Thursday, March 18, 2010

Konsep Rububiyyah dan Konsep Uluhiyyah

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin

DISEDIAKAN OLEH:
Muhammad Syazwan Najmi bin Said
2009860332

TARIKH:
15/03/2010

ABSTRAK
Islam adalah ad-din yang telah diwahyukan Allah kepada Rasulullah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Ia adalah ad-din yang berintikan iman dan amal. Iman itu merupakan aqidah atau pokok dan diatasnya berdiri syariat islam. Sumber tauhid ini melahirkan cabang-cabang yang merupakan peraturan-peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia dan manusia dengan tuhannya. Dalam semua bentuk peraturan ini, tujuan utamanya adalah untuk memperkuatkan serta untuk menanamkan tauhid kepada Allah ke dalam hati setiap orang yang beriman kepadaNYA. Definisi Tauhid Rububiyyah adalah mempercayai Allah sebagai Rab atau Pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Bagi Tauhid Uluhiyyah pula adalah sesorang itu mentauhidkan Allah dari segi Ubudiyyah Allah bererti beri’tiqad bahawa hanya Allah yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan ditumpui untuk meminta. Tauhid ini merupakan satu sistem yang merangkumi peraturan-peraturan yang menyeluruh dan undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk mereka menerimanya dan mengamalkan secara keseluruhan. Seperti yang telah dinyatakan di atas, Tauhid al-Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagi-Nya di dalam Rububiyyah. Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja layak disembah, selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk sekalipun. Penggunaan agama dalam pengertian yang biasa digunakan oleh masyarakat masa kini tidak sesuai bagi Islam. Konsep aqidah yang sebenarnya seperti yang diterangkan di atas tadi itulah yang diistilahkan oleh Islam sebagai IMAN.

PENDAHULUAN

Islam adalah ad-din yang telah diwahyukan diwahyukan Allah kepada Rasulullah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Ia adalah ad-din yang berintikan iman dan amal. Iman itu merupakan aqidah atau pokok dan diatasnya berdiri syariat islam.
Firman Allah:
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu member buahnya pada setiap musim dengan izin tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat”(Ibrahim:24-25)

Asas aqidah islamiyah adalah tauhid kepada Allah. Tauhid di dalam Islam adalah inti dari Islam itu sendiri. Al-Quran keseluruhannya berbicara tentang tauhid, baik dalam ayat-ayat yang mengandungi cerita, berita tentang adalah serta sifat-sifatNya dan juga di dalam ayat-ayat menerangkan makhluk dan perbuatannya. Bersumberkan dari tauhid ini lahirlah cabang-cabangnya yang berupa peraturan-peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia dan manusia dengan tuhannya. Dalam semua bentuk peraturan ini, tujuan utamanya adalah untuk memperkuatkan serta menanam tauhid kepada Allah ke dalam hati setiap orang yang beriman.
Pengertian keimanan atau aqidah tersusun daripada enam perkara:
1)Keimanan kepada Allah
2)Keimanan kepada Malaikat
3)Keimanan kepada Kitab-Kitab
4)Keimanan kepada Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul
5)Keimanan kepada Hari Akhirat
6)Keimanan kepada Qada’ dan Qadar
1
Tauhid Rububiyyah dan Pengertiannya
Beriman kepada Tauhid Rububiyyah bererti mempercayai Allah sebagai Raba tau Pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu perkara. Ini juga bererti mengimani bahawa tiada ada saingan dalam pemerintahannya. Allah adalah pemberi segala-galanya dan tidak ada sesiapa yag dapat melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan melainkan dengan izinNya. Beriman dengan Tauhid Rububiyyah juga bererti beri’tiqad bahawa Allah ialah tuhan yang Menciptakan alam, mentadbir, memilikinya, member rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. Beriman bahwa hanya Allah satu-satunya Rabb yang memiliki, merencanakan, menciptakan, mengatur, memelihara, memberi rezeki, memberikan manfaat, menolak mudharat serta menjaga seluruh alam semesta.
Firman Allah:
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Rab) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: Tuhanku yang menghidupkan dan mematikan. Ibrahim berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dari barat, lalu terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.
Tauhid Uluhiyyah dan Pengertiannya
Persaksian terhadap Rububiyyah Allah menuntut manusia untuk beriman kepada Tauhid Uluhiyyah melalui ibadah. Ibadah dalam ertinya yang sebenar, iaitu setiap perbuatan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Oleh itu maksud Tauhid Uluhiyyah ialah seseorang itu mentauhidkan Allah dari segi Ubudiyyah, iaitu peribadatan atau sembahan. Beriman kepada Uluhiyyah Allah bererti beri’tiqad bahawa hanya Allah berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan ditumpui untuk meminta. Tauhid Uluhiyyah juga menuntut seseorang meyakini kemutlakan kekuasaan Allah atas segala sesuatu di dalam alam semesta ini. Beriman kepada Tauhid Uluhiyyah bermaksud menolak segala selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah Lailahaillallah, kerana Tauhid Uluhiyyah inilah, maka Allah telah mengutuskan rasul-rasulnya.
2
Firman Allah:
“Dan tiada Kami mengutuskan seorang Rasul sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya bahawasanya tidak ada Ilah melainkan Aku, maka sembahlah olehmu akan Aku”(Al-Anbiya’:25)
“Sesungguhnya kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”(An-Nahl:36)

