Tajuk: Faktor Umat Islam Mundur Sering Menyalahkan Taqdir

ABSTRAK
Apa pun yang terjadi di dunia dan yang menimpa diri manusia pasti telah digariskan oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala) yang Maha kuasa dan Maha bijaksana.. Kematian, kelahiran, rezeki, jodoh, bahagia, dan celaka telah ditetapkan sesuai ketentuan-ketentuan ilahi yang tidak pernah diketahui oleh manusia. Dengan tidak adanya pengetahuan manusia tentang ketetapan dan ketentuan Allah (Subhanahu wa ta’ala) ini, maka ia memiliki peluang atau kesempatan untuk berlumba-lumba menjadi hamba yang solih, berusaha keras untuk mencapai yang dicita-citakan tanpa berpangku tangan menunggu taqdir dan berupaya memperbaiki diri sendiri. Oleh itu, konsep-konsep qadha dan qadar mestilah difahami untuk diserapkan di dalam kehidupan seharian sebagai panduan hidup. Maka boleh di ringkaskan bahawa qadha` dan qadar adalah percaya bahawa sesuatu yang berlaku samada sesuatu yang baik atau buruk adalah perkara yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. walaupun, masalah qadha` dan qadar menjadi ajang perselisihan di kalangan umat Islam, tetapi Allah (Subhanahu wa ta’ala) telah membuka hati para hambanya yang berimani tu sentiasa menempuh jalan kebenaran dalam pemahaman dan pendapat. Menurut mereka qadha` dan qadar adalah termasuk rububiyah Allah (Subhanahu wa ta’ala) atas makhluknya. Antara salah faham termasuklah tentang Jabariayah iaitu orang yang berpendapat bahawa manusia terpaksa dalam perbuatannya, tidak mempunyai kehandak dan keinginan. Jabariah adalah pemahaman yang dimaunkan orang Jabri dan Qodariyah pula ialah orang yang berpendapat bahawa manusia memiliki kebebasan dalam perbuatannya dan mengingkari adanya takdir. Qadariyah adalah pemahaman yang dimaunkan orang Qadari. Namun, kedatangan Islam dengan membawa konsep-konsep dan fahaman yang betul berjaya mengatasi masalah salah faham tersebut daripada tersebar luas. Dengan adanya qadha dan qadar tidak sedikit pun menutup ruang bagi manusia untuk melakukan perbuatan menurut kamahuan dan pilihannya sendiri. Dan dia akan merasakan akibat dari pilihannya. Allah (Subhanahu wa ta’ala) memerintah manusia untuk memilih rangkaian yang baik agar ia dapat mencapai syurga dan melarang manusia memilih rangkaian yang buruk yang membawa kepada neraka. Hukum di atas ala mini telah ditetapkan oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala) sacara adil dan teratur oleh itu, kita sebagai hambaNya hendaklah mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya.

PENDAHULUAN
Bersyukur kepada Allah (Subhanahu wa ta’ala) serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam para keluarga serta para sahabat yang telah membawa kebenaran, menyampaikan amanat kepada umat dan berjihat dijalanNya sehingga ke akhir hayat. Serta dilimpahkan Allah (Subhanahu wa ta’ala) akan rahmat kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Amin ya rabbal a`lamin. Dengan kehendak dan iradat Allah Subhanahu wa ta’ala, dapat saya usahakan tugasan ini dengan kadar yang termampu oleh tenaga dan kesanggupan yang ada pada diri saya yang lemah dan serba kekurangan ini. Sudah sejak dahulu masalah qadha` dan qadar menjadi masalah perselisihan di kalangan umat Islam. Diriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam keluar menemui sahabatnya, ketika itu mereka sedang berselisih tentang masalah qadha` dan qadar (takdir) maka beliau melarangnya dan memperingatkan bahawa kehancuran umat-umat terdahulu tiada lain kerana perdebatanseperti ini. Oleh itu, untuk mengatasi masalah persilisihan faham terhadap qadha dan qadar kita seharuslah mengetahui dan memahami konsep-konsep yang sebenar qadha dan qadar termasuklah juga faktor-faktor berlakunya salah faham dan juga kita perlu mengetahui cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut supaya kita dapat menjadikannya teladan dan panduan bagi kehidupan seharian kita. Semua perkara yang berlaku di alam ini adalah mengikut ketetapan Allah (Subhanahu wa ta’ala) yang azali jadi kita sebagai manusia dikurniakan akal fikiran, tanaga dan boleh berikhtiar. Dengan akal fikiran dan tenaga, manusia disuruh berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Manusia dilarang berdiam diri seolah-olah berserah pada nasib dan taqdir Allah (Subhanahu wa ta’ala) sebelum mereka berusaha. Kita sebagai hamba Allah (Subhanahu wa ta’ala) hendaklah faham bahawa berlakunya sesuatu perkara adalah bersebab. orang yang Berjaya adalah disebabkan mereka berusaha manakala orang yanh gagal pula adalah disebabkan mereka malas berusaha. Permahonan kepada Allah (Subhanahu wa ta’ala) akan sesuatu yang berguna menunjukkan bahawa Allah (Subhanahu wa ta’ala) lah yang berhak member dan memiliki rahmat, nikmat di mana manusia tidak mampu mencapai dan memperolehnya hanya dengan kekuatan, pengatahuan dan kepandaiannya sendiri. “Menghindari taqdir maksiat dengan melakukan taqdir amal solih. Sesungguhnya amat beruntung lah orang yang mensucikan jiwanya (As Syam:9).

