Tajuk: AL-KHINDI

ABSTRAK
Al Khindi dikenali sebagai bapa falsafah Islam. Semasa falsafah Greek digunapakai dalam masyarakat Islam, Al Khindi adalah seorang daripada orang-orang yang tertarik untuk medalaminya. Nama penuh beliau ialah Abu Yusuf Ya’aqub bin Ishak bin bin al-Sabah al – Kindi, berturunan raja Ghasasinah dan lahir di Busrah. Beliau gigih menuntut ilmu di Baghdad. Menjadi guru kepada anak khalifah pada zaman pemerintahan Al-Mu’tasin. Beliau amat berpengalaman luas tentang ilmu dan pemikiran Greek serta amat mahir dalam semua bidang. Karyanya yang dianggarkan lebih daripada 270 buah merangkumi metafizik, matematik, logik, falak, geografi, muzik, geometri, perubatan dan lain – lain. Selain itu beliau amat menggemari ilmu sains tetapi lebih berminat mentafsirkan alam berlandaskan agama. Sikap beliau juga amat baik iaitu gemar bertolak ansur dan tidak angkuh dalam hal – hal ilmu. Kesimpulannya disini, al-Khindi berkebolehan dalam banyak perkara.

PENDAHULUAN
Abu Yusuf Ya’aqub Ibn Ishak Al-Khindi atau dikenali sebagai Al-Khindi (801-873). Bapa dan datuknya adalah gabenor Kufa di mana tempat beliau dilahirkan. Al-Khindi merupakan suku kaum Kinda yang berasal dari Yamen. Keghairahan beliau mendalami ilmu semuanya bermula dari Kufa dan seterusnya berterusan hingga akhirnya di Baghdad, India. Hidupnya lebih kepada mendalami ilmu-ilmu falsafah terutamanya dari Yunani. Beliau juga seorang penterjemah buku – buku dari Yunani. Tambahan pula, segala ilmu beliau kebanyakkannya dari buku – buku yang diterjemahnya. Oleh itu, beliau seorang yang pakar dalam pelbagai bidang seperti kimia, muzik, astronomi, perubatan dan lain-lain. Namanya pernah tenggelam walaupun menghasilkan karya yang banyak. Ini adalah kerana terdapat banyak nama-nama telah mengatasi beliau. Namanya muncul kembali selepas 1000 tahun dari tarikh kewafatannya. Sepanjang hidupnya, beliau adalah orang yang agak rapat dengan 3 khalifah dari zaman Abbasiyah.

SEJARAH HIDUP AL-KHINDI
Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi atau juga dikenali sebagai Al-Khindi. pada mulanya dilahirkan di Kufa (pusat pengajian dunia pada masa itu). Nama panggilannya ialah Ya’kub. Beliau kemudiannya berpindah ke Basrah (Pusat Bahasa dan Agama). Selepas itu, Al- khindi menetap di Baghdad (jantung kehidupan intelektual pada abad ke-9). Di Baghdad inilah beliau mendapat perlindungan dari 3 khalifah iaitu Al-Ma’mun (815-833M), Al-Mu’tasim (833-844M) dan Al-Watsiq (842-847) (Al-khindi, ms 1)

Bapa Al-khindi adalah gabenor Kufa, sepertimana datuknya sebelumnya. Berketurunan suku kaum Kinda. Kerajaan Kinda terletak di daerah Najed dan didirikan oleh bangsa Arab berasal dari Yaman. Raja dari puak Kinda yang terakhir adalah Umra’ul Qois, seorang penyair Arab (Bangsa arab sebelum Islam, ms 14). Puak ini telah menyatukan sebilangan suku – suku kaum dan mencapai kedudukan yang berkuasa pada abad kelima dan keenam, tetapi kehilangan kuasa pada pertengahan