Tajuk: Tokoh Islam Khalid Bin Al-Walid

SINOPSIS
Khalid bin Walid bin Al- Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah Al- Mahzumi adalah panglima tentera Islam terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran Islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya dengan keturunan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalid bin Al-walid berasal daripada keturunan yang sama. Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya, Walid bin Al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya. Sejak kecil lagi Khalid sudah dilatih menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya itu. Ketika usianya itu masih muda, Khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy. Dia menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari Sabtu bersamaan dengan 3 Hijrah. Dengan kepintarannya, pasukan tentera berkuda Quraisy Berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi Islam sehingga tahun 6 Hijrah. Khalid sudah menyertai 50 peperangan dan memperoleh kemenangan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meniggal dunia. Pada tahun 21 Hijrah, panglima Khalid bin Al- Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar pernah berkata “tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Al- Walid”.

BIODATA TOKOH
Khalid bin Al- Walid bin Al- Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah Al- Mahzumi adalah panglima tentera Islam terulung yang memberikanbanyak sumbangan kepada penyebaran Islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya dengan keturunan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalid bin Al-Walid berasal daripada keturunan yang sama.
Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya, Walid bin Al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya. Walid terkenal dengan kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga mendapat gelaran Adil Wahid atau orang pemurah nombor satu.
Ibu Khalid bernama Lubabah Al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy yang dihorati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, isteri Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Sejak kecil lagi Khalid sudah dilatih menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya itu. Ketika usianya itu masih muda, dia sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy.
Khalid bin Al- Walid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari Sabtu bersamaan 3 Hijrah. Dengan kepintarannya, pasukan tentera berkuda Quraisy Berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi Islam sehingga tahun 6 Hijrah.
Khalid sudah menyertai 50 peperangan dan memperoleh kemenangan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia. Apabila Umar Al- Khattab menjadi Khalifah, jawatan Khalid dilucutkan dan tempatnya dig anti oleh Abu Ubaidah bin Jarrah.
Pada tahun 21 Hijrah, panglima Khalid bin Al- Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar pernah berkata “tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Al- Walid “

MENENTANG ISLAM
Pada masa kanak-kanaknya Khalid telah kelihatan menonjol diantara teman-temannya. Dia telah sanggup merebut tempat istimewa dalam hati rakyat. Lama kelamaan Khalid menanjak menjadi pemimpin suku Quraisy. Pada waktu itu orang-orang Quraisy sedang memusuhi Islam. Mereka sangat anti dan memusuhi agama Islam dan penganut-penganut Islam. Kepercayaan baru itu menjadi bahaya bagi kepercayaan dan adat istiadat orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy sangat mencintai adat kebiasaannya. Sebab itu mereka mengangkat senjata untuk menggempur orang-orang Islam. Tunas Islam harus dihancurkan sebelum tumbuh berurat berakar. Khalid sebagai pemuda Quraisy yang berani dan bersemangat berdiri digaris paling depan dalam penggempuran terhadap kepercayaan baru ini. Hal ini sudah wajar dan seirama dengan kehendak alam.
Sejak kecil pemuda Khalid bertekad menjadi pahlawan Quraisy. Kesempatan ini diperolehnya dalam pertentangan-pertentangan dengan orang-orang Islam. Untuk membuktikan bakat dan kecakapannya ini, dia harus menonjolkan dirinya dalam segala pertempuran. Dia harus memperlihatkan kepada sukunya tentang kualiti yamg di milikinya sebagai pekelahi.


