Pengenalan
Nabi Musa ialah salah seorang daripada 25 rasul yang patut dan wajib di ingati. Baginda juga adalah salah seorang daripada penerima kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Kitab yang diturunkan itu bernama Taurat. Kitab ini mengandungi pelbagai nasihat dan penjelasan hukum sebagai pedoman hidup bagi umatnya. Terdapat lima rasul ulul azmi, diantaranya ialah nabi Musa a. s, nabi Ibrahim a. s, nabi Muhammad s.a.w, nabi Nuh a. s. Sebab diberi gelaran ulul azmi ialah mendapat pengiktirafan Allah s.w.t, memiliki kesabaran tinggi semasa berdakwah, sentiasa memohon kepada Allah s.w.t supaya kaum mereka tidak diturunkan azab, sentiasa berddoa kepada Allah s.w.t. supaya memberi hidayah kepada kaum mereka, memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah. Nabi Musa a. s. banyak mendapat dugaan semasa berdakwah, tetapi baginda bersabar. Antaranya, baginda diancam bunuh oleh Firaun. Selain itu, baginda sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya mengampunkan dosa-dosa umatnya. Sifat nabi musa perlu dicontohi oleh pendakwah-pendakwah islam zaman sekarang. Pendakwah harus menyemai kesabaran yang tinggi semasa berdakwah kerana sabarlah kunci segala kesusahan.
Kelahiran nabi Musa
Musa ibn Imron bin Qahat bin Lawi bin Ya’qub ialah nabi dan rasul yang diutus oleh Allah s.w.t. Nabi Musa a. s adalah dari kalangan bani Israel. Nabi musa a. s ialah anak kandung nabi Harun. Banginda dari keturunan Lawi, salah seorang putera nabi Ya’qub yang berhijrah ke Mesir. Keturunan nabi Ya’qub mencapai ratusan ribu orang. Nama baginda diberi oleh firaun dan asiyah iaitu Musa yang bermaksud Mu ialah air dan Sa ialah pohon. Sesuai dengan tempat baginda dijumpai oleh isteri firaun iaitu Asiyah. Baginda telah diambil oleh isteri firaun dan firaun sebagai anak angkat. (Bahreisy H. Salim (1980). Sejarah hidup nabi-nabi:Surabaya:pt. bina ilmu. ). Baginda adalah seorang yang gagah perkasa tetapi baginda tidak fasih dalam berbicara. Allah s.w.t. Allah s.w.t mengurniakan baginda dua mukjizat sebagai dalil iaitu mukjizat pertukaran tongkat Nabi Musa a. s kepada seekor ular raksasa yang besar yang menjalar dan apabila baginda mengeluarkan tangannya dari pakaiannya maka keluarlah cahaya yang putih bersinar tetapi tidak menyilaukan. Baginda diberi mukjizat semasa baginda tersesat di bukit Thur Sina. Nabi Musa ialah seorang yang rajin. Ini digambarkan semasa baginda sanggup menjadi pembantu nabi Syuib dalam menguruskan urusan keluarga Syuib seperti menjaga ternakan Nabi Syuib dan sebagainya. Nabi syuib tertarik kepada perwatakan nabi Musa dan menyuruh nabi Musa memilih salah seorang puterinya untuk dijadikan isteri baginda. Nabi Musa memilih Syafura untuk dikahwinkan dengan baginda. Hadiah perkahwinan ialah beberapa ekor kambing untuk dijadikan modal pertamanya bagi hidup baru baginda dengan isterinya.
Diantara perjuangan-perjuangan Nabi Musa a. s
Membela bani Israel
Kaum bani Israel ialah kaum yang sering ditindas oleh kaum Firaun yang kejam. Nabi Musa sentiasa berjalan mengelilingi kota. Pada suatu hari, seorang dari kalangan bani Israel dan seorang dari kalangan Firaun berkelahi. Nabi Musa yang berniat membela kaumnya dengan menumbuk orang dari kaum firaun itu dan orang dari keturunan firaun itu mati akibat terkena tumbukan dari nabi Musa. Namun, setelah itu baginda memohon keampunan dari Allah s.w.t atas kesalahannya
Pelarian ke Madyan
Berita pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi Musa terhadap salah seorang puak firaun sampai ke telinga firaun. Firaun segera menyiapkan bala tenteranya untuk menagkap dan membunuh nabi Musa. Oleh sebab berasa terancam, nabi Musa segera meninggalkan negeri itu. Selama lapan hari lapan malam, nabi Musa berjalan tiba di madyan iaitu selatan Palestin (. Ismail Hj. Abu Bakar (2003) cetakan pertama. ENSIKOPLIDIA ISLAM UNTUK PELAJAR. Cheras:Era Visi Publication Sdn. Bhd. ).
