Tajuk: Kelahiran Imam Al-Ghazali dan Sumbangannya

SINOPSIS
Ramai tokoh-tokoh yg terlibat dalam penyebaran dan perkembanga agama Islam di seluruh dunia. Ini termasuklah tokoh-tokoh pada zaman Rasulullah dan selepas kewafatan baginda. Antara nama-nama besar yg memberi sumbangan kepada dunia Islam ialah Imam As-Syafi’e, Imam Malik dan sebagainya. Namun begitu, di dalam esei ini, saya hanya fokuskan pada seorang tokoh sahaja iaitu Imam Al-Ghazali. Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Thusi Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Kota Ghazalah di Thus, Khurasan pada 450H/1058M dan wafat pada 505H/19 Disember 1111M. Karya beliau yg paling terkenal dan menjadi rujukan di seluruh dunia ialah Ihya Ulum Al-Din. Imam Al-Ghazali banyak memberi sumbangan kepada dunia Islam sehingga digelar Hujjatul Islam atau pembela Islam.

PENDAHULUAN
Imam Al-Ghazali adalah nama yang tidak asing lagi di telinga kaum muslimin. Beliau merupakan seorang teologi Islam, ahli hukum, ahli falsafah dan sufi termasyur. Beliau juga merupakan salah seorang sarjana yang paling terkenal dalam sejarah Sunni pemikiran Islam. Imam Al-Ghazali memiliki pengaruh dan pemikiran yang telah tersebar ke seluruh dunia Islam. Namun, sejarah dan perjalanan hidupnya masih terasing asing walaupun beliau telah berkarya dengan menulis hampir 100 buah buku. Masing-masing meliputi ilmu pengetahuan seperti ilmu kalam (teologi Islam), fikah (hukum Islam), tasawauf, falsafah, akhlak dan autobiografi.
Karangannya banyak ditulis di dalam bahasa arab dan parsi. Buku-buku karangannya pada umumnya mengandungi kritikan-kritikan dank omen-komen terhadap pemikiran falsafah terdahulu. Di samping itu, Imam Al-Ghazali dipandang paling berjasa dalam mendamaikan tasawuf dan syariat sehingga tasawuf dapat diterima oleh sebahagian besar umat Islam. Beliau juga berjasa mengembangkan dan menyebarkan aliran Asy’ariyah yg dianuti oleh majority Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KELAHIRAN IMAM AL-GHAZALI

Nama penuh Imam Al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Thusi Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Kota Ghazalah, sebuah kota kecil di Thus, Khurasan, Iran Utara pada 450H bersamaan 1058M. Nama Al-Ghazali diambil sempena nama tempat kelahirannya, Ghazalah. (Anshari AZ, Drs. H. A. Hafizh, 2004, m/s 28). Beliau lahir daripada keluarga yang taat kepada agama dan hidup sederhana. Ayahnya seorang pemintal benang bulu di kota Thus.
Ayahnya, seorang sufi terkenal, meninggal ketika beliau dan adiknya, Ahmad Al-Ghazali masih muda. Imam Al-Ghazali merupakan seorang teologi Islam, ahli hukum, ahli falsafah dan ahli sufi. Beliau juga merupakan salah seorang sarjana yang paling terkenal dalam sejaran Sunni pemikiran Islam. Imam Al-Ghazali dilihat sebagai pembela kebenaran Islam yang terbesar sehingga digelar hujjatul Islam atau pembela Islam. Sehingga sekarang, umat Islam tetap tekun membaca karyanya yang terbesar iaitu Ihya Ulum Al-Din (Menghidupkan Kembali Ilmu Agama).
Selain itu, beliau juga sangat berpengaruh dalam Islam sehingga tidak menghairankan jika ada yang mengatakan bahawa beliau adalah salah seorang tokoh terpenting setelah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  jika ditinjau dari segi pengaruhnya dalam mengukuhkan ajaran Islam. Imam Al-Ghazali meninggal dunia di Thus, pada 19 Disember 1111M bersamaan 14 Jamadil Akhir 505H dan dikuburkan di Ath Thabaran. (Ar, Drs. Sirojuddin, 1994, m/s 25)

PENDIDIKAN IMAM AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali lahir daripada keluarga yang taat beragama dan hidup sederhana. Latar belakang pendidikannya dimulai dengan mempelajari Al-Quran daripada ayahnya sendiri. Setelah ayahnya meninggal ketika beliau dan adiknya, Ahmad Al-Ghazali masih muda, salah seorang teman ayahnya, Ahmad bin Muhammad Ar-Razikani diwasiatkan untuk memelihara mereka berdua. Padanya, Al-Ghazali mempelajari ilmu fikah, riwayat hidup para wali dan kehidupan kerohanian mereka.
Beliau kemudian dimasukkan ke sebuah madrasah yang membiayai hidup para muridnya. Gurunya ialah Yussuf An-Nassi, seorang ahli sufi. Setelah tamat, beliau melanjutkan pelajaran ke kota Jurjan yang ketika itu menjadi pusat kegiatan ilmiah. Di sini, beliau mendalami bahasa Arab dan Parsi. Di antara gurunya ialah Imam Abu Nasr Al-Ismaili. Setelah kira-kira 7 tahun belajar, beliau kembali ke Thus. Kemudian beliau pergi ke Nisabur ketika umurnya 23 tahun dan di sana beliau memasuki Madrasah Nizamiyah yang dipimpin oleh ulama besar, Imam Al-Haramain Al-Juwaini, salah seorang tokoh aliran Asy’ariyah. Beliau telah mempelajari ilmu usul fikah, ilmu mantik dan ilmu kalam.

PERJUANGAN IMAM AL-GHAZALI
Setelah Al-Juwaini meninggal dunia, Imam Al-Ghazali meninggalkan Nisbur dan menuju ke Muaskar untuk memenuhi undangan Perdana Menteri Nizam Al-Mulk, pengasas Madrasah Nizamiyah. Muaskar pada waktu itu adalah tempat tinggal Perdana Menteri, pembesar-pembesar kerajaaan dan para ulama terkemuka. Di sini Imam Al-Ghazali menghadiri pertemuan-pertemuan ilmiah yang diadaka di istana Nizam Al-Mulk. Melalui forum inilah kemasyhurannya semakin meluas.
Kepandaian Imam Al-Ghazali menyebabkan Perdana Menteri Nizam Al-Mulk melantiknya menjadi guru besar hukum di Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada tahun 1090M. Ini merupakan kedudukan yang sangat terhormat dan merupakan prestasi dpuncak dan inilah yang menjadiakn Imam AL-Ghazali semakin popular.
Namun, selepas 5tahun memegang jawatan itu, beliau mengundurkan diri kerana mengalami konflik dalaman. Pada tahun 1095M, Al-Ghazali meninggalkan Baghdad dan mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Pada mulanya beliau pergi ke Damsyik, dan kemudian ke Baitul Muqqadis. Setelah itu, beliau ke Makkah dan Madinah. Beliau menjalani kehidupan zuhud dengan mengembara selama 10tahun. Selepas itu, beliau kembali ke Nisabur pada 1106M untuk mengajar di Madrasah Nizamiyah. Tidak berapa lama kemudian, beliau meninggalkan Nisabur dan pergi kr Thus dan mendirikan halaqah (sekolah calon sufi). Beliau memimpin halaqah ini sehingga ke akhir hayatnya.

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali telah banyak memberikan sumbangan dalam dunia Islam. Beliau telah menulis hampir 100 buah buku yang kebanyakkannya meliputi ilmu pengetahuan seperti ilmu kalam (teologi Islam), fikah (hukum Islam), tasawuf, falsafah, akhlak dan autobiografi. Imam Al-Ghazali dipandang paling berjasa dalam mendamaikan tasawuf dan syariat sehingga tasawuf dapat diterima oleh sebahagian besar umat Islam.
Sebelum Al-Ghazali, tasawuf belum dapat diterima secara meluas di dunia Islam kerana dianggap menyimpang, namun dengan kemunculan buku-bukunya yang menjelaskan pengalaman-pengalaman tasawuf yang tidak bertentangan dengan akidah, tasawuf dapat diterima dan berkembang pesat dalam lingkungan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga berjasa dalam mengembangkan dan menyebarkan aliran Asy’ariyah yang dianut oleh majoriti Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KARYA-KARYA IMAM AL-GHAZALI

Antara karya-karya Imam Al-Ghazali ialah Al-Munqidh Min Al-Dalal (Penyelamat daripada Kesesatan) yang menjelaskan tentang konflik dalaman yang dihadapinya iaitu, keraguan dan syak setelah mempelajari ilmu kalam (teologi) daripada Al-Juwaini. Teologi membahaskan pelbagai aliran yang antara satu sama lain terdapat percanggahan, Al-Ghazali ragu, di mana antara aliran-aliran itu yg benar. Di dalam bukunya ini tergambar keinginannya untuk mencari kebenaran yg sebenarnya.
Dalam mempelajari falsafah, Al-Ghazali menemukan pendapat-pendapat falsafah yang dipandangnya menyalahi ajaran Islam, Oleh sebab itu, beliau menyerang kaum falsafah yang dijelaskannya dalam bukunya, Maqasid Al-Falasifa (Tujuan Para Falsafah). Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Selain itu, kitabnya, Tahafut Al-Falasifa (Kekacauan Para Falasifah) pula mengandungi kritikan-kritikan terhadap ahli falsafah.
Beliau mengatakan bahawa ada tiga pendapat ahli falsafah yang telah membawa mereka kepada kekufuran iaitu, alam ini adalah (1) qadim (tidak bermula dalam waktu), (2) Tuhan tidak mengetahui bahagian sekecil-kecilnya dalam segala kejadian alam ini, dan (3) tidak ada kebangkitan jasmani pada hari kiamat. selain itu, karyanya yang paling berpengaruh ialah Ihya Ulum Al-Din. Kitabnya ini bukan sahaja membicarakan tentang kerohanian Islam tetapi juga aspek formal ibadat seperti bersuci, solat, zakat, puasa dan haji. Antara kitabnya yang lain ialah, Hujjat Al-Haq (Bukti Kebenaran), Nasihat Al-Muluk (Nasihat kepada Raja-Raja), Mizan Al-Amal dan Bidayat Al-Hidayah.