KONSEP-KONSEP QADHA`DAN QADAR
1. 1 Definisi Qadha dan Qadar
Beriman kepada qadha` dan qadar adalah rukun iman yang terakhir. Qadha` dan qadar sebenarnya membawa kepada banyak maksud seperti kata Imam az-Zuhri, ”Qadha`secara etimologi memiliki erti yang banyak. Dan semua pengertian yang berkaitan dengan qadha kembali kepada makna kesempurnaan…” (An-Nihayat Fii Ghariib Al-Hadits, Ibnu Al-Atsir 4/78). Secara umumnya maksud percaya kepada qadha` dan qadar adalah mempercayai bahawa kebahagiaan dan kecelakaan itu adalah perkara yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Maka tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui akan janji kebahagiaan dan kecelakaan bagi dirinya dan bagi orang lain. Wajib mempercayai bahawa segala perkara yang telah berlaku dan yang berlaku itu ialah dengan kehendak Allah (Subhanahu wa ta’ala) dan dengan kekuasaanNya (Wong Ahmad Kanal, 1995, 29). Oleh itu, kita mestilah percaya dan yakin bahawa setiap apa yang berlaku telah ditentukan oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala) dan tidak terkeluar daripada kudrat dan iradatNya. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah di bawah penguasaan Allah (Subhanahu wa ta’ala) seperti firmanNya di dalam Al-Quran maksudnya: “Tidak ada sesuatu bencana yang menimpa bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tercatat dalam kitab (Lauhul-Mahfuzh) sebelum kami mencipkannya. Sesungguhnya perkara itu amat mudah bagi Allah Subhanahu wa ta’ala. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah (Subhanahu wa ta’ala) tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. ” (Surah Al Hadid:Ayat 22-23). Secara khususnya qadha` ialah ketetapan Allah (Subhanahu wa ta’ala) yang azali terhadap semua makhluk dan apa sahaja perkara yang berlaku ke atas makhluk tersebut. Manakala qadar ialah pelaksanaan sesuatu perkara berdasarkan ketetapan Allah (Subhanahu wa ta’ala) yang azali (Hameed Amir Abdul, 2005, 25). Qadar terbahagi kepada dua iaitu qadar Mubram dan qadar Muallaq. Qadar Mubram ialah pelaksanaan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala) dan tidak berubah seperti ajal dan mati manakala qadar Muallaq ialah pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketetapan Allah (Subhanahu wa ta’ala) yang azali sesuai dengan usaha dan ikhtiar dengan izin Allah Subhanahu wa ta’ala. Allah (Subhanahu wa ta’ala) telah mantaqdirkan bahawa giat usaha adalah keuntungan di dunia dan amal solih dan hasil usahanya itu merupakan kebahagiaan di akhirat nanti. Sebaliknya apabila kita malas berusaha amal solih, maka kerugian di dunia dan di akirat dan termasuklah kita golongan orang-orang yang dibenci Allah (Subhanahu wa ta’ala) di dunia, dan diazab di akhirat kelak. ”Tidak ada sesuatu keberatan pun atas Nabi tentang apa yang telah ditetapkan Allah (Subhanahu wa ta’ala) baginya. (Allah (Subhanahu wa ta’ala) telah menetapkan yang demikian) sebagai sunnahNya pada nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah (Subhanahu wa ta’ala) itu suatu ketetapan yang pasti berlaku” (Al-Ahzad:38).

