lalu di hadapan mereka dengan selamat (al-Muhdhor, 1993: 490). Pernah Rasulullah mengalami krisis ekonomi, sehingga tidak ada sesuatu pun untuk dimakannya. Ketika berita ini didengar oleh Ali, maka Ali keluar mencari pekerjaan yang hasilnya akan diberikan kepada Rasulullah s.a.w. Ia menuju ke kebun seorang yahudi dan disana beliau mengairi pohon-pohon kurma, dengan satu perjanjian setiap satu timba akan diberi sebiji buah kurma. Waktu itu Ali sempat mengairi sebanyak 17 timba, sehingga beliau pulang dengan membawa 17 biji buah kurma (al-Muhdhor, 1993: 495). Ali bersama-sama baginda dalam semua peperangan kecuali perang Tabwuk kerana ditugaskan agar berada di Madinah. Dalam perang Khandak, beliau antara pejuang Islam yang banyak menghapuskan musuh. Manakala dalam Perang Khaibar, beliau adalah pemegang bendera yang membawa kejayaan kepada tentera Islam. Ali juga merupakan seorang periwayat hadis, mengahafaz al-Quran dan banyak mengeluarkan fatwa. Dalam bidang bahasa, beliau adalah penyair yang berkaliber (Hamzah, 1998: 243). Setelah menjadi khalifah (656) untuk menggantikan Uthman yang terbunuh, Ali memulakan pemerintahannya dalam suasana penuh kesedihan. Baginda antara lain memecat pegawai yang dilantik oleh Uthman (memerintah 644-656) ; mengambil tanah yang telah dibahagi-bahagikan oleh Uthman kepada kerabatnya; memberi kaum muslimin bantuan daripada baitulmal secara adil; menyusun sistem pemerintahan dengan menekankan kepentingan umat; meninggalkan Kota Madinah dan menjadikan Kufah sebagai pusat pemerintahan (Rahman, 2003: 43). 

Antara masalah lain yang dihadapi oleh saidina Ali termasuklah tuntutan daripada Sayidatina Aisyah, Talhah dan Zubir supaya Khalifah Ali menjadikan hukum syarah terhadap pembunuh Khalifah Uthman. Khalifah Ali turut menghadapi tentangan daripada gabenor Syam, Muawiyah bin Abu Sufian. Muawiyah tidak mahu memberi baiah kepada Ali selagi beliau belum menjalankan hukuman terhadap pembunuh Khalifah Uthman. Disebabkan hal ini, berlakulah peperangan diantara tentera Ali dan tentera Muawiyah. Perang yang berlaku pada tahun 657 Masihi ini dinamakan Perang Siffin. Perang tersebut berakhir dengan Majlis Tahkim. Akibatnya penyokong Ali berpecah dua, iaitu penyokong dan penentang. Mereka yang menyokong dikenali sebagai kaum Syiah dan mereka yang menentang pula dikenali sebagai kaum Khawarij (Hamzah, 1998: 244). Di tahun ke dua Hijrah, terjadilah perang Badar Al Kubra, suatu peperangan yang menentukan berlangsungnya keberadaan umat Islam dan dakwahnya. Untuk mengahadapinya, Rasulullah sebagai pemimpin perang yang amat cerdik, menyuruh Hamzah, Ali dan Abu Ubaidah. Di tengah pertandingan, Abu Ubaidah yang berlawan dengan Uthbah sempat terpotong kakinya, sehingga ia gugur sebagai syahid. Sedangkan Ali yang berhadapan dengan Al Walid dapat menghabisi nyawanya dengan cepat. Ali turut memegang bendera Rasulullah semasa perang Badar (al-Muhdhor, 1993: 496). Semasa perang Uhud, ketika Ali mengetahui keadaan Rasulullah yang parah, maka Ali segera menarik Rasulullah bersama Thalhah bin Ubaidilla hingga beliau dapat tegak kembali. Kemudian Malik bin Sinan segera menyedut darah yang bercucuran di wajah Rasulullah s.a.w (al-Muhdhor, 1993: 498). Semasa perang Khandak, Ali bin Abu Talib tampil menghadap Amru ketika disuruh berbuat demikinan semasa berada di medan perang dan beliau sanggup menghadapi tentangan Amru (al-Muhdhor, 1993: 500). Perdamaian Hudaibiyah diadakan tepat di bulan Dzil Qa’dah pada tahun ke 6 Hijrah. Pendamaian Hudaibiyah ini diadakan kerana pada waktu itu kaum musyrikin Quraisy melarang kaum muslimin memasuki kota Mekah untuk mengerjakan Umrah. Disebabkan itu, Rasulullah menyuruh Ali menulis isi perjanjian Hudaibiyah di antara kaum Quraisy (al-Muhdhor, 1993: 502). Perang Khaibar terjadi pada akhir bulan Muharram tahun 7 Hijrah. Di dalam peperangan ini nampak sekali kepahlawanan Ali bin Abu Talib dan kemuliannya yang diberikan Allah dan RasulNya kepadanya. Yang mana ia ditakdirkan oleh Allah dapat menakluk benteng Khaibar yang merupakan pertahanan yang paling strategik dan kuat bagi bangsa Yahudi di Jazirah Arab yang menakjubkan sekali (al-Muhdhor, 1993: 503). Rasulullah s.a.w mengutuskan Ali bin Abu Talib ke Yaman dengan dibekali sebuah surat untuk mengajak penduduk Yaman masuk Islam. Ketika surat itu dibacakan oleh Ali di hadapan mereka, maka seluruh kaum Hamdan menyatakan ke Islaman mereka. Dengan segera Ali bin Abu Talib menulis surat kepada Rasulullah untuk memberitahukan ke Islaman kaum Hamdan. Rasulullah s.a.w bersujud sebagai tanda syukur dan berdoa untuk keselamatan kaum Hamdan (al-Muhdhor, 1993: 508). Pada akhir pemerintahan Ali, suasana di dalam negara semakin kucar kacir. Oleh itu, tiga orang Khawarij iaitu Abdul Rahman bin Muljam, al-Birk bin Abdullah dan Amru bin Bakar al-Tamimi, merancang untuk membunuh Ali, Muawiyah dan Amru bin al-As agar umat Islam terlepas daripada peperangan yang dicetuskan oleh perebutan jawatan khalifah (Hamzah, 1998: 244). 

Ali bin Abu Talib wafat pada tahun 41 Hijrah bersamaan 661 Masihi ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh (Azman, 2003: 85). Bagaimanapun kedua-dua rakan Ibnu Muljam tidak berjaya membunuh kedua-dua sahabat yang menjadi sasaran mereka (Hamzah, 1998: 244). 

KESIMPULAN:
Khalifah Ali bin Abu Talib mempunyai perwatakan yang amat baik. Beliau banyak membantu dalam memperkembangkan ajaran Islam dikalangan umat terdahulu. Ini kerana beliau dididik dan dibesarkan oleh Rasulullah s.a.w. Ali bin Abu Talib banyak berjasa semasa zaman pemerintahan beliau sebagai Khalifah ar-Rasyidin ke-4. Ali merupakan seorang khalifah yang jujur, bertanggungjawab, bermaruah dan berhati-hati dalam urusan harta benda orang Islam. Ali terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanan. Ini dapat dibuktikan apabila beliau banyak menyertai siri peperangan bersama Rasulullah. Antara siri peperangan seperti perang Badar, Uhud, Khandak, Khaibar dan perang Siffin. Ali sanggup tidur di tempat tidur Rasulullah bagi mengelakkan Rasulullah dibunuh oleh orang Quraisy kerana kecintaan beliau kepada Rasulullah. Ali seorang khalifah yang cekal dan tabah, ini kerana beliau menerima jawatan sebagai khalifah dalam keadaan negara yang huru-hara dan tidak aman. Beliau wafat pada 17 Ramadhan tahun 41 Hijrah bersamaan 661 Masihi kerana dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di bandar Kufah ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh. 

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Perang Uhud

Pendahuluan

Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah peluang untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar dahulu. Perang ini dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud. Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad s. a. w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka. Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak. Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula ember kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut. Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s. a. w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda. Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam. Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka. Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini ember pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya. 

Perbincangan
Waktu : Pertengahan bulan Sya’ban tahun 3 hijrah. 
Tempat : Di kaki Gunung Uhud yang terletak di sebelah utara Kota Madinah. 
Sebab atau punca : Kekalahan yang diderita oleh Quraisy dalam peperangan Badar adalah suatu pukulan hebat yang dirasa oleh mereka. 