KESIMPULAN

Apa yang dapat saya simpulkan daripada esei ini ialah, Imam Al-Ghazali sememangnya seorang yang amat berpengaruh di dalam dunia Islam. Beliau seorang yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan falsafah. Kebanyakkan karya-karyanya berkait rapat dengan falsafah. Selain itu, sebagai ahli sufi, beliau yakin bahawa tasawuf adalah satu-satunya cara untuk mencapai kebenaran hakiki.
Bagi Imam Al-Ghazali, dengan tasawuf, seseorang dapat berada dekat dengan Tuhan. Beliau menghabiskan kehidupan akhirnya dengan mengkhatam Al-Quran, berkumpul dengan ahli ibadah, mengajar para penuntu halaqah, melakukan solat, puasa dan ibadat lain sehinggalah beliau meninggal dunia pada 14 Jamadil Akhir tahun 505H di Thus.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Saidina Ali bin Abi Thalib Cabaran-cabaran Yang Dihadapi

SINOPSIS
Sebagai seorang sepupu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam., Saidina Ali sememangnya amat rapat dengan baginda sejak kecil lagi. Beliau juga merupakan pemuda pertama yang memeluk agama Islam. Beliau juga telah banyak membantu dan menyumbang kepada perluasan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.. Oleh itu, beliau pernah diberi penghargaan yang tinggi oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. sendiri kerana komitmennya yang menyumbang kepada kerajaan Islam adalah sangat tinggi. Selepas kewafatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam., Saidina Ali mula memegang jawatan sebagai seorang khalifah yanh keempat. Sebagai seorang khalifah, beliau telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan keatasnya dengan penuh semangat dan dedikasi. Pada zaman pemerintahannya, Saidina Ali terpaksa menempuh pelbagai jenis cabaran. Antaranya, beliau pernah melakukan perubahan dari segi akhlak para pegawai pemerintah yang berada dibawah penguasaannya. Beliau mempunyai prinsipnya yang tersendiri, yakni akhlak yang baik jikalau diamalkan oleh para pegawai pemerintah tingi, diibaratkan sebagai sebuah kunci bagi kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, dan kemajuan sesebuah negara, lebih-lebih lagi untuk negara Islam. Selain daripada itu, Saidina Ali juga terpaksa berhadapan dengan krisis atau masalah diskriminasi yang berlaku diantara orang Arab dengan orang bukan Arab, yakni orang tahanan perang yang telah dimerdekakan yang diberi nama sebagai kaum Mawali. Golongan bekas tahanan perang tersebut, Mawali, telah dipandang sebagai golongan kelas bawahan oleh orang Arab. Namun, Saidina Ali tidak bersetuju dengan mereka dengan tidak mempedulikan pandangan dan apa yang telah diperkatakan oleh orang Arab. Malah, beliau telah memberikan layanan yang sama rata terhadap kedua-dua golongan tersebut. Namun, sikap beliau yang lebih mementingkan keadilan yang tidak berbelah bahagi itu telah melahirkan rasa tidak puas hati orang Arab terhadapnya. Selain daripada itu, semasa Perang Shiffin, Saidina Ali pernah terperangkap atau terjerat antara dua pilihan, yakni sama ada mahu memberikan arahan untuk menghentikan peperangan ataupun meneruskannya sehingga pasukan bala tentera yang dipimpinnya dapat meraih kemenangan. Konflik ini dicetuskan oleh pihak musuhnya, yakni pasukan tentera Syam yang telah mengangkat lembaran Al-Quran dihujung pedang, yang kononnya sebagai tanda bahawa tersebut pasukan Syam hendak menyerah kalah. Oleh itu, terdapat pasukan Saidina Ali yang bertelagah kerana ada yang mahu meneruskan peperangan dan ada juga yang ingin Saidina Ali memberi arahan agar peperangan dihentikan.

Pendahuluan
Saidina Ali merupakan sepupu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.. Walaupun usia Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. tidaklah terlalu tua bagi Saidina Ali dan masih lagi muda, namun Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. sendiri telah melayan dan menganggap beliau sama seperti seorang bapa yang amat menyayangi anaknya. Saidina Ali juga merupakan pemuda pertama yang telah memeluk agama Islam. Beliau juga banyak menghabiskan masa mudanya dengan sentiasa berada disamping Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.. Malahan, Saidina Ali juga telah mengahwini Fatimah, yakni anak perempuan kandung Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.. Saidina Ali pernah berjuang dengan penuh keberanian lantas mengetuai beberapa peperangan demi Islam. Selepas kewafatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam., baginda telah digantikan dengan tiga orang sahabatnya yang memegang jawatan khalifah yang kemudiannya, menjadi giliran Saidina Ali pula untuk mengambil alih jawatan yang mempunyai tanggungjawab yang sangat besar itu. (Dargue, 1985)

Sejarah tentang kehidupan Saidina Ali banyak menceritakan tentang ketaatannya terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala. dan terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.. Ini adalah kerana beliau telah mula membantu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. mengembang dan menyebarkan ajaran Islam sejak usia beliau masih lagi muda belia. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. juga pernah memberikan penghargaan yang tinggi kepada beliau kerana bersungguh. sungguh memperluaskan perkara-perkara yang perlu disampaikan kepada seluruh umat manusia supaya mereka terpelihara daripada kebinasaan di dunia dan di akhirat kelak. Tambahan pula, suruhan yang telah diamanatkan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. telah disebarkan secara meluas dengan pengorbanan yang telah Saidina Ali lakukan. (Husaini, 1989)

Sebagai seorang khalifah, Saidina Ali telah menempuh pelbagai cabaran demi cabaran sepanjang pemerintahannya. Walaubagaimanapun, semua itu tidak menghalangnya daripada memperjuangkan prinsip yang beliau telah pelajari dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. sendiri. Selain daripada itu, beliau juga ada mempamerkan banyak kualiti yang baik untuk dijadikan sebagai amalan bagi seluruh umat Islam. Sejarah kehidupan beliau juga banyak menceritakan tentang kepahlawanannya dan sejarah manusia lain yang penting untuk dipelajari, dikaji dan direnungkan. (Husaini, 1995)
Bersikap tegas demi menjaga disiplin para pemerintah tinggi

Ketika Saidina Ali memegang jawatan sebagai seorang khalifah, beliau telah banyak melakukan transformasi yang menjurus kepada pemulihan akhlak para pegawai tinggi pemerintah. Ini kerana, beliau mempunyai pegangannya yang tersendiri dimana beliau berpendapat bahawa pemimpin yang mempunyai akhlak yang terpuji boleh menyumbang kepada kemajuan serta kemakmuran negara kerana jikalau pemerintah sesuatu negara itu memiliki akhlak yang terpuji, maka rakyatnya juga akan turut mencontohi dan mengamalkan sikap yang telah ditonjolkan oleh pemerintah mereka. Beliau juga tidak memberi kelonggaran sehingga boleh menyebabkan para pegawai tinggi mengabaikan tanggungjawab mereka. (Mukhlas, 2004)

Pernah salah seorang daripada pegawainya yang bernama Mundzar bin Jarud yang merupakan seorang gabenor di Istakhar. Gabenor ini sering membazirkan masanya dengan bersenang-lenang. Sebagai contoh, Mundzar sangat gemar untuk pergi memburu sehingga dia menjadi leka lalu mengakibatkannya meninggalkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakannya sebagai seorang gabenor. Oleh sebab itu, dia telah menerima surat peringatan yang keras daripada Saidina Ali. Saidina Ali telah mengetahui perbuatan Mundzar itu kerana beliau telah diberitahu tentangnya. Beliau juga telah menyatakan di dalam suratnya bahawa jika perbuatan Mundzar itu terbongkar di depan mata Saidina Ali, beliau akan mengenakan hukuman yang berat keatasnya. (Mukhlas, 2004)

Selain itu, terdapat seorang lagi gabenor yang pernah menerima surat peringatan keras daripada Saidina Ali. Gabenor tersebut dikhabarkan gemar bersenang-lenang dengan menyalahgunakan harta anak-anak yatim dan janda. Di dalam surat yang ditulis Saidina Ali juga menyatakan bahawa beliau telah diberitahu bahawa gabenor tersebut juga berlagak baik dihadapan orang ramai. Gabenor tersebut berpura-pura dengan cara menyampaikan khutbah di atas mimbar untuk menunjukkan kewarakkannya, padahal ketika di rumah, beliau memerintah tukang masaknya agar menghidangkanya makanan yang sangat mewah sehingga orang miskin tidak dapat membayangkan betapa mewahnya makanan tersebut. Ini menunjukkan bahawa gabenor tersebut adalah seorang yang munafik. (Mukhlas, 2004)
Perselisihan antara orang Arab dengan orang kaum Mawali

Pada zaman pemerintahan Saidina Ali, negara yang diperintah olehnya dahulu mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. Antara kaum-kaum yang tinggal bersama adalah seperti kaum Arab, Iran, Nabat, Byzantium dan Barbar. Oleh itu, terdapat pelbagai tanggapan dan ragam yang terjadi kepada sesama kaum-kaum tersebut. Ini berlaku antara kaum yang pada mulanya merupakan tawanan perang dengan kaum yang berasal disitu, yakni kaum Arab. Namun, tawanan-tawanan tersebut telah dimerdekakan lalu mereka ini digelar sebagai Mawali. Disebabkan itulah, kaum Mawali ini dipandang dan dianggap sebagai orang kelas bawahan dan hanya layak mendapat hak yang kurang berbanding dengan kaum Arab. (Husaini, 1995)

Oleh kerana Saidina Ali yang memegang jawatan khalifah pada masa itu, orang Arab memiliki tanggapan bahawa merekalah orang yang lebih tinggi darjatnya berbanding dengan kaum-kaum yang lain, yakni kaum Mawali. Namun, tanggapan seperti inilah yang memberi cabaran kepada Saidina Ali semasa pemerintahannya kerana beliau adalah seorang yang amat mementingkan keadilan. Justeru itu, beliau terpaksa dan sering menerima tentangan dan rungutan daripada orang Arab. Ini adalah kerana mereka langsung tidak berpuas hati dengan sikap beliau kerana layanan yang Saidina Ali diberikan kepada mereka adalah sama sahaja dengan kaum Mawali. (Husaini, 1995)

Ada riwayat yang menceritakan tentang Saidina Ali yang pernah didatangi oleh dua orang perempuan. Salah seorang wanita tersebut datang daripada golongan Mawali, dan seorang lagi pula merupakan orang Arab. Kedua-dua wanita tersebut pergi menemui Saidina Ali kerana ingin meminta bantuan daripadanya demi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi mereka. Beliau kemudiannya bersetuju dengan permintaan mereka, lalu memberikan sejumlah wang yang sama banyak kepada wanita-wanita tersebut. Namun, wanita Arab pada ketika itu meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap beliau kerana tidak mendapat layanan yang lebih istimewa daripada wanita dari kaum Mawali itu. Kemudian Saidina Ali menjelaskan kepadanya bahawa beliau tidak pernah dan tidak mahu membeza-bezakan rakyatnya. (Husaini, 1995)
Tekanan semasa Perang Shiffin

Semasa Saidina Ali dan bala tenteranya memerangi bala tentera Syam dalam perang Shiffin, pasukan Saidina Ali hampir memenangi peperangan tersebut. Pada ketika itu, pasukan Syam sudah lemah maka Saidina Ali serta bala tenteranya sudah hampir pada kemenangan. Walaubagaimanapun, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Pasukan Syam telah mengacung-acungkan lembaran Al-Quran dihujung pedang sebagai tanda bahawa mereka ingin meminta simpati supaya peperangan dihentikan dan kononnya mereka mahu menyerah kalah. (Mukhlas, 2004)

Kemudian, pasukan tentera yang dipimpin oleh Saidina Ali mula mempunyai tanggapan dan pendapat yang berbeza. Bagi yang mempunyai akal pemikiran yang panjang, mereka sedar dan mengerti bahawa apa yang telah dilakukan oleh pasukan Syam itu hanyalah suatu muslihat yang kotor untuk mengelirukan mereka. Namun, bagi yang pendek akal pemikirannya pula, mereka menganggap bahawa pasukan tentera Syam benar-benar mahu menyerah kalah. Keadaan sedemikian telah membawa kepada perselisihan faham dan pertelingkahan sesama ahli-ahli pasukan tentera Saidina Ali lantas mengundang bencana terhadap beliau. (Semait, 1985)

Disebabkan reaksi mengejut yang ditonjolkan oleh pasukan Syam tersebut, Saidina Ali didatangi sebahagian daripada pasukannya yang telah terpedaya dengan muslihat licik musuh mereka. Mereka meminta izin daripada beliau agar memberi pengumuman untuk menghentikan serangan terhadap pasukan Syam. Pemikiran mereka juga sebenarnya sudah terdorong oleh keinginan mereka terhadap kedamaian dan tidak mahu berperang lagi. Namun, Saidina Ali menolak keras permintaan mereka. Beliau menjelas dan menerangkan bahawa apa yang telah dilakukan oleh musuh mereka itu hanyalah suatu muslihat semata-mata. Beliau juga mengarahkan mereka agar berubah fikiran dan meneruskan sahaja peperangan sehingga pasukan Syam benar-benar tewas. Ini telah megundang kepada kemarahan terhadap sebahagian daripada pasukannya yang inginkan perdamaian. Mereka bukan sahaja menolak arahan beliau malah, mengugut untuk tidak lagi memihak kepada Saidina Ali. (Ja'Farian, 2003)
Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Saidina Ali merupakan seorang khalifah yang sangat komited dengan tugasan atau tanggungjawab yang telah diberikan atau diamanahkan kepadanya. walaupun beliau terpaksa menghadapi pelbagai jenis cabaran sepanjang pemerintahannya. Sebagai seorang yang bijaksana, beliau arif bahawa negara yang maju bergantung kepada tahap moral dan disiplin yang diterapkan didalam negara tersebut. Oleh sebab itu, beliau amat prihatin kepada tahap moral para pegawai pemerintah. Ini adalah kerana, jika para pegawai pemerintah menonjolkan budi pekerti yang baik, maka rakyatnya juga akan mencontohi pemimpinnya dan mengamalkan sikap yang baik.

