Taju: ISLAM MENCAKUPI SELURUH ASPEK KEHIDUPAN

BSTRAK
Islam merupakan agama yang sempurna bererti lengkap, menyeluruh dan mencakup segala hal yang diperlukan bagi panduan hidup manusia. Sebagai petunjuk dan pegangan dalam hidupnya, sehingga dapat menjalani hidup dengan baik, teratur dan sejahtera, mendapatkan kebahagiaan hidup baik di dunia maupun di akhirat. Islam adalah sistem yang menyeluruh, mencakup seluruh sisi kehidupan. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti ibadah, pentadbiran dan juga ekonomi. Ibadah dalam Islam menjangkau keseluruhan kewujudan manusia secara penuh. Seorang muslim beribadah kepada Allah dengan lisan, fizikal, hati, akal, dan bahkan kekayaannya. Lisannya mampu berzikir, berdoa, tilawah, amar ma’ruf nahi munkar. Fizikalnya mengiringi dengan berdiri, ruku’ dan sujud, puasa dan berbuka, berjihad dan berolah raga, membantu mereka yang memerlukan. Hatinya beribadah dengan rasa takut dan bertawakal kepada Allah. Akalnya beribadah dengan berfikir dan merenungkan kebesaran dan ciptaan Allah dan akhirnya hartanya diinfakkan untuk perbelanjaan yang diperintahkan Allah serta membawa kemaslahatan bersama. Dari segi pentadbiran pula, prinsip yang digunakan ialah syura dan keadilan. Syura menjadi faktor utama ke arah kejayaan sistem politik dan pentadbiran Islam. Prinsip keadilan pula dituntut dalam Islam untuk dilaksanakan tanpa mengira perbezaan dari sudut apapun. Dan yang terakhir dari sudut ekonomi, Islam melarang tegas riba dalam urusan perniagaan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesetengah individu Muslim. Kesempurnaan Islam yang mengatur seluruh aspek kehidupan manusia dan merupakan satu-satunya diin yang diredhai Allah Subhanahu wa ta’ala menjadikannya satu-satunya agama yang benar. 
“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai. ” (QS. At Taubah 9: 33). 
Beruntunglah bagi setiap manusia yang diberikan hidayah oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk dapat merasakan nikmat berislam dan menjauhkannya dari kesesatan hidup jahiliyah. Jagalah nikmat iman dan Islam dengan menerapkan Islam secara menyeluruh sehingga wujud kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. 

PENDAHULUAN
Islam adalah cara hidup seimbang yang mengutamakan pembangunan intelektual, material dan jiwa, wajar dimanifestasikan mengikut objektifnya yang sebenar. Untuk itu, tidak cukup bagi kita sekadar berbicara tentang kehebatan Islam tanpa kita sendiri memahami dengan jelas bagaimanakah Islam yang sebenar. 
Islam agama syumul (menyeluruh), mencakupi semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanah air atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fitrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah. 
Seseorang yang ingin memahami Islam perlu pertamanya memahami prinsip-prinsip dan ciri-ciri utama agama Islam. Prinsip – prinsip utama ini ialah dari aspek ibadah, pentadbiran dan ekonomi dalam Islam yang juga merupakan isi yang terkandung dalam dokumen ini. Untuk mengenalinya pula, kita perlukan pengetahuan tentang sumber-sumber syariah Islam, kaedah memahami sumber, serta kaedah mengelakkan pemahaman yang saling bercanggahan antara dalil dalam sumber syariah Islam. 
Pemahaman yang baik terhadap syariah akan membuahkan keseimbangan pemikiran serta hanya dengan ini Islam sebagai umat pertengahan dapat dilahirkan. Hanya masyarakat yang berada pada tahap pertengahan dan seimbang sahaja dapat menilai sesuatu kebenaran dan kebatilan dengan cara yang baik. 
Firman Allah: Dan demikianlah Kami jadikan kamu wahai umat Muhammad satu umat pertengahan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)... (Al-Baqarah: 143) 

1. Ibadah Dalam Islam
Apa tujuan hidup kita sebagai seorang Muslim?
Tujuan hidup kita sebagai seorang Muslim ialah mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Pengabdikan dalam bahasa Al-Quran boleh ditakrifkan dengan istilah ibadah. Ibadah boleh diertikan sebagai solat. Ibadah lebih luas lagi boleh diertikan sebagai semua perbuatan mahupun tindakan, baik yang kelihatan mahupun semata-mata untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala 
 (Meorsaleh. H, Islam Agamaku (1988) : 13) 
Terdapat beberapa langkah untuk mendapat kesempurnaan dalam ibadah. Langkah yang pertama ialah Iman. Iman ialah mengaku dengan hati, berikrar dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota. Dalam erti kata lain, tertanam di dalam hati seseorang dan terpaku difikirannya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah Subhanahu wa ta’ala dan tidak ada tujuan yang dicarinya di dalam hidup ini dengan segala usaha dan kerjanya melainkan Allah Subhanahu wa ta’ala serta keredhaanNya dan tidak ada undang-undang melainkan suruhan dan tegahan Allah Subhanahu wa ta’ala 
 (Maududi Abul A’la S, Cara Hidup Islam (1988) : 98) 
Peringakat yang kedua ialah taat setia yang bermaksud mematuhi Allah, Tuhan yang diyakininya dan yang dipercayainya bahawa tidak ada Tuhan lain melainkan Allah Subhanahu wa ta’ala Peringkat ketiga ialah Taqwa. Taqwa ialah menjalankan hari-hari dalam hidupnya dengan membezakan di antara yang halal dan yang haram, di antara betul dan salah, di antara baik dan jahat dan ini semua dengan kesedaran yang cukup. 
 (Maududi Abul A’la S, Cara Hidup Islam (1988) : 99) 
Peringkat yang terakhir iaitu peringkat yang paling tinggi ialah Ihsan. Ihsan ertinya kehendak hamba yang disebatikan dengan kehendak Tuhan, sehingga dia tidak menyukai melainkan apa yang disukai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dan tidak membenci melainkan apa yang dibenci oleh Allah Subhanahu wa ta’ala 
 (Maududi Abul A’la S, Cara Hidup Islam (1988) : 99

2. Sistem Pentadbiran Dalam Islam. 
Perlembagaan Madinah atau Sahifah Madinah telah dianggap perlembagaan bertulis yang pertama sekali di dunia. Perlembagaan ini ditulis pada tahun pertama Hijrah iaitu tidak lama sesudah baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di sana. Perlembagaan ini ditulis dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah- masalah seperti yg berikut :
I. Untuk menentukan hak-hak dan kewajipan baginda dan penduduk setempat. 
II. Untuk mengatur cara pemulihan kehidupan orang-orang Mujahirin. 
III. Untuk mewujudkan persefahaman dengan orang bukan Islam di Madinah, khasnya orang Yahudi. 
IV. Untuk mengatur kesatuan politik dan pertahanan Madinah. 
V. Untuk memberi pampasan kepada orang-orang Mujahirin yang kehilangan harta dan aggota keluarga ditangan orang-orang Quraisy Mekah. 
 (Hamidullah, The First Written Constitution in World (1975) : 15) 
Perlembagaan ini memperkenalkan konsep sebuah masyarakat yang bersatu (ummah) yang masing-masing mempunyai hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang sama dan saling hormat-menghormati tanpa mengira jumlah bilangan. Perlembagaan ini juga memperkenalkan konsep persaudaraan, bantu-membantu dalam peprangan yang tidak bercorak agama, persamaaan dan kebebasan. 
 (Md. Akhir, Perlembagaan Islam : Satu Pendekatan Perbandingan (1988) : 15) 
Tauhid, Risalat dan Khilafat adalah tiga tonggak yang didirikan di atas binaan sistem pentadbiran Islam. Tauhid bermaksud Allah Subhanahu wa ta’ala itu pencipta alam ini berserta manusia yang ada di dalamnya. Risalat ialah saluran yang melaluinya undang-undang Illahi sampai kepada kita (keRasulan). Khilafat ialah wakilan manusia di dalam alam ini mewakili Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam kerajaanNya. 
 (Maududi Abul A’la S, Cara Hidup Islam (1988) : 44) 
Terdapat tiga sumber pentadbiran Islam zaman kini iaitu pertama ialah Al-Quran. Al-Quran ialah sumber pertama kepada seluruh hukum syara’ atau dengan kata lain ianya merupakan sumber pertama bagi berbagai-bagai kaedah undang-undang syara’ dan ini bermakna Al-Quran juga menjadi sumber pertama bagi undang-undang perlembagaan Islam. Sumber kedua ialah As-sunnah. Tetapi bukan semuanya sunnah Rasulullah menjadi perundangan. Sunnah yang menjadi perundangan adalah sunnah yang mempunyai hujjah syara’ yang pasti dikenakan untuk ke atas orang-orang Islam dan yang tidak pula ialah semua perbuatan yang dilakukan baginda yang bersifat kemanusiaan. Seterusnya ialah ijma’ dan qias. Ijma’ dan qias adalah satu sumber undang-undang Islam yang tergolong dalam sumber yang tidak dipraktikkan. 
 (Md. Akhir, Perlembagaan Islam : Satu Pendekatan Perbandingan (1988) : 31-45) 
Prinsip yang terlibat dalam pentadbiran Islam ialah syura dan prinsip keadilan. Suruhan dan perintah supaya mengamalkan prinsip ini terdapat di dalam Al- Quran. 
“Dan orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan sembahyang sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat diantara mereka, dan mereka menafkahkan sebahagian dan rezeki yang kami berikan kepada mereka”
Surah Al- Sura : 38
“ Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan”
Surah An-Nahlu : 90
 (Md. Akhir, Perlembagaan Islam : Satu Pendekatan Perbandingan (1988) : 61, 79) 

3. Sistem Ekonomi Dalam Islam. 
Ekonomi Islam mempunyai hubungan yang erat dengan agama, aqidah dan syariat Islam. Aktiviti ekonomi Islam dianggap sebagai satu ibadah jika bertujuan untuk mencapai keredhaan Allah dan telah diniatkan untuknya. 
“ Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amat bergantung pada niat, maka siapa yang berhijrah semata-mata kerana Allah Subhanahu wa ta’ala dan Rasulullah, maka hijrah itu diterima Allah dan Rasulullah. Dan siapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadaNya.. ”
 (Hadis Riwayat Umar Al-Khattab) 
Dalam etika ekonomi Islam, kekayaan dianggap sebagai satu alat bagi kebahagiaan manusia dan untuk meningkatkan keupayaan bagi berbakti kepada Allah Subhanahu wa ta’ala Justeru itu, ia tidak dikeji malahan mengecap nikmat dan rezeki dari Allah. Ciri ekonomi Islam ini membezakan kegiatan ekonomi Islam dengan sistem ekonomi ciptaan manusia yang memberi tumpuan kepada material semata-mata. 
 (Hashim Rosnani, Ekonomi dan Pendidikan Dari Perspektif Islam (2000) : 88) 
Terdapat tiga asas falsafah ekonomi Islam yang tergambar dalam konsep Tauhid. Pertama ialah alam ini milik Allah Subhanahu wa ta’ala Keduanya ialah hanya Tuhan yang Esa dan yang lain tunduk dan patuh kepadaNya. Ketiga ialah kepercayaan Hari Pembalasan. 
 (Hashim Rosnani, Ekonomi dan Pendidikan Dari Perspektif Islam (2000) : 90) 
Prinsip-prinsip asas dalam ekonomi Islam ialah a) kebebasan yang terhad dan tertakluk kepada nilai-nilai akhlak b) hak milik dan c) campurtangan pihak berkuasa. Ekonomi Islam mengharamkan penipuan, rasuah dan seumpamanya. Tujuan pengharaman adalah untuk a) memupuk rasa tanggungjawab terhadap sesama anggota masyarakat b) menutup jalan kearah monopoli dan kekayaan pada segelintir manusia c) menggalakkan seseorang bekerja keras mengikut kemampuannya dan dengan cara yang dibolehkan oleh syariat Islam dan d) menggalakkan pelaburan pada modal yang dibekukan. 
 (Hashim Rosnani, Ekonomi dan Pendidikan Dari Perspektif Islam (2000) : 91) 

KESIMPULAN. 
Justeru, di mana kita? Di mana Islam yang sebenar? Sebagaimana kata Dr. Yusuf al-Qardhawi, “Sebelum berbangga dengan kehebatan syariah Islam, fahami dulu syariah Islam dengan kefahaman yang sempurna dan menyeluruh, bukan kefahaman yang separuh-separuh atau dari sudut-sudut tertentu. ''
Terdapat banyak kesan akibat gagal memahami Islam secara menyeluruh. Pertama ialah lahirlah golongan yang melampau dalam beragama. Golongan inilah yang telah diberi amaran oleh Rasulullah supaya kita berwaspada. 
Sabda baginda dalam sebuah hadis: Awaslah dengan sikap melampau dalam beragama. Sesungguhnya umat terdahulu telah hancur akibat sikap melampau dalam beragama!'' Dalam sebuah hadis lain Rasulullah mengulang-ulang, Hancurlah mereka yang melampau, hancurlah mereka yang melampau, hancurlah mereka yang melampau! Islam sebetulnya menggalakkan umatnya beramal dengan ajaran Islam. 
Satu lagi impak yang saling berlawanan akibat gagal memahami Islam dengan baik, iaitu golongan yang melihat Islam hanya sekadar aspek ritual sahaja. Islam mereka cuma sebelah malam bersembahyang di masjid, tetapi kerja-kerja seharian mereka terpisah dengan Islam. Persoalan aurat, batas pergaulan, akhlak dan hukum-hukum lain dilihat terpisah daripada tugas-tugas seharian. Sebab itu masih ada mereka yang mendedahkan tubuh badan tetapi masih mampu berkata bahawa mereka sedang mencari rezeki yang halal. Tanpa mereka sedari perbuatan mereka bukan sahaja bertentangan dengan nas hukum tetapi bertentangan juga dengan semangat syariah yang mahu menjaga kemaslahatan masyarakat. 
Dalam aspek yang lain, kegagalan memahami syariah boleh menyebabkan ada yang cenderung menggunakan akal secara keterlaluan dalam penilaian hukum. Penilaian mereka ini lebih cenderung kepada penggunaan akal semata-mata tanpa merujuk pentafsiran oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Sekali pun mereka mengikuti al-Quran, namun mereka mentafsirkan al-Quran itu berasaskan kepada akal mereka semata-mata tanpa panduan hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Daripada aliran inilah juga lahirnya golongan anti-hadis atau anti-sunah. Golongan ini menolak sunah atau hadis nabi, dengan alasan bahawa sebarang perbuatan atau perkataan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam hanyalah sesuai untuk zaman itu sahaja. 
Wa akhiru da’wana anilhamdulillahi rabbil ‘alamin... 