Akibat dari kekalahan Quraisy dalam peperangan Badar, mereka membulatkan tekad untuk mengadakan pembalasan dan untuk ini mereka menahan (tidak membelanjakan) semua harta kekayaan khalifah perniagaan yang meyebabkan terjadinyaperang Badar itu agar demikian harta kekayaan tersbut dapat digunakan untuk membiayai peperangan yang akan dilancarkan. Quraisy khuatir akan kekalahannya pada peperangan Badar berulang lagi. Bagi mengatasi masalah ini untuk melancarkan peperangan Uhud mereka mengadakan persediaan yang besar. Abu Sufyan mengumpul 3000 pemanggul atau tentera bersenjata terdiri dari orang-orang Quraisy, Arab Tihamah dan Arab Kinanah iaitu Bani al-Harith, Bani al-Haun dan juga Bani al-Mustaliq dari suku Khuza’ah. Selain itu, mereka juga membawa isteri ke medan peperangan. Hal ini dilakukan Quraisy supaya dapat menghalang suami atau lelaki yang hendak lari dari medan peperangan. Dalam pada itu, ini juga telah menjadi adat bagi bangsa Arab dalam menghadapi peperangan. (Ahmad, 1975) 

Hal yang demikian diketahui oleh Nabi Muhammad SAW bahawa balatentera Quraisy berangkat dari Makkah menuju ke Madinah. Oleh itu, baginda mengadakan mesyuarat dengan para sahabat tentang tindakan yang harus diambil. Rasulallah SAW bersama 1000 orang pemanggul senjata terdiri daripada kaum Muslimin untuk menghadapi musuh yang menyerang. Dalam perjalanan untuk berperang seorang munafik bernama Abdullah Bin Ubai mengundur diri dan kembali ke Madinah serta membawa sekelompok kaum munafik seramai satu per tiga dari tentera itu. Hal ini telah menyebabkan tentera muslimin menjadi semakin kurang. 

Nabi Muhammad SAW beserta askar muslimin sampai ke Bukit Uhud. Baginda mula mengatur kedudukan askar-askarnya. Kedudukan askar-askar baginda lebih mengutamakan barisan belakang. Hal ini kerana baginda risau jika musuh serang dari arah belakang. Selain itu, baginda juga meletakkan sebilangan askar pemanah di bawah pimpinan Abdullah Bin Jubair lalu diletakkan pada suatu tempat untuk menutup jalan askar berkuda Quraisy. 

Oleh itu, berkatalah Abdullah Bin Jubair:
“ Hujanilah tentera berkuda itu dengan panah, supaya mereka tidak dapat memukul kita dari belakang. Biarpun kita menag atau kalah namun engkau jangan meninggalkan tempatmu ini. “ (Ahmad, 1975) 

Pertempuran
Seperti dalam peperangan biasa dimulai dengan perang tanding. Maksud perang tanding ini ialah perang atau lawan secara satu lawan satu. Pada mulanya dari pihak Quraisy keluar Talhah bin Abu Talhah dan dari pihak muslimin tampil pula Ali untuk menentangnya. Dalam pertemouran ini Talhah tewas. Kemudian tampil pula Usman dari pihak Quraisy lalu ditewaskan pula oleh Hamzah. Kemudian, keluar pula As’ad saudara dari Talhah dan Usman lalu ditewaskan juga oleh Ali. Kemudian yang ke empat tampil pula Musafi’ dan ditewaskan oleh ‘Asim bin Thabit. Selepas itu akhirnya, terjadilah pertempuran yang sebenar. Oleh itu, Khalid Ibnul-Walid berusaha melengkari tentera kaum muslimin dengan tentera berkuda yang dipimpinnya. Namun begitu usahanya digagalkan oleh pemanah-pemanah kaum muslimin. Setelah kelihatan pratanda-pratanda kemenangan bagi kaum muslimin mereka mula mengumpul harta-harta rampasan dari tentera Quraisy yang tewas dan mereka yang lari dari medan perang dengan meninggalkan harta benda. Akan tetapi kaum muslimin tidaklah menang dengan sesungguhnya. Oleh itu askar pemanah telah bergerak meninggalkan medan peperangan dan ini merupakan satu kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh tentera muslimin kerana menjangka bahawa peperangan sudah selesai. Mereka ingin mengambil bahagian mereka daripada rampasan kerana rampasan yang didapati oleh seorang perajurit dalam medan peperangan itu adalah hak kepunyaannya. Disebabkan kesalahan yang dibuat oleh kaum muslimin iaitu askar pemanah ember kesempatan kepada Khalid Ibnul-Walid yang dari sentiasa menanti-nanti agar askar pemanah itu meluangkan jalan baginya untuk memukul atau menyerang kaum muslimin dari belakang. Apabila askar pemanah meninggalkan tempat mereka, kesempatan ini diambil oleh Khalid untuk memukul kaum muslimin dari belakang. Peristiwa atau tindakan Khalid itu tidak dijangka oleh kaum muslimin dan membawa akibat yang besar kepada barisan mereka. Dengan kejadian itu askar kaum muslimin menjadi  embe dan kucar-kacir. 

Tiba-tiba seorang dari kalangan Quraisy berteriak bahawa Muhammad telah tewas dan teriakan itu dipercayai oleh Quraisy lalu mereka berhenti dari berperang kerana sudah cukup bagi mereka dapat tewaskan Nabi Muhammad SAW. Berhubung dengan teriakan itu maka Ka’ab bin Malik al-Ansari hendak memaklumkan bahawa Muhammad masih hidup, akan tetapi baginda menyuruhnya diam supaya peperangan tidak di teruskan. 

Dalam peperangan ini kaum muslimin telah gugur 70 orang sebagai syuhuda. Antara pahlawan Islam yang gugur ialah Hamzah. Dalam kejadian itu Hindun binti ‘Utbah iaitu isteri Abu Sufyan telah mengelar-ngelar mayat Hamzah lalu dipotong-potong dan dibelah-belah perutnya. Kemudian dikeluarkan hatinya lalu ditelan. Oleh itu Mu’awiyah telah digelar sebagai “anak orang makan jantung”. (Abu Mus’ad, 1999) 

Kisah pembunuhan Hamzah. 
Pembunuh Hamzah ialah seorang hamba Habsyi yang bernama Wahsyi. Wahsyi amat cekap dalam memanah. Oleh itu Wahsyi diminta oleh tuannya iaitu Jubair bin Mut’im untuk membunuh Hamzah kerana ingin membela bapa saudara Jubair dan berjanji akan merdekakan Wahsyi. Kemudian Wahsyi keluar dan bersembunyi dan apabila dapat peluang dia melepaskan panahnya ember Hamzah. Lalu Hamzah gugur di tangan Wahsyi. Apabila Wahsyi membunuh Hamzah lalu dia telah memeluk Islam dan turut pula memerangi mereka yang mengaku menjadi nabi. Peristiwa ini dapat ember pengajaran di mana seorang hamba yang pada asalnya bukan Islam sanggup mengikut perintah tuannya dan apabila sudah merdeka lalu memeluk Islam dan berjuang pula untuk mempertahankan Islam. (Muhammad Husain Haekal, 1986) 

Setelah selesai pertempuran. 
Peperangan Uhud ini adalah suatu peperangan yang amat besar akibatnya. Kaum Quraisy tahu bahawa kemenangan mereka amat gilang-gemilang. Oleh itu, mereka hendak melanjutkan kemenangan itu sehingga dapat menumpaskan kaum muslimin sehabis-habisnya. (Ahmad Shalaby, 1975) 

Kesan
Orang-orang yahudi dengan terang-terang mengejek dan mencemuhkan kaum muslimin. Tetapi kaum muslimin tidak menjadi lemah. Mereka berusaha untuk menghilangkan kesan-kesan kekalahan yang besar ini. Selepas peperangan Uhud sampai terjadinya peperangan Ahzab (perang Khandaq). oleh itu kaum muslimin hendak merebut kedudukan mereka semula. (Hamka, 1994) 

Kecintaan sejati dan pengorbanan dalam peperangan Uhud
Dalam peperangan Uhud, Abu Ubaidah dan para sahabat berjuang dengan habis-habisan dan juga beruaha untuk melindungi Raulullah SAW. Bagi menunjukkan kecintaan mereka terhadap Nabi dengan Rasulullah SAW, Abu Ubaidah telah mencabut salah satu pergelangan besi yang bersarang di wajah baginda hingga patah satu giginya. Kemudian Abu Ubaidah mencabut besi yang sebuah lagi dari wajah baginda hingga satu lagi giginya patah. 

Selain itu, Abu Dujanah melindungi Nabi dengan dirinya dari serangan panah dan tombak yang dilemparkan oleh musuh sehingga tubuhnya banyak terkena tusukan anak panah. (Yunus, 1993) 

Dalam peperangan ini Qatadah bin Nu’man terkena anak panah sehingga terkeluar matanya lalu dikembalikan oleh Nabi SAW dengan tangan baginda sendiri. Justeru, mata beliau lebih terang dan jelas pada keadaan semula. 

Semasa peperangan, pasukan musyrikin benar-benar menumpukan serangan mereka kepada peribadi Rasulullah SAW sendiri. Ketia itu lebih sepuluh orang sahabat yang melindungi Rasulullah SAW dari serangan musuh sehingga mereka gugur sebagai syahid. Thalhah bin Ubaidillah juga melindungi Rasulullah SAW dari serangan musuh sehingga tangan dan jari-jarinya cedera sehingga tidak dapat digunakan lagi. Dalam keadaan yang kritis itu, Rasulullah SAW berusaha untuk naik ke sebuah batu besar, namun baginda tidak mampu naik kerana tubuhnya lemah dan banyak luka-luka. Oleh itu, Thalhah bin Ubaidillah duduk di bawah agar baginda dapat naik di punggungnya sehingga dapat mencapai batu yang dimaksudkan. 