Sikap orang Arab yang menganggap bahawa kaum Mawali merupakan golongan kelas bawahan juga telah memberi cabaran kepada Saidina Ali. Ini kerana, beliau adalah seorang yang mementingkan keadilan. Walaupun beliau tahu bahawa sikapnya itu tidak disenangi rakyatnya, yakni dari kaum Arab, beliau tetap teguh dengan pendiriannya yang telah beliau belajar dan contohi daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. sendiri. Sebagai contoh, beliau telah mengambil tindakan untuk mengendahkan apa yang orang Arab katakan. Walaupun sikapnya itu pernah dipersoalkan, Saidina Ali menjelaskan kepada mereka bahawa beliau tidak akan pernah sesekali membeza-bezakan rakyatnya. Pada pandangannya, kesemua rakyatnya adalah sama, maka semua orang akan mendapat hak dan layanan yang sama.

Selain itu, tahap kesabaran Saidina Ali tercabar apabila pasukan tenteranya mengugutnya agar mengeluarkan arahan supaya menghentikan peperangan yang berlaku antara mereka dengan bala tentera Syam. Saidina Ali terpaksa berhadapan dengan pasukannya yang berselisih pendapat, yakni yang ingin menghentikan peperangan dan yang ingin meneruskan peperangan. Ini berlaku apabila pasukan Syam mengacungkan Al-Quran sebai tanda ingin menyerah kalah. Saidina Ali tersepit di antara dua pilihan. Jika peperangan dihentikan, bermakna pasukan Syam telah berjaya memperdayakan mereka. Jika beliau meneruskan peperangan, maka ahli pasukannya yang tidak bersetuju dengannya akan beralih arah dan tidak akan menyebelahinya lagi.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Sejarah Penurunan Al – Quran

ABSTRAK
Kitab suci al-Quran yang dibaca dan disanjung tinggi oleh kira-kira 1. 57 billion umat Islam pada hari ini, adalah sebuah kitab yang mengandungi Kalamullah Azza wa Jalla yang diturunkan kepada utusan-Nya yang terakhir Junjungan Kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, yang pada dasarnya ialah bertujuan untuk membawa petunjuk hidayah kepada umat manusia, agar mereka terselamat dari kesesatan dan tidak selama-lamanya tenggelam di dalam kebatilan, di samping mengenalkan kepada mereka hakikat kebenaran dan keadilan supaya mereka menghayatinya dalam kehidupan mereka di dunia ini dengan menjauhi segala sifat-sifat negatif yang bertentangan dengan perikemanusiaan sejati. Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (???) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran. Membaca al – Quran serta menghayati dan mengamalkannya merupakan satu ibadat. Al –Quran adalah merupakan satu kitab panduan manusia dan rujukan utama disamping sunnah Rasulullah. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al – Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Al-Quran telah diturunkan dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22 hari. Proses penurunan al-Quran kepada rasulullah dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah malaikat Jibril memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah, malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar hafal dan malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal. Selain itu, antara sebab-sebab al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur adalah untuk menetapkan jiwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. dan menguatkan hatinya, untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur, untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka dan untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah Subhanahu wa ta’ala semata-mata. Ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada rasulullah adalah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq, manakala ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan. Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah. Terdapat perbezaan antara ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1, 456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4, 780 ayat.


PENDAHULUAN

Allah Subhanahu wa ta’ala  telah menurunkan al – Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  dan kewujudan Allah Subhanahu wa ta’ala  dengan segala sifat – sifat kesempurnaan. Membaca al – Quran serta menghayati dan mengamalkannya merupakan satu ibadat. Al –Quran adalah merupakan satu kitab panduan manusia dan rujukan utama disamping sunnah Rasulullah. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al – Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan tentang sejarah penurunan al – Quran (Nuzul al – Quran). Pengertian Nuzul al – Quran dari segi bahasa bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ membawa maksud dia telah turun atau dia menjadi tetamu. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al – Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al – Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al – Quran.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala bermaksud:

“Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikutinya. ” (al-Qiyaamah:17-18)

Al-Quran kini didefinisikan sebagai himpunan khusus Kalamullah yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang ditulis, dimushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah yang sangat dituntut.
Terdapat juga Kalamullah yang diturunkan kepada nabi selain Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak dinamakan al-Quran. Contohnya, Kalamullah yang terhimpun dalam Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud ‘alaihis salam., Taurat kepada Nabi Musa ‘alaihis salam. dan Injil kepada Nabi Isa ‘alaihis salam. Ada jua Kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang tidak dinamakan al-Quran dan membacanya dianggap sebagai ibadat dinamakan Hadis Qudsi.

CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN
Aishah isteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. telah meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah Subhanahu wa ta’ala untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama. Oleh kerana nilai al-Quran adalah sangat tinggi dan tiada benda yang boleh disamakan dengannya, maka penurunan al-Quran melalui wahyu bukanlah satu proses yang mudah. Ianya diturunkan dan diterima oleh Rasulullah dengan pelbagai cara.
 (Mohammad, Aly Ash-Shabuny)
Cara Pertama
Malaikat Jibril memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah. Dalam hal ini Rasulullah tidak melihat apa – apa pun. Baginda merasa wahyu itu sudah berada dalam kalbu baginda. Mengenainya baginda menyatakan:
 (Mohammad, Aly Ash-Shabuny)
“Ruhul qudus mewahyukan ke dalam kalbulku”.
 (Surah Asy-Syura, ayat 51)
Cara Kedua
Malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar hafal. (Mohammad, Aly Ash-Shabuny)

Cara Ketiga
Malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal.
 (Mohammad, Aly Ash-Shabuny)
“Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidarulmuntaha) ”. (Surah An-Najm, ayat 13-14)
Cara Keempat
Wahyu datang kepada baginda seperti gemerincing loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh baginda. Kadang-kadang pada kening baginda terpercik peluh walaupun wahyu turun pada musim dingin. Kadang-kadang semasa baginda sedang menunggang unta, unta baginda terpaksa berhenti dari berjalan dan terduduk kerana merasa amat berat ketika wahyu diturunkan. Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya.
 (Mohammad, Aly Ash-Shabuny)
Rasulullah menjawab :
”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku. ”

HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR
Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Jika al-Quran diturunkan secara sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahkan dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah selama 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 40 kelahiran Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr radhiallahu ‘anhu. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman radhiallahu ‘anhu. Antara hikmat utama Allah Subhanahu wa ta’ala merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :
 (El-Qadhi, Abdul Fattah)
Hikmah Pertama
Untuk menetapkan jiwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril ‘alaihis salam. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah Subhanahu wa ta’ala  kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.
 (Zuhdi, Drs Masjfuk, 1982)

Hikmah Kedua
Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.
 (Zuhdi, Drs Masjfuk, 1982)
Hikmah Ketiga
Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.
 (Zuhdi, Drs Masjfuk, 1982)
Hikmah Keempat
Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah Subhanahu wa ta’ala semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. atau makhluk lain.
 (Zuhdi, Drs Masjfuk, 1982)

AYAT PERTAMA DAN AKHIR DITURUNKAN
Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat mengubah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia dengan akhirat.
Ayat Pertama Diturunkan
Pendapat Jumhur merupakan pendapat yang paling sahih, bersetuju iaitu yang pertama diturunkan ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq berdasarkan riwayat ‘Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka.
 (Al-Banna, Hasan)
Aisyah radhiallahu ‘anhu. menyatakan:
“Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah radhiallahu ‘anhu., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril ‘alaihis salam. ) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca. ” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca. ” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca. ” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith. ”
 (al-Hadith)
Imam-imam yang lain seperti al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dala’il dan al-Tabrani dalam al-Kabir mengesahkan ayat tersebut adalah yang pertama diturunkan. (Al-Banna, Hasan)
Ayat Terakhir Diturunkan
Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah diturunkan bersama kerana ayat ini membicarakan persoalan riba’ dan hukum berkaitannya. ‘Umar dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-Baqarah. Selain itu, surah al-Taubah merupakan surah panjang yang terakhir diturunkan, manakala surah al-Nasr surah pendek yang terakhir diturunkan. (Aboebakar, 1986)

AYAT MAKIYYAH DAN MADANIYYAH
Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah.
 (Salleh, Subhi)
Beza antara keduanya ialah ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1, 456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4, 780 ayat. Keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 6, 236 ayat dengan kira-kira 1. 2 juta huruf. Dalam bentuk surahnya sebanyak 114 surah dan juzuknya sebanyak 30 juzuk. Membaca al-Quran diberi 10 ganjaran untuk setiap satu huruf.
 (Salleh, Subhi)
Dalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat ayat ya ayyuhalladzina aamanu (Wahai orang yang beriman) dan amat sedikit terdapat ayat ya ayyuhanass (Wahai manusia), manakala dalam ayat-ayat Makiyyah pula adalah sebaliknya.
 (Salleh, Subhi)
Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti. Ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-hukum sama ada yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan sebagainya.
 (Salleh, Subhi)

KESIMPULAN
Al-quran adalah merupakan mukjizat yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala  kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Al-Quran merupakan panduan kepada umat Islam. Tempoh al-Quran (wahyu) diturunkan adalah selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari iaitu sepanjang tempoh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  bergelar Rasulullah. Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang telah diturunkan secara beransur-ansur. Proses penurunan al-Quran kepada rasulullah dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah malaikat Jibril memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah, malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar hafal dan malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal. Proses penurunan al-Quran dilakukan secara beransur-ansur mempunyai pelbagai hikmahnya. Antaranya untuk menetapkan jiwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. dan menguatkan hatinya, untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur, untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka dan untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah Subhanahu wa ta’ala semata-mata. Selain itu, ayat pertama yang diturunkan adalah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq, manakala ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan. Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah. Terdapat perbezaan antara ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1, 456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4, 780 ayat. Keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 6, 236 ayat dengan kira-kira 1. 2 juta huruf. Dalam bentuk surahnya sebanyak 114 surah dan juzuknya sebanyak 30 juzuk.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: KEMATIAN MERUPAKAN LANGKAH PERTAMA

