Tajuk: Kewajipan menunaikan zakat

ABSTRAK
Zakat merupakan amalan yang wajib di dalam Islam. Keadaan orang-orang miskin dan golongan tak punya keluarga dan saudara mara yang berdekatan serta sejauh mana ajaran-ajaran dan agama-agama sebelum Islam memperihatinkan nasib dan memperbaiki keadaan mereka. setelah mempelajarikan dan memperbandingkannya bahawa Islam telah berjaya menanganikan persoalan penting ini secara sistematik dan mendasar daripada agama-agama. Justeru kewajipan zakat disebut dalam Al-Quran, sunnah dan Ijma’ulama. Zakat juga merupakan sumbangan besar kepada negara supaya tidak menjadi mundur dan menghapuskan baka-baka kemiskinan dan penderitaan.

Zakat ialah sesuatu kesucian, perkembangan dan kebaikan. Sesiapa yang mengeluarkan zakat akan menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang menjadi suci. Zakat perlu diberikan kepada orang yang memerlukannya dan berhak menerimanya. Zakat juga berpusat pada keimanan, tetapi hujungnya adalah menciptakan terwujudkan kejahteraan sosial. Di samping itu juga, zakat telah terbukti dapat mengurangi jumlah orang miskin di beberapa tempat tertentu. Orang yang berhak menerima zakat ialah fakir, miskin, amil zakat, orang-orang muallaf (yang dijinakkan hatinya), orang yang berhutang, orang yang berjuang Fi Sabilillah dan Ibnu Sabil. Justeru, ajaran Islam memberikan peringatan dan ancaman juga keras terhadap orang yang enggan mengeluarkan zakat.

Sebagai seoarang Islam usaha harus dibuat bagi memahamkan orang ramai tentang kewajipan zakat, serta falsafah disebalik hokum tersebut. Mereka juga harus difahamkan bahawa zakat bukan sahaja merupakan ibadat yang dimestikan kepada mereka yang mencukupi syarat tetapi ia adalah sebagai alat yang berkesan bagi menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam. Oleh itu, kita sebagai umat Islam harus menunaikan kewajipan berzakat bagi menyempurnakan rukun Islam.

PENDAHULUAN

Sebelum saya menghuraikan wajib dan kedudukan zakat di dalam Islam, terlebih dahulu, saya akan menerangkan bagaimana keadaan orang-orang miskin dan golongan tak punya dalam masyarakat sebelum Islam, serta sejauh mana ajaran-ajaran dan agama-agama sebelum Islam itu memperhatikan nasib dan memperbaiki keadaan mereka. Hal ini kerana kita akan lebih mengetahui setelah mempelajari dan memperbandingkannya bahawa Islam telah lebih berjaya menangani persoalan penting ini secara sistematik dan mendasar daripada agama-agama, serta telah mendirikan dengan kukuh bangunan keadilan dan solidaritas sosial di atas landasan kukuh dan kuat yang dipersembahkan oleh Al-Quran dan diperjelaskan oleh Sunnah Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam

Kemiskinan dan orang-orang miskin sudah dikenal oleh manusia dan jauh sejarah, semenjak zaman-zaman lampau. Oleh kerana itu beralasan sekali apabila kita menyatakan bahawa kebudayaan umat manusia dalam satu kurunnya tak pernah sepi dari orang-orang yang berusaha membawa kebudayaan itu memperhatikan nilai manusiawi dasar, yaitu perasaan merasa tersentuh melihat penderitaan orang-orang lain dan berusaha melepaskan mereka dari kemiskinan dan kepapaan atau paling kurang meringankan nasib yang mereka derita tersebut.

Landasan kewajipan zakat disebut dalam Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Ulama. Zakat juga merupakan sebahagian besar dari pendapatan Negara bagi menjadikan Negara-negara dulu kaya dan makmur, serta tak mengenal kemiskinan dan penderitaan.

Zakat mempunyai dua pengertian: iaitu pengertian dari segi bahasa (fit Lughah) dan pengertian dari segi istilah (syarak). Dari segi bahasa, zakat bermaksud keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Sebab dinamakan zakat ialah kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala kerosakan sebagaimana Ibnu ‘Taimiah berkata; “Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara maknawi”.

Dari segi syarak pula, zakat bermaksud sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran atau ia juga boleh diertikan dengan kadar tertentu dari harta tertentu yang diberikan kepada golongan tertentu dan lafaz zakat juga digunakan terhadap bahagian tertentu yang dikeluarkan dari harta orang yang wajib mengeluarkan zakat.