Dakwah terhadap Firaun
Nabi Musa a. s diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya berdakwah kepada Firaun dan mengajak firaun untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah s.w.t. Allah s.w.t telah memberi mukjizat kepada nabi Musa iaitu tongkat menjadi ular raksasa. Nabi Musa dan nabi Harun menemui Firaun dan kaumnya dan segala utusan Allah disampaikan kepada mereka. Segala yang dijelaskan oleh baginda di marahi oleh Firaun. Mukjizat yang baginda tunjuk kepada Firaun dianggap sihir oleh firaun. Pada suatu hari, firaun memerintahkan semua ahli sihir berkumpul dan berlawan dengan nabi Musa. Ahli sihir Firaun semua tunduk pada nabi Musa. Ahli sihir firaun mengikut ajaran yang dibawa oleh baginda iaitu ajaran Allah s.w.t. Firaun semakin menjadi kejam dan seterusnya berniat membunuh kesemua keturunan nabi Musa a. s. Nabi musa menasihati firaun supaya bertaubat jikalau tidak dia akan menerima azab dari Allah s.w.t. Dakwah nabi Musa tidak menyedarkan firaun. Disebabkan hinaan dan ejekan firaun semakin menjadi-jadi, nabi Musa a. s berdoa agar Allah s.w.t menurunkan bencana di Mesir. Kemarau melanda sungai Nil dan menyebabkan tanaman mati disebabkan kekurangan air dan tanaman tidak dapat di pungut. Allah menurunkan rebut taufan dan hujan lebat. Setelah itu, banjir melanda dan pelbagai penyakit menyerang. Binatang ternakan binasa. Semasa ditimpa azab, orang Mesir berjanji akan beriman jika bebas daripada bencana. Firaun kembali menjadi angkuh. Firaun juga ingin membunuh nabi Musa dan bani Israel.
Nabi Musa dan pengikutnya meniggalkan Mesir
Baginda dan pengikutnya meniggalkan Mesir pada malam hari. Semasa terbit fajar, mereka Sampai di tepi Laut Merah. Mereke kebingungan kerana di kejar firaun dan tenteranya. Nabi Musa memohon keselamatan kepada Allah s.w.t. Allah memerintahkan Nabi Musa agar memukulkan tongkatnya pada laut Merah. Atas kehendak Allah s.w.t Laut Merah terbelah dua. Bagida dan pengikutnya melalui laut yang terbelah dua itu. Setelah mereka melalui yang terbelah itu, tentera firaun dan firaun melalui laut yang terbelah dua. Selepas itu tidak sempat firaun dan tenteranya melintas laut Merah, laut Merah itu tertutup semula shingga menenggelamkan firaun dan seluruh tenteranya
Kitab Taurat
Setelah firaun dan tenteranya tengelam, nabi Musa pergi ke gunung Thur Sina. Baginda meniggalkan kaumnya. Urusan kepimpinannya diserahkan kepada nabi Harun. Disana nabi Musa berpuasa 30hari. Puasanya kemudian di sempurnakan menjadi 40 hari. Dalam keadaan suci, Nabi Musa mendengar firman Allah s.w.t. Secara langsung dan di kurniakan kitab taurat yang mengandungi pelbagai nasihat dan penjelasan hukum sebagai pedoman hidup bagi umatnya
Bani Israel kembali menyembah patung anak lembu.
Bani Israel gelisah sepanjang pemergian nabi Musa ke gunung Thur Sina. Mereka pun membuat patung anak lembu untuk disembah. Patung itu diberi nama Samiri sempena nama pembuatnya. Apabila nabi Musa a. s pulang, baginda melihat kaumnya menyembah patung anak lembu. Baginda berasa marah dan berduka cita ketika kembali dari gunung Thur Sina. Baginda berjumpa Samiri dan meminta sebab, mengapa beliau membuat patung anak lembu. Samiri memberitahu kepada nabi Musa, beliau membuat kerana telah melihat tanah bekas jejak telapak kaki kuda malaikat jibril dan mengambil tanah yang dipijak oleh kuda tersebut dan dicampurkan dengan emas dan terjadilah patung anak lembu yang boleh menguak. Nabi Musa lalu membawa 70 orang daripada mereka untuk bertaubat di Gunung Thur Sina (Bahreisy H. Salim (1980). sejarah hidup nabi-nabi. surabaya:pt. bina ilmu).
Kewafatan nabi Musa a. s
Setelah sekian lama, menjadi pembimbing kaumnya. Nabi Musa wafat. Nabi Musa wafat pada usia 120 tahun di atas bukit bernama”Nabu”, dari mana ia diperintah oleh Allah s.w.t untuk melihat tanah suci yang dijanjikan (Palestin) namun tidak sampai memasukinya. (Bahreisy H. Salim (1980). SEJARAH HIDUP NABI-NABI. surabaya:pt. bina ilmu).
Kesimpulan
Nabi musa merupakan nabi dari kalangan bani Israel. Baginda adalah seorang yang tabah. Baginda sangat membela kaumnya semasa kaumnya di tindas oleh kaum firaun. Baginda juga taat kepada Allah s.w.t. Semasa baginda masih hidup, banyak pengorbanan yang dibuat. Contohnya terpaksa meniggalkan tanah air baginda iaitu mesir ke kota madyan di selatan palestin kerana baginda di buru oleh firaun dan bala tenteranya. Baginda menerima kesukaran semasa berdakwah kepada firaun. Baginda di caci oleh firaun. Selain itu, baginda diangkat menjadi rasul dan diberi mukjizat. Baginda menunjukkan mukjizat itu kepada firaun, tetapi firaun tidak percaya, bahkan mengatakan baginda pembohong. Baginda juga menjaga kaumnya dengan baik dan sentiasa mendoakan kepada Allah s.w.t supaya mengampunkan dosa-dosa kaumnya. Baginda wafat di bukit bernama”Nabu” dari mana diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk melihat tanah suci yang dijanjikan (palestin) namun tudak sempat memasukinya. Baginda wafat ketika umur 120 tahun. Selepas itu, pemerintahan di gantikan oleh kaumnya.
-----------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA
013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com