ABSTRAK
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati (Ali Imran: 185). Demikianlah ketetapan Allah Subhanahu wa ta’ala  terhadap makhluknya dan tiada sesuatu pun dapat menghalangnya melainkan dengan keizinan Allah Subhanahu wa ta’ala  sendiri. Bahkan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  turut merasai kematian. Dari hadis riwayat Ibnu Abi Al Dunya meriwayatkan bahawa kematian adalah ketakutan yang mengerikan. Rasa sakit ketika mati lebih pedih daripada dihiris dengan gunting dan gergaji mahupun direbus dengan air panas. Sekiraya seseorang mayat dibangkitkan kembali dan menceriakan sakitnya mati kepada manusia nescaya manusia tidak akan dapat hidup dengan tenang dan tidur dengan tenteram. Kajian ini akan meyentuh aspek persediaan dan perihal kematian. Banyak persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi hari kematian. Kematian bukan hanya melibatkan sakaratulmaut semata-mata, malah ia merupakan rentetan kepada kahidupan di alam barzakh dan hari kebangkitan di Padang Masyhar. Sesungguhnya manusia disyariatkan untuk mengingati maut. Manusia perlu beramal denga amalan soleh dan bertaubat di atas dosa- dosa lalu. Taubat tidak seharusnya ditangguhkan semata-mata untuk mengejar kenikmatan dunia. Hal ini kerana saat kematian tidak dapat diramal oleh manusia dan sudah tertulis di Luh Mahfuz. Apabila seseorang manusia sudah sampai saat kematian dan kehadirannya maka semua taubat sudah tidak memberi erti kepadanya. Aspek pengurusan jenazah juga amar penting dalam memelihara kesejahteraan si mati. Jenazah perlu diuruskan mengikut tatacara yang betul untuk arwah sebelum menghadap dengan Allah Subhanahu wa ta’ala. alam barzakh persinggahan manusia selepas mati. Mereka yang baik amalannya di dunia tidak akan menghadapi masalah apabila berhadapan dengan malaikat Mungkar dan Nakir malah diluaskan kuburnya dan diterangi cahaya, sebaliknya amalan yang jahat akan disempitkan kuburnya serta ditemani kegelapan. Kebangkitan manusia di Padang Masyhar merupakan hari di mana manusia akan dikumpulkan. Di saat itu, amalan sepanjang hidupnya akan dihisab. Bagi mereka yang melakukan amal kebaikan akan dimasukkan ke dalam syurga bersama para salihin dan syuhadah. Sedangkan mereka yang buruk amalannya akan dicampakkan ke dalam neraka bersama golongan kafir.

PENDAHULUAN
Mati adalah satu perkara biasa, keadaannya lumrah bagi yang hidup. Dengan kata lain, mati bukanlah satu masalah atau menjadi permasalahan kepada kita kerana mati itu merupakan satu realiti yang dialami oleh semua makhluk bernyawa.

Sebenarnya mati adalah suatu pintu ke akhirat di mana manusia tidaklah mencapai Haqqul-Yakin (keyakinan yang bersungguh) melainkan dia melalui kematian terlebih dahulu. Adapun dengan kata lai, mati adalah sebagai sebuah pintu gerbang untuk menemui kekasih iaitu Allah Subhanahu wa ta’ala.

Apa yang menjadi kemusykilan pada kita adalah permasalahan iman dan amalan sementara menghadapi mati itu. sejauh manakah keyakinan seseorang terhadap peristiwa kematian itu mendorong beliau menyediakan bekalan ke sana dengan cara yang berkesan.

Mati meupakan guru bisu yang tidakdengan kata-kata melainkan dengan kejadian nyata. Kita belajar dengan cara merenungkannya. Nyatanya, mengigati mati adalah perkara yang membuat kitaberubah daripada kebiasaan. Ia juga sebuah latihan untuk menjadi lbih peka terhadap setiap tingkah laku kita.

Kita tidak perlu gusar untuk bertemu dengan kematian atau peristiwa kematian kerana urusan ini adalah urusan Allah Subhanahu wa ta’ala  sendiri dan merupakan sunnah-Nya kepada sekalian makhluk. Mengingati mati membuatkan manusia lebih serius dalam menjalani kehidupan kerana umur yang amat pendek. Justeru kerana umur yang terlalu pendek, kehidupan menjadi amat berharga.

Namun sejauh manakah kita bersiap sedia untuk kehidupan selepas mati itu sebagaimana yang kita yakini? Apakah amalan yang benar-benar boleh menolong atau memberi manfaat kepada kita di sana? Apakah amalan yang sungguh-sungguh boleh menolong kita selepas mati mengikut sumber kitab suci Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih dan tidak berdasarkan amalan bidaah?

TAKRIF KEMATIAN
Kematian merupakan saat di mana erpisahnya roh daripada jasad yakni nyawa daripada badan. Segala amalan di dunia apabila seseorang itu menghadapi kematian melainkan tiga perkara iaitu ilmu yang disebarkan, sedekah dan amal jariah serta doa daripada anak yang soleh. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  bersabda;

Guru yang berbicara adalah Al-Quran dan guru yang bisu adalah kematian

Maut adalah saat yang menyakitkan yang harus ditempuh semua orang tanpa mengira pangkat dan darjat. Detik kematin merupakan waktu ketika kita akan lupa dengan segala sesuatu sebelumnyadan hanya dibayangi perhitungan amal di hadapan Allah Subhanahu wa ta’ala.

Kematian bukanlah satu kepergian yang murni dan bukan juga kefaaan hakiki. Ia merupakan perubahan keadaan serta perpindahan tempat daripada alam dunia ke alam barzakh sebelum dibangkitkan semula di Padang Masyhar untuk dihisab.

Al-Qurthubi meriwayatkan bahawa maut adalah hal yang menakutkan, perkra yang menyeramkan. Sesungguhnya maut itu memutuskan kesenanagn dan mendatangkan hal yang dibenci. Hal yang memutuskan hubunganmu, memisahkan anggota tubuhmu, menghancurkan sendi-sendimu. Pastilah menakutkan, sesuatu yang besar dan harinya pastilah hari yang besar.

PERSEDIAAN MENGHADAPI KEMATIAN

Berkata Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Zar:“ Wahai Abu Zar! Sesungguhnya dunia ini adalah penjara kepada orang mukmin, sedangkan kubur adalah tempat rehatnya dan syurga tempat tinggalnya. Wahai Abu Zar, sesungguhnya dunia ini adalah syurga orang kafir, sedang kubur tempat seksaanya dan neraka temat tinggalnya”.

Seseorang mukmin itu hendaklah selalu bertaubat dan memperbanyakkan ucapan istighfar. Jangan pula ia lupa mengerjakan ibadat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala  dan memohon diampunkan segala dosa yang lalu. Dugaan yang menimpa manusia kerapkali mengingatkannya tentang urusan akhirat dan mendorongnya kapada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Apabila seseorang mecapai umur baligh, sedang akalnya sempurna, maka sudahlah ia menjadi mukallaf. Ketika itu segala kewajipan agama tertuju kepadanya. Dia dituntut oleh Allah Subhanahu wa ta’ala  untuk mematuhi perintah dan larangan, amar ma’ruf ahi mungkar, mengingati tentang janji-janji Allah Subhanahu wa ta’ala  dan ancaman-ancamanNya, tentang balasan pahala dan penyeksaan atas dosa. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala  tidak memungkiri janji.

Maka sudah sewajarnya seorang pemuda bersungguh memelihara masa mudanya agar tidak terjerumus ke dalam kemurkaan Allah S. WT, sehingga menyebabkan ia menerima seksaanNya yang pedihsebaliknya berusaha mencapai kemanisan iman berasaskan Rukun Islam dan Rukun Iman. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ;
‘Rebutlah peluang lima sebelum lima. Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum masa sakit. Masa lapang sebelum masa sibuk. Masa kaya sebelum masa miskin... dan masa hidup sebelum mati. ’

Wanita pula seharusnya memelihara dirinya kerana kebanyakan penghuni neraka adalahdaripada kaum wanita. Dalam riwayat Ahmad dan Thabarani, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  bersabda;
“ Jika seorang wanita (isteri) itu bersolat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, lalu mentaati suaminya, nescaya dia akandiberikan pilihan untuk memasuki syurga daripada mana-mana pintu syurga yang dipilihnya.

Setelah mencapai umur 40 tahun, spatutnya tidak ada masa lagi untuk berehat-rehat, ataupun mengejar sesuatu urusan dan mengaturkan sesuatu kegembiraan mengenai hal keduniaan kerana sempitnya waktu yang tinggal. Di waktu itu tiada masa lagiuntuk berlalai-lalai dan bergurau senda kerana saat kematian sudah hampir tiba.

SAKARATULMAUT

Apabila si pesakit itu mengalami sakit kuat, dan telah ternyata tanda-tanda hampir ajalnya, hendaklah anak isterinya dan kaum kerabatnya memerhatikan keadaanya. Jika pesakit kelihatan seperti putus asa dan ketakutan, maka mereka hendaklah mengingatkan segala kebajikan dan kebaikannya yang lalu. Ingatlah jua rahmat Tuhan dan keampunanNya kepada oranr-orang yang berdosa dan kemaafanNya terhadap orang-orang yang lalai. Itulah amalan yang dilakukan oleh para salihin terhadap orang yang sedang nazak agar mereka merasa lega apabila mendengar ucapan itu.

Ahli keluarga pesakit dituntut untuk mengajar pesakit mengucap ‘ Lailaha Illallah’. Seperti sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ;
‘Ajarilah orang-orang yang menempuh maut di kalanganmu dengan kalimah ‘Lailaha Illallah’. Maka barang siapa yang mengakhiri hidupnya dengan capan Lailaha Illallah maka akan masuk syurga.
 (Hadis Riwayat Muslim)

Dikatakan membaca surah Yasiin akan memudahkan roh keluar dari jasad. Mati itu ada kesusahan dan sakarat. Adakalanya mudah dan adakalanya berat bagi kaum mukmin. Tetapi ada yang diriwayatkan daripada mmalaikat maut ‘alaihis salam  bahawasanya ia berkata;
“Sesungguhnya aku sentiasa berlemah lembut dan beringan-ringan terhadap orang mukmin”

Adakalanya muncul pelbagai fitnah dan ujian, moga-moga dijauhi Allah daripada semua itu. Sebab itulah mereka yang hadir membanyakkan bacaan Al-Quran dan hadis-hadis yang mencela dunia. Tersebut dalam Atsar, bahawasanya syaitan yang terkutuk itu amat hampir kepada seorang hamba Allah Ta’ala yang sakaratulmaut. Saat itu, syaitan akan mencari peluang memesongkan akidah. Hanya dengan mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala  dapat menghalangnya.

PENGURUSAN JENAZAH
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
1. Memandikannya.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Solat ke atas jenazah.
4. Mengebumikannya.

SYARAT MANDI
Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.
Syarat mayat dimandikan.
1. 1 Hendaklah mayat orang Islam.
1. 2 Cukup anggota atau sebahagian badannya.
1. 3 Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya.
1. 4 Mayat itu bukan mati syahid

MENGKAFANKAN MAYAT
Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafantersebut. Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan. Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.
Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.

SOLAT JENAZAH
Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang. Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki. Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

Cara mengerjakan Solat Jenazah
Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.