Zakat Syar’ie terkadang dinamakan sedekah di dalam bahasa Al-Quran dan Hadis, kerana kata ‘sedekah’ itu sendiri mempunyai makna dan pengertian yang lebih luas, termasuk di antaranya (di dalamnya) ‘zakat’. Hal ini sudah dimaklumi sebagaimana firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang bermaksud;

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka” (Surah at-Taubah:103)
Manakala di dalam Hadis Sahih pula, Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabdakepada Muaz ketika baginda mengutuskannya ke Yaman: “Beritahulah kepada mereka bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala mewajibkan mereka mengeluarkan sedekah (zakat) dari harta mereka, sedekah tersebut diambil daripada orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan kepada orang-orang yang miskin di kalangan mereka. ” Hadis ini dikeluarkan oleh jemaah ahli hadis.

Bagi mereka, kata-kata zakat itu sendiri tidak jelas asal usulnya dalam bahasa Arab dan baru dikenal Nabi dalam pengertian yang lebih luas kerana beliau mengetahuinya dari pengertian yang diberikan orang Yahudi dan orang Aramaik. Bersama dengan sedekah, Rasul mungkin mengenal konsep ini dari orang Yahudi yang ditemuinya di Madinah. Konsep seperti ini sangat diperlukannya dalam rangka memberikan bantuan pada orang Muhajirin yang baru datang dari Makkah. Dalam pemikiran para sarjana Muslim di Nusantara, zakat adalah alat pemerataan dan mencegah tertumpuknya modal sehingga tidak akan lahir monopoli dan monopsoni. Baginya zakat berpusat pada keimanan, tetapi hujungnya adalah menciptakan terwujudkan kesejahteraan sosial. Penelitian membuktikan, zakat telah terbukti dapat mengurangi jumlah orang miskin di beberapa tempat tertentu. Kerana itu zakat dapat difahami dalam konteks yang lebih real dan lebih nyata.

Bagi golongan Syi’ah hal ini tidak menjadi masalah, kerana seperti dilaporkan Nasar (1975), dalam kalangan Syi’ah amalan khums adalah suatu amalan yang telah biasa. Amat menarik apa yang dilaporkan Thabbarah (h. 317-318) tentang perbezaan antara fakir dan miskin dalam membicarakan golongan-golongan orang yang berhak menerima zakat. Menurut pendapat ‘Akramah Maula Ibn ‘Abbar, yang dimaksudkan dengan fakir itu ialah golongan miskin kaum Muslim, sedangkan yang dimaksudkan dengan miskin itu adalah golongan miskin kaum bukan Muslim (ahl al-kitab).

Pendapat ini diperkuat pula oleh pendapat ‘Umar bin Khattab yang menafsirkan al-masakin dengan golongan lemah ahl al-kitab. Suatu kali ia melihat seorang zhimmi yang buta tergeletak di pintukota. ‘Umar bertanya kepadanya: ‘Kenapa anda?’ Ia menjawab: ‘Dahulu mereka memungut jizyah dariku. Ketika saya buta mereka melantarkan saya. Tidak ada orang yang membantu saya sedikit pun. ’Umar menjawab: ‘Kalau begitu, kami telah berlaku tidak adil terhadapmu. ’
Setelah itu ia memerintahkan agar diberi makan dan belanja untuk memperbaiki tingkat hidupnya. ‘Umar berpendapat ini adalah penafsiran perkataan Tuhan, innama ‘I-shadaqatu li ‘I-fuqara’wa ‘I, masakin. Namun pendapat itu tentu sahaja bertentangan dengan pendapat jumhur ahli fiqah yang berpendapat, zakat itu hanya diberikan kepada orang Islam sahaja.

Allah Subhanahu wa ta’ala telah menentukan di dalam Al-Quran antara golongan-golongan yang berhak menerima zakat ialah:fakir, miskin, amil zakat, orang-orang muallaf (yg dijinakkan hatinya), orang yang berhutang, orang yang berjuang Fi Sabilillah dan Ibnu Sabil. Sebagai contoh yang boleh dihuraikan adalah seperti berikut:

Fakir: Fakir ialah orang yang memerlukan bantuan dan mereka tidak memperolehi hasil pendapatan yang secukupnya untuk menampung keperluan asas.