RUJUKAN. 
i. Al-Quran
ii. As-sunnah
iii. Hj. Yaacob, Md. Akhir (1988). Perlembagaan Islam : Satu Pendekatan Perbandingan. Kuala Lumpur : Al-Rahmaniah (Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia). 
iv. Suhaili, Abdullah (1984). Prinsip-prinsip Isla. Singapore : Bismi Publishers Singapore. 
v. Hashim, Rosnani (2000). Ekonomi dan Pendidikan dari Perspektif Islam. Hulu Kelang, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. 
vi. Meorsaleh. H (1988). Islam Agamaku. Jakarta : Penerbit Kalam Mulia Jakarta. 
vii. Maududi Abul A’la S (1988). Cara Hidup Islam. Jalan Kuda Kepang, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar. 

Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com


Tajuk: Wuduk dan Perkara yang Membatalkannya

BSTRAK
Berwuduk merupakan amalan yang mendasari kesempurnaan ibadah yang pertama sekali dihisab di hari kiamat iaitu ibadah solat. Apabila wuduk seseorang itu tidak sempurna, maka tentunya akan mengurangkan kesempurnaan ibadah solatnya. Bagi orang yang mengubah cara berwuduk tidak sesuai dengan sunnah Rasul, dalam hadis dikatakan bahawa mereka diancam dengan kebinasaan. Melihat kejahilan yang telah melanda kebanyakan umat ini, iaitu kejahilan untuk melaksanakan Al-Islam sesuai dengan sunnah yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita sebagai umat bahagian terkecil merasa tanggungjawab untuk turut menegakkan Ad-Din ini setakat keupayaan yang kita miliki. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam :”Sampaikanlah sunnah dari-ku walaupun satu ayat”. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, wuduk bermksud menggunakan air suci ke atas anggota tubuh tertentu yang telah dijelaskan dan disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala Hukumnya wajib bagi orang yang hendak mengerjakan sembahyang, tawaf, membaca Al-Quran dan sebagainya. Bagi seseorang yang berwuduk, maka dia dapat membersihkan anggota-anggota yang terdedah kepada kekotoran, dapat menyegarkan badan dan seterusnya dapat menenangkan jiwa. Selain itu, wuduk juga dapat membersih kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh anggota-anggota tertentu. Wuduk boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu wuduk wajib dan juga wuduk sunat. Wuduk wajib bagi orang hendak mengerjakan ibadah seperti sembahyang dan membaca Al-Quran. Manalaka wuduk sunat pula bagi orang yang sudah ada wyduk tetapi ingin memperbaharui wuduknya dan lain-lain. Seseorang itu perlu mengetahui rukun-rukun wuduk, syarat sah wuduk serta perkara yang boleh membatalkan wuduk. Secara keseluruhannya, kesempurnaan wuduk itu amatlah penting bagi seseorang yang bergelar muslim. Hal ini kerana berwuduk itu merupakan amalan yang mendasari kesempurnaan ibadat yang paling agung, ibadah yang pertama sekali dihisab di hari kiamat iaitu ibadah solat kerana sesungguhnya solat itu merupakan tiang agama. Apabila wuduk seseorang itu tidak sempurna, maka tentunya akan mengurangkan kesempurnaan ibadah solatnya.

PENDAHULUAN
Hendak sembahyang mesti ada air sembahyang. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda maksudnya “… anak kunci syurga ialah sembahyang, dan anak kunci sembahyang adalah wuduk. Mengambil air sembahyang handaklan secermat mungkin yang boleh, supaya ianya sempurna dan sebaik-baik wuduk”. Rasulullah memerintah umatnya supaya mengambil air sembahyang seelok-elok wuduk. Orang-orang yang menagmbil air sembahyang yang seelok-elok dengan sempurna-sempurnanya. akan gugur segala dosanya bersama-sama dengan titisan air bekas wuduk yang akhir itu. Selain daripada memperelokkan amalan wuduk itu, eloklah juga terlebih dahulu seseorang itu bersugi ataupun memberus gigi pada tiap-tiap kali hendak mengerjakan sembahyang. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda yang bermaksud: “Jikalah tidak menjadi keberatan ke atas umatku, nescaya aku akan suruh mereka bersugi pada setiap kali mahu mengerjakan sembahyang”. Perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Itu nampaknya tidaklah wajib, tetapi jika dikira daru esgi kemanfaatannya adalah terlalu besar. Hal ini kerana seseorang yang berada di dalam sembahyang nanti bererti sedang menyembah Allah dan sedang membaca kalimah-kalimah Allah yang suci dengan penuh khusyuk. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, jika hengak berdepan dengan Allah, kita haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan suci. Maka, mulut yang bersih dan suci adalah sangat perlu. Allah sangat menyukai hambanya yang sentiasa menjaga kebersihan diri. Jika mulut yang busuk adalah menganggu kekhusyukan dalam mengerjakan solat dan juga tidak disukai oleh allah Subhanahu wa ta’ala (Ahmad, Haji Fadzil:1995:32). Berwuduk merupakan amalan yang mendasari kesempurnaan ibadah yang paling agung, iaitu ibadah solat yang mana ia merupakan ibadah yang pertama sekali dihisab di hari kiamat. Apabila wuduk seseorang itu tidak sempurna, maka tentunya akan mengurangkan kesempurnaan ibadah solatnya. Bagi orang yang mengubah cara berwuduk tidak sesuai dengan sunnah Rasul, dalam hadis dikatakan bahawa mereka diancam dengan kebinasaan. Melihat kejahilan ini yang telah melanda kebanyakan umat ini, iaitu kejahilan untuk melaksenakan Al-Islam sesuai mengikut sunnah yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, kita sebagai umat bahagian terkecil merasa tanggungjawab untuk menegakkan Ad-Din ini setakat keupayaan yang kita miliki. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sampaikanlah sunnah dariku walaupun satu ayat”. (Abdul Rahman Asy-Syuwayyib, Fahd:2002:1)

PENGERTIAN WUDUK
Wuduk adalah satu sebab yang mengharuskan sembahyang, kerana tiada sah sembahyang itu dengan ketiadaan wuduk. Maka yang dikehendaki dari wuduk itu ialah dengan membasuh anggota-anggota tertentu pada diri seseorang, dengan air yang suci.

WUDUK MENGIKUT ISTILAH BAHASA
Wuduk: Huruf ‘wau’ diharakatkan dengan dhammah yang bererti kata kerja.
Wuduk: huruf ‘wau’ yang diharakatkan dengan fathah mempunyai pengertian air-nya (air untuk berwuduk) dan juga mashdar (asal-usul kata) atau dua istilah yang mengandungi pengertian sama iaitu: keduanya bermaksud mashdar dan kadangkala bermakna air yang digunakan untuk berwuduk.
Dikatakan: Tawadhdha’tu lishsholah (Aku berwuduk untuk solat) dan tawadhdhoit secara istilah (kolokial).

WUDUK MENGIKUT ISTILAH SYARIAT
Iaitu menggunakan air suci ke atas anggota tubuh tertentu sepertimana yang telah dijelaskan dan disyariatkan Allah Subhanahu wa ta’ala

PENSYARIATAN WUDUK DARI AL-QURAN
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, apabila hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku, dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu sampai kedua mata kaki. ” (Al-Maidah:6)
HUKUM WUDUK
Ia wajib bagi orang yang hendak mengerjakan sembahyang, membaca Al-Quran, tawaf dan sebagainya.

BAHAGIAN-BAHAGIAN WUDUK
Wuduk wajib: Bagi orang yang hendak solat, tawaf, membaca Al-Quran dan sebagainya.
Wuduk sunat: Bagi orang yang hendak memperbaharui wuduknya dan lain-lain.

HIKMAT-HIKMAT WUDUK
Antara hikmat-hikmat wuduk ialah dapat membersih anggota-anggota yang terdedah kepada kekotoran, dapat menyegarkan tubuh badan dan menenangkan jiwa dan dapat membersih kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh anggota- anggota tertentu.

FARDHU DAN RUKUN WUDUK
Antara rukun wuduk yang perlu diikuti oleh setiap umat Islam ialah niat dan lafaznya, “sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala”, membasuh sekelian anggota di bahagian muka, kadarnya dari sempadan telinga kanan hingga sempadan telinga kiri dan dari hujung rambut ke hujung dagu, membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku, menyapu air ke kepala sama ada menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut yang ada di dalam ruangan kepala, membasuh kedua balah kaki hingga ke buku lali, dan akhir sekali tertib iaitu mengerjakan wuduk mengikut susunan tertentu.

SUNAT-SUNAT WUDUK
Sunat bagi orang yang mengambil air sembahyang iaitu sepuluh perkara iaitu membaca Bismillah, membasuh kedua balah tangan hingga ke pergelangan tangan, menggosok gigi, berkumur serta menghisap air ke hidung kemudian mengeluarkannya semula Menyapu air pada keseluruhan kepala dan dua telinga, menyelati anak-anak jari dan tangan serta janggut yang tebal, mendahulukan pihak yang kana dari pihak yang kiri, membasuh anggota-anggota wuduk sebanyak tiga kali, mengadap qiblat dan membaca doa wuduk, serta doa ketika membasuh anggota wuduk.

SYARAT SAH WUDUK
Antara syarat-syarat sah wuduk ialah, orang yang beragama Islam, mumayyiz iaitu kanak-kanak yang sudah tahu membezakan buruk dan baik, suci daripada haid dan nifas, jangan ada sesuatu yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk seperti getah dan lilin, jangan ada sesuatu yang boleh mengubah sifat-sifat air, mengambil wuduk dengan air mutlaq, dan meratai air ke seliruh anggota wuduk.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK
Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk seseorang itu ialah, keluar sesuatu daripada salah satu saluran najis sama ada qubul atau dubur melainkan mani, hilang akal atau sebab mabuk atau sebagainya, tidur dengan ketidaan tetap papan punggungnya di tempat duduk, bersentuh kulit leleki dan perempuan yang bukan muhrim, bersentuh kemaluan dengan tapak tangan, serta murtad iaitu keluar dari agama Islam.

PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA BERWUDUK
Antara perkara-perkara yang makruh ketika berwuduk ialah bercakap-cakap dan melebih-lebih pada menggunakan air.

