Oleh : Zahrutulhasaniah bt Zahalan.
Abstrak.
Solat bermaksud doa, ibadah iaitu memohon
dengan kusyuk kepada Tuhan, meminta rahmat Tuhan. Solat merupakan satu bentuk
ibadat sebagai wujud kepercayaan dan ketundukan seseorang terhadap Tuhan, sang
Pencipta yang Maha Kuasa. Melalui ibadah, manusia dapat memperoleh keagungan
dan kesempurnaan hakiki. Dalil yang memerintahkan kita supaya mengerjakan solat
secara berjemaah ialah, “wahai segala manusia, bahawasanya kami telah
menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan daripada seorang perempuan, dan
kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya
kenal-mengenal”. (QA, 13, S 49 Al-Hujurat). Dalil menerangkan kita bahawa solat
secara berjemaah dapat menggerakkan kita supaya bersatu-padu dan
berkenal-kenalan.
Sesungguhnya apabila kita berada di antara
jemaah yang telah bersatu pada zahirnya dan pada batinnya lebih banyak menolong
untuk memerangi syaitan dan lebih sanggup menolak kelupaan. Juga lebih kuat
untuk menghasilkan kusyuk dengan kehadiran hati dan lebih tertarik kepada
memperhatikan solat dan mengadap Allah tanpa memikirkan hal keduniaan yang
beraneka ragam. Solat juga mengajar untuk menghormati orang lain berikut hak
asasi mereka. Orang-orang beriman pergi ke masjid secara teratur lima kali
sehari dan bertemu dengan pelbagai orang yang pelbagai ragam yang berkumpul
untuk melaksanakan solat secara berjemaah. Mereka berdiri bersama dalam
barisan, bersebelahan umpama bangunan simen yang kuat seta memperlihat contoh
yang jelas akan kedisiplinan, kebersamaan dan kasih sayang. Selain itu, solat
berjemaah dapat membiasakan bersatu dan tolong-menolong. Berkata al-Manawy :
“keringkasan hikmah jemaah ialah menegakkan rasa persaudaraan (kejinakan hati)
antara orang-orang yang sama berjemaah.
Solat tidak hanya membantu membangun
karakter individu tetapi juga turut membangun keseluruhan struktur organisasi
masyarakat dan tata tertib sosial. Solat lima waktu menjaga kelangsungan
pengorganisasian dan ini tidak pernah membiarkannya menjadi tidak efektif.
Solat secara berjemaah merupakan hal yang wajib dan orang-orang yang
meninggalakn solat dengan sengaja tanpa alas an yang tepat adalah pendosa di
mata Allah. Secara konklusinya, solat secara berjemaah dapat melatih diri
mereka dalam nilai-nilai tersebut untuk menyemai kehidupan bermasyarakat yang
tinggi. Secara tidak langsung, solat secara berjemaah dapat menilai erti
persefahaman dan hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat
atau darjat.
Pendahuluan.
Solat bermaksud doa, ibadah iaitu memohon
dengan kusyuk kepada Tuhan, meminta rahmat Tuhan. Solat merupakan satu bentuk
ibadat sebagai wujud kepercayaan dan ketundukan seseorang terhadap Tuhan, sang
Pencipta yang Maha Kuasa. Melalui ibadah, manusia dapat memperoleh keagungan
dan kesempurnaan hakiki.
Solat berjemaah ialah solat yang
melibatkan imam dan makmum, yang dapat dilaksanakan di masjid, surau, rumah dan
sebagainya. Rasulullah SAW dan para sahabatnya selalu melaksankan solat lima waktu
secara berjemaah.
Dalil yang memerintahkan kita supaya
mengerjakan solat secara berjemaah ialah, “wahai segala manusia, bahawasanya
kami telah menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan daripada seorang
perempuan, dan kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya
kenal-mengenal”. (QA, 13, S 49 Al-Hujurat). Dalil menerangkan kita bahawa solat
secara berjemaah dapat menggerakkan kita supaya bersatu-padu dan
berkenal-kenalan.
