Tajuk: Akidah Islam Dapat Berperanan Dalam Kehidupan

ABSTRAK
Akidah-tauhid mempunyai pengertian yang sama, iaitu ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dan sam’iyat dengan dalil-dalil yaqiniyah yang aqliyah dan naqilayah yang boleh menghilangkan semua keraguan yang ada dalam hati seseorang manusia. Dalam Islam, iman yang berlandaskan akidah adalah menjadi asas sesuatu amalan, di mana amalan-amalan yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman yang berlandaskan akidah. Akidah membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat, kerana tertakluk di bawah akidah itu iman dan Islam. Iman membentuk diri manusia dalam perkara-perkara batin, iaitu mempercayai Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-nya, hari akhirat, takdir baik dan jahat. Kesan-kesan terhadap individu dan juga keluarga yang tidak mengamalkan akidah dalam kehidupan seharian. Bagi individu kesan-kesannya adalah individu tersebut akan menjadi kucar-kacir, hidup yang tiada arah tujuan dan hilang panduan hidup. Kesan terhadap keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup ajaran Islam yang menitikberatkan akidah dalam kehidupan mereka adalah keluarga tidak mendapat keredhaan dari Allah Subhanahu wa ta’ala., keluarga mudah berpecah-belah, dan lain-lain lagi. Akidah adalah untuk memastikan kesahihan iktikad seseorang mengenai ketuhanan, kerasulan, dan sam’iyat dengan berasaskan dalil-dalil naqli dan aqli. Kepentingan akidah dalam Islam adalah amalan-amalan seseorang tidak diterima oleh Allah, kecuali amalan-amalan orang yang beriman berasaskan akidah. Oleh itu sebagai umat Islam, seharusnya mengamalkan cara hidup yang berakidah. Agar kehidupan lebih terjamin di dunia dan di akhir.

PENDAHULUAN
Akidah-tauhid mempunyai pengertian yang sama, iaitu ilmu yang menyalidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dan sam’iyat dengan dalil-dalil yaqiniyah yang aqliyah dan naqilayah yang boleh menghilangkan semua keraguan yang ada dalam hati seseorang manusia.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab mengenai iman melalui sabdanya: Beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat, dan beriman dengan takdir baik dan jahat. [ Riwayat Bukhari dan Muslim]

Akidah jagu mempunyai keistimewaan yang unggul, kerana di dalam akidah dibahaskan masalah-masalah yang berkaitan dengan keimanan, di mana msalah-masalah ini tidak dibahaskan secara khusus di salam ilmu-ilmu yang lain, kecuali di dalam ilmu akidah.
Keistimewaan akidah yang membahaskan keimanan adalah terkandung dalam firman-firman Allah Taala: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam talah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari tuhannya, dan juga orang-orang yang berimam, semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. Meraka berkata: kami tidak membezakan antara seseorang dengan yang lain dari rasul-rasul-Nya. Mereka barkata lagi: kami dengar dan kami taat, kami pohonkan keampunan-Muwahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali. [ Surah al-Baqarah :285 ]
Dalam Islam, iman yang berlandaskan akidah adalah menjadi asas sesuatu amalan, di mana amalan-amalan yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman yang berlandaskan akidah. Justeru itu, mereka yang tidak beriman dengan Allah dan tidak mengharap pahala dari-Nya, dan tidak takut seksaan-Nya, dan beramal bukan kerana menuntut keredhaan Allah, dan tidah pula mengambil kira (tidak menghiraukan) adakah perbuatan meraka halal atau haram, maka mereka yang bersikap demikian tidak berhak menerima pahala dari Allah di atas amalan-amalan yang mereka kerjakan itu. Ini kerana adalah orang yang tidak beriman kepada Allah (orang yang kafir) dan tidak menghendaki balasan pahala daripada Tuhan mereka dan juga amalan yang dikerjakan oleh mereka tidak mencari keredhaan Allah yang menjadikan mereka itu. Orang-orang yang tidak beriman kepada Allah (orang yang kafir) adalah diseksa disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka, kerana tidak menyelidiki agama Allah (agama Islam) dan tidak mahu mendengar wahyu Ilahi yang disampaikan oleh para rasul, terutama apabila mereka mendengar dan dibacakan ayat-ayat Allah, mereka memperolok-olokkan dan mmpersendakan. Oleh itu amalan mereka ditolak (tidak diterima), dan mereka diseksa di atas kekufuran mereka itu.
Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang kafir (orang- orang yang tidak beriman kepada Allah), amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata, yang disangka air oleh seorang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati suatu yang disangkanya itu. (Demikanlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisii amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya). Dan ingatlah! Allah amat segera hitungan hisab-Nya. [ Surah an-Nur : 39 ]

