Tajuk: Perang Uhud dan Hikmahnya

SINOPSIS
Kegiatan ketenteraan dan peperangan di zaman prra-islam (yang dikenali dengan zaman jahiliyah) merupakan satu kegiatan yang mulia dan sangat diminati. Peperangan diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah. Pepreangan Uhud berlaku kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah merancang untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahan Rasulullah ke Madinah, kira-kira 1000 Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Tentera Islam telah tewas kerana sifat tamak dan pengingkaran sekumpulan pemanah yang memegang peranan yang sangat penting dalam peperangan tersebut. Sejak itu, perang Uhud menjadi ikhtibar kepada semua orang Islam untuk tidak mengingkari arahan pemerintah dan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala

Pendahuluan
Peperangan di dalam Islam adalah jihad, yang diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah iaitu berperang dijalan Allah. Dari segi Syarak ia bermaksud; “Menggunakan semaksimanya segala kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahdan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangnya”.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala bermaksud:
“Orang-orang beriman berperang fisabilillah (di jalan Allah), dan orang-orang kafir berperang di jalan taghut... ” (An-Nisa’ :76)
Kedua-dua jenis peperangan ini mempunyai perbezaan yang besar. Perang fi sabilillah adalah peperangan yang mempunyai matlamat yang tinggi dan tujuan yang mulia iaitu membantu agama Allah dan meninggikan kalimah atau seruan-Nya di atas maka buni ini semata-mata menghgarapkan keredaan-Nya. Sementara perang fi sabili at-taghut ialah peperangan di jalan syaitan yang mengajak manusa kepada kekufuran dan melampaui batas.
Matlamat utama disyaratkan peperangan atau jihad qital oleh Allah ke atas kaum Muslimin adalah untuk meruntuhkan system kekufuran di atas muka bumi, menegakkan ubudiyyah hanya untuk Allah semata-mata dan menzahirkan keagungan, ketiggian dan kemuliaan Islam dia atas muka bumi ini. Hal ini dapat difahami daripada mafhum ghayah yang terdapat di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah”. (Al-Baqarah : 193)

Maksud “Fitnah” dalam ayat di atas ialah kufur dan syirik. Inilah pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi’. Imam Jassas dalam kitab Ahkamul-Quran ketuka mentafsirkan ayat ini menyatakan: “Wajib memerangi orang kafir sehingga merekan meniggalkan kekufuran”. Adapun “Ad-Din” bermaksud tundukpatuh kepada Allah dengan mentaati-Nya. Ad-Din di sisi Allah hanya satu sahaja iaitu Islam.
Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia supaya menganut Islam melalui peperangannya. Apa yang menjadi matlamat Islam ialah meruntuhkan system-sistem dam pemerintahan yang berdasarkan pengabdian manusia kepada manusia yang menghalang mereka dari menkmati kebebasan untuk mengabdikan diki kepada Allah semata-mata dan menganut agama yang sebenar daripada-Nya

Perang Uhud
Pepreangan Uhud tercetus kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah bermesyuarat untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Mesyuarat mereka akhirnya bersetuju agar unta dagangan Abu Suffian dengan segala harta modal mereka itu dijadikan tabung pembiayaan bagi menyediakan tentera untuk menyerang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam

Pengaturan dan Pengurusan Angkatan Tentera
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala bermaksud:“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamanya dalam saf yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuan bangunan yang tersusun kukuh”. (As-Saff : 4)

Kerana itulah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam akan mengatur dan menyusun dengan kemas angkatan tenteranya bermula dari menentukan amir atau panglima perang, membuat dan menyerahkan bendera mengikut katibah-katibah. Setiap saf tentera ini diadahului oleh seorang membawa bendera: jika pembawa bendera ini terbunuh, maka orang lain akan menggantikan tempatnya.
Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga menggunakan system al-Khamis iaitu membentuk saf angkatan tentera kepada lima kumpulan iaitu:
1. Muqaddimah; tentera di barisan hadapan sekali
2. Mujannibah yumna, tentera di sayap kanan
3. Mujannibah yusra, tentera di sayap kiri
4. Qalbu, tentera di bahagian tengah
5. Sa-qah, tentera di barisan belakang sekali

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membentuk angkatan tenteranya daripara sahabat banginda yang mempunyai kemampuan untuk berjihad dan memenuhi syarat-syarat mujahid yang ditentukan oleh Syarak. Sebagai ketua Negara baginda secara automatik bertindak sebagai Pemimpin Tertinggi Angkatan Tentera Isla. Kemudian dalam setiap peperanan baginda akan melantik ketua atau panglima bagi memimpin angkatan perang Islam. Bagi peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang dipanggil dengan sariyah, beginda akan melantik ketua dari kalangan sahabat. Ketua ini bergelar Amir al-‘Askar yang menyamai pangkat Commander in Chief pada hari ini. Adapun bagi angkatan perang yang disertai oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang dikenali dengan ghazwah, maka baginda sendiri akan bertindak sebagai Amir

Pada hari berlakunya pertempurang, Amir angkatan tentera akan digantikan tempatnya (di bahagian Qalbu) dengan seorang anggota tentera yang akan memakai alat kelengkapan perangnya dia dia (yakni Amir) pula akan memakai alat kelengkapan perang anggota tentera tersebut. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh di tengah medan perang. dan menjaga keselamatan Amir yang sudah tentunya menjadi sasaran oaling utama musuh


Dalam peperangan Uhud, penyusunan ognanisasi strategi yang dibuat oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah:
1. Membahagikan pasukan tentera Islam kepada tiga katibah iaitu:
i) Katibah Muhajirin
ii) Katibah Aus
iii) Katibah Khazraj
2. Meletakkan 50 pasukan pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair di atas sebuah bukit yang strategik dan berada 150 meter di belakang kedudukan pasukan tentera Islam. Tujuan menempatkan pasukan tentera pemanah ini dapat difahami daripada arahan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada mereka:

“Lindungilah kami dari serangan tentera berkuda Musyrikin dengan panah-panah, jangan sampai mereka datang kepada kami dari arah belakang kami. Hendaklah kamu tetap di tempat kamu jangan kamu berganjak sekalipun kamu melihat kami menang atau kami kalah”.

3. Menyusun pasukan tentera Islam di medan perang mengikut system saf dan memilih sahabat-sahabat yang berani dan gagah untuk berada di saf hadapan sekali.
4. Memberi arahan kepada tentera Islam;
“Jangan sesiapa pun di kalangan kamu memulakan serangan selagi kami belum mengarahkannya”.
5. Memberi galakan bersungguh-sungguh kepada tentera Islam supaya bersabar di medan perang.

Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahannya ke Madinah, kira-kira 1000
Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Sebelum berlakunya perperangan, ketua Katibah Khazraj bersama puaknya berpatah balik kerana tidak mahu berperang. Angka tentera Islam berkurang sehingga lebih kurang 700 orang. Mereka telah disusun di kaki bukit Uhud menghadapi Madinah dengan kawasan belakang dan kanan mereka dilindungi bukit oleh tersebut. Disebelah kiri barisan tentera Islam terletaknya kumpulan 50 pemanah yang diletakkan di tempat yang strategik untuk menghalang orang Quraisy daripada mengepung tentera Islam yang sedikit.

Pertempuran pun berlaku. Pertembungan semakin sengit dan tentera Islam menawan apa yang boleh ditawan. Kumpulan 50 pemanah tersebut telah turun dari tempat pertahanan mereka apabila melihat kemenangan orang Islam. Mereka pun turun mengumpul harta-harta rampasan yang berselerak. Hanya Abdullah bin Jabir bersama-sama sebilangan kecil yang masih mengikuti perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  Kemudian Khalid bin Walid mendapati Bukit Uhud sudah kosong dari pertahanan lalu dia berpatah balik dari belakang bukit dengan kudanya beserta dengan askarnya. Mereka menyerang askar pemanah Islam yang masih tinngal dan mereka membuat serangan terus ke seluruh Kaum Muslimin dari belakang.

Pada masa ini orang Islam telah terdedah dan mula dikuasai ketakutan. Dalam keadaan ini orang Islam berperang dengan keadaan yang tidak teratur lagi. Kaum musyrikin pun bertintak dengan lebih ganas lagi sehingga sampai ke tempat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dimana baginda telah dilontar dengan batu hingga tercampak ke dalam atu lubang dan tepatah satu batang gigi depan baginda.

Pengajaran
Pengajaran yang dapat diambil adalah kita perlulah mematuhi arahan yang diberi oleh ketua kita dalam sesuatu hal selagi arahannya tidak melanggar hukum Islam. Hal ini terbukti apabila pasukan pemanah yang ditempatkan di tempat strategik oleh Rasulullah mengeluar dari posisi yang telah ditetapkan. Akibatnya peperangan Uhud yang sedang dimenangi oleh tentera Islam kalah apabila diserang dari belakang oleh tentera kuda yang dipimpini oleh Khalid bin Walid.


Kita hendaklah mencontohi Rasulullah apabila beliau enggan meminta bantuan selain daripada kaun muslimin meskipun bilangan Muslimin kecil dalam Perang Uhud. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermakna:
“Jangan kita meminta pertolongan dengan ahli syirik untuk menghadapi ahli syirik”.

Kita perlulah menjangka gerakan musuh seperti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah digantikan tempatnya oleh Ka’ab bin Malik yang memakai pakaian perang baginda. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh dan menjaga keselamatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sudah tentunya akan menjadi sasaran palin utama musuh di tengah medan perang.

Kita juga perlu bijak mencari tempat strategik dalam sesuatu kawasan. Ini terbukti apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membariskan tenteranya dia kawasan Bukit Uhud dan meletakan sekumpulan 50 pemanah di belakang barisan tentera Islam yang akan memberi pertahanan yang lebih kepada tenteranya.

Kesimpulan

Perperangan ini telah memberi pengajaran kepada orang Islam supaya tidak mengingkari perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan memberi ikhtibar supaya tidak mengulangi kesialapan yang telah dibuat. Oleh itu Allah telah memberi ujian kepada kaum muslimin agar lebih berhati-hati di dalam menjalankan dakwah Islam supaya tidak lalai mentaati Allah dan Rasul-Nya. Melalui iktibar kisah perjuangan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  dan para sahabat-sahabatnya di dalam memperjuangkan agama Islam patut kita contohi dari segi ketabahan dan kesukaran mereka menghadapi kekalahan perang Uhud dan kebangkitan semangat mereka semula dalam menyebarkan syiar Islam.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Oleh : Azmirul Izzat Bin Zubad

Abstrak
Kegiatan ketenteraan dan peperangan di zaman prra-islam (yang dikenali dengan zaman jahiliyah) merupakan satu kegiatan yang mulia dan sangat diminati. Peperangan diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah. Pepreangan Uhud berlaku kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah merancang untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahan Rasulullah ke Madinah, kira-kira 1000 Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Tentera Islam telah tewas kerana sifat tamak dan pengingkaran sekumpulan pemanah yang memegang peranan yang sangat penting dalam peperangan tersebut. Sejak itu, perang Uhud menjadi ikhtibar kepada semua orang Islam untuk tidak mengingkari arahan pemerintah dan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala

Pendahuluan
Peperangan di dalam Islam adalah jihad, yang diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah iaitu berperang dijalan Allah. Dari segi Syarak ia bermaksud; “Menggunakan semaksimanya segala kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahdan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangnya”.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala bermaksud:
“Orang-orang beriman berperang fisabilillah (di jalan Allah), dan orang-orang kafir berperang di jalan taghut... ” (An-Nisa’ :76)
Kedua-dua jenis peperangan ini mempunyai perbezaan yang besar. Perang fi sabilillah adalah peperangan yang mempunyai matlamat yang tinggi dan tujuan yang mulia iaitu membantu agama Allah dan meninggikan kalimah atau seruan-Nya di atas maka buni ini semata-mata menghgarapkan keredaan-Nya. Sementara perang fi sabili at-taghut ialah peperangan di jalan syaitan yang mengajak manusa kepada kekufuran dan melampaui batas.
Matlamat utama disyaratkan peperangan atau jihad qital oleh Allah ke atas kaum Muslimin adalah untuk meruntuhkan system kekufuran di atas muka bumi, menegakkan ubudiyyah hanya untuk Allah semata-mata dan menzahirkan keagungan, ketiggian dan kemuliaan Islam dia atas muka bumi ini. Hal ini dapat difahami daripada mafhum ghayah yang terdapat di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah”. (Al-Baqarah : 193)

Maksud “Fitnah” dalam ayat di atas ialah kufur dan syirik. Inilah pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi’. Imam Jassas dalam kitab Ahkamul-Quran ketuka mentafsirkan ayat ini menyatakan: “Wajib memerangi orang kafir sehingga merekan meniggalkan kekufuran”. Adapun “Ad-Din” bermaksud tundukpatuh kepada Allah dengan mentaati-Nya. Ad-Din di sisi Allah hanya satu sahaja iaitu Islam.
Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia supaya menganut Islam melalui peperangannya. Apa yang menjadi matlamat Islam ialah meruntuhkan system-sistem dam pemerintahan yang berdasarkan pengabdian manusia kepada manusia yang menghalang mereka dari menkmati kebebasan untuk mengabdikan diki kepada Allah semata-mata dan menganut agama yang sebenar daripada-Nya

Perang Uhud
Pepreangan Uhud tercetus kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah bermesyuarat untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Mesyuarat mereka akhirnya bersetuju agar unta dagangan Abu Suffian dengan segala harta modal mereka itu dijadikan tabung pembiayaan bagi menyediakan tentera untuk menyerang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam

Pengaturan dan Pengurusan Angkatan Tentera
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala bermaksud:“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamanya dalam saf yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuan bangunan yang tersusun kukuh”. (As-Saff : 4)

Kerana itulah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam akan mengatur dan menyusun dengan kemas angkatan tenteranya bermula dari menentukan amir atau panglima perang, membuat dan menyerahkan bendera mengikut katibah-katibah. Setiap saf tentera ini diadahului oleh seorang membawa bendera: jika pembawa bendera ini terbunuh, maka orang lain akan menggantikan tempatnya.
Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga menggunakan system al-Khamis iaitu membentuk saf angkatan tentera kepada lima kumpulan iaitu:
1. Muqaddimah; tentera di barisan hadapan sekali
2. Mujannibah yumna, tentera di sayap kanan
3. Mujannibah yusra, tentera di sayap kiri
4. Qalbu, tentera di bahagian tengah
5. Sa-qah, tentera di barisan belakang sekali

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membentuk angkatan tenteranya daripara sahabat banginda yang mempunyai kemampuan untuk berjihad dan memenuhi syarat-syarat mujahid yang ditentukan oleh Syarak. Sebagai ketua Negara baginda secara automatik bertindak sebagai Pemimpin Tertinggi Angkatan Tentera Isla. Kemudian dalam setiap peperanan baginda akan melantik ketua atau panglima bagi memimpin angkatan perang Islam. Bagi peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang dipanggil dengan sariyah, beginda akan melantik ketua dari kalangan sahabat. Ketua ini bergelar Amir al-‘Askar yang menyamai pangkat Commander in Chief pada hari ini. Adapun bagi angkatan perang yang disertai oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang dikenali dengan ghazwah, maka baginda sendiri akan bertindak sebagai Amir

Pada hari berlakunya pertempurang, Amir angkatan tentera akan digantikan tempatnya (di bahagian Qalbu) dengan seorang anggota tentera yang akan memakai alat kelengkapan perangnya dia dia (yakni Amir) pula akan memakai alat kelengkapan perang anggota tentera tersebut. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh di tengah medan perang. dan menjaga keselamatan Amir yang sudah tentunya menjadi sasaran oaling utama musuh


Dalam peperangan Uhud, penyusunan ognanisasi strategi yang dibuat oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah:
1. Membahagikan pasukan tentera Islam kepada tiga katibah iaitu:
i) Katibah Muhajirin
ii) Katibah Aus
iii) Katibah Khazraj
2. Meletakkan 50 pasukan pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair di atas sebuah bukit yang strategik dan berada 150 meter di belakang kedudukan pasukan tentera Islam. Tujuan menempatkan pasukan tentera pemanah ini dapat difahami daripada arahan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada mereka:

“Lindungilah kami dari serangan tentera berkuda Musyrikin dengan panah-panah, jangan sampai mereka datang kepada kami dari arah belakang kami. Hendaklah kamu tetap di tempat kamu jangan kamu berganjak sekalipun kamu melihat kami menang atau kami kalah”.