ALAM BARZAKH
Apabila kubur telah diratakan, maka hendaklah orangramai yang hadir tunggu sebentar di kubur untuk membaca Al-Quran sambil beristighfar, untuk mayat dan mendoakannya agar dikurniakan Allah Taala ketetapan, kerana pada ketika itulah ia sedang menghadapi ujian. Yakni, si mati itun sedang disoal oleh kedua Malaikat Mungkar dan Nakir yang merupakan ujian yanng besar bagi si mati.
Siapa Tuhanmu? Apa agamamu? Siapa Nabimu? Orang yang dikurniakan Allah Taala ketetapan di waktu itu akan menjawab; Allah Tuhanku. Islam agamaku. Munhammad nabiku. Akan tetapi orang yang disesatkan Allah Subhanahu wa ta’ala  akan bingung dan ragu-ragu sebagaimana keadaannya di waktu hidup di dunia dahulu penuh dengan kesesatan dan keraguan ataupun sentiasa meringankan perintah-perintah Allah Taala serta melakukan segala laranganNya. Maka ketika itu pula kedua malaikat tadi akan memukulnya, menyempitkan kuburnya serta memenuhi kubur itu dengan pelbagai azab dan seksa.
Adapun si Mukmin yang tetap serta lurus perjalanannya atas keimanan da ketakwaan pada masa hayatnya, maka kedua malaikat tadi akan menggembirakannya dengan pelbagai berita baik. Kuburnya dilapangkan serta dipenuhi pelbagai cahaya dan kenikmatan. Semua amalan solehnya dari sembahyang, sedekah, puasa, bacaan Al-Quran dan zikrullah akan mengiringinya dan menenteramkannya serta menghalangnya daripada segala ketakutan dan bencana. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  bersabda;
Kubur itu merupakan tempat tempat pertama dari penempatan di akhirat. Siapa yang terselamat dari situ, maka sesudah itu semuanya akan menjadi mudah dan ringan tetapi siapa yang terkulai, maka sesuda itu akan menjadi lebih berat dan dashyat.

PADANG MASYHAR
SESUNGGUHNYA pemeriksaan amalan di Padang mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim. Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarh-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api neraka jahanam di mana semua manusia akan meniti. Orang mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal salih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang mengepalai umat lain. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus. ”Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu.

Al-Alamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab Bahjah An-Nufuus menegaskan, sesungguhnya disebut dalam hadis mengenai sifat sirat yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan ia mempunyai tujuh sekatan dan setiap sekatan itu mengambil masa 3, 000 tahun perjalanan. Dikatakan di tempat pemeriksaan pertama, manusia akan ditanya mengenai keimanannya kepada Allah.

Jika seseorang mukmin itu tidak ragu-ragu dalam keimanannya, dia dilepaskan ke tempat pemeriksaan kedua (solat). Begitulah seterusnya mengenai puasa, zakat, haji dan umrah, bersuci (wuduk dan mandi wajib) dan soal kemasyarakatan. Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri.

Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan. Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredaan. Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya

KESIMPULAN
Demikianlah akhirnya segala yang dikiranya perlu untuk pengisian ini. Insya’Allah sedang keberatan itu dari Allah Taala, dan kelebihan serta kebaikan juga di tangan Allah Taala, malah semua hal yang diusahakan kerana Allah Taala juga. Dan tiada kuasa dan tiada tenaga melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi Maha Besar., dan cukuplah Allah sebagai Pelindungk, dan dia adalah sebaik-baik pelindung.

Jelaslah kepada kita bahawa manfaat yang paling besar kepada manusia adalah mentaati Allah sementara kemudaratan yang paling besar ialah menderhakai Allah Subhanahu wa ta’ala. tidak ada perara yang lebih membahayakan manusia di dunia dan di akhirat lebih dari noda dan dosa-dosanya. Bahkan akan membahayakan masyarakat di sekelilingnya juga termasuklah difitnah.

Sesunguhnya di hadapan manusia itu adalah dua jenis kematian iaitu husnul khatimah dan suul khatimah. Sesiapa yang memeilih husnul khatimah, tirulah amalan dan kisah-kisah teladan para salehin dan hindarilah perbuatan dosa. Maka siapa yang memilih suul khatimah maka anda akan terus dibayangi kemurkaan Allah Subhanahu wa ta’ala.

Pilihlah syurga atau neraka. Jalan ke syurga penuh duri; jalan ke neraka sarat dengan kesenanan duniawi. Namun kegembiraan di dunia ini adalah sementara dan kebahagiaan di syurga adalah selama-lamanya.










RUJUKAN
• Al-Qardawi, Yusuf (2000), Taubat Kepada Allah. Selangor. As-Syabab Media.
• Hj. Salleh, Abdullah Al-Qari (1994), Aneka Amalan Manfaat Selepas Mati. Kuala Lumpur. Dinie Publishers
• Haddad, Imam Habib Abdullah (2002), 121 Peringatan Tentang Umur Insan. Singapura. Pustaka Nasional
• Al-Zaghabi, M. Abdul Malik (2003), 82 Pertanyaan Tentang Alam Kubur. Jakrta Pustaka Al-Kautsar.
• Ibni Abd Allah Al-Qarni, Aidh (2003), Drama Kematian. Jakarta. PT Serambi Ilmu Semesta.
• Usman Adz-Dzahaby, Imam Al-Hafidzh Muhammad Ahmad, (2001), Dosa-dosa Besar (Edisi Baru Lengkap). SingapuraI. Pustaka Nasional

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: MEMAHAMI PENGERTIAN RUKUN-RUKUN IMAN

ABSTRAK
Iman ialah asas penting yang menjadi tapak tempat berdirinya peribadi mukmin. Dari segi bahasa, perkataan iman diertikan sebagai percaya. Dari segi istilah pula, iman membawa maksud mempercayai dengan hati, kemudian menyebut (mengaku) dengan lidah seterusnya disertai dengan amalan anggota badan. Dari takrif tersebut dapatlah difahamkan bahawa syarat-syarat kesempurnaan iman itu mestilah mempunyai tiga perkara, iatu yang pertama, adanya kepercayaan hati. Kedua, disusuli dengan ikrar melalui lidah. Ketiga, dibuktikan kedua-dua tersebut dengan melaksanakan tuntutan-tuntutan ibadat. Iman boleh bertambah, berkurang dan boleh menjadi lemah. Rukun Iman itu terdiri daripada enam perkara, iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada Kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada Hari Akhirat serta beriman kepada Qada’ dan Qadar. Beriman kepada rukun-rukun iman tersebut bermaksud kita perlu mengakui dan yakin bahawa setiap rukun iman itu wujud. Kita perlu memahami, mendalami dan mengamalkan setiap rukun-rukun iman tersebut. Apabila manusia tidak beriman atau imannya sedikit, maka hal itulah yang mendorong manusia melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkn iman seperti syirik, kufur, maksiat dan murtad. Lemahnya iman seseorang juga menyebabkan manusia kecundang apabila berdepan dengan ujian-ujian Allah seperti pemarah, keluh kesah, hasad dengki, bakhil, sombong dan sebagainya. Setiap rukun iman ini berkait antara satu sama lain. Tidak sah iman seseorang jika hanya percaya kepada salah satu atau sebahagian daripada Rukun Iman itu sahaja. Beriman kepada Allah hendaklah disertai dengan beriman kepada lima Rukun Iman yang lainnya iaitu beriman kepada Malaikat, beriman kepada Rasul, beriman kepada kitab, beriman kepada hari Qiamat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar. Apabila rukun-rukun Iman ini telah sebati dalam hidup manusia, maka sejahteralah kehidupan mereka didunia dan di Akhirat.

PENDAHULUAN
Agama Islam adalah merupakan satu-satunya agama yang amat lengkap dan sempurna. Agama Islam berlandaskan kepada wahyu Allah Subhanahu wa ta’ala. ia mengandungi peraturan-peraturan hidup daripada perkara-perkara yang sebesar-besarnya sampailah kepada sekecil-kecilnya. Ajaran-ajaran agama Islam tidak berat, tidak susah untuk diterapkan secara beransur-ansur dalam kehidupan kita. Asas ajarannya meliputi akhidah, syariah dan akhlak. Pada asasnya dalam ilmu tauhid diungkapkan perkara-perkara yang berhubung kait dengan keimanan (Rukun Iman). Dari segi bahasa, perkataan iman diertikan sebagai percaya. Dari segi istilah pula, iman membawa maksud mempercayai dengan hati, kemudian menyebut (mengaku) dengan lidah seterusnya disertai dengan amalan anggota badan. Dari takrif tersebut dapatlah difahamkan bahawa syarat-syarat kesempurnaan iman itu mestilah mempunyai tiga perkara, iatu yang pertama, adanya kepercayaan hati. Kedua, disusuli dengan ikrar melalui lidah. Ketiga, dibuktikan kedua-dua tersebut dengan melaksanakan tuntutan-tuntutan ibadat. Seseorang yang mengaku bahawa dia beriman, kemudian tidak disertai dengan amalam-amalan anggota badan, amalan tersebut masih lagi dikira kurang dan tidak lengkap kerana tidak memenuhi syarat-syarat kesempurnaan iman. Iman mempunyai sifat-sifat tertentu. Iman itu kadangkala bertambah disebabkan ketaatan pada setiap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala  dan kadangkala berkurang disebabkan kemaksiatan yang membelenggu dan semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Iman juga boleh menjadi lemah disebabkan kemungkaran. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, ternyatalah bahawa Rukun Iman itu terdiri daripada enam perkara, iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada Kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada Hari Akhirat serta beriman kepada Qada’ dan Qadar. Setiap insan mengamalkan kesemua Rukun-rukun iman bagi memastikan diri kita menjadi umat Islam yang sempurna dan berakhlak. Rukun Iman juga penting dalam membendung kemungkaran dan amalan tidak bermoral, khususnya dalam kalangan remaja pada masa kini. Rukun-rukun Iman mendorong kita ke arah mengenal Allah. Kita juga dapat mengetahui kejadian manusia serta kejadian-kejadian alam seterusnya menginsafi setiap apa yang berlaku sebagai persediaan menuju ke akhirat.

BERIMAN KEPADA ALLAH
Beriman kepada Allah ialah kita mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dari segi Zat, Sifat dan Perbuatan-Nya. Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Allah. Dia yang menciptakan semesta alam ini, Dia yang menciptakan segala kemudahan untuk manusia. Beriman kepada Allah adalah sesuatu yang wajib ke atas manusia iaitu makrifat kepada Allah dengan sebenar-benarnya yakin, kerana dengan keyakinan yang betul dan benar, maka dengan sendirinya kita yakin pula kepada Rukun-rukun Iman yang lain.
Untuk memperkukuhkan iman kepada Allah, kita hendaklah mengetahui sifat-sifat-Nya dan sifat-sifat kesempurnaan Allah Subhanahu wa ta’ala  yang disebut sebagai Asma Al-Husna. Disampjng itu, setiap insan juga perlu yakin bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala  merupakan pencipta, penguasa, pengendali dan pembimbing segala sesuatu yang ada di alam ini. Oleh itu, kepada-Nya bergantung segala sesuatu dan Dialah yang menentukan setiap yang berlaku. Apabila manusia telah mengenal Allah Subhanahu wa ta’ala  dalam hal-hal yang disebut di atas, maka sudah tentu manusia akan mentaati segala peraturan Allah Subhanahu wa ta’ala  yang sesuai dengan kemampuan yang ada padanya, baik dengan harta, tenaga, fikiran, perasaan, waktu mahupun jiwa. Setiap insan juga wajib meyakini bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala  tidak mempunyai sifat kekurangan iaitu sifat-sifat yang bertentangan dengan sifat-sifat wajib.
Apabila seseorang mengenal Allah Subhanahu wa ta’ala  dengan sebenar-benarnya pasti mereka akan menemui kemanisan iman. Mereka akan berasa bebas daripada kekuasaan orang lain kerana mereka yakin hanya Allah Subhanahu wa ta’ala  sahaja yang Maha Kuasa dalam perkara menghidupkan, mematikan, merendah dan meninggikan darjat seseorang, memberi manfaat dan mudarat bahkan segala sesuatu atas kekuasaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Mereka yakin bahawa bagaimana tinggi pangkat atau kedudukan seseorang namun mereka tidak dapat memberikan sesuatu kecuali dengan izin Allah Subhanahu wa ta’ala. kehidupam mereka juga akan lebih tenang dan melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. mereka juga akan menjaga hubungan mereka dengan Allah dan juga sesama makhluk kerana mereka yakin bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala  Maha Melihat segala perbuatan mereka, mendengar segala perkataan yang dituturkan dan mengetahui segala gerak-geri denyutan jantung bahkan semua goresan yang ada dalam hati mereka.

BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada Malaikat merangkumi beriman dengan sifat-sifat Malaikat dan mengetahui tugas-tugas yang telah ditentukan keatas mereka. Kita haruslah mempercayai bahawa Malaikat dijadikan daripada nur (cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu. Malaikat sentiasa menjalankan tugas yang ditentukan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala  dengan penuh taat setia dan diwakilkan kealam semesta langit dan bumi untuk memerhatikan segala pergerakan alam.
Antara sifat-sifat istimewa Malaikat yang lain ialah mereka dapat menyerupai makhluk lain yang bertubuh menurut kehendaknya setelah mendapat keizinan dari Allah. Malaikat juga dapat melalui perjalanan yang jauh dalam jangka waktu yang singkat. Selain dapat melaksanakan tugas-tugas yang amat berat yang tidak dapat dilakukan oleh makhluk lain, Malaikat juga amat patuh pada suruhan dan perintah Allah. Mereka tidak sesekali engkar dan menderhaka kepada Allah. Malaikat juga tidak makan, tidak minum dan tidak melakukan hubungan jenis.
Sebenarnya jumlah Malaikat itu ramai sekali sehingga tiada seorang manusia pun yang mengetahui jumlahnya. Namun yang wajib diketahui oleh orang beriman hanyalah sepuluh Malaikat sahaja yang mempunyai tugas masing-masing. (1) Malaikat Jibril ‘alaihis salam  (menyampaikan wahyu Ilahi kepada Nabi dan Rasul serta orang-orang pilihan Allah), (2) Mikail ‘alaihis salam  (menurunkan hujan dan rezeki), (3) Israfil ‘alaihis salam  (meniup sangka kala), (4) Izrail ‘alaihis salam  (mencabut nyawa), (5) Munkar ‘alaihis salam  (menyoal mayat dalam kubur), (6) Nakir ‘alaihis salam  (menyeksa mayat dalam kubur), (7) Raqib ‘alaihis salam  (mencatat amalan baik), (8) Atid ‘alaihis salam  (mencatat amalan jahat), (9) Ridzun ‘alaihis salam  (menunggu pintu syurga) dan (10) MalikA. S (menunggu pintu neraka).
Diantara beberapa hikmah Allah mengutuskan para Malaikat-Nya ialah untuk menunjukkan kekuasaan Allah itu meliputi segala-galanya, baik yang bersifat rohani mahupun jasmani, ataupun kedua-duanya sekali. Manusia juga tidak ada kuasa untuk berhadapan dengan Ilahi yang hakiki. Oleh itu Allah menjadikan Malaikat sebagai pengantara antara Dia dengan para Rasul. Seseorang yang telah mengakui dan percaya kepada Malaikat akan sentiasa waspada dan berhati-hati untuk melakukan dan berkata sesuatu. Mereka yakin bahawa segala perbuatan mereka akan dicatat oleh Malaikat dan allah Subhanahu wa ta’ala  akan membalas segala perbuatan itu di Akhirat kelak.

BERIMAN KEPADA KITAB
Yang dikatakan Kitab ialah sekumpulan wahyu Ilahi yang diturunkan kepada Rasul-rasulNya serta mengandungi undang-undang yang lengkap, yang menyentuh soal Ibadah, Akhidah, Muamalah, Akhlak dan perkara-perkara Sam’iyah (Syurga, Neraka, Mizan, Shirat dan lain-lain). Selain daripada Kitab, ada lagi sejenis wahyu yang disebut Shuhuf iaitu sekumpulan wahyu Ilahi semacam lembaran kertas yang mengandungi hukum-hukum yang tidak lengkap. Beriman kepada Kitab-kitab Allah bermaksud percaya bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala  ada menurunkan Kitab-kitabNya kepada Rasul-rasulNya untuk panduan manusia hidup di dunia dan kehidupan di alam akhirat serta mengatur cara bermasyarakat.
Allah Subhanahu wa ta’ala  telah menurunkan sebanyak 104 kitab kepada para Nabi dan para Rasul. Antara kitab-kitab yang wajib diakui, dipercayai dan diimani ialah Kitab Zabur (Nabi Daud ‘alaihis salam ), Kitab Taurat (Nabi Musa ‘alaihis salam ), Kitab Injil (Nabi Isa ‘alaihis salam ) dan Kitab Al-Quran (Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ). Selain daripada itu, setiap insan wajib pula meyakini setiap suhuf yang diturunkan kepada para Nabi, misalnya Nabi Adam ‘alaihis salam  (10 suhuf), Nabi Ibrahim ‘alaihis salam  (10 suhuf), Nabi Idris ‘alaihis salam  (30 suhuf) dan Nabi Syis ‘alaihis salam  (50 suhuf).
Di antara hikmah yang kita dapat ambil daripada kebijaksanaan Allah dalam menurunkan KitabNya kepada manusia ialah sebagai pembuktian dari Rasul-rasul yang diutusNya, sebagai langkah untuk memberi bimbingan kepada manusia, sebagai pembuktian bahawa ilmu Allah itu Maha Tinggi dan juga sebagai cabaran kepada sasterawan-sasterawan di zaman itu mahupun zaman sekarang.
Apabila seseorang telah percaya kepada Kitab Allah Subhanahu wa ta’ala  khasnya al-Quran sudah pasti mereka akan sentiasa membacanya kerana dengan membaca sahaja sudah mendapat pahala berlipat ganda. Membaca al-Quran menjadi kesenangan mereka, justeru itu mereka membaca siang dan malam, ketika senang dan susah, ketika sedih dan gembira bahkan al-Quran menjadi bahan bacaan utama. Mereka jadikan al-Quran sebagai penawar hati yang resah gelisah.

BERIMAN KEPADA RASUL
Umat Islam wajib yakin dan percaya bahawa Allah telah mengutuskan para nabi dan rasul kepada manusia ke dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Nabi ialah lelaki pilihan Allah yang mulia dan suci, kepadanya dikurniakan wahyu, antara lain berupa syariat Allah. Tetapi wahyu itu hanya untuk dirinya sendiri, bukan untuk disampaikan kepada orang ramai. Menurut suatu riwayat dari Mardawih, jumlah Nabi adalah 124000 orang semuanya. Rasul ialah lelaki pilihan Allah yang mulia dan suci, kepadanya dikurniakan wahyu-wahyu Allah, yang antara lain berupa syariat, dan mereka diwajibkan menyampaikan kepada manusia, serta diperintahkan untuk digunakan dan dipedomani dalam hidup dan kehidupan manusia pada zamannya. Kecuali Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, ajaran yang dibawanya bukan hanya untuk manusia pada zamannya sahaja, tetapi untuk dipakai oleh manusia seluruhnya dalam segala keadaan, tempat dan zaman.
Jumlah Rasul keseluruhannya adalah 313 orang, tetapi yang wajib diketahui dan namanya termaktub dalam al-Quran hanyalah 25 orang, iaitu Adam ‘alaihis salam, Idris ‘alaihis salam, Nuh ‘alaihis salam, Hud ‘alaihis salam, Solleh ‘alaihis salam, Ibrahim ‘alaihis salam, Lut ‘alaihis salam, Ismail ‘alaihis salam, Ishak ‘alaihis salam, Yaakob ‘alaihis salam, Yusuf ‘alaihis salam, Ayub ‘alaihis salam, Syuib ‘alaihis salam, Musa ‘alaihis salam, Harun ‘alaihis salam, Zulkifli ‘alaihis salam, Daud ‘alaihis salam, Sulaiman ‘alaihis salam, Ilias ‘alaihis salam, Iliasa’ ‘alaihis salam, Yunus ‘alaihis salam, Zakaria ‘alaihis salam, Yahya ‘alaihis salam, Isa ‘alaihis salam  dan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. rasul-rasul Ulul Azmi ialah Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Noh.
Sifat-sifat wajib bagi rasul ialah siddiq (benar), amanah, Tabligh (wajib menyampaikan) dan fathonah (cerdik). Sifat-sifat mustahil bagi rasul pula ialah kazib (dusta), khianat, menyembunyikan dan bodoh.
Tugas-tugas rasul ialah menyeru manusia supaya menyembah Allah dan menyampaikan berita gembira disamping memberi peringatan tentang azab Allah. Rasul juga berperanan membetulkan akhidah manusia dan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.
Setiap insan yang telah percaya kepada rasul khasnya Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  akan sentiasa mematuhi dan mengamalkan sunnahnya. Mereka sering berasa takut dan bimbang perbuatan mereka bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Beriman kepada hari Akhirat atau Qiamat bermaksud beriktikad bahawa seluruh alam semesta ini pasti akan mengalami kemusnahan dan keberakhirannya, seterusnya dibangkitkan satu alam baru untuk dihitungkan segala amalan-amalan yang dilakukan didunia bagi menentukan kehidupan abadi mereka samada memperolehi Syurga (kenikmatan) atau Neraka (kesengsaraan). Bila waktunya berlaku tidak seorang pun tahu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya hari Qiamat itu.
Terdapat berbagai nama hari Qiamat sebagaimana yang selalu disebut dalam al-Quran, seperti Yaumul Akhirat (Hari Penghabisan), Yaumul Hisab (Hari Pembalasan) dan lain-lain lagi. Antara tanda-tanda besar berlakunya Hari Qiamat adalah matahari terbit dari arah barat, munculnya Imam Al-Mahdi, keluarnya dajjal, turunnya Nabi Isa ‘alaihis salam  dan keluarnya Yajuj dan Ma’juj. Peristiwa-peristiwa besar dan dahsyat yang akan berlaku hari Qiamat kelak ialah langit pecah dan belah, bintang-bintang jatuh dan bertaburan, matahari digulung dan padam cahayanya, bulan terbelah dan bersatu dengan matahari, bumi menjadi goncang kemudian menjadi rata, laut-laut melimpah dan terjadilah banjir besar, gunung-gunung berterbangan (meletus dan terjadi gempa yang amat dahsyat).
Apabila sangkakala ditiup, maka berlakulah hari Qiamat. Seterusnya manusia akan mengalami kebangkitan dari alam kubur, berkumpul di Padang Mahsyar, Syafaat ‘Uzma, Mizan, Titian As-Sirat, seterusnya Syurga dan Neraka.
Seseorang yang tidak ragu tentang hari akhirat akan takut melakukan dosa kerana mereka yakin bahawa setiap orang yang berdosa akan menerima azab neraka, sedangkan orang yang berpahala akan mendapat nikmat syurga. Disamping itu mereka yakin bahawa semua janji Allah Subhanahu wa ta’ala  adalah benar.

BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
Beriman kepada Qada’ dan Qadar bererti bahawa seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku di dalam alam ini, apa yang berlaku kepada dirinya, sama ada disukai atau tidak disukai, baik atau buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang, sihat atau sakitnya, jaya atau gagalnya semuanya adalah Qada’ dan Qadar Allah Subhanahu wa ta’ala  yang telah ditetapkan olehNya.
Qada’ ialah hukum Allah tentang mewujudkan sesuatu dengan segala sifat sesuatu itu. Qadar pula ialah ilmu Allah di zaman azali (sebelum terjadi sesuatu), tentang sifat-sifat dan katentuan makhlukNya.
Hukum beriman kepada Qada’ dan Qadar ini adalah wajib. Orang-orang yang tidak percaya kepada rukun iman yang keenam ini adalah kafir. Sebagai seorang mukmin, kita wajib sabar dan redha menerima segala ketentuan Ilahi sekiranya sesuatu berlaku kepada kita. Segala yang berlaku mengandungi hikmah yang belum dapat diselami oleh manusia.
Qada’ dan Qadar terbahagi kepada dua iaitu Qada’ dan Qadar Mubram dan Qada’ dan Qadar Muallaq. Qada’ dan Qadar Mubram ialah ketentuan Allah yang mesti berlaku dan tidak dapat dielak dan diubah oleh manusia. Qada’ dan Qadar Muallaq ialah Qada’ dan Qadar yang digantungkan, iaitu masih dapat berubah.
Beriman kepada Qada’ dan Qadar dapat menghilangkan kekacauan pemikiran dan kesulitan yang dihadapi. Hal ini kerana seseorang itu telah percaya sepenuhnya kepada taqdir Allah untuk menentukan sesuatu disamping usahanya sendiri. Sesuatu musibah atau penderitaan yang menimpa kita akan kita rasakan seolah-olah tidak akan berakhir jika kita bersusah hati. Sebaliknya apabila kita hadapi dengan tenang, tabah dan sentiasa memperkukuhkan keimanan kita kepada Qada’ dan Qadar, kita akan memperoleh petunjuk daripadaNya.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
Dalam menjalankan aktiviti seharian, ada kalanya manusia tidak menyedari bahawa mereka ada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan iman seseorang. Terdapat tiga cara bagaimana iman itu boleh terbatal iaitu iktiqad, perkataan dan perbuatan.
Melalui iktiqad, iman boleh rosak dengan sebab-sebab seperti kurang yakin atau ragu-ragu dengan satu atau lebih sifat-sifat yang wajib pada Allah. Contohnya, ragu dengan qudrat (kekuasaan) Allah. Sebaliknya ia yakin bahawa ada kuasa lain yang boleh memberi bekas selain dari Allah. Sebab-sebab lain ialah ragu dengan perkara-perkara ghaib seperti wujudnya malaikat, hari qiamat dan alam barzakh, ragu dengan satu atau lebih mengenai sifat-sifat rasul serta ragu tentang mampunya al-Quran (Islam) sebagai pembawa keselamatan. Semua perkara yang disuruh beriman oleh Allah, adalah membawa kepada rosaknya iman seseorang jika timbul keraguan di dalam hati, perkataan dan perbuatannya. Oleh itu, amat perlu bagi tiap-tiap individu menilik ke dalam hatinya, untuk memastikan bahawa tiada sebarang keraguan olehnya tentang perkara-perkara yang disuruh yakin oleh Allah.
Iman boleh juga rosak melalui perkataan. Ini berlaku sama ada sedar atau tidak. Antara perkataan-perkataan yang boleh merosakkan iman ialah mengatakan Allah zalim, kejam, tidak adil, bodoh dan lain-lain yang mencacatkan kesempurnaan sifat Allah, mengata dan mencaci Rasulullah sama ada tentang perkataan, perbuatan dan seluruh ajaran Rasulullah, mengatakan agama Islam tidak sesuai untuk semua zaman. Ia hanya sesuai untuk zaman unta sahaja. Antara contoh lain adalah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Contohnya menghalalkan arak, judi, zina dan lain-lain lagi. Apa sahaja perkataan yang dikeluarkan berbentuk cacian dan penghinaan pada kemuliaan dan kebenaran Islam, sama ada sedar atau tidak adalah merosakkan iman. Jadi kita perlulah berhati-hati ketika bercakap disamping kita dalami pengetahuan tentang bentuk-bentuk perkataan yang boleh membawa kepada rosaknya iman kita.

Kerosakan iman boleh juga berlaku kerana perbuatan kita. Di antara perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan iman ialah sujud pada selain dari Allah, sama ada pada patung, pokok, kayu dan matahari, serta merai dan membesarkan hari agama bangsa lain. Seseorang yang telah melakukan salah satu daripada perkara di atas dalam sedar dan yakin, adalah seorang yang telah rosak imannya. Dengan kata lain ia telah murtad. Ini adalah dosa yang terbesar dan tidak terampun.
Seseorang yang telah murtad wajiblah bertaubat. Syarat-syarat taubat bagi orang murtad ada dua iaitu mengucap dua kalimah syahadah serta memperbaharui dan membetulkan keyakinan tentang apa yang telah diragui, dikatakan dan dilakukan. Hanya dengan memenuhi syarat-syarat ini sahaja dosa akan diampunkan dan amal ibadah akan dinilai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesemua enam perkara dalam Rukun Iman itu berkaitan rapat antara satu sama lain, bahkan tidak boleh dipisahkan sebagaimana anggota-anggota pada tubuh badan. Tidak sah iman seseorang jika hanya percaya kepada salah satu atau sebahagian daripada Rukun Iman itu sahaja. Beriman kepada Allah hendaklah disertai dengan beriman kepada lima Rukun Iman yang lainnya iaitu beriman kepada Malaikat, beriman kepada Rasul, beriman kepada kitab, beriman kepada hari Qiamat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar. Iman boleh terbatal melalui tiga cara iaitu iktiqad, perkataan dan perbuatan.
Kita wajib beriman dengan keenam-enam Rukun Iman bagi mengelakkan terbatalnya iman. Sumber iman ialah Kitab suci al-Quran dan hadis Rasulullah. Iman itu kadangkala bertambah disebabkan ketaatan dan kadangkala berkurang disebabkan kemaksiatan. Orang yang kurang imannya usahkan disebut nama Allah, dibaca ayat-ayat allah berguni-guni pun dia selamba sahaja seperti batang kayu mati dan seolah-olah tidak rasa apa-apa. Bagi golongan yang kurang imannya, hanya lagu-lagu dan nyanyian-nyanyian sahaja yang boleh mententeramkan jiwa mereka. Iman juga kadangkala boleh menjadi lemah disebabkan kemungkaran-kemungkaran yang berlaku.
Sebagai umat Islam, kita haruslah mendalami, memahami dan mengamalkan rukun-rukun iman ini bagi mengelakkan hidup kita terpesong dan seterusnya kita juga perlu membendung budaya-budaya yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat pada hari ini terutamanya dalam kalangan remaja. Dengan adanya iman yang teguh dalam diri setiap umat Islam, kita pasti dapat menepis segala hasutan syaitan dan mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan ajaran agama-agama lain.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Taju: ISLAM MENCAKUPI SELURUH ASPEK KEHIDUPAN

BSTRAK
Islam merupakan agama yang sempurna bererti lengkap, menyeluruh dan mencakup segala hal yang diperlukan bagi panduan hidup manusia. Sebagai petunjuk dan pegangan dalam hidupnya, sehingga dapat menjalani hidup dengan baik, teratur dan sejahtera, mendapatkan kebahagiaan hidup baik di dunia maupun di akhirat. Islam adalah sistem yang menyeluruh, mencakup seluruh sisi kehidupan. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti ibadah, pentadbiran dan juga ekonomi. Ibadah dalam Islam menjangkau keseluruhan kewujudan manusia secara penuh. Seorang muslim beribadah kepada Allah dengan lisan, fizikal, hati, akal, dan bahkan kekayaannya. Lisannya mampu berzikir, berdoa, tilawah, amar ma’ruf nahi munkar. Fizikalnya mengiringi dengan berdiri, ruku’ dan sujud, puasa dan berbuka, berjihad dan berolah raga, membantu mereka yang memerlukan. Hatinya beribadah dengan rasa takut dan bertawakal kepada Allah. Akalnya beribadah dengan berfikir dan merenungkan kebesaran dan ciptaan Allah dan akhirnya hartanya diinfakkan untuk perbelanjaan yang diperintahkan Allah serta membawa kemaslahatan bersama. Dari segi pentadbiran pula, prinsip yang digunakan ialah syura dan keadilan. Syura menjadi faktor utama ke arah kejayaan sistem politik dan pentadbiran Islam. Prinsip keadilan pula dituntut dalam Islam untuk dilaksanakan tanpa mengira perbezaan dari sudut apapun. Dan yang terakhir dari sudut ekonomi, Islam melarang tegas riba dalam urusan perniagaan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesetengah individu Muslim. Kesempurnaan Islam yang mengatur seluruh aspek kehidupan manusia dan merupakan satu-satunya diin yang diredhai Allah Subhanahu wa ta’ala menjadikannya satu-satunya agama yang benar. 
“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai. ” (QS. At Taubah 9: 33). 
Beruntunglah bagi setiap manusia yang diberikan hidayah oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk dapat merasakan nikmat berislam dan menjauhkannya dari kesesatan hidup jahiliyah. Jagalah nikmat iman dan Islam dengan menerapkan Islam secara menyeluruh sehingga wujud kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. 

PENDAHULUAN
Islam adalah cara hidup seimbang yang mengutamakan pembangunan intelektual, material dan jiwa, wajar dimanifestasikan mengikut objektifnya yang sebenar. Untuk itu, tidak cukup bagi kita sekadar berbicara tentang kehebatan Islam tanpa kita sendiri memahami dengan jelas bagaimanakah Islam yang sebenar. 
Islam agama syumul (menyeluruh), mencakupi semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanah air atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fitrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah. 
Seseorang yang ingin memahami Islam perlu pertamanya memahami prinsip-prinsip dan ciri-ciri utama agama Islam. Prinsip – prinsip utama ini ialah dari aspek ibadah, pentadbiran dan ekonomi dalam Islam yang juga merupakan isi yang terkandung dalam dokumen ini. Untuk mengenalinya pula, kita perlukan pengetahuan tentang sumber-sumber syariah Islam, kaedah memahami sumber, serta kaedah mengelakkan pemahaman yang saling bercanggahan antara dalil dalam sumber syariah Islam. 
Pemahaman yang baik terhadap syariah akan membuahkan keseimbangan pemikiran serta hanya dengan ini Islam sebagai umat pertengahan dapat dilahirkan. Hanya masyarakat yang berada pada tahap pertengahan dan seimbang sahaja dapat menilai sesuatu kebenaran dan kebatilan dengan cara yang baik. 
Firman Allah: Dan demikianlah Kami jadikan kamu wahai umat Muhammad satu umat pertengahan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)... (Al-Baqarah: 143) 

