ABSTRAK
Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘salam’. Dengan kata lain, ia beerti damai, suci, patuh dan taat. Dalam pengertian agama, Islam bererti kepatuhan terhadap kehendak tuhan dan taat terhadap perintahnya. Cara mempelajari Islam mempunyai banyak cara. Antaranya ialah Islam harus dipelajari dari sumbernya yang asli iaitu Al-quran dan Sunnah rasullulah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Selain itu, Islam juga harus dipelajari secara integral, bukan dengan separa, ertinya ia dipelajari secara menyeluruh sebagai suatu kesatuan yang bulat tidak sebahagian sahaja dari ajarannya. Islam juga harus dipelajari dari kitab-kitab atau buku-buku yang ditulis oleh para ulama besar, zu’ama dan sarjana-sarjana Islam. Kesimpulannya, Islam itu adalah agama samawi terakhir, ia berfungsi sebagai rahmat dan nikmat bagi manusia seluruhnya. Maka Allah mewahyukan agama ini dalam nilai kesempurnaan yang mana meliputi segi-segi asas tentang duniawi dan ukhrawi.
PENDAHULUAN
Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab iaitu Salam. Dengan kata lain, ia bererti damai, suci, patuh, dan taat. Dalam pengertian agama, Islam bererti kepatuhan terhadap kehendak tuhan dan taat tetrhadap perintahnya. (Dr. Hammudah, 1981:9)
Tiap-tiap agama pada lazimnya diberi nama sesudah berlalu masa orang yang mengembangkannya. Tetapi nama Islam mempunyai perbezaan yang luar biasa dengan nama agama lainnya. Perkataan Islam tidak mempunyai hubungan dengan orang tertentu atau dari golongan manusia atau dari suatu negeri. Hikmah tertinggi daripada itu ialah kerana Islam adalah agama wahyu dari Allah Subhanahu wa ta’ala . (Dr. Nasruddin Razak, 1982:55 dan 56) . Perkataan Islam adalah nama yang diberikan oleh Tuhan sendiri. Salah satu ayat Al-quran yang menyebutkannya yang bermaksud antara lain:
“Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam” (surah Ali Imran (3) :19)
Semua nabi yang diutus oleh Allah Subhanahu wa ta’ala , tiada mengajarkan kepada manusia melainkan agama Islam. Antaranya ialah umat Islam beriman akan zat Allah Ta’ala, sifat-sifatnya dan akan hari akhirat mengikut cara yang ditunjukkan oleh para Nabi dan bahawa umat Islam akan mengikut ajaran Rasul-rasul Allah yang benar, tidak ikut tokoh lain dan bahawa anda esakan Allah, tidak menyekutukannya dengan sesuatu dalam mengibadatinya. (Ustaz Yahaya Othman, 1976:8)
3. 1 KONSEP AGAMA ISLAM
Memang di dunia banyak terdapat agama. Dan semuanya menyatakan paling besar. Tiap agama mengira telah datang dari Allah Subhanahu wa ta’ala untuk memberikan petunjuk yang benar kepada manusia. Sedang Islam justeru menyatukan manusia di dalam persaudaraan yang universal di bawah satu Tuhan yang Maha Bijaksana. Keadaan itu membuat peninjau-peninjau yang tak berpihak juga keliru tanggapan dan mungkin meragukan senua agama.
Konsep Islam tentang agama amat khusus dalamkata yang amat luas. Dalam hal ini, benar-benar bahawa agama datang dari Allah untuk membimbing manusia kea arah kebaikan. Dan sungguh fitrah manusia ke arah kebaikan. Dan sungguh fitrah manusia dalam konsep ini sejalan dengan keperluan manusia secara umum sepanjang waktu. Konsep itu, mengarah pada suatu konklusi. Hanya ada satu agama yang mengarah pada suatu konklusi. Hanya ada satu agama, yang benar-benar datang dari Allah (Yang Satu) untuk mengatasi seluruh manusia sepanjang zaman. Agama itu, adalah Islam. Tapi harus diingat, bahawa Islam tidak hanya diajarkan oleh Muhammad sahaja. Sebaliknya, Islam diajarkan oleh semua rasul/nabi sebelum Muhammad.
Itulah, agama untuk kemanusiaan dan inilah konsep Islam tentang agama. Tiap agama yang tidak berhasil membuahkan semua itu tetang bukan Islam. Atau bukan agama yang sempurna. Dan jika banyak orang tidak berhasil memperoleh gambaran manfaat agama seperti itu, beerti agama tersebut bukan dari Allah. (Syed Habibul Haq Nadri, 1982, 82-86)
3. 2 FAEDAH-FAEDAH ISLAM
Berbeza dengan yang lainnya, Allah Subhanahu wa ta’ala. telah menghibahkan manusia suatu perkara khas, iaitu kebebasan mempunyai kemahuan dan telah mengurniainya kelebihan daripada makhluk alam yang lain, iaitu penguasaan ilmu pengetahuan, kekuatan berfikir dan kebolehan membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Manusia itu dengan ilmunya, akalnya, dan kekuatan pembezaannya, tunduk kepada ujian dalam kebebasannya ini. Allah sentiasa melihat betapa dan untuk apa kemerdekaan itu digunakan. Dalam ujian ini, manusia tidak dipaksa melaksanakan rancangan yang tertentu. Andaikata ia dipaksa, nescaya batallah tujuan dilakukannya ujian itu.