Firman Allah Taala ini menerangkan perihal orang-orang yang tidak beriman (orang-orang kafir) akan rugi dan hampa di akhirat kelak, kerana amal-amal mereka yang baik yang dapat menolong mereka, tidak dapat menyelamatkan dari azab seksa Allah. Mereka adalah ibarat orang yang di padang pasir pada tengah hari yang terik panasnya. Ia melihat riak sinaran panas dari jauh seperti air, dan stelah ia sampai ke situ hampalah hatinya, kerana tidak didapatinya sesuatu apa pun. Seseorang manusia yang hidup di dunia sebagai Darul Fana’ (negeri yang binasa) dan hidup di akhirat sebagai Darul Baqa’ (negeri yang kekal) hendaklah membentuk diri mereka dengan iman dan Islam yang berasaskan akidah yang sahih. Ini bermakna akidah merupakan asas utama untuk membentuk diri manusia menjadi seorang mukmin dan muslim (seoarng yang beriman dan beragama Islam). Dengan sebab itulah Allah Subhanahu wa ta’ala. menyuruh umat manusia dalam hidup dan kehidupan mereka sehari=hari beriman dan menganut agama Islam.
Firman Allah Taala: Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya serta kepada penerang cahaya (al-Quran) yang kami turunkan. Dan (ingatlah) Allah amat mendalam pengetahuan-Nya akan segala yang kerjakan [ Surah at-Taghabun : 8 ]
Mengenai dengan Islam, Allah Taala telah berfirman sebagaimana berikut: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah agama Islam. [ Surah Ali Imran :19 ]
Akidah membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat, kerana tertakluk di bawah akidah itu iman dan Islam. Iman membentuk diri manusia dalam perkara-perkara batin, iaitu mempercayai Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-nya, hari akhirat, takdir baik dan jahat. Iman juga membentuk diri manusia bersifat sabar, mengasihi saudara seagama sebagaiman mengasihi diri sendiri, bercakap dalam perkara-perkara kebajikan, memuliakan tetamu, menghubungkan silaturahim, tidak menyakiti jiran tetangga dan lain-lainnya. Semua perkara tersebut adalah timbul dari keimanan yang dibentuk oleh akidah. Islam membentuk diri manusia dalam perkara-perkara zahir, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang fardu lima waktu sehari semalam, berpuasa pada bulan Ramadhan, berzakat dan mengerjakan haji ke Baitullah. Oleh itu dalam akidah Islam, iman dan Islam tidak boleh dipisahkan, kerana kedua-duanya tertakluk di bawah akidah yang membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat. Andainya seseorang itu tidak mempercayai perkara-perkara batin tersebut yang boleh diistilahkan sebagai rukun iman, dan tidak melaksanakan perkara-perkara yang zahir sebagaimana yang dinyatakan yang boleh diistilahkan pula sebagai rukun Islam adalah bermakna hidup mereka itu tidak berakidah, dan diri mereka tidak dapat dibentuk dengan akidah, kerana mereka itu termasuk dalam golongan orang yang tidak beriman dan tidak Islam. Dan hidup mereka itu tidak berakidah dan tidak bertauhid.

Muslim sejati memelihara ikatan keluarga dan tidak membiarkan ambisi duniawi, isteri atau anak-anaknya menghalanginya dan menjaga hubungan baik dengan keluarganya, menghormati mereka dan membantu mereka. Dalam melakukan hal tersebut, ia mengikuti ajaran Islam, yang mengatur hubungan ini mengurutkan pelaksanaannya. Hal ini kerana demi menjaga kebahagiaan sesebuah keluarga dan juga memakmurkan rumahtangga. Oleh itu, sebagai seorang suami atau bapa mereka adalah ketua dalam sebuah keluarga perlulah menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan akidah. Ianya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini dalam sesebuah keluarga. Dalam mendidik keluarga yang beriman, yang tidak terpesong akidahnya, suami perlulah memastikan bahawa isteri dan anak-anak faham akan ajaran agama Islam. Mereka juga perlu sentiasa peka dengan perubahan yang dibawa oleh ahli keluarga agar sentiasa berada dilandasan agama yang betul. Hal ini kerana pada zaman sekarang, terdapatnya banyak ajaran-ajaran sesat yang berleluasa di luar kawasan rumah. Hal ini, amat membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan akidah seseorang umat Islam.

