ABSTRAK
Sembahyang adalah merupakan ibadah yang penting, istimewa dan unik. Sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung. Sembahyang juga adalah merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Dari segi amalan ibadah sembahyang dipenuhi dengan sebutan takbir, tahmid dan zikir. Ganjaran sembahyang amatlah besar sekali. Ibadah ini dapat membantu menyelamatkan manusia daripada azab akhirat. Ibadah ini juga dapat menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan. Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan bahawa sembahayang dapat membantu memakbulkan seseorang. Solat yang dikehendaki oleh istilah syarak ialah ‘beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam serta dengan syarat-syarat yang ditentukan’. Solat lima waktu sehari semalam diwajibkan ke atas setiap umat Islam yang berakal lagi baligh dan kewajipan itu tidak gugur selagi hayat dan akal masih dikandung badan. Bagi kanak-kanak yang telah berumur tujuh tahun hendaklah diajar dan diasuh untuk mendirikan solat lima waktu, semoga mereka akan terlatih dan menjadi kebiasaan serta cintakan solat sebagai tiang agamanya. Ibu bapa boleh menghukum anak-anaknya yang sepuluh tahun kerana meninggalkan solat dengan cara yang munasabah untuk tujuan mendidik dan mengasuhnya. Ibadah sembahyang merangkumi kepercayaan, ucapan yang teratur dan perbuatan yang mencerminkan sikap dan perbuatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Ibadat solat merupakan tiang agama. Ini menunjukkan bahawa kedudukan solat amat penting dalam Islam iaitu sebagai asas sendi tegaknya bangunan Islam. Solat ibarat modal bagi setiap umat Islam kerana semua amal kita tidak akan diterima kecuali setelah diterimanya solat. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa solat adalah amalan paling utama dan pertama sekali dihisab, jika baik solat seseorang maka baiklah amalan lainnya, begitu juga sebaliknya.
PENDAHULUAN
Sembahyang adalah merupakan ibadah yang penting, istimewa dan unik. Sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung. Sembahyang juga adalah merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Dari segi amalan ibadah sembahyang dipenuhi dengan sebutan takbir, tahmid dan zikir.
Sembahyang adalah merupakan ibadah yang ringan yang mampu dikerjakan oleh setiap orang. Ringan atau beratnya ibadah sembahyang bergantung kepada keimanan seseorang itu. Semakin beriman seseorang itu semakin mudahlah ia dapat melakukannya. Dalam cuaca sejuk umpamanya, amatlah sukar seseorang itu untuk bangun melakukan sembahyang Subuh tetapi bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap mereka tidak akan meneruskan tidur seandainya belum menyempurnakan sembahyang Subuh itu.
Ganjaran sembahyang amatlah besar sekali. Ibadah ini dapat membantu menyelamatkan manusia daripada azab akhirat. Ibadah ini juga dapat menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan. Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan bahawa sembahyang dapat membantu memakbulkan seseorang
Perlakuan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika sembahyang bukan hanya sekadar mementingkan kewajiapan lahir seperti berwudhuk, berpakaian suci dan kemas, menghadapkan muka ke arah kiblat tetapi baginda juga mengambil berat tentang sesuatu yang berhubung kait dengan batin misalnya memahami dan menghayati erti bacaan, perbuatan dan segala perlakuan sembahyang.
Apabila seseorang mempraktikkan sembahyang cara Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sudah pasti mereka akan dikurniakan ketenangan dan ketenteraman lahiriah dan batiniah, sebaliknya, jika mereka cuai mengikuti cara Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam maka kerugianlah yang akan menimpa mereka sama ada di dunia atau di akhirat.
Dengan perkataan lain, sembahyang yang mereka kerjakan adalah sia-sia dan tidak mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu wa ta’ala.
