Tajuk: Faktor Manusia Mencari Kemewahan Duniawi

ABSTRAK
Agama islam sentiasa menyeru umatnya supaya merenung, memerhati dan berfikir serta menyediakan berbagai lapangan untuk mereka berfikir dan perhatikan. Jika seseorang itu memerhatikan pada diri sendiri bahkan segala yang berada di sekitarnya, nescaya dia akan mendapat tanda-tanda yang menunjukkan kepada Allah (Subhanahu wa ta’ala) serta menerangkan tentang setengah-setengah bentuk kekuasaannya dan kesan-kesan rahmatnya. Sebagaimana yang kita ketahui hidup di dunia penuh dengan dugaan, dan penuh dengan duri-duri dan ranjau-ranjau yang sering membuatkan ramai orang hilang sabar, hilang ketahanan diri, hilang pedoman hidup, hilang ketenteraman jiwa dan hati dan seterusnya menyimpang dari jalan yang sebenarnya dan jalan yang lurus. Kehidupan yang abadi tak pernah berakhir, dan berkahnya tak akan ada yang habisnya. Mengingatkan ini semua tak perlu dijelaskan kepada orang awam sekalipun, bahawa manusia harusnya memilih sesuatu yang kekal. Sebaliknya, keinginan berlebihan terhadap sesuatu yang bersifat sementara merupakan puncak kebodohan. Pekerjaan mengumpulkan harta dan barang berharga serta menguruti keluarga dan anak-anak termasuk penyebab kelalaian dalam melaksanakan perintah Allah. Anda akan meninggalkan keluarga, anak-anak, harta benda, dan semua harta milik anda. Kesimpulannya, hati memainkan peranan yang penting dalam menentukan keperibadian seseorang sama ada ia menjadi insan yang baik dan berguna atau sebaliknya. Hati manusia diciptakan memiliki sifat-sifat yang baik iaitu ‘mahmudah’. Hati juga boleh dipimpin berdasarkan ilmu wahyu dimana manusia akan mengetahui banyak perkara contoh rahsia di sebalik kematian dan hari akhirat. Kelalaian dunia merupakan penyumbang terbesar kepada sifat lalai manusia. Lalai dari solat juga berpunca dari kelazatan dunia. Tentunya akan sangat menguntungkan jika seseorang dalam masa menunggunya yang pendek itu, menyibukkan diri dgn persiapan dan merencanakan barang-barang yang akan di bawa dalam perjalanan, agar berguna kelak, pada kedatangan di tempat tinggal yang lebih abadi.

PENDAHULUAN
Manusia kini leka dengan kemewahan di dunia sehinggakan hari yang penting dalam hidup manusia dilupakan. Pelbagai pandangan di utarakan tentang hari akhirat. Antanya berdasarkan buku rujukan yang menerangkan hari akhirat ialah hari yang menyatukan semua umat di muka bumi ini untuk dihitung amalannya. Barangsiapa yang amal ibadah nya lebih, maka ganjaran nya ialah pahala dan syurga yang bakal menanti. Bagi amalan yang kurang, maka Allah menjanjikan neraka jahanam kepadanya. Begitu juga bagi umat yang mengamalkan apa yang dilarangNya seperti berzina, meninggalkan solat, memakan harta anak yatim dan lain- lain. Bagi mereka yang mempunyai amal ibadat yang sama (tidak kurang @ lebih) maka amalannya akan dipertimbangkan. Alam akhirat adalah alam yang selama-lamanya akan kita tinggal. Manusia akan dibangunkan untuk bertemukan dengan Allah dan para Rasul. Tetapi sejauh mana manusia pada Alaf 20 ini mengetahui betapa pentingnya hari akhirat untuk manusia? Bagaimanakah cara manusia untuk meningkatkan amalan didunia sebagai bekalan di akhirat. Pelbagai cara boleh digunakan untuk meningkatkan amalan didunia untuk dibawa ke akhirat. Antaranya melaksanakan amalan amal makruf, nahi mungkar. Antaranya, meninggalkan maksiat, melakukan amal jariah, menjadi anak yang soleh, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Pelbagai hadis digunakan membuktikan betapa penting dan wujudnya hari akhirat sedar atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri. Islam mengajarkan akidah bahawa kehidupan manusia tidak berakhir dengan kematian didunia. Al-quran dan hadis menggambarkan kehidupan manusia di alam barzakh dan alam akhirat dalam bentuk fisik material, seperti kehidupan di dunia ini. Hanya saja kehidupan di syurga digambarkan dalam bentuk kemewahan yang tiada bandingannya dan kehidupan di neraka digambarkan dalam bentuk kepedihan yang tiada nilai- taranya.