Kecintaan Kaum Wanita kepada Rasulullah SAW. 
Ketika pulang dari peperangan Uhud dan melalui perkampungan Banu Dinar. Di sana, mereka memberitahu pada seorang wanita muslimah dan menyatakan kepada mereka bahawa suami, ayah dan putranya gugur di medan Uhud dan kenyataan itu diterma dengan tenangnya. Wanita itu juga bertanya tentang khabar baginda dan pasukan Islam menjawab bahawa baginda dalam keadaan selamat. Lalu wanita itu bertemu dengan Rasulullah SAW sendiri lalu berkata “ biarkan semua gugur asalkan engkau selamat dan tidaklah mengapa bagiku. ” (Yunus, 1993) 

Kesimpulan
Dari kejadian perang Uhud ini kita mendapat pelbagai pengajaran yang berharga. Salah satunya ialah pelanggaran dan pengabaian terhadap satu perintah Nabi SAW akan membawa kepada kehancuran. Hal ini dapat dibuktikan apabila tentera muslimin hampir kepada kemenangan dan tentera pemanah yang diamanahkan untuk menjaga di atas bukit turun untuk mengambil harta rampasan. Disebabkan tindakan mereka itu kaum muslimin tewas dalam peperangan. Dalam kejadian ini Islam mengajar kita supaya mematuhi arahan pemerintah dan juga tidak ada perasaan tamak. Selain itu, terdapat satu peristiwa yang dapat member pengajaran untuk dicontohi umat Islam hari ini. Peristiwa pembunuhan Hamzah yang di bunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Ketika itu Wahsyi disuruh oleh tuannya untuk membunuh Hamzah dan dia akan dibebaskan. Setelah membunuh Hamzah, Wahsyi memeluk Islam dan terus berpihak kepada kaum muslimin berjuang menentang musuh. Tindakan Wahsyi ini patut dicontohi di mana dia sanggup membunuh seorang perajurit Islam untuk membantu Islam setelah merdeka dari menjadi hamba. Ini menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan Islam. Selain itu, kita sepatutnya mencontohi umat terdahulu yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan Islam dan juga kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad SAW. Umat Islam sekarang seharusnya mencontohi akhlak Rasulullah SAW. 

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Sejarah Penghijrahan Rasullulah

PENDAHULUAN

Rasulullah saw merancang perpindahan hinggalah beliau berjaya berhijrak ke kota madinah yang juga dikenali kota yastrib. Rasululah menunggu perintah Allah swt untuk berhijrah setelah itu beliau menceritakan kepada sahabat tentang perintah Allah untuk berhijrah. Beliau berhijrah demi untuk menguatkan agama islam disana. penghijrahan rasulullah sebenarnya dinanti oleh penduduk kota madinah. mereka merinduinya kerana setiap kali sembahyang namanya selalu disebut-sebut. ianya juga menceritakan pengalaman rasulullah melarikan diri dari buruan puak quraisy yang ingin membunuh. Disini tertonjolkan kebijaksanaan rasulullah yang bijak memperdayakan puak musuh yakni quraisy. Dalam pada itu tertonjol juga kehebatan Allah yang melindungi rasulullah pada setiap masa. Contohnya mukjizat gua tsur dan menidurkan puak quraisy dalam cubaan untuk membunuh rasulullah adalah antara kehebatan Allah digunakan untuk membantu rasulullah dalam penghijrahan yang juga bertujuan untuk menjaga keselamatan dan nyawa rasulullah. Didalam kisah ini juga terpapar kesetiaan dan keberanian para sahabat. Contohnya keberanian saidina ali yang mengantikan tempat tidur rasulullah. Kesetiaan saidina abu bakar yang sanggup menemani rasulullah selama tiga hari di gua tsur. Apa yang dilakukan oleh rasulullah adalah suruhan dan perintah allah. segala tindakan baginda berhubung dengan agama adalah syariah. Di dalam kisah ini juga ia menunjukkan segala helah yang digunakan oleh rasulullah dalam usaha megelakkan dirinya daripada dibunuh. Supaya beliau dapat berhijrah ke kota madinah untuk menunaikan perintah allah dalam memperluaskan pengaruh islam. Segala yang dihadapi oleh rasulullah ditempuh demi untuk mengembangkan ajaran islam. Didalam kisah ini banyak terpapar pelbagai halangan puak kafir yang bersungguh menghalang hijrah rasulullah serta sanggup menawarkan ganjaran untuk membunuh rasulullah agar agama islam tidak dapat dikembangkan. Walaubagaimanapun dengan kebijaksanaan rasulullah dengan pertolongan Allah swt, peristiwa hijrah berlaku dan berkembang sehingga hari ini. 

Rasulullah saw berhijrah ke madinah dari mekah. Dimana madinah tempat rasulullah akan menguatkan islam. Madinah membawa erti bandar atau kota. Ia juga dikenali sebagai al-madinatu’l mabawiah (bandar kehadiran) sempena kehadiran nabi muhammad saw di madinah. Nama lain bagi madinah adalah madinatul munawwarah (bandar bercahaya) kerana al-madinah disinari dengan cahaya kegemilagan iman yang terpancar dari sudut hati para penduduknya. (shamsudin, 2002) 

Penghijrahan rasulullah saw bermula pada safar 27 tahun 13 Nabawiah, masehi 622, ketika usia rasulullah 53 tahun dan ianya dilakukan secara penuh rahsia. mereka yang tahu hanyalah Ali yang tinggal di makkah untuk menolong rasulullah, Aisyah dan Asma iaitu Anak Abu bakar, Abdullah bin arqat dan Amir bin furaira.. (shamsudin, 2002) 

Rasulullah memulakan perjalanan dengan keluarnya daripada rumah. Ketika itu ramai pemuda lasak puak quraisy mengepung rumah rasulullah dengan tujuan membunuh rasulullah. Dimasa itu rasulullah keluar dari rumahnya sambil memukau mereka hingga semuanya terlena. Sebelumnya rasulullah telahpun menyuruh saidina ali untuk mengantikan tempat tidurnya. Kemudian rasulullah dan abu bakar ra berkejar ke gua thur nuntuk bersembunyi. (al-buti, 1983) 

Mereka tinggal didalm gua itu selama tiga hari. Dalam pada itu, pihak quraisy bersungguh sungguh berusaha untuk mencari mereka. Tidak jauh dari situ puak quraisy bertemu dengan seorang pengembala. Pengambala itu mengeshaki rasulullah dan abu bakar bersembunyi di gua thur walaupun tidak melihat sesiapa menuju ke situ. Mendengar jawapan gembala itu abu bakar mengelabah kerana takut pihak quraisy akan menyerbu ke dalam gua. Dan sekiranya mereka menjeguk ke ke dalam gua maka persembunyian rasulullah akan terbongkar. Disinilah tertunjuknya kekuasaan Allah, dimana sarang labah labah, dua ekor burng dara dan pohon memainkan peranan. Inilah mukjizat gua dimana sebelum ini tiada tetapi setelah rasulullah dan abu bakar bersembunyi ianya ada. Tiga peristiwa itu adalah labah labah cepat cepat menganyam sarangnya untuk menutup penglihatan pihak quraisy. Dua ekor burung dara datang lalu bertelur di jalan masuk dan sebatang pohon yang tiada tiba-tiba tumbuh menunjukkan seolah olah rasulullah tidak pernah memasuki gua tersebut. (bik, 1996) 
Apabila keadaan selamat iaitu tiada lagi puak quraisy berdekatan dan selepas penunjuk jalan datang dengan membawa kambing kambingnya pada pagi hari ketiga, rasulullah dan abu bakar keluar dari tempat persembunyian. Mereka meneruskan perjalanan dengan mengunakan jalan pantai. Dalam perjalanan suraqah bin al-mudlaji yang sedang memburu mereka sempat mengekori mereka. Perburuan itu dilakukan atas alasan ingin mendapatkan diat dari puak quraisy yang menawarkan diat sebanyak 100 ekor unta untuk menawan atau membunuh nabi dan abu bakar. 100 diat untuk setiap orang. Dia menunggang kuda sehingga berjaya menghampiri mereka. Tetapi dengan tiba-tiba kudanya tergelincir dan jatuh, suraqah turut jatuh. Kemudian dia menunggang semula sehingga dia mendengar bacaan yang dibaca yang dibaca oleh rasulullah yang lansung tidak berpaling kepadanya berbeza dengan abu bakar. Tiba tiba kedua dua kaki depan kudanya terpesok ke dalam pasir hingga ke paras lutut hingga dia terjatuh dari kudanya. Ketika kudanya menarik kaki yang masih terbenam di dalam pasir, tiba tiba keluar debu yang pekat seperti asap yang menyelubungi langit. Dengan itu suraqah dapat memahami bahawa kerja yang dilakukan olehnya adalah sia-sia dan dia merasakan sangat takut. Dia memanggil rasulullah saw dan abu bakar untuk mendapatkan jaminan keamanan. Maka rasulullah dan rombongannya berhenti sehingga suraqah datang padanya. Suraqah meminta baginda menulis surat jaminan keamanan. Rasulullah mengarahkan abu bakar dan beliau menulisnya. Dengan itu masalah tersebut dapat diselesaikan. Ini menunjukkan bahawa allah amat amat memelihara Rasul-Nya.. (bik, 1996) 