3. Menyusun pasukan tentera Islam di medan perang mengikut system saf dan memilih sahabat-sahabat yang berani dan gagah untuk berada di saf hadapan sekali.
4. Memberi arahan kepada tentera Islam;
“Jangan sesiapa pun di kalangan kamu memulakan serangan selagi kami belum mengarahkannya”.
5. Memberi galakan bersungguh-sungguh kepada tentera Islam supaya bersabar di medan perang.

Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahannya ke Madinah, kira-kira 1000
Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Sebelum berlakunya perperangan, ketua Katibah Khazraj bersama puaknya berpatah balik kerana tidak mahu berperang. Angka tentera Islam berkurang sehingga lebih kurang 700 orang. Mereka telah disusun di kaki bukit Uhud menghadapi Madinah dengan kawasan belakang dan kanan mereka dilindungi bukit oleh tersebut. Disebelah kiri barisan tentera Islam terletaknya kumpulan 50 pemanah yang diletakkan di tempat yang strategik untuk menghalang orang Quraisy daripada mengepung tentera Islam yang sedikit.

Pertempuran pun berlaku. Pertembungan semakin sengit dan tentera Islam menawan apa yang boleh ditawan. Kumpulan 50 pemanah tersebut telah turun dari tempat pertahanan mereka apabila melihat kemenangan orang Islam. Mereka pun turun mengumpul harta-harta rampasan yang berselerak. Hanya Abdullah bin Jabir bersama-sama sebilangan kecil yang masih mengikuti perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Kemudian Khalid bin Walid mendapati Bukit Uhud sudah kosong dari pertahanan lalu dia berpatah balik dari belakang bukit dengan kudanya beserta dengan askarnya. Mereka menyerang askar pemanah Islam yang masih tinngal dan mereka membuat serangan terus ke seluruh Kaum Muslimin dari belakang.

Pada masa ini orang Islam telah terdedah dan mula dikuasai ketakutan. Dalam keadaan ini orang Islam berperang dengan keadaan yang tidak teratur lagi. Kaum musyrikin pun bertintak dengan lebih ganas lagi sehingga sampai ke tempat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dimana baginda telah dilontar dengan batu hingga tercampak ke dalam atu lubang dan tepatah satu batang gigi depan baginda.

Pengajaran
Pengajaran yang dapat diambil adalah kita perlulah mematuhi arahan yang diberi oleh ketua kita dalam sesuatu hal selagi arahannya tidak melanggar hukum Islam. Hal ini terbukti apabila pasukan pemanah yang ditempatkan di tempat strategik oleh Rasulullah mengeluar dari posisi yang telah ditetapkan. Akibatnya peperangan Uhud yang sedang dimenangi oleh tentera Islam kalah apabila diserang dari belakang oleh tentera kuda yang dipimpini oleh Khalid bin Walid.


Kita hendaklah mencontohi Rasulullah apabila beliau enggan meminta bantuan selain daripada kaun muslimin meskipun bilangan Muslimin kecil dalam Perang Uhud. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermakna:
“Jangan kita meminta pertolongan dengan ahli syirik untuk menghadapi ahli syirik”.

Kita perlulah menjangka gerakan musuh seperti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah digantikan tempatnya oleh Ka’ab bin Malik yang memakai pakaian perang baginda. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh dan menjaga keselamatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sudah tentunya akan menjadi sasaran palin utama musuh di tengah medan perang.

Kita juga perlu bijak mencari tempat strategik dalam sesuatu kawasan. Ini terbukti apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membariskan tenteranya dia kawasan Bukit Uhud dan meletakan sekumpulan 50 pemanah di belakang barisan tentera Islam yang akan memberi pertahanan yang lebih kepada tenteranya.

Kesimpulan

Perperangan ini telah memberi pengajaran kepada orang Islam supaya tidak mengingkari perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan memberi ikhtibar supaya tidak mengulangi kesialapan yang telah dibuat. Oleh itu Allah telah memberi ujian kepada kaum muslimin agar lebih berhati-hati di dalam menjalankan dakwah Islam supaya tidak lalai mentaati Allah dan Rasul-Nya. Melalui iktibar kisah perjuangan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat-sahabatnya di dalam memperjuangkan agama Islam patut kita contohi dari segi ketabahan dan kesukaran mereka menghadapi kekalahan perang Uhud dan kebangkitan semangat mereka semula dalam menyebarkan syiar Islam.

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Riwayat Hidup Imam Syafie Dan Sumbangannnya Kepada Dunia Islam

SINOPSIS
Imam Syafie dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Ghuzah. Beliau dilahirkan sebagai anak yatim kerana bapanya telah meninggal ketika beliau masih lagi dalam kandungan ibunya. Dari kecil lagi Imam Syafie telah menujukkan sikap beliau yang amat cintakan ilmu. Salasilah keturunan Imam Syafie juga bersangkut paut dengan salasilah keturunan Rasullulah. Pada usia yang amat muda beliau telah mampu menghafal kitab karangan Imam Maliky tanpa memiliki kitab tersebut. Selain itu, beliau juga rajin menuntut ilmu kesusteraan di sebuah dusun yang terletak amat jauh dari rumahnya. Disebabkan keadaan hidup yang susah beliau terpaksa mengutip tulang-tulang dan cebisan kertas bagi mencatit segala nota. Setelah meningkat dewasa beliau ingin benar bertemu dengan Imam Maliky yang mengarang kitab tersebut. Setelah itu beliau berangkat ke Madinah untuk bertemu dengan Imam Maliky. Setelah beberapa lama beliau menjadi anak didik Imam Maliky, beliau semakin mendalami pelbagai ilmu. Masa berlalu dengan pantas, Imam Syafie membuat keputusan untuk memperluaskan ilmunya dengan merantau dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Sepanjang perjalananya, pelbagai bidang ilmu yang telah beliau pelajari seperti ilmu fiqh, tauhid dan lain-lain. Malahan pelbagai juga kitab yang telah dikarang oleh beliau antaranya ialah Kitab Al-Umm, Ar-Risalah dan sebagainya. Begitu juga dengan para pengikut mazhab Imam Syafie yang semakin ramai dari hari ke hari. Mazhab Imam Syafie juga berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak dan Qiyas. Beliau juga turut member sumbangan dalam bidang kesusteraan Arab, dimana kehebatan syair-syair beliau tidak dapat ditandingi. Sebagai umat biasa Imam Syafie juga mendapat dugaan apabila beliau hampir dihukum pancung dan dengan kuasa Allah, beliau terselamat. Setelah lama sakit akhirnya pada hari Khamis malam Jumaat tanggal 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masehi wafatlah beliau dengan tenang. Imam Syafie dapat merasakan bahawa beliau akan meninggal dunia di Makkah dan meminta wali negeri Makkah yang memandikan jenazah beliau. Jenazah beliau dikebumikan pada 30 Rejab selepas waktu Asar dan dimaqamkan di perkuburan banu Zahrah yang terkenal sebagai kawasan perkuburan anak keturunan Abdul Hakam.

Pendahuluan
Mazhab Syafie merupakan antara empat Mazhab yang diikuti oleh umat Islam sekarang. Antara mazhab lain ialah Mazhab Hambaly, Hanafi dan Maliky. Imam Syafie telah meneroka pelbagai bidang ilmu dan membetulkan hukum-hukum yang bercanggah dengan dalil-dalil di dalam Al-Quran. Melalui pengalaman yang diperolehi daripada perjalanan beliau daripada merantau dari sebuah negeri ke negeri yang lain membuatkan beliau semakin luas bidang ilmu pengetahuannya. Ibu Imam Syafie pernah mendapat mimpi ketika mengandungkan beliau, bahawa ibunya terlihat sebutir bintang yang keluar lalu menerangi seuruh alam. Dari pada mimpi tersebut menujjukan bahawa anaknya iaitu Imam Syafie akan menjadi seorang yang cintakan ilmu dan ilmu yang diperolehinya itu akan menerangi seluruh ala mini iaitu tersebar di seluruh dunia. Ini terbukti apabila dari kecil lagi Imam Syafie merupakan seorang yang rajin menuntut ilmu. Peribadi Imam Syafie begitu unggul kerana sifat cintakan ilmu begitu terserlah dalam dirinya. Sehinggakan dia sanggup kurangkan makan kerana perut yang kenyang itu menyebabkan ilmu sukar diterima. Imam Syafie juga mempunyai sifat ingin mendalami sesuatu ilmu baru. Contohnya ketika beliau singgah di sebuah negeri dan mempelajanri ilmu mengenai sifat dan thabiat manusia dan mendalami ilmu tersebut. Disebabkan beliau merupakn pencinta ilmu, oleh itu ramailah guru yang menjadi tulang belakang kejayaan beliau antara guru yang berjasa kepadanya ialah Imam Maliky. Imam Syafie juga mempunyai kitab karangan beliau sendiri antaranya ialah Kitab Al-fiqh yang membincangkan sehalus-halusnya mengenai ilmu fiqh. Imam Syafie juga di beri kepercayaan oleh Imam Maliky untuk untuk menggantikan beliau mengajar di masjid kerana Imam Maliky begitu kagum apabila Imam Syafie mampu menghafal Kitab Al-Muwatha’ tanpa memiliki kitab tersebut. Imam Syafie berkhawin pada usia 29 tahun dan dikurniakan beberapa orang anak. Setiap yang hidup pasti menemui ajal mereka, begitu juga Imam Syafie. Imam Hambaly iaitu anak didik Imam Syafie apabila melihat keadaan Imam Syafie yang tenat itu, beliau dapat merasakan bahawa Imam Syafie akan wafat di Mesir. Pada hari Khamis malam Jumaat tanggal 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masehi wafatlah beliau dengan tenang. Jenazah beliau dikebumikan pada 30 Rejab selepas waktu Asar dan dimaqamkan di perkuburan banu Zahrah yang terkenal sebagai kawasan perkuburan anak keturunan Abdul Hakam.