Seorang yang lain telah lulus ujian ini, ia menggunakan fikirannya, mengambil tindakan yang betul daripada ilmu dan akal yang dikurniakan kepadanya, meskipun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian. Dengan cara demikian, ia tidak tersalah dalam membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Ia memilih yang baik dengan kebebasan fikirannya, meskipun di hadapannya tiada sesuatu yang menghalanginya daripada cenderung kea rah kejahatan jika ia mahu. Ia menjadi bijak kerana fitrahnya. Ia mengenal tuhannya. Ia melakukan taat setia meskipun ia boleh memilih di antara partuh dan derhaka.
Inilah dia Islam. Agama manusia yang telah difitrahkan kepadanya. Ia tidak tertentu untuk sesuatu umat sahaja. Ia tidak tertentu untuk sesuatu rantau sahaja. Dan ia tidak tertentu untuk sesuatu masa sahaja. Semua manusia yang mengenal Allah menganut agama itu, mematuhi undang-undangnya, melalui jalannya yang lurus, pada setiap masa, setiap bangsa dan setiap rantau. (Ustaz Yahaya Othman, 1976, 20-28)
3. 3 CARA MEMPELAJARI ISLAM
Memahami Islam secara menyeluruh adalah penting walaupun tidak secara terperinci. Untuk menghindari ketidakfahaman yang mana memungkinkan timbulnya pandangan dan sikap negatif terhadap Islam. Maka untuk memahami Islam secara benar ialah dengan cara-cara yang berikut:
Islam harus dipelajari dari sumbernya yang asli iaitu Al-quran dan Sunnah Rasullulah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Kekeliruan memahami Islam kerana manusia hanya mengenalnya dari sebahagian ulama-ulama dan penganut-penganutnya sahaja yang telah jauh dari pimpinan Al-Quran dan Sunnah. Ataupun pengenalan dari sumber kitab-kitab fiqh dan tasauf yang telah tua dan ketinggalan zaman yang kebanyakannya bercampur dengan bid’ah dan khurafat. Ini beerti ibadah dan kepercayaannya bercampur aduk dengan hal-hal yang tidak Islam, jauh dari ajaran Islam yang murni.
Islam harus dipelajari secara integral, bukan dengan separa, ertinya ia dipelajari secara menyeluruh sebagai suatu kesatuan yang bulat idak secara sebahagian sahaja. Apabila Islam dipelajari secara sebahagian sahaja dari ajarannya, maka pengetahuan tentang Islam yang dipelajari hanyalah sebahagian kecil sahaja dan bukan yang utama. Oleh itu, seseorang mungkin ragu terhadap Islam dengan adanya hal-hal yang mengandungi antagonism dan pertentangan.
Islam harus dipelajari dari kitab-kitab atau buku-buku yang ditulis oleh para ulama besar dan sarjana-sarjana Islam. Pada umumnya, mereka memahami Islam secara baik, pemahaman yang lahir dari perpaduan ilmu yang mendalam terhadap Al-quran dan Sunnah rasullulah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (Ismail bin Mohd, Hassan, 1990, 45-49)
KESIMPULAN
Sesungguhnya agama Islam itu adalah agama samawi terakhir. Ia berfungsi sebagai rahmat dan nikmat bagi manusia seluruhnya. Maka Allah (Subhanahu wa ta’ala) mewaahyukan agama ini dalam nilai kesempurnaan yang mana meliputi segi-segi fundamental tentang duniawi dan ukhrawi. Agama ini diperturunkan pada manusia dan sesuai dengan tuntutan hati nurani manusia sebagai makhluk ciptaan tuhan yang mulia dalam menghadapi dan menerima agama tuhan (Islam) yang hak itu.
Dalam menjadikan Islam sebagai nikmat manusia, dan usaha menjawab tentangan zaman, serta usaha membangunkan kembali umat Islam menjadi lokomotif sejarah, perlu adanya usaha-usaha yang berterusan dalam melakukan penggalian mutiara dan khazanah-khazanah ajaran asas Islam. Perlu diungkapkan tentang dasar-dasar pengetahuan Islam dan sejarahnya. Konsep-konsep dasar Islam, dan sejauh mana pula Islam ditinjau dari segi hokum.
Sungguh benar wahyu tuhan yang disampaikan melalui nabinya tentang bagaimana hendaknya sikap umat Islam dalam menghadapi setiap situasi dalam kancah kehidupan manusia. “Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman”. (Ali Imran 139)
RUJUKAN
1) Dr. Hammudah Abdalati (1981), Islam dalam sorotan. PT Bina Ilmu, Jl. Tunjungan 53E, Surabaya, 258 muka surat
2) Ismail bin Mohd. Hassan (1990), Dakwah Islamiah siri 1. Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, 264 muka surat
3) Dr. Nasruddin Razak (1982) Dienul Islam Cetakan Kelima. PT, Alma ‘ Arif di Bandung, 260 muka surat
4) Syed Habibul Haq Nadri, (1982), Dinamika islam, Risalah Bandung, Jalan Citamiang 34, Bandung Indonesia, 446 muka surat
5) Abu’l A’la Al-Maududi (1976), Asas-asas Islam. Dewan Pustaka Fajar (1985), 282, Jalan Brickfield, Kuala Lumpur, 184 muka surat
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com