MASALAH-MASALAH
Antara masalah-masalah dalam wuduk ialah makruh meninggalkan perkara yang sunat dibuat ketika berwuduk tidak batal wuduk jika lelaki bersentuh dengan gigi, rambut atau kuku perempuan kerana anggota-anggota itu tidak dinamakan kulit, disunatkan mengambil wuduk ketika hendak tidur, harus mengesat anggota wuduk jika perlu, perempuan yang sentiasa keluar darah istihadah handaklah mengambil wuduk setiap kali hendak sembahyang, sunat jangan mengesat air bekas wuduk serta bagi orang yang berjanggut nipis hendaklah menyampaikan air ke kulit dagunya.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kesempurnaan wuduk itu amtlah penting bagi seseorang muslim itu. Hal ini kerana berwuduk merupakan amalan yang mendasari kesempurnaan ibadat yang paling agung, ibadah yang pertama dihisab di hari kiamat iaitu ibadat solat. Apabila wuduk seseorang tidak sempurna maka tentunya akan mengurangkan kesempurnaan ibadat solatnya. Bagi mereka yang mengubah cara berwuduk tidak sesuai dengan sunnah Rasul, dalam hadis dikatakan bahawa mereka diancam dengan kebinasaan. Oleh itu, berwuduk itu merupakan kewajipan bagi seseorang tang mahu menunaikan solat, tawaf dan sebagainya. Dalam riwayat dari Abu Hurairah, beliau berkata:asulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda tidak akan diterima solat seseorang yang berhadas sehinggalah dia berwuduk. Jika seseorang itu mahu berwuduk, dia haruslah mengetahui cara-cara untuk berwuduk. Terdapat enam rukun wuduk yang telah diriwayatkan dari sayidina Usman Bin Affan radhiallahu ‘anhu:Riwayat dari Humran, beliau berkata:Sayidina Usman bin Affan telah meminta air untuk berwudhuk, setelah memperolehi eir beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur seta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu dia membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan. Kemudian menyapu kepalanya kemudian membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri sama seperti membasuh kaki kanannya. Di samping rukun rukun berwuduk terdapat juga beberapa perkara sunat yang membuatkan wuduk itu lebih baik, antaranya ialah membaca bismillah, menghadap kiblat, membasuh dua tangan, berkumur–kumur, membasuh hidung, membasuh keseluruhan kepala, telinga, menyelat-nyelat anak jari tangan dan kaki, menyelat janggut yang tebal, mendahulukan yang kanan, meniga-nigakan, berturut-turut, dan membaca doa wuduk. Namun begitu terdapat juga perkara yang boleh membatalkan wuduk. Antaranya keluar sesuatu dari qubul atau dubur melainkan mani, tidur yang tiada tetap, hilang akal dengan sebab tidur, mabuk, pitam, gila dan seumpamanya, bersentuh kulit lelaki dan kulit perempuan dan menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan. Oleh itu marilah sama-sama kita menjaga kesempurnaan wuduk kita supaya solat kita juga mendapat keredhaan dari Allah Subhanahu wa ta’ala

RUJUKAN
1. Abdul Wajid, Hambali (2002). 357 Hadis Bukhari-Muslim Menuju Kesempurnaan Solat, Jilid 1, Kuala Lumpur, jasmine Enterprise, 283.
2. Abdullah Baldram Ali Baldram, Syeikh Ali. Tuntutan Ibadat (Perukunan Ibadat Sepanjang Zaman), Percetakan Pustaka Muda, Ipoh, Pustaka Muda, 182.
3. Fahd, Abdul Rahman Asy-Syuwayyib (2002). Kaedah Wuduk dan Solat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, Jilid 1, Gais Umar Bawazier, Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur, Pustaka Syuhada, 71.
4. Haji Ahmad, Haji Fadzil (1995). Hidup Ibadat (Edisi Tambahan), Jilid 4, Shahab Perdana, Jalan Sultanah Sambungan, Mergong, Darul ‘Ulum, 156.
5. Haji Alias, Haji Johari (1997). Panduan Lengkap Ibadat Solat (Lelaki dan Wanita Bergambar), Jilid 4, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Darul Nu’man, 223.

Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com


Tajuk: Nilai Akidah, Nilai Syariat, Nilai Ibadah Dan Nilai Akhlak

ABSTRAK
Setiap muslim mempunyai kewajipan tertentu sama ada terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Kewajipan ini sudah digariskan dalam oleh islam di dalam al-Quran. Timbulnya kesedaran ini adalah hasil keimanan kita kepada Allah. Terdapat empat teras kewajipan untuk menjadi muslim yang baik. Pertama adalah akidah atau usuluddin. bidang akidah membincangkan tiga sudut besar iaitu ketuhanan, kerasulan dan assamiyat. Teras kedua adalah ibadat. Merupakan salah satu tonggak yang paling penting di dalam hidup kita. Ibadat adalah antara jalan yang boleh digunakan untuk mencari bekalan ke akhirat. Teras ketiga adalah nilai syariat. Juga dikenali sebagai feqah, tasauf dan tauhid. Syriat ini merupakan cara hidup setiap insane yang mengaku muslim. Teras keempat adalah akhlak. Teras ini adalah bidang penghayatan hasil cetusan kepercayaan dan keimanan kita kepada Allah, Rasul dan assamiyat serta kepatuhan kita terhadap undang-undang yang telah digariskan oleh syariat sebagai bukti kita seorang muslim. Perlaksanaan dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip keimanan dan peraturan syariat adalah merupakan tanggungjawab yang wajib kita lakukan semasa hidup di dunia iaitu tanggungjawab terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, jiran tetangga dan Negara. Seperti di dalam firman Allah yg bermaksud, “ sesiapa yang ingin bertemu dengan tuhannya hendaklah melakukan amalan soleh dan jangan sesekali mensyirikkan Allah dengan sesuatu”. (Al-Kahfi:110) (Mohd Ali Abu Bakar, 2000:232). Jika hasrat ini tercapai bererti kita telah melaksanakan suruhan Allah dan rela bertemu Allah pada bila-bila masa sahaja untuk melaporkan segala kegiatan dan aktiviti kita semasa di dunia.

PENDAHULUAN
Setiap muslim mempunyai kewajipan yang tertentu sama ada terhadap dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. kewajipan ini sudah digariskan oleh islam di dalam al-Quran sejak lahirnya manusia kealam dunia kerana kewajipan-kewajipan ini lah yang akan menentukan masa depan mereka sama ada cerah diakhiri dengan kebahagiaan hidup di dunia dan kenikmatan dan keseronokan hidup di akhirat atau masa depan yang gelap dengan mengakhiri penutup tirai kehidupan dunia yang buruk dengan kemuraman dan kesengsaraan serta penderitaan tidak berpenghujung sama ada di alam barzakh (alam kubur) atau akhirat. Timbulnya kesedaran kewajipan ini adalah lahir daripada keimanan kepada Allah adalah sebatian naluri manusia sejak manusia lahir ke dunia ini sama ada mereka beriman kepada Allah menjadi seorang muslim atau tidak, masih tinggal kekufuran kepada Allah dengan menjadi warganegara bukan islam. Terdapat empat bahagian dalam teras kewajipan seorang muslim. Teras pertama ialah akidah dimana sifat ketuhanan, kerasulan dan assamiyat yang tidak boleh diragui. Teras kedua adalah ibadat. Ibadat terdiri di dalam rukun islam iaitu, mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa, berzakat dan haji. Teras ketiga adalah syariat yang terdiri daripada ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, dan siasah. Antaranya tanggungjawab terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, jiran, dan masyarakat serta negara.