Imam Syafie atau nama sebenarnya Muhammad dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi. Beliau dilahirkan di suatu kampung di Ghuzah (Gaza) atau daerah Palestin. Ketika hari kelahiran beliuan juga merupakan hari kewafatan Imam Hanafi, menurut riwayat lain megatakan bahawa waktu kewafatan Imam Hanafi bersamaan waktu kelahiran Imam Syafie. Bahkan menurut riwayat yang lain juga nengatakan bahawa pada bulan dan tahun kelahiran Imam Syafie wafatnya Imam Ibnu Juraij Al-Makky seorang alim ulama di daerah kota Makkah atau lebih dikanali dengan panggilan Imam Ahli Hijjaz. Dengan kewafatan dua orang alim ulama dan merupakan Imam besar itu maka ramai yang beranggapan bahawa Imam Syafie bakal menggatikan kedudukan dua orang pembesar itu. Berbalik kepada tempat kelahiran beliau, sebenarnya bukanlah tempat kediaman keluarga beliau. Kedua-dua ibu bapa Imam Syafie adalah penduduk kota Makkah yang pergi ke daerah Ghuzah kerana suatu keperluan. Ditakdirkan dengan kuasa Allah Subhanahu wa ta’ala  ayahnya meninggal dunia disana ketika beliau masih lagi dalam kandungan ibunya. Selepas beberapa hari kematian ayahnya, lahirlah beliau dalam keadaan selamat di kampung itu. (Shaaban, 1994:52)
Dikatakan bahawa salasiah keturunan Imam Syafie bersangkut paut dengan salasiah keturunan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Ini terbukti melalui nama sebenar Imam Syafie iaitu Muhammad bin Idris bin Abbas bin Utsman bin Syafie bin Said bin Abdu’ Yazid bin Hasyim bin Abdul Muthalib bin ‘Abdu Manaf. Dengan ini jelaslah bahawa beliau adalah dari keturunan bangsa Arab Quraisy dan keturunan beliaubersatu dengan keturunan Nabi Muahammad pada Abdu Manaf, iaitu datuk Nabi yang ke tiga. Jika dirungkaikan secara dalam salasiah keturunan beliau ini, baik dari bapa atau ibunya, kedua-duanya berkait rapat dengan salasiah keturunan Nabi. Tambahan lagi, Hasyim adalah datuk kedua Nabi Muhammad dan Said (datuk keempat Imam Syafie) ketika masih musyrik pernah ditawan oleh tentera para Muslimin ketika Peperangan Badar lalu beliau insaf dan minta dimerdekakan serta tunduk dan patuh pada ajaran Islam seterusnya beliau menjadi seorang yang setia dengan pimpinan Islam. Ternyata bahawa Said termasuk daripada salah seorang sahabat Nabi yang memperjuangkan Islam. (Shaaban, 1994:78)
Imam Syafie adalah seorang yang tinggi dan gagah perwatakannya. Beliau seorang yang putih, fasih berbicara, bagus suaranya dan mempunyai perwatakan yang menakutkan bagi sesiapa yang melihatnya buat kali pertama dan akan mula menyukainya apabila mula mendekati beliau.
Antara tanda-tanda yang menujukkan bahawa beliau adalah salah seorang alim ulama’ adalah melalui peribudi yang luhur sejak kecil lagi. (Ghazali, 2002:44-45)
Ketika berusia dua tahun Imam Syafie dibawa pulang ke Makkah. Beliau tinggal bersama ibunya dalam keadaan yang susah dan juga sebagai seorang anak yatim. Walaupun dalam keadaan serba kesusahan tetapi ketika berusia 9 tahun beliau telahpun menghafal Al-Quran. Dalam usia sebegitu beliau juga merupakan seorang yang rajin menuntut ilmu apabila beliau bersungguh-sungguh mempelajari bahasa Arab yang asli di dusun bangsa Badwy Banu Hudzail kerana di dusun itulah penduduknya terkenal dengan bahasa Arab yang fasih dan lancar. Selain itu, beliau turut mempelajari syair-syair dan puisi-puisi Arab. Di kota Makkah pula, beliau mempelajari ilmu fiqh daripada seorang guru bernama Imam Muslim bin Khalid Az-Zanjy seorang mufty di Kota Makkah pada masa itu. Selepas beberapa lama berguru bersama Imam Muslim, beliau dianugerahkan segulung ijazah dan diberi hak untuk mengajar serta member fatwa tentang hukum-hukum yang bersangkut tentang keagamaan. Antara ilmu lain yang dipelajari beliau ialah ilmu hadith daripada Imam Sufyan bin ‘Uyainah, ilmu Al-Quran daripada Imam Ismail bin Qasmasa dan pelbagai lagi ilmu yang dipelajari beliau sehingga umur 15 tahun daripada para ulama di Masjidil Haram. Ketika berumur 10 tahun, beliau sudah memahami isi kitab Al-Muwaththa’ yang disusun oleh Imam Maliky (Ghazali, 2002:87)
Kerajinan Imam Syafie dalam menuntut ilmu ternyata menyerlah kerana walaupun beliau hidup dalam kesusahan beliau merupakan seorang yang rajin. Disebabkan keadaan hidup yang susah beliau seringkali mencari tulang-tulang dan juga kertas-kertas terbuang untuk menulis segala pelajarannya. Hari demi hari banyaklah cebisan kertas dan tulang-tulang yang memenuhi biliknya, lantaran itu beliau mengambil keputusan untuk menghafal segala ilmu pelajaran yang diperolehinya. Hampir berbulan-bulan masa yang Imam Syafie gunakan bagi menghafal semua ilmu yang diperolehinya, lantaran itu bilik beliau tidak lagi dipenuhi oleh nota-notanya. Imam Syafie juga berpendapat bahawa ilmunya yang dihafal itu akan ke mana sahaja dengan beliau dan beliau boleh menggunakannnya pada bila-bila masa. (Khalil, 1991:140)
Demikianlah antara riwayat yang menerangkan kerajinan Imam Syafie dalam menuntut ilmu sehinggakan beliau mempunyai keinginan untuk menghafal isi kitab Al-Muwaththa’ walaupun pada ketika itu beliau belum memiliki kitab tersebut malahan hanya meminjam daripada seorang penduduk Makkah. Tidak sampai bertahun-tahun, beliau telah mampu utnuk menghafal kitab tersebut. Walaupun beliau telah menghafal kitab tersebut namun beliau berasa tidak puas hati apabila tidak dapat berjumpa dan berguru dengan Imam Maliky. Oleh itu, beliau telah mengambil keputusan untuk ke Madinah dengan persetujuan oleh para gurunya di Makkah. Salah seorang daripada guru Imam Syafie iaitu Imam Khalid bin Muslim telah menulis sepucuk surat pengantar bagi memudahkan pertemuan Imam Syafie dengan Imam Maliky. Selain itu, salah seorang wali kota Makkah juga mengirimkam dua pucuk surat buat Imam Maliky dan juga wali kota Madinah bagi memudahkan urusan beliau di kota Madinah nanti. (Khalil, 1997: 146-147)
Setelah beliau tiba di kota Madinah beliau berjumpa dengan wali kota Madinah lalu menyerahkan surat yang dikirimkan itu, dengan bantuan wali tersebut Imam Syafie di bawa berjumpa dengan Imam Maliky di rumahnya. Ketika dihadapan rumah Imam Maliky keluarlah pesuruh Imam Maliky iaitu Jariah, setelah memberitahu hajat mereka berdua untuk berjumpa dengan Imam Maliky maka keluarlah Imam Maliky dihadapan rumahnya. Wali kota Madinah menyerahkan sepucuk surat kepada Imam Maliky, setelah membaca surat tersebut Imam Maliky melihat wajah Imam Syafie dan ternyata terdapat firasat dan nur yang berada di wajah Imam Syafie. Setalah Imam Syafie memperkenalkan dirinya lalu Imam Maliky menyuruh beliau datang ke rumahnya esok hari bagi mempelajari kitab Al-Muwaththa’. Lantaran itu, Imam Syafie memberitahu bahawa dia telah menghafal seluruh isi kandungan kitab tersebut dan memperdengarkan bacaaan beliau kepada Imam Maliky. (Khalil, 1997:150)
Mulai hari itu, secara rasminya Imam Syafie menjadi anak didik kepada Imam Maliky dan tinggal serumah dengan Imam Maliky. Ke mana sahaja Imam Maliky pergi pasti beliau mengekorinya dan Imam Syafie juga sering menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu bagi mempelajari ilmu daripada Imam Maliky. Sehinggakan ketika Imam Maliky membacakan kitab Al-Muwaththa, Imam Syafie ditugaskan bagi menekankan lagi isi kandungan kitab tersebut. Menurut kebiasannya, orang Mesir yang menunaikan ibadat haji di Makkah pasti akan mengunjungi masjid-masjid Madinah bagi menutut ilmu daripada Imam Maliky. Pada waktu itu, Imam Syafie yang ditugaskan bagi menekankan dan menerangkan kitab Al-Muwathatha’ kepada mereka semua. Antaranya ialah Abdullah bin Abdul Hakam, Asyhab, Ibnul Qasim dan Al-Laits bin Sa’ad yang merupakan alim ulamak di Mesir. (Kahalil, 1997:158-159)
Meskipun sudah mempunyai pelbagai jenis ilmu, bahkan beliau belum terasa puas malahan terasa sangat kekurangannya tentang pengetahuan. Oleh kerana pada masa itu, Imam Syafie telah mendengar berita megenai kebesaran para ulama’ di Iraq seperti Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad bin Hasan (kedua-duannya merupakan sahabat Imam Abu Hanifah). Dengan keizinan gurunya iaitu Imam Maliky, beliau berangkat ke Iraq bersama dengan para jemaah haji yang hendak kembali ke Kufah. Imam Maliky juga membekalkan 46 dinar dan 4 dinar untuk kenderaan beliau. (Khalil, 1997:198-199)
Setelah 24 hari perjalanan tibalah Imam Syafie disana dan beliau berhenti untuk solat ‘Asar. Ketika di masjid berkenaan beliau telah menegur cara seorang pemuda di situ menunaikan solat. Namun dengan marah pemuda itu mengatakan bahawa selama ini dia menunaikan solat di hadapan Imam Muhammad dan Imam Abu Yusuf dan tidak pernah ditegur. Lalu berita ini sampai ke pengetahuan Imam Muhammad, setelah mendengar penerangan Imam Syafie bagaimana beliau menunaikan solat membuatkan Imam Muhammad mengerti dan insaf. Selama di Kufah, Imam Syafie telah menjadi tetamu yang istimewa buat Imam Muhammad dan menetap bersama Imam Muhammad. Selama berada di Kufah, Iraq, beliau mendalami ilmu pegetahuan fiqh para ilmuwan di sana. Selain itu, beliau dapat mempelajari mengenai cara Qadhy iaitu Hakim memeriksa sesuatu perkara dan memutuskan undang-undang. (Khalil, 1997:201-202)
Sepanjang di Iraq, beliau dapat menambah pengalaman dan pemandangan mengenai perilaku dan pergaulan penduduk di sana. Pelbagai adat istiadat masyrakat di sana juga beliau telah pelajari. Setelah hamper dua tahun beliau telah mendiamkan diri di Kufah, beliau telah meninjau keadaan kota-kota di sekitar Iraq dan timbul pula hasrat beliau untuk melanjutkan perjalananya ke negeri-negeri lain. (Khalil, 1997:200)
Kepergian Imam Syafie ke beberapa buah negeri telah direstui oleh Imam Muhammad dan beliau dibekalkan 3000 dirham bagi membantu kewangannya. Maka, berangkatlah beliau ke Parsi menuju pula ke Rom. Kemudian berangkatlah pula ke Hirah dan berehat sebentar di sana. Daripada Hirah beliau menuju ke Palestine, dan berehat seketika di kota Ramlah iaitu sebelah selatan Baitul Maqdis. Di setiap negeri-negeri tersebut beliau menambah ilmunya melalui para ulama’ di situ. Disamping itu, beliau juga menyebarkan isi kandungan kitab Muwaththa’. (Shaaban, 1994:150)
Ketika Imam Syafie berada di kota Ramlah, datanglah sekumpulan unta dari kota Madinah, lalu beliau menayakan khabar Imam Maliky kepada mereka. Terdetik di hati Imam Syafie untuk pulang ke Madinah. Dengan membeli seekor unta, Imam Syafie pulang ke Madinah dan singgah solat Asar di masjid Nabawi. Kebetulan pada ketika itu Imam Maliky sedang mengajar di masjid tersebut dan apabila beliau melihat wajah Imam Syafie, lalu segera dia menghormati kedatangan Imam Syafie. Setelah itu Imam Maliky menyuruh Imam Syafie megambil alih pengajarangnya pada hari itu. Bermulai hari itu, Imam Syafie membantu pimpinan dan pengajarang Imam Maliky sehingga beliau meninggal dunia iaitu pada bulan RabiulAwal tahun 179 Hijrah. (Shaaban, 1994:166-167)
Setelah Imam Maliky meninggal dunia, wakil negeri Yaman amat teruja dengan peribadi dan kepintaran Imam Syafie maka dengan itu tertariklah wakil negeri Yaman untuk berjumpa dengan beliau. Oleh itu, Imam Syafie dilantiklah menjadi penulis negeri Yaman dan berangkatlah beliau ke negeri tersebut. Setelah tiba di ibu kota negeri Yaman beliau dilantik pula menjadi setiausaha negeri Yaman dan bekerja di jabatan yang terpenting. Ketika itu usia Imam Syafie adalah 29 tahun dan masih belum berkhawin, dengan persetujuan wakil negeri Yaman dan lain-lain, beliau berkhawin dengan seorang puteri bangsawab iaitu Siti Hamidah btNafi’, dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Abu ‘Uthman, Fathimah dan Zainab. Selama di Yaman Imam Syafie berusaha menuntut ilmu berkenaan sifat dan thabiat seseorang “physiognomy”. (Khalil, 1997:206)
Setiap umat pasti menempuhi dugaan termasuk juga Imam Syafie. Disebabkan Imam Syafie pada ketika itu sangat disayangi maka timbul segala perasaan iri hati dan dengki. Berhubung dengan itu, terdapat beberapa orang yang melaporkan pada ketua Baghdad iaitu Harun Ar-Rasyid bahawa Imam Syafie termasuk dalam seorang pemimpin yang aktif dan berpengaruh besar dalam pergerakan kaum Syiah. Kaum Syiah dianggap merupakan suatu kaum yang berpontensi untuk merobohkan pemerintahan Bani Abbasiyah dan menubuhkan pemerintahan sendiri iaitu golongan ‘Allawyyin. Oleh kerana, Yaman berada di bawah pemerintahan Harun Ar-Rasyid maka, baginda telah mengirimkan surat ke Yaman menyampaikan ancaman kepada kaum Syiah dan juga tertulis nama Imam Syafie di dalam surat tersebut. Tetapi pada hakikatnya Imam Syafie tidak terlibat dengan puak Syiah. Maka, pada suatu hari Ar-Rasyid memerintahkan untuk menagkap penganjur dam pemimpin puak Syiah, Imam Syafie juga turut ditangkap. Dengan bukti yang ada Imam Syafie terbukti tidak bersalah. (Rafi, 1990:45)
Selama Imam Syafie berada di Baghdad, sering kali beliau menghadiri pertemuan bersa ulama’-ulama’ disana bagi menukarkan pandangan dan fikiran mengenai masalah-masalah agama. Imam Syafie juga sering kali menghadiri majlis yang dianjurkan para ‘ulama seperti Imam Waki’ binJarrah, Abu Usamah dan lain-lain. Setiap masalah yang timbul pasti dapat diselesaikan dahulu oleh beliau, dengan itu mereka telah berpakat untuk mencari suatu masalah yang besar lalu dikemukan kepada Imam Syafie. Di hadapan Ar-Rasyidin, Imam Syafie mampu menjawab maslah tersebut dengan tepat. Dengan itu tertariklah baginda Ar-Rasyidin terhadap kecerdasan Imam Syafie dan menawarkan jawatan Qadhi kepada beliau, tetapi Imam Syafie menolak jawatan tersebut. (Ghazali, 2002:98)
Imam Syafie membuat keputusan untuk kembali ke Makkah, dikala itu itu ibunya telah meninngal dunia. Sepanjang 17 tahun beliau berada di Makkah menyebarkan mazhab beliau melalui perantaraan para jemaah haji yang dating setiap tahun ke Makkah bagi menunaikan haji. Beliau amat terkenal dengan ilmu mengenai tafsir Al-Quran, ilmu hadith, ilmu fiqh, ilmu lughat, ilmu firasat dan sebagainya. Sepanjang beliau berada di Makkah, beliau mendapat pelbagai khabar dari Baghdad antaranya ialah kewafatan Imam Abu Yussuf iaitu pada tahun 182, kemudian pada tahun 188 Hijrah pula ialah kewafatan Imam Muhammad bin Al- Hassan, maka pada tahun 193 pula sampailah berita kewafatan Harun Ar-Rasyid dan diikuti oleh kewafatan Al-Amin bin Harun Ar-Rasyid. (Ghazali, 2002:55)
Antara pesanan Imam Syafie mengenai aliran mazhabnya yang diriwayatkan oleh Imam Ar-Rabi mengatakan tiap-tiap apa yang berlaku daripada sunnah Rasulullah padahal bersalahan dengan mazhabku, maka tinggalkanlah mazhabku. Selain itu, Imam Ar-Rabi juga ada mengatakan bahawa beliau pernah mendengar Imam Syafie berkata “tiap-tiap masalah yang telah aku bicarakan, yang padanya ada hadith yang sahih dari Rasullulah menurut pandangan ahli hadith, padahal bersalahan dengan apa yang telah ku katakana maka akan ku rujuk kembali baik di waktu hidupku mahupun sesudah matiku”. Malahan Imam Syafie juga mengatakan sekiranya didapati sesuatu yang menyalahi sunnah Rasulullah maka hendaklah kamu mengatakan dengan sunnah Rasulullah dan tinggalkanlah apa yang telah dikatakan oleh Imam Syafie. Imam Abu Tsaur juga pernah mendengar Imam Syafie mengatakan bahawa semua hadith nabi yang sahih itu adalah perkataan beliau walaupun sebelum ini belum pernah didengari. (Munir, 1889:167)
Dasar-dasar mazhab Imam Syafie adalah daripada Al-Quran, dimana beliau mengambil daripada makna yang lahir kecuali didapati mempunyai alasan yang menujukkan bahawa makna itu harus diguna pakai. Seterusnya As-Sunnah, beliau mengambil sunnah nabi untuk dijadikan dalil bagi mencukupi syarat-syaratnya. Yakni, selagi perawi hadith itu seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan berhubung terusa dengan nabi. Ijma’, beliau menetapkan adanya ijma’ para sahabat apabila tidak berlaku perbantahan diantara satu sama lain dan mencapai kata sepakat. Qiyas pula digunakan apabila sudah didapati tiada dalil yang terang dari Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’. Qiyas juga digunakan apabila dalam keadaan yang memaksa, tetapi Imam Syafie tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman secara qiyas. Akhir sekali adalah istidlal dimana beliau mencari alasan berlandaskan undang-undang tanpa mengunakan pendapat fikiran manusia. (Munir, 1889:167-168)
Setiap yang hidup pasti menemui mati begitu juga dengan Imam Syafie yang semakin hari semakin keadaan sakit beliau semakin parah. Di kala itu, beliau merasakan bahawa beliau akan wafat di Mesir dan beliau meminta wali negeri Mesir untuk memandikan jenazah beliau kelak. Pada hari Khamis malam Jumaat tanggal 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masehi wafatlah beliau dengan tenang. Jenazah beliau dikebumikan pada 30 Rejab selepas waktu Asar dan dimaqamkan di perkuburan banu Zahrah yang terkenal sebagai kawasan perkuburan anak keturunan Abdul Hakam. (Shaaban, 1994:153-154)