Apabila penduduk madinah mendengar berita rasulullah keluar dari mekah untuk berhijrah ke madinah merka keluar ke tanah al Harrah (tanah yang memiliki batu batu hitam) mereka berada disitu sehingga dipaksa pulang oleh kepanasan matahari tengahhari. Pada suatu hari ketika mereka ssemua pulang setelah lama menunggu, seorang lelaki yahudi mendaki tanah tinggi dan dia ternampak rasulullah saw dan rombongan. Penglihatannya kurang atas sebab bayangan air di padang pasir. Dengan itu dia bertepik dengan sekuat suaranya. Maka yang mendengar pekikan itu bergegas mengambil senjata dan menyambut kedatangan rasulullah saw di al-harrah. (HAEKAL, 1986) 

Rasulullah singgah di quba. Baginda tinggal disitu beberapa malam dan disitu baginda mengasaskan masjid quba yang disifatkan oleh allah sebagai masjid yang dibina di atas asas taqwa semenjak ia mula dibina. Rasulullah saw, orang orang ansar dan muhajirin bersembahyang disitu dalam keadaan aman dan tenteram. Masjid masjid yang dibina di zaman rasulullah saw adalah cukup mudah. Sedikitpun tidak sama dengan kebiasaan masjid yang dibina padda kurun kurun selepas itu. Ini kerana apa yang penting kepada rasulullah saw dan para sahabatnya ialah memperhiasi dan membersihkan hati mereka daripada godaan syaitan. Dinding masjid yang dibina tidak melebihi ketinggian manusia dan atapnya hanyalah yang dapat dibuat berteduh daripada kepanasan matahari.. (Bik, 1996) 

Kemudiannya rasulullah saw beredar menuju ke madinah dan orang orang ansar mengiringi baginda dalam keadaan menyandang senjata masing masing. Ketika itu berlaku perkara baru (bid├íh) yang dibenarkan yang mengambarkan kegembiraan penduduk madinah. Hari tersebut berubah menjadi hari yang paling gembira buat mereka yang tiada tandingannya. Iaitu hari mereka bergembira dengan kedatangan rasulullah saw. Ketika itu orang berjalan dan menaiki tunggangan yang berjalan di belakang rasulullah saw berebut rebut untuk mendapatkan tali pengikat unta rasulullah saw. Semua mereka mahu rasulullah saw tinggal bersama mereka. Waktu sembahyang jumaat masuk ketika rasulullah saw berada di perkampungan bani salim bin ‘auf. Dengan itu rasulullah berhenti disitu dan bersembahyang jumaat. Ini adalah sembahyang jumaat yang pertama dilakukan rasulullah saw dan juga khutbah jumaat pertama yang disampaikan. dalam khutbah tersebut, Baginda saw bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya, kemudian Baginda berkata:. (Bik, 1996) 

Wahai manusia! Lakukan untuk diri kamu semua. Demi Allah! Kamu mengetahui bahawa di antara kamu pasti akan mati dan dia akan meninggalkan kambing kambing gembalaannya tanpa pengembala. Kemudian tuhannya akan berkata pada nya (tidak ada penterjemah untuknya dan tidak ada pendiding yang menghalangnya daripada tuhannya) ”Apakah rasul-Ku tidak datang kepadamu? Aku juga telah memberikan harta benda kepada kamu dan nikmat lain yang banyak. Apakah yang kamu lakukan untuk diri kamu?” maka dia akan melihat ke kanan dan ke kiri. Dia tidak mendapati sesuatu. Kemudian dia melihat ke hadapan, yang dilihat hanyalah neraka jahanam. Oleh itu sesiapa yang dapat memelihara dirinya daripada api neraka walaupun dengan menyedekahkan setengah biji kurma, dia hendaklah melakukannya. Sesiapa yang tidak memilikinya, dia hendaklah menyelamatkan dirinya dengan mengungkapkan perkataan yang baik. Sesungguhnya satu kebaikan yang dilakukan akan dibalas denagan sepuluh kebaikan yang seumpamanya dan boleh mencapai kepada tujuh ratus kali ganda. Wasalamu ‘alaikumWaarahmatuLlah wa Barakatuh. 

Perpindahan rasulullah sudah cukup untuk memberi satu bukti yang nyata tentang apa yang ditegaskan diatas. Secara kasarnya, tindakan meninggalkan negara itu bererti menghilangkan atau melenyapkan. Pada hakikatnya itulah sebenarnya bentuk pengorbanan dan pemiliharaan yang sejati. Boleh jadi pembelaan dan pengorbanan itu nampak seperti tidak bermakna tetapi penghijrahan membawa seribu erti buat islam. (SHAMSUDDIN, 2002) 

KESIMPULAN
Rasulullah meneruskan perjalanan untuk berhijrah tetapi penghijrahan tidak berhenti disitu. Kita harus mengambil pengajaran daripada peristiwa inidan sanggup berkorban asalkan mencapai apa yang kita ingini. Tak perlulah kita mengalah sebaliknya jangan putus asa serta berdoalah kepada Allah tuhan yang maha esa. Sekiranya kita yakin dan berdoa dengan bersungguh dengan hati yang ikhlas, insyaallah Allah akan membantu. Peerpindahan rasulullah sudah cukup untuk memberi bukti yang nyata kepada kita tentang sirah tersebut. Pada dasarnya, tindakan meninggalkan negara seolah satu pelarian. Tetapi, pada hakikatnya ianya adalah satu bentuk pengorbanan dan pemiliharaan yang sejati. Apa yang dilakukan oleh rasulullah adalah suruhan dan perintah. Segala tindakan baginda berhubung dengan agama adalah syariat. Sebenarnya segala-galanya itu adalah Allah yng menyebabkan perkara itu terjadi. Berteduh atau berselindung di dalam gua bukanlah membuktikan baginda takut atau pengecut tetapi ianya adalah helah helah pengeliruan. Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa menggunakan helah-helah dan kewaspadaan tadi adalah salah satu tugas yang disuruh oleh agama. Sekiranya helah itu tidak menjadi maka berserahlah kepada allah swt dengan penuh harapan kerana segalanya adalah ditentukan olehnya. Segala peristiwa itu adalah untuk seluruh umat islam mengambil pengajaran bahawa segalanya harapan haruslah ditujukan kepada yang satu iaitu allah swt. Sejarah penghijrahan rasulullah haruslah tidak dipandang ringan kerana banyak keistimewaan cerita yang didapati. Dari kisah penghijrahan kita dapat mengetahui pelbagai kekuasaan allah. Kita juga dapat melihat taktik yang bijak sekali yang digunakan oleh rasulullah. Disebabkan perancangan rasulullah yang teliti membolehkan rasulullah berhijrah dan mengelakkan dirinya daripada dibunuh oleh puak quraisy yang ingin menghalang jihad rasulullah. Dapatlah kita simpulkan bahawa peristiwa hijrah merupakan satu peristiwa yang amat penting dalam perkembangan agama islam. Peristiwa ini menjadi satu platform buat rasulullah untuk mengembangkan ajaran yang suci ini dan disebabkan peristiwa ini adalah diantara sebab mengapa kita mampu mengecapi keindahahan dan kemanisan islam. 

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Salahuddin Al-Ayubi

Sinopsis
Salahuddin al-ayubi adalah pemerintah dan panglima kaum muslimin. Salahuddin al-ayubi ini adalah panglima utama di antara panglima-panglima Sultan Nuruddin. Kemudian Salahuddin memegang pemerintahan di Mesir atas nama Nuruddin dan selepas itu, ia menjadi sultan di Mesir menggantikan Sultan Nuruddin. Selepas Nuruddin talah meninggal dunia, terbukalah pintu bagi Salahuddin untuk mengambil alih dan berkuasa diseluruh pemerintahan kedua pemimpin yang telah mangkat itu. Sesudah peperangan Salib yang kedua, berlalu didalamnya suatu masa yang hening. Eropah tiada membuat apa-apa gerakan terhadap kaum muslimin. Dan dalam ketika itu juga, berlakulah suatu kejadian yang paling besar dalam sejarah peperangan Salib iatu munculnya Salahuddin al-ayubi dalam arena gerakan kaum muslimin. Sementara kekuatan Islam semakin kukuh dengan adanya pahlawan ini, kekuatan Masehi pula semakin merosot. Sesungguhnya Salahuddin amat arif akan tujuan-tujuan peperangannya dan pintar sekali dalam menggariskan tempat-tempat dimana tujuan-tujuan itu harus diletakkan. Sebenarnya peperangan Salahuddin melawan kaum-kaum Salib itu telah meletakkan dirinya ditempat Raja-raja Timur yang termasyhur di Eropah. Dalam kenangan-kenangan Timur pula, nama Salahuddin masih tetap hidup kekal di samping nama-nama khalifah dan sultan yang besar-besar sebagai token untuk masanya yang dikira segemilang-gemilang dalam sejarah. Dan tiada syak lagi bahawa sangat sedikit sekali dari pemimpin-pemimpin kaum Muslimin yang dapat menandinginya dari segi kebersihan, usahanya dari mencari apa-apa kepentingan untuk diri sendiri, dan segi ketekunannya dalam mengkhidmatkandiri untuk maslahat kerajaannya dan rakyat umum dan tiada lain. Dan tiada jalan lagi bagi musuh-musuhnya sendiri, melainkan memberikan pengakuan baginya tentang sifat budi pekerti yang mulia dan kebijaksanaan dalam perlakuannya terhadap musuh-musuhnya yang tewas. Bukan ini saja, bahkan disamping itu Salahuddin selalu menjadi penggalak utama kepada usaha memperkembangkan ilmu pengetahuan. 