Miskin: Mereka adalah orang yang memiliki harta atau mempunyai sumber pendapatan yang sesuai untuk menampung sebahagian dari keperluannya tetapi masih lagi tidak mencukupi mengikut pendapat jumhur (majoriti) ulama.
Selain itu, kadar zakat yang telah ditentukan bagi golongan yang berhak terima zakat dari harta zakat adalah sebanyak 1/8 atau 12. 5% dari keseluruhan hasil zakat. Jika 1/8 tidak mencukupi, hendaklah diambil baki yang lebih dari agihan zakat yang lain, atau dari Baitulmal atau dari org-org kaya, mengikut syarak.
Kepentingan Zakat: Al-Quran menyatakan bahawa kesediaan berzakat dipandang sebagai penunjuk utama ketundukan seseorang terhadap ajaran Islam (Surah 9:5 dan Surah 9:1) cirri utama mukmin yang akan mendapat kebahagiaan hidup (Surah 23:4) ciri utama mukmin yang akan mendapat rahmat dan pertolongan Allah (Surah 9:73 dan Surah 22:40-41) kesediaan berzakat dipandang pula sebagai orang yang selalu berkeinginan untuk membersihkan diri dan jiwanya dari berbagai sifat buruk seperti bakhil, ego, rakus, tama’, sekaligus berkeinginan untuk membersihkan, mensucikan dan mengembangkan harta yang dimiliki (Surah:9:103 dan Surah 30:39).
Sebaliknya, ajaran Islam memberikan peringatan dan ancaman yang keras terhadap orang yang enggan mengeluarkan zakat. Diakhirat kelak, harta benda yang disimpan dan ditumpuk tanpa dikeluarkan zakatnya, akan berubah menjadi azab pemiliknya (Surah:9:34-35)
Siapa yang tidak berzakat, tidak sembahyang baginya. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menghukum Tha’labah yang enggan berzakat dengan pemulauan yang berpanjangan. Tidak ada sahabat pun yang mahu berhubung dengannya, sekalipun sekadar bertegur sapa. Kewajipan menunaikan zakat yang demikian tegas dan mutlak di dalam ajaran yang terkandung hikmah dan manfaatnya.

KESIMPULAN
Banyak perkara lagi yang mesti dilakukan demi kepentingan agama Islam di Negara ini. Selagi kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak disertai denganpenjiwaan dan perlaksanaan yang menyeluruh, selagi itulah masih akan tertanya-tanya di kalangan umat Islam, di mana letaknya agama Islam.

Pembayaran zakat melalui saluran tidak rasmi tidak seharusnya mengutamakan kesalahan-kesalahan yang lebih berat lagi, iaitu kesalahan mereka yang tidak membayar zakat. Setiap peraturan zakat itu menerima pemberian zakat kepada asnaf yang delapan seperti yang dijelaskan oleh firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang bermaksud, “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu untuk orang-orang fakir, orang miskin, Amil-amil, mualaf (org yg baru memeluk Islam), hamba-hamba Mukatab (hamba-hamba yg telah dijanjikan kemerdekaan setelah membayar tebusan), orang-orang yg berhutang, mujahid Fi-Sabilillah (orang yang berjuang dijalan Allah SWT) dan musafir yang terlantar dalam perjalanan. Itulah kefarduan daripada Allah Subhanahu wa ta’ala dan Allah Subhanahu wa ta’ala itu maha mengetahui lagi maha bijaksana. ”

Selain itu, usaha harus dibuat bagi memahamkan orang ramai tentang kewajipan zakat, serta falsafah disebalik hukum tersebut. Mereka harus difahamkan bahawa zakat bukan sahaja merupakan ibadat yang dimestikan kepada mereka yang mencukupi syarat tetapi ia adalah sebagai alat yang berkesan bagi menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam. Justeru itu, penerangan-penerangan zakat, baik melalui buku-buku atau syarahan, perlu dipergiatkan. Ia tidak hanya dilakukan pada musim-musim atau bulan-bulan tertentu sahaja bahkan disepanjang tahun.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam harus menunaikan kewajipan berzakat bagi menyempurnakan rukun Islam dalam kehidupan seharian kita di dunia ini kerana setiap amalan yang kita lakukan akan dihitung di akhirat kelak. Firman Allah ada menyebut:
Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah al-Baqarah :43)


SENARAI RUJUKAN
1. Abdul Malik Rahman (2003). Ibadah Zakat dan Segala Masalahnya, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise.
2. Al-Imam Al-Ghazali (1995), Rahsia Serta Hakikat Ibadat Puasa dan Zakat, Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publishers.
3. Dr. M. Yusuf Qardawi (1988). Studi Komparatif mengenai Status dan Filsafat Zakat berdasarkan Quran dan Hadis, Singapura, Penerbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd.
4. Dr. Mohd Ali Haji Baharum (1989). Zakat ditinjau dari Perspektif Sosial, Undang-undang dan Taksiran, Kuala Lumpur, Dewan Pustaka Islam.
5. Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad (tiada tahun). Hidup Ibadat, Alor Setar, Darul ‘Ulum.

Ustaz Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com