Kesan-kesan terhadap individu dan juga keluarga yang tidak mengamalkan akidah dalam kehidupan seharian. Bagi individu kesan-kesannya adalah individu tersebut akan menjadi kucar-kacir, hidup yang tiada arah tujuan dan hilang panduan hidup. Ini kerana akidah adalah sangat penting dalam kehidupan semua manusia. Kesan terhadap keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup ajaran Islam yang menitikberatkan akidah dalam kehidupan mereka adalah keluarga tidak mendapat keredhaan dari Allah Subhanahu wa ta’ala., keluarga mudah berpecah-belah, dan lain-lain lagi. Hal ini adalah kerana akidah merupakan tunjang utama dalam hati manusia. Sekiranya mereka tidak mengamalkan cara hidup ajaran agama Islam yang sebenarnya, hidup mereka dan keluarga tidak akan mendapat keredhaan dari Allah Subhanahu wa ta’ala.

Fitrah manusia yang hidupnya perlu beragama, akidah menjadi asas utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama. Islam selaku agama yang sesuai dengan fitrah manusia perlu dipandu dengan akidah, agar mereka benar-benar menjadi seorang insan yang kamil yang berasaskan dengan akidah, kerana dengan akidahlah seseoprang manusia itu menjadi orang yang beriman dan Islam. Seseorang yang beriman dan Islam yang tidak berasaskan keimanan dan keislaman mereka dengan akidah, keyakinana mereka terhadap agamanya tidak kukuh kerana tidak ada panduan dan asas yang boleh mengukuhkan mereka itu kepada beragama, dimana keimanan dan keislaman mereka itu dengan mudahnya diselewengkan oleh mereka yang memang sentiasa mencari jalan untuk merosakkan akidah orang-orang yang beriman dan Islam. Oleh yang demikian, adalah fardu ‘ain (wajib) bagi setiap orang yang mukallaf lelaki dan perempuan mempelajari ilmu akidah (aqaid al-iman) atau ilmu tauhid untuk menjaga dan mengelakkan diri mereka dari iktikad-iktikad yang batil dan yang boleh merosakkan akidah.

KESIMPULAN
Akidah adalah untuk memastikan kesahihan iktikad seseorang mengenai ketuhanan, kerasulan, dan sam’iyat dengan berasaskan dalil-dalil naqli dan aqli. Selain itu menetapkan keimanan di dalam hati seseorang serta menyakinkan kewujudan Allah dan keesaan-Nya dan mengiktikadkan Allah bersifat Kamalat (sifat kesempurnaan) dan Maha Suci dari sifat kekurangan. Kepentingan akidah dalam Islam adalah amalan-amalan seseorang tidak diterima oleh Allah, kecuali amalan-amalan orang yang beriman berasaskan akidah. Akidah menjadi asas utama membentuk diri manusia menjadi seorang mukmim dan muslim, dan Allah menyuruh manusia hidup beriman dan beragama Islam. Menanamkan keimanan dan akidah yang benar dalam diri anak-anak. Di antara kewajipan orang tua adalah berusaha untuk menanamkan keimanan dan akidah yang benar dalam jiwa anak. Di samping, ia juga berkewajipan memberikan perhatian yang serius kepada mereka, seperti ayah mengajar anak-anaknya semenjak masih kecil untuk mengucapkan dua kalimah syahadat dan menghafalnya di kepala. Selain itu, ayah hendaklah dapat menumbuhkan pada hati mereka rasa cinta kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. dan bahawa semua kenikmatan yang kita perolehi datang dari Allah semata. Juga mengajar mereka bahawa Allah berada di langit, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat, tidak ada sesuatu pun yang menyamai-Nya, serta persoalan-persoalan akidah lainnya. Begitu pula, mengarahkan mereka apabila telah besar atau dewasa untuk membaca buku-buku akidah yang sesuai dengan tingkat ilmu pengetahuan mereka. Oleh itu sebagai umat Islam, seharusnya mengamalkan cara hidup yang berakidah. Agar kehidupan lebih terjamin di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN
1. Tafsir al-Quran
2. Himpunan Hadis-Hadis Sahih
3. Haji Ibrahim Haji Said (2001). Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah. Selangor : Darul Ma’rifah.
4. Abu Nur Muizuddin (2004). Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
5. Al-Hasyimi Dr. Muhammad Ali (2002). Menjadi Muslim Ideal.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com