Tajuk: Kehidupan Dalam Keluarga Rasulullah S.A.W

ABSTRAK
Agama Islam merupakan agama yang mengandungi ajaran-ajaran yang menyeluruh dan sempurna. Ia bukan sahaja menekankan masalah ukhrawi bahkan juga masalah duniawi. Sunnah rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan sumber asas yang kedua Islam. Ia terkandung segala perjalanan hidup baginda samaada dalaman ataupun luaran. Setiap aspek kehidupan dan perbuatannya telah dicatatkan di dalam himpunan hadis yang amat banyak sebagai tambahan kepada Al-Quran. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah diputerakan pada 12 rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April 571 masihi. Ayah baginda, Abdullah bin Abdul Mutalib telah wafat sewaktu Nabi masih di dalam rahim ibunya. Bertepatan pada masanya, bonda baginda, Aminah binti wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela. Banyak perbuatan yang dapat kita ikuti dalam menjalani rumahtangga. Selain memimpin tentang hal rumahtangga, sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga dapat membimbing kita tentang menjalankan perniagaan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sangat pandai menguruskan rumahtangganya walaupun baginda mempunyai ramai isteri dan anak tapi baginda masih mampu mengawal keluarganya dengan baik. Contohnya beliau menikahkan anaknya Saidina Fatimah hanya ketika berumur 21 tahun walaupun ada yang melamarnya pada umur Saidina Fatimah berumur 15 tahun. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga mengajar kita untuk menjadi jujur dalam menjalani kehidupan, terutama sekali dalam bidang muamalah. Hal ini penting kerana, muamalah merupakan punca rezeki kita yang akan menjadi darah daging kita. Jika halal punca rezeki kita maka bersih hati dan jiwa kita, jika haram punca rezeki kita maka kotorlah hati dan jiwa kita. Sebagai kesimpulannya, kita sebagai seorang muslim, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah merupakan contoh paling terbaik untuk diikuti. Di dalam Al-Quran juga banyak menyebut mengenai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Malah banyak hadith-hadith yang ditinggalkan baginda kepada umatnya untuk diikuti. Jika kita berpandukan firman Allah dan Sunnah baginda nescaya mudah bagi kita untuk menghampiri syurga.

PENDAHULUAN
Agama Islam merupakan agama yang mengandungi ajaran-ajaran yang menyeluruh dan sempurna. Ia bukan sahaja menekankan masalah ukhrawi bahkan juga masalah duniawi. Sunnah rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan sumber asas yang kedua Islam. Ia terkandung segala perjalanan hidup baginda samaada dalaman ataupun luaran. Setiap aspek kehidupan dan perbuatannya telah dicatatkan di dalam himpunan hadis yang amat banyak sebagai tambahan kepada Al-Quran. Kita boleh lihat dalam firman Allah yang bermaksud; “hai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taati Rasulya dan pemerintah di ulil mari di antara kamu”.   (4:59)

Sunnah rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengandungi segunung hikmah pertunjuk Illahi dan satu cara hidup yang sempurna. Iman ghazali dalam kitabnya telah membuktikan bahawa bukan sahaja sunnah ibadah yang mesti diikuti tetapi juga setiap aspek kehidupan harian kita. Terdapat juga firman Allah yang bermaksud; “Katakanlah jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.   (3:31)

Seharusnya perkara-perkara ini diajar kepada anak-anak yang sedang membesar untuk mengamalkan sunnah Rasulullah supaya mereka sentiasa berada di jalan yang lurus. Dengan menjadikan AL-Quran dan As-sunnah sebagai sebagai rujukan, apa jua masalah yang timbul pasti dapat diselesaikan.  

Kisah ringkas kehidupan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah diputerakan pada 12 rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April 571 masihi. Ayah baginda, Abdullah bin Abdul Mutalib telah wafat sewaktu Nabi masih di dalam rahim ibunya. Bertepatan pada masanya, bonda baginda, Aminah binti wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela. (Duski, 1994:2)

Setelah Nabi dilahirkan, ibunya Aminah menyerahkan baginda kepada Halimatun Saadiyah untuk disusukan selama 2 tahun. Walaubagaimanapun Halimatun Saadiyah minta dilanjutkan tempoh kepada 4 tahun daripada bonda baginda kerana dia merasakan perbezaan kegembiraan sebelum dan selepas kehadiran Nabi Muhammad. Setelah berakhir 4 tahun, Halimatun Saadiyah pun menyerahkan kembali nabi kepada bondanya dalam perasaan yang berat. Setelah setahun dibesarkan oleh ibunya, semasa berumur 6 tahun, ibunya mengajak baginda ke madinah dengan tujuan untuk memperkenalkan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada kelurga datuknya dan juga untuk menziarahi makam ayahanda baginda. Dalam perjalanan pulang, ditempat yang bernama Abwa, ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia disitu. Kemudian baginda dijaga oleh datuknya. Datuk baginda membawa baginda pulang ke Makkah. (Abdul Wahab, 2006:174)

