Tajuk: Al–Quran Merupakan Satu Rahmat

ABSTRAK
Al- Quran adalah merupakan satu rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada semua hamba-NYA. Rahmat Allah terhadap hamba-NYA adalah sangat meluas dari pelbagai aspek. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat atau golongan yang masih tidak mengamalkan Al-Quran dalam kehidupannya. Terdapat pelbagai punca atau sebab-sebab manusia pada zaman kini tidak mengamalkan al-quran dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah kerana manusia zaman kini lebih mengejar kemewahan di dunia berbanding nikmat di akhirat. Selain itu, manusia juga alpha dengan keseronokan yang melalaikan dan menyesatkan mereka. Terdapat pelbagai kesan dan impak daripada akibat mereka antaranya mereka terjerumus kelembah kehinaan dan maksiat dan pintu hati mereka ditutup oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Oleh itu, mereka akan sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang munafik dan dijauhkan daripada nikmat-nikmat kurniaan Allah. Bagi orang yang mengamalkan al-quran dalam kehidupan seharian mereka nescaya Allah mengurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat serta Allah Subhanahu wa ta’ala. sentiasa melindungi mereka daripada perbuatan yang sia-sia dan terlindung daripada perbuatan jahat makhluk lain. Oleh yang demikian, sebagai umat islam dan makhlik cipataan Allah Subhanahu wa ta’ala  kita haruslah mengamalkan al-quran serta menjadikan amalan membaca al-quran sebagai satu aktiviti harian dalam kehidupan kita. Selain itu, pihak ibu bapa juga haruslah memainkan peranan penting dalam membentuk dan menerapkan amalan membaca al-quran kepada anak-anak sejak dari mereka kecil lagi. bak kata pepatah ‘melentur buuh biarlah dari rebungnya’. Di samping itu, pihak kerajaan haruslah menyekat program-program yang boleh memesongkan akidah umat islam yang sentiasa dipaparkan melalui media-media massa, media eloktronik dan internet. Sekiranya hal-hal demikian dapat dibendung, insyallah dengan izin daripada Allah Subhanahu wa ta’ala  umat islam akan lebih menghayati al-quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

PENDAHULUAN
Bismillahirrahmanirrahim. Pembuka kata bagi menjauhkan kita dengan gangguan iblis dan syaitan. Allah hu akbar. Puji dan sanjungan hanya khusus bagi Allah. Kita memuji-Nya, serta memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Sesiapa yang di beri petunjuk oleh Allah, maka tiada yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Seterusnya Allah Azza wa Jalla telah memuliakan umat ini dengan Al-Quran yang berisi khabar umat-umat yang terdahulunya ataupun sesudahnya, dan memberi keputusan di antara mereka. Al-Quran adalah pemisah di antara hak dan yang batil. Sesiapa yang mencari petunjuk selain daripada Al-Quran, maka Allah menyesatkannya. Al-Quran adalah tali Allah yang teguh dan zikir yang bijaksana serta jalan yang lurus. Al-Quran tidak menjadi usang meskipun diulang-ulang. Keajaibannya tidak pernah habis dan bangsa jin ketika mendengarnya mengatakan, “Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan, yang memberi petunjuk ke jalan yang benar, kemudian kami beriman dengannya”. Selain itu, Allah telah mengemukakan dalam Al-Quran tentang berbagai-bagai nasihat dan perumpamaan, adab dan hukum serta khabar-khabar yang diputuskan oleh manusia tentng orang yang terdahulu dan yang kemudian. Al-Quran juag merupakan satu rahmat dan kasih sayang daripada Allah kepada manusia akan tetapi sebilangan kecil sahaja yang menerima dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, Allah menjanjikan keindahan di akhirat bagi orang yang beriman kepada-Nya, dan azab api neraka kepada umat yang ingkar dengan perintah dan larangan yang telah ditetapkan oleh-Nya seperti yang telah tercatit di dalam kitab Al-Quran sekiranya mereka tetap tidak bertaubat dan tidak memohon ampun kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

LATAR BELAKANG & DEFINISI AL-QURAN
Al Quran ialah kitab suci bagi umat islam. Menurut ajaran islam, al Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan al – Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al Quran diturunkan kepda Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah al-Qiyamah. Ayat 17-18)
Manakala dari segi istilah, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Naas.
DEFINISI RAHMAT ALLAH.

Rahmat adalah sangat luas. Rahmat Allah meliputi segala sesuatu. Tiada lagi rahmat selain daripada rahmat Allah Subhanahu wa ta’ala. Allah mengurniakan rahmat-NYA kepada semua ciptaannya termasuklah kepada golongan kafir dan untuk orang-orang beriman kepada-NYA secara merata. Dimana sahaja manusia berada di muka bumi ini maka mereka akan berjumpa dengan rahmat kurniaan Allah. Antara kurniaan rahmat Allah kepada semua ciptaan-NYA ialah hujan yang diturunkan untuk menyejukkan bumi, menghidupkan tumbuhan-tumbuhan yang telah mati, binatang ternakan yang sihat, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, matahari, bulan dan juga alam ini. Semua yang ada di dunia ini adalah rahmat kurniaan Allah kepada semua ciptaan-NYA.


PERINTAH AL – QURAN KEPADA MANUSIA
Allah Sallallahu ‘alaihi wa sallam t. memerintahkan semua hambanya supaya menurut segala perintah-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA. Antara perintah Allah kepada hambanya yang tercatat didalam kitab suci Al-Quran ialah:

• Memilihara amal ibadat yakni solat 5 waktu
SURAH 2 AL BAQARAH (SAPI BETINA) AYAT 238 :
Peliharalah segala sholatmu, dan peliharalah sholat wuthaa, berdirilah kerana Allah (dalam sholatmu) dengan khusyu’.

• Memakai pakaian yang sopan, bersih dan menutup aurat.
SURAH 7 AL A’RAF (TEMPAT TERTINGGI) AYAT 31 :
Hai anak Adam pakailah pakaianmu yang indah disetiap memasuki Masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

• Menunaikan zakat bagi yang wajib menunaikan
SURAH 9 AT TAUBAH (PENGAMPUNAN) AYAT 18 :
Hanyalah yang memakmurkan Masjid-Masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan Sholat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapa pun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

• Mengerjakan solat-solat sunat
SURAH 17 AL –ISRAA’ (MEMPERJALANKAN DIMALAM HARI) AYAT 79
Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang thajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.

• Menyembah Allah Sallallahu ‘alaihi wa sallam t
SURAH 59 AL HASYR (PENGUSIRAN) AYAT 23 :
Dialah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.

PUNCA TIDAK MENGAMALKAN AL-QURAN
• Kurang tahap keimanan terhadap agama islam
• Tidak khusyuk ketika membaca seterusnya merasa bosan.
• Lalai dengan keindahan dan nikmat di dunia
• Tidak memahami maksud bacaan Al-Quran dan tajwid
• Kurang pendedahan terhadap Al-Quran
• Terpengaruh dengan budaya orang barat
• Tiada penekanan daripada ibu bapa.
• Sukar mendapat guru yang sesuai untuk mengajar al-Quran.
• Suasana persekitaran yang tidak sesuai dan pengaruh media elektronik

KESAN / KEBURUKAN MENGABAIKAN AL-QURAN
Mendapat kemurkaan Allah
Umat yang mengabaikan al-Quran akan mendapat kemurkaan daripada Allah Subhanahu wa ta’ala. allah tidak akan mengampunkan dosa hambanya sehingga hambanya bertaubat memohon ampun bersungguh-sungguh kepada-NYA.

Keretakan rumah tangga
kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

Tidak mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat
Allah tidak mengurniakan keberkatan dalam semua perbuatan yang dilakukan sama ada di dunia dan diakhirat.

Mendapat azab api neraka dan tergolong dalam golongan yang kafir
Allah menjanjikan azab api neraka kepada umat-NYA yang takbur dan tidak mengamalkan perintah-NYA.
KELEBIHAN/ KEBAIKAN MENGAMALKAN AL-QURAN

Mendapat ganjaran pahala.
Allah menyediakan ganjaran pahala kepada umat islam. Berdasarkan dalam sebuah hadis Ibnu Masud r. a dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahawa setiap huruf yang dibaca (al-Quran) umpama 1 kebajikan dan setiap kebajikan 10 kali ganda pahala kepada hambanya.

Dirahmati oleh Allah Subhanahu wa ta’ala.
Selain itu, sesiapa yang membaca Al-Quran akan sentiasa dirahmati oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang taat dan menjauhkannya daripada memasuki golongan yang lalai.

Rahmat di hari akhirat.
Allah Subhanahu wa ta’ala  juga menjanjikan cahaya pada hari qiamat dan segala hajatnya sentiasa dipenuhi sama ada di dunia atau di akhirat nanti.

