Tajuk: Puasa Sunat Yang Rasulullah S.A.W Melakukannya

ABSTRAK
Antara jenis-jenis puasa wajib adalah puasa di bulan Ramadhan dimana merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Selain itu terdapat juga Puasa Kifarah dan Puasa Nazar. Begitu juga dengan puasa sunat, dimana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam turut melaksanakannya. Hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi umat Islam ialah Puasa enam hari pada bulan Syawal, Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam, dan Puasa pada Hari Isnin dan Khamis. Selain daripada puasa wajib iaitu puasa di bulan Ramadhan, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga telah melaksanakan puasa-puasa sunat. Puasa sunat ditetapkan pada hari-hari berkenaan dimana di luar daripada bulan Ramadhan. Antara jenis jenis puasa sunat yang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri melakukannya ialah Puasa enam hari dalam bulan Syawal. Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun. " (Riwayat Muslim). Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan. Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti, Tanda bersyukur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga, Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah Subhanahu wa ta’ala Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka, Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi, Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup, dan Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya. "

PENDAHULUAN
Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Antara jenis-jenis puasa wajib adalah puasa di bulan Ramadhan dimana merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Selain itu terdapat juga Puasa Kifarah dan Puasa Nazar. Begitu juga dengan puasa sunat, dimana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam turut melaksanakannya. Hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi umat Islam ialah Puasa enam hari pada bulan Syawal, Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam, dan Puasa pada Hari Isnin dan Khamis.
Selain daripada puasa wajib iaitu puasa di bulan Ramadhan, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga telah melaksanakan puasa-puasa sunat. Puasa sunat ditetapkan pada hari-hari berkenaan diman di luar daripada bulan Ramadhan.

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala serta mengharapkan limpah kurnia-Nya. Firmah Allah Subhanahu wa ta’ala menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Antara jenis jenis puasa sunat yang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri melakukannya ialah Puasa enam hari dalam bulan Syawal. Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun. " (Riwayat Muslim). Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

Seterusnya ialah Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah). Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah radhiallahu ‘anhu. ujurnya, Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya. " (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi). Menerusi hadith daripada Abi Qatadah radhiallahu ‘anhu. juga bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang. " (Diriwayat oleh Muslim).

Puasa pada bulan Muharram juga merupakan antara puasa sunat yang patut diamalkan. Daripada Abi Hurairah radhiallahu ‘anhu. katanya, telah bersabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam. " (Riwayat Muslim). Daripada Ibu 'Abbas radhiallahu ‘anhu. katanya, telah bersabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari. " (Dikeluarkan oleh al-Tabrani).

Jenis puasa sunat yang seterusnya ialah Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram). Daripada Abi Qatadah radhiallahu ‘anhu. bahawasanya Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu. " (Riwayat Muslim).

Puasa bulan Sya'aban pula menerangkan, daripada Usamah bin Zaid radhiallahu ‘anhu. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban. " Sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam : "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa. " (Riwayat al-Nasai). Ummu Salamah radhiallahu ‘anhu. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan. " (Riwayat al-Turmuzi).

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga melaksanakan Puasa pada hari Isnin dan Khamis. Daripada Abi Hurairah radhiallahu ‘anhu. daripada Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah Subhanahu wa ta’ala ) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa. " (Riwayat al-Turmuzi). Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa. w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku. " (Subul al-Salam).

Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat merupakan puasa sunat yang seterusnya. Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya radhiallahu ‘anhu. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka. " (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi). Daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah Subhanahu wa ta’ala membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani). Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar radhiallahu ‘anhu., Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa. " (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

Puasa pada hari Putih (13, 14 dan 15 bulan Islam). Diriwayatkan daripada Jarir radhiallahu ‘anhu. daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13, 14 dan 15 (bulan Qamariyah). " (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih). (ABDUL LATIFF, 2001:92)

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan yang boleh dibuat, Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala serta mengharapkan limpah kurnia-Nya. Firmah Allah Subhanahu wa ta’ala menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:  "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat. " Sabda Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit. "

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti, Tanda bersyukur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga, Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah Subhanahu wa ta’ala Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka, Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi, Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup, dan Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya. " Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang telah disebutkan tadi.

Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com