Pendahuluan
Salahuddin al-Ayubi dilahirkan pada tahun 1137 Masehi. Ia mendapat latihan awal dari ayahnya yang termasyhur. Salahuddin al-ayubi adalah pemerintah dan panglima kaum Muslimin. Salahuddin al-ayubi ini adalah panglima-panglima Sultan Nuruddin. Kemudian Salahuddin memegang pemerintahan di Mesir menggantikan Sultan Nuruddin. Selepas Nuruddin telah meninggal dunia, terbukalah pintu bagi Salahuddin untuk mengambil alih dan berkuasa di seluruh pemerintahan kedua pemimpin yang telah mangkat itu. Selain itu, Salahuddin yang bekerja keras untuk menggabungkan beberapa daerah-daerah lain yang belum pernah tunduk ke bawah kuasa Nuruddin kepada pemerintahannya. Selepas itu, dengan berkuasanya Salahuddin keatas kerajaan-kerajaan itu, maka berpindahlah pusat pergerakan lawan tentera salib itu dari Utara ke Selatan dan Mesir pun menjadi markas utama bagi gerakan-gerakan Islam menentang tentera itu. Salahuddin al-ayubi juga telah menggabungkan ke dalam kekuasaannyayang besar itu, negeri-negeri an-Nubah, Sudan, Yaman dan Hijaz. Salahuddin, sesudah itu menumpukan perhatiannya kepada tentera penyerang, beliau lalu menimpakan segala tenaga dan kekuatannya ke atas mereka. Salahuddin telah berjaya menghancurkan askar-askar Normandy itu dalam masa yang singkat. Beliau telah menakluki Tripoli (Libya) dan Tunis hingga ke bandar Qabis pada tahun 568H. Setelah itu, baru beliau mengarahkan tenteranya menuju kepada jihad yang lebih besar, iaitu melawan tentera salib. Salahuddin al-Ayubi, pahlawan ratusan pertempuran adalah orang selama 20 tahun menentang tiap pasukan Perang Salib dan akhirnya berhasil mendesak pasukan gabungan Eropah yang datang untuk menduduki Tanah Suci berundur. Dunia hampir tidak menyaksikan lagi seorang penakluk yang lebih kesatria dan lebih penyayang setelah dia. Perang Salib merupakan perang yang paling ganas dalam sejarah umat manusia. 
Sesudah peperangan salib yang kedua, berlalu didalamnya suatu masa yang hening. Eropah tidak membuat apa-apa gerakan terhadap kaum Muslimin. Dan dalam ketika itu juga, berlakulah suatu kejadian yang paling besar dalam sejarah peperangan salib iaitu munculnya Salahuddin al-Ayubi dalam arena kaum Muslimin. Sementara kekuatan meliter Islam semakin kukuh dengan adanya pahlawan ini, kekuatan meliter Masehi pula semakin merosot. Sesungguhnya Salahuddin amat arif akan tujuan-tujuan peperangannya dan pintar sekali dalam menggariskan tempat-tempat dimana tujuan itu harus diletakkan. 

Beliau juga dari golongan orang yang memelihara ilmu pengetahuan, menjadi contoh yang baik dalam menepati janji, keberanian dan murah hati. Dalam permulaan kekuasaannya, banyak halangan yang harus dihadapinya. Oleh itu, maka siasahnya pertama yang mahu dilaksanakannya itu ialah membuat perdamaian dengan kaum salib. Kaum Salib telah menyambut tawaran itu dengan sikap sombong dan semangat membesarkan diri. Setelah perdamaian ini terlaksana, kerap kali mereka mengkhianati perjanjian damai antara mereka dan Salahuddin. 
Pelanggaran mereka yang pertama adalah sangat hebat dan keras sekali. Mereka cuba menawan bandar-bandar Ba’albak dan damsyiq. Mereka berjaya mengalahkan tentera Salahuddin serta menawan ketuanya. Sebagai tindakan balas, Salahudin segera mengirimkan bantuan dari Mesir kepada tenteranya di Palestin. Tetapi, Raja Baitul Maqdis telah mengadang bala bantuan itu di ar-Ramlah dan berlakulah suatu pertempuran sengit di mana tentera salahuddin telah tewas sekali lagi. Kemudian Salahuddin segera kembali semula ke Mesir untuk menghadapi suatu peperangan baru. Salahuddin berjaya mengadakan suatu bala tentera baru yang lengkap dengan alat-alat perlengkapan perang dan makanan yang cukup. 

Tentera yang di pimpin oleh Salahuddin sendiri, telah mengepung benteng Yaakub di lapangan Banyas. Benteng ini di kira salah satu benteng yang terkukuh sekali di antara benteng-benteng orang-orang Latin itu. Pengepungannya telah menahan bantuan supaya tidak sampai kepada tentera Latin yang sedang berperang itu. Kemudian satu tentera yang lain yang di pimpin oleh Farukh Syah (anak saudara Salahuddin) telah berjaya mengalahkan tentera Latin itu. Seterusnya Salahuddin mengirim pula tenteranya yang lain untuk menentang tentera Latin di Beirut dan Saida. Pengepungan Salahuddin terhadap benteng Yaakub semakin diperketatkan sehingga tiada terdapat jalan lain lagi, melainkan menyerah diri. Ketika itu, orang-orang Latin memohon perdamaian sekali lagi. 

Pemerintah Salib di Karak telah mengkhianati perdamaiannya dengan Salahuddin. Tentera Salib mula melakukan serangan ke atas kaum muslimin, terutama sekali pemimpinnya, Raynald. Beliau telah memencilkan sebuah angkatan laut, lalu menyerang para haji muslimin. Kemudian beliau meneruskan serangannya ke atas kalifah-kalifah yang sedang dalam pelayaran, harta bendanya dirampas dan orang-orangnya ditawan. Pertempuran di Hittin ini terkira antara peperangan yang termasyhur sekali dalam sejarah dunia. Kaum Muslimin telah berjaya menghapuskan seluruh tentera ini, setengah mereka mati dan setengah yang lain pula ditawan. Kedua-dua Raja Baitul Maqdis dan Raynald termasuk sekali dalam tawanan kaum Muslimin. 
Pertempuran di Hittin merupakan suatu pertempuran yang benar-benar telah menghapuskan kekuatan kaum salib. Demikian pula dari kesan-kesan pertempuran ini bahawa nama Salahuddin menjadi sangat ditakuti orang. Seolah-olahnya nama itu ada membawa pengertian maut yang segera bagi kaum salib. Akhir sekali beliau menuju pula ke Baitul Maqdis untuk memahkotakan kemenangan-kemenangannya dengan penaklukan kota itu. Mula-mulanya Salahuddin ingin memasuki kota itu secara damai disebabkan kedudukan kerohanian dan kesucian kata itu dalam pandangan kaum muslimin dan supaya kota itu terselamat dari bencana kerosakan perang, andainya nanti berlaku peperangan di dalamnya. 
Akan tetapi kota al-Qudus itu kini merupakan benteng-benteng kaum Latin yang paling kukuh sekali. Tambahan pula, ketua kota ar-Ramlah (Palian De Ibaline) telah jatuh ke dalam tawanan Salahuddin, bila bandar itu ditakluki. Dan keluarganya pula berada dalam benteng-benteng al-Qudus itu. Palian lalu meminta pergi ke al-Qudus untuk membawa kembali keluarganya. Beliau bersumpah akan menepati janjinya untuk kembali semula. Apabila Palian tiba di al-Qudus, beliau telah disambut secara besar-besaran oleh askar-askar Latin. Orang-orang Latin itu lalu menggalakkan Palian supaya memungkiri janjinya dengan Salahuddin dan akhirnya Palian bersetuju. Maka kota al-Qudus pun terdedah untuk serangan-serangan kaum muslimin. 

Salahuddin pun mula mengepung kota al-Qudus, dan beliau memilih bukit Zaitun sebagai markas tenteranya. Beliau memerintahkan manjanik-manjanik ditempatkan diatas bukit itu. Ketika itulah tentera muslimin mula maju ke haluan pagar-pagar itu tanpa mempedulikan hujan panah antara pihak-pihak yang menyerang dan bertahan itu. Akhirnya orang-orang latin itu yakinlah bahawa kemenangan kali itu memihak kepada kaum muslimin. Oleh itu mereka cenderung sekali lagi untuk berdamai. Kedua pihak bersetuju agar orang-orang latin itu keluar meninggalkan kota al-Qudus itu dengan jaminan keamanan dari kaum muslimin dalam masa 40 hari. Kaum muslimin telah berdiri dengan janjinya dan sanggup melupakan darah-darah yang telah mengalir serta jiwa-jiwa yang telah berkorban. 