Mendapat keberkatan dan dilindungi oleh Allah
Disamping itu, orang yang membaca Al-Quran mendapat kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya. Allah akan mengurniakan rahmatnya di akhirat nanti kepada ibu bapa kita.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Al-Quran merupakan satu rahmat daripada Allah Subhanahu wa ta’ala  kepada semua hamba yang taat terhadap-NYA. Al-Quran juga merupakan garis panduan yang Allah berikan kepada kita sebagai pengajaran dan tauladan supaya kita sentiasa mengingati-NYA. Di dalam al-Quran juga terdapat kisah dan sejarah kita sendiri sebagai seorang hamba Allah. Akan tetapi hanya segelintir sahaja golongan yang memegang teguh dan mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan sehariannya. Oleh itu, terdapat banyak para ulamak dan orang bijak pandai mengkaji sebab-sebab manusia pada zaman kini semakin mengabaikan dan melupakan al-Quran. Terdapat pelbagai sebab mengapa semakin ramai yang melupakan al-Quran dan tidak menitikberatkan tentang pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian. Pembangunan dan arus kemodenan tanpa batasan pada zaman kini menyebabkan umat manusia semakin alpha dan lalai dengan perkara berkaitan islam. Umat manusia kini lebih banyak menghabiskan masa mengejar kemewahan dan kegemilangan di dunia sehingga merasakan bahawa al-Quran itu adalah tidak penting. Selain itu juga, kurang penekanan ibu bapa terhadap anak-anak juga menyebabkan generasi kita pada masa kini dan akan datang semakin melupakan al-Quran seperti peribahasa ‘luput di telan zaman’. Bagi mengelakkan keadaan ini berterusan, semua pihak haruslah memainkan peranan penting dalam membenteras generasi muda kita supaya terus mengabaikan dan melupakan Al-Quran. Antaranya pihak kerajaan yang mempunyai kuasa pentadbiran, pihak ibu bapa yang merupakan individu yang paling hampir dengan golongan muda zaman kini, sekolah yang merupakan salah satu tempat yang mendidik anak remaja dan sebagainya lagi. sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini, kekangan ini pasti dapat diatasi. Kehidupan umat islam akan lebih harmoni dan tenang sekiranya mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, pembacaan dan pengamalan al-Quran akan sentiasa menjadi amalan kita semua. Allah pasti akan mengurniakan kejayaan di dunia dan keselamatan di akhirat bagi orang yang sentiasa menitikberatkan al-Quran.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Zakat Menjadikan Masyarakat Islam Terbela

ABSTRAK
Pengertian zakat dari segi bahasa ialah keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Menurut istilah agama Islam pula, zakat bererti kadar harta yang tertentu diberikan kepada yang berhak menerimanya, dengan beberapa syarat. Antara tujuan dan hikmah zakat ialah dapat membantu umat Islam yang fakir dan miskin dan meringankan beban mereka, merapatkan jurang pemisah di kalangan anggota-anggota masyarakat dan juga zakat sebagai sumber pembangunan masyarakat. Selain itu, antara amaran-amaran terhadap golongan yang enggan menunaikan zakat antaranya ialah sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat ini bererti orang tersebut terkeluar dari agama Islam dan hendaklah diminta supaya bertaubat. Empat kelebihan mengeluarkan zakat ialah solat dan zakat adalah seiring di mana solat tidak akan diterima jika tidak menunaikan zakat, zakat menyempurnakan perhambaan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, harta akan selamat dengan zakat dan keburukan harta akan terhapus dengan penunaian kewajipan berzakat. Kesimpulannya, zakat merupakan rukun Islam yang ketiga setelah Syahadah dan Sembahyang, sehingga merupakan ajaran yang sangat penting bagi kaum muslimin. Zakat juga merupakan dana membangunkan umat Islam dalam setiap aspek kehidupan kerana ketika krisis ekonomi merundum berlaku, masyarakat masih mampu memberikan sebahagian hartanya melalui zakat, infaq dan sedekahnya untuk meringankan penderitaan saudaranya yang lain, baik yang di daerah krisis, bencana, konflik, dan daerah yang lain.

PENDAHULUAN
Pengertian zakat dari segi bahasa ialah keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Menurut istilah agama Islam pula, zakat bererti kadar harta yang tertentu diberikan kepada yang berhak menerimanya, dengan beberapa syarat. Sebab dinamakan zakat ialah kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala kerosakan sebagaimana Ibnu Taimiah berkata : “Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara maknawi.

Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima, fardhu ‘ain atas tiap-tiap orang yang cukup syarat-syaratnya. Zakat mulai diwajibkan pada tahun yang kedua Hijrah.

Firman Allah SWT: “Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat hartamu” (An Nisa’ 77)

Firman Allah SWT: “Ambillah dari harta mereka sedekah (zakat untuk membersihkan mereka dan menghapuskan kesalahan mereka” (At Taubah 103)

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud : Dari Abu Hurairah : Telah berkata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam : “Seseorang yang menyimpan hartanya dan tidak dikeluarkan zakatnya akan dibakar dalam neraka jahanam. Baginya dibuatkan seterika dari api kemudian diseterikakan ke badannya”. (Riwayat Ahmad Dan Muslim)

1. Tujuan dan Hikmah Zakat

Zakat telah difardukan ke atas umat Islam yang memenuhi syarat-syaratnya. Ia mempunyai hikmah dan tujuan yang banyak antara lainnya ialah :

 (a) Membantu umat Islam yang fakir dan miskin dan meringankan beban mereka.
Walaupun Allah (Subhanahu wa ta’ala) menjadikan manusia sama sahaja dari segi bentuk dan rupa,  namun kedudukan dan taraf kehidupan seseorang di kalangan masyarakat tidak sama. Terdapat golongan yang senang dan susah. Namun demikian setiap orang dituntut untuk saling tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain. Justeru itu, zakat adalah merupakan satu bentuk bantuan orang-orang kaya kepada orang-orang fakir dan miskin. Malah Allah telah memberitahu bahawa dalam setiap harta-harta yang dimiliki Itu terhadap hak orang-orang miskin di dalamnya.

 (b) Merapatkan jurang pemisah di kalangan anggota-anggota masyarakat.
Memandangkan keadaan dan taraf hidup umat Islam di kalangan masyarakat tidak
sama secara tidak langsung wujudlah satu jurang pemisah antara golongan kaya dan golongan miskin. Lebih memburukkan keadaan jika sikap golongan kaya dan bukan sahaja bakhil malah sombong dan suka menunjuk-nunjuk. Sikap ini akan menumbuhkan rasa iri hati dan dengki yang menyebabkan golongan miskin memusuhi golongan kaya. Sebaliknya dengan pemberian zakat secara tidak langsung golongan kaya telah bermurah hati membantu golongan miskin. Ia akan mewujudkan satu keadaan di mana golongan miskin rasa terhutang budi dan menghormati golongan kaya.

 (c) Zakat sebagai sumber pembangunan masyarakat.
Apabila terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin maka sukar masyarakat tersebut hendak membangun. Apabila zakat berfungsi dengan betul, maka terdapat agihan harta di kalangan masyarakat di mana golongan miskin akan mendapat manfaat dengan kewujudan golongan kaya dan golongan kaya pula akan mendapat manfaat doa orang-orang miskin.


2. Amaran Terhadap Tidak Menunaikan Zakat

Sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat ini bererti orang tersebut terkeluar dari agama Islam dan dia hendaklah diminta supaya bertaubat. Jika dia tetap bertegas tidak mahu bertaubat, dia boleh dibunuh sebagai seorang yang kafir kecuali orang tersebut baru sahaja memeluk Islam di mana dia boleh dimaafkan disebabkan oleh kejahilannya tentang hokum-hakam yang berkaitan dengan ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r. a, daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam baginda bersabda, “Tidak seorang pun di kalangan hamba yang tidak membayar zakatnya kecuali pada hari kiamat nanti hartanya akan diperlihatkan kepadanya sebagai seekor ular yang sangat besar dan sangat berbisa lalu membelit lehernya”. Kemudian Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca kepada kami ayat suci al-Quran yang menegaskan lagi perkara tersebut:

“Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. ”  (Surah Ali Imran :180)

Manakala di dalam hadis lain yang juga diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. a katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tidak seorang pun yang memilih emas dan perak yang tidak dibayar zakatnya kecuali pada hari kiamat nanti akan disediakan dengan lembaran atau kepingan (besi) yang diperbuat dari api neraka, kemudian dipanaskan di dalam neraka jahanam, seterusnya digosok ke badan, dahi dan punggungnya. Setiap kali kepingan tersebut sejuk, ia akan dipanaskan kembali kemudian digosok lagi kepadanya secara berterusan pada satu masa yang mana tempohnya sama seperti 50 ribu tahun sehinggalah selesai diputuskan nasib seluruh manusia. Pada waktu itu, setiap orang masing-masing dapat melihat nasibnya (jalannya) adakah di ditempatkan ke syurga atau ke neraka. ” (Hadis riwayat Imam Muslim)

3. Kelebihan Mengeluarkan Zakat

 (a) Solat dan zakat adalah seiring : Solat tidak akan diterima jika tidak menunaikan zakat
Menunaikan zakat adalah salah satu daripada rukun-rukun Islam yang lima. Menurut pendapat yang termasyur Allah (Subhanahu wa ta’ala) telah berfirman mengenai zakat serta sembahyang sebanyak lapan puluh kali di dalam Al-Quran.
Di dalam sebuah hadis, telah dinyatakan bahawa Allah (Subhanahu wa ta’ala) tidak menerima sembahyang seseorang yang tidak menunaikan zakat. Sebab, di dalam ayat-ayat Al-Quran, Allah (Subhanahu wa ta’ala) telah memerintahkan untuk menunaikan zakat beserta dengan perintah untuk mengerjakan sembahyang.

 (b) Zakat menyempurnakan perhambaan kepada Allah SWT
Sembahyang merupakan jalan untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat di sisi Allah (Subhanahu wa ta’ala) dan zakat adalah merupakan penyempurnaan kepada matlamat tersebut. Allah (Subhanahu wa ta’ala) berfirman, yang maksudnya lebih kurang adalah, “Keluarkanlah sebahagiankecil daripada pemberianKu iaitu sebanyak dua setengah peratus kepada fakir miskin yang menyebut namaKu”.

 (c) Harta akan selamat dengan zakat
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “Selamatkanlah hartamu dengan zakat, ubatkanlah pesakit-pesakitmum dengan sedekah dan hadapilah ombak-ombak bala musibah dengan doa dan tawaddhu terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala. (Tabrani ; Baihaqi ; Targhib) .
Makna Taksin adalah mengadakan kubu di sekeliling diri sendiri. Yakni sepertimana manusia terselamat di dalam kubu, demikianlah harta terselamt dengan zakat, seolah-olah di dalam kubu.

 (d) Keburukan harta akan terhapus dengan penunaian kewajipan berzakat.
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda bahawa apabila seseorang menunaikan zakat, maka keburukan hartanya terhapus. (Tabrani ; Ibnu Khazimah ; Muslim ; Targhib) .