Kesimpulan
Berdasarkan beberapa sumber rujukan yang diperolehi ternyata menerangkan kerajinan Imam Syafie dalam menuntut ilmu pengetahuan dalam keadaan yang serba sederhana dan sifat peribadi beliau yang begitu unggul. Kerajinan beliau terbukti apabila beliau merantau ke merata negeri semata-mata bagi mengutip banyak pengalaman di negeri-negeri orang serta mendalami segala ilmu pengetahuan di setiap negeri yang disinggahi olehnya. Beliau juga mempunyai ramai guru dan anak murid. Antara anak muridnya ialah Imam Abu Tsaur, Imam Al-Hassan, Imam Ahmad bin Hambal, Imam Yusuf bin Yahya, Imam Abu Ibrahim dan yang lain-lain. Malahan Imam Syafie juga mempunyai mazhab-mazhabnya yang tersendiri. Selain itu juga, Imam Syafie mengarang pelbagai jenis kitab seperti Ar-Risalah yang membicarakan mengenai ilmu fiqh. Di dalam kitab ini beliau membicarakan dengan jelas mengenai hukum-hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah. Kitab yang seterusnya ialah kitab Al-Umm, kitab ini merupakan antara kitab yang membicarakan secara teliti mengenai ilmu fiqh dan menunjukkan kebijaksanaan Imam Syafie. Kitab-kitab lain karanagn beliau adalah kitab Jamiul-Ilmi, Ibthahul-Istithan, Ar-Raddhu, Siyarul-Auza’y, ikhtilaful-hadiths dan Al-Musnad. Selain itu terdapat juga kitab yang ddikarang oleh Imam Syafie yang masih lagi digunakan sehingga sekarang seperti Kitab Al-Fiqqih, Al-Mukkhtasharul-Kabir dan Mukkhtasharul-Shaghir. Ketika menuntut ilmu pengetahuan juga Imam Syafie mendapat ujian apabila beliau ditangkap oleh pemerintah Baghdad atas tuduhan cuba menjatuhkan pemerintahan di Baghdad melalui puak Syiah, beliau juga hampir dihukum bunuh oleh Ar-Rasyidin. Dengan kuasa Allah beliau terselamat daripada tuduhan tersebut malahan Ar-Rasyidin menjadi kagum dengan kepandaian Imam Syafie menyelesaikan suatu masalah yang timbul. Beliau juga telah meneroka pelbagai cabang dan bidang ilmu terutamanya berkaitan dengan ilmu fiqh. Malahan Imam Syafie juga terkenal dengan ilmu kesusteraan dimana beliau mampu megubah syair-syair yang hebat. Antara ilmu lain yang diterokai Imam Syafie adalah ilmu tauhid, ilmu megenai sifat dan thabiat manusia serta pelbagai lagi cabang ilmu yang diterokai dan dipelajari beliau sepanjang mengembara dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Selain itu beliau juga telah mampu menghafal dan memahami isi kandungan kitan Al-Muwathathak karangan Imam Maliky dalam usia yang muda. Akhirnya pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820, Imam Syafie meninggal dunia di Mesir.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Riwayat Hidup Nabi Isa A.S

SINOPSIS
Isa merupakan seorang nabi yang penting dalam agama Islam. Dalam Kitab Suci Al Qur'an, ia digelar Isa ibni Maryam atau Isa al-Masih. Kata ini diperkirakan berasal dari bahasa Aram, Eesho atau Eesaa. Jesus Christ adalah nama yang umumnya diguna pakai oleh pengganut Kristian untuk menyebutnya, sedangkan orang Arab Kristian menyebutnya dengan Yasu' al-Masih. Salasilah nabi Isa datang daripada nabi Ibrahim melalui puteranya Ishak. Isa adalah salah satu nabi yang tergolong dalam ulul azmi, yakni nabi dan rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa bersama dengan (Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ., Nabi Ibrahim a. s., Nabi Musa a. s. dan Nabi Nuh a. s. ). Isa diutus untuk kaum bani Israel. Isa bukanlah Tuhan mahupun anak Tuhan, melainkan salah seorang manusia biasa yang diangkat menjadi nabi dan rasul sebagaimana juga setiap nabi lain yang diutus pada kaum masing-masing. Kelahiran Isa terjadi dengan ajaib, tanpa ayah kandung, atas kekuasaan Tuhan. Ibunya (Maryam) adalah dari golongan mereka yang suci serta masih perawan dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Isa memiliki beberapa keajaiban atas kekuasaan Tuhan. Di samping kelahirannya, baginda mampu bercakap-cakap sewaktu berusia hanya beberapa hari, Isa bercakap dan membela Ibunya dari tuduhan penzinaan. Dalam Qur'an juga menceritakan kisah baginda menghidupkan orang yang sudah mati, menyembuhkan buta dan sopak. Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib, Tuhan membuatnya kelihatan seperti itu untuk mengelapkan musuh-musuhnya. Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa salah seorang musuhnya, Yahudza diserupakan dengan dia, sedangkan Isa sendiri diangkat terus ke syurga dan musuhnya yang diserupakan tadi adalah orang yang disalib. Sementara pendapat lain (antara lain Ahmad Deedat) mengatakan bahawa Isa benar-benar disalib namun tidak hingga mati kemudian diangkat ke syurga. Terdapat pula pendapat lain yang mengatakan bahawa yang disalib oleh tentara Rom bukan Isa melainkan Yudas Iskariot. Isa masih hidup dan berada di syurga, suatu hari baginda akan datang kembali ke bumi untuk melawan Dajjal dan merupakan salah satu tanda-tanda dekatnya hari kiamat.

Pendahuluan
Nabi Isa adalah salah seorang daripada 25 rasul yang patut dan wajib diingati. Baginda juga adalah salah seorang daripada penerima kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala  Kitab yang diturunkan itu bernama Injil. Kitab ini mengandungi pelbagai nasihat dan penjelasan hukum sebagai pedoman hidup bagi umatnya iaitu Bani Israil. Baginda ialah utusan Allah Subhanahu wa ta’ala yang ke-24 yang diutuskan di dunia ini untuk mengajar manusia mengenal Allah Subhanahu wa ta’ala yang maha esa. Dalam Kitab Suci Al Qur'an, ia digelar Isa ibni Maryam atau Isa al-Masih. Perkataan ini berasal dari bahasa Aram, Eesho atau Eesaa. Jesus Christ adalah nama yang umumnya diguna pakai oleh pengganut Kristian untuk menyebutnya, sedangkan orang Arab Kristian menyebutnya dengan Yasu' al-Masih.
Nabi Isa di lahirkan oleh ibunya yang bernama Maryam dengan tidak berbapa dan tidak berbidan. Kelahiran Nabi Isa sama dengan keadaan kelahiran Nabi Adam dan isterinya, Hawa, yang mana kedua-dua hamba Allah itu lahir ke dunia ini dengan tidak berbapa dan tidak beribu. Peristiwa yang serupa ini tidak boleh dianggap satu peristiwa yang mustahil kerana wujudnya satu-satu benda di alam dunia, adalah dalam qadbah (genggaman) Allah, yang bergantung kepada kudrat dan iradatNya yang wahidul qahhar (Tuhan yang maha esa lagi maha perkasa).
Oleh itu kita menegaskan, bahawa dakwaan orang-orang Kristian yang mengatakan Nabi Isa itu anak Tuhan adalah bertentangan dengan akal manusia. Kalaulah umpamanya, kita katakan, Nabi Isa ialah anak Tuhan maka bererti Maryam itu adalah isteri Tuhan. Adakah perkara ini dapat diterima oleh akal kita? Tuhan yang bersifat qadim (sedia), beristerikan manusia yang bersifat hadith (baharu). Tentu sekali tidak dapat diterima oleh akal, kerana yang bersifat ketuhanan itu tidak sesekali berkehendak dan berhajat kepada apa-apa pun.
Menurut kepercayaan umat Islam yang diajarkan oleh Qur’an, Nabi Isa bukanlah Tuhan, dan bukan pula anak Tuhan. Begitu juga ibunya, Maryam, bukan isteri Tuhan. Nabi Isa hanyalah seorang manusia biasa, yang diutuskan oleh Tuhan menjadi sebagai rasul, untuk memimpin orang-orang Nasrani ke jalan yang diredhai Tuhan. Manakala ibunya, Maryam ialah seorang wanita, ahli ibadat, yang bersifat jujur. Cerita tentang Isa kemudian berlanjut dengan pengangkatannya sebagai utusan Allah, dikhianati oleh pengikutnya dan berakhir dengan pengangkatannya ke syurga.

Kelahiran
Berdasarkan Al-Quran, Nabi Isa Al-Masih telah dilahirkan di bawah sebatang pokok tamar (kurma) di suatu tempat yang diberi nama Bethlehem, Palestin. Kelahiran Isa dianggap ajaib, diceritakan dalam beberapa ayat dalam Al-Qur'an. Dalam cerita Islam disebutkan datangnya malaikat kepada Maryam mengkhabarkan bahawa dia akan segera melahirkan seorang putera
• (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah) (Qur'an surat Ali Imran ayat 45).
Maryam kemudian terkejut dan menjawab kepada Malaikat itu bahawa dia tidak pernah disentuh seorang lelaki pun. Jibril kemudian menjawab:
• Jibril berkata: "Demikianlah". Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagiKu; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan". (Qur'an surah Maryam ayat 21)
•... Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. (Qur'an surah Maryam ayat 35)
Beberapa ayat lain berkaitan dengan kelahiran Isa antara lain:
• Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia. (Ali Imran 3:59)
• Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh) nya roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam (Surah Al Anbiyaa' ayat 21)
Husny, Abu (1967). Nabi Isa Dalan Pandangan Islam. Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara. (halaman 4-9)

Sebagai seorang nabi
Setelah Nabi Isa berusia lebih kurang 30 tahun, baginda dilantik oleh Allah Subhanahu wa ta’ala menjadi rasul yang ke-24 kepada kaum Bani Israil untuk memimpin mereka kepada jalan yang benar dengan mengenal Tuhan yang maha esa.
Beberapa ayat dari Al Qur'an yang menegaskan tentang kenabian Isa antara lain:
• Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku kitab suci (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. (Surah Maryam ayat 30-35)
• Dan tatkala Isa datang membawa keterangan dia berkata: "Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa hikmat dan untuk menjelaskan kepadamu sebagian dari apa yang kamu berselisih tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah (kepada) ku". Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah Dia, ini adalah jalan yang lurus. Maka berselisihlah golongan-golongan (yang terdapat) di antara mereka, lalu kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang zalim yakni siksaan hari yang pedih (kiamat). (Surah Az Zukhruf 63-65)
• Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Surah Al Maa'idah ayat 75)
• Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib". Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan) nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. (Surah Al Maa'idah ayat 116-117)
Husny, Abu (1967). Nabi Isa Dalan Pandangan Islam. Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara. (halama 36-37)

Nabi Isa dan mukjizat
Setiap rasul telah dilebihkan oleh Allah dengan kelebihan. Mereka mendapat kurnia yang banyak dari Allah dengan bermacam cara. Demikian pula dengan Nabi Isa A. S. Baginda pun mempunyai mukjizat (kejadian yang luar biasa) yang terdapat dalam diri Nabi Isa A. S. dengan izin Allah sebagai bukti dari kerasulannya.
Di antara Mukjizat Nabi Isa adalah:
• Dapat menjadikan burung dari tanah.
• Dapat menyembuhkan orang buta dan penyakit kusta
• Menghidupkan orang mati dengan izin Allah.
• Turunnya makanan dari langit dan sebagainya.
Al Qur'an juga menceritakan perihal Nabi Isa yang diberikan mukjizat oleh Tuhan.
• Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian (dari) mereka atas sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa darjat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya. (Surah Al Baqarah ayat 253)
• (Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan ijin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata". (Al Maa'idah ayat 110)
Ahnan, Maftuh (1983). Mutiara Kisah : 25 Nabi Rasul. (halaman 157-158)