PERISTIWA UHUD
Kekalahan kaum Quraisy di dalam perang Badar membuat mereka jadi kegila-gilaan, kerana penyesalan dan panas hati. Mereka merasa terhina. Mereka seolah-olah tidak bisa lagi mengangkat dirinya dari lumpur kehinaan ini. Dengan segera mereka membuat persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang terjadi di Badar.
Sebagai pemuda Quraisy, Khalid bin Walid pun ikut merasakan pahit getirnya kekalahan itu. Sebab itu dia ingin membalas dendam sukunya dalam peperangan Uhud. Khalid dengan pasukannya bergerak ke Uhud dengan satu tekad menang atau mati. Orang-orang Islam dalam pertempuran Uhud ini mengambil posisi dengan membelakangi bukit Uhud. Sungguhpun kedudukan pertahanan baik, masih terdapat suatu kekhawatiran. Di bukit Uhud masih ada suatu tanah genting, di mana tentara Quraisy dapat menyerbu masuk pertahanan Islam. Untuk menjaga tanah genting ini, Nabi menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Nabi memerintahkan kepada mereka agar bertahan mati-matian. Dalam keadaan bagaimana jua pun jangan sampai meninggalkan posisi masing-masing.
Khalid bin Walid memimpin sayap kanan tentara Quraisy empat kali lebih besar jumlahnya dari pasukan Islam. Tetapi mereka jadi ragu-ragu mengingat kekalahan-kekalahan yang telah mereka alami di Badar. Karena kekalahan ini hati mereka menjadi kecil menghadapi keberanian orang-orang Islam. Sungguh pun begitu pasukan-pasukan Quraisy memulai pertempuran dengan baik. Tetapi setelah orang-orang Islam mulai mengasak pertahanan mereka, mereka telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka kuasa.
Kekuatannya menjadi berpecah-pecah. Mereka lari bertempiaran. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis sedang mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid bin Walid tidak goncang dan sarafnya tetap membaja. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan baik guna melakukan pukulan yang menentukan.
Melihat orang-orang Quraisy cerai-berai, pemanah-pemanah yang bertugas ditanah genting tidak tahan hati. Pasukan Islam tertarik oleh harta perang, harta yang ada pada mayat-mayat orang-orang Quraisy. Tanpa berfikir panjang akan akibatnya, sebagian besar pemanah-pemanah, penjaga tanah genting meninggalkan posnya dan menyerbu kelapangan.
Pertahanan tanah genting menjadi kosong. Khalid bin Walid dengan segera melihat kesempatan baik ini. Dia menyerbu ketanah genting dan mendesak masuk. Beberapa orang pemanah yang masih tinggal dikeroyok bersama-sama. Tanah genting dikuasai oleh pasukan Khalid dan mereka menjadi leluasa untuk menggempur pasukan Islam dari belakang.
Dengan kecepatan yang tak ada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam di pusat pertahanannya. Melihat Khalid telah masuk melalui tanah genting, orang-orang Quraisy yang telah lari cerai-berai berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Pemenang-pemenang antara beberapa minit yang lalu, sekarang telah terkepung lagi dari segenap penjuru, dan situasi mereka menjadi kucar kacir.
Khalid bin Walid telah merubah kemenangan orang Islam di Uhud menjadi suatu kehancuran. Mestinya orang-orang Quraisylah yang kalah dan cerai-berai. Tetapi kerana gemilangnya Khalid sebagai ahli siasat perang, kekalahan-kekalahan telah ditukarnya menjadi satu kemenangan. Dia menemukan kelemahan pertahanan orang Islam.
Hanya pahlawan Khalid lah yang dapat mencari saat-saat kelemahan lawannya. Dan dia pula yang sanggup menarik kembali tentara yang telah cerai-berai dan memaksanya untuk bertempur lagi. Seni perangnya yang luar biasa inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu kemenangan bagi orang Quraisy.