1. Ibadah Dalam Islam
Apa tujuan hidup kita sebagai seorang Muslim?
Tujuan hidup kita sebagai seorang Muslim ialah mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Pengabdikan dalam bahasa Al-Quran boleh ditakrifkan dengan istilah ibadah. Ibadah boleh diertikan sebagai solat. Ibadah lebih luas lagi boleh diertikan sebagai semua perbuatan mahupun tindakan, baik yang kelihatan mahupun semata-mata untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala 
 (Meorsaleh. H, Islam Agamaku (1988) : 13) 
Terdapat beberapa langkah untuk mendapat kesempurnaan dalam ibadah. Langkah yang pertama ialah Iman. Iman ialah mengaku dengan hati, berikrar dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota. Dalam erti kata lain, tertanam di dalam hati seseorang dan terpaku difikirannya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah Subhanahu wa ta’ala dan tidak ada tujuan yang dicarinya di dalam hidup ini dengan segala usaha dan kerjanya melainkan Allah Subhanahu wa ta’ala serta keredhaanNya dan tidak ada undang-undang melainkan suruhan dan tegahan Allah Subhanahu wa ta’ala 
 (Maududi Abul A’la S, Cara Hidup Islam (1988) : 98) 
Peringakat yang kedua ialah taat setia yang bermaksud mematuhi Allah, Tuhan yang diyakininya dan yang dipercayainya bahawa tidak ada Tuhan lain melainkan Allah Subhanahu wa ta’ala Peringkat ketiga ialah Taqwa. Taqwa ialah menjalankan hari-hari dalam hidupnya dengan membezakan di antara yang halal dan yang haram, di antara betul dan salah, di antara baik dan jahat dan ini semua dengan kesedaran yang cukup. 
 (Maududi Abul A’la S, Cara Hidup Islam (1988) : 99) 
Peringkat yang terakhir iaitu peringkat yang paling tinggi ialah Ihsan. Ihsan ertinya kehendak hamba yang disebatikan dengan kehendak Tuhan, sehingga dia tidak menyukai melainkan apa yang disukai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dan tidak membenci melainkan apa yang dibenci oleh Allah Subhanahu wa ta’ala 
 (Maududi Abul A’la S, Cara Hidup Islam (1988) : 99

2. Sistem Pentadbiran Dalam Islam. 
Perlembagaan Madinah atau Sahifah Madinah telah dianggap perlembagaan bertulis yang pertama sekali di dunia. Perlembagaan ini ditulis pada tahun pertama Hijrah iaitu tidak lama sesudah baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di sana. Perlembagaan ini ditulis dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah- masalah seperti yg berikut :
I. Untuk menentukan hak-hak dan kewajipan baginda dan penduduk setempat. 
II. Untuk mengatur cara pemulihan kehidupan orang-orang Mujahirin. 
III. Untuk mewujudkan persefahaman dengan orang bukan Islam di Madinah, khasnya orang Yahudi. 
IV. Untuk mengatur kesatuan politik dan pertahanan Madinah. 
V. Untuk memberi pampasan kepada orang-orang Mujahirin yang kehilangan harta dan aggota keluarga ditangan orang-orang Quraisy Mekah. 
 (Hamidullah, The First Written Constitution in World (1975) : 15) 
Perlembagaan ini memperkenalkan konsep sebuah masyarakat yang bersatu (ummah) yang masing-masing mempunyai hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang sama dan saling hormat-menghormati tanpa mengira jumlah bilangan. Perlembagaan ini juga memperkenalkan konsep persaudaraan, bantu-membantu dalam peprangan yang tidak bercorak agama, persamaaan dan kebebasan. 
 (Md. Akhir, Perlembagaan Islam : Satu Pendekatan Perbandingan (1988) : 15) 
Tauhid, Risalat dan Khilafat adalah tiga tonggak yang didirikan di atas binaan sistem pentadbiran Islam. Tauhid bermaksud Allah Subhanahu wa ta’ala itu pencipta alam ini berserta manusia yang ada di dalamnya. Risalat ialah saluran yang melaluinya undang-undang Illahi sampai kepada kita (keRasulan). Khilafat ialah wakilan manusia di dalam alam ini mewakili Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam kerajaanNya. 
 (Maududi Abul A’la S, Cara Hidup Islam (1988) : 44) 
Terdapat tiga sumber pentadbiran Islam zaman kini iaitu pertama ialah Al-Quran. Al-Quran ialah sumber pertama kepada seluruh hukum syara’ atau dengan kata lain ianya merupakan sumber pertama bagi berbagai-bagai kaedah undang-undang syara’ dan ini bermakna Al-Quran juga menjadi sumber pertama bagi undang-undang perlembagaan Islam. Sumber kedua ialah As-sunnah. Tetapi bukan semuanya sunnah Rasulullah menjadi perundangan. Sunnah yang menjadi perundangan adalah sunnah yang mempunyai hujjah syara’ yang pasti dikenakan untuk ke atas orang-orang Islam dan yang tidak pula ialah semua perbuatan yang dilakukan baginda yang bersifat kemanusiaan. Seterusnya ialah ijma’ dan qias. Ijma’ dan qias adalah satu sumber undang-undang Islam yang tergolong dalam sumber yang tidak dipraktikkan. 
 (Md. Akhir, Perlembagaan Islam : Satu Pendekatan Perbandingan (1988) : 31-45) 
Prinsip yang terlibat dalam pentadbiran Islam ialah syura dan prinsip keadilan. Suruhan dan perintah supaya mengamalkan prinsip ini terdapat di dalam Al- Quran. 
“Dan orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan sembahyang sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat diantara mereka, dan mereka menafkahkan sebahagian dan rezeki yang kami berikan kepada mereka”
Surah Al- Sura : 38
“ Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan”
Surah An-Nahlu : 90
 (Md. Akhir, Perlembagaan Islam : Satu Pendekatan Perbandingan (1988) : 61, 79) 

3. Sistem Ekonomi Dalam Islam. 
Ekonomi Islam mempunyai hubungan yang erat dengan agama, aqidah dan syariat Islam. Aktiviti ekonomi Islam dianggap sebagai satu ibadah jika bertujuan untuk mencapai keredhaan Allah dan telah diniatkan untuknya. 
“ Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amat bergantung pada niat, maka siapa yang berhijrah semata-mata kerana Allah Subhanahu wa ta’ala dan Rasulullah, maka hijrah itu diterima Allah dan Rasulullah. Dan siapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadaNya.. ”
 (Hadis Riwayat Umar Al-Khattab) 
Dalam etika ekonomi Islam, kekayaan dianggap sebagai satu alat bagi kebahagiaan manusia dan untuk meningkatkan keupayaan bagi berbakti kepada Allah Subhanahu wa ta’ala Justeru itu, ia tidak dikeji malahan mengecap nikmat dan rezeki dari Allah. Ciri ekonomi Islam ini membezakan kegiatan ekonomi Islam dengan sistem ekonomi ciptaan manusia yang memberi tumpuan kepada material semata-mata. 
 (Hashim Rosnani, Ekonomi dan Pendidikan Dari Perspektif Islam (2000) : 88) 
Terdapat tiga asas falsafah ekonomi Islam yang tergambar dalam konsep Tauhid. Pertama ialah alam ini milik Allah Subhanahu wa ta’ala Keduanya ialah hanya Tuhan yang Esa dan yang lain tunduk dan patuh kepadaNya. Ketiga ialah kepercayaan Hari Pembalasan. 
 (Hashim Rosnani, Ekonomi dan Pendidikan Dari Perspektif Islam (2000) : 90) 
Prinsip-prinsip asas dalam ekonomi Islam ialah a) kebebasan yang terhad dan tertakluk kepada nilai-nilai akhlak b) hak milik dan c) campurtangan pihak berkuasa. Ekonomi Islam mengharamkan penipuan, rasuah dan seumpamanya. Tujuan pengharaman adalah untuk a) memupuk rasa tanggungjawab terhadap sesama anggota masyarakat b) menutup jalan kearah monopoli dan kekayaan pada segelintir manusia c) menggalakkan seseorang bekerja keras mengikut kemampuannya dan dengan cara yang dibolehkan oleh syariat Islam dan d) menggalakkan pelaburan pada modal yang dibekukan. 
 (Hashim Rosnani, Ekonomi dan Pendidikan Dari Perspektif Islam (2000) : 91) 

KESIMPULAN. 
Justeru, di mana kita? Di mana Islam yang sebenar? Sebagaimana kata Dr. Yusuf al-Qardhawi, “Sebelum berbangga dengan kehebatan syariah Islam, fahami dulu syariah Islam dengan kefahaman yang sempurna dan menyeluruh, bukan kefahaman yang separuh-separuh atau dari sudut-sudut tertentu. ''
Terdapat banyak kesan akibat gagal memahami Islam secara menyeluruh. Pertama ialah lahirlah golongan yang melampau dalam beragama. Golongan inilah yang telah diberi amaran oleh Rasulullah supaya kita berwaspada. 
Sabda baginda dalam sebuah hadis: Awaslah dengan sikap melampau dalam beragama. Sesungguhnya umat terdahulu telah hancur akibat sikap melampau dalam beragama!'' Dalam sebuah hadis lain Rasulullah mengulang-ulang, Hancurlah mereka yang melampau, hancurlah mereka yang melampau, hancurlah mereka yang melampau! Islam sebetulnya menggalakkan umatnya beramal dengan ajaran Islam. 
Satu lagi impak yang saling berlawanan akibat gagal memahami Islam dengan baik, iaitu golongan yang melihat Islam hanya sekadar aspek ritual sahaja. Islam mereka cuma sebelah malam bersembahyang di masjid, tetapi kerja-kerja seharian mereka terpisah dengan Islam. Persoalan aurat, batas pergaulan, akhlak dan hukum-hukum lain dilihat terpisah daripada tugas-tugas seharian. Sebab itu masih ada mereka yang mendedahkan tubuh badan tetapi masih mampu berkata bahawa mereka sedang mencari rezeki yang halal. Tanpa mereka sedari perbuatan mereka bukan sahaja bertentangan dengan nas hukum tetapi bertentangan juga dengan semangat syariah yang mahu menjaga kemaslahatan masyarakat. 
Dalam aspek yang lain, kegagalan memahami syariah boleh menyebabkan ada yang cenderung menggunakan akal secara keterlaluan dalam penilaian hukum. Penilaian mereka ini lebih cenderung kepada penggunaan akal semata-mata tanpa merujuk pentafsiran oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Sekali pun mereka mengikuti al-Quran, namun mereka mentafsirkan al-Quran itu berasaskan kepada akal mereka semata-mata tanpa panduan hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Daripada aliran inilah juga lahirnya golongan anti-hadis atau anti-sunah. Golongan ini menolak sunah atau hadis nabi, dengan alasan bahawa sebarang perbuatan atau perkataan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam hanyalah sesuai untuk zaman itu sahaja. 
Wa akhiru da’wana anilhamdulillahi rabbil ‘alamin... 

RUJUKAN. 
i. Al-Quran
ii. As-sunnah
iii. Hj. Yaacob, Md. Akhir (1988). Perlembagaan Islam : Satu Pendekatan Perbandingan. Kuala Lumpur : Al-Rahmaniah (Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia). 
iv. Suhaili, Abdullah (1984). Prinsip-prinsip Isla. Singapore : Bismi Publishers Singapore. 
v. Hashim, Rosnani (2000). Ekonomi dan Pendidikan dari Perspektif Islam. Hulu Kelang, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. 
vi. Meorsaleh. H (1988). Islam Agamaku. Jakarta : Penerbit Kalam Mulia Jakarta. 
vii. Maududi Abul A’la S (1988). Cara Hidup Islam. Jalan Kuda Kepang, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar. 

Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com