2. 1 NILAI AKIDAH
Kita hendaklah menyedari bahawa nikmat yang agung ialah iman dan islam. Kita akan menjadi mulia sekiranya bertakwa kepada Allah. Kemewahan dan kesempurnaan fizikal juga penting bagi menentukan taraf hidup umat supaya dihormati oleh orang lain seperti sabda nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ” hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran”. (Aminah bt Idris, 2002:35).
Iman merupakan anugerah Allah kepada manusia. Iman dari segi bahasa ialah percaya. Menurut ahli sunnah wajama’ah iman ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota. Setiap mukmin hendaklah membuktikan keimanna dengan mematuhi semua perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya seperti menunaikan solat lima waktu, berpuasa dan menuntut ilmu yang berfaedah. (Aminah bt Idris, 2002: 73).
Al- Bazzar meriwayatkan dari Ibnu Umar r. a, bahawa Rasullulah bersabda: “ lima perkara dari bahagian iman, barabg siapa yang tidak mempunyai sesuatu pun darinya maka ia tidak mempunyai iman, menyerah kepada perintah Allah, redha dengan qada Allah, dan bersabar di kala musibah yang sangat keras. ”. (DRS Abd GhaniAzmi Bin Hj Idris, 2006:225). Hadith ini telah menunjukkan antara ciri-ciri orang yang beriman.
Terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan iman. Pertama ialah syirik. Syirik ialah perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al nya. Ia berlaku melalui pemujaan, penyembahan dan sebagainya selain Allah. Terdapat dua bahagian syirik iaitu syirik jali dan syirik khafi. Syirik jali ialah perlakuan syirik secara terang-terangan. Contohnya seperti menyembah patung dan berhala, menyembah bulan dan matahari dan sebagainya. akibat perbuatan ini adalah ianya akan merosakkan akidah kerana dalam diri individu tersebut tidak percaya akan kekuasaan Allah SWT yang berkuasa ke atas segalanya. (Aminah Bt Idris, 2002:74)
Syirirk kedua adalah syirik khafi iaitu syirik yang tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutamanya dalam ibadah. Antara contohnya ialah riak iaitu menunjuk-nunjuk kehebatan diri, ’ujub iaitu mengagumi diri sendiri dan sebagainya. Akibat mengamalkan syirik ini adalah seseorang itu akan dibenci masyarakat, hilang kawan dan sifat sukar menerima pendapat orang lain.
Perkara kedua yang boelh membatalkan akidah ialah kufur. Kufur ertinya tidak percaya kepada Allah SWT serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad SAW. orang yang melakukan perbuatan ini digelar kafir. Orang kafir dilaknat Allah dan mereka berada dalam kemurkaan Allah. Firman Allah dalam surah Muhammad 47: ayat 8-9 yang bermaksud, “ dan mereka yang kafir, maka celakalah bagi mereka dan Allah mensia-siakan amalan mereka. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka membenci apa yang diturunkan oleh Allah (al-Quran) lalu Allah membatalkan amalan mereka.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kekufuran. Antaranya adalah pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala. Selain itu, seseorang individu akan mudah terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan.
Perkara ketiga yang boleh membatalkan iman adalah riddah. Riddah ertinya berpaling atau keluar daripada agama islam. Orang yang keluar dari agama islam dihukum sebagai murtad. Perbuatan ini sangat dilarang sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran, firman Allah yang bermaksud “dan sesiapa antara kamu murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka rosaklah amalan (yang baik) di dunia dan di akhiratmereka itu ahli neraka mereka kekal selamanya- surah al-Baqarah 2:ayat 217. (Aminah Bt Idris, 2002:76) ”.
Seseorang itu boleh menjadi murtad dengan tiga cara iaitu iktikad, perkataan, dan perbuatan. Bagi iktikad, seseorang individu yang beragama islam itu berniat hendak tinggalkan agama islam. Melalui perkataan pula, individu yang beragama islam telah mengisytiharkan dirinya keluar dari agama islam. Terdapat beberapa perkara yang membawa kepada riddah. Antaranya seseorang individu tidak dapat bimbingan dan perhatian selepas memeluk agama Islam masih mentah dan perlu bimbingan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan kepercayaan terhadap islam. Antara sebab lain adalah mudah terpengaruh dengan agama lain. Pelbagai ajaran agama-agama lain seperti yang diamalkan agama kristian yang mana setiap dosa yang dilakukan boleh ditebus dengan hanya menbayar sejumlah wang kepada paderi di gereja. Bagi umat islam yang masih lemah pegangan akidahnya dan jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam akan menyebabkan mudah terpengaruh. Ada hadis menyatakan “ sesiapa yang menukar agamanya (islam), maka bunuhlah “, riwayat muslim.
Perkara keempat ialah sihir. Sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia seperti dalam firman Allah yang bermaksud “dan sebenarnya nabi sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi syaitan itulah yang kufur, merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir. ” Sihir sering digunakan bagi tujuan tertentu seperti memecah belahkan pasangan suami isteri dan mendatangkan pemyakit fizikal atau mental kepada mangsanya. Ada sesetengahnya pula mengamalkan sihir dengan tujuan riak dan takbur seperti memiliki kekuatan luar biasa dan kelihatan cantik. Sihir akan menyebabkan umat islam hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan. Ahli sihir pula akn menjadi lebih takbur dan berani melakuakn kezaliman terhadap orang lain. Secara konklusinya, kita mesti mengawal diri daripada sihir dengan beriman sepenuhnya dengan kekuasaan Allah dan sentiasa berdoa dijauhkan daripada terkena sihir.
Nifak merupakan salah satu daripada perbuatan yang boleh menjejaskan akidah. Nifak ialah berpura-pura melahirkan keimanan kepada Allah sedangkan hati tetap kufur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. orang yang mengamalkan sifat ini digelar munafik. Orang munafik ini boleh dikenalpasti melalui penjelasan ayat berikut daripada surah al-baqarah 2:ayat 8 yang bermaksud mereka mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat sedangkan sebenarnya mereka tidak beriman. Nifak dari sudut sifat dapat dikenali berdasarkan hadis riwayat al-bukhari yang menbawa maksud, “ Abdullah Bin Umar bin al’as R. A meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda “ sesiapa yang ada padanya empat sifat tersebut, jadilah dia seorang yang benar-benar munafik. Sesiapa yang ada padanya satu daripadanya bererti dia ada satu sifat munafik sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berdusta, apabila diberikan amanah dia khianati, apabila berjanji dia memungkirinya dan apabila bertengkar dia melampaui batas”. Ini akan menyebabkan anda hilang sikap percaya mempercayai dalam masyarakat, individu yang digelar munafik ini tidak semestinya tidak akan mendapat ketenangan di dunia dan di akhirat kerana golongan seperti ini telah menghancurkan kekuatan agama islam. (Aminah Bt Idris, 2002:82). Golongan ini akan bersama orang islam ketika islam berada dalam kekuatan tetapi apabila orang islam lemah, mereka akan menjadi musuh dan menindas orang islam tanpa mempunyai rasa belas kasihan dan berperikemanusiaan.
2. 2 NILAI SYARIAH
Syariah adalah satu peraturan dan undang-undang yang merupakan prinsip utama untuk membentuk manusia menjadi hamba Allah yang soleh dapat melaksanakan hubungan sebagai khalifah Allah semasa hidup di dunia ini. syariat ini juga dipanggil islam jika dilihat dari pembahagian iman, islam, dan ihsan. Ianya juga dikenali sebagai fekah andainya ditinjau dari sudut hokum iaitu tauhid, feqah dan tasauf. Syariat ini juga merupakan cara hidup setiap insan yang mengaku muslim. Terdapat beberapa bidang yang berkait rapat dengan bidang syariah. (nilai ibadah akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam nilai ibadah. )
Pertama ialah bidang muamalat. Merupakan bidang syariah yang dituntut dalam islam. Muamalat merupakan ibadah dalam bentuk umum di mana segala aktiviti yang kita lakukan setiap hari baik dalam perhubungan, pengurusan dan pentadbiran atau pun dalam lapangan ekonomi, politik dan sosial adalah merupakan ibadah sekiranya kita lakukan semua itu kerana Allah dan mengikut garis panduan yang ditetapkan di dalam islam. Umat islam adalah umat yang produktif yang dapat membina ketamadunan manusia di alam ini. Allah telah menghalalkan urusan jual beli dan mengharamkan riba (al-Baqarah: 275). Dan dalam ayat lain dalam firman Allah, “wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta antara kamu secara bathil (haram) melainkan perniagaan yang kamu redhai sesama kamu, ” (an-Nisa;29).
Apabila kita membicarakan tentang muamalat terdapat beberapa istilah urusniaga yang akan terjumpa. Pertama ialah jual beli iaitu pertukaran harta dengan harta. Kedua adalah wadiah iaitu akad yang berlaku antara tuan punya barang dengan penyimpanan barang terhadap barang yang hendak disimpan serta menyimpan harta, wang, dokumen, sijil dan barang yang bernilai di sisi syarak. Ketiga adalah mudharabah iaitu akad terhadap satu jenis perkongsian antara tuan punya modal di satu pihak dengan pengusaha atau orang yang melakukan usaha di pihak lain. Keempat adalah murabahah iaitu menjual sesuatu barang dengan harga modal yang ditambah untuk sekadar dipersetujui. Antara lainnya seperti bai bithaman ajil, Qardhul Hassan, kafalah, al-rahnu dan sebagainya.
Bidang seterusnya adalah munakahat. Setelah seseorang itu mendapat pekerjaan atau mempunyai sumber ekonomi yang kukuh, tetap atau teguh serta mempunyai keinginan kepada pasangan hidup, maka syariat telah menentukan cara-cara untuk mendirikan rumah tangga yang dipanggil munakahat atau perkahwinan. Perkahwinan ialah suatu ikatan yang terjalin antara lelaki dan perempuan melalui akad yang sah untuk hidup bersama, tolong-menolong dan menunaikan naluri seks secara halal untuk membentuk keluarga bahagia. Islam telah mengatur cara hidup dalam keluarga dari mula meminang lagi hingga menjelaskan perkara-perkara yang menjadi kewajipan suami isteri mengetahui seperti berikut :
 (a) Meminang
~ setiap orang lelaki diberi kebebasan untuk memilih bakal isterinya untuk dijadikan teman hidup dengan cara meninjau dan merisik dan apabila bersetuju masuk meminangnya.
 (b) Nikah atau berkahwin
~ setelah bersetuju antara pengantin lelaki dan perempuan untuk berkahwin maka mereka diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di rumah oengantin perempuan dengan mematuhi rukun-rukun.
Tujuan perkahwinan mengikut syariat Islam mempunyai hikmah yang sangat banyak. Antaranya dapat memupuk kasih sayang antara suami dan isteri yang emlahirkan rasa tanggungjawab melaksanakan tugas hidup bersam-sama. sebagaiman firman Allah, “ dan antara tanda-tanda kebesaran Allah dia menjadikan pasangan kamu dari kamu sendiri untuk ketenangan jiwa dan menjadikan antara kamu kasih sayang dan belas kasihan”. (al-Zumar:21). Selain itu dapat mengekalkan zuriat manusia yang bersih sebagaimana firman Allah Subhanahu wa ta’ala, “ dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri berpasang-pasangan (isteri) dan dijadikan daripada pasangan kamu itu anak-anak serta cucu cicit serta dikurniakan kepada kamu benda-benda yang baik lagi halal. (al-Nahl:72) ”
Bidang seterusnya adalah jinayah. Untuk menjaga kestabilan politik dan keamanan sesebuah Negara maka syariat telah menentukan satu bahagian daripada perundangan islam yang dinamakan jinayah dan hudud. Dalam kedua-dua bidang ini diterangkan denda dan had atau hukuman terhadap orang yang melakukan pertumpahan darah dan sebagainya. Terdapat 3 bentuk kesalahan. Pertama adalah kesalahan-kesalahan yang hukumnya telah ditetapkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang dipanggil kesalahan hudud. Kedua ialah kesalahan-kesalahan yang tertakluk kepada qisas yang telah ditetapkan dalam al-quran dan hadis dipanggil kesalahan qisas. Ketiga ialah kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan di atas, tetapi hukumannya diserahkan kepada budi bicara badan perundangan yang dinamakan kesalahan ta’zir. (mohd Ali Abu Bakar, 2000:146).
2. 3 NILAI IBADAH
Di dalam syariat islam, semua perlaksanaan tanggungjawab seseorang itu terhadap tuntutan islam sama ada dalam bidang ibadat, muamalat dan sebagainya, semuanya mendapat pahala daripada Allah mengikut setakat mana keikhlasan anda menunaikan ibadah tersebut.
Solat merupakan rukun penting dan utama dalam syariat islam. Tanpa solat, ibadat-ibadat lain tidak diterima Allah. Solat juga sebagai pemisah antara iman dengan kufur kerana tanda iman seseorang itu adalah mendirikan solat dan tanda kufur adalah meninggalkkan solat. ibadat solat ibarat penghubung antara hamba dengan Allah kerana semasa bersolat kita sedang bercakap dan berdialog dengan Allah. Seseorang yang menjaga solatnya dengan baik bererti dia telah berjaya menghayati hidup ini dengan saksama kerana solat mengajar cara menguruskan masa.
Kedua adalah ibadah puasa. Kewajipan berpuasa di bulan ramadhan adalah untuk membentuk manusia yang bertakwa kepada Allah baik dari segi emosi, intelek dan sebagainya. Ibadah puasa merupakan satu proses pencernaan kepada tubuh badan manusia, segala lemak, gula dan bahan perosak akan hancur dan diganti dengan protein, tenaga, karbohidrat dan sel-sel yang baru bertenaga akan muncul. segala sifat mahmudah atau sifat terpuji serta rasa tanggungjawab dan setia kawan akan wujud di kalangan orang berpuasa.
Ketiga ialah zakat. zakat merupakan sumber ekonomi yang menjadi nadi penggerak kepada pembangunan dan kemajuan ummah. Zakat juga telah diinstitusikan dengan baik akan mampu mengatasi kemiskinan rakyat seperti yang berlaku semasa pemerintahan khulafa al-rasyidin dan khalifah umar dimana tidak ada orang miskin dan yang layak menerima zakat. Zakat yang mampu memantapkan dan menstabilkan ekonomi Negara. Orang yang enggan mengeluarkan zakat dipandang sebagai orang yang berjenayah kepada islam dan dia adalah musuh Allah dan masyarakat, sebagaimana yang di faham dari hadith Rasul yang menyatakan, ” bahawa tidak menegah sesuatu kaum akan zakat melainkan akan dicegah turunnya hujan dari langit, dan kalaulah tidak kerana binatang-binatang tidaklah dihujani mereka terus-menerus”. (al-ustadh Mustafa, 2001:123).
Keempat ialah ibadah haji. ibadah haji pula merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba kepada Allah setelah mereka mempunyai kekuatan tubuh, mental, emosi dan jiwa menerusi perlaksanaan ibadah-ibadah yang lalu. Ibadat haji memerlukan seseorang itu berkorban jiwa dan raga, masa dan tenaga, wang dan apa sahaja yang ada pada diri sendiri semata-mata menghayati seruan Allah. Haji hendaklah dilakukan dengan cara yang baik dan jangan melakukan sekadar mendapatkan namanya sahaja sedangkan pahalanya adalah kosong belaka. Rasul ada menyatakan, ” bahawa haji yang baik (mabrur) tidak ada balasannya melainkan syurga”, (al-ustadh Mustafa, 2001:124).
2. 4 NILAI AKHLAK
Perlaksanaan dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip keimanan dan peraturan syariat adalah merupakan tanggungjawab yang wajib kita lakukan semasa hidup di dunia ini dan bolehlah dibahagikan tanggungjawab tersebut kepada beberapa bahagian.
Pertama adalah tanggungjawab kepada Allah. Setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah hendaklah melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya dan sentiasa berbakti kepada Allah. Sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud, “tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku. Aku tidak meminta apa-apa sumbangan makanan daripada mereka, sesungguhnya Allah lah pemberi rezeki yang mempunyai perbendaharaan yang kukuh”. (al-Zariyat:56) (mohd ali abu bakar, 2000:187). Jika hendak dikira nikmat dan kemudahan yang disediakan Allah kepada manusia, nescaya manusia tidak dapat membalasnya walaupun sebanyak mana bakti yang dilakukan.
Kedua ialah tanggungjawab untuk diri sendiri. Firman Allah, “sesungguhnya kami muliakan anak Adam (manusia) dan kami tanggungkan mereka di daratan dan dilautan dan kami rezekikan mereka makanan yang baik-baik dan kami lebihkan (tinggikan darjat) mereka daripada makhluk-makhluk lain yang beberapa kelebihan (al-Isra’:70). Dalam ayat ini al-quran menjelaskan bahawa manusia diberikan kemuliaan oleh Allah dengan kemudahan di darat dan di laut yang berupa kenderaan bagi kemudahan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain. (mohd ali abu bakar, 2000:188).
Ketiga adalah tanggungjawab terhadap keluarga. Al-quran banyak mengingatkan kita terhadap anak dan isteri ini antaranya, firman Allah Subhanahu wa ta’ala, “ wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka. ” (Al-Tahrin:6) (mohd ali abu bakar, 2002:212). Terdapat beberapa ciri yang boleh dilaksanakan bagi mewujudkan sesebuah keluarga yang bahagia. Antaranya mewujudkan suasana rumah tangga yang aman, jadikanlah rumah sebagai tempat kediaman, ketenangan, dan pembentukan keluarga bahagia. Selain itu, sentiasa jalinkan ikatan kemesraan, kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak di dalam keluarga. Yang utama adalah didiklah anak dengan didikan agama, kerana didikan agama yang akan membentuk mereka ke arah tahu tanggungjawab diri dan hidup.
Keempat ialah tanggungjawab terhadap Negara. Setiap muslim yang lahir dan tinggal di dalam sesebuah Negara, dia akan cinta kepada negaranya. Oleh kerana Negara merupakan amanah Allah untuk perlaksanaan syariatnya di muka bumi ini, maka kita berkewajipan melaksanakan syariat tersebut dalam semua bidang dan lapangan kehidupan. Jihad adalah berjuang untuk menegakan kalimah Allah di muka bumi ini Sama ada dengan jiwa raga atau dengan kekuatan dan senjata. Untuk menjamin dakwah islamiah dapat bergerak dengan bebas dan menjadi nadi kepada tegaknya Daulah Islamiah maka islam telah mensyariatkan kewajipan jihad. Kepentingan jihad kepada manusia adalah jelas sekali kerana ia bukan sahaja perisai keselamatan kepada agama islam tetapi juga dapat menyelamatkan jiwa dan tubuh manusia dari perosak dalaman. Rasullullah SAW pernah menerangkan kepada para sahabat tentang pentingnya jihad iaitu sabda baginda yang bermaksud, “ pokok sesuatu itu adalah islam, tiangnya sembahyang, dan perisai keselamatan adalah jihad”. (Hadis riwayat al-Bukhari) (Mohd ali abu bakar, 2000:224).