Al Maidah (hidangan dari langit)
Hawariyin, pengikut-pengikut setia Nabi Isa a. s. meminta kepadanya agar Allah menurunkan untuk mereka Al Maa'idah (hidangan makanan) dari langit, yang kononnya kalau ada hidangan turun dari langit, tentu mereka akan bertambah kuat keimanan dihati mereka itu.
• (Ingatlah), ketika sahabat-sahabat (Hawariyin) Nabi Isa berkata: "Hai Isa putera Maryam, sanggupkah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?. " Isa menjawab: "Bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang yang beriman. " (Al Maidah: ayat 112)
• Mereka berkata: "Kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahwa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu. " (Al Maidah: ayat 113)
• Isa putera Maryam berdoa: "Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama. " (Al Maidah: ayat 114)
• Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun di antara umat manusia. " (Al Maidah: ayat 115)
Husny, Abu (1967). Nabi Isa Dalan Pandangan Islam. Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara. (halaman 48-49)

Isa tidak dibunuh ataupun disalib
Al-Qur'an menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala seperti Nabi Isa as. (sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot)
• dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. (An Nisaa' : ayat 157)

Isa diselamatkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dengan diangkat ke langit
Nabi Isa as. diselamatkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala  dengan cara diangkat ke langit dan ditempatkan disuatu tempat yang hanya Allah Subhanahu wa ta’ala yang tahu. Al Qur'an menjelaskan tentang peristiwa penyelamatan ini.
• Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (An Nisaa':158)
Hawariyyun (12 orang) menjamah makanan moreh terakhir bersama dalam peristiwa (the last supper). Pada waktu itu Nabi Isa ada menyebutkan yang salah seorang dari kaum Hawariyyun akan mengkhianatinya. Dan manusia, dengan demikian darjat baginda telah ditinggikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dengan terhindar dari kematian di tiang salib.
Walaubagaimanapun, sebilangan besar umat Islam mempercayai Nabi Allah Isa telah diangkat beserta dengan jasad-jasadnya sekali ke sisi Allah. Hal ini berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku ketika Nabi Allah Isa bersama kaum tatkala ketika Nabi Isa bersama dengan kaum Hawariyyun di (Taman Gethsamani, BaitulMaqdis, Jerusalem) selepas makan moreh (untuk bertahannuth, bertaqarrub, bertasbih, dan berdoa kepada Allah) datang salah seorang dari kaum hawariyyun kepada Nabi Allah Isa yang digelar Yudas Iscariot, cuba untuk membisikkan sesuatu kepada nabi Allah Isa, sekumupulan kecil dari tentera Rom turut hadir dan menunggu diluar Taman Gethsamani bagi memastikan orang yang pertama yang keluar dari taman itu adalah Isa Al Masih yang dimaksudkan.
Namun kuasa Allah Yang maha Tinggi dan Terpuji serta kasih kepada Rasul dan hambanya, Allah telah menyelamatkan Nabi Isa ke langit dan serta merta menukarkan paras rupa Yudas supaya seiras dengan raut wajah Nabi Isa. Apabila tentera Rom mendapati bahawa orang yang keluar dari taman itu adalah berparas rupakan seseorang yang mirip dengan Isa putera Maryam, mereka menangkap Yudas dan dibawa ke muka pengadilan supaya dapat disalibkan.
Namun begitu, para pembesar Israel, Kesyatria Rom dan majlis kehakiman benar-benar bertelagah dan berasa was-was adakah orang yang dimaksudkan itu adalah Isa atau orang lain, hal ini kerana walaupun mukanya mirip muka Isa, namun perwatakan orang itu amat berbeza sekali dengan Nabi Isa. 11 orang kaum Hawariyyun yang lain pada peristiwa itu telah pun berpisah dan melarikan diri bagi mengelakkan diri mereka dikesan oleh para pembesar Israel. Namun tidak berapa lama kemudian mereka bertemu semula untuk memastikan diantara mereka sentiasa mempraktikkan segala ilmu duniawi dn ukhrawi yang telah diajarkan oleh Nabi Isa sebelumnya. Serta mereka mengharapkan kedatangan pemimpin yang masyhur yang dijanjikan kedatangannya oleh Allah iaitu Nabi Muhammad Rasullullah.
Husny, Abu (1967). Nabi Isa Dalan Pandangan Islam. Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara. (halaman 53-55)

Nabi Isa akan wafat
Janji Allah pasti berlaku pada semua hambanya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa. Pada suatu hari nanti dimana Nabi Isa akan turun ke dunia untuk memimpin manusia untuk memerangi Dajjal. Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman dan tumpasnya Dajjal, Allah Subhanahu wa ta’ala akan mewafatkan Nabi Isa. Hanya Allah Subhanahu wa ta’ala saja yang tahu bila dan dimana Nabi Isa akan diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa as. dunia kemudian akan mengalami kiamat.
Ahnan, Maftuh (1983). Mutiara Kisah : 25 Nabi Rasul. (halaman 159-160)

Kesimpulan
Nabi Isa adalah salah satu nabi yang tergolong dalam ulul azmi, yakni nabi dan rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa bersama dengan (Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ., Nabi Ibrahim a. s., Nabi Musa a. s. dan Nabi Nuh a. s. ) iaitu nabi dan rasul yang mendapat banyak rintangan dan cabaran semasa berdakwah untuk ke jalan yang benar. Nabi Isa diutus untuk kaum bani Israel. Nabi Isa bukanlah Tuhan mahupun anak Tuhan, melainkan salah seorang manusia biasa yang diangkat menjadi nabi dan rasul sebagaimana juga setiap nabi lain yang diutus pada kaum masing-masing. Baginda seorang yang taat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala  Semasa Nabi Isa berdakwah, beliau mendapat banyak rintangan antaranya Nabi Isa dicemuh, diejek dan difitnah, baginda dan ibunya dihalau dari negerinya, dituduh sebagai pendusta dan ahli sihir, baginda dikhianati oleh pengikutnya sendiri, diancam bunuh dan pelbagai. Namun baginda menghadapinya dengan tabah dan sabar. Nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dari dibunuh oleh musuhnya dengan diangkat ke langit. Isa masih hidup dan berada di syurga, suatu hari baginda akan datang kembali ke bumi untuk melawan Dajjal dan merupakan salah satu tanda-tanda dekatnya hari kiamat. Banyak teladan yang dapat kita ambil dari kisah Nabi Isa buat sebagai contoh dan ikutan dalam kehidupan kita. Wallahu a’lamu bishowab

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: RIWAYAT HIDUP AL-FARABI

SINOPSIS
Al-Farabi merupakan seorang ilmuan Islam yang menguasai pelbagai ilmu pengetahuan tetapi beliau lebih cenderung dalam bidang falsafah dan mantiq. Sepanjang hayatnya al-Farabi kerap mengembara di samping berguru dengan ahli pujangga dan ahli falsafah yang masyhur untuk mendalami ilmunya. Beliau merupakan tokoh falsafah Islam yang sangat gigih dalam bidang penulisannya dan dikatakan menulis sekitar 100 karya ilmiah yang merangkumi pelbagai tema. Antara karyanya yang terkenal ialah kitab “Fi Mabadi Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah” yang menjelaskan tentang Teori Kemasyarakatan dan Kenegaraan al-Farabi. Al-Farabi tidak pernah mengambil usaha untuk mencatatkan sendiri peristiwa-peristiwa di dalam penghidupannya sejak dari kecil hinggalah ke zaman penhujung hayatnya. Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu dan beliau telah mengklafikasikan berbagai ilmu tersebut kepada cabang ilmu kepada lapan kumpulan utama. Antara penulisan yang pernah al-Farabi tulis seperti membincangkan tentang fizik, falsafah tabii yang berkaitan dengan psikologi malah beliau juga pernah menulis tentang ilmu muzik. Penulisan al-Farabi juga melibatkan ilmu metafizikal yg berbagai dan berjumlah lima belas buah. Selain itu, al-Farabi juga lebih cenderung kepada politik dan beliau juga menyatakan pemimpin merupakan individu yang penting dalam pembentukan sesebuah negara. Pemimpin sangat diperlukan untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian sesebuah masyarakat dalam sebuah negara. Oleh itu beliau mengatakan yang pemimpin juga merupakan seorang tokoh falsafah. Tokoh falsafah juga sentiasa berpegang pada panduan berfikir iaitu berfikir dahulu sebelum bertindak. Hal ini adalah sangat sesuai untuk diaplikasikan ketika memimpin sesebuah negara. Oleh itu, adalah sesuai seseorang itu menjadi pemimpin jika mempunyai ciri-ciri tersebut agar negara yang dipimpinnya itu menjadi aman, makmur dan maju. Beliau juga pernah menyatakan yang seorang pemimpin itu perlulah sempurna dari sifat fizikal serta mental moralnya kerana fungsi ketua negara adalah amat berat dan merupakan asas keamanan sesebuah negara. Oleh kerana pelbagai falsafah serta penulisan yang dilakukan oleh al-Farabi telah menjadikan beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal dan disegani pada masa itu.

PENGENALAN DAN RIWAYAT HIDUP AL-FARABI
Al-Farabi merupakan tokoh ahli fakir yang terkenal terutama dalam bidang falsafah. Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Bin Tarchan. Sebelum ini antara gelaran beliau yang telah diberikan kepadanya seperti Abu Nasr, “al-Mu’allimu al-thani” (Guru Kedua). Namun panggilan yang paling masyhur adalah al-farabi. Beliau telah dilahirkan pada sekitar tahun 257-339H bersamaan dengan 870-950M, semasa pemerintahan Khalifah al-Muti’illah ‘ala’llah dan meninggal dunia semasa pemerintahan Abu al-Qasim al-Muti’llah pada tahun 861-945M. Tempat lahir beliau terletak di satu tempat yang bernama Wasij dalam daerah Farab, Transoxiana, Turki. Manakala, Al-Farabi dikatakan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 339H ketika berumur kira-kira lapan puluh tahun. Al-Farabi mempunyai keperibadian yang tinggi antaranya pernah di katakana bahawa beliau mempunyai atau memiliki daya akal yang sangat tinggi sejak dari awal lagi dan mempunyai kelebihan menguasai hampir kesemua bidang ilmu pengetahuan. Beliau telah mempelajari pelbagai pendidikan dan ilmu seperti fikah, tafsir, ilmu hadis dan arithmetic asas. Al-Farabi menjalani kehidupan di dunia ini berdasarkan sistemnya yang tersendiri. Beliau mengamalkan cara hidup zuhud dan lebih cenderung pada pengasingan diri ‘uzlah’, malah beliau juga tidak tertarik untuk tinggal di rumah besar yang penuh dengan kemewahan. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang tekun belajar dan menuntut segala jenis ilmu pengetahuan dan berminat mengikuti aliran pemikiran daripada berbagai-bagai ahli fikir. Beliau juga mengisi masa usianya dengan membaca dan menulis di samping membuat komentar terhadap tulisan falsafah dan mantiq Yunani. Beliau juga mempunyai keupayaan yang tinggi dalam penguasaan dan penggunaan bahasa sehingga dia dapat menguasai tujuh puluh dialek. Beliau juga pandai bermain alat muzik disamping menulis buku muzik dengan tujuan untuk memberi idea yang lebih baik terhadap buku Yunani yang dulunya mempunyai terdapat beberapa kekaburan di dalamnya. Al-Farabi menjalani asas pendidikan berdasarkan dua disiplin yang besar iaitu pertamanya pendidikan awal di tempat sendiri di Farab. Kedua ialah ilmu pengetahuan yang ditimba sepanjang pengajiannya dan pengembaraan di luar daerah Farab. Antara ilmu yang pernah dipelajari pada tahap pertama ialah fikah, hadis, tafsir al-quran dan bahasa. Selain itu, al-Farabi juga dilaporkan menuntut ilmu fizik, matematik, astronomi dan muzik. Mengenai pekerjaan hariannya Ibn Abi Usaybi’ah menyatakn bahawa al-Farabi sewaktu di negerinya adalah seorang kadi.

Hasil Karya Dan Peri Pentingnya

Al-Farabi menulis banya penulisan tentang hampir kesemua cabang ilmu yang diketahui wujud di zaman Pertengahan dengan satu pengecualian yang perlu dicatatkan iaitu bidang perubatan. Para biografi tradisional telah mengenal pasti lebih seratus karya yang ditulisnya. Beberapa di antaranya ilah karya-karya itu hanya berterusan wujud di dalam terjemahan Ibrani dan Latin. Sebilangan besar daripada karyanya yang terus tersimpan masih tinggal dalam bentuk manuskrip. Al-Farabi menulis kesemuanya karyanya di dalam Bahasa Arab. Secara umumnya para sarjana bersetuju bahawa kebanyakan hasil karyanya ditulis sama ada di Baghdad atau Damsyik. Di sebabkan penulisan tokoh ini meluas mencakupi bidang yang berbagai, maka ramai sarjana moden yang cuba mengenal pasti bentuk serta pola penulisannya serta titik asas kemiripan intelektualnya dengan mengklafikasikan ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian penulisannya lebih bermakna jika pembahagian itu menuruti pembahagian ilmu yang dikemukakan sendiri oleh al-Farabi di dalam kitab ihsa al-‘ulum. Di dalam Ihsa’ al-‘ulum, al-Farabi telah mengklasifikasikan berbagai-bagai cabng ilmu kepada lapan kumpulan utama; ilmu nahu dan linguistik, ilmu logik, ilmu matematik, ilmu fizik, ilmu metafizik, ilmu politik, ilmu fikah dan ilmu kalam. Bidang fikah mendapat catatan yang paling pendek di dalam perbincangan al-Farabi tentang cabang-cabang ilmu di dalam kitab yang dinyatakan. Bagaimanapun beliau lebih banyak berusaha kepada bidang logic berbanding dengan bidang lain. Beliau menulis syarah kepada keseluruhan karya logic Aristotle yang dikenali dengan nama Organan, termasuklah kategori, Heremenutika, Analitika Priora, Analitika Posteria, Topika, Sophistik atau Retorika dan Poetika. Sebuah karya yang penting lagi menarik ialah perbicaraan tentang hadis yang dikumpulnya dengan tujuan memberitahu dan membuktikan bahawa seni logik Aristotle sebenarnya digalakkan oleh hadis-hadis ini. Kedudukannya yang utama dalam bidang logik digambarkan oleh seorang hakim dan ahli sejarah idea Andalusia abad kelima bernama Said ibn Ahmad al-Andalusi. Kepakaran al-Farabi di dalam seni logic telah memenangi hati dan pujian bukan sahaja di kalangan generasi Muslim, malah juga oleh tokoh pemikir Yahudi di Zaman Pertengahan bernama Maimonides. (Bakar, 1991: 42-46)