Pada usia 12 tahun, baginda mengikuti pakciknya Abu Talib ke Syam untuk berdagang. Dan mendirikan rumahtangga pada usia 25 tahun bersama Siti Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam terkenal dengan sifat jujur dan berbudi luhur dan mempunyai keperibadian yang tinggi, tidak ada sesuatu perbuatan tingkah lakunya yang tercela yang dapat dituduhkan kepadanya. Pada usia 40 tahun nabi Muhammad diutuskan menjadi rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (Abdul Wahab, 2006:1777)

Setiap orang yang mempunyai keluarga ataupun yang akan mempunyai keluarga, mempunyai tanggungjawab untuk memastikan diuruskan dengan baik dan diredhai Allah. Sebagai orang Islam, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah merupakan contoh terbaik untuk diikuti oleh setiap keluarga terutama dalam aspek ibadah dan juga muamalah. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang yang mempunyai sifat – sifat yang sangat terpuji. Antara sifat mulianya ialah jujur dan amanah.

At-Tirmidzi dan Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Abu hurairah ra. berkata “Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih indah dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Seakan-akan mentari bersinar dari wajah beliau. Aku tidak pernah dapati seseorang yang lebih cepat jalannya dibandingkan beliau berjalan. Ketika aku ikut baginda berjihad, aku lihat beliau tidak pernah berlindung di balik perisai.    (Said Hawwa, 2003:26)

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang yang suci dan terjaga dari maksiat di masa mudanya. Dia tidak pernah melakukan perbuatan tercela sedikit pun seperti yang dilakukan para pemuda jahiliah yang suka berfoya-foya dan melakukan perbuatan keji yang tidak ada larangan pada waktu itu.   (Said Hawwa, 2003:177)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sangat pandai menguruskan rumahtangganya walaupun baginda mempunyai ramai isteri dan anak tapi baginda masih mampu mengawal keluarganya dengan baik. Contohnya beliau menikahkan anaknya Saidina Fatimah hanya ketika berumur 21 tahun walaupun ada yang melamarnya pada umur Saidina Fatimah berumur 15 tahun.   (Radhi Al-Khudri, 2003:112)

Jika seseorang itu berniaga, maka dia perlulah jujur dalam perniagaannya. Dengan kejujuran, peniaga dapat menarik simpati pembeli dan juga mendapat kepercayaan pembeli. Sejarah Islam membuktikan bahawa manusia paling jujur adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Kita sebagai seorang muslim, digalakkan untuk mencari rezeki yang halal kerana duit ringgit dan makan minum memainkan peranan yang penting. Ia akn menjadi darah daging kita. Jika rezeki yang kita perolehi dari sumber yang kotor dan haram, maka darah daging kita juga akan menjadi kotor dan juga akan diwarisi oleh keturunan kita. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  “Wahai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Allah. Dan carilah rezeki dengan cara yang baik, kerana sesungguhnya seseorang tidak akan mati sebelum sempurna rezekinya meskipun terlambat daripadanya. Maka takutlah kamu kepada Allah dan carilah rezeki dengan cara yang baik. Ambillah yang halal dan tinggalkanlah yang haram.   (Ibnu sahli, 2009:149)

Terdapat juga dalam firman Allah Subhanahu wa ta’ala.  Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu.   (surah al-Nisa:29)  

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kita sebagai seorang muslim, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah merupakan contoh paling terbaik untuk diikuti. Di dalam Al-Quran juga banyak menyebut mengenai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Malah banyak hadith-hadith yang ditinggalkan baginda kepada umatnya untuk diikuti. Jika kita berpandukan firman Allah dan Sunnah baginda nescaya mudah bagi kita untuk menghampiri syurga. Kita perlu mencontohi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam supaya kehidupan kita berubah, dimana umat Islam yang telah jauh menyimpang dari akidah tauhid, akan kembali mengesakan Allah Subhanahu wa ta’ala., menyembah dan beribadah kepadaNya. Di dalam sebuah keluarga, ketua keluarga perlukan panduan untuk membimbing keluarga masing-masing. Dengan adanya sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mudah bagi ketua keluarga untuk membimbing keluarga mereka supaya keluarga mereka hidup bahagia dalam keredhaanNya. Semoga Allah meredhai kita di dalam menegakkan kebenaran da kebaikan melalui ajaran-ajaran Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga Islam benar-benar tegak sebagai agama yang luhur di bumi ini.

RUJUKAN

1. Radhi Al- Khudri, Abu Abdul Rahman (2003). Sunnah Harian. Taman Kempas, Johor Bahru, Perniagaan Janabersa.
2. Said Hawwa (2003), Al-Rasul Sallallahu ‘alaihi wa sallam, Sofwan Abbas. Kalibata Utara, Jakarta, Gema Isani Press.
3. Muhaammad Abdul Wahab (2006). Kisah hidup 25 Nabi dan Rasul. No 15, Jalnn Puteri 5/8, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Jasmin Enterprise.
4. Ibnu Sahli (2009). Mencontohi Kemuliaan Akhlak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam 5B/110 (B), Ground Floor, Larkin Transport Terminal, Jalan Garuda, 80310 Johor Bahru, Pustaka Azhar.
5. Duski, Nawawi (1994). Kisah Ringkas Kehidupan Rasul. 123, Jalan Jasa Tiga, Taman Jasa, Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Thinkers Library Sdn. Bhd. Malaysia.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com