KHALID BIN AL-WALID MEMELUK ISLAM
Ketika Khalid bin Walid memeluk Islam Rasulullah sangat bahagia, kerana Khalid mempunyai kemampuan berperang yang dapat digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan perjuangan jihad. Dalam banyak kesempatan peperangan Islam Khalid bin Walid diangkat menjadi komandan perang dan menunjukan hasil gemilang atas segala upaya jihadnya.
Pada masa pemerintahan Abu Bakar, Khalid diamanahkan unruk memperluas wilayah Islam dan membuat kalang kabut pasukan Romawi dan Persia. Pada tahun 636, pasukan Arab yang dipimpin Khalid berhasil menguasai Suriah dan Palestina dalam Pertempuran Yarmuk, menandai dimulainya penyebaran Islam yang cepat di luar Arab.
Pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, Khalid diberhentikan tugasnya dari medan perang dan diberi tugas untuk menjadi duta besar. Hal ini dilakukan oleh Umar agar Khalid tidak terlalu didewakan oleh kaum Muslimin pada masa itu.
Betapapun hebatnya Khalid bin Walid di dalam medan pertempuran, dengan berbagai luka yang menyayat badannya, namun ternyata kematianya di atas tempat tidur. Betapa menyesalnya Khalid harapan untuk mati syahid di medan perang ternyata tidak tercapai dan Allah menghendakinya mati di atas tempat tidur, sesudah perjuangan membela Islam yang luar biasa itu. Demikianlah kekuasaan Allah. Manusia berasal dari Allah dan akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemahuan-Nya.

SUMBANGAN KHALID BIN AL- WALID
Antara sumbangan-sumbangan Khalid ialah dia memerangi orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan banyak memberikan kemenangan kepada orang Islam dalam peperangan. Setelah kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, orang-orang kafir mengambil kesempatan untuk mempengaruhi orang ramai untuk murtad dan menyembah berhala. Hal ini telah menyebabkan semangat penduduk Islam menjadi rapuh dan hampir-hampir menggoncangkan kekuatan Islam. Khalifah Abu Bakar dengan segera mengambil tindakan untuk menyerang kaum yang murtad itu dengan melantik Khalid sebagai pemimpin penyerangan itu.
Setalah selesai menyerang suku kaum yang murtad, pasukan Khalid di arahkan oleh Khalifah Abu Bakar untuk pergi ke daerah pinggiran Iraq. Pasukannya Berjaya menundukkan suku-suku Arab yang mendiami bahagian selatan Sungai al-Furat, dan pasukannya juga turut berjaya menundukkan Parsi dan merebut Ibu Kota Hira dan Anbar.
Di bawah pimpinan Khalid bin Al-walid, Islam telah banyak memperoleh kemenangan di dalam setiap peperangan. Hal ini semua kerana kebijaksanaan Khalid dalam mengatur strategi dan memimpin pasukan perangnya. Kemenangan yang dimiliki oleh orang Islam juga disebabkan oleh kepandaian Khalid dalam membangkitkan semangat juang dan cintakan agama Islam di dalam diri anak-anak buahnya.

KESIMPULAN
Khalid adalah seorang tentera yang paling serba boleh yang pernah dicatatkan dalam sejarah. Beliau mempunyai pandangan yang strategik, kebijaksanaannya seperti timur ddan Frederick the Great, dan kekuatan dan keberaniannya seperti Rustam asal Parsi. Kita tidak pernah melihat dalam mana-mana sejarah seorang yang mempunyai nilai-nilai ketenteraan yang sehabat itu terangkum dalam tubuh yang satu. Khalid adalah salah seorang dari hanya dua orang panglima dalam sejarah yang tidak dapat dikalahkan.
Khalid bin Al- Walid satu-satunya manusia yang pernah mengalahkan pasukan tentera Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam secara taktikal semasa di Bukit Uhud. Beliau adalah panglima Islam pertama yang meninggalkan Tanah Arab untuk menawan negara asing; dimana beliau berjaya menundukkan keangkuhan dua empayar besar secara berturut-turut.
Khalid pada dasarnya adalah seorang pejuang. Dia juga pernah mentadbir kawasan-kawasan yang telah ditundukkannya, tetapi itu dilakukan sebagai tanggungjawab rutin seorang panglima berpangkat tinggi yang ditugaskan bukan hanya untuk menawan sesuatu kawasan tetapi juga untuk mentadbirnya sebagai gabenor militeri.
Khalid adalah seorang pejuang tulen, tidak tercemar, pati serta murni. Dia sudah ditakdirkan untuk menempuhi pertempuran-pertempuran yang hebat dan mengalahkan lawan yang handal untuk menyerang, membunuh dan menakluk.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com