KESIMPULAN
Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga setelah Syahadah dan Sembahyang, sehingga merupakan ajaran yang sangat penting bagi kaum muslimin. Jika saat ini kaum muslimin sudah sangat faham tentang kewajipan sembahyang dan manfaatnya dalam membentuk kesolehan peribadi, namun tidak demikian pemahamannya terhadap kewajipan zakat yang berfungsi untuk membentuk kesolehan sosial.

Dalam sejarah perjalanan masyarakat Islam, ajaran zakat sudah mulai dilupakan dan disempitkan ertinya. Zakat seolah-olah hanya merupakan kewajipan individu terhadap perintah Allah ini. Sehingga zakat menjadi apa yang sering disebut sebagai ibadah mahdhah individu kaum muslimin.

Dalam akhir abad kedua puluh ini, bersamaan dengan kebangkitan kembali umat Islam di berbagai sektor kehidupan, ajaran zakat juga menjadi salah satu sector yang mulai digali dari berbagai dimensinya. Meningkatnya kesejahteraan ummat Islam memberikan harapan baru dalam menguatkuasakan zakat. Apalagi kebangkitan ekonomi di dunia barat khususnya yang didasari pemikiran kapitalistik telah menimbulkan berbagai masalah dalam kehidupan ini seperti jurang yang lebar dalam kehidupan sosial ekonomi.

Ketika krisis ekonomi merundum berlaku, masyarakat masih mampu memberikan sebahagian hartanya melalui zakat, infaq dan sedekahnya untuk meringankan penderitaan saudaranya yang lain, baik yang di daerah krisis, bencana, konflik, dan daerah yang lain.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Proses Kejadian Manusia

ABSTRAK
Di dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa Allah yang telah menciptakan manusia. bermula daripada tanah dan selanjutnya dengan pembiakan sperma dan ovum sehingga menjadi manusia. Manusia tersebut telah melalui liku-liku dan halangan yang mengagumkan dalam hidupnya. Dalam keadaan manusia penuh kejahilan dalam segala hal, maka agama islam telah turun ke dunia untuk menerangi manusia yang dalam kegelapan dan telah diterangi dengan keagamaan yang benar (islam) demi keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Melalui proses penciptaan manusia menurut sains, sarjana-sarjana barat telah mengutarakan pelbagai pendapat tentang proses ini. Sarjana barat iaitu Aristotle telah mengemukakan teori Abiogenesis tetapi telah di sangkal oleh beberapa sarjana yang lain terutama Charles Darwin. hal ini telah membuktikan bahawa teori barat merupakan teori yang tidak relevan. Di samping itu, proses penciptaan manusia menurut Al-Quran adalah lebih relevan. Al-Quran telah menyatakan bahawa proses penciptaan manusia melalui empat tahap. Tahap-tahap tersebut adalah percampuran air mani lalu menjadi alaqah (ketulan darah) dan menjadi mudghah (ketulan daging) setrusnya menjadi tulang-tulang. hal ini telah terbukti di dalam Al-Quran pada surah Al-Mukminun dan bukti ini boleh diterima oleh setiap manusia. Sebelum manusia ditugaskan untuk menjadi khalifah, manusia telah diberikan beberapa keistimewaan oleh-Nya. Keistimewaan tersebut telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan telah mengangkat darjat manusia di sisi Allah. Oleh itu Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipangdang hina oleh masyarakat. Bagi memikul tanggungjawab ini, pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah sangat penting bagi melancarkan tugasan yang telah di berikan oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala) kepada kita.

PENDAHULUAN
Sebelum islam lahir, dunia ilmu pengetahuan masih gelap, di penuhi oleh dugaan dan khayalan yang tidak masuk akal sehingga hasilnya bukan ilmu pengetahuan yang ilmiah, akan tetapi khayalan yang penuh mitos serta kepercayaan yang salah dari kenyataan yang sebenar dalam segala cabang ilmu. Tuhanlah yang menciptakan manusia. bermula manusia diciptakan dari bahan tanah dan selanjutnya dengan pembiakan sperma dan ovum sehingga menjadi manusia yang melalui liku-liku dan halangan yang mengkagumkan dalam hidupnya. Dalam keadaan manusia penuh kejahilan dalam segala hal, maka islam turun ke dunia untuk menerangi manusia dalam keagamaan yang benar (islam) demi keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Mereka yang sedar akan berhijrah dari jalan yang sesat ke jalan yang lurus dan rasional yang ada dalam seluruh struktur islam ini. Maka itu tidak hairanlah apabila isi islam seiringan dengan ilmu pengetahuan yang sesat dan tidak menemui hakikat yang sebenarnya dari ilmu yang diselidiki itu sendiri. Jadi, sebagai umat islam yang bertaqwa dan beriman kita harus mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap mengenai agama islam supay kita tidak tersesat seperti golongan yang telah tersesat seperti yang berlaku pada masa ini. Ilmu pengetahuan yang mantap mengenai agama yang mendalam dan dapat menuju ke jalan yang lurus.

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS
Berbicara tentang asal-usul kejadian manusia mengharuskan kita untuk berbicara tentang asal-usul kehidupan dan hidup. teori pertama yang dapat dikenali dari Aristotle (384-322M) yang di sebut sebagai teori Abiogenesis atau Generasio Spontanea. menurut teori ini, semua yang hidup muncul secara terus menerus dari yang mati atau materi. namun teori ini di ragui oleh Lazardo Spanlazani, Frencesco Redi (dari Itali) dan Louise Pasteur (dari Perancis), Berjaya membuktikan bahawa makhluk hidup tidak dari materi yang mati. Semenjak itu, pada tahun 1860, telah muncul teori baharu yang menyatakan bahawa semua makhluk yang hidup berasal dari yang hidup sebelumnya (omne vivum ex vivo) . Ir. H. Basit Wahid (1983), Evolusi Manusia dan Konsepsi Islam, Bandung, Indonesia:NV Tarate
Setelah itu, munculnya teori evolusi dari Charles Darwin (1809-1882) . Pada hakikatnya merupakan kelanjutan sahaja dari teori “omne vivum ex vivo”. Teori ini juga menyatakan bahawa semua makhluk hidup mengalami evolusi menuju kesempurnaan dan kebahagiaan. Hal ini dapat dilihat melalui dalam diagram yang dibuat oleh Washburn (tahun 1960) . Persoalan jika benar manusia berasal dari kera mengapa manusia tidak berubah menjadi kera dan begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, manusia dan kera adalah berbeza san teori ini adalah tidak relevan. Bucailie Maurice Dr. (1984), Asal-usul Kejadian Manusia Menurut Bible, Al-quran dan Sains, Bandung, Indonesia:Penerbitan Mizan.
Charles Darwin juga telah meragukan kebenaran teori yang telah diciptakan. Hal ini dapat membuktikan bahawa lapisan-lapisan batu di dalam tanah mengandungi data dan catatan yang kronologis. Sepanjang waktu geologis yang enam (dari azoicum sehingga dengan enzoikummengenai evolusi. Hal ini bermakna, teori sebelum ini telah berlawan dengan teorinya. Darwin juga telah membuktikan bahawa teori sebelum ini adalah tidak relevan dan bercanggah berdasarkan dengan bukti-bukti yang kukuh. Bucailie Maurice Dr. (1984), Asal-usul Kejadian Manusia Menurut Bible, Al-quran dan Sains, Bandung, Indonesia:Penerbitan Mizan.

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
Al-quran menyatakan dengan tegas bahawa manusia diciptakan dari tanah dengan berbagai istilah seperti debu (Surah Ali Imran:59), tanah kering dan lumpur hitam (Surah Al-hijr : 28), tanah liat (Surah Ashshafat : 11), sari pati tanah (Surah Al-shad :71) dan sebagainya. Semasa penciptaan Adam, Allah telah berfirman bahawa “Jadilah, maka jadilah ia” (Surah Ali Imran : 59) . Oleh itu, proses kejadian manusia menurut Al-quran adalah lebih sahih dan relevan kerana mempunyai bukti yang kukuh. Bucailie Maurine Dr., (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran, Sains dan Bible. Bandung, Indonesia:Penerbitan Mizan.
Setalah berpandukan pada (Surah Al-A’la : 1-3), penciptaan atau kejadian manusia terbahagi kepada tiga (3) . Hal ini telah menjadi titik tolak kepada proses kejadian manusia dan menunjukkan tanda-tanda kemuliaan manusia. Pertama, Allah telah menciptakan manusia pertama daripada tanah (Adam) . Kedua, penciptaan manusia kedua daripada bahan baku manusia pertama (Hawa) . Akhir sekali, penciptaan manusia daripada bahan baku manusia pertama (Adam) dan manusia kedua (Hawa) . Oleh itu, kita sebagai anak cucu Adam haruslah berasa bangga kerana kita ini daripada sebaik-baik kejadian dan lebih mulia daripada makhluk yang lain. Bucailie Maurine Dr., (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran, Sains dan Bible. Bandung, Indonesia:Penerbitan Mizan.
Dalam Surah Al-Qiyamah (75 : 37-39), penciptaan manusia terbahagi kepada empat (4) tahap. Allah telah menyatakan bahawa manusia terjadi daripada percampuan Nutfah. Nutfah ialah air mani. Air mani ini terdiri daripada air mani lelaki dan perempuan. Allah telah berfirman dalam Al-Quran melalui (surah Al-Insan:2) . Mafhumnya:Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada setitits air mani yang bercampur yang kami (hendak menguji dengan perintah dan larangan) . Kami jadikan dia melihat dan mendengar. Selepas itu, daripada Nutfah telah berubah menjadi Alaqah, Mudghah dan Izam dan Lahm. Allah telah berfirman dalam (surah Al-Mukminun :14) yang bermaksud kemudian kami mengubah nutfah menjadi alaqah (seketul darah), lalu kami menciptakan seketul darah beku itu menjadi seketul daging (menjadi anggota badan) dan seketul daging itu kami jadikan tulang-tulang itu dan kami bungkus dengan daging (terbentuk segala system saraf) . Tafsir Al-Quran.

TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI
Sebenarnya sebelum ditetapkan khalifah itu allah mengemukakan amanat itu kepada langit, bumi dan gunung-gunung tapi semua menolak amant itu kerana tidak menyanggupinya namun manusia bersedia memikulnya. Hal ini telah dinyatakan di dalam Surah Al-Ahzad:72. Oleh itu, kita sebagai khalifah seharusnya melaksanakan amanat Allah di muka bumi tetapi pada sisinya ia melihat syaitan berusaha menyesatkan manusia dengan tidak melaksanakan amanat Allah.. Bucailie Maurine Dr., (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran, Sains dan Bible. Bandung, Indonesia:Penerbitan Mizan.
Dalam surah Al-Luqman:20, Allah telah menyatakan bahawa kepada siapa saja yang ada di langit dan di bumi dan juga segala macam isi yang dikandungnya agar tunduk kepada manusia. Semua itu dimmaksudkan agar manusia denga segala kemampuannya dapat mengolah sumber-sumber alam. Oleh itu allah telah menyediakan prasarana pula (ilmu pengetahuan, hidayah agama dan kitab suci) . Oleh itu setiap khalifah di muka bumi harus berpegang kepada 3 hal. Allah telah memberikan kita kemampuan berfikir untuk meningkatkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan kekuatan rohani manusia untuk menghayati ajaran Allah. Allah juga telah memberikan hidayah kepada manusia untuk mampu dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran untuk melakukan semua itu.. Bucailie Maurine Dr., (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran, Sains dan Bible. Bandung, Indonesia:Penerbitan Mizan.

Allah telah memberikan beberapa keistimewaan kepada manusia yang menjadi khalifah. Keistimewaan tersebut telah m, engagkat darjat manusia di sisi Allah. Keistimewaan yang telah diberikan Allah kepada manusia sebagai khalifah telah dinyatakan dalam surah Al-Baqarah:30, Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat bahawa aku menjadikan khalifah di muka bumi itu orang yang membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?Tuhan berfirman sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Bucailie Maurine Dr., (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran, Sains dan Bible. Bandung, Indonesia:Penerbitan Mizan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya proses kejadian manusia terbahagi kepada 2 teori iaitu barat dan islam. melalui teori barat pada mulanya dipercayai tetapi akhirnya diragui oleh golongan intelektual dan di anggap tidak relevan. hanya teori islam masih relevan dan terbukti hingga kini. Oleh itu manusia dianggap mulia dan sebaik-baik kejadian di muka bumi. manusia juga telah menjadi khalifah di muka bumi ini dengan menjalankan tanggungjawab dan tugasan mereka. Tanggungjawab itu merupakan amanah Allah Subhanahu wa ta’ala. Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipangdang hina oleh masyarakat. Bagi memikul tanggungjawab ini, pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah sangat penting bagi melancarkan tugasan yang telah di berikan oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala) kepada kita. Kita seharusnya menghargai darjat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan kerana kita adala semulia-mulia kejadian yang telah diciptakan oleh Allah.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Manusia Dijadikan Sebaik-Baik Kejadian

ABSTRAK
Allah Taala telah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian yang memiliki keistimewaan tertentu jika dibandingkan dengan makhluk ciptaanNya yang lain. Keistimewaan pertama ialah Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Tugas ini merangkumi tugas memelihara kesejahteraan dan kemakmuran bumi antara alam dengan penghuninya, antara makhluk dengan makhluk, dan manusia dengan penciptaNya. Allah Taala berfirman, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya Aku hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”Tuhan berfirman: sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. Keistimewaan kedua ialah, Allah menciptakan manusia dengan memberikan hak kepada manusia untuk membuat pilihan atau perjalanan hidupnya di alam ini. Setiap yang dilakukan akan diberi perhitungan oleh Allah Taala di akhirat kelak. Maka beruntunglah manusia yang beramal semasa kehidupannya. Keistimewaan ketiga dan yang terakhir yang dapat dijelaskan di sini ialah, manusia dikurniakan dengan akal fikiran. Penggunaan akal fikiran dengan baik akan membawa kepada kesejahteraan di dalam cara hidup. Dengan akal juga manusia dapat membezakan antara perkara buruk dengan perkara yang tidak baik.

PENDAHULUAN
Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan hidup bagi manusia, petunjuk serta rahmat bagi kaum yang percaya. Dia mengarahkan dan menunjukkan kepada kebenaran dan jalan yang lurus. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad, adalah hamba Allah dan utusan dari Allah.
Dalam memacu pembangunan negara secara holistik, modal insan yang bertaqwa dan mempunyai jiwa yang bersih serta integriti diri yang kukuh amat diperlukan. Dengan lahirnya tonggak-tonggak penggerak akan menjamin pembangunan negara terus dapat dipacu dan mendatangkan kebaikan kepada seluruh umat dan menjauhkan masyarakat daripada menanggung kesan yang menggugat keharmonian hidup. Antara asas kepada lahirnya tenaga kerja seperti ini ialah memahami nilai diri manusia yang telah dijadikan Allah di muka bumi. Nilai diri tersebut ialah, pengiktirafan manusia sebagai makhluk yang mulia berbanding dengan makhluk lain.

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI.
Allah telah memuliakan manusia berbanding dengan makhluk-makhluk lain yang dijadikan di atas muka bumi ini. Kemuliaan yang dianugerahkan kepada manusia ini dapat dilihat melalui beberapa keistimewaan yang ada padanya dan tidak ada pada makhluk yang lain. Keistimewaan pertama ialah sebagai khalifah di muka bumi.

Dalam firman Allah yang bermaksud, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya Aku hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”Tuhan berfirman: sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (AL-BAQARAH:30)

Dengan hikmah Allah, keinginan untuk membangunkan muka bumi dan bekerja adalah antara citara asal yang ada dalam sanubari manusia. Konsep manusia sebagai khalifah ini juga dijelaskan oleh sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap pengembala akan ditanya tentang gembalaannya. ”.

MANUSIA BEBAS MEMILIH.
Keistimewaan kewujudan manusia ialah, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih. Untuk menonjolkan kemuliaan manusia berbanding dengan makhluk-makhluk lain samada malaikat atau binatang serta alam benda yang lain, Allah telah memberikan kebebasan memilih kepada manusia dalam segala aspek yang bersifat iradi sekalipun dalam aspek akidah iman dan kufur serta perlakuan yang mengakibatkan pahala dan dosa.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia berasal daripada air mani yang bercampur antara lelaki dan perempuan untuk Kami uji. Kemudian Kami jadikan mereka boleh mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami memberikan petunjuk kepada mereka dua jalan samada jalan orang bersyukur atau jalan orang yang kufur” (Al-Insan: 2-3)

Dan Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Maka barang siapa yang mahu hendaklah dia beriman dan barang siapa yang mahu kafir biarlah dia kafir”.  (Al-Kahfi: 29)

Dengan adanya kebebasan memilih ini manusia dipertanggungjawabkan terhadap tindakan-tindakan yang dilakukannya di dunia untuk diperhitung di akhirat kelak. Dalam perbincangan ilmu fiqah konsep ini dinamakan sebagai taklif. Semua tindakan manusia akan dibicarakan samada kecil atau besar. Manusia tidak akan ada hujah lagi dihadapan Allah apabila tetap melakukan maksiat terhadapNya setelah segala keterangan tentang syariatNya diperjelaskan oleh Rasul.

MANUSIA MEMPUNYAI AKAL FIKIRAN.
Perbezaan paling ketara ialah manusia mempunyai akal
dan dengan terciptanya akal menyebabkan manusia itu lebih mulia daripada makhluk lain. Makhluk lain tidak mempunyai akal untuk mereka berfikir dan mencipta sesuatu yang baru untuk kemudahan kehidupan mereka. Mereka tidak mempunyai akal maka mereka tidak ada undang-undang khas untuk diri mereka. Mereka juga tidak mempunyai syariat untuk berhubung dengan PenciptaNya seperti mana manusia lakukan.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam....... "Yang membezakan manusia dengan makhluk lain ialah akal. "

Tidak dinafikan kegunaan akal kepada manusia begitu besar sekali. Dengan akallah manusia dapat hidup bermasyarakat dengan rukun damai. Dapat membangunkan dunia untuk kepentingannya. Dengan akal juga manusia dapat mengalahkan makhluk lain, menguasai dunia ini. Dengan adanya akallah manusia boleh muncul sebagai ketua atau pemimpin, membimbing yang lemah dan mengajar yang jahil. Kalau tidak ada akal manusia tidak mampu untuk berbuat demikian. Mungkin kehidupan manusia sama sahaja dengan haiwan atau makhluk-makhluk lainnya..

Dan apa yang lebih bermakna lagi dengan akal jugalah manusia dapat menerima perintah Allah dan melaksanakan dalam kehidupannya. Manusia boleh menyusun peraturan hidupnya, membuat batas-batas tertentu dan sama-sama akur kepadanya. Berkat segala itulah hidup manusia lebih tersusun, harmoni dan menjadi lebih bermakna berbanding kehidupan makhluk lain.