Pengertian solat
Solat yang dikehendaki oleh istilah syarak ialah ‘beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam serta syarat-syarat yang ditentukan’. Solat lima waktu sehari semalam diwajibkan ke atas setiap umat Islam yang berakal lagi baligh dan kewajipan itu tidak gugur selagi hayat dan akal masih dikandung badan. Bagi kanak-kanak yang telah berumur tujuh tahun hendaklah diajar untuk mendirikan solat lima waktu, semoga mereka akan terlatih dan menjadi kebiasaan serta cintakan solat sebagai tiang agamanya. Ibu bapa boleh menghukum anak-anaknya yang sepuluh tahun kerana meninggalkan solat, dengan cara yang munasabah untuk tujuan mendidik dan mengasuhnya.
Jenis-jenis solat
Ibadah solat wajib
Sembahyang-sembahyang fardhu
Sembahyang yang difardhukan pada sehari semalam di atas tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mukallaf ialah 17 rakaat, dalam 5 waktu iaitu 2 rakaat pada sembahyang Subuh, 4 rakaat pada sembahyang Zuhur, 4 rakaat pada sembahyang Asar, 3 rakaat pada sembahyang Maghrib, 4 rakaat pada sembahyang Isyak.
Waktu Subuh mulai terbit fajar kedua hingga naik matahari, iaitu kalau dikirakan dengan jam, lebih kurang dari pukul 5. 45 pagi hingga 7. 00 pagi. Waktu Zuhur pula mulai dari tergelincir matahari sampai jadi bayang-bayang suatu sepertinya, iaitu kalau dikirakan dengan jam, lebih kurang dari pukul 1. 00 petang hingga 4. 15 petang. Waktu Asar mulai dari akhir waktu Zuhur sampai masuk matahari iaitu kalau dikira dengan jam, lebih kurang 4. 15 petang hingga 7. 00 petang. Waktu Maghrib mulai masuk matahari sampai hilang mega (cahaya) merah iaitu kalau dikira dengan jam, lebih kurang dari pukul 7. 00 petang hingga 8. 30 malam. Waktu Isyak mulai dari hilang mega merah sampai terbit fajar kedua iaitu kalau dikira dengan jam, lebih kurang dari 8. 30 malam hingga 5 pagi.
Solat Jumaat
Solat fardhu jumaat ialah solat 2 rakaat berjemaah selepas mendengar khutbah, dalam waktu Zuhur pada hari jumaat. Hukumnya fardhu ain iatu wajib dikerjakan oleh setiap lelaki yang mencukupi syarat-syarat seperti Islam, lelaki - orang perempuan tidak wajib tetapi sah jika mereka mengikut bermakmum solat jumaat, baligh – tidak wajib ke atas kanak-kanak belum baligh, berakal – tidak wajib ke atas yang gila, bermukim (tinggal menetap) – tidak wajib ke atas orang musafir, tidak uzur – orang yang sakit atau berhalangan seperti takut kepada pengganas di tengah jalan semasa menuju ke masjid atau sebagainya tidak diwajibkan, merdeka – tidak wajib ke atas hamba abdi.
Perkara yang paling penting di dalam solat jumaat ini adalah khutbah jumaat. Khutbah jumaat ialah sebuah ucapan/syarahan/ceramah yang wajib diucapkan oleh khatib/imam dan wajib didengar oleh para jemaah solat jumaat tersebut. Khutbah hendaklah mengandungi nasihat-nasihat dan pengajaran di samping memuji Allah Subhanahu wa ta’ala. dan mengucap selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam
Ibadah Solat Sunat
Kita wajib mengerjakan solat lima waktu sehari semalam iaitu fardhu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Di samping itu terdapat solat-solat sunat yang dianjurkan kita untuk mengerjakannya sebagai mengiringi solat fardhutersebut. Inilah yang disebut Solat Sunat Rawatib. Sebahagian ulama berpendapat bahawa solat rawatib inilah yang lbih afdhal berbanding solat sunat lainnya kerana ia mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ini terbahagi kepada dua.
Pertama : Sunat Muakkad
Yakni kita digalakkan bersungguh-sungguh dalam mengerjakannya supaya dengan janji mendapat ganjaran yang besar dari Allah Subhanahu wa ta’ala. Dalam bahagian ini terdapat sepuluh rakaat semuanya yang mengiringi solat fardhu kecuali fardhu Asar iaitu dua rakaat sebelum dan sesudah fardhu Zuhur, dua rakaat sesudah fardhu Maghrib, dua rakaat sesudah fardhu Isyak, dua rakaat sebelum fardhu Subuh.
