Tajuk: Konsep Akidah Islam

ABSTRAK
Islam merupakan agama yang mudah difahami oleh semua lapisan masyakat. Selain itu juga, agama islam merupakan agama yang tidak memaksa penganutnya. Aqidah islam merupakan perkara yang wajib diketahui dan difahami secara mendalam oleh umat islam. Selain itu juga mereka seharusnya mempercayai akidah islam tapa sebarang syak atau ragu-ragu. untuk mempelajari tentang akidah islam secara mendalam, kita boleh merujuk sumber-sumber seperti Al-quran, Al-hadith dan kitab-kitab agama. penyelewengan terhadap ilmu akidah menyebabkan penerangan terhadap ilmu akidah menjadi sedikit rumit kerana segelintir masyarakat telah mengalami pemesongan akidah yang serius.

Definisi akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa tanpa sebarang syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama islam. Tanpa akidah yang kukuh, umat islam akan hanyut dari landasan yang benar. Akidah terdiri dari dua iaitu akidah suci dan akidah fasad. Akidah suci merupakan akidah yang diturunkan oleh Allah manakala akidah fasad adalah akidah yang telah diselewengkan. Kepentingan akidah kepada umat islam adalah sebagai pendorong agar melakukan perkara yang baik disisi Allah yang esa. Umat islam yang tidak takut terhadap balasan tuhan akan dimasukkan kedalam nereka. Amalan yang dilakukan bukan kerana Allah tidak akan diterima pahala amalan tersebut dan ianya menjadi sia-sia belaka.

Kesimpulannya kita haruslah mendalami konsep akidah islam supaya dapat mengelakkan diri kita dari terjerumus kepada perkara-perkara yang menyebabkan kita dilaknat oleh Allah Subhanahu wa ta’ala Kita boleh mengambil iktibar dari kisah-kisah yang pernah berlaku pada zaman nabi berkaitan dengan keteguhan akida para sahabat sebagai contohnya, Bilal bin Rabah yang telah diseksa kerana menganut agama islam namun keteguhan imannya menyebabkan beliau tidak berganjak dari jalan Allah yang benar.

PENDAHULUAN
Sepertimana yang kita ketahui, agama islam merupakan agama yang mudah difahami oleh setiap individu dan juga merupakan agama yang tidak memberi paksaan kepada pengikutnya. Sehubungan itu, masalah berkaitan akidah seharusnya tidak wujud dalam kalangan masyarakat yang beragama islam kerana banyak sumber yang boleh kita perolehi untuk dijadikan panduan dan menjelaskan permasalahan yang timbul dalam kalangan masyarakat. Antara sumber-sumber yang boleh kita jadikan sebagai panduan ialah Al-Quran, Al-hadith dan kitab-kitab agama. Namun, panyelewengan akidah yang berlaku pada masa kini menyebabkan penjelasan tentang ilmu akidah menjadi sedikit rumit dan memerlukan masa untuk difahami.

Dalam agama islam, akidah itu merupakan satu perkara yang telah ditetapkan malah wajib kita berpegang terhadapnya disertakan dengan kepercayaan dan kayakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya syak merupakan satu keraguan dan itu bukanlah satu akidah.

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

Selain itu, cara kita berpegang kepada sumber-sumber agama yang asli menjamin ketulenan agama dipelihara dari segi prinsipnya dan disamping itu membenarkan cabang agama berkembang untuk menangani cabaran semasa kerana asas perlaksanaan agama adalah bermula dari ijtihad dan diikuti dengan ittiba’ (ikutan) dan diakhiri dengan taqlid.

Selain itu juga, akidah tidaklah hanya kepada Islam sahaja namun setiap kumpulan agama turut mempunyai akidah mereka tersendiri. Akidah tersebut menjadi asas kahidupan mereka

KONSEP AKIDAH ISLAM

Definisi:

Akidah pada umumnya merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa dan seharusnya jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak atau keraguan. Dalam pengertian agama, akidah terkandung di dalam rukun iman iaitu:
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada para malaikat
3. Berimankepada kitab
4. Beriman kepada para Rasul
5. Beriman hari akhirat
6. Beriman kepada qada’ dan qadar

Kedudukan Akidah yang sebenar:

Akidah yang benar merupakan landasan tegaknya agama dan kunci diterimanya amalan. Hal ini sebagaimana ditetapkan oleh Allah Ta’ala di dalam firman-Nya dalam surah Al-Khafi (ayat110) :
Maksudnya: “Maka barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya hendaklah dia beramal shalih dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya dalam beribadah kepada-Nya. ”
Allah ta’ala juga berfirman dalam surah Az-zumar (ayat 65) :
“Sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelummu, apabila kamu berbuat syirik pasti akan terhapus seluruh amalmu dan kamu benar-benar akan termasuk golongan orang-orang yang merugi. ”
KONSEP AKIDAH ISLAM
Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.
Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.
Akidah terdiri dari dua jenis iaitu akidah suci dan akidah fasad. Bagi umat islam, kita wajib untuk meyakini akidah suci kerana ianya benar-benar turun dari Allah Subhanahu wa ta’ala Akidah fasad adalah akidah batil yang tidak terkira bilangan yang wujud akibat penyelewengan terhadap akidah suci.
Akidah yang suci hanya wujud dalam agama islam sahaja kerana ia adalah merupakan satu agama yang dijamin dipelihara oleh Allah s. sw. t. Firman Allah dala surah Al-hijr (ayat 9) Maksudnya:” sesungguhnya kamilah yang menurunkan peringatan (Al quran) dan kamilah yang memeliharanya. ”
Selain itu juga, diiktikadkan bahawa agama yang dipelihara ini juga telah diturunkan dengan sempurna dan serba mencukupi sebagaimana fiman Allah dalam surah Al-Maidah (ayat 3) yang bermaksud “Hari ini telah aku sempurnakan kepada kamu agama kamu. ”
Akidah suci yang terkandung dalam agama yang terpelihara ini adalah lengkap dan tidak perlukan sebarang pindaan.