KESIMPULAN
Allah telah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian yang memiliki keistimewaan tertentu jika dibandingkan dengan makhluk ciptaanNya yang lain. Semua kelebihan dan keistimewaan yang diberikan oleh Allah untuk manusia merupakan suatu anugerah yang hebat dan patut disyukuri oleh semua manusia. Manusia diangkat oleh Allah, Tuhan Pencipta Sekelian Alam, untuk menjadi khalifah atau penaung di alam bumi yang indah ini. Ditugaskan untuk memakmurkan bumi, memberi kesejahteraan kepada kehidupan sejagat serta melakukan kebaikan dan mengumpul kabaikan di muka bumi untuk bekalan ke alam akhirat. Manusia juga diberikan hak untuk bebas memilih. Semua pilihan yang kita lakukan mempunyai perhitungan di akhirat kelak. Pilihan yang baik akan mendapat berkat dan keredhaan dari Allah, manakala pilihan yang tidak baik akan mendapat balasan di akhirat kelak. Kelebihan paling utama ialah, Allah membekalkan manusia dengan akal fikiran. Dengan akallah kita mampu untuk melaksanakan semua tanggungjawab kita di muka bumi ini. Kesimpulannya, manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang mulia.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Umat Islam Yang Mempunyai Kualiti Dalam Keimanan

ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan umat Islam yang mempunyai kualiti dalam keimanan kepada rukun iman akan menjadikan kehidupan mereka bebas daripada sebarang masalah. Seterusnya, kajian ini akan membincangkan serba sedikit mengenai istilah iman dari segi bahasa dan juga dari segi istilah. Selain daripada itu, saya juga akan mengupaskan serba sedikit penjelasan ringkas rukun iman yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam untuk menjaminkan keselsaan hidup di dunia mahupun di akhirat. Disamping itu, saya juga akan mengupas serba sedikit pengertian Islam yang saya dapati daripada sumber yang dipercayai iaitu internet. Daripada kajian ini, saya juga dapat menilai setiap umat Islam di atas muka bumi ini. Kita juga dapat melihat perubahan yang sedang dialami oleh umat Islam pada zaman sekarang. Manusia zaman sekarang hanya mementingkan duit daripada segalanya. Selain itu, kekayaan tidak boleh menjamin kebahagian untuk selama-lamanya padahal rukun iman yang dipegang teguh itulah yang boleh menjamin kita hidup dalam keadaan sejahtera di dunia dan akhirat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengamalkannya di dalam kehidupan harian kita agar kita dapat menjalani hidup di dunia dan akhirat dengan aman dan sejahtera. 

PENDAHULUAN
Berdasarkan ayat yang telah diturunkan di dalam Al-Quran iaitu ayat al-Rum 30:41 telah menyatakan bahawa “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar”. Kalam Allah (Subhanahu wa ta’ala) dengan bahasa yang begitu jelas dan jitu telah memaparkan terdapat krisis nilai sehingga mengakibatkan kemerosotan nilai kemanusiaan ke tahap yang amat parah dan senario permasalahan yang menimpa alam adalah betitik-tolak daripada perbuatan manusia sendiri. 

Demikianlah dalam menelusuri sejarah tamadun manusia menjelang kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam suatu realiti yang tidak boleh dinafikan adalah kemerosotan nilai manusia ke tahap yang amat parah pada abad yang keenam sehingga dunia berada di tebing kehancuran. Selain itu, manusia di seluruh dunia pada abad ketika itu dikuasai oleh nafsu dan kepentingan diri yang ekstrim. Mereka karam di dalam pandangan hidup kebendaan iaitu materialisme dan juga memakai undang-undang rimba belantara. 

Tegasnya alaf baru kini menyaksikan bahawa nilai manusiawi banyak bergantung kepada nilai kebendaan dan luaran. Benarlah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu akan dating di kalangan manusia suatu zaman dimana yang mereka pentingkan ialah perut mereka, kemuliaan terletak kepada harta benda milik mereka dan kiblat mereka adalah wanita. 

Pada zaman sekarang, kebanyakan negara pembentukan modal manusia adalah amat penting, amat perlu atau pun satu perkara yang berkaitan antara hidup dan mati. Manusia zaman sekarang boleh dikatakan bahagia dengan apa yang mereka miliki tetapi itu adalah secara luaran tidak secara dalaman. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan manusia zaman sekarang hanya mementingkan wang ringgit tetapi lupa akan akhirat dan juga pembalasannya. 

Oleh itu, untuk memahami maksud pembangunan modal insan, kita perlu jelas atau tahu matlamat kewujudan unsur terpenting yang hendak dibangunkan iaitu manusia itu sendiri. Malah matlamat utama kejadian manusia adalah untuk beribadat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Di samping itu, manusia juga diperintahkan untuk mengikut ajaran Islam yang diturunkan oleh Nabi Muhammad secara menyeluruh. 

Ini kerana Islam itu lengkap dan meliputi segala aspek kehidupan manusia dan jika manusia mengikut ajaran Islam secara keseluruhan melalui ajaran Al-Quran dan Sunnah, maka ia dijamin untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. 

PENGERTIAN ISLAM
Islam dapat di fahami dengan berpandukan kepada beberapa pengertian. Pertama, sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam “Islam adalah kamu bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah, Muhammad adalah utusan Allah, kamu dirikan solat, kamu tunaikan zakat, kamu berpuasa Ramadhan, dan kamu menunaikan haji ke Baitullah jika kamu mampu untuk melakukan perjalanan ke sana. ”. Selain itu, menurut HR. Bukhari dan Muslim, sabda beliau, “Islam itu dibangun di atas lima perkara iaitu hendaknya Allah itu ditauhidkan, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan haji. ”. Kedua, Islam itu mengandungi 3 unsur pokok iaitu kepasrahan kepada Allah dengan bertauhid, tunduk kepada-Nya dengan melakukan ketaatan, dan berlepas diri dari kemusyrikan dan pelakunya. Ketiga, Islam dengan makna Iman iaitu lawan dari kekafiran, sebagaimana kaidah yang dikenal di kalangan para ulama bahwa apabila kata Islam disebutkan secara sendirian maka ia sudah mencukupi iman, demikian pula sebaliknya. Adapun apabila Islam disebutkan bersamaan dengan iman maka keduanya menunjukkan dua hal yang berlainan. Untuk memahami pembatal keimanan terlebih dahulu harus di fahami pengertian iman. 

PENGERTIAN IMAN
Pengertian iman boleh dibahagikan kepada dua iaitu dari segi bahasa dan juga dari segi istilah. Dari segi bahasa, iman membawa maksud percaya. Manakala, dari segi istilah pula, iman bermaksud membenarkan di hati, mengakui dengan lidah, dan beramal dengan anggota. Iman adalah suatu perkara yang perlu ada di dalam dada dan juga di dalam kehidupan setiap manusia kerana iman dapat membentuk insane muslim sejati, suapaya beristiqamah dalam menunaikan ibadat, dan juga dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia. 

RUKUN IMAN
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Beriman kepada Malaikat-Malaikat
4. Beriman kepada Kitab-Kitab
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar

PENJELASAN RINGKAS RUKUN IMAN
[1] BERIMAN KEPADA ALLAH
Beriman kepada Allah bermaksud mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Ta’ala. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap bayi dilahirkan pasti dalam keadaan di atas fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan dia beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi. ” (HR. Bukhari). Beriman dengan Allah juga bermaksud membenarkan dengan yakin akan adanya Allah, membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk, dan membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu. 
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa –
 (Surah Al-Baqarah:21) 

Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di alam ini termasuk bumi, langit dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah Subhanahu wa ta’ala. 
[2] BERIMAN KEPADA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL
Secara bahasa Rasul artinya orang yang diutus untuk menyampaikan sesuatu. Sedangkan pengertian rasul dalam syari’at adalah orang yang mendapatkan wahyu dengan syari’at serta diperintahkan untuk menyampaikannya. Rasul yang pertama adalah Nuh ‘alaihis salam, sedangkan rasul yang terakhir adalah Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya Kami telah wahyukan kepadamu al kitab sebagaimana Kami mewahyukan kepada Nuh dan nabi-nabi sesudahnya. ” (QS. an-Nisaa’ : 163). Allah juga berfirman (yang artinya), “Bukanlah Muhammad itu sekedar bapak dari salah seorang dari kalian akan tetapi dia adalah seorang utusan Allah dan penutup nabi-nabi. ” (QS. al-Ahzab : 40). 
Nabi secara istilah adalah seorang lelaki merdeka yang mendapatkan berita dari Allah ta’ala dengan syari’at terdahulu untuk dia ajarkan kepada orang-orang di sekelilingnya yang telah menganut syariat terdahulu tersebut. Adapun rasul adalah lelaki merdeka yang mendapatkan berita dari Allah dengan syariat serta diprintahkan untuk menyampaikannya kepada kelompok orang yang tidak mengetahuinya atau kaum yang menyelisihinya dari kalangan orang-orang yang menjadi sasaran dakwahnya. Kenabian merupakan syarat kerasulan, sehingga tidak boleh menjadi rasul kecuali nabi. Setiap rasul adalah nabi dan tidak sebaliknya. Rasul diutus kepada orang yang belum mengenal agama Allah dan syari’at-Nya atau kepada orang-orang yang telah mengubah syariat dan agama dalam rangka mengajari dan mengembalikan mereka kepada ajaran yang benar. Maka rasul adalah hakim di antara mereka. Sedangkan nabi hanya diutus untuk mendakwahkan syariat sebelumnya yang sudah ada. 