Satu keuntungan dari solat berjemaah ialah
apabila seluruh jemaah terhimpun dalam limpahan kasih Allah kerana ketaatan dan
ketinggian rohani serta kemuliaan dan kebaikan orang-orang yang ikut di
dalamnya. Keimanan dan keikhlasan setiap hamba Allah kadang memberikan pengaruh
yang menyejukkan bagi orang-orang yang sedih dan putus asa dan kerana merekalah
doa-doa dan para anggota jemaah pun diterima.
Solat adalah dasar pertama dari Islam dan
mencerminkan tujuan keagamaan, sosial, kebudayaan, politik dan moral dari
Islam. Jika masjid adalah pusat dari pelbagai kaum umat Islam, maka solat
memiliki kedudukan yang sangat penting dan sangat diperlukan dari setiap
perkumpulan itu. Ia mengajar mengenai disiplin sosial, ketaatan, keimanan dan
persatuan. Masyarakat muslim bersatu dan kuat selagi menegakkan solat dan
kemudian bertambah buruk sekiranya solat ditinggalkan atau lalai.
Solat secara berjemaah merupakan satu
contoh demokrasi yang tidak ada satu kelompok keagamaan mahupun kelompok social
selain Islam yang telah sengan jayanya menjalankan di dunia ini. Fadhilat solat
jemaah dapat memberikan umat manusia supaya lebih tekun dan rajin menunaikan
solat secara berjemaah.
Solat secara berjemaah ialah melaksanakan
solat secara beramai-ramai yang mempunyai imam dan makmum. Solat berjemaah
boleh dilaksanakan di pelbagai tempat yang sesuai aeperti surrau, masjid, rumah
dan sebagainya. Solat berjemaah dapat menghubungkan kasih sayang sesama mereka
dan dapat menyelesaikan masala-masalah mereka bersama. Solat berjemaah
merupakan fardhu kifayah.
Fadhilat-fadhilat solat berjemaah.
i. Organisasi dan tatatertib sosial.
Adalah amat penting bahawa semua yang
ingin menyembah dan mentaati Tuhan harus mengorganisasi diri mereka menjadi
kesatuan yang kuat. Mereka harus bersatu dan saling membantu untuk mencapai
tujuan ini. Mereka harus memiliki kesatuan dalam kata-kata dan perbuatan yang
sangat diperlukan bagi perjuangan mereka melawan kekuatan batil di dunia
ini.
ii. Kekusyukan di dalam solat.
Sesungguhnya apabila kita berada di antara
jemaah yang telah bersatu pada zahirnya dan pada batinnya lebih banyak menolong
untuk memerangi syaitan dan lebih sanggup menolak kelupaan. Juga lebih kuat
untuk menghasilkan kusyuk dengan kehadiran hati dan lebih tertarik kepada
memperhatikan solat dan mengadap Allah tanpa memikirkan hal keduniaan yang beraneka
ragam.
Sabda Rasulullah SAW : “ Tidak ada sesuatu
kota atau dusun yang di sana berdiam tiga orang tetapi tidak dirikan jemaah
solat, melainkan adalah kerana syaitan yang telah menggagahi mereka. Hendaklah
engkau mendirikan jemaah, kerana serigala itu menerkam kambing yang tercicir di
belakang kawan-kawannya. ” (H. R Abu Daud, An Nasa-y dari Abud Darda’:Sunan Abu
Daud 1:14)
iii. Menyempurnakan solat orang-orang yang
kurang ibadatnya.
Apabila telah berkumpul segolongan orang
yang berlebih kurang itu di hadapan Allah Yang Maha Kuasa, yang di antara
mereka ada yang lebih taqwa dan yang diterima doanya, sedang mereka semua
bersama-sama mengharap rahmat Allah dan sama-sama takut kepada azab Allah itu,
nescaya kembalilah berkat orang yang sempurna kepada yang naqish.
iv. Kebaikan dunia.
Apabila berkumpulnya orang yang berdekatan
rumah di dalam masjid selaku rumah Allah lima hari dalam satu hari untuk
menyembah Allah dan memperbaiki urusan-urusan dunia, mudahlah berhasilnya
kebaikan bagi urusan dunia dan kejayaan. Berkenal-kenalan dan berkasih sayang
dapat membangkitkan rahmat dan syafaqah serta cinta-mencintai.