Cabangan utama yang kedua daripada penulisan al-Farabi adalah membincangkan tentang fizik (tab’iyat). Di dalam cabangan ini, kita dapat membahagikan penulisan al-Farabi ke dalam tiga kategori utama. Pertama ialah kita dapati syarah ke atas beberapa buah penulisan Aristotle dan penafsir Greek bagi tokoh itu. Di antara yang terpenting di dalam kategori ini ialah Sharb kitab al-sama’ al-Tabi’ili Aristutalis (Syarah Tentang Ilmu Fizik Aristotle). Kategori kedua daripada cabang utama ini terdiri daripada beberapa buah risalah saintifik karangan tersendiri yang membincangkan tentang psikologi fakulti, zoology, meteorology, sifat ruang dan masa dan juga tentang vakum. Semua karya ini pada asasnya adalah sebuah risalah metafizik namun ia tetap penting bagi bidang fizik, Di dalam kategori yang ketiga dan terkahir kita dapati bahawa terdapat beberapa buah karya yang dikarang sebagai sanggahan kepada pandangan serta pendapat sesetengah ahli falsafah dah ahli kalam terutama tentang asoek khusus bagi falsafah tabii. Falsafah tabii risalahnya tentang psikologi yang paling penting. Ia juga boleh didapati di dalam kelompok karya sains politik (ketatanegaraaan) atau metafizik. Sebagai seorang yang mengamalkan tasawuf, al-Farabi lebih merupakan tabib jiwa berbanding dengan tabib jasad kerana beliau pernah menulis tentang pentingnya pengubatan dengan menggunakan kesan muzik terhadap jiwa. Di antara karyanya yang banyak bilangan di dalam ilmu muzik, kitab yang telah disebutkan ialah kitab al-musiqa al-kabir yang telah dianggap oleh orang ramai sebagai karya muzik yang paling penting tentang teori muzik di Zaman Pertengahan. (Bakar, 1991:49-50)
Di dalam bidang muzik, al-Farabi lebih daripada seorang pakar teori. Beliau juga merupakan seorang penggubah dan pemain muzik yang sangat hebat. Sebagai tambahan kepada kajian tentang muzik, kita juga perlu menyebut risalah beliau di dalam bidang ilmu yang bertajuk Fima yasihh wa ma la yasihh min ahkam al-nujum yang mana sebagai bukti yang al-Farabi tidak berkenan dengan menganggap astrologi sebagai satu ilmu yang sah. Kategori lain bagi penulisan al-Farabi melibatkan ilmu metafizikal yang berbagai dan berjumlah kira-kira lima belas buah. Di dalam kategori ini juga bentuk-bentuk atau jenis penulisan adalah di dalam bentuk pentafsiran, sanggahan, dan risalah-risalah karangan bebas. Dua buah karya yang penting yang berkaitan di antara satu sama lain ialah Maqalat fi aghrad ma ba’d al-tabi’iah dan Kitab al-huruf. Risalah metafizikal la-Farabi yang lain termasuklah yang masyhur, Fusus al-Hikam, KItab fi’lwahid wa’l-wandah. Fusus al-Hikam merupakan sebuah kitab al-Farabi yang masyhur dan berpengaruh secara berterusan di dunia Timur di dalam bidang metafizik. Sebagai tambahan kepada senarai karya metafizik yang dikemukakan di atas, patut disebut juga karya-karya al-Farabi seperti Ta’liqat fil-hikmah dan Kitab fi zuhur al-falsafah. Karya-karya ini membicarakan tentang punca metafizikal dan pernyataan sejarah bag Sophia atau hikmah. Walaupun al-Farabi menulis beberapa buah karya yang menyentuh tentang aspek khusus linguistic dan ilmu kalam, namun satu-satunya lagi kategori utama penulisan beliau yang perlu dititk berat ialah tentang falsafah politik atau sains kemsyarakatan. Karya al-Farabi tentang akhlak dan etika juga adalah salah satu karya yang termasuk di dalam kategori ini. Tema asas di dalam falsafahnya bagi bidang ini ialah kebahagiaan sebenar yang baginya adalah”kebahagiaan” duniawi dan kebahagian abadi di dalam penghidupan di hari kemudian. Karya beliau di dalam bahagian ini termasuklah kitab ara’ ahl al-madinat al-fadilah, Kitab al-siyasat al-madaniyah, Kitab al-millat al-fadilah. Karya-karya al-Farabi tentang politik yang merupakan karya-karya yang terakhir ditulisnya daripada karya-karyanya yang lain. Penulisan al-Farabi tentang politik mempengaruhi para pemikir Muslim dan Yahudi sehinggakan Ibn Rushd tokoh yang berbanding dengan ahli falsafah lainnya, jelas dipengaruhi oleh al-Farabi sehingga mempertahankan teori kenabian al-Farabi yang dikritik oleh al-Ghazali. Karya-karya al-Farabi tentag politik yang merupakan karya-karya yang terakhir ditulisnya daripada karya-karyanya yang lain dan di dalam satu suasana kejatuhan daripada segi mutu dan nilai penghidupan berpolitik, merupakan percubaan yang paling awal di dalam Islam di dalam memberi gambaran ilmiah dan kefalsafahan tentang apa itu yang dikatakan kerajaan dan masyarakat yang sempurna. Pengetahuannya tentang karya Plato iaitu Republic dan Laws menyediakan beliau dengan bahan-bahan intelektual untuk membentuk gagasan falsafah dan membuat analisis kefalsafahan sejauh mana karya klasik Greek ini bersesuian dengan doktrin politik dan agama di dalam Islam. Tokoh ‘nabi-raja’ yang dikemukan oleh Plato ditafsirkan oleh al-Farabi sebagai merujuk kepada nabi yang membawa syari’ah atau peraturan dan undang-undang Ilahi seperti yang terdapat di dalam tradisi rumpun agama Nabi Ibrahim. (Bakar, 1991:50-58)

PEMIMPIN NEGARA HARUSLAH SEORANG TOKOH FALSAFAH
Al-Farabi merupakan ahli falsafah Islam yang cenderung dalam bidang politik. Beliau banyak menghasilkan buku yang membincangkan tentang falsafah dan teori politiknya. Berdasarkan kitab yang dihasilkannya, iaitu “Fi Mabadi Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah” di dalam tajuk Konsep Ketua Negara Terbaik, beliau menekankan supaya seseorang pemimpin negara haruslah seorang tokoh falsafah (philosopher-king). Merujuk kepada falsafah yang dikemukakan oleh al-Farabi itu, dapatlah diberi sedikit kupasan seperti berikut: Pemimpin merupakan individu yang penting dalam pembentukan sesebuah negara. Pemimpin sangat diperlukan untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian sesebuah masyarakat dalam sebuah negara. Perpaduan dan keharmonian tidak akan wujud dalam sesebuah negara sekiranya tiada seseorang yang memimpin bagi menunjukkan jalan untuk mencapai matlamat negara itu iaitu membentuk perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat. Seseorang pemimpin negara itu mestilah memiliki kemampuan dan keupayaan dari segi fizikal dan mental untuk menghubungkaitkan antara manusia dengan alam dan tuhan bagi mewujudkan keseimbangan makrokosmos. Pemimpin negara haruslah seorang tokoh falsafah adalah amat bertepatan dengan pengertian falsafah itu sendiri yang menerangkan bahawa falsafah itu merupakan ilmu, penyelidikan, atau pengajian yang berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) bagi merumuskan hakikat alam yang dilihat secara kesatuan dengan mengambil hasil kajian iaitu fakta dan data dari semua aspek alam semesta atau alam wujud iaitu dari semua disiplin ilmu dan membuat kesimpulan tentang hakikat kewujudan alam semesta secara keseluruhannya. Hal ini membuktikan bahawa seseorang pemimpin negara haruslah seorang tokoh falsafah. Seorang tokoh falsafah akan sentiasa berfikir secara mendalam tentang hakikat kejadian sesuatu dengan mengambil serta melihat dari semua aspek sebagai satu kesatuan. Selain daripada itu, tokoh falsafah juga memiliki keupayaan berfikir yang tinggi. Sehubungan itu, taraf pemikiran yang tinggi yang dimiliki oleh tokoh falsafah akan membolehkannya menjadi seorang pemimpin yang berupaya memahami hakikat sesuatu kejadian bagi memimpin serta mentadbir untuk membentuk sesebuah negara. Kaedah yang digunakan sekiranya tokoh falsafah sebagai pemimpin negara adalah berdasarkan renungan, pentaakulan, dan hujahan yang logikal dan rasional di samping menggunakan akal sebagai pengukur kebenaran. Oleh itu, adalah sesuai jika seseorang pemimpin negara itu adalah seorang tokoh falsafah. (Zakaria, 1996:20-28)
Pemimpin sesebuah negara akan memikul tanggungjawab memimpin, merancang, dan melaksanakan pembangunan sosial dan ekonomi negara dalam pelbagai situasi. Sehubungan itu, sekiranya pemimpin negara merupakan seorang tokoh falsafah, maka dia akan sentiasa merujuk kepada penggunaan akal dan sentiasa meletakkan akal fikiran sentiasa berada di tempat yang teratas. Hal ini dapat diperjelaskan bahawa seseorang tokoh falsafah itu akan sentiasa berfikir dengan akal mengikut kaedah, peraturan serta batasan pemikiran kerana ia merupakan panduan dan pegangan bagi seseorang tokoh falsafah. Tokoh falsafah juga sentiasa berpegang pada panduan berfikir iaitu berfikir dahulu sebelum bertindak. Hal ini adalah sangat sesuai untuk diaplikasikan ketika memimpin sesebuah negara. Oleh itu, adalah sesuai seseorang pemimpin negara itu ialah seorang tokoh falsafah. Salah satu ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah bersikap adil dalam semua tindakan sama ada kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain. Perpaduan dan keharmonian wujud sekiranya setiap tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya adalah betul dan wajar. Keadilan tidak akan wujud sekiranya tiada ilmu. Sehubungan itu, tokoh falsafah melihat sesuatu ilmu sebagai satu kesatuan atau menyeluruh dan dihuraikan secara holistik. Ilmu yang benar akan mendorong seseorang untuk mengambil tindakan dan keputusan yang tepat dan wajar. Selain itu, seseorang tokoh falsafah tidak akan terfokus kepada satu bidang ilmu sahaja tetapi melihat bidang ilmu itu secara menyeluruh atau sebagai satu kesatuan dan dihuraikan secara holistik. Tokoh falsafah menjelaskan bahawa ilmu falsafah dan ilmu logik tidak boleh dipisahkan. Ilmu falsafah digunakan untuk mencari kebenaran manakala ilmu logik dapat digunakan untuk menentukan bahawa sesuatu hakikat kejadian itu antara benar dengan yang palsu. Kebenaran yang mutlak hanya dapat ditentukan oleh wahyu yang bersumberkan kepada al-Quran dan hadis dan sesuai diaplikasikan semasa mentadbir sesebuah negara.. (Zakaria, 1996:53-60)

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan daripada falsafahAl-Farabi, ternyata falsafahnya agak meluas. Betapa tingginya ilmu beliau dalam menghuraikan ilmu falsafah. beliau banyak mengkaji sifat-sifat manusia serta sifat disebalik diri manusia. Ilmu ini dihuraikan dalam bentuk falsafah. Selain itu, prinsip-prinsip alam semesta serta kejadian alam semesta turut dikaji serta dibuat perbandingan dengan ahli falsafah Yunani, seperti Plato, Aristotle, dan Socrates. Sebab itu Al-Farabi dikatakan terpengaruh dengan pemikiran tokoh falsafah Yunani. Sesungguhnya ilmu falsafah itu mencerminkan segala keilmuan yang ada di dunia ini. Beliau juga mengemukakan beberapa teorinya dalam bidang falsafah politik dengan menerapkan elemen-elemen daripada teori nilai, logik, etika, dan falsafah agama. Karya-karya yang dihasilkannya merupakan suatu pemikiran yang khusus berkenaan al-Farabi yang dapat digunakan untuk membezakan antara karya-karya yang dihasilkannya dengan karya-karya tokoh-tokoh falsafah yang lain. Penulisan Al-Farabi mencakupi setiap bidang ilmu. Idea beliau juga mempengaruhi daripada segi keintelektualan ke atas dunia Islam di Timur dan juga dunia Latin di Barat. Beliau pernah menghuraikan secara terperinci pandangan tokoh falsafah Aristotle dalam bidang Fizik Meteorologi dan Logik. Berdasarkan pemikiran intelektual itulah, beliau diberi gelaran utama al-Mu’allim al-Thani (guru yang kedua). Dari sudut peribadi, falsafah-falsafah yang terdapat dalam kitab “Ara Ahl al-Madianah al-Fadilah”menunjukkan tentang pemikiran al-Farabi yang mementingkan perpaduan, kesejahteraan, keharmonian, dan persefahaman dalam membentuk sesebuah negara. Pemimpin atau ketua negara haruslah seseorang manusia sempurna yang meliputi sifat-sifat fizikal, mental serta moralnya. Fungsi ketua negara adalah amat berat dan merupakan asas keamanan sesebuah negara bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu, bertaqwa, dan bermatlamatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Selain itu, terdapat banyak daripada pemikiran dan pandangannya yang masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini yang msih boleh diguna pakai dan pengislaman sains dan falsafah Greek yang diusahakannya perlu mendapat perhatian yang wajar daripada kalangan sarjana Muslim hari ini.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Riwayat Hidup Nabi Musa A. S dan Sumbangannya