4. FAKTOR-FAKTOR MENGENAI RAMAI MANUSIA MENGEJAR KEMEWAHAN DUNIA DUNIA TETAPI LUPA TENTANG HARI AKHIRAT.

4. 1 a) Meninggalkan kewajipan merupakan suatu hinaan terhadap murka dan kutukan Allah. Kekerasan hati melakukan hal-hal yang diperintahkan serta menahan diri dari hal-hal yang dilarang, merupakan pilar agama yang kukuh. Untuk keperluan inilah, allah mengutuskan rasul-nya kedunia. Jika hal ini disimpan serta pengetahuan dan tindakannya diabaikan, maka kejujuran yang merupakan suatu sifat dan kelembutan manusia akan memudar. (Abdullah Ali, 1992, 276)

“Dan apabila kamu berpaling, maka seesungguhnya aku khawatirkan kamu akan ditimpa azab yang amat besar” (Hud :3)

Begitulah juga Al-quran menyifatkan dengan berat, panjang dan lebar dan beratnya kerana peristiwa-peristiwa yang terjadi waktu itu, sesuai dengan ayat :

“Sesungguhnya mereka itu menyukai kehidupan dunia dan tidak memperdulikan hari yang berat. ” (Ad-Dahr:27) (Naufal, 1978, 20)

4. 1 b) Kelemahan iman didalam diri setiap individu mendorong individu melakukan dosa kerana ingin mengejar kekayaan dunia bahkan lupa pada hari akhirat. Pelbagai maksiat dan dosa berlaku akibat daripada keruntuhan iman. Riwayat dari nabi ‘Ketika seorang berzina, dia bukanlah mukmin pada ketika itu. Seorang pencuri bukan lah seorang mukmin ketika dia mencuri dan seorang pemabuk bukanlah seorang mukmin ketika dia mabuk. ’ (H. R Bukhari dan Muslim) (Abdullah Ali, 1997, 278)

Jika seseorang melakukan zina, sodomi, mencuri, minum minuman keras, melalaikan solat serta pelanggaran terhaadap perintah lain, apabila ditambah dengan melakukan dosa besar, ia berpisah dengan kelemahan.
Terdapat dua situasi:

1. Ia merasa malu dengan perbuatan rendahnya yang melanggar moral. Jika begini, dia akan dapat memohon ampun kepada allah. Dalam hal ini, keimanan akan kembali kepada nya.

Bahawasanya hari akhirat adalah termasuk hari yang ghaib dan agama-agama seluruhnya meminta kita supaya beriman dengannya dari bekerja kerananya serta membuat persiapan untuknya. Hari itu mesti terjadi pada masa depan, dekat atau lama. (Abdul Razzak Naufal, 1978, 1)

Surah al- Qiyamah :Ayat 1 menerangkan: “Aku bersumpah dengan hari kiamat”. Betapa kuatnya Al-Quran yang mulia terhadap hari kiamat dengan banyaknya disebutkan dalam surah-surah yang mulia mengenainya. (Abdul Razzak Naufal, 1978, 1)

Al-quran yang mulia telah mengemukakan untuk menarik perhatian manusia agar mengadakan studi tentang hari akhirat. Lafaz hari kiamat sudah berulang-ulang disebut dalam Al-Quran yang mulia 70 kali banyaknya seperti firman allah:

“Maka Allah akan menghukum diantara mereka itu pada hari akhirat tentang apa yang mereka perselisihkan” (Al-Baqarah:113) (Abdul Razzak Naufal, 1978, 1)

Pada hari itu, orang mukmin akan mendapat kejayaan yang nyata, jelas, maka ia adalah hari kejayaan yang jelas, sesuai dengan bunyi ayat:

“Barangsiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sungguh dia telah dirahmati allah, dan itulah keberuntungan yang nyata. ” (Al-Anam:16)

Hari ini adalah hari balasan kepada mereka, sesuai dengan bunyi ayat:

“Sesungguhnya aku memberikan balasan kepada mereka hari ini kerana kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang menang. ” (Al-Mukminum:11)

Orang-orang mukmin pada hari ini tidak akan gelisah seperti orang-orang kafir, gelisah yang merusuk seimbang dengan huru-hara dan dasyatnya saat ini, maka orang-orang mukmin pada hari kiamat berada dalam keamanan yang menyenangkan.