[3] BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
Beriman kepada malaikat bermaksud bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya. Malaikat adalah makhluk ghaib yang senantiasa taat beribadah kepada Allah. Allah, menganugerahkan kepada mereka ketundukan yang penuh terhadap perintah-Nya dan kekuatan yang hebat sehingga dapat melaksanakannya. Jumlah mereka banyak, tidak ada yang dapat menghitung semuanya kecuali Allah. Hal itu sebagaimana diceritakan oleh Nabi dalam hadits Anas yang mengisahkan peristiwa mi’raj Nabi ke langit bahawa di baitul ma’mur ada tujuh puluh ribu malaikat yang mengerjakan shalat disana; apabila mereka sudah keluar darinya maka mereka tidak lagi kembali (HR. Bukhari dan Muslim). 
Mengimani malaikat mengandung :
• Keimanan terhadap wujud/keberadaan mereka
• Mengimani nama-nama mereka yang kita ketahui dan keberadaan mereka meskipun tidak kita ketahui namanya
• Mengimani sifat-sifat mereka yang diberitakan kepada kita
• Mengimani perbuatan atau tugas mereka yang kita ketahui
Iman kepada malaikat akan dapat membuahkan manfaat yang agung di antaranya :
• Mengetahui kebesaran Allah ta’ala dan kemahakuasaan-Nya
• Bersyukur kepada Allah atas perhatian-Nya kepada manusia di mana Allah menciptakan malaikat yang menjaga mereka, mencatat amal-amal mereka
• Mencintai ketaatan malaikat terhadap perintah Rabbnya


[4] BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
Yang dimaksudkan dengan kitab di sini adalah kitab-kitab suci yang Allah turunkan kepada para rasul-Nya sebagai bukti kasih sayang-Nya kepada manusia, petunjuk bagi mereka agar mereka boleh mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Iman kepada kitab-kitab mengandung empat hal :
• Mengimani bahwa kitab-kitab tersebut benar-benar turun dari sisi Allah
• Mengimani nama-nama kitab yang kita ketahui, adapun yang tidak kita ketahui namanya maka kita mengimaninya secara global
• Membenarkan berita yang sahih yang terdapat di dalamnya sebagaimana berita-berita yang terdapat di dalam al-Qur’an dan berita-berita di dalam kitab suci terdahulu yang tidak diubah-ubah atau diselewengkan
• Mengamalkan hukumnya yang belum dihapus oleh al-Qur’an dan merasa ridha dan pasrah kepada ketentuannya, sedangkan pemberlakuan kitab suci terdahulu telah dihapuskan semuanya oleh al-Qur’an
Iman kepada kitab membuahkan :
• Menyadari perhatian Allah kepada hamba-hamba-Nya di mana Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada masing-masing kaum sebagai petunjuk untuk mereka
• Mengetahui kebijaksanaan Allah dalam menetapkan syari’at-Nya di mana Allah menetapkan syari’at yang sesuai dengan keadaan masing-masing kaum
[5] BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Hari akhirat adalah hari tatkala umat manusia dibangkitkan dari kuburnya untuk dihisab dan dibalas amal-amalnya. Iman kepada hari akhir mengandung 3 hal :
• Iman akan terjadinya hari kebangkitan; iaitu dihidupkannya orang-orang yang telah mati ketika ditiupnya sangkakala untuk kedua kalinya maka bangkitlah mereka untuk menghadap Allah dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian, dan belum berkhitan. 
7
• Iman terhadap adanya hisab dan pembalasan amal. Setiap orang akan dibalas berdasarkan amalnya. Hal ini merupakan konsekuensi dari kebijaksanaan Allah ta’ala yang telah menurunkan kitab-kitab dan mengutus para rasul serta mewajibkan umat
manusia untuk menerima dan melaksanakan ajaran mereka, bahkan Allah juga memerintahkan untuk memerangi orang-orang yang menentang rasul-Nya, kalau seandainya setelah itu semua tidak ada balasan dan maka niscaya ini semua merupakan sebuah kesia-siaan yang Allah tentu saja terbebas darinya
• Iman terhadap surga dan neraka. Keduanya merupakan tempat tinggal abadi bagi manusia. Surga adalah negeri yang penuh dengan kenikmatan yang Allah persiapkan bagi hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa. Sedangkan neraka adalah negeri yang penuh dengan siksaan yang dipersiapkan oleh Allah bagi orang-orang yang kafir dan zalim. 
Iman kepada hari akhir akan membuahkan :
• Menumbuhkan semangat dalam melakukan ketaatan
• Memunculkan perasaan takut untuk berbuat maksiat
• Menghibur hati seorang mukmin yang mengalami kehilangan sebagian kenikmatan dunia
[6] IMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR. 
Iman kepada takdir mencakupi empat perkara :
• Mengimani bahwa Allah telah mengetahui segala sesuatu baik secara global maupun terperinci, baik yang terkait dengan perbuatan Allah sendiri ataupun perbuatan makhluk
• Mengimani bahwa Allah telah menulis ilmunya di dalam Lauhul mahfuz sejak 50 ribu tahun sebelum penciptaan langit dan bumi
• Mengimani bahwa segala kejadian di alam ini tidak terjadi kecuali dengan kehendak Allah, baik hal itu berkaitan dengan diri-Nya ataupun makhluk
• Mengimani bahwa segala sesuatu yang ada di alam ini merupakan makhluk Allah, baik itu berupa dzat, sifat maupun gerak-geriknya
8
Iman kepada takdir akan menghasilkan :
• Sikap bersandar kepada Allah dalam melakukan usaha
• Menahan munculnya sikap ujub atau kagum terhadap diri sendiri
• Tenang ketika menghadapi musibah yang menimpa
Takdir ada bermacam-macam :
• Takdir umum yang mencakup segala sesuatu yaitu yang sudah Allah tetapkan sejak 50 ribu tahun sebelum diciptakannya langit dan bumi
• Takdir umri; yaitu takdir yang dituliskan ketika seoang bayi mulai mengawali kehidupannya di dalam rahim ibunya
• Takdir sanawi; yaitu takdir yang dituliskan saat Lailatul Qadar di setiap tahunnya
• Takdir yaumi; yaitu takdir yang dituliskan terjadi pada setiap harinya, baik itu terkait dengan rezeki, hidup maupun matinya seseorang

KESIMPULAN
Berdasarkan isi-isi diatas, dapatlah kita memanipulasikan bahawa setiap umat Islam boleh hidup dalam keadaan aman damai dan sejahtera dengan memahatkan rukun-rukun iman di dalam dada. Selain itu, kita semua bukan sahaja boleh hidup aman di dunia malah di akhirat juga. Manusia zaman sekarang tidak nampak akan keistimewaan memiliki rukun iman di dada. Disamping itu juga, setiap insan boleh mencapai modal insan yang dikehendaki oleh setiap negara. Oleh itu, kita semua mestilah beringat kenapa kita dilahirkan di atas muka bumi ini. Adakah kita dilahirkan di atas muka bumi ini untuk mencari kekayaan semata-mata? Jawapannya adalah tidak, kerana setiap manusia di atas muka bumi ini dilahirkan oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala) adalah untuk menunaikan ibadat dan juga mengikut segala suruhanNYA. Di samping itu, manusia juga diperintahkan untuk mengikut ajaran Islam yang diturunkan oleh Nabi Muhammad secara menyeluruh. Ini kerana Islam itu lengkap dan meliputi segala aspek kehidupan manusia dan jika manusia mengikut ajaran Islam secara keseluruhan melalui ajaran Al-Quran dan Sunnah, maka ia dijamin untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. 
Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah (berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya. 

RUJUKAN
1. Nadwi (1980). Islam and The World, (terj. ) Mohammad Asif Lucknow India: Academy of Islamic Rearch & Publication
2. Qaradwi Yusuf (2000). Permasalahan Umat Islam Masa Kini, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Akidah Islam Dapat Berperanan Dalam Kehidupan

ABSTRAK
Akidah-tauhid mempunyai pengertian yang sama, iaitu ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dan sam’iyat dengan dalil-dalil yaqiniyah yang aqliyah dan naqilayah yang boleh menghilangkan semua keraguan yang ada dalam hati seseorang manusia. Dalam Islam, iman yang berlandaskan akidah adalah menjadi asas sesuatu amalan, di mana amalan-amalan yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman yang berlandaskan akidah. Akidah membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat, kerana tertakluk di bawah akidah itu iman dan Islam. Iman membentuk diri manusia dalam perkara-perkara batin, iaitu mempercayai Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-nya, hari akhirat, takdir baik dan jahat. Kesan-kesan terhadap individu dan juga keluarga yang tidak mengamalkan akidah dalam kehidupan seharian. Bagi individu kesan-kesannya adalah individu tersebut akan menjadi kucar-kacir, hidup yang tiada arah tujuan dan hilang panduan hidup. Kesan terhadap keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup ajaran Islam yang menitikberatkan akidah dalam kehidupan mereka adalah keluarga tidak mendapat keredhaan dari Allah Subhanahu wa ta’ala., keluarga mudah berpecah-belah, dan lain-lain lagi. Akidah adalah untuk memastikan kesahihan iktikad seseorang mengenai ketuhanan, kerasulan, dan sam’iyat dengan berasaskan dalil-dalil naqli dan aqli. Kepentingan akidah dalam Islam adalah amalan-amalan seseorang tidak diterima oleh Allah, kecuali amalan-amalan orang yang beriman berasaskan akidah. Oleh itu sebagai umat Islam, seharusnya mengamalkan cara hidup yang berakidah. Agar kehidupan lebih terjamin di dunia dan di akhir.

PENDAHULUAN
Akidah-tauhid mempunyai pengertian yang sama, iaitu ilmu yang menyalidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dan sam’iyat dengan dalil-dalil yaqiniyah yang aqliyah dan naqilayah yang boleh menghilangkan semua keraguan yang ada dalam hati seseorang manusia.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab mengenai iman melalui sabdanya: Beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat, dan beriman dengan takdir baik dan jahat. [ Riwayat Bukhari dan Muslim]

Akidah jagu mempunyai keistimewaan yang unggul, kerana di dalam akidah dibahaskan masalah-masalah yang berkaitan dengan keimanan, di mana msalah-masalah ini tidak dibahaskan secara khusus di salam ilmu-ilmu yang lain, kecuali di dalam ilmu akidah.
Keistimewaan akidah yang membahaskan keimanan adalah terkandung dalam firman-firman Allah Taala: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam talah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari tuhannya, dan juga orang-orang yang berimam, semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. Meraka berkata: kami tidak membezakan antara seseorang dengan yang lain dari rasul-rasul-Nya. Mereka barkata lagi: kami dengar dan kami taat, kami pohonkan keampunan-Muwahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali. [ Surah al-Baqarah :285 ]
Dalam Islam, iman yang berlandaskan akidah adalah menjadi asas sesuatu amalan, di mana amalan-amalan yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman yang berlandaskan akidah. Justeru itu, mereka yang tidak beriman dengan Allah dan tidak mengharap pahala dari-Nya, dan tidak takut seksaan-Nya, dan beramal bukan kerana menuntut keredhaan Allah, dan tidah pula mengambil kira (tidak menghiraukan) adakah perbuatan meraka halal atau haram, maka mereka yang bersikap demikian tidak berhak menerima pahala dari Allah di atas amalan-amalan yang mereka kerjakan itu. Ini kerana adalah orang yang tidak beriman kepada Allah (orang yang kafir) dan tidak menghendaki balasan pahala daripada Tuhan mereka dan juga amalan yang dikerjakan oleh mereka tidak mencari keredhaan Allah yang menjadikan mereka itu. Orang-orang yang tidak beriman kepada Allah (orang yang kafir) adalah diseksa disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka, kerana tidak menyelidiki agama Allah (agama Islam) dan tidak mahu mendengar wahyu Ilahi yang disampaikan oleh para rasul, terutama apabila mereka mendengar dan dibacakan ayat-ayat Allah, mereka memperolok-olokkan dan mmpersendakan. Oleh itu amalan mereka ditolak (tidak diterima), dan mereka diseksa di atas kekufuran mereka itu.
Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang kafir (orang- orang yang tidak beriman kepada Allah), amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata, yang disangka air oleh seorang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati suatu yang disangkanya itu. (Demikanlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisii amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya). Dan ingatlah! Allah amat segera hitungan hisab-Nya. [ Surah an-Nur : 39 ]

