ABSTRAK
Kitab suci al-Quran yang dibaca dan disanjung tinggi oleh kira-kira 1. 57 billion umat Islam pada hari ini, adalah sebuah kitab yang mengandungi Kalamullah Azza wa Jalla yang diturunkan kepada utusan-Nya yang terakhir Junjungan Kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, yang pada dasarnya ialah bertujuan untuk membawa petunjuk hidayah kepada umat manusia, agar mereka terselamat dari kesesatan dan tidak selama-lamanya tenggelam di dalam kebatilan, di samping mengenalkan kepada mereka hakikat kebenaran dan keadilan supaya mereka menghayatinya dalam kehidupan mereka di dunia ini dengan menjauhi segala sifat-sifat negatif yang bertentangan dengan perikemanusiaan sejati. Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (???) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran. Membaca al – Quran serta menghayati dan mengamalkannya merupakan satu ibadat. Al –Quran adalah merupakan satu kitab panduan manusia dan rujukan utama disamping sunnah Rasulullah. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al – Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Al-Quran telah diturunkan dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22 hari. Proses penurunan al-Quran kepada rasulullah dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah malaikat Jibril memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah, malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar hafal dan malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal. Selain itu, antara sebab-sebab al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur adalah untuk menetapkan jiwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. dan menguatkan hatinya, untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur, untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka dan untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah Subhanahu wa ta’ala semata-mata. Ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada rasulullah adalah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq, manakala ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan. Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah. Terdapat perbezaan antara ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1, 456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4, 780 ayat.
PENDAHULUAN
Allah Subhanahu wa ta’ala telah menurunkan al – Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan kewujudan Allah Subhanahu wa ta’ala dengan segala sifat – sifat kesempurnaan. Membaca al – Quran serta menghayati dan mengamalkannya merupakan satu ibadat. Al –Quran adalah merupakan satu kitab panduan manusia dan rujukan utama disamping sunnah Rasulullah. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al – Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan tentang sejarah penurunan al – Quran (Nuzul al – Quran). Pengertian Nuzul al – Quran dari segi bahasa bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ membawa maksud dia telah turun atau dia menjadi tetamu. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al – Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al – Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al – Quran.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala bermaksud:
“Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikutinya. ” (al-Qiyaamah:17-18)
Al-Quran kini didefinisikan sebagai himpunan khusus Kalamullah yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang ditulis, dimushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah yang sangat dituntut.
Terdapat juga Kalamullah yang diturunkan kepada nabi selain Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak dinamakan al-Quran. Contohnya, Kalamullah yang terhimpun dalam Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud ‘alaihis salam., Taurat kepada Nabi Musa ‘alaihis salam. dan Injil kepada Nabi Isa ‘alaihis salam. Ada jua Kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang tidak dinamakan al-Quran dan membacanya dianggap sebagai ibadat dinamakan Hadis Qudsi.
CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN
Aishah isteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. telah meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah Subhanahu wa ta’ala untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama. Oleh kerana nilai al-Quran adalah sangat tinggi dan tiada benda yang boleh disamakan dengannya, maka penurunan al-Quran melalui wahyu bukanlah satu proses yang mudah. Ianya diturunkan dan diterima oleh Rasulullah dengan pelbagai cara.
(Mohammad, Aly Ash-Shabuny)
Cara Pertama
Malaikat Jibril memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah. Dalam hal ini Rasulullah tidak melihat apa – apa pun. Baginda merasa wahyu itu sudah berada dalam kalbu baginda. Mengenainya baginda menyatakan:
(Mohammad, Aly Ash-Shabuny)
“Ruhul qudus mewahyukan ke dalam kalbulku”.
(Surah Asy-Syura, ayat 51)
Cara Kedua
Malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar hafal. (Mohammad, Aly Ash-Shabuny)
Cara Ketiga
Malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal.
(Mohammad, Aly Ash-Shabuny)
“Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidarulmuntaha) ”. (Surah An-Najm, ayat 13-14)
Cara Keempat
Wahyu datang kepada baginda seperti gemerincing loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh baginda. Kadang-kadang pada kening baginda terpercik peluh walaupun wahyu turun pada musim dingin. Kadang-kadang semasa baginda sedang menunggang unta, unta baginda terpaksa berhenti dari berjalan dan terduduk kerana merasa amat berat ketika wahyu diturunkan. Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya.