Adalah diberitakan bahawa sekumpulan dari perempuan-perempuan bangsawan dan puteri-puteri raja yang telah memohon kepada Salahuddin katanya: ” Wahai Sultan ! Tuanku telah bermurah hati memberikan kami peluang untuk hidup. Akan tetapi, bagaimanakah dapat kami hidup, padahal suami-suami kami dan putera kami berada dalam tawanan Tuanku? Kiranya kami meninggalkan negeri ini buat selama-lamanya, maka siapakah yang akan melindungi kami dan berusaha untuk kehidupan kami? Wahai Sultan yang budiman ! Kembalikanlah suami dan putera-putera kami kepada kami, kerana kiranya ini tidak Tuanku laksanakan, beerti Tuanku telah menyerahkan kami kepada keaiban dan kelaparan. ”

Mendengar itu, Salahuddin merasa kasihan terhadap mereka itu. Beliau lalu kembalikan kepada mereka suami dan putera-putera mereka. Sikap ini telah menambahkan lagi darjat kedudukan Salahuddin dan ketinggian peribadinya. Stanley Lane Poole berkata ; bahawasanya kebanyakan dari orang-orang Latin yang lari kerana benteng-benteng dan negeri mereka tertawan, telah meminta perlindungan di kota-kota lain yang masih lagi dibawah kekuasaan bangsa-bangsa mereka, tetapi kota-kota itu telah menutupi pintu-pintunya. Setengah daripada mereka lalu melarikan diri menyeberangi laut menuju ke Eropah, dan lebih banyak lagi yang menyerahkan nasib untuk hidup dibawah naungan pemerintahan Islam. 
Adapun tentang orang-orang Masehi Arab, mereka ini telah kembali semula hidup dalam pemerintahan Salahuddin serta mengecap kehidupan bebas yang telah dijamin untuk mereka oleh pemerintah Islam. Dan kembalilah Baitul Maqdis ke dalam pangkuan Islam semula. Suara azan pun mula berkumandang semula dalam Masjid al-Aqsa, manakala loceng Gereja Masehi berhenti berbunyi. Dan orang-orang Salahuddin lalu menurunkan Salib emas dari atas Kubbah Sakhrah (The Ailing Stone). Dengan kejatuhan Baitul Maqdis ke dalam tangan kaum Muslimin, maka kembalilah keadaannya kepada masa sebelum kota itu menempuh peperangan Salib. 

Sesungguhnya Baitul Maqdis itu merupakan tujuan utama yang dikejar oleh orang barat untuk penaklukannya. Sekarang Baitul Maqdis telah kembali semula ke dalam kekuasaan kaum Muslimin dan pertempuran-pertempuran baru pun timbullah sekali lagi. Di dalam Perang Salib ketiga orang-orang yang mengambil peranan dalam kepemimpinan Perang Salib ini adalah Raja-Raja yang terkenal iaitu Frederick Barbarossa, emperor Jerman, dan Richard Hati Singa, Raja Inggeris dan juga Philip Augustus, Raja Perancis. Antara ketiga-ketiga Raja ini, Frederick merupakan pemimpin yang paling cergas dan bersemangat dalam urusan peperangan ini. Beliau telah memilih jalan darat menuju ke medan perang. Akan tetapi malangnya, beliau telah tenggelam ketika menyeberangi sebatang sungai dekat Armenia, tidak jauh dari Raha. 
Maka tentera yang dipimpinnya pun mengambil kesempatan ini untuk kembali semula ke negeri masing-masing. Manakala kedua-dua tentera dari Inggeris dan Perancis telah datang dari Eropah melalui jalan laut dan bertemu di Saqliah. Dalam masa pertemuan mereka, bibit-bibit perselihan faham mula timbul di antara mereka. Akhirnya mereka menuju ke haluan masing-masing. Richard menuju ke Cyprus dimana beliau dapat menaklukinya ketika dalam perjalanannya ke arah palestin. Manakala Philip telah menuju terus ke Palestin, dimana beliau mengepung Akka dengan bantuan askar-askar Frederick. Turut ikut serta dalam pengepungan ini ialah orang-orang Latin yang pernah bersumpah dihadapan Salahuddin tidak akan kembali mengangkat senjata untuk menentang beliau. 

Salahuddin bergerak dengan tenteranya menuju ke medan pertempuran dan pertimbangan kemenangan berpihak kepada beliau. Manakala tentera Salib pun segera meminta bantuan daripada Richard. Sesungguhnya pertempuran di Akka itu menyaksikan sehebat-hebat serangan dari kaum Salib terhadap kaum muslimin dan sehebat-hebat pertahanan dari pahlawan Salahuddin. Kaum Muslimin telah menunjukkan bermacam-macam pengorbanan dan kepahlawanan mereka. Kemudian pertimbangan kemenangan Barat pula ke pihak kaum Salib. Kota Akka kemudian menyerah kalah setelah dikemukakan beberapa syarat olehnya. 

Syarat yang terpenting sekali ialah kaum Salib tidak akan menganiayai orang-orang yang bertahan disitu setelah dikenakan bayaran tebusan yang besar. Apabila kaum Muslimin terlewat membayar tebusan-tebusan yang dijanjikan itu, maka kaum-kaum Kristian itu pun menjalankan pembunuhan besar-besaran keatas tawanan-tawanan mereka. Perlakuan ini jelas membuktikan bahawa cara-cara bertindak orang-orang Eropah itu tetap sama. Kejatuhan Akka tidak cukup untuk meletakkan kedudukan orang kristian di Palestin dan mereka tidak punya kuasa lagi untuk membuat beberapa penaklukan yang baru. Raja Inggeris mula merasa bimbang atas kerajaannya yang jauh itu, Maka berlakulah perutusan antara kedua-dua belah pihak Richard telah berutus kepada Salahuddin, katanya: “ Sesungguhnya kaum Muslimin dan orang Latin telah banyak yang binasa, sementara rumah-rumah mereka banyak yang musnah. Dan banyak jugalah harta dan nyawa yang telah terkorban. Dan tiadalah ada perbicaraan lagi selain di kota al-Qudus dan Salib saja. Al-Qudus adalah tempat beribadat kami yang tak akan kami mengalah kerananya sampai bila-bila masa pun. Manakala Salib pula, pada anggapan tuan tiada lain melainkan sebatang kayu yang tak punya apa-apa harga. Tetapi pada kami, dia adalah sangat-sangat dimuliakan. Tidakkah boleh Sultan menganugerahkan untuk kami dan kita pun sama-sama akan terlepas dari kepayahan ini. ”
Maka dijawab oleh Salahuddin, bunyinya : ” Al-Qudus itu untuk kami dan juga untuk kamu. Sesungguhnya ia tempat pengisraan Nabi kami dan perkumpulan para mailakat. Oleh itu tak masuk akal bahawa kami akan beralah kerananya. Adapun negeri ini, dia adalah negeri dan penaklukan tuan-tuan keatasnya adalah sementara saja disebabkan kelemahan keadaan kaum Muslimin. Dan adapun Salib itu, pada kami penghancurannya adalah suatu kebajikan yang besar yang tidak boleh kami lalaikan melainkan jika ada sesuatu maslahat yang lebih penting dari itu. ”

Perutusan itu berjalan selama beberapa masa yang panjang, sehingga akhirnya menghasilkan perjanjian damai ar-Ramlah pada Tasyrin Thani (November) 1192, dimana perjanjian itu menentukan sebidang tanah yang kecil untuk orang-orang Kristian di pantai yang berdekatan dengan Akka memanjang dari Sur hingga ke Haifa. Salahuddin tetap memelihara tempat-tempat yang ditaklukinya itu di Ludd, ar-Ramlah dan Asqalan, sebagaimana beliau menjaga keamanan seluruh negeri yang berada dalam kekuasaannya. Dan dengan itu selesailah peperangan Salib yang ketiga. Tidak berapa lama sesudah tercapainya perdamaian ini, Salahuddin pun mangkat dan umurnya ketika itu 55 tahun. 

Kesimpulan
“Sebenarnya peperangan Salahuddin melawan kaum-kaum Salib itu telah meletakkan dirinya di tempat Raja-Raja Timur yang termasyhur di Eropah. Dalam kenangan-kenangan Timur pula, nama Salahuddin masih tetap hidup kekal di samping nama-nama khalifah dan sultan yang besar-besar sebagai token untuk masanya yang dikira segemilang-gemilang dalam sejarah. Dan tiada syak lagi bahawa sangat sedikit sekali dari pemimpin-pemimpin kaum Muslimin yang dapat menandinginya dari segi kebersihan, usahanya dari mencari apa-apa kepentingan untuk diri sendiri, dan dari segi ketekunannya dalam mengkhidmatkan diri untuk maslahat kerajaannya dan rakyat umum. Dan tiada jalan lain bagi musuh-musuhnya sendiri, melainkan memberikan pengakuan baginya tentang sifat budi pekerti yang mulia dan kebijaksanaan dalam perlakuannya terhadap musuh-musuhnya yang tewas. Bukan ini saja, bahkan disamping itu Salahuddin selalu menjadi penggalak utama kepada usaha memperkembangkan ilmu pengetahuan. Dan telah hidup dalam penampungannya sebilangan dari ulama-ulama yang pilihan, umpama Ibnul Imad al-Isfahani yang telah mencatitkan sejarah bagi penaklukan Baitul Maqdis, dan juga a- Qadhi Bahauddin bin Syaddad yang telah menulis sejarah Sejarah Salahuddin sendiri dan juga seperti al-Qadhi al-Fadhil. Sesungguhnya beliau adalah seorang pemimpin yang ulung, telah terkumpul dalam dirinya segala cita-cita besar yang sering bermain-main dalam impian orang-orang Arab dan Muslimin, dan beliau telah berjaya melahirkan sekaligus segala cita-cita itu atas nama kaum Arab dan Muslimin. 