Firman Allah Taala ini menerangkan perihal orang-orang yang tidak beriman (orang-orang kafir) akan rugi dan hampa di akhirat kelak, kerana amal-amal mereka yang baik yang dapat menolong mereka, tidak dapat menyelamatkan dari azab seksa Allah. Mereka adalah ibarat orang yang di padang pasir pada tengah hari yang terik panasnya. Ia melihat riak sinaran panas dari jauh seperti air, dan stelah ia sampai ke situ hampalah hatinya, kerana tidak didapatinya sesuatu apa pun. Seseorang manusia yang hidup di dunia sebagai Darul Fana’ (negeri yang binasa) dan hidup di akhirat sebagai Darul Baqa’ (negeri yang kekal) hendaklah membentuk diri mereka dengan iman dan Islam yang berasaskan akidah yang sahih. Ini bermakna akidah merupakan asas utama untuk membentuk diri manusia menjadi seorang mukmin dan muslim (seoarng yang beriman dan beragama Islam). Dengan sebab itulah Allah Subhanahu wa ta’ala. menyuruh umat manusia dalam hidup dan kehidupan mereka sehari=hari beriman dan menganut agama Islam.
Firman Allah Taala: Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya serta kepada penerang cahaya (al-Quran) yang kami turunkan. Dan (ingatlah) Allah amat mendalam pengetahuan-Nya akan segala yang kerjakan [ Surah at-Taghabun : 8 ]
Mengenai dengan Islam, Allah Taala telah berfirman sebagaimana berikut: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah agama Islam. [ Surah Ali Imran :19 ]
Akidah membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat, kerana tertakluk di bawah akidah itu iman dan Islam. Iman membentuk diri manusia dalam perkara-perkara batin, iaitu mempercayai Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-nya, hari akhirat, takdir baik dan jahat. Iman juga membentuk diri manusia bersifat sabar, mengasihi saudara seagama sebagaiman mengasihi diri sendiri, bercakap dalam perkara-perkara kebajikan, memuliakan tetamu, menghubungkan silaturahim, tidak menyakiti jiran tetangga dan lain-lainnya. Semua perkara tersebut adalah timbul dari keimanan yang dibentuk oleh akidah. Islam membentuk diri manusia dalam perkara-perkara zahir, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang fardu lima waktu sehari semalam, berpuasa pada bulan Ramadhan, berzakat dan mengerjakan haji ke Baitullah. Oleh itu dalam akidah Islam, iman dan Islam tidak boleh dipisahkan, kerana kedua-duanya tertakluk di bawah akidah yang membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat. Andainya seseorang itu tidak mempercayai perkara-perkara batin tersebut yang boleh diistilahkan sebagai rukun iman, dan tidak melaksanakan perkara-perkara yang zahir sebagaimana yang dinyatakan yang boleh diistilahkan pula sebagai rukun Islam adalah bermakna hidup mereka itu tidak berakidah, dan diri mereka tidak dapat dibentuk dengan akidah, kerana mereka itu termasuk dalam golongan orang yang tidak beriman dan tidak Islam. Dan hidup mereka itu tidak berakidah dan tidak bertauhid.

Muslim sejati memelihara ikatan keluarga dan tidak membiarkan ambisi duniawi, isteri atau anak-anaknya menghalanginya dan menjaga hubungan baik dengan keluarganya, menghormati mereka dan membantu mereka. Dalam melakukan hal tersebut, ia mengikuti ajaran Islam, yang mengatur hubungan ini mengurutkan pelaksanaannya. Hal ini kerana demi menjaga kebahagiaan sesebuah keluarga dan juga memakmurkan rumahtangga. Oleh itu, sebagai seorang suami atau bapa mereka adalah ketua dalam sebuah keluarga perlulah menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan akidah. Ianya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini dalam sesebuah keluarga. Dalam mendidik keluarga yang beriman, yang tidak terpesong akidahnya, suami perlulah memastikan bahawa isteri dan anak-anak faham akan ajaran agama Islam. Mereka juga perlu sentiasa peka dengan perubahan yang dibawa oleh ahli keluarga agar sentiasa berada dilandasan agama yang betul. Hal ini kerana pada zaman sekarang, terdapatnya banyak ajaran-ajaran sesat yang berleluasa di luar kawasan rumah. Hal ini, amat membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan akidah seseorang umat Islam.

Kesan-kesan terhadap individu dan juga keluarga yang tidak mengamalkan akidah dalam kehidupan seharian. Bagi individu kesan-kesannya adalah individu tersebut akan menjadi kucar-kacir, hidup yang tiada arah tujuan dan hilang panduan hidup. Ini kerana akidah adalah sangat penting dalam kehidupan semua manusia. Kesan terhadap keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup ajaran Islam yang menitikberatkan akidah dalam kehidupan mereka adalah keluarga tidak mendapat keredhaan dari Allah Subhanahu wa ta’ala., keluarga mudah berpecah-belah, dan lain-lain lagi. Hal ini adalah kerana akidah merupakan tunjang utama dalam hati manusia. Sekiranya mereka tidak mengamalkan cara hidup ajaran agama Islam yang sebenarnya, hidup mereka dan keluarga tidak akan mendapat keredhaan dari Allah Subhanahu wa ta’ala.

Fitrah manusia yang hidupnya perlu beragama, akidah menjadi asas utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama. Islam selaku agama yang sesuai dengan fitrah manusia perlu dipandu dengan akidah, agar mereka benar-benar menjadi seorang insan yang kamil yang berasaskan dengan akidah, kerana dengan akidahlah seseoprang manusia itu menjadi orang yang beriman dan Islam. Seseorang yang beriman dan Islam yang tidak berasaskan keimanan dan keislaman mereka dengan akidah, keyakinana mereka terhadap agamanya tidak kukuh kerana tidak ada panduan dan asas yang boleh mengukuhkan mereka itu kepada beragama, dimana keimanan dan keislaman mereka itu dengan mudahnya diselewengkan oleh mereka yang memang sentiasa mencari jalan untuk merosakkan akidah orang-orang yang beriman dan Islam. Oleh yang demikian, adalah fardu ‘ain (wajib) bagi setiap orang yang mukallaf lelaki dan perempuan mempelajari ilmu akidah (aqaid al-iman) atau ilmu tauhid untuk menjaga dan mengelakkan diri mereka dari iktikad-iktikad yang batil dan yang boleh merosakkan akidah.

KESIMPULAN
Akidah adalah untuk memastikan kesahihan iktikad seseorang mengenai ketuhanan, kerasulan, dan sam’iyat dengan berasaskan dalil-dalil naqli dan aqli. Selain itu menetapkan keimanan di dalam hati seseorang serta menyakinkan kewujudan Allah dan keesaan-Nya dan mengiktikadkan Allah bersifat Kamalat (sifat kesempurnaan) dan Maha Suci dari sifat kekurangan. Kepentingan akidah dalam Islam adalah amalan-amalan seseorang tidak diterima oleh Allah, kecuali amalan-amalan orang yang beriman berasaskan akidah. Akidah menjadi asas utama membentuk diri manusia menjadi seorang mukmim dan muslim, dan Allah menyuruh manusia hidup beriman dan beragama Islam. Menanamkan keimanan dan akidah yang benar dalam diri anak-anak. Di antara kewajipan orang tua adalah berusaha untuk menanamkan keimanan dan akidah yang benar dalam jiwa anak. Di samping, ia juga berkewajipan memberikan perhatian yang serius kepada mereka, seperti ayah mengajar anak-anaknya semenjak masih kecil untuk mengucapkan dua kalimah syahadat dan menghafalnya di kepala. Selain itu, ayah hendaklah dapat menumbuhkan pada hati mereka rasa cinta kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. dan bahawa semua kenikmatan yang kita perolehi datang dari Allah semata. Juga mengajar mereka bahawa Allah berada di langit, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat, tidak ada sesuatu pun yang menyamai-Nya, serta persoalan-persoalan akidah lainnya. Begitu pula, mengarahkan mereka apabila telah besar atau dewasa untuk membaca buku-buku akidah yang sesuai dengan tingkat ilmu pengetahuan mereka. Oleh itu sebagai umat Islam, seharusnya mengamalkan cara hidup yang berakidah. Agar kehidupan lebih terjamin di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN
1. Tafsir al-Quran
2. Himpunan Hadis-Hadis Sahih
3. Haji Ibrahim Haji Said (2001). Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah. Selangor : Darul Ma’rifah.
4. Abu Nur Muizuddin (2004). Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
5. Al-Hasyimi Dr. Muhammad Ali (2002). Menjadi Muslim Ideal.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Kehidupan Dalam Keluarga Rasulullah S.A.W