2. Jika dia menyukai dosanya hatinya akan mengeras dan akan melupakan allah dan agamanya. Dalam hal ini agamanya tidak akan kembali kepadanya. Ketika dia meninggal, dia akan diherumus kedalam neraka. (Abdullah Ali, 1992, 279)

Riwayat lain berkenaan dengan hal ini adalah : “Ketika seseorang berzina, imannya meninggalkannya dan bergantung diatasnya ketika dia menghentikannya, iman pun kembali kepadanya. ” (H. R Abu Daud)

4. 1 c) Golongan ini hidup mewah semasa di dunia dengan segala kecukupan dan harta yang melimpah ruah, namun pada akhirnya golongan ini akan melalui hari yang amat perit, iaitu hari perhimpunan di padang mahsyar yang penuh dengan debaran dan mengetarkan. Mereka yang sering mengejar kemewahan dunia akan lupa dengan kehidupan di akhirat. Mereka banyak melakukan maksiat. Golongan inilah yang banyak membuat maksiat sehinggakan kejahatam mereka lebih banyak daripada amalan kebaikan yang merekalakukan. Para ulama berbeza pendapat terhadap kumpulan ini, adalah yang mengkafirkannya tetap dalam keislaman dan akan dihukum berdasarkan dosa yang mereka lakukan. (Muhammad Khairul, 2007, 79)

“Dalam kami tambahkan kepada mereka dalam hidup ini suatu kutukan dan pada hari akhirat mereka termasuk orang-orang yang buruk dan jelek. ” (Al-Qashash:42)

“Dan banyak muka pada hari akhirat itu berdebu, dan ditutup oleh kehitaman. Mereka adalah orang-orang yang kafir lagi durhaka. ” (A’basa:40)


4. 2 PENYELESAIAN MENGENAI RAMAI ORAANG YANG MENGEJAR KEMEWAHAN DUNIAWI SEHINGGA LUPAKAN HARI AKHIRAT.

4. 2. a) Keimanan itu memberikan cahaya cemerlang dalam jiwa dan memenuhi hati nurani dengan nur yabg gilang-gemilang. Jikalau hati sudah cemerlang dan jiwa sudah bersinar dengan nur atau cahaya keimanan, maka pasti terhapuslah segala macam godaan dan rayuan syaitan itu.

“Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada allah daripada syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kuasanya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepad tuhannya. Sesungguhnya kekuasaaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan allah. ” (Surah An-Nahl:98-100) (Supriardi Jaddari, 1994, 140)

4. 2. b) Seluruh individu muslim amat memerlukan kepada perkara ini, iaitu agar kesalahannya dihapuskan dan dosa-dosanya diampunkan. kerana manusia, disebabkan sifat kemanusiaannya, tidak mungkin terbebas dari kesalahan dan dosa-dosa. Ianya bermula dari asal-usul dan elemen aapembentukan manusia yang tersusun dari unsur tanah yang berasal dari bumi, dan unsur roh yang berasal dari langit. Manfaat taubat ialah agar ia dapat masuk syurga. Kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan adalah terdapat dalam syurga. Sedangkan kebinasaan, kekecewaan serta penderitaan terdapat dalam neraka.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ” (An-Nur:31) (Muhammad Khairul, 2007, 64)

4. 2. c) Al-quran Al-Karim sentiasa menyeru kaum muslimin supaya berfikir dan merenung. Seruan ini terdapat di dalam kebanyakan surah-surahnya. Andainya seseorang manusia itu merenung betapa kuasanya allah itu, maka akan lahirlah rasa keinsafan di hatinya. Agar ternyata betapa pentingnya seruan supaya berfikir dan merenung al-quran al-karim menegaskan bahawa setengah-setengah cerita yang disebutkannya adalah sememangnya untukl mengesa manusia supaya merenung dan berfikir. Allah berfirman

“ Perumpamaannya sebagai anjing;kalau engkau halau ia menghulurkan lidah dan kalau engkau membiarkannya saja ia menghulurkan lidah juga. Itulah perumpamaannya orang0orang yang memdustakan keterangan-keterangan kami. Sebab itu ceritakanlah cerita-cerita itu supaya mereka berfikir mengenainya. ” (Surah Al-Araf:176)