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Konsep Pentadbiran Keluarga Dalam Islam

Sinopsis
Islam merupakan agama yang sempurna dan tinggi kedudukannya. Nilai-nilai Islam perlu dilaksanakan untuk mengecapi sebuah keluarga yang bahagia. Ia merupakan salah satu keperluan yang amat penting bagi umat manusia di muka bumi ini. Ini adalah untuk memenuhi kehendak naluri manusia. Salah satu cara untuk memenuhi kehendak ini adalah melalui pembentukan keluarga. Justeru itu islam menyediakan satu garis panduan yang merangkumi asas-asas untuk memimpin manusia mencapai kebahagiaan yang mereka mahukan sekali gus mendapat keredaan Allah

Keperluan pembentukan keluarga amat penting bagi umat Islam. Malah kepentingannya dirasa oleh semua golongan di atas muka bumi ini. Adapula yang mengatakan bahawa pembentukan keluarga diperlukan untuk faedah pasangan suami isteri. Adapula yang mengatakan pembentukan keluarga diperlukan untuk melindungi wanita yang lemah daripada penganiyaan. Pemilihan dalam pencarian jodoh juga amat dititik beratkan dalam agama Islam. Ini akan dapat melatih umat Islam untuk mencari jodoh yang sesuai dengan kehendak syarak dan agama Islam itu sendiri. Masalah Agama Islam membolehkan poligami dan begitu juga keadaan Rasulullah berpoligami adalah salah satu masalah yang amat penting dan kerap dibincangkan, baik dalam kalangan kaum Muslimin atau bukan. Sejarah perkahwinan Rasulullah dengan isteri-isterinya juga dapat memberi pedoman kepada masyarakat Islam. Umat Islam dapat mencontohi apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah dalam pembentukan sebuah institusi keluarga yang bahagia dan kukuh. 

Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada S.W.T yang mana asas pemahaman anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah S.W.T dan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Setiap manusia yang dikurniakan keluarga seharusnya bersyukur kerana bukan semua orang bernasib baik, ada juga yang dilahirkan sebagai yatim piatu. Oleh itu kita seharusnya bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Tuhan. Kasih sayang keluarga adalah harta yang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit

Pendahuluan

Konsep keluarga amat dititik berat dalam Islam malah turut diikuti oleh agama yang lain. Ia merupakan salah satu keperluan yang amat penting bagi umat manusia di muka bumi ini. Ini adalah untuk memenuhi kehendak naluri manusia. Salah satu cara untuk memenuhi kehendak ini adalah melalui pembentukan keluarga. Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah telah dibekalkan sejak awal kejadiannya dengan keinginan untuk berkeluarga, beranak pinak. Setiap keluarga juga menginginkan kebahagian. Untuk mengecapi sebuah keluarga yang bahagia dan menurut syarak, konsep pentadbiran keluarga menurut Islam dan konsep pentadbiran Rasulullah dalam keluarga perlu diperaktikkan. Justeru itu islam menyediakan satu garis panduan yang merangkumi asas-asas untuk memimpin manusia mencapai kebahagiaan yang mereka mahukan sekali gus mendapat keredaan Allah. Allah berfirman:
”Dan di antara tanda tanda kebesaran Allah dijadikan kamu (manusia) pasangan hidup dari jenis kamu supaya dengannya Allah anugerah kasih sayang (mawaddah) dan rahmat (kasihan belas) dengan yang demikian itu jadi petanda kebesaran Allah untuk orang orang yang berakal”
Ayat ini menjadi asas untuk manusia memahami tujuan sebenar perkahwinan. Islam meletakkan tujuan yang amat murni dalam perkahwinan antara alam manusia dengan alam haiwan atau jin. Perhubungan jenis di kalangan haiwan hanya memuaskan nafsu syahwat tanpa sebarang akad atau tanggungjawab. Dalam alam jin meskipun ada adat resam ala manusia tetapi tidak ada sebarang akad dan tidak termaktub sebarang tanggungjawab seperti yang wujud dalam alam manusia. Islam meletakkan satu definasi bersifat amanah untuk seorang lelaki kepada isteri atau pasangan yang bukan sahaja untuk menunaikan fitrah tetapi lebih besar ialah untuk menikmati rahmat dan kebaikan serta keampunan daripada Allah. Ertinya tujuan memuaskan hawa nafsu syahwat semata mata dalam perkahwinan hamper tidak disebut kerana ia hanya satu tuntutan naluri manusia. Kalau hawa nafsu syahwat menjadi tuntutan dalam perkahwinan maka perkahwinan manusia tiada bezanya dengan perhubungan jenis antara haiwan. Kemesraan wujud dalam alam haiwan seperti juga alam jin dan alam manusia tetapi bezanya Islam menganjurkan pada manusia supaya kemesraan dinikmati mengikut jalan yang diredhai Allah. Kemesraan mengikut cara yang mendapat rahmat Allah akan mewujudkan sebuah keuarga yang dipenuhi dengan keberkatan dan barakah, keberkatan yang akan melahirkan nilai nilai kemesraan dan kebahagiaan yang direstui dan dilindungi Allah

Pembentukan Keluarga Menurut Islam

Keperluan Pembetukan Keluarga
Pembentukan keluarga bukan sahaja diutamakan oleh Islam, malah kepentingannya dirasa oleh semua golongan di atas muka bumi ini. Pembentukan keluarga amat penting untuk manusia. Salah satu cara pemenuhan keperluan manusia yang terpenting ialah melalui pembentukan keluarga. Adapula yang mengatakan bahawa pembentukan keluarga diperlukan untuk faedah pasangan suami isteri. Adapula yang mengatakan pembentukan keluarga diperlukan untuk melindungi wanita yang lemah daripada penganiyaan. Islam telah menyempurnakan pandangan-pandangan tersebut dengan memberikan alasan yang lebih luas dan menyeluruh. Diantaranya :-
i) Pembentukan keluarga adalah untuk memastikan kesinambungan generasi manusia. Tiada siapa yang dapat menafikan keluarga merupakan satu unit terpenting dan asas kepada kesinambungan ganerasi manusia. Mustahil ganerasi manusia akan kekal tanpa wujudnya keluarga. Pengabaian pembentukan keluarga dapat membawa kepada kehancuran. Hal ini dapat dilihat di Barat pada masa kini. 
ii) Pembentukan keluarga juga diperlukan untuk memelihara akhlak dan tatasusila. Kejadian manusia adalah sangat berbeza dengan kejadian makhluk-makhluk lain. Manusia merupakan kejadian yang paling mulia mengatasi kejadian yang lain. Kejadian ini harus dipelihara. Salah satu cara bagaimana kemuliaan ini dipelihara melalui pembentukan keluarga oleh kerana manusia merupakan kejadian yang sempurna. Naluri cinta dan seks harus disalurkan melalui jalan yang mulia juga, iaitu melalui pembentukan keluarga. Pengabaian hal ini telah menyebabkan banyak masyarakat dan generasi dahulu dan kini hancur akibat kebuasan hawa nafsu. Perbuatan ini akhirnya membawa kepada keruntuhan akhlak dan tatasusila. 
iii) Pembentukan keluarga juga untuk mencapai kebahagian, kehormonian, kebaikan dan kasih sayang. Kebahagiaan dalam ertikata yang sebenarnya ialah terletak pada kerohanian. Rohani dan jasmani mencapai kesempurnaan melalui institusi keluarga. 

Pemilihan Jodoh

Dalam pemilihan jodoh, Islam menggalakkan seseorang lelaki itu memilih bakal isterinya wanita yang mempunyai 4 ciri utama :-
berharta, berketurunan baik, kecantikan dan keimanan. 
Kebanyakkan lelaki biasanya akan memilih kecantikan kerana itu adalah tarikan awal kepadanya. Tetapi Islam menggalakkan agar memilih wanita yang solehah atau beriman. Kecantikan, harta, dan keturunan tidak akan kekal selamanya dan belum tentu dapat menjamin kebahagiaan. Hal ini turut dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim : Terjemahannya :-
“Menikahi wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana kekayaannya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan keimanannya. Maka pilihlah yang beriman, nescaya kamu akan bahagia”
Keimanan ditekankan kerana kebahagiaan yang dinikmati melalui pembentukan keluarga bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. Setelah seseorang perempuan itu berkahwin maka tanggungjawab beribaadt kepada Allah S.W.T terletak di atas suaminya. Wanita solehah dapat menyelamatkan suami daripada tanggungjawab ini di akhirat. 