Kedua : Sunat Ghairu Muakkad
Dilaksanakan dua rakaat sebelum dan sesudah fardhu Zuhur (bermakna jika bagi solat Zuhur terdapat sunat Muakkad dan Ghairu Muakkad sebelum dan sesudahnya. Jika dikerjakan, semuanya berjumlah lapan rakaat), empat rakaat sebelum fardhu Asar dan dua salam, dua rakaat sebelum fardhu Isyak dan dua rakaat selepasnya (bilangan ini juga lain daripada Sunat Muakkad)
Solat Sunat Istikharah
Solat Sunat Istikharah dikerjakan dengan tujuan memohon petunjuk dari Allah (Subhanahu wa ta’ala) itu sesuatu pekerjaan yang ingin kita lakukan. Apakah ianya baik atau sebaliknya kerana Allah (Subhanahu wa ta’ala) itu sangat mengetahui segala sesuatu bahkan pengetahuannya meliputi benda-benda yang belum wujud di dunia ini. Maka dengan petunjuknya, bolehlah kita membuat keputusan sama ada akan diteruskan atau dibatalkan atau jika di hadapan kita itu dua perkara yang baik kedua-duanya.
Solat Sunat Zawal
Solat sunat ini dinamakan demikian kerana waktu untuk mengerjakannya ialah sejurus sebaik sahaja gelincir matahari yakni apabila masuk waktu Zuhur. Maka solat ini kita kerjakan sebelum kita solat ‘qabilah’ Zuhur. Ia dikerjakan sebanyak dua rakaat.
Solat Sunat Taubat
Solat ini adalah bertujuan untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. daripada melakukan dosa-dosa yang pernah dilakukan pada masa-masa yang lalu serta menyesal dan tidak akn mengulanginya lagi. Dikerjakan sebanyak dua rakaat/seberapa banyak, tetapi hendaklah dikerjakan tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam. Boleh dilakukan pada siang/malam.
Solat Sunat Dhuha
Dinamakan solat sunat Dhuha kerana ianya dikerjakan selepas terbit matahari. Lazimnya, waktu Dhuha ini adalah kira-kira setengah jam selepas waktu Syuruk. Fadhilatnya selain daripada mendapat pahala yang banyak, mereka yang mengamalkan solat sunat ini mudah mendapat rezeki dan mendapat ganjaran sebagai orang-orang yang soleh.
Solat Sunat Tahajjud
Solat sunat ini sangat digalakkan kerana ganjarannya amat besar sekali dan antara fadhilatnya bagi mereka yang mengekalkan ibadat solat sunat ini ialah mendapat pengawasan Allah Subhanahu wa ta’ala. dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya. Mereka akan dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang mukmin, percakapannya menjadi hikmat dan bijaksana, wajahnya bersih bercahaya ketik dihimpunkan di Mahsyar, dimudahkan hisab ke atasnya dan menerima catitan amalnya dari sebelah kanan. Selain daripada itu, Allah Subhanahu wa ta’ala. sahaja yang Maha Mengetahui kelebihan yang dianugerahkan Nya kepada sesiapa yang istiqamah mengerjakan solat sunat ini. Sekurang-kurangnya dua rakaat dan dikerjakan apabila terjaga daripada tidur waktu malam walaupun tidurnya seketika. Waktunya aialah sesudah solat fardhu Isyak hingga terbit fajar. Sebaik-baiknya masa ialah sesudah berlalu dua pertiga malam (sekitar jam 3. 00 pagi).
Solat Sunat Aidilfitri
Solat Sunat Aidilfitri hukumnya sunat muakkad, boleh dikerjakan bersendirian dan yang afdhalnya berjemaah di masjid atau surau. Dilakukan sebanyak 2 rakaat. Waktu solat ini mula naik matahari 1 Syawal, sebaik-baiknya ketika matahari tinggi segalah hingga gelincir matahari (seperti waktu solat Dhuha).