KESIMPULAN
Kita berjaya memahami erti islam sebenar melalui nilai akidah, syariat, ibadat dan akhlak. Akidah yang dipanggil tauhid itu merupakan tapak asas untuk bergerak melakukan sesuatu perbuatan dan perlakuan. Akidah juga sebagai penilai untuk menentukan kukuhnya pegangan seseorang. Syariat pula dipanggil feqah. Syariat islam direka cipta oleh Allah untuk kepentingan manusia melalui para rasulnya yang diutus khas oleh Allah yang telah dirakam di dalam al quran dan al-hadith. Nilai ibadat merupakan salah satu syariat yang dituntut dalam islam. Hadis yang diriwayatkan Muhammad bin Nashr yang bermaksud, “islam dibangunkan atas lima tiang dan seterusnya, ”. Hadis tersebut bermaksud penyerupaan Islam dengan bangunan dan tiang. Jika roboh tiang itu, diibaratkan dengan robohnya agama yang agung ini. (ibnu rajab, 2000:91). Seseorang yang menjaga solatnya dengan baikbererti dia telah Berjaya menghayati hidup ini dengan saksama kerana solat mengajar cara mereka mengguruskan masa. Akhlak pula dikenali dengan tasauf atau ehsan adalah menjadi tunjang dalam teras kehidupan manusia kerana segala prinsip dan peraturan serta undang-undang yang ada dalam syariat perlu dilaksanakan. Seperti dalam firman Allah “ sesiapa yang ingin bertemu dengan tuhannya hendaklah melakukan amal soleh dan jangan sesekali mensyirikkan Allah dengan sesuatu”. Peluang untuk melakukan amal soleh kepada Allah terbentang luas. Patuh dan taatlah segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Segala rintangan dan halangan yang cuba menggoda kita daripada melakukan syariat Allah hendaklah dibanteras melalui jihad. Jika hasrat ini tercapai bererti kita telah melaksanakan suruhan Allah dan rela bertemu dengan Allah pada bila-bila masa sahaja.

RUJUKAN

1. Aminah Bt Idris (2002), Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4, Jalan Pencala, Petaling Jaya, Selangor; Altimat Perin Sdn Bhd
2. DRS Abd Ghani Azmi Bin Hj. Idris (2006), Jilid 2 ; Himpunan Hadith-Hadith Maudhu Jilid 2; Jalan Ipoh Kecil, Kuala Lumpur; Al-Hidayah Publishers
3. Mohd Ali Abu Bakar (2000) ; Kewajipan Muslim, Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu Kelantan ; Syarikat Jaafar Rawas
4. Ibnu Rajab (2002) ; Panduan Ilmu Dan Hikmah Jami’ Ul-Ulum Wal-Hikam ; Jakarta Timur; Darul Falah
5. Al-Ustadh Mustafa Abdul Rahman (2001) ; Hadith Empat Puluh (Terjemahan Dan Syarahnya) ; Jalan Kuda Kepang, Selangor ; Dewan Pustaka Fajar (DPF)
6. KH. Adib Bisri Musthofa (1994), Tarjamah Shahih Muslim; Kuala Lumpur; Victory Agencie

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Ibadah Puasa Dari Sudut Sains

ABSTRAK
Puasa pada bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ pula, puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang boleh membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari. Puasa terbahagi kepada tiga hukum iaitu puasa wajib, puasa sunat, dan puasa haram. Allah (Subhanahu wa ta’ala) berfirman di dalam Al-Quran tentang kewajipan puasa kepada umat islam. Firman itu menyatakan ertinya “hai orang-orang beriman, telah diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (Al-Baqarah–153). Kewajipan berpuasa selama sebulan itu ternyata membawa pengaruh kesihatan kepada mereka yang melakukannya. Dengan kewajipan tersebut, puasa tidak hanya mengandungi satu ibadat yang diwajibkan malahan memiliki faedah yang banyak termasuk juga untuk kesihatan. Antara faedah puasa untuk kesihatan adalah, puasa dapat mengubati penyakit kulit. Selain itu, puasa juga dapat menyihatkan jiwa, jantung dan juga badan. Tanpa disedari, puasa juga telah membentuk akhlak yang baik sertamenjadikan peribadi yang mulia selaras dengan pembangunan modal insane yang giat dijalankan di negara kita. Puasa juga dapat mengurangkan ataupun dengan erti kata lain dapat menyembuhkan penyakit jantung. Tidak hairanlah jika sekarang ini ramai pakar-pakar pesakit jantung mencadangkan kepada pesakit yang menghidapi sakit jantung supaya berpuasa supaya simtom ini dapat dikurangkan ataupun dapat menyembuhkan diri daripada penyakit ini. InsyaAllah dengan izin Allah penyakit ini dapat diubati dengan berpuasa. Sesungguhnya, puasa itu mempunyai hikmah dan juga faedah yang nyata dan telah diterangkan di dalam Al-Quran serta hadis_hadis nabi. Kita perlu beringat bahawa puasa bukanlah sekadar masa untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja tetapi dengan secara tidak langsung puasa juga dapat mengekalkan kecerdasan dan juga menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, puasa itu memberikan kita banyak faedah dan juga kebaikan kepada kehidupan kita seharian. Oleh itu, marilah melakukan amalan puasa kerana puasa bukan sahaja mendatangkan pahala dan keberkatan daripada Allah (Subhanahu wa ta’ala) sahaja malah memberi banyak kesan kebaikan kepada diri sama ada dari segi fizikal mahupun mental.

PENDAHULUAN
Puasa pada bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ pula, puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum untuk suatu jangka tertentu. Dengan erti kata lain, puasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara yang boleh membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari. Umat islam dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata kesat ataupun melakukan perkara lagha (sia-sia) serta bertengkar mahupun bergaduh sesama manusia. Hal ini kerana, puasa merupakan medan latihan untuk memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesame insane yang bernama manusia. Secara tidak langsung, amalan puasa akan menanam serta menyuburkan sikap murni di dalam diri kita. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini dipraktikkan terus dalam diri agar kehidupan seharian menjadi lebih bertamadun. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara lagha (sia-sia) dan juga perkara-perkara yang tidak disukai dan diredhai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala.
Puasa terbahagi kepada tiga hukum iaitu puasa wajib, puasa sunat, dan puasa haram. Puasa wajib adalah puasa di bulan ramadhan yang merupakan rukun islam yang kelima dimana semua umat islam di pelosok dunia wajib berpuasa pada bulan ini sebelum menyambut satu syawal iaitu hari kemenangan bagi umat islam atau dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri. Selain daripada puasa di bulan ramadhan, puasa nazar juga adalah puasa wajib. Puasa nazar adalah puasa dimana apabila seseorang itu bernazar untuk berpuasa, maka wajiblah baginya untuk menunaikan nazar itu dengan berpuasa selama beberapa hari mengikut nazarnya. Puasa sunat pula adalah puasa yang disunatkan keatas umat islam pada masa tertentu seperti puasa enam hari pada bulan syawal dan juga puasa pada hari isnin dan khamis. Sesiapa yang menunaikan puasa ini akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Puasa haram pula merupakan puasa yang diharamkan kepada umat islam pada hari-hari tertentu. Contoh puasa haram adalah puasa pada Hari Raya AidilFitri, puasa pada Hari Raya AidilAdha dan juga puasa sepanjang tahun.

Lumrahnya kita kurang faham tentang tatacara puasa yang boleh mendatangkan faedah kepada kesihatan kerana terlalu biasa dengan cara tertentu yang menjadi budaya masyarakat. Amalan puasa yang diwarisi sejak turun-temurun ini bukan sahaja tidak memenuhi kaifiat puasa, malah ianya akan mengurangkan pahala puasa dan boleh mendatangkan mudharat kepada orang yang berbuat demikian.
Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan dan toksin adalah kearah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kuantiti yang melebihi keperluan badan akan menyebabkan terkumpulnya bahan-bahan simpanan yang disimpan sebagai lemak. Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan buangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan didalam lemak. Oleh itu sewaktu kita tidak berpuasa, proses membakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga turut akan tergendala.
Berlainan pula semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar. Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain.
Allah (Subhanahu wa ta’ala) berfirman di dalam Al-Quran tentang kewajipan berpuasa kepada umat islam. Firman itu menyatakan ertinya “ wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah – 183). Berpandukan firman Allah ini, ternyatalah bahawa terdapat banyak faedah puasa yang diberikan kepada umat manusia oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala) sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Jika difikirkan secara logik, jika puasa tidak memberikan faedah kepada kita mengapakah Allah menyuruh kita berpuasa. Hal ini menunjukkan bahawa puasa itu memberikan banyak faedah kepada umat manusia.
Kewajipan berpuasa selama sebulan itu ternyata membawa pengaruh kesihatan kepada mereka yang melakukannya. Dengan demikian kewajipan tersebut, puasa tidak mengundang hanya satu ibadah yang diwajibkan keatas umat islam malahan memiliki faedah yang banyak termasuk kesihatan. Tanpa disedari, dengan berpuasa, ia dapat menyehatkan jiwa, jantung dan badan.
Menurut kajian, faedah lain bagi puasa adalah, puasa dapat mengubati penyakit kulit. Dr. Muhammad Zawahiry, seorang pakar penyakit kulit menyatakan bahawa “hubungan antara makanan dengan penyakit kulit amat erat sekali”. Tidak makan atau minum dalam suatu suatu waktu dapat mengurangkan air dalam tubuh dan darah dan seterusnya mengurangkan air dalam kulit, kuman dan basil. Kurangnya air dalam kulit juga dapat mengurangi ketegangan penyakit-penyakit yang ada dalam tubuh. Tidak menghairankan lagi apabila banyak pakar penyakit kulit menjadikan puasa sebagai alternatif untuk terapi utama untuk mengubati penyakit kulit. Bukan hanya di negara-negara islam sahaja yang menggunakan alternatif ini malahan negara-negara eropah juga menggunakan alternatif sama untuk mengubati penyakit kulit.
Selain daripada itu, puasa juga dapat membentuk akhlak yang baik serta peribadi yang mulia. Amatlah jelas bahawa puasa adalah suatu masa untuk mendidik akhlak. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berpesan kepada orang yang berpuasa supaya sentiasa menahan perasaannya. Sebagai contoh, perokok tegar dapat mengambil kesempatan di bulan ramadhan untuk meninggalkan tabiat merokok. Secara tidak langsung, perokok telah membentuk akhlak dan peribadi mereka supaya bersabar serta melawan keinginan untuk merokok di bulan puasa dan seterusnya mendatangkan pulangan yang baik kepada diri sendiri.
Selain itu, puasa juga dapat mengurangkan atau menyembuhkan penyakit jantung. Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Mohd Syauk iaitu seorang pakar penyakit dalam menyatakan bahawa tekanan darah tinggi biasanya menurun apabila penderita penyakit jantung berpuasa. Sudah kita ketahui bahawa jenis makanan yang kita makan mempunyai hubungan erat dengan meningkatnya tekanan darah, terutamanya garam dan makanan yang berlemak tinggi. Hal ini jelaslah bahawa puasa dapat mengurangkan penderitaan penyakit jantung.
Seterusnya, puasa bukan sahaja dapat membentuk peribadi malahan juga kesihatan. Hal ini kerana puasa dapat melatih kita supaya bersabar disamping menahan diri dari melakukan perkara- perkara keji. Puasa memanglah teruk tetapi dari situlah timbulnya sifat sabar dan cekal hati untuk mengatasinya. Selain daripada itu, puasa sebenarnya dapat menyihatkan badan kerana ia merehatkan maidah yang berkerja sepanjang tahun.
Menurut hadis yang member maksud “ daripada Abu Qatadah r. a, sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang puasa hari arafah, baginda bersabda, ‘ia menghapuskan dosa-dosa tahun laludan tahun yang akan datang’ ”. daripada hadis ini, jelaslah bahawa dengan berpuasa, Allah (Subhanahu wa ta’ala) memberi kita balasan yang baik serta menghapuskan dosa-dosa kita. oleh hal yang demikian, secara logiknya, sememangnya puasa member kita banyak faedah kebaikan seluruh kehidupan kita.