Tauhid Rububiyyah menghubungkan Tauhid Uluhiyyah

Seperti yang telah dinyatakan di atas, Tauhid al-Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagi-Nya di dalam Rububiyyah. Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja layak disembah, selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk sekalipun. Al-Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy agar mengakui Tauhid al-Rububiyyah. Apabila mereka menerima Tauhid al-Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan yang menghubungkan mereka dengan Tauhid al-Uluhiyyah. Hakikat ini jelas dan tidak boleh dicuai atau diselindungkan lagi.
Firman Allah:
“Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatu apapun? Sedangkan berhala-berhala tersebut adalah buatan manusia.” (Al-A’raf:191)

3
“Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapakah kamu tidak mengambil pengajaran?” (An-Nahl:17)


“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiada mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah.” (Al-Hajj: 73)
Ayat-ayat tersebut mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu hakikat yang nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak berkuasa untuk mencipta sesuatu walaupun seekor lalat. Jika lalat itu mengambil atau merampas sesuatu daru mereka, maka mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali. Ini menunjukkan betapa lemah yang meminta dan lemah pula yang dipinta. Oleh itu akal yang sejahtera tidak boleh menerima penyembahan selain daripada Allah. Dalam peribadatan mereka tidak boleh mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Allah adalah al-Khaliq Yang Esa. Selain daripada-Nya adalah lemah dan dhaif belaka.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat kita fahami adalah bahawa ad-din adalah satu cara hidup. Ia adalah satu sistem yang merangkumi peraturan-peraturan yang menyeluruh dan undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk mereka menerima dan mengamalkannya secara menyeluruh. Penggunaan agama dalam pengertian yang biasa digunakan oleh masyarakat masa kini tidak sesuai bagi Islam. Ini adalah kerana pengertian agama biasanya dikaitkan dengan beberapa upacara “keagamaan” yang begitu sempit dan terbatas. Perkataan aqidah berasal daripada pecahan dari perkataan ‘aqad’ yang umumnya bererti ikatan atau simpulan, biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dirasa seperti tali dan seumpamanya. Berpandukan kepada asal perkataan tadi maka perkataan aqidah boley difahamakan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai. Tauhid uluhiyyah Ia ialah pengesaan Allah dengan penyembahan (ibadah), dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersama Allah sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembah Allah Ta`ala dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tauhid yang orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah tauhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya kitab-kitab. Konsep aqidah yang sebenarnya seperti yang diterangkan di atas tadi itulah yang diistilahkan oleh Islam sebagai IMAN.

No comments:

Post a Comment