Solat Sunat Aidiladha
Solat Sunat Aidiladha hukumnya sunat muakkad, boleh dikerjakan bersendirian dan yang afdhalnya berjemaah di masjid atau surau. Dilakukan sebanyak 2 rakaat. Waktu solat ini mulai matahari naik setinggi segalah hingga gelincir matahari, pada 10 haribulan Zulhijjah, tiap-tiap tahun.
Solat Sunat Nikah
Solat Sunat Nikah dilakukan setelah sempurna akad nikah, mempelai lelaki khasnya disunatkan solat sunat kerana berkahwin. Dilakukan sebanyak 2 rakaat dan waktunya setelah selesai majlis akad nikah.
KESIMPULAN
Ibadah sembahyang merangkumi kepercayaan, ucapan dan perbuatan. Sembahyang yang terbaik adalah keyakinan yang benar, ucapan yang teratur dan perbuatan yang mencerminkan sikap dan perbuatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Ibadat solat merupakan tiang agama. Ini menunjukkan bahawa kedudukan solat amat penting dalam Islam iaitu sebagai asas sendi tegaknya bangunan Islam. Solat ibarat modal bagi setiap umat Islam kerana semua amal kita tidak akan diterima kecuali setelah diterimanya solat. Sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallambahawa solat adalah amalan paling utama dan pertama sekali dihisab, jika baik solat seseorang maka baiklah amalan lainnya, begitu juga sebaliknya.
Sembahyang yang betul caranya akan memperoleh ketenangan, ketenteraman dan sekali gus dapat mendidik jiwa manusia kearah yang benar dan baik. Di samping itu, sembahyang dapat pula melahirkan sifat mahmudah (terpuji) dan menolak sifat mazmumah (keji). Natijah yang baik dan sempurna seperti yang tersebut di atas bukan sekadar didapati dalam corak dan perilaku ketika hidup di dunia ini tetapi ianya akan terus diperolehi ketika menghadapi kematian, di dalam kubur bahkan di akhirat kelak.
Mengerjakan sembahyang tanpa mengikut cara yang betul sudah tentu tidak dapat member kesan yang baik dan sempurna kepada jiwa seseorang. Sebaliknya melakukan sembahyang sedemikian boleh menimbulkan kegersangan dan kegelisahan. Akhirnya orang seperti ini akan semakin jauh daripada pandangan dan pemeliharaan Allah Subhanahu wa ta’ala. dalam hadis yang lain Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Berapa banyak orang yang berdiri mengerjakan sembahyang untung yang mereka peroleh hanya payah dan penat” (Riwayat Ibnu Majah)
Selain daripada itu, kesan sembahyang akan menjelma dalam peribadi insane yang mengerjakan sembahyang sama ada ucapan, perbuatan dan pekerjaan harian. Jika ucapan dan perbuatan mereka baik dan sempurna maka dapat dipastikan sembahyang mereka sempurna. Seandainya sifat keji, kasar dan mungkar yang menjelma dalam ucapan, perbuatan dan gerak geri mereka kerjakan tidak membawa apa-apa kesan yang positif kepada mereka.
RUJUKAN
1. Fahd, Abdul Rahman Asy-Syuwayyib (2002). Kaedah Wuduk dan Solat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, Jilid 1, Gais Umar Bawazier, Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur, Pustaka Syuhada, 144.
2. Abdullah Baldram Ali Baldram, Syeikh Ali. Tuntutan Ibadat (Perukunan Ibadat Sepanjang Zaman), Percetakan Pustaka Muda, Ipoh, Pustaka Muda, 47 & 48.
3. Saiful Rahman (2006). Himpunan 75 Solat-solat Sunat, Batu Caves, Selangor: Pustaka Ilmi, 9 & 37.
4. Abdul Rahman, Abdum Syukur (1996). Shalat cara Rasulullah, Cheras, Kulala Lulpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd., 1-4.
5. Hj. Alias, Hj. Johari (1997). Panduan Lengkap Ibadah Solat, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur: Darul Nu’man, 168.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com