Perumpamaan-perumpamaan yang dibawakan oleh al-quran adalah sebagai contoh tauladan bagi seluruh manusia agar mereka berfikir. (Abdul Razzak Naufal, 1982, 88)

4. 2. d) Menanamkan rasa cinta kepada allah adalah penyelesaian kepada manusia dapat kembali kepada allah. Rasullulah (SAW) telah menyeru kearah cintakan allah di dalam fhadith- hadithnya bahkan baginda juga menegaskan bahawa syarat keimanan itu adalah cintakan allah dan cinta itu hendaklah lebih daripada cintakan manusia kepada selain allah. siantaranya sabdanya ialah yang berbunyi:

“Tidak beriman seseorang dari kamu kecuali allah dan rasulnya lebih dicintainya daripada keluarganya, hartnya dan manusia seluruhnya. ”

Diantara tanda-tanda kecintaan manusia kepada allah ialah kepatuhan yang penuh iaitu dengan mengamalkan segala permintaannya dan jauhi segala larangan nya sebagaimana yang diturunkan kepada rasulnya untuk disampaikan kepada seluruh umat islam. Nescaya manusia akan dapat merasai syurga dan menghadapi kelancaran di akhirat. (Abdul Razzak Naufal, 982, 119)


4. 2 e) Seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala, akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala.
Begitu banyak harta yang menjadi milik orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain.
Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah (Subhanahu wa ta’ala) dan cita-cita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.
Islam berhajatkan kerja-kerja da’wah. Maka tampillah para du’at yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Allah (Subhanahu wa ta’ala) melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da’wah tanpa takut atau mundur ke belakang.

Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka yang memiliki harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam “Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan. ”
Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesuciannya daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuang-pejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah Subhanahu wa ta’ala. Sungguh banyak pengorbanan, sumbagan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata.

KESIMPULAN
Allah memerintahkan supaya kita mempercayai kewujudan hari akhirat. Pelbagai langkah dan penyelesaian telah dibincangkan untuk membantu kita untuk memperbaiki amalan kita. Allah telah berfirman supaya kita mengambil berat tentang kewujudan hari akhirat. Siapakah kita bukan penghalang. Walaupun kita ingin mengejar kemewahan dunia, seharusnya kita jangan la melupai tentang amal ibadat kita di mana ia adalah perkara wajib yang akan dihitung di akhirat. Sekiranya jika seorang hartawan, gunakan lah kemewahan yang ada untuk membuat amal ibadah seperti bersedekah, memberi makan kepada anak yatim, orang tua dan sebagainya. Setiap amalan hendaklah dilakukan dengan ikhlas kepada allah agar keredhaan akan dapat pada kita. Nescaya allah akan melimpah ruahkan rezeki yang kita ada dengan melimpah-limpah. Elakkan dari memakan makanan yang haram atau sumber yang haram kerana ia dapat memudarat kan kesihatan. Jika kita memakan makanan yang haram, allah akan menitikkan satu titik hitam ke dalam hati kita. Dengan ini, agak sukar untuk kita memohon taubat kepada allah.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya. ” Riwayat Bukhari

Huraian
Pengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.
ii) Termasuk juga hak-hak Allah (Subhanahu wa ta’ala) hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.
iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

RUJUKAN

1. Khawaja Muhammad Islam, (1992). mati itu spekulasi, Anggota IKAP J1 Pedati Raya No 3, Jakarta 13340
2. Supriadi Jaddari (1999). Perjalanan Hakiki Setiap Insan, jilid 1, 15 Jalan Dataran 3/3 Taman Kempas, 81200 Johor Bharu.
3. Naufal. Abdul Razak, (1998), Mencari Keredhaan Ilahi, Dian Darulnaim Sdn Bhd. Kota Bharu, Kelantan
4. Muhammad khairul (2007). 18 Darjat & Martabat Manusia Di Akhirat, Pustaka Tini, 30-31 Tingkat 2 Blok 4, Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Karate 13/47, Seksyen 13, 40675, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
5. Naufal, Abdul Razzak (1978), Hari Kiamat, Pustaka Nasional Singapura.
6. Dr’ Ali Muhammad Lagha (2002), Perjalanan Kematian, PT Serambai Ilmu Semesta P. O BOX 7001 JATPB 13070.
7. Ismail Hj. Abu Bakar (2003) Eksiklopedia Islam Untuk Pelajar, Era Visi Publication Sdn. Bhd. No 10-1, Jalan Budiman 24, Taman Mulia, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com