1. 2 Faktor berlakunya salah faham terhadap Qadha` dan Qadar.
Di antara filsuf Yunani telah membagi-bagi dirinya ke dalam beberapa kotak. Sebahagian berpendapat bahawa manusia tidak memiliki kemerdekaan dalam menentukan kehendak dan perbuatannya. Manusia dalam fahaman ini terikat pada kehendak mutlaknya tuhan. Manusia mengerjakan perbuatannya dalam keadaan terpaksa (fatalism/predestination). Perbuatan-perbuatan manusia telah ditentukan dari semula oleh qadha` dan qadar tuhan. segolongan lain berkata bahawa manusia mempunyai kebebasan mutlak dan kekuatan sendiri dalam mewujudkan perbuatan-perbuatannya, ia tidak pernah terpaksa tunduk dangan kekuatan di luar kesanggupan akalnya. Selain itu, yahudi, nashrani juga sefahaman dengan filsuf yunani yang membahagi dirinya kepada dua bahagian iaitu Jabariyah dan Qodariyah. Jabariyah ialah manusia terikat oleh qadha` dan qadar dalam setiap gerak dan perbutannya terpaksa tunduk kepada ketentuan muthlaknya tuhan (azali) hingga perbuatan baik dan buruk pun sebenarnya bukan kehendak manusia. Manusia tidak menanggung risiko dosa. Manakala Qodariyah ialah manusia memiliki kebebasan mutlak dalam setiap gerakan dan aktifitasnya. Kekuatannya sama sekali tidak terikat oleh ketentuan tuhan. Begitulah juga bangsa Arab Jahiliyah pun terpengaruh oleh fahaman kedua golongan ini. Bangsa yang waktu itu bersifat sederhana dan jauh dari pengetahuan, terpaksa menyesuaikan hidupnya dengan suasana ketandusan padang pasir dan gunung-gunung yang gundul. Dalam keadaan demikian, mereka tidak banyak melihat jalan untuk mengubah keliling dan lingkungannya sendiri kerana merasa lemah dan tiada kuasa dalam menghadapi kesukaran-kesukaranhidupnya, di mana sehari-hari Nampak mereka bergantung kepada kekuatan natur. Hal inilah membawa mereka kepada fahaman fatalistis. Kemudian masuklah fahaman qodariyah yang dibawa oleh orang-orang bukan bangsa Arab yang merupakan tentangan hebat bagi fahaman mereka yang jabari. Fahaman qodariyah ini berpendirian bahawa perbuatan baik dan buruk manusia merupakan kehendak dan kemauannya sendiri secara mutlak. Fahaman ini menentang jeras pendirian yang mengatakan bahawa manusia dalam perbuatan-perbuatannya hanya bertindak menurut nasib yang telah ditentukan semanjak azali lagi. Fahaman qodariyah ini merupakan lawan kepada fahaman jabariah yang mengatakan bahawa manusia tak ubahnya seperti benda-benda mati yang geraknya telah ditetapkan dalam qadho` dan qodarnya tuhan. Selain itu, terdapat fahaman dari golongan Mu`tazilah pandangan rationalis iaitu satu arah. Dimana manusia bebas memilih menurut kehendaknya dan tidak terika oleh sesuatu selain kekuatan rationya. Kesimpulannya golongan ini lebih kepada fahaman qodariyah. Kaum Jahamiyah pula lebih cenderung kepada fahaman jabariyah.