Umar Ibnul Khathab r. a berkata :
“Periksalah saudara-saudaramu di ketika solat. Jika kamu tidak mendapati mereka
kerana sakitnya, kunjungilah mereka dan jika mereka dalam sihat, maka tegurlah
mereka. ”
v. Membiasakan umat mentaati
pemimpin-pemimpinnya.
Jemaah solat dipermulaan Islam. Apabila
para jemaah menunaikan solat secara berjemaah, maka secara tidak langsung dapat
menanam rasa patuh dan taat dalam diri dalam masyarakat dan urusan duniawi
seperti menghormati pemimpin.
vi. Menghidupkan rasa merdeka, persamaan
dan persaudaraan.
Seseorang manusia apabila telah biasa
berdiri dalam saf bersamaan di dalamnya orang-orang yang memimpin dan
orang-orang yang di pimpin, orang-orang kaya dengan orang-orang fakir, mereka
juga merendahkan diri dan menyembah Allah. Pada saat itu, tidak ada kelebihan
seseorang atas seseorang yang lain, hidup merdeka, rasa persamaan dan rasa
persaudaraan dalam jiwa mereka. Dalam erti kata lain, tidak wujud erti
perbezaan pangkat dan darjat.
vii. Membiasakan bersatu dan
tolong-menolong.
Berjemaah menghidupkan rasa : bahawa para
mukmin sesama mukmin, adalah seperti suatu dinding tembok, satu sama lain
berikatan.
Berkata al-Manawy : “keringkasan hikmah
jemaah ialah menegakkan rasa persaudaraan (kejinakan hati) antara orang-orang
yang sama berjemaah. Lantaran inilah diperintahkan kita mengadakan masjid di
kampong-kampung, supaya hasil pertemuan antara penduduk-penduduk kampung di waktu-waktu
solat itu. Dengan perjumpaan itu, dapatlah orang-orang jahil mengambil
pelajaran dari orang-orang alim. ”
viii. Cinta dan kasih sayang.
Solat secara berjemah dapat memupuk
perasaan kasih dan sayang di antara orang-orang yang beriman. Seluruh muslim di
suatu daerah bertemu setiap hari untuk melaksanakan solat. Mereka dapat
mengenali antara satu sama lain secara lebih dekat dan dapat meruntuhkan
perasaan dendam dalam diri dan menyemai perasaan kasih dan sayang.
ix. Pahala berlipat ganda.
Apabila seseorang menunaikan solat secara
berjemaah, maka individu tersebut akan berganda pahala atas solat dirumahnya
dan diberikan dua puluh lima gandaan. Apabila seseorang berwudhuk dan lalu
membaguskan wudhuknya, kemudian pergi ke masjid dengan niat untuk menunaikan
solat secara berjemaah, maka setiap langkahnya akan diberikan satu darjat
dandihapuskan suatu kesalahannya. Para Malaikat akan berselawat untuknya selama
seseorang itu masih berketetapan di masjid.
Sabda Rasulullah SAW : “barangsiapa
berwudhuk dan menyempurnakan wudhuknya kemudian pergi kepada solat fardhu lalu
mengerjakan solat itu beserta imam, diampunkan doasanya. ” (H. R Ibnu Khuzaimah
dari Utsman; al-Targhib 1 : 226)
Sabda Rasulullah SAW : “solat jemaah lebih
utama dari solat sendirian dengan dua puluh tujuh darjat. ” (H. R Malik dan
Muslim dari Ibn Umar ; at-Targhib 1: 224)
x. Fadhilat berjemaah waktu Isyak, Subuh
dan Asar.
Barangsiapa yang mengerjakan solat Isyak
secara berjemaah, ianya seolah-olah telah berdiri separuh malam dan barangsiapa
yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah, ianya seolah-olah telah
mengerjakan solat semalaman sepenuhnya.
xi. Penghormatan terhadap hak asasi
manusia.
Solat juga mengajar untuk menghormati
orang lain berikut hak asasi mereka. Orang-orang beriman pergi ke masjid secara
teratur lima kali sehari dan bertemu dengan pelbagai orang yang pelbagai ragam
yang berkumpul untuk melaksanakan solat secara berjemaah. Mereka berdiri
bersama dalam barisan, bersebelahan umpama bangunan simen yang kuat seta
memperlihat contoh yang jelas akan kedisiplinan, kebersamaan dan kasih
sayang.
xii. Persatuan.