SINOPSIS
Nabi Musa membesar dalam istana Firaun. Beliau memiliki kekuatan jiwa raga yang sangat hebat. Dan ingatlah ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak boleh sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, Agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi, iaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya dan bawah merahnya. " Musa berkata: "Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta. Dan Kami telah janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya, iaitu Harun: "Gantilah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakkan. Dan tatkala Musa datang untuk munajat dengan Kami pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku nampakkanlah (Zat Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau. "Tuhan berfirman: "Kamu sesekali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku. " Tatkala Tuhannya nampak bagai gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada-Mu dan aku orang yang pertama beriman. Allah berfirman: "Hai Musa sesungguhnya Aku memilih kamu lebih dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. Dan Kami telah tuliskan untuk Musa (Taurat) segala sesuatu sebagai pengajaran bagi sesuatu. Maka Kami berfirman: "Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada (perintah-perintah-Nya) dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang yang fasiq. Nabi Musa A. S. mengalami berbagai-bagai cabaran sepanjang riwayatnya untuk menyebarkan dakwah Islam. Walaupun berbagai cabaran yang dilalui, Nabi Musa tetap meneruskan dakwahnya demi menegakkan agama Islam.
Pendahuluan:
Beliau bernama Musa bin Imran bin Qohats bin A’azar bin Laawi Bin Yaakup bin Ishak bin Ibrahim A. S.. Dalam sebuah ayat, Allah Subhanahu wa ta’ala . bersabda:”Ceritakanlah kepada mereka kisah di dalam kitab Al-Quran ini. Sesungguhnya dia seorang yang terpilih, seorang rasul dan nabi. Dan Kami memanggilnya dari sebelah kanan Gunung Thur, dan Kami dekatkan dia pada Kami sewaktu bermunajat. Kami anugerahkan kepadanya sebahagian dari rahmat Kami, iaitu saudaranya Harun menjadi seorang nabi. ” (Surah Maryam:ayat 51-53). Kisah tentang Nabi Musa A. S. banyak disentuh oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . dalam beberapa surah dan ayat Al-Quran. Firaun yang sedang mabuk kuasa yang tidak terbatas itu, bergelimpangan dalam kenikmatan dan kesenangan duniawi yang tiada taranya, bahkan mengumumkan dirinya sebagai tuhan yang harus disembah oleh rakyatnya. Pada suatu hari beliau telah terkejut oleh ramalan oleh seorang ahli nujum kerajaan yang dengan tiba-tiba datang menghadap raja dan memberitahu bahawa menurut firasatnya, seorang bayi lelaki akan dilahirkan dari kalangan Bani Israil yang kelak akan menjadi musuh kerajaan dan bahkan akan membinasakannya. Pembunuhan anak-anak lelaki Bani Israel dibawah kekuasaan Firaun. Firaun berusaha keras dalam menjaga kekuasaan dan kerajaannya dari setiap ancaman yang muncul. Termasuk dari kemungkinan lahirnya anak lelaki (Musa) yang diramalkan akan menganggu keutuhan kekuasaannya. Sesungguhnya Firaun telah bertindak sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduk berpecahbelah. Dalam erti kata lain, mengendalikan pemerintahannya dengan kejam, menyeksa dan zalim kepada rakyat. Firaun sesekali tidak terlintas dalam fikirannya yang kejam dan zalim itu bahwa kerajaannya yang megah, menurut apa yang telah tersirat dalam Lauhul Mahfudz, akan ditumbangkan oleh seorang bayi yang justeru diasuh dan dibesarkan di dalam istananya sendiri akan diwarisi kelak oleh umat Bani Israil yang dimusuhi, dihina, ditindas dan disekat kebebasannya. Bayi asuhannya itu ialah laksana bunga mawar yang tumbuh di antara duri-duri yang tajam atau laksana fajar yang timbul menyingsing dari tengah kegelapan yang mencekam. Ibunda Musa iaitu Yukabad, terpaksa sembunyikan kandungannya dari pengetahuan Firaun kerana takut kandungannya itu bayi lelaki yang akan dibunuh oleh Firaun. Setelah kelahitan Musa, ibundanya mehanyutkan Musa kedalam sebuah kotak ke Sungai Nil. Mehanyutkan anaknya pergi dengan berpengang pada jaminan Allah bahawa Musa akan selamat. Riwayat hidup Nabi Musa A. S. akan dicerikan lebih lanjut dalam kandungan, insya-Allah.
1. Kehancuran Firaun dan tenteranya
Bani Isra'il yang cukup menderita akibat tindasan Firaun dan kaumnya cukup merasakan penganiayaan dan hidup dalam ketakutan di bawah pemerintahan Firaun yang kejam dan bengis itu, pada akhirnya sedar bahwa Musalah yang benar-benar dikirimkan oleh Allah untuk membebaskan mereka dari cengkaman Firaun dan kaumnya. Maka berduyun-duyunlah mereka datang kepada Nabi Musa memohon pertolongannya agar mengeluarkan mereka dari Mesir. Kemudian bertolaklah rombongan kaum Bani Israil di bawah pimpinan Nabi Musa meninggalkan Mesir menuju Baitul Maqdis. Dengan berjalan kaki dengan cepat karena takut tertangkap oleh Firaun dan bala tenteranya yang mengejar mereka dari belakang akhirnya tibalah mereka pada waktu fajar di tepi lautan merah setelah selama semalam suntuk dapat melewati padang pasir yang luas. Rasa cemas dan takut makin mencekam hati para pengikut Nabi Musa dan Bani Israil ketika melihat laut terbentang di depan mereka sedang dari belakang mereka dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya yang akan berusaha mengembalikan mereka ke Mesir. Mereka tidak meragukan lagi bahwa bila mereka tertangkap, maka hukuman matilah yang akan mereka terima dari Firaun yang zalim itu. Pada saat yang kritis itu, di mana para pengikut Nabi Musa berdebar-debar ketakutan, seraya menanti tindakan Nabi Musa yang kelihatan tenang sahaja, turunlah wahyu Allah kepada Nabi-Nya dengan perintah agar memukulkan air laut dengan tongkatnya. Maka dengan izin Allah terbelah laut itu, tiap-tiap belahan merupakan seperti gunung yang besar. Di antara kedua belahan air laut itu terbentang dasar laut yang sudah mengering yang segera di bawah pimpinan Nabi Musa dilewatilah oleh kaum Bani Isra'il menuju ke tepi timurnya. Setelah mrk sudah berada di bahagian tepi timur dalam keadaan selamat terlihatlah oleh mereka Firaun dan bala tenteranya menyusuri jalan yang sudah terbuka di antara dua belah gunung air itu. Kembali rasa cemas dan takut mengganggu hati mereka seraya memandang kepada Nabi Musa seolah-olah bertanya apa yang hendak dia lakukan selanjutnya. Dalam pada itu Nabi Musa telah diilhamkan oleh Allah agar bertenang menanti Firaun dan bala tenteranya turun semua ke dasar laut. Karena takdir Allah tela mendahului bahwa mrk akan menjadi bala tentera yang tenggelam. Demikianlah maka setelah Fir'aun dan bala tenteranya berada di tengah-tengah lautan yang membelah itu, jauh dari ke dua tepinya, tibalah perintah Allah dan kembalilah air yang menggunung itu menutupi jalur jalan yang terbuka di mana Firaun dengan sombongnya sedang memimpin barisan tenteranya mengejar Musa dan Bani Israil. Terpendamlah mrk hidup-hidup di dalam perut laut dan berakhirlah riwayat hidup Firaun dan kaumnya untuk menjadi kenangan sejarah dan ibrah bagi generasi- akan datang. Pada detik-detik akhir hayatnya, seraya berjuang untuk menyelamatkan diri dari maut yang sudah berada di depan matanya, berkatalah Firaun: "Aku percaya bahwa tiada tuhan selain Tuhan Musa dan Tuhan Bani Israil. Aku beriman pada Tuhan mereka dan berserah diri kepada-Nya sebagai salah seorang muslim. "Berfirmanlah Allah kepada Firaun yang sedang menghadapi sakaratul-maut: "Baru sekarangkah engkau berkata beriman kepada Musa dan berserah diri kepada-Ku? Tidakkah kekuasaan ketuhananmu dpt menyelamatkan engkau dari maut? Baru sekarangkah engkau sedar dan percaya setelah sepanjang hidupmu bermaksiat, melakukan penindasan dan kezaliman terhadap hamba-hamba-Ku dan berbuat-sewenang-wenang, merusak akhlak dan aqidah manusia-manusia yang berada di bawah kekuasaanmu. Terimalah sekarang pembalasan-Ku yang akan menjadi pengajaran bagi orang-orang yang akan datang sesudahmu. Akan Aku apungkan tubuh kasarmu untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang meragukan akan kekuasaan-Ku".
"Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, karana hendak menganiaya dan menindas (mereka) hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah). Apakah sekarang (baru kamu percaya) padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakkan. Maka pada hari ini Kami akan selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pengajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakkan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. " (surah Yunus :ayat 90 - 92) (Katsir Al-Quraisy, 2005:451-462)

2. Bani Israil setelah kehancuran Firaun
Dalam perjalanan menuju Thur Sina setelah melintasi lautan di bahagian utara dari Laut Merah dan setelah mereka merasa aman dari kejaran Firaun dan kaumnya. Bani Israil yang dipimpin oleh Nabi Musa itu melihat sekelompok orang-orang yang sedang menyembah berhala dengan tekunnya. Berkatalah mrk kepada Nabi Musa: "Wahai Musa, buatlah untuk kami sebuah tuhan berhala sebagaimana mrk mempunyai berhala-berhala yang disembah sebagai tuhan. " Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah orang-orang yang bodoh dan tidak berfikiran sihat. Persembahan mereka itu kepada berhala adalah perbuatan yang sesat dan bathil serta pasti akan dihancurkan oleh Allah. Patutkah aku mencari tuhan untuk kamu selain Allah yang telah memberikan kurnia kepada kamu, dengan menyelamatkan kamu dari Firaun, melepaskan kamu dari perhambaannya dan penindasannya serta memberikan kamu kelebihan di atas umat-umat yang lain. Sesungguhnya suatu permintaan yang aneh daripada kamu, bahawa kamu akan mencari tuhan selain Allah yang demikian besar nikmatnya atas kamu, Allah pencipta langit dan bumi serta alam semesta. Allah yang baru saja kamu saksikan kekuasaan-Nya dengan ditenggelamkannya Firaun berserta bala tenteranya untuk keselamatan dan kelangsungan hidupmu. "Perjalanan Nabi Musa dan Bani Israil dilanjutkan ke Gurun Sina di mana panas matahari sangat teriknya dan sunyi dari pohon-pohon atau bangunan di mana orang dapat berteduh di bawahnya. Atas permohonan Nabi Musa yang didesak oleh kaumnya yang sedang kepanasan diturunkan oleh Allah di atas mereka awan yang tebal untuk mereka bernaung dan berteduh di bawahnya dari panas teriknya matahari. Di samping itu tatkala bekalan makanan dan minuman mereka sudah berkurangan dan tidak mencukupi keperluan. Allah menurunkan hidangan makanan "manna" - sejenis makanan yang manis sebagai madu dan "salwa" - burung sebangsa puyuh dengan diiringi firman-Nya: "Makanlah Kamu dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah turunkan bagimu. " Bani Israil pengikut Nabi Musa yang sangat manja itu, merasa masih belum cukup puas atas apa yang telah Allah berikan kepada mereak yang telah menyelamatkan mereka dari perhambaan dan penindasan Firaun, memberikan mereka hidangan makanan dan minuman yang lazat dan segar di tempat yang kering dan tandus mereka menuntut lagi dari Nabi Musa agar memohon kepada Allah menurunkan bagi mereka apa yang ditumbuhkan oleh bumi dari rupa-rupa sayur-mayur, seperti ketimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah karena mereka tidak puas dengan satu macam makanan. Terhadap tuntutan mereka yang aneh-aneh itu berkatalah Nabi Musa: "Mahukah kamu memperoleh sesuatu yang rendah nilai dan harganya sebagai pengganti dari apa yang lebih baik yang telah Allah kurniakan kepada kamu? Pergilah kamu ke suatu kota di mana pasti kamu akan dapat apa yang telah kamu inginkan dan kamu minta. "
"Dan ingatlah ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak boleh sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, Agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi, iaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya dan bawah merahnya. " Musa berkata: "Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta. " (surah Al-Baqarah :ayat 61) (Katsir Al-Quraisy, 2005:462-473)

3. Permintaan Nabi Musa A. S melihat Allah Subhanahu wa ta’ala
Sejak Musa berada di Mesir, ia telah berjanji kepada kaumnya akan memberi mereka sebuah kitab suci yang dapat digunakan sebagai pedoman hidup yang akan memberi bimbingan dan sebagai tuntunan bagaimana cara mereka bergaul dan bermuamalah dengan sesama manusia dan bagaimana mereka harus melakukan persembahan dan ibadah mereka kepada Allah. Di dalam kitab suci itu mereka akan dapat petunjuk akan hal-hal yang halal dan haram, perbuatan yang baik yang diredhai oleh Allah di samping perbuatan-perbuatan yang mungkar yang dapat mengakibatkan dosa dan murkanya Tuhan. Nabi Musa memohon kepada Allah agar diberinya sebuah kitab suci untuk menjadi pedoman dakwah dan risalahnya kepada kaumnya. Lalu Allah memerintahkan kepadanya agar untuk itu ia berpuasa selama tiga puluh hari penuh, iaitu semasa bulan Zulkaedah. Kemudian pergi ke Bukit Thur Sina di mana ia akan diberi kesempatan bermunajat dengan Tuhan serta menerima kitab yang diminta. Setelah berpuasa selama tiga puluh hari penuh dan tiba saat ia harus menghadap kepada Allah di atas bukit Thur Sina. Nabi Musa merasa segan akan bermunajat dengan Tuhannya dalam keadaan mulutnya berbau kurang sedap akibat puasanya. Maka ia menggosokkan giginya dan mengunyah daun-daunan dalam usahanya menghilangkan bau mulutnya. Ia ditegur oleh malaikat yang datang kepadanya atas perintah Allah. Berkatalah malaikat itu kepadanya: "Hai Musa, mengapakah engkau harus menggosokkan gigimu untuk menghilangkan bau mulutmu yang menurut anggapanmu kurang sedap, padahal bau mulutmu dan mulut orang-orang yang berpuasa bagi kami adalah lebih sedap dan lebih wangi dari baunya kasturi. Maka akibat tindakanmu itu, Allah memerintahkan kepadamu berpuasa lagi selama sepuluh hari sehingga menjadi lengkaplah masa puasamu sepanjang empat puluh hari. " Nabi Musa mengajak tujuh puluh orang yang telah dipilih diantara pengikutnya untuk menyertainya ke bukit Thur Sina dan mengangkat Nabi Harun sebagai wakilnya mengurus serta memimpin kaum yang ditinggalkan selama kepergiannya ke tempat bermunajat itu. Pada saat yang telah ditentukan tibalah Nabi Musa seorang diri di bukit Thur Sina mendahului tujuh puluh orang yang diajaknya turut serta. Dan ketika ia ditanya oleh Allah: "Mengapa engkau datang seorang diri mendahului kaummu, hai Musa?" Ia menjawab: "Mereka sedang menyusul di belakangku, wahai Tuhanku. Aku cepat-cepat datang lebih dahulu untuk mencapai redha-Mu. " Allah mengiring pemberian "Taurat" kepada Musa dengan firman-Nya: "Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah memilih engkau lebih dari manusia-manusia yang lain di masamu, untuk membawa risalah-Ku dan menyampaikan kepada hamba-hamba-Ku. Aku telah memberikan kepadamu keistimewaan dengan dapat bercakap-cakap langsung dengan Aku, maka bersyukurlah atas segala kurnia-Ku kepadamu dan berpegang teguhlah pada apa yang Aku tuturkan kepadamu. Dalam kitab yang Aku berikan kepadamu terhimpun tuntunan dan pengajaran yang akan membawa Bani Israil ke jalan yang benar, ke jalan yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat bagi mereka. Ajaklah kaummu Bani Israil agar mematuhi perintah-perintah-Ku jika mereka tidak ingin Aku tempatkan mereka di tempat-tempat orang-orang yang fasiq. "
"Dan Kami telah janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya, iaitu Harun: "Gantilah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakkan. Dan tatkala Musa datang untuk munajat dengan Kami pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku nampakkanlah (Zat Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau. "Tuhan berfirman: "Kamu sesekali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku. " Tatkala Tuhannya nampak bagai gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada-Mu dan aku orang yang pertama beriman. Allah berfirman: "Hai Musa sesungguhnya Aku memilih kamu lebih dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. Dan Kami telah tuliskan untuk Musa (Taurat) segala sesuatu sebagai pengajaran bagi sesuatu. Maka Kami berfirman: "Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada (perintah-perintah-Nya) dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang yang fasiq. " (surah Al-A'raaf:ayat 142 - 145) (Katsir Al-Quraisy, 2005:478-483)