1. 3 Cara-cara mengatasi salah faham
Islam muncul untuk melepaskan belenggu yang selama ini mengikat otak manusia. Islam dating untuk membebaskan akal manusia yang selama ini masih tertahan dalam penjara pertentangan. Islam diturunkan ubtuk mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju alam terang dengan ajarannya yang berperinsip” ummatan wasathon” untuk menjadi saksi nyata bagi manusia. Ia mengajak manusia untuk melihat alam ciptaan tuhan dan menyeru manusia untuk menyelidik kenyataan yang berlaku pada sunnatullah di bumi. Berdasarkan ayat Al-Quran yang bermaksud “Dan di atas bumi ini (penuh dengan) tanda-tanda (kekuasaan kami bagi mereka yang percaya dan dalam diri mereka sendiri apakah tidak mereka selidik?”) (Adz Dzariyat: Ayat 21). Dengan ajakan, seruan dan ajaran itu, maka muslimin bersatu dalam akidah, bergerak ke satu arah dan berbicara dengan satu bahasa. Akhirnya pertentangan dalam masalah Jabariyah dan Qodariyah pun pudar. Pertikaian pendapat mengenai kebebasan perlakuaan manusia musnah. ”Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah (Subhanahu wa ta’ala) dan jangan bercerai-berai” (Ali Imran:103).

KESIMPULAN
Kita seharusnya mempercayai qadha` dan qadar supaya perselisihan faham tidak berlaku. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga telah melarang kita untuk bertentangan dan berselisihan faham bahkan ditegaskan bahawa pengaruh daripada perselisihan itu hanyalah kegagalan semata-mata dan boleh menyebankan kerugian besar. Dalam sabdanya: “Bacalah Al Quran supaya berkumpul hatimu. Jika kamu berselisih pendapat, maka berdirilah di atasnya”. Berdasarkan firmanNya, maka kita telah diberi suatu keyakinan bahawa dengan hikmahNya, alam semesta ini diciptakan menurut iradatNya secara sempurna, tersusun rapi, indah dan kukuh, teratur sedemikian rupa. Dia yang memeliharanya dengan ilmu dan hikmahNya dalam pemeliharaan yang sebaik-baiknya. Diaturlah alam ini dengan suatu rumusan yang dalam dan penuh mengandungi nila-nilai ilmiah, hukum dan undang-undang yang telah ditetapkan, tidak ada perubahan pada sunnahNya dan tidak ada pergantian dalam ciptaanNya itu kerana telah terikat dalam suatu hukum sebab akibat. Allah (Subhanahu wa ta’ala) telah meletakkan hukum, undang-undang dan peraturan, penyebab pertama yang membuat akibat berdasarkan hasil usaha manusia menurut ikhtiarnya sendiri. Manusia tidak akan terjatuh ke dalam keburukan kecuali kerana melanggar kepada sunnah dan hukumNya di mana undang-undang, hukum, peraturan, ajaran dan sebab-sebab telah diturunkan lebih dahulu melalui para utusanNya. ”Tidak ada suatu kebenaran pun atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang apa yang telah ditetapkan Allah (Subhanahu wa ta’ala) baginya. (Allah (Subhanahu wa ta’ala) telah menetapkan apa yang demikian) sebagai sunnahNya pada nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah (Subhanahu wa ta’ala) itu suatu ketetapan yang pasti berlaku” (Al-Ahzab: 38). Dengan bekal kayakinan terhadap taqdir yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, seorang mukmin tidak pernah mengenal kata frustrasi dalam kehidupannya, dan tidak berbangga diri dengan apa-apa yang telah diberika oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Ia akan berubah menjadi batu karang yang tegar menghadapi segala gelombang kehidupan dan sentiasa sabar dalam menyongsong badai ujian yang silih berganti. Ia juga selalu bersyukur apabila kenikmatan demi kenikmatan berada dalam genggamannya. “ Sesungguhnya kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran” (Al Qamar:49).

RUJUKAN
1. Drawisy, Abul Wafa` Muhammad Syeikh (1946). Qadha` Qadar, PT Bina Ilmu JI. Tunjungan 53E, Surabaya Anggota IKAPI.
2. Nasar, H. Abdurrasyid (1980). Rintisan Pengetahuan Islam, PT Alma`arif. Jalan Tamblong, Bandung.
3. Ismail, Hj. Abu Bakar (2003). Eksikloprdia Islam untuk pelajar, Era Visi Piblication Sdn. Bhd No 10-1, Jalan Budiman 24, Taman Mulia, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
4. Yunus, Prof. Dr. H. Mahmud (2007). Tafsir Al-Quranul Karim, Victory Agencie P. O. Box 12359 50776 Kuala Lumpur.
5. Ahmad, Sufian (2003). Pendidikan Al-Quran dan Sunnah Tingkatan 5, Jalan Tanjung Api Off Jalan Teluk Sisik Kuantan Pahang: Percetakan Inderapura Sdn. Bhd.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com