KEPENTINGAN AKIDAH
Dalam islam, iman yang berlandaskan akidah adalah menjadi asas sesuatu amalan. Ini bermaksud bahawa amalan seseorang tidak akan diterima oleh Allah kecuali amalan orang yang beriman berlandaskan akidah.
Justeru itu mereka yang tidak beriman kepada Allah dan tidak mengharap pahala darinya dan tidak takut seksaan-Nya, dan beramal bukan kerana menuntut teredhaan Allah, dan tidak pula mengambil kira (tidak menghiraukan) adakah amalan-amalan mereka itu sah atau batal, dan adakah perbuatan mereka halal arau haram, maka mereka yang bersikap demikian tidak layak menerina pahala dari Allah di atas amalan yang mereka lakukan itu.

Ini ialah kerana mereka itu ialah orang yang tidak beriman kepada AIlah (orang yang kafir) dan tidak mengharap balasan pahala daripada Tuhan mereka dan juga amalan yang dikerjakan oleh mereka tidak mendapat keredhaan Allah.

Orang-orang yang tidak beriman kepada Allah (orang yang kafir. ) adalah disetsa disebabkan kekufuran dan kesesatan mercka. Ini kerana mereka tidak menyelidiki agama Allah (agama Islam) dan tidak mahu mendengar wahyu Ilahi yang disampaikan oleh para rasul, terutama apabila mereka mendengar dan dibacakan Ayat-ayat Allah, mereka menperolok-olokkan dan mempersendakan. Oleh itu amalan mereka ditolak (tidak diterima), dan mereka diseksa di atas kekufuran mereka.

KESAN AKIDAH
Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut:
• Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yang maha esa. Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allh Subhanahu wa ta’ala Akidah Islam melahirkan Insan Soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.
• Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji.
• Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu", ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria", takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosiol dalam masyarakat.
• Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala supaya mendapat kebahagian di akhirat.
• Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
• Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.

SENARIO MASYARAKAT HARI INI
Pada masa kini, sikap sesetengah penceramah agama yang kurang mengupas konsep akidah secara mendalam menyebabkan masih ada segelintir masyarakat Islam terbabit dalam kegiatan khurafat. Keadaan itu menyebabkan masyarakat yang jahil mudah terpengaruh dengan anasir jahat sehingga wujud ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Ayahanda Gunung Ledang. Pada masa yang sama, mereka hanya memfokuskan kepada isu remeh, ajaran dan ceramah daripada segelintir mereka yang cuba menarik penonton dengan cerita lucu yang boleh dianggap seperti ‘lawak separuh masak’, juga membawa kepada kekurangan ini. “Masyarakat sekarang tahu mengenai perkara yang membatalkan wuduk dan solat tetapi mereka tidak tahu perkara yang boleh membatalkan dua kalimah syahadah, sedangkan itu perkara yang utama.

Kini, pihak berkuasa bertungkus lumus untuk membanteras kegiatan khurafat dan membongkar pelbagai amalan yang mengejutkan. Antaranya, memuja batu nisan dicuri dari kubur, bersolat membelakangkan kiblat dan mengoyak al-Quran untuk dijadikan pembalut keris, semata-mata untuk upacara ‘tarik duit’ atau mendapat nombor ekor. Itulah amalan khurafat yang dikesan pihak berkuasa sepanjang usaha memerangi kegiatan perbomohan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan kegilaan sekelompok umat Islam yang taksub untuk jadi kaya.

Selain itu, pada zaman ini manusia mengalami kekosongan dan kontang dalam jiwa, sedangkan keperluan rohani perlu diisi dengan agama. Mereka bertindak seperti robot, lupa mereka adalah manusia. Jika jiwa tidak diisi dengan akidah yang betul, perkara karut akan berlaku. Sebagai contoh, dunia Barat yang pada awalnya menolak metafizik, kini mereka sendiri yang menerimanya. Percaya dengan hantu dan dunia ghaib. Mereka menidakkan keperluan dalam jiwa insan. Malah, filem, drama dan program di pasaran serta ditayangkan kepada masyarakat turut memberi impak negatif. Ia lebih menjurus kepada kepercayaan karut seperti pontianak dan alam mistik. Mereka banyak membesarkan perkara yang hakikatnya tidak sebesar mana.

Masyarakat kini perlu kembali kepada asas akidah dan menekankan kepada Islam yang antikhurafat. Mereka perlu lihat kembali apa itu syirik, perkara yang membatalkan akidah dan konsep tauhid dalam Islam.

KESIMPULAN
Setelah memahami konsep akidah islam saya dapat membuat kesimpulan bahawa agama islam menyeru umatnya supaya beriman dan bertakwa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala Keimanan kepada Allah akan wujud sekiranya masyarakat mempunyai pegangan akidah yang teguh.

Akidah boleh difahami melalui pembacaan Al-quran dan Al-hadith. Namun, pada masa kini pemesongan terhadap konsep akidah telah menyebakan huraian mengenai konsep akidah islam manjadi sukar. Oleh itu, saya menyeru kepada setiap individu supaya kembali kejalan Allah yang benar. Seseorang individu seharusnya mengambil inisiatif untuk mengukuhkan lagi pegangan akidah dalam diri.

Kesimpulannya, konsep akidah itu haruslah diterapkan dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil lagi supaya pemesongan akidah tidak berlakun dewasa kelak. Bak kata pepatah dulu, ” melentur buluh biarlah dari rebungnya. ”

Ustaz Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com