ABSTRAK
Agama Islam merupakan agama yang mengandungi ajaran-ajaran yang menyeluruh dan sempurna. Ia bukan sahaja menekankan masalah ukhrawi bahkan juga masalah duniawi. Sunnah rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan sumber asas yang kedua Islam. Ia terkandung segala perjalanan hidup baginda samaada dalaman ataupun luaran. Setiap aspek kehidupan dan perbuatannya telah dicatatkan di dalam himpunan hadis yang amat banyak sebagai tambahan kepada Al-Quran. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah diputerakan pada 12 rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April 571 masihi. Ayah baginda, Abdullah bin Abdul Mutalib telah wafat sewaktu Nabi masih di dalam rahim ibunya. Bertepatan pada masanya, bonda baginda, Aminah binti wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela. Banyak perbuatan yang dapat kita ikuti dalam menjalani rumahtangga. Selain memimpin tentang hal rumahtangga, sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga dapat membimbing kita tentang menjalankan perniagaan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sangat pandai menguruskan rumahtangganya walaupun baginda mempunyai ramai isteri dan anak tapi baginda masih mampu mengawal keluarganya dengan baik. Contohnya beliau menikahkan anaknya Saidina Fatimah hanya ketika berumur 21 tahun walaupun ada yang melamarnya pada umur Saidina Fatimah berumur 15 tahun. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga mengajar kita untuk menjadi jujur dalam menjalani kehidupan, terutama sekali dalam bidang muamalah. Hal ini penting kerana, muamalah merupakan punca rezeki kita yang akan menjadi darah daging kita. Jika halal punca rezeki kita maka bersih hati dan jiwa kita, jika haram punca rezeki kita maka kotorlah hati dan jiwa kita. Sebagai kesimpulannya, kita sebagai seorang muslim, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah merupakan contoh paling terbaik untuk diikuti. Di dalam Al-Quran juga banyak menyebut mengenai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Malah banyak hadith-hadith yang ditinggalkan baginda kepada umatnya untuk diikuti. Jika kita berpandukan firman Allah dan Sunnah baginda nescaya mudah bagi kita untuk menghampiri syurga.

PENDAHULUAN
Agama Islam merupakan agama yang mengandungi ajaran-ajaran yang menyeluruh dan sempurna. Ia bukan sahaja menekankan masalah ukhrawi bahkan juga masalah duniawi. Sunnah rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan sumber asas yang kedua Islam. Ia terkandung segala perjalanan hidup baginda samaada dalaman ataupun luaran. Setiap aspek kehidupan dan perbuatannya telah dicatatkan di dalam himpunan hadis yang amat banyak sebagai tambahan kepada Al-Quran. Kita boleh lihat dalam firman Allah yang bermaksud; “hai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taati Rasulya dan pemerintah di ulil mari di antara kamu”.   (4:59)

Sunnah rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengandungi segunung hikmah pertunjuk Illahi dan satu cara hidup yang sempurna. Iman ghazali dalam kitabnya telah membuktikan bahawa bukan sahaja sunnah ibadah yang mesti diikuti tetapi juga setiap aspek kehidupan harian kita. Terdapat juga firman Allah yang bermaksud; “Katakanlah jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.   (3:31)

Seharusnya perkara-perkara ini diajar kepada anak-anak yang sedang membesar untuk mengamalkan sunnah Rasulullah supaya mereka sentiasa berada di jalan yang lurus. Dengan menjadikan AL-Quran dan As-sunnah sebagai sebagai rujukan, apa jua masalah yang timbul pasti dapat diselesaikan.  

Kisah ringkas kehidupan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah diputerakan pada 12 rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April 571 masihi. Ayah baginda, Abdullah bin Abdul Mutalib telah wafat sewaktu Nabi masih di dalam rahim ibunya. Bertepatan pada masanya, bonda baginda, Aminah binti wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela. (Duski, 1994:2)

Setelah Nabi dilahirkan, ibunya Aminah menyerahkan baginda kepada Halimatun Saadiyah untuk disusukan selama 2 tahun. Walaubagaimanapun Halimatun Saadiyah minta dilanjutkan tempoh kepada 4 tahun daripada bonda baginda kerana dia merasakan perbezaan kegembiraan sebelum dan selepas kehadiran Nabi Muhammad. Setelah berakhir 4 tahun, Halimatun Saadiyah pun menyerahkan kembali nabi kepada bondanya dalam perasaan yang berat. Setelah setahun dibesarkan oleh ibunya, semasa berumur 6 tahun, ibunya mengajak baginda ke madinah dengan tujuan untuk memperkenalkan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada kelurga datuknya dan juga untuk menziarahi makam ayahanda baginda. Dalam perjalanan pulang, ditempat yang bernama Abwa, ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia disitu. Kemudian baginda dijaga oleh datuknya. Datuk baginda membawa baginda pulang ke Makkah. (Abdul Wahab, 2006:174)

Pada usia 12 tahun, baginda mengikuti pakciknya Abu Talib ke Syam untuk berdagang. Dan mendirikan rumahtangga pada usia 25 tahun bersama Siti Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam terkenal dengan sifat jujur dan berbudi luhur dan mempunyai keperibadian yang tinggi, tidak ada sesuatu perbuatan tingkah lakunya yang tercela yang dapat dituduhkan kepadanya. Pada usia 40 tahun nabi Muhammad diutuskan menjadi rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (Abdul Wahab, 2006:1777)

Setiap orang yang mempunyai keluarga ataupun yang akan mempunyai keluarga, mempunyai tanggungjawab untuk memastikan diuruskan dengan baik dan diredhai Allah. Sebagai orang Islam, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah merupakan contoh terbaik untuk diikuti oleh setiap keluarga terutama dalam aspek ibadah dan juga muamalah. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang yang mempunyai sifat – sifat yang sangat terpuji. Antara sifat mulianya ialah jujur dan amanah.

At-Tirmidzi dan Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Abu hurairah ra. berkata “Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih indah dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Seakan-akan mentari bersinar dari wajah beliau. Aku tidak pernah dapati seseorang yang lebih cepat jalannya dibandingkan beliau berjalan. Ketika aku ikut baginda berjihad, aku lihat beliau tidak pernah berlindung di balik perisai.    (Said Hawwa, 2003:26)

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang yang suci dan terjaga dari maksiat di masa mudanya. Dia tidak pernah melakukan perbuatan tercela sedikit pun seperti yang dilakukan para pemuda jahiliah yang suka berfoya-foya dan melakukan perbuatan keji yang tidak ada larangan pada waktu itu.   (Said Hawwa, 2003:177)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sangat pandai menguruskan rumahtangganya walaupun baginda mempunyai ramai isteri dan anak tapi baginda masih mampu mengawal keluarganya dengan baik. Contohnya beliau menikahkan anaknya Saidina Fatimah hanya ketika berumur 21 tahun walaupun ada yang melamarnya pada umur Saidina Fatimah berumur 15 tahun.   (Radhi Al-Khudri, 2003:112)

Jika seseorang itu berniaga, maka dia perlulah jujur dalam perniagaannya. Dengan kejujuran, peniaga dapat menarik simpati pembeli dan juga mendapat kepercayaan pembeli. Sejarah Islam membuktikan bahawa manusia paling jujur adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Kita sebagai seorang muslim, digalakkan untuk mencari rezeki yang halal kerana duit ringgit dan makan minum memainkan peranan yang penting. Ia akn menjadi darah daging kita. Jika rezeki yang kita perolehi dari sumber yang kotor dan haram, maka darah daging kita juga akan menjadi kotor dan juga akan diwarisi oleh keturunan kita. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  “Wahai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Allah. Dan carilah rezeki dengan cara yang baik, kerana sesungguhnya seseorang tidak akan mati sebelum sempurna rezekinya meskipun terlambat daripadanya. Maka takutlah kamu kepada Allah dan carilah rezeki dengan cara yang baik. Ambillah yang halal dan tinggalkanlah yang haram.   (Ibnu sahli, 2009:149)

Terdapat juga dalam firman Allah Subhanahu wa ta’ala.  Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu.   (surah al-Nisa:29)  

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kita sebagai seorang muslim, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah merupakan contoh paling terbaik untuk diikuti. Di dalam Al-Quran juga banyak menyebut mengenai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Malah banyak hadith-hadith yang ditinggalkan baginda kepada umatnya untuk diikuti. Jika kita berpandukan firman Allah dan Sunnah baginda nescaya mudah bagi kita untuk menghampiri syurga. Kita perlu mencontohi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam supaya kehidupan kita berubah, dimana umat Islam yang telah jauh menyimpang dari akidah tauhid, akan kembali mengesakan Allah Subhanahu wa ta’ala., menyembah dan beribadah kepadaNya. Di dalam sebuah keluarga, ketua keluarga perlukan panduan untuk membimbing keluarga masing-masing. Dengan adanya sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mudah bagi ketua keluarga untuk membimbing keluarga mereka supaya keluarga mereka hidup bahagia dalam keredhaanNya. Semoga Allah meredhai kita di dalam menegakkan kebenaran da kebaikan melalui ajaran-ajaran Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga Islam benar-benar tegak sebagai agama yang luhur di bumi ini.

RUJUKAN

1. Radhi Al- Khudri, Abu Abdul Rahman (2003). Sunnah Harian. Taman Kempas, Johor Bahru, Perniagaan Janabersa.
2. Said Hawwa (2003), Al-Rasul Sallallahu ‘alaihi wa sallam, Sofwan Abbas. Kalibata Utara, Jakarta, Gema Isani Press.
3. Muhaammad Abdul Wahab (2006). Kisah hidup 25 Nabi dan Rasul. No 15, Jalnn Puteri 5/8, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Jasmin Enterprise.
4. Ibnu Sahli (2009). Mencontohi Kemuliaan Akhlak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam 5B/110 (B), Ground Floor, Larkin Transport Terminal, Jalan Garuda, 80310 Johor Bahru, Pustaka Azhar.
5. Duski, Nawawi (1994). Kisah Ringkas Kehidupan Rasul. 123, Jalan Jasa Tiga, Taman Jasa, Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Thinkers Library Sdn. Bhd. Malaysia.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com