Solat merupakan latihan terbaik untuk
mengajar manusia agar bersatu dan mendisiplinkan diri. Solat menyatukan mereka
bersama-sama untuk mengingatkan mereka bahawa mereka merupakan saudara seislam.
Walaupun berbeza bahasa, agama, kulit, bangsa tetapi apabila terdengar seruan
untuk menunaikan solat, mereka semua akan berkumpul bersama sebagai
saudara.
Kesimpulan.
Solat tidak hanya membantu membangun
karakter individu tetapi juga turut membangun keseluruhan struktur organisasi
masyarakat dan tata tertib sosial. Solat lima waktu menjaga kelangsungan pengorganisasian
dan ini tidak pernah membiarkannya menjadi tidak efektif. Solat secara
berjemaah merupakan hal yang wajib dan orang-orang yang meninggalakn solat
dengan sengaja tanpa alas an yang tepat adalah pendosa di mata Allah.
Pertemuan kaum muslim di dalam masjid lima
kali sehari adalah dasar dari masyarakat millat-i-Islamia. Sedikit kelemahan
dari organisasi ini akan menghancurkan keseluruhan superstruktur system sosial
dan secara perlahan-lahan merosak superiority masyarakat muslim.
Dalam solat mereka berdiri bersama dalam
barisan-barisan yang sejajar. Kaya dan miskin, hitam dan putih, penguasa dan
pegawai, sama-sama akan menghadap Allah. Mereka dapat berkumpul pada saat siang
atau malam hari. Solat berjemaah memberikan kesatuan tujuan kerana mereka semua
memiliki ideologi dan tujuan yang sama untuk mematuhi perintah Allah dan di
atas semua itu adalah timbulnya kesatuan tindakan. Semua keuntungan ini
bersumberkan dari solat berjemaah.
Tidak ada keraguan bahawa solat berjemaah
benar-benar menciptakan ikatan cinta dan saling memahami dia antara kaum
muslim. Hal ini membangkitkan rasa kebersamaan dan saling membantu dalam
persaudaraan internasional mereka. Mereka semua mengucapkan doa mereka dalam
satu jemaah dan ini menanamkan dalam diri mereka perasaan persaudaraan yang
dalam.
Solat juga mengajar untuk menghormati
orang lain berikut hak asasi mereka. Orang-orang beriman pergi ke masjid secara
teratur lima kali sehari dan bertemu dengan pelbagai orang yang pelbagai ragam
yang berkumpul untuk melaksanakan solat secara berjemaah. Mereka berdiri
bersama dalam barisan, bersebelahan umpama bangunan simen yang kuat seta
memperlihat contoh yang jelas akan kedisiplinan, kebersamaan dan kasih
sayang.
Secara konklusinya, solat secara berjemaah
dapat melatih diri mereka dalam nilai-nilai tersebut untuk menyemai kehidupan
bermasyarakat yang tinggi. Secara tidak langsung, solat secara berjemaah dapat
menilai erti persefahaman dan hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa
mengira pangkat atau darjat.
Rujukan.
1. Afzalur Rahman (2002). Tuhan Perlu
Disembah. Terjemahan dari Its Significance and Benefits. Pedati Raya, Jakarta.
Terbitan The Muslim School, London.
2. Prof. dr. T. M Hasbi (tiada tahun).
Pedoman Shalat. Yogyakarta, Indonesia. Terbitan Bulan Bintang Jakarta.
3. Yusoff Zaki Yacob (tiada tahun).
Masalah Imam dan Makmum. Kota Bharu, Kelantan. Terbitan Dian Darulnaim
Sendirian Berhad.
4. Suhaimi Mustaffa (1992). Shalat
Rasulullah. Taman Melawati, Kuala Lumpur. Terbitan Progressive Publishing House
Sdn. Bhd.
5. Syeikh Muhammad bin Salih Uthaimin
(2002). Kaedah Wuduk Solat Rasulullah SAW. Terjemahan Mohd Sastro. Jakarta
Timur, Indonesia. Terbitan Pustaka Al-kautsar.
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com