Nabi Berpoligami

Masalah Agama Islam membolehkan poligami dan begitu juga keadaan Rasulullah berpoligami adalah salah satu masalah yang amat penting dan kerap dibincangkan, baik dalam kalangan kaum Muslimin atau bukan. Orang-orang Islam yang telah membincangkan dan memahami tujuan Islam membenarkannya, tidak akan keberatan untuk menerimanya, bahkan akan memuji agama Islam. Namun sebaliknya orang yang belum memahaminya, akan menentang dan mencelanya. Di samping itu ada pula mereka yang telah keterlaluan dan berani melemparkan tuduhan-tuduhan jasmanian kepada Rasulullah. Padahal Rasulullah amat jauh daripada tuduhan yang demikian itu. 
Para-para pembahas berpendapat bahawa agama Islam telah membataskan hak berpoligami, yang dahulunya secara mutlak dan tidak terbatas. Agama Islam membataskan 4 orang sahaja
Bukti-bukti jelas yang menggesa hal ini antaranya Allah berfirman:
“Kahwinlah perempuan-perempuan yang kamu suka, dua, tiga dan empat, sekiranya kamu takut tidap dapat berlaku adil maka seorang sahajalah. ” (an-Nisa’:13) 
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara perempuan-perempuan sekalipun kamu hati-hati membuatnya” (an-Nisa’:129) 
Al-marhum Qasim Amin telah mengulas kedua-dua ayat ini dengan berkata:
“Sekiranya orang yang memerhati kedua-dua ayat ini mengambil hokum mengharamkan madu pasti hukumnya itu tidak jauh dari pengertian kedua-dua ayat tersebut. Kalaulah tidak kerana as-sunnah dan praktik ada mengharuskannya. ”
Qasim Amin:Tahrarul-Mar’ah, bab Poligami

Al-Bukhary meriwayatkan dari al-Miswar bin Markraman yang berkata:
“Aku telah mendengar Rasulullah berkata atas mimbar, bahwa Bani Hisyam Ibnul Mughirah meminta supaya aku izinkan mereka mengahwinkan anak perempuan mereka kepada Ali bin Abu Talib. Aku tidak mengizinkan, aku tidak mengizinkan, aku tidak mengizinkan kecuali sekiranya Ali bin Abu Talib mahu menceraikan anakku dan mengahwini anak mereka. Fatimah adalah sebahagian dariku, apa yang menyakitinya adalah menyakitiku juga, dan apa yang mencurigainya adalah mencurigaiku.”

Isteri-isteri Rasulullah
Khadijah binti Khuwailid (wafat 3 SH) 
Dia adalah isteri Rasulullah yang pertama dan orang yang paling banyak membantu perjuangannya di tahun-tahun pertama kerasulan. Sebelum masa kerasulan dia dipanggil dengan gelaran "wanita suci". Rasulullah menikah dengannya 15 tahun sebelum diangkat menjadi rasul. Putera-puterinya dari Rasulullah adalah Qasim, Abdullah. Kedua-dua mereka meninggal ketika masih kecil. Kemudian Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalsom dan Fatimah Az Zahrah. Dia memberikan dorongan moral kepada Rasulullah dalam perjuangan beliau. Khadijah wafat pada "aamul-huzni" [tahun kesedihan] dan dimakamkan di Ma’Ia. Sebelum beliau wafat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menikahi wanita lain selain beliau. 

Aisyah binti Abu Bakar (wafat 58 H) 
Hubungan Rasulullah dengan Abu Bakar sangat akrab. Abu Bakar boleh dikatakan seorang yang sentiasa berada bersama dengan Rasulullah setiap waktu. Rasulullah berkahwin dengan puteri Abu Bakar untuk menghilangkan rasa keseganan dan kekakuan Abu Bakar terhadap Rasulullah serta menambah kelancaran pergaulan dan eratnya perhubungan antara mereka. Aisyah mempunyai fikiran yang tajam dan Rasulullah mengambilnya dalam pembentukkan syariat Islam yang menjadi faktor yang amat penting untuk menghafal dan memelihara serta menyebarkan hadis-hadis Rasulullah. Begitu juga untuk menyampaikan berbagai macam syariat dan hukum kepada manusia. Hal ini ditegaskan dalam satu hadis. “Ambillah separuh dari agamamu dari Al-Humaira’ ini. :” (Aisyah) 

Hafsah binti Umar (wafat 45 H) 
Hubungan Rasulullah dengan Umar juga akrab. Menjadi satu penghormatan pula kepada al-Faruq bila memperintahkan puteri beliau. Diriwayatkan setelah suami Hafsah meninggal, Umar menawarkan kepada Abu Bakar untuk mengahwini anaknya. Abu Bakar tidak menawab. Umar menawarkan pula kepada Usman dan beliau juga berdiam. Umar mengadukan kedua-duanya itu kepada Rasulullah yang berkata kepadanya: “Biarlah yang mengahwini Hafsah seorang yang lebih baik lagi daripada Abu Bakar dan Usman. Biarlah Usman berkahwin dengan orang yang lebih baik daripada anak perempuanmu” Maka Rasulullah S.A.W mengahwini Hafsah dan mengahwini puterimya Raqaiyah dengan Usman. 

Juwairiah binti Harits bin Abu Dhirar (wafat 56 H) 

Nama asal adalah Burrah binti Harits. Dia ditawan oleh kaum Muslimin pada perang Bani Musthaliq dan diberikan kepada Tsabit bin Qais sebagai bahagian dari rampasan perang. Dia diberi hak oleh Tsabit untuk menebus kemerdekaannya dengan imbalan sejumlah harta. Dia pergi berjumpa dengan Rasulullah untuk minta bantuan, Rasulullah menawarkan kepadanya persetujuannya membayar sejumlah harta yang telah disepakati itu kemudian setelah merdeka Rasulullah menikahinya. 

Maimunah binti Harits (wafat 50 H/670 M) 
Nama asal adalah Burrah, Rasulullah menggantinya dengan Maimunah. Dialah wanita yang menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah dan kerananya turun ayat yang bermaksud:
"Perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi.. ". (Al- Ahzab:50) 

Mariah Qibtiah (wafat 16 H/637 M) 
Seorang wanita asal Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, pembesar Mesir kepada Rasulullah tahun 7 H. Setelah dimerdekakan lalu dinikahi oleh Rasulullah dan mendapat seorang putra bernama Ibrahim. Sepeninggal Rasulullah dia dijaga oleh Abu Bakar kemudian Umar dan meninggal pada masa kekhalifahan Umar. 

Saudah binti Zam`ah (wafat 23 H/643 M) 
Dia masuk Islam bersama suaminya dan turut hijrah ke Habsyah. Dalam hijrah yang kedua, suaminya meninggal dunia, lalu dinikahi oleh Rasulullah setelah Khadijah wafat. Rasulullah membawanya hijrah ke Madinah. Dia termasuk isteri Nabi yang sering memberikan giliran harinya kepada Aisyah. 

Sofiah binti Huyai bin Akhtab (wafat 50 H) 
Sebelum memeluk agama Islam, dia merupakan penganut Yahudi Bani Akhthab yang tertawan dalam perang Khaibar. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam memilih dan memerdekakannya, lalu dia memeluk Islam, setelah itu dinikahi oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan wafat di Madinah. 

Ummu Habibah binti Abu Sofyan (wafat 44 H/664 M) 
Nama lengkapnya adalah Ramlah binti Abu Sofyan, dia ikut hijrah ke Habsyah bersama suaminya, tetapi suaminya terpengaruh di sana, lalu murtad dan meninggal dunia sebagai penganut Kristian. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam segera mengirim Amru bin Umaiah Dhumari untuk melamarnya buat Rasulullah. Najasyi, pembesar Habsyah menikahkannya kepada Rasulullah dengan mahar sebesar 400 dinar. 

Ummu Salamah (wafat 57 H/676 M) 
Nama lengkapnya adalah Hindun binti Umaiah, termasuk sahabat wanita yang masuk Islam pada jangka masa pertama. Dia termasuk yang ikut hijrah dua kali (Habsyah dan Madinah). Suaminya mati syahid dalam perang Badar, lalu Rasulullah menikahinya. Beliau termasuk wanita yang jenius, berakhlak mulia dan pandai menulis dan membaca. Dia dikurniakan usia yang panjang, dia wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi. 

Zainab binti Jahsy (wafat 20 H) 
Nama asalnya adalah Burrah, sepupu Rasulullah. Semula dia menikah dengan Zaid bin Haritsah, setelah dicerai, dia dinikahi Rasulullah dan diberi nama Zainab dan dipanggil dengan gelaran Ummul Hakam. Dia sangat warak dan kuat beragama serta banyak bersedekah. Beliau juga seorang yang suka bekerja sendiri, membantu orang-orang miskin dan selalu memberi derma kepada keluarga dan anak yatim. 

Penutup
Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada S.W.T yang mana asas pemahaman anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah S.W.T dan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajiban masing-masing sesuai dengan peraturan Allah S.W.T. Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, peminangan, pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah S.W.T. Untuk mengecapi sebuah keluarga yang bahagia, kukuh dan menurut syarak, konsep pentadbiran keluarga menurut Islam dan konsep pentadbiran Rasulullah dalam keluarga perlu diperaktikkan. Kehidupan pernikahan adalah kehidupan persahabatan antara seorang suami dan isterinya. Suami menjadi sahabat kepada isterinya dan isteri menjadi sahabat kepada suaminya secara sempurna dalam seluruh aspek kehidupan. Konsep keluarga berlandaskan Islam perlu dilaksanakan bagi memudahkan umat Islam untuk mentadbir dan membimbing keluarga di jalan yang sebetulnya. Umat Islam tidak seharusnya mencontohi cara kehidupan masyarakat barat. Hal ini adalah kerana cara dan konsep kehidupan masyarakat Barat adalah bertentangan dan berbeza dengan cara kehidupan umat Islam. Setiap manusia yang dikurniakan keluarga seharusnya bersyukur kerana bukan semua orang bernasib baik, ada juga yang dilahirkan sebagai yatim piatu. Oleh itu kita seharusnya bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Tuhan. Kasih sayang keluarga adalah harta yang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit

------------------------

Ustaz Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com