ABSTRAK
Sebagai makhluknya, maka kita hendaklah menggalakan diri kita intuk berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala menggunakan Asma’ al-Husna. Ini kerana terdapat banyak kelebihan yang bakal kita perolehi melalui doa tersebut. Untuk memastikan doa kita diterima oleh Allah Subhanahu wa ta’ala maka ada adab-adab yang perlu kita ikuti. Sesuatu doa itu hendaklah dimulai dengan menyebut nama Allah kerana berdasarkan hadis nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Ibni Hibban bahawasanya nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Setiap urusan atau, urusan yabg mempunyai kebaikan (penting) yang tidak dimulai padanya dengan menyebut ‘Bismillahhirrahmanirrahim’ maka pekerjaan atau urusan itu akan pincang, tidak sempurna (terputus dari rahmat Allah). Secara kesimpulanya, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk memohon doa kepada Allah sama ada kita berada didalam kesusahan mahupun kesenangan.
PENDAHULUAN
Allah Subhanahu wa ta’ala merupakan Tuhan yang maha agung. Tiada satu pun makhluk dimuka bumi ini mampu mengatasi kuasa yang dimilikinya, dan tiada satu makhluk pun yang dapat menandingi ilmu Allah Subhanahu wa ta’ala kerana ilmu yang dimilikinya tidak terbatas dan maha luas jika dibandingkan dengan ilmu yang dimiliki oleh makhluknya yang amat terbatas dan tidak menyeluruh. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam surah AN-NAML ayat ke- 65 yang bermaksud, katakanlah”Tidak ada yang tahu tentang hal yang ghaib baik penghuni langit mahupun penduduk bumi selain Allah. Mereka tidak tahu bila akan dibangkitkan”. Jelaslah berdasarkan firman Allah, kita sebagai makhluknya adalah sangat kerdil dan tidak berkuasa.
Sebagai makhliknya, kita hendaklah menggalakan diri kita untuk berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala menggunakan Asma’ al-Husna. Ini kerana, terdapat banyak kelebihan yang bakal kita perolehi melalui doa tersebut. Doa –doa tersebut akan menyusul pada helaian yang akan datang. Asma al-Husna merupakan nama-nama Allah dan mempunyai 99 kesemuanya. Antaranya adalah Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Aziz, Al-Jabbar dan banyak lagi. Setiap nama-nama tersebut mempunyai maksud yang baik-baik. Ia dapat menenangkan hati kita. Nama-nama Allah ini bamyak terdapat didalam Al-Quran. Maka eloklah sekiranya jika kita berdoa menggunakan nama-nama Allah. Kita boleh mencari doa-doa ini di buku-buku ataupun Al-Quran kerana dengan Al-Quran lah kita mengenali Asma al-Husna. Kita boleh menggunakan doa ini sama ada selepas sembahyang, ketika kita mendapat kesenangan ataupun ketika kita ditimpa kesusahan.
1) CARA MENYUSUN SESUATU DOA
Untuk memastikan doa kita diterima oleh Allah, maka ada adab-adab yang perlu kita ikuti:
a) Sesuatu doa itu hendaklah dimulai dengan menyebut nama Allah kerana berdasarkan hadis nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Ibni Hibban bahasanya nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Setiap pekerjaan atau urusan yang mempunyai kebaikan (penting) yang tidak dimulai padanya ‘Bismillahhirrahmanirrahim’ maka pekerjaan atau urusan itu akan pincang, tidak sempurna (terputus dari rahmat Allah). Ini menunjukan kalimat ‘Basmallah’ begitu penting lebih-lebih lagi semasa kita memohon doa kepada Allah.
Apabila selesai melafazkan kalimat Basmallah, maka hendaklah kita memuji Allah. Telah diceritakan oleh Tahalah Ibni Ubaid bahawa Rasulullah mendengar seorang lelaki terus berdoa didalam sembahyang (iaitu didalam duduk tasyahud sebelum salam) sebelum ia memuji Allah dan berselawat kepada Baginda. Maka Baginda pun memberitahu kepada orang yang berada disisinya dengan katanya, ‘Orang itu telah bergegas (bergopoh-gapah). Sesudah orang yang bergopoh-gapah itu selesai menunaikan sembahyang, maka Baginda pun memanggilnya lalu berkata, ‘Apabila sembahyang seseorang kamu dan hendak berdoa didalamnya, hendaklah dia memulakan doanya dengan memuji Allah dan membesarkannya. Sesudah itu, barulah berdoa memohon apa-apa yang dihajati. (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai). Sekurang-kurangnya lafaz pujian lepada Allah ialah Alhamdulillah.
Berikut adalah doa-doa yang terdapat nama-nama Allah :
1) DOA PENUTUP
Ya tuhan kami, perkenankanlah doa kami, sesungguhnya engkau penerima taubat lagi penyayang.
Maha suci Tuhanmu, Tuhan kemuliaan (suci) dari sifat-sifat yang mereka ada-adakan dan sejahtera atas para Rasul, dan segala puji bagi Allah seru sekalian alam.
2) DOA QUNUT
Hai tuhanku, tunjukilah aku bersama orang yang telah engkau tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah engkau afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah engkau pimpinkan. Dan berkatilah aku pada apa-apa yang telah engkau berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara-perkara yang telah engkau qadhakan (hukumkan). Bahawasanya tidak terhina orang yang telah engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang telah engkau musuhi. Amal berkat engkau hai tuhan kami dan maha tinggi engkau. Maka bagimu pujian diatas apa yang telah engkau hukumkan. Dan minta ampun aku kepada engkau. Dan Allah sejahterakanlah junjungan kami Muhammad yang ummiy (tidak tahu membaca) dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
1. "Ya Allah!"apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi
selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang
besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,
maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup
akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa
cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan
mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah
tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati
seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani &
rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi
segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita,
keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh,
InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana
penuh kewibawaan.
10. "Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua
musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan
mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12. "Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah
yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan
memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13. "Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang
sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita
akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14. "Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai
anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari
Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air &
dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk
berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi
hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak,
bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yangsoleh.
15. "Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)
bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat
Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16. "Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati
kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah
orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang
siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau
kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya
solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa
berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan
ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh,
InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima
nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat
Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin
dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
KESIMPULAN
Secara kesimpulanya, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk memohon doa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala sama ada kita berada didalam kesusahan ataupun kesenangan. Kerana setiap pemberian Allah pasti ada hikmahnya sama ada musibah atau kesenangan. Firman Allah dalam surah AL-KAHF ayat 107 yang bermaksud, “Adapun bagi orang-orang yang beriman dan berbuat amal soleh disediakan syurga firdaus sebagai tempat tinggalnya”. Berdasarkan firmanya itu, kita sebagai hamba dimuka bumi ini hendaklah sentiasa mensyukuri nikmatnya dan sentiasa beriman kepadanya kerana balasan syurga menanti hambanya.
Ustaz Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com