(Mohammad, Aly Ash-Shabuny)
Rasulullah menjawab :
”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku. ”
HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR
Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Jika al-Quran diturunkan secara sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahkan dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah selama 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 40 kelahiran Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr radhiallahu ‘anhu. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman radhiallahu ‘anhu. Antara hikmat utama Allah Subhanahu wa ta’ala merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :
(El-Qadhi, Abdul Fattah)
Hikmah Pertama
Untuk menetapkan jiwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril ‘alaihis salam. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah Subhanahu wa ta’ala kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.
(Zuhdi, Drs Masjfuk, 1982)
Hikmah Kedua
Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.
(Zuhdi, Drs Masjfuk, 1982)
Hikmah Ketiga
Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.
(Zuhdi, Drs Masjfuk, 1982)
Hikmah Keempat
Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah Subhanahu wa ta’ala semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. atau makhluk lain.
(Zuhdi, Drs Masjfuk, 1982)
AYAT PERTAMA DAN AKHIR DITURUNKAN
Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat mengubah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia dengan akhirat.
Ayat Pertama Diturunkan
Pendapat Jumhur merupakan pendapat yang paling sahih, bersetuju iaitu yang pertama diturunkan ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq berdasarkan riwayat ‘Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka.
(Al-Banna, Hasan)
Aisyah radhiallahu ‘anhu. menyatakan:
“Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah radhiallahu ‘anhu., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril ‘alaihis salam. ) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca. ” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca. ” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca. ” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith. ”
(al-Hadith)
Imam-imam yang lain seperti al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dala’il dan al-Tabrani dalam al-Kabir mengesahkan ayat tersebut adalah yang pertama diturunkan. (Al-Banna, Hasan)
Ayat Terakhir Diturunkan
Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah diturunkan bersama kerana ayat ini membicarakan persoalan riba’ dan hukum berkaitannya. ‘Umar dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-Baqarah. Selain itu, surah al-Taubah merupakan surah panjang yang terakhir diturunkan, manakala surah al-Nasr surah pendek yang terakhir diturunkan. (Aboebakar, 1986)
AYAT MAKIYYAH DAN MADANIYYAH
Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah.
(Salleh, Subhi)
Beza antara keduanya ialah ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1, 456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4, 780 ayat. Keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 6, 236 ayat dengan kira-kira 1. 2 juta huruf. Dalam bentuk surahnya sebanyak 114 surah dan juzuknya sebanyak 30 juzuk. Membaca al-Quran diberi 10 ganjaran untuk setiap satu huruf.
(Salleh, Subhi)
Dalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat ayat ya ayyuhalladzina aamanu (Wahai orang yang beriman) dan amat sedikit terdapat ayat ya ayyuhanass (Wahai manusia), manakala dalam ayat-ayat Makiyyah pula adalah sebaliknya.
(Salleh, Subhi)
Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti. Ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-hukum sama ada yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan sebagainya.
(Salleh, Subhi)
KESIMPULAN
Al-quran adalah merupakan mukjizat yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Al-Quran merupakan panduan kepada umat Islam. Tempoh al-Quran (wahyu) diturunkan adalah selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari iaitu sepanjang tempoh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam bergelar Rasulullah. Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang telah diturunkan secara beransur-ansur. Proses penurunan al-Quran kepada rasulullah dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah malaikat Jibril memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah, malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar hafal dan malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal. Proses penurunan al-Quran dilakukan secara beransur-ansur mempunyai pelbagai hikmahnya. Antaranya untuk menetapkan jiwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. dan menguatkan hatinya, untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur, untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka dan untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah Subhanahu wa ta’ala semata-mata. Selain itu, ayat pertama yang diturunkan adalah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq, manakala ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan. Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah. Terdapat perbezaan antara ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah. Ayat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1, 456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4, 780 ayat. Keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 6, 236 ayat dengan kira-kira 1. 2 juta huruf. Dalam bentuk surahnya sebanyak 114 surah dan juzuknya sebanyak 30 juzuk.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com