KESIMPULAN

Bulan puasa bukanlah sekadar masa untuk menahan lapar dan dahaga atau untuk meninggalkan kesenangan jasmaniah sahaja malahan juga untuk menjaga kesihatan diri. Dalam suasana puasa ramadhan, sema makna kesihatan ini tumbuh dan berkembang dengan baik untuk dijadikan contoh yang benar bagi insane-insan yang didambakan. Alangkah beruntungnya kita apabila kita tahu kesan positif daripada panggilan illahi yang suci tersebut yang mempersembahkan kepada manusia peradaban dan kebudayaan yang paling agung. Pahala puasa amatlah besar. Orang yang meninggalkan puasa dibulan ramadhan dengan sengaja, ia bukan sahaja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar. Satu puasa yang ditinggalkannyatidak dapat ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa selama seumur hidupnya. Mengikut apa yang telah dibincangkan tadi, kita dapat melihat bahawa puasa member kita banyak faedah bukan sahaja dari segi rohani malahan dari segi jasmani juga. Sesungguhnya, puasa itu mempunyai hikmah yang nyata, faedah-faedah yang besar, sunnah dan adab-adab yang banyak. Sekiranya sekalian muslim mengetahuinya dan beradab dengan adab-adabnya, nescaya mereka akan Berjaya dalam melaksanakan rukun islam yang agung ini dan mereka akan memperolehi faedah dan fadhilat puasa yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Di situ, kita akan sama-sama berkongsi sebahagian daripada hikmah dan faedah dalam berpuasa secara umum. Semoga ianya dapat member sedikit faedah untuk kita bagi meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi yang hanya dipinjamkan oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala) kepada kita.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Manusia sebagai Khalifah di muka bumi

ABSTRAK
Sebagai Khalifah di muka bumi ini, Allah Subhanahu wa ta’ala. telah memberikan berbagai-bagai tugas dan tanggungjawab kepada manusia untuk menguji keiman, ketakwaan, dan juga amalan mereka. Tugas seorang khalifah ini sangatlah berat, tetapi pada zaman ini, kebanyakan manusia mengambil ringan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Akibatnya, ia akan menyebabkan kejatuhan negara atau organisasi tersebut. Kepimpinan seornag khalifah dalam sesuatu organisasi amatlah penting kerana, tanpa pemimpin, rakyat itu akan terpesong atau sesat. Malahan, negara atau organisasi seseorang itu akan musnah. Selain itu, setiap khalifah atau manusia di muka bumi ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Contohnya, tanggungjawab sebagai seorang imam, sebagai seorang suami, seorang isteri, seorang pembantu, dan juga sebagai seorang manusia kepada haiwan adalah berbeza. Walaupun tugas dan tanggungjawab mereka berbeza tetapi, ia mempunyai matlamat yang sama. Pimpinan seorang pemimpin tidak akan berkesan jika pemimpin itu tidak mempunyai akhlak atau mana-mana sifat yang diperlukan sebagai seorang pemimpin. Hall ini kerana, pemimpin yang mempunyai akhlak yang terpuji sentiasa dihormati dan dipandang tinggi oleh rakyat atau pengikutnya. Oleh itu, ia amatlah penting bagi seorang pemimpin mempunyai sifat-sifat terpuji atau akhlak-akhlak terpuji supaya tugas dan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini akan terlaksana. Tuntasnya, khalifah di muka bumi ini amatlah penting untuk mendorong manusia melakukan amar makruf nahi mungkar. Setiap manusia mempunyai tugas mereka yg tersendiri dan tanpa akhlakyang terpuji, pimpinan it u tidak akan berkesan.

PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah Subhanahu wa ta’ala. tuhan sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjunagn besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, keluarga, sahabat, dan seluruh orang yang memperjuangkan syari`atnya sehingga hari kiamat. Khalifah dapat didefinisikan sebagai pemimpin. Professor Dr. Haron Din mentafsirkan khalifah sebagai menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat ketuanan.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. ” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. ”. (Al Baqarah : 30)

Petikan daripada Surah Al-Baqarah, ayat 30 bermaksud, Allah (Subhanahu wa ta’ala)menciptakan manusia di muka bumi agar manusia dapat menjadi kalifah di muka bumi tersebut. Yang dimaksud dengan khalifah ialah manusia diciptakan untuk menjadi penguasa yang mengatur apa-apa yang ada di bumi, seperti tumbuhan, haiwan, hutan, air, sungai, gunung, laut, perikanan dan juga sesama manusia harus mampu memanfaatkan segala apa yang ada di bumi untuk kebaikkan sesame insan. Jika manusia mampu menjalankan kesemua perkara tersebut, maka sunatullah yang menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi benar-benar dijalankan dengan baik oleh manusia tersebut, terutama manusia yang beriman kepada Allah (Subhanahu wa ta’ala)dan Rasulullah Subhanahu wa ta’ala. Setiap manusia merupakan pemimpin dan setipa pemimpin nertanggungjawab terhadap pimpinannya. Tanpa seorang pemimpin, Negara itu akan musnah. Oleh itu tanggungjawab sebagai seorang pemimpin itu sangatlah berat dan tidak boleh diambil ringan. Hal ini kerana, jika rosak pemimpin itu, rosaklah rakyat-rakyatnya.

KEPENTINGAN KEPIMPIMPINAN
Kepimpinan amatlah penting untuk kejayaan ssebuah organisasi. Pemimpin amat diperlukan untuk merancang, mengelola aturan, mengarah, dan juga mengawal kerja dan perjalanan organisasi. Seorang pengurus yang bijak tidak akan berjaya sekiranya tidak dapat mempengaruhi pengikutnya untuk mengikut arahannya dalam menjalankan tugas masing-masing untuk mencapai objektif kerja masing-masing.
Kepimpinan dalam Islam merupakan satu amanah. Ia adalah tanggungjawab yang terbit daripada autoriti sehih. Seorang pengurus yang memimpin satu unit, jabatan, atau organisasi merupakan individu yang diberi amanah dan bukannya diberi peluang untuk mencipta atau memperluaskan pengaruh kuasa yang sedia ada.
Dalam pengurusan Islam, seorang pengurus ialah seorang pemimpin yang akan ditanya di akhirat nanti tentang tanggungjawab kepimpinannya. Hal ini sejajar dengan nasihat Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud. :
“……. Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah dan setiap amanah itu akan disoalkan pada hati akhirat kelak. Ramai yang akan menyesal kerananya, kecuali mereka yang telah menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur. ” (Riwayat Muslim)

Bagi pengurus beragama islam, pemimpin yang wajib kita ikuti ialah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam Hart, seorang penulis buku “ The 100 : A Ranking of the Most Influential Persons in History” telah menamakan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai pemimpin yang paling teratas dalam kalangan manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia yang telah berjaya mempengaruhi pengikut baginda dengan bertauhid kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

TANGGUNGJAWAB DALAM ISLAM

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG IMAM.

Imam adalah pemimpin yang diberi tanggungjawab atas kepimpinannya. Sebahagian tanggungjawab yang sempurna bagi imam ialah tanggungjawab untuk menyediakan saranan informasi, tanggungjawab dalam member pendidikan, dan juga tnaggungjawab militer islam. Contohnya, memberi dakwah islam yang sebenar kepada umat islam, mengeratkan silaturahim antara sesama saudara islam dan juga menegakkan syiar islam.

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG LELAKI.

Sebagai seorang lelaki mahupun seorang suami, mereka perlulah menjaga kedua orang tua mereka, hak terhadap anak lelaki dan juga anak perempuan sebagai seorang ayah, sebagai seorang suami kepada isterinya, dan juga kepada keluarga terdekat. Contohnya, berdasarkan Surah An-Nisa ayat 36, Allah Subhanahu wa ta’ala. menyuruh umat islam untuk berbuat baik kepada kedua orang tuanya.

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG ISTERI.

Tanggungajawab untuk seorang isteri adalah untuk sentiasa berada di rumah. Rasullullah telah bersabda “ dan isteri adalah seorang pemimpin di rumah suaminya”. Selain itu, tugas isteri adalah untuk memenuhi kehendak suami dan juga memberi didikan agama kepada anak-anaknya supaya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG PEMBANTU
Amanat seorang pembantu adalah pemimpin dalam harta majikannya dan dia bertanggungjawab ke atas kepimpinannya.

TANGGUNGJAWAB MANUSIA KEPADA BINATANG.
Hak manusia kepada binatang ialah menyayanginya, memberi minuman atau memberi makanan kepadanya. Mereka akan diberi hukuman berat jika mengurungi binatang dan juga menyeksanya.

AKHLAK TERPUJI SEORANG PEMIMPIN

Mempunyai sikap yang baik merupakan titik tolak suatu kepimpinan yang berjaya. Sebaik-baik anugerah atau penghargaan yang diperolehi adalah kejayaan para pentadbir. Seorang pentadbir yang mempunyai sikap yang baik akan memberikan perhatian kepada orang-orang lain. Seorang pentadbir yang baik akan yakin dengan sepenuhnya bahawa apa-apa yang dicakapkan akan didengar oleh orang lain, begitu pula sebaliknya dia akan selalu mendengar apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.
Pemimpin adalah seorang yang akan selalu bersikap sederhana, akan sentiasa bersyukur dan selalu berasa cukup dengan kerja-kerja rakyat dan tidak akan selalu meminta kesempurnaan dalam kerja. Pemimpin akan selalu meletakkan pengikutnya di dalam dadanya dengan penuh kasih saying sebagai tempat yang mengungkapkan masalah-masalah mereka yang lain, sentiasa mere akan berasa bahawa dia selalu mempunyai nasihat yang baik dan ikhlas.
Pemimpin selalu membuat perayaan bersama-sama dengan pengikut-pengikutnya dalam setiap kejayaan yang dicapai. Dia akan selalu melakukan kegembiraan dan kebahagiaan di dalam setiap keadaan pengikutnya dan akan cuba membahagi setiap kebahagiaan dan kegembiraan tersebut.
Seorang pemimpin yang mempunyai akhlak yang mulia akan sentiasa menahan kemarahannya, menerima kemaafan, berkerja dengan sikap yang ramah, tidak meninggi diri dan merendah diri, sentiasa berbaik sangka dengan orang lain dan juga bersikap adil dan saksama.
Sesungguhnya, pemimpin yang berakhlak mulia akan sentiasa diredhai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. dalam setiap perkara yang dilakukan olehnya. Oleh itu, adalah baik jika kita sebagai seorang pemimpin sentiasa berada di dalam golongan orang yang akan dijanjikan syurga dan bukannya neraka jahanam.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap manusia di muka bumi telah diberi mandat oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Hal ini kerana, seorang muslim itu tidak akan berjaya sama ada secara individu atau berkumpulan jika tidak melaksanakan tugas secara sempurna.
Jika seseorang itu tidak melaksanakan tugas atau mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka ini, maka umat islam di muka bumi ini akan menjadi cerai-berai, lemah, hina, tiada perpaduan, dan sebgaimana umat islam di akhir zaman sekarang.
Oleh itu, khalifah atau pemimpin amatlah penting. Hal ini kerana merekalah yang akan memimpin umat islam yang berada di dalam kesesatan dunia ini. Jika tidak, nescaya ramailah cucu adam di neraka jahanam.
Petunjuk Allah hanya akan diberikan kepada manusia yang taat dan patuh kepada Allah dan rasulnya, serta berjihad dijalannya. Taat kepada Allah dibuktikan dengan menjalankan perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Taat kepada rasul berarti bersedia menjalankan sunah-sunahnya. Kesiapan itu lalu ditambah dengan keseriusan berjihad, berjuang di jalan Allah dengan mengorbankan harta, tenaga, waktu, bahkan jiwa.
Semoga setiap tugas dan tnaggungjawab sebagai seorang insan dan juga khalifah di muka bumi ini dapat dilaksanakan dengan baik. Selama hidup di dunia manusia wajib beribadah, menghambakan diri kepada Allah. Seluruh aktivitas hidupnya harus diarahkan untuk beribadah kepadanya. Islam telah memberi petunjuk kepada manusia tentang tata cara beribadah kepada Allah. Apa-apa yang dilakukan manusia sejak bangun tidur samapai akan tidur harus disesuaikan dengan ajaran Islam.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Agama Islam Benar-Benar Dari Allah S.W.T

ABSTRAK
Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘salam’. Dengan kata lain, ia beerti damai, suci, patuh dan taat. Dalam pengertian agama, Islam bererti kepatuhan terhadap kehendak tuhan dan taat terhadap perintahnya. Cara mempelajari Islam mempunyai banyak cara. Antaranya ialah Islam harus dipelajari dari sumbernya yang asli iaitu Al-quran dan Sunnah rasullulah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Selain itu, Islam juga harus dipelajari secara integral, bukan dengan separa, ertinya ia dipelajari secara menyeluruh sebagai suatu kesatuan yang bulat tidak sebahagian sahaja dari ajarannya. Islam juga harus dipelajari dari kitab-kitab atau buku-buku yang ditulis oleh para ulama besar, zu’ama dan sarjana-sarjana Islam. Kesimpulannya, Islam itu adalah agama samawi terakhir, ia berfungsi sebagai rahmat dan nikmat bagi manusia seluruhnya. Maka Allah mewahyukan agama ini dalam nilai kesempurnaan yang mana meliputi segi-segi asas tentang duniawi dan ukhrawi.