Kesimpulan:
Nabi Musa A. S. mengalami berbagai-bagai cabaran sepanjang riwayatnya untuk menyebarkan dakwah Islam, agama yang suci lagi benar. Cabaran yang dilalui oleh Nabi Musa bermula sejak beliau berada dalam kandungan lagi. Ibunda Musa terpaksa menyembunyikan kandungannya daripada pengetahuan Firaun. Ketika Nabi Musa dilahirkan, ibunya terpaksa menghanyutkannya didalam sebuah kotak yang diikat dengan tali ke Sungai Nil. Kotak yang isinya Musa dipungut oleh dayang Firaun. Firaun ingin membunuh bayi lelaki (Musa) itu. Apabila dewasa, musa dan keluarga kandungnya dihalau keluar dari mesir. Musa kembali ke mesir dengan membawa wahyu Allah. Musa menyeru Firaun supaya memeluk Islam. Firaun tetap berkeras malah cuba menyakiti dan menghina Musa. Kemudiannya, musa menyeru kaumnya Bani Israil supaya mengikutnya menyembah Allah. Ada yang mengikut Nabi Musa menyembah Allah dan masih ada yang menyembah berhala. Nabi Musa dan kaumnya Bani Israil yang menyembah Allah Subhanahu wa ta’ala . dihalau keluar dari mesir. Dalam kesempitan itu, ramai kaumnya yang kembali menyembah berhala. Nabi Musa tidak berputus asa dan terus berusaha agar kaumnya memeluk Islam dan mendapan syafa’at daripada Allah Subhanahu wa ta’ala .. Alhamdulillah, berkat kesabaran Nabi Musa menyebarkan dakwah Islam, semakin ramai yang mengikut Nabi Musa menyembah Allah. manakala mereka yang masih ingkar telah diturunkan azab oleh Allah keatas mereka kerana kedegilan mereka menerima Islam. Dengan menggunakan kitab Taurat sebagai kitab pedoman. Walaupun berbagai cabaran yang dilalui, Nabi Musa tetap meneruskan dakwahnya demi menegakkan agama Islam. Semoga dengan membaca riwayat hidup dan perjuangan Nabi Musa dalam menegakkan agama Islam, kita dapat ambil iktibar bertapa susahnya Nabi Musa menegakkan agama Islam. Kita dapat pelajari bertapa Nabi Musa tidak sesekali berputus asa dalam menyebarkan dakwah Islam yang patut dicontohi pada masa kini. Jangan mudah berputus asa dalam menegakkan agama kita iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam .. Mudah-mudahan kita dapat mempelajari serba sedikit tentang asal usul agama kita iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi Musa, insya-Allah.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Kelahiran Imam Al-Ghazali dan Sumbangannya

SINOPSIS
Ramai tokoh-tokoh yg terlibat dalam penyebaran dan perkembanga agama Islam di seluruh dunia. Ini termasuklah tokoh-tokoh pada zaman Rasulullah dan selepas kewafatan baginda. Antara nama-nama besar yg memberi sumbangan kepada dunia Islam ialah Imam As-Syafi’e, Imam Malik dan sebagainya. Namun begitu, di dalam esei ini, saya hanya fokuskan pada seorang tokoh sahaja iaitu Imam Al-Ghazali. Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Thusi Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Kota Ghazalah di Thus, Khurasan pada 450H/1058M dan wafat pada 505H/19 Disember 1111M. Karya beliau yg paling terkenal dan menjadi rujukan di seluruh dunia ialah Ihya Ulum Al-Din. Imam Al-Ghazali banyak memberi sumbangan kepada dunia Islam sehingga digelar Hujjatul Islam atau pembela Islam.

PENDAHULUAN
Imam Al-Ghazali adalah nama yang tidak asing lagi di telinga kaum muslimin. Beliau merupakan seorang teologi Islam, ahli hukum, ahli falsafah dan sufi termasyur. Beliau juga merupakan salah seorang sarjana yang paling terkenal dalam sejarah Sunni pemikiran Islam. Imam Al-Ghazali memiliki pengaruh dan pemikiran yang telah tersebar ke seluruh dunia Islam. Namun, sejarah dan perjalanan hidupnya masih terasing asing walaupun beliau telah berkarya dengan menulis hampir 100 buah buku. Masing-masing meliputi ilmu pengetahuan seperti ilmu kalam (teologi Islam), fikah (hukum Islam), tasawauf, falsafah, akhlak dan autobiografi.
Karangannya banyak ditulis di dalam bahasa arab dan parsi. Buku-buku karangannya pada umumnya mengandungi kritikan-kritikan dank omen-komen terhadap pemikiran falsafah terdahulu. Di samping itu, Imam Al-Ghazali dipandang paling berjasa dalam mendamaikan tasawuf dan syariat sehingga tasawuf dapat diterima oleh sebahagian besar umat Islam. Beliau juga berjasa mengembangkan dan menyebarkan aliran Asy’ariyah yg dianuti oleh majority Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KELAHIRAN IMAM AL-GHAZALI

Nama penuh Imam Al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Thusi Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Kota Ghazalah, sebuah kota kecil di Thus, Khurasan, Iran Utara pada 450H bersamaan 1058M. Nama Al-Ghazali diambil sempena nama tempat kelahirannya, Ghazalah. (Anshari AZ, Drs. H. A. Hafizh, 2004, m/s 28). Beliau lahir daripada keluarga yang taat kepada agama dan hidup sederhana. Ayahnya seorang pemintal benang bulu di kota Thus.
Ayahnya, seorang sufi terkenal, meninggal ketika beliau dan adiknya, Ahmad Al-Ghazali masih muda. Imam Al-Ghazali merupakan seorang teologi Islam, ahli hukum, ahli falsafah dan ahli sufi. Beliau juga merupakan salah seorang sarjana yang paling terkenal dalam sejaran Sunni pemikiran Islam. Imam Al-Ghazali dilihat sebagai pembela kebenaran Islam yang terbesar sehingga digelar hujjatul Islam atau pembela Islam. Sehingga sekarang, umat Islam tetap tekun membaca karyanya yang terbesar iaitu Ihya Ulum Al-Din (Menghidupkan Kembali Ilmu Agama).
Selain itu, beliau juga sangat berpengaruh dalam Islam sehingga tidak menghairankan jika ada yang mengatakan bahawa beliau adalah salah seorang tokoh terpenting setelah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  jika ditinjau dari segi pengaruhnya dalam mengukuhkan ajaran Islam. Imam Al-Ghazali meninggal dunia di Thus, pada 19 Disember 1111M bersamaan 14 Jamadil Akhir 505H dan dikuburkan di Ath Thabaran. (Ar, Drs. Sirojuddin, 1994, m/s 25)

PENDIDIKAN IMAM AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali lahir daripada keluarga yang taat beragama dan hidup sederhana. Latar belakang pendidikannya dimulai dengan mempelajari Al-Quran daripada ayahnya sendiri. Setelah ayahnya meninggal ketika beliau dan adiknya, Ahmad Al-Ghazali masih muda, salah seorang teman ayahnya, Ahmad bin Muhammad Ar-Razikani diwasiatkan untuk memelihara mereka berdua. Padanya, Al-Ghazali mempelajari ilmu fikah, riwayat hidup para wali dan kehidupan kerohanian mereka.
Beliau kemudian dimasukkan ke sebuah madrasah yang membiayai hidup para muridnya. Gurunya ialah Yussuf An-Nassi, seorang ahli sufi. Setelah tamat, beliau melanjutkan pelajaran ke kota Jurjan yang ketika itu menjadi pusat kegiatan ilmiah. Di sini, beliau mendalami bahasa Arab dan Parsi. Di antara gurunya ialah Imam Abu Nasr Al-Ismaili. Setelah kira-kira 7 tahun belajar, beliau kembali ke Thus. Kemudian beliau pergi ke Nisabur ketika umurnya 23 tahun dan di sana beliau memasuki Madrasah Nizamiyah yang dipimpin oleh ulama besar, Imam Al-Haramain Al-Juwaini, salah seorang tokoh aliran Asy’ariyah. Beliau telah mempelajari ilmu usul fikah, ilmu mantik dan ilmu kalam.

PERJUANGAN IMAM AL-GHAZALI
Setelah Al-Juwaini meninggal dunia, Imam Al-Ghazali meninggalkan Nisbur dan menuju ke Muaskar untuk memenuhi undangan Perdana Menteri Nizam Al-Mulk, pengasas Madrasah Nizamiyah. Muaskar pada waktu itu adalah tempat tinggal Perdana Menteri, pembesar-pembesar kerajaaan dan para ulama terkemuka. Di sini Imam Al-Ghazali menghadiri pertemuan-pertemuan ilmiah yang diadaka di istana Nizam Al-Mulk. Melalui forum inilah kemasyhurannya semakin meluas.
Kepandaian Imam Al-Ghazali menyebabkan Perdana Menteri Nizam Al-Mulk melantiknya menjadi guru besar hukum di Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada tahun 1090M. Ini merupakan kedudukan yang sangat terhormat dan merupakan prestasi dpuncak dan inilah yang menjadiakn Imam AL-Ghazali semakin popular.
Namun, selepas 5tahun memegang jawatan itu, beliau mengundurkan diri kerana mengalami konflik dalaman. Pada tahun 1095M, Al-Ghazali meninggalkan Baghdad dan mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Pada mulanya beliau pergi ke Damsyik, dan kemudian ke Baitul Muqqadis. Setelah itu, beliau ke Makkah dan Madinah. Beliau menjalani kehidupan zuhud dengan mengembara selama 10tahun. Selepas itu, beliau kembali ke Nisabur pada 1106M untuk mengajar di Madrasah Nizamiyah. Tidak berapa lama kemudian, beliau meninggalkan Nisabur dan pergi kr Thus dan mendirikan halaqah (sekolah calon sufi). Beliau memimpin halaqah ini sehingga ke akhir hayatnya.

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali telah banyak memberikan sumbangan dalam dunia Islam. Beliau telah menulis hampir 100 buah buku yang kebanyakkannya meliputi ilmu pengetahuan seperti ilmu kalam (teologi Islam), fikah (hukum Islam), tasawuf, falsafah, akhlak dan autobiografi. Imam Al-Ghazali dipandang paling berjasa dalam mendamaikan tasawuf dan syariat sehingga tasawuf dapat diterima oleh sebahagian besar umat Islam.
Sebelum Al-Ghazali, tasawuf belum dapat diterima secara meluas di dunia Islam kerana dianggap menyimpang, namun dengan kemunculan buku-bukunya yang menjelaskan pengalaman-pengalaman tasawuf yang tidak bertentangan dengan akidah, tasawuf dapat diterima dan berkembang pesat dalam lingkungan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga berjasa dalam mengembangkan dan menyebarkan aliran Asy’ariyah yang dianut oleh majoriti Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KARYA-KARYA IMAM AL-GHAZALI

Antara karya-karya Imam Al-Ghazali ialah Al-Munqidh Min Al-Dalal (Penyelamat daripada Kesesatan) yang menjelaskan tentang konflik dalaman yang dihadapinya iaitu, keraguan dan syak setelah mempelajari ilmu kalam (teologi) daripada Al-Juwaini. Teologi membahaskan pelbagai aliran yang antara satu sama lain terdapat percanggahan, Al-Ghazali ragu, di mana antara aliran-aliran itu yg benar. Di dalam bukunya ini tergambar keinginannya untuk mencari kebenaran yg sebenarnya.
Dalam mempelajari falsafah, Al-Ghazali menemukan pendapat-pendapat falsafah yang dipandangnya menyalahi ajaran Islam, Oleh sebab itu, beliau menyerang kaum falsafah yang dijelaskannya dalam bukunya, Maqasid Al-Falasifa (Tujuan Para Falsafah). Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Selain itu, kitabnya, Tahafut Al-Falasifa (Kekacauan Para Falasifah) pula mengandungi kritikan-kritikan terhadap ahli falsafah.
Beliau mengatakan bahawa ada tiga pendapat ahli falsafah yang telah membawa mereka kepada kekufuran iaitu, alam ini adalah (1) qadim (tidak bermula dalam waktu), (2) Tuhan tidak mengetahui bahagian sekecil-kecilnya dalam segala kejadian alam ini, dan (3) tidak ada kebangkitan jasmani pada hari kiamat. selain itu, karyanya yang paling berpengaruh ialah Ihya Ulum Al-Din. Kitabnya ini bukan sahaja membicarakan tentang kerohanian Islam tetapi juga aspek formal ibadat seperti bersuci, solat, zakat, puasa dan haji. Antara kitabnya yang lain ialah, Hujjat Al-Haq (Bukti Kebenaran), Nasihat Al-Muluk (Nasihat kepada Raja-Raja), Mizan Al-Amal dan Bidayat Al-Hidayah.

KESIMPULAN

Apa yang dapat saya simpulkan daripada esei ini ialah, Imam Al-Ghazali sememangnya seorang yang amat berpengaruh di dalam dunia Islam. Beliau seorang yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan falsafah. Kebanyakkan karya-karyanya berkait rapat dengan falsafah. Selain itu, sebagai ahli sufi, beliau yakin bahawa tasawuf adalah satu-satunya cara untuk mencapai kebenaran hakiki.
Bagi Imam Al-Ghazali, dengan tasawuf, seseorang dapat berada dekat dengan Tuhan. Beliau menghabiskan kehidupan akhirnya dengan mengkhatam Al-Quran, berkumpul dengan ahli ibadah, mengajar para penuntu halaqah, melakukan solat, puasa dan ibadat lain sehinggalah beliau meninggal dunia pada 14 Jamadil Akhir tahun 505H di Thus.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com