PENDAHULUAN
Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab iaitu Salam. Dengan kata lain, ia bererti damai, suci, patuh, dan taat. Dalam pengertian agama, Islam bererti kepatuhan terhadap kehendak tuhan dan taat tetrhadap perintahnya. (Dr. Hammudah, 1981:9)

Tiap-tiap agama pada lazimnya diberi nama sesudah berlalu masa orang yang mengembangkannya. Tetapi nama Islam mempunyai perbezaan yang luar biasa dengan nama agama lainnya. Perkataan Islam tidak mempunyai hubungan dengan orang tertentu atau dari golongan manusia atau dari suatu negeri. Hikmah tertinggi daripada itu ialah kerana Islam adalah agama wahyu dari Allah Subhanahu wa ta’ala . (Dr. Nasruddin Razak, 1982:55 dan 56) . Perkataan Islam adalah nama yang diberikan oleh Tuhan sendiri. Salah satu ayat Al-quran yang menyebutkannya yang bermaksud antara lain:

“Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam” (surah Ali Imran (3) :19)

Semua nabi yang diutus oleh Allah Subhanahu wa ta’ala , tiada mengajarkan kepada manusia melainkan agama Islam. Antaranya ialah umat Islam beriman akan zat Allah Ta’ala, sifat-sifatnya dan akan hari akhirat mengikut cara yang ditunjukkan oleh para Nabi dan bahawa umat Islam akan mengikut ajaran Rasul-rasul Allah yang benar, tidak ikut tokoh lain dan bahawa anda esakan Allah, tidak menyekutukannya dengan sesuatu dalam mengibadatinya. (Ustaz Yahaya Othman, 1976:8)

3. 1 KONSEP AGAMA ISLAM

Memang di dunia banyak terdapat agama. Dan semuanya menyatakan paling besar. Tiap agama mengira telah datang dari Allah Subhanahu wa ta’ala untuk memberikan petunjuk yang benar kepada manusia. Sedang Islam justeru menyatukan manusia di dalam persaudaraan yang universal di bawah satu Tuhan yang Maha Bijaksana. Keadaan itu membuat peninjau-peninjau yang tak berpihak juga keliru tanggapan dan mungkin meragukan senua agama.

Konsep Islam tentang agama amat khusus dalamkata yang amat luas. Dalam hal ini, benar-benar bahawa agama datang dari Allah untuk membimbing manusia kea arah kebaikan. Dan sungguh fitrah manusia ke arah kebaikan. Dan sungguh fitrah manusia dalam konsep ini sejalan dengan keperluan manusia secara umum sepanjang waktu. Konsep itu, mengarah pada suatu konklusi. Hanya ada satu agama yang mengarah pada suatu konklusi. Hanya ada satu agama, yang benar-benar datang dari Allah (Yang Satu) untuk mengatasi seluruh manusia sepanjang zaman. Agama itu, adalah Islam. Tapi harus diingat, bahawa Islam tidak hanya diajarkan oleh Muhammad sahaja. Sebaliknya, Islam diajarkan oleh semua rasul/nabi sebelum Muhammad.

Itulah, agama untuk kemanusiaan dan inilah konsep Islam tentang agama. Tiap agama yang tidak berhasil membuahkan semua itu tetang bukan Islam. Atau bukan agama yang sempurna. Dan jika banyak orang tidak berhasil memperoleh gambaran manfaat agama seperti itu, beerti agama tersebut bukan dari Allah. (Syed Habibul Haq Nadri, 1982, 82-86)

3. 2 FAEDAH-FAEDAH ISLAM

Berbeza dengan yang lainnya, Allah Subhanahu wa ta’ala. telah menghibahkan manusia suatu perkara khas, iaitu kebebasan mempunyai kemahuan dan telah mengurniainya kelebihan daripada makhluk alam yang lain, iaitu penguasaan ilmu pengetahuan, kekuatan berfikir dan kebolehan membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Manusia itu dengan ilmunya, akalnya, dan kekuatan pembezaannya, tunduk kepada ujian dalam kebebasannya ini. Allah sentiasa melihat betapa dan untuk apa kemerdekaan itu digunakan. Dalam ujian ini, manusia tidak dipaksa melaksanakan rancangan yang tertentu. Andaikata ia dipaksa, nescaya batallah tujuan dilakukannya ujian itu.

Seorang yang lain telah lulus ujian ini, ia menggunakan fikirannya, mengambil tindakan yang betul daripada ilmu dan akal yang dikurniakan kepadanya, meskipun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian. Dengan cara demikian, ia tidak tersalah dalam membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Ia memilih yang baik dengan kebebasan fikirannya, meskipun di hadapannya tiada sesuatu yang menghalanginya daripada cenderung kea rah kejahatan jika ia mahu. Ia menjadi bijak kerana fitrahnya. Ia mengenal tuhannya. Ia melakukan taat setia meskipun ia boleh memilih di antara partuh dan derhaka.

Inilah dia Islam. Agama manusia yang telah difitrahkan kepadanya. Ia tidak tertentu untuk sesuatu umat sahaja. Ia tidak tertentu untuk sesuatu rantau sahaja. Dan ia tidak tertentu untuk sesuatu masa sahaja. Semua manusia yang mengenal Allah menganut agama itu, mematuhi undang-undangnya, melalui jalannya yang lurus, pada setiap masa, setiap bangsa dan setiap rantau. (Ustaz Yahaya Othman, 1976, 20-28)

3. 3 CARA MEMPELAJARI ISLAM

Memahami Islam secara menyeluruh adalah penting walaupun tidak secara terperinci. Untuk menghindari ketidakfahaman yang mana memungkinkan timbulnya pandangan dan sikap negatif terhadap Islam. Maka untuk memahami Islam secara benar ialah dengan cara-cara yang berikut:

Islam harus dipelajari dari sumbernya yang asli iaitu Al-quran dan Sunnah Rasullulah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Kekeliruan memahami Islam kerana manusia hanya mengenalnya dari sebahagian ulama-ulama dan penganut-penganutnya sahaja yang telah jauh dari pimpinan Al-Quran dan Sunnah. Ataupun pengenalan dari sumber kitab-kitab fiqh dan tasauf yang telah tua dan ketinggalan zaman yang kebanyakannya bercampur dengan bid’ah dan khurafat. Ini beerti ibadah dan kepercayaannya bercampur aduk dengan hal-hal yang tidak Islam, jauh dari ajaran Islam yang murni.

Islam harus dipelajari secara integral, bukan dengan separa, ertinya ia dipelajari secara menyeluruh sebagai suatu kesatuan yang bulat idak secara sebahagian sahaja. Apabila Islam dipelajari secara sebahagian sahaja dari ajarannya, maka pengetahuan tentang Islam yang dipelajari hanyalah sebahagian kecil sahaja dan bukan yang utama. Oleh itu, seseorang mungkin ragu terhadap Islam dengan adanya hal-hal yang mengandungi antagonism dan pertentangan.

Islam harus dipelajari dari kitab-kitab atau buku-buku yang ditulis oleh para ulama besar dan sarjana-sarjana Islam. Pada umumnya, mereka memahami Islam secara baik, pemahaman yang lahir dari perpaduan ilmu yang mendalam terhadap Al-quran dan Sunnah rasullulah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (Ismail bin Mohd, Hassan, 1990, 45-49)  

KESIMPULAN

Sesungguhnya agama Islam itu adalah agama samawi terakhir. Ia berfungsi sebagai rahmat dan nikmat bagi manusia seluruhnya. Maka Allah (Subhanahu wa ta’ala) mewaahyukan agama ini dalam nilai kesempurnaan yang mana meliputi segi-segi fundamental tentang duniawi dan ukhrawi. Agama ini diperturunkan pada manusia dan sesuai dengan tuntutan hati nurani manusia sebagai makhluk ciptaan tuhan yang mulia dalam menghadapi dan menerima agama tuhan (Islam) yang hak itu.

Dalam menjadikan Islam sebagai nikmat manusia, dan usaha menjawab tentangan zaman, serta usaha membangunkan kembali umat Islam menjadi lokomotif sejarah, perlu adanya usaha-usaha yang berterusan dalam melakukan penggalian mutiara dan khazanah-khazanah ajaran asas Islam. Perlu diungkapkan tentang dasar-dasar pengetahuan Islam dan sejarahnya. Konsep-konsep dasar Islam, dan sejauh mana pula Islam ditinjau dari segi hokum.

Sungguh benar wahyu tuhan yang disampaikan melalui nabinya tentang bagaimana hendaknya sikap umat Islam dalam menghadapi setiap situasi dalam kancah kehidupan manusia. “Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman”. (Ali Imran 139)

RUJUKAN

1) Dr. Hammudah Abdalati (1981), Islam dalam sorotan. PT Bina Ilmu, Jl. Tunjungan 53E, Surabaya, 258 muka surat
2) Ismail bin Mohd. Hassan (1990), Dakwah Islamiah siri 1. Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, 264 muka surat
3) Dr. Nasruddin Razak (1982) Dienul Islam Cetakan Kelima. PT, Alma ‘ Arif di Bandung, 260 muka surat
4) Syed Habibul Haq Nadri, (1982), Dinamika islam, Risalah Bandung, Jalan Citamiang 34, Bandung Indonesia, 446 muka surat
5) Abu’l A’la Al-Maududi (1976), Asas-asas Islam. Dewan Pustaka Fajar (1985), 282, Jalan Brickfield, Kuala Lumpur, 184 muka surat

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Faktor Manusia Mencari Kemewahan Duniawi

ABSTRAK
Agama islam sentiasa menyeru umatnya supaya merenung, memerhati dan berfikir serta menyediakan berbagai lapangan untuk mereka berfikir dan perhatikan. Jika seseorang itu memerhatikan pada diri sendiri bahkan segala yang berada di sekitarnya, nescaya dia akan mendapat tanda-tanda yang menunjukkan kepada Allah (Subhanahu wa ta’ala) serta menerangkan tentang setengah-setengah bentuk kekuasaannya dan kesan-kesan rahmatnya. Sebagaimana yang kita ketahui hidup di dunia penuh dengan dugaan, dan penuh dengan duri-duri dan ranjau-ranjau yang sering membuatkan ramai orang hilang sabar, hilang ketahanan diri, hilang pedoman hidup, hilang ketenteraman jiwa dan hati dan seterusnya menyimpang dari jalan yang sebenarnya dan jalan yang lurus. Kehidupan yang abadi tak pernah berakhir, dan berkahnya tak akan ada yang habisnya. Mengingatkan ini semua tak perlu dijelaskan kepada orang awam sekalipun, bahawa manusia harusnya memilih sesuatu yang kekal. Sebaliknya, keinginan berlebihan terhadap sesuatu yang bersifat sementara merupakan puncak kebodohan. Pekerjaan mengumpulkan harta dan barang berharga serta menguruti keluarga dan anak-anak termasuk penyebab kelalaian dalam melaksanakan perintah Allah. Anda akan meninggalkan keluarga, anak-anak, harta benda, dan semua harta milik anda. Kesimpulannya, hati memainkan peranan yang penting dalam menentukan keperibadian seseorang sama ada ia menjadi insan yang baik dan berguna atau sebaliknya. Hati manusia diciptakan memiliki sifat-sifat yang baik iaitu ‘mahmudah’. Hati juga boleh dipimpin berdasarkan ilmu wahyu dimana manusia akan mengetahui banyak perkara contoh rahsia di sebalik kematian dan hari akhirat. Kelalaian dunia merupakan penyumbang terbesar kepada sifat lalai manusia. Lalai dari solat juga berpunca dari kelazatan dunia. Tentunya akan sangat menguntungkan jika seseorang dalam masa menunggunya yang pendek itu, menyibukkan diri dgn persiapan dan merencanakan barang-barang yang akan di bawa dalam perjalanan, agar berguna kelak, pada kedatangan di tempat tinggal yang lebih abadi.

PENDAHULUAN
Manusia kini leka dengan kemewahan di dunia sehinggakan hari yang penting dalam hidup manusia dilupakan. Pelbagai pandangan di utarakan tentang hari akhirat. Antanya berdasarkan buku rujukan yang menerangkan hari akhirat ialah hari yang menyatukan semua umat di muka bumi ini untuk dihitung amalannya. Barangsiapa yang amal ibadah nya lebih, maka ganjaran nya ialah pahala dan syurga yang bakal menanti. Bagi amalan yang kurang, maka Allah menjanjikan neraka jahanam kepadanya. Begitu juga bagi umat yang mengamalkan apa yang dilarangNya seperti berzina, meninggalkan solat, memakan harta anak yatim dan lain- lain. Bagi mereka yang mempunyai amal ibadat yang sama (tidak kurang @ lebih) maka amalannya akan dipertimbangkan. Alam akhirat adalah alam yang selama-lamanya akan kita tinggal. Manusia akan dibangunkan untuk bertemukan dengan Allah dan para Rasul. Tetapi sejauh mana manusia pada Alaf 20 ini mengetahui betapa pentingnya hari akhirat untuk manusia? Bagaimanakah cara manusia untuk meningkatkan amalan didunia sebagai bekalan di akhirat. Pelbagai cara boleh digunakan untuk meningkatkan amalan didunia untuk dibawa ke akhirat. Antaranya melaksanakan amalan amal makruf, nahi mungkar. Antaranya, meninggalkan maksiat, melakukan amal jariah, menjadi anak yang soleh, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Pelbagai hadis digunakan membuktikan betapa penting dan wujudnya hari akhirat sedar atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri. Islam mengajarkan akidah bahawa kehidupan manusia tidak berakhir dengan kematian didunia. Al-quran dan hadis menggambarkan kehidupan manusia di alam barzakh dan alam akhirat dalam bentuk fisik material, seperti kehidupan di dunia ini. Hanya saja kehidupan di syurga digambarkan dalam bentuk kemewahan yang tiada bandingannya dan kehidupan di neraka digambarkan dalam bentuk kepedihan yang tiada nilai- taranya.

4. FAKTOR-FAKTOR MENGENAI RAMAI MANUSIA MENGEJAR KEMEWAHAN DUNIA DUNIA TETAPI LUPA TENTANG HARI AKHIRAT.

4. 1 a) Meninggalkan kewajipan merupakan suatu hinaan terhadap murka dan kutukan Allah. Kekerasan hati melakukan hal-hal yang diperintahkan serta menahan diri dari hal-hal yang dilarang, merupakan pilar agama yang kukuh. Untuk keperluan inilah, allah mengutuskan rasul-nya kedunia. Jika hal ini disimpan serta pengetahuan dan tindakannya diabaikan, maka kejujuran yang merupakan suatu sifat dan kelembutan manusia akan memudar. (Abdullah Ali, 1992, 276)

“Dan apabila kamu berpaling, maka seesungguhnya aku khawatirkan kamu akan ditimpa azab yang amat besar” (Hud :3)

Begitulah juga Al-quran menyifatkan dengan berat, panjang dan lebar dan beratnya kerana peristiwa-peristiwa yang terjadi waktu itu, sesuai dengan ayat :

“Sesungguhnya mereka itu menyukai kehidupan dunia dan tidak memperdulikan hari yang berat. ” (Ad-Dahr:27) (Naufal, 1978, 20)

4. 1 b) Kelemahan iman didalam diri setiap individu mendorong individu melakukan dosa kerana ingin mengejar kekayaan dunia bahkan lupa pada hari akhirat. Pelbagai maksiat dan dosa berlaku akibat daripada keruntuhan iman. Riwayat dari nabi ‘Ketika seorang berzina, dia bukanlah mukmin pada ketika itu. Seorang pencuri bukan lah seorang mukmin ketika dia mencuri dan seorang pemabuk bukanlah seorang mukmin ketika dia mabuk. ’ (H. R Bukhari dan Muslim) (Abdullah Ali, 1997, 278)

Jika seseorang melakukan zina, sodomi, mencuri, minum minuman keras, melalaikan solat serta pelanggaran terhaadap perintah lain, apabila ditambah dengan melakukan dosa besar, ia berpisah dengan kelemahan.
Terdapat dua situasi:

1. Ia merasa malu dengan perbuatan rendahnya yang melanggar moral. Jika begini, dia akan dapat memohon ampun kepada allah. Dalam hal ini, keimanan akan kembali kepada nya.

Bahawasanya hari akhirat adalah termasuk hari yang ghaib dan agama-agama seluruhnya meminta kita supaya beriman dengannya dari bekerja kerananya serta membuat persiapan untuknya. Hari itu mesti terjadi pada masa depan, dekat atau lama. (Abdul Razzak Naufal, 1978, 1)

Surah al- Qiyamah :Ayat 1 menerangkan: “Aku bersumpah dengan hari kiamat”. Betapa kuatnya Al-Quran yang mulia terhadap hari kiamat dengan banyaknya disebutkan dalam surah-surah yang mulia mengenainya. (Abdul Razzak Naufal, 1978, 1)

Al-quran yang mulia telah mengemukakan untuk menarik perhatian manusia agar mengadakan studi tentang hari akhirat. Lafaz hari kiamat sudah berulang-ulang disebut dalam Al-Quran yang mulia 70 kali banyaknya seperti firman allah:

“Maka Allah akan menghukum diantara mereka itu pada hari akhirat tentang apa yang mereka perselisihkan” (Al-Baqarah:113) (Abdul Razzak Naufal, 1978, 1)

Pada hari itu, orang mukmin akan mendapat kejayaan yang nyata, jelas, maka ia adalah hari kejayaan yang jelas, sesuai dengan bunyi ayat:

“Barangsiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sungguh dia telah dirahmati allah, dan itulah keberuntungan yang nyata. ” (Al-Anam:16)

Hari ini adalah hari balasan kepada mereka, sesuai dengan bunyi ayat:

“Sesungguhnya aku memberikan balasan kepada mereka hari ini kerana kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang menang. ” (Al-Mukminum:11)

Orang-orang mukmin pada hari ini tidak akan gelisah seperti orang-orang kafir, gelisah yang merusuk seimbang dengan huru-hara dan dasyatnya saat ini, maka orang-orang mukmin pada hari kiamat berada dalam keamanan yang menyenangkan.

2. Jika dia menyukai dosanya hatinya akan mengeras dan akan melupakan allah dan agamanya. Dalam hal ini agamanya tidak akan kembali kepadanya. Ketika dia meninggal, dia akan diherumus kedalam neraka. (Abdullah Ali, 1992, 279)

Riwayat lain berkenaan dengan hal ini adalah : “Ketika seseorang berzina, imannya meninggalkannya dan bergantung diatasnya ketika dia menghentikannya, iman pun kembali kepadanya. ” (H. R Abu Daud)

4. 1 c) Golongan ini hidup mewah semasa di dunia dengan segala kecukupan dan harta yang melimpah ruah, namun pada akhirnya golongan ini akan melalui hari yang amat perit, iaitu hari perhimpunan di padang mahsyar yang penuh dengan debaran dan mengetarkan. Mereka yang sering mengejar kemewahan dunia akan lupa dengan kehidupan di akhirat. Mereka banyak melakukan maksiat. Golongan inilah yang banyak membuat maksiat sehinggakan kejahatam mereka lebih banyak daripada amalan kebaikan yang merekalakukan. Para ulama berbeza pendapat terhadap kumpulan ini, adalah yang mengkafirkannya tetap dalam keislaman dan akan dihukum berdasarkan dosa yang mereka lakukan. (Muhammad Khairul, 2007, 79)

“Dalam kami tambahkan kepada mereka dalam hidup ini suatu kutukan dan pada hari akhirat mereka termasuk orang-orang yang buruk dan jelek. ” (Al-Qashash:42)

“Dan banyak muka pada hari akhirat itu berdebu, dan ditutup oleh kehitaman. Mereka adalah orang-orang yang kafir lagi durhaka. ” (A’basa:40)


4. 2 PENYELESAIAN MENGENAI RAMAI ORAANG YANG MENGEJAR KEMEWAHAN DUNIAWI SEHINGGA LUPAKAN HARI AKHIRAT.

4. 2. a) Keimanan itu memberikan cahaya cemerlang dalam jiwa dan memenuhi hati nurani dengan nur yabg gilang-gemilang. Jikalau hati sudah cemerlang dan jiwa sudah bersinar dengan nur atau cahaya keimanan, maka pasti terhapuslah segala macam godaan dan rayuan syaitan itu.

“Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada allah daripada syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kuasanya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepad tuhannya. Sesungguhnya kekuasaaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan allah. ” (Surah An-Nahl:98-100) (Supriardi Jaddari, 1994, 140)

4. 2. b) Seluruh individu muslim amat memerlukan kepada perkara ini, iaitu agar kesalahannya dihapuskan dan dosa-dosanya diampunkan. kerana manusia, disebabkan sifat kemanusiaannya, tidak mungkin terbebas dari kesalahan dan dosa-dosa. Ianya bermula dari asal-usul dan elemen aapembentukan manusia yang tersusun dari unsur tanah yang berasal dari bumi, dan unsur roh yang berasal dari langit. Manfaat taubat ialah agar ia dapat masuk syurga. Kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan adalah terdapat dalam syurga. Sedangkan kebinasaan, kekecewaan serta penderitaan terdapat dalam neraka.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ” (An-Nur:31) (Muhammad Khairul, 2007, 64)

4. 2. c) Al-quran Al-Karim sentiasa menyeru kaum muslimin supaya berfikir dan merenung. Seruan ini terdapat di dalam kebanyakan surah-surahnya. Andainya seseorang manusia itu merenung betapa kuasanya allah itu, maka akan lahirlah rasa keinsafan di hatinya. Agar ternyata betapa pentingnya seruan supaya berfikir dan merenung al-quran al-karim menegaskan bahawa setengah-setengah cerita yang disebutkannya adalah sememangnya untukl mengesa manusia supaya merenung dan berfikir. Allah berfirman

“ Perumpamaannya sebagai anjing;kalau engkau halau ia menghulurkan lidah dan kalau engkau membiarkannya saja ia menghulurkan lidah juga. Itulah perumpamaannya orang0orang yang memdustakan keterangan-keterangan kami. Sebab itu ceritakanlah cerita-cerita itu supaya mereka berfikir mengenainya. ” (Surah Al-Araf:176)

Perumpamaan-perumpamaan yang dibawakan oleh al-quran adalah sebagai contoh tauladan bagi seluruh manusia agar mereka berfikir. (Abdul Razzak Naufal, 1982, 88)

4. 2. d) Menanamkan rasa cinta kepada allah adalah penyelesaian kepada manusia dapat kembali kepada allah. Rasullulah (SAW) telah menyeru kearah cintakan allah di dalam fhadith- hadithnya bahkan baginda juga menegaskan bahawa syarat keimanan itu adalah cintakan allah dan cinta itu hendaklah lebih daripada cintakan manusia kepada selain allah. siantaranya sabdanya ialah yang berbunyi:

“Tidak beriman seseorang dari kamu kecuali allah dan rasulnya lebih dicintainya daripada keluarganya, hartnya dan manusia seluruhnya. ”

Diantara tanda-tanda kecintaan manusia kepada allah ialah kepatuhan yang penuh iaitu dengan mengamalkan segala permintaannya dan jauhi segala larangan nya sebagaimana yang diturunkan kepada rasulnya untuk disampaikan kepada seluruh umat islam. Nescaya manusia akan dapat merasai syurga dan menghadapi kelancaran di akhirat. (Abdul Razzak Naufal, 982, 119)


4. 2 e) Seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala, akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala.
Begitu banyak harta yang menjadi milik orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain.
Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah (Subhanahu wa ta’ala) dan cita-cita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.
Islam berhajatkan kerja-kerja da’wah. Maka tampillah para du’at yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Allah (Subhanahu wa ta’ala) melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da’wah tanpa takut atau mundur ke belakang.

Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka yang memiliki harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam “Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan. ”
Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesuciannya daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuang-pejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah Subhanahu wa ta’ala. Sungguh banyak pengorbanan, sumbagan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata.

KESIMPULAN
Allah memerintahkan supaya kita mempercayai kewujudan hari akhirat. Pelbagai langkah dan penyelesaian telah dibincangkan untuk membantu kita untuk memperbaiki amalan kita. Allah telah berfirman supaya kita mengambil berat tentang kewujudan hari akhirat. Siapakah kita bukan penghalang. Walaupun kita ingin mengejar kemewahan dunia, seharusnya kita jangan la melupai tentang amal ibadat kita di mana ia adalah perkara wajib yang akan dihitung di akhirat. Sekiranya jika seorang hartawan, gunakan lah kemewahan yang ada untuk membuat amal ibadah seperti bersedekah, memberi makan kepada anak yatim, orang tua dan sebagainya. Setiap amalan hendaklah dilakukan dengan ikhlas kepada allah agar keredhaan akan dapat pada kita. Nescaya allah akan melimpah ruahkan rezeki yang kita ada dengan melimpah-limpah. Elakkan dari memakan makanan yang haram atau sumber yang haram kerana ia dapat memudarat kan kesihatan. Jika kita memakan makanan yang haram, allah akan menitikkan satu titik hitam ke dalam hati kita. Dengan ini, agak sukar untuk kita memohon taubat kepada allah.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya. ” Riwayat Bukhari

Huraian
Pengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.
ii) Termasuk juga hak-hak Allah (Subhanahu wa ta’ala) hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.
iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

RUJUKAN

1. Khawaja Muhammad Islam, (1992). mati itu spekulasi, Anggota IKAP J1 Pedati Raya No 3, Jakarta 13340
2. Supriadi Jaddari (1999). Perjalanan Hakiki Setiap Insan, jilid 1, 15 Jalan Dataran 3/3 Taman Kempas, 81200 Johor Bharu.
3. Naufal. Abdul Razak, (1998), Mencari Keredhaan Ilahi, Dian Darulnaim Sdn Bhd. Kota Bharu, Kelantan
4. Muhammad khairul (2007). 18 Darjat & Martabat Manusia Di Akhirat, Pustaka Tini, 30-31 Tingkat 2 Blok 4, Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Karate 13/47, Seksyen 13, 40675, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
5. Naufal, Abdul Razzak (1978), Hari Kiamat, Pustaka Nasional Singapura.
6. Dr’ Ali Muhammad Lagha (2002), Perjalanan Kematian, PT Serambai Ilmu Semesta P. O BOX 7001 JATPB 13070.
7. Ismail Hj. Abu Bakar (2003) Eksiklopedia Islam Untuk Pelajar, Era Visi Publication Sdn. Bhd. No 10-1, Jalan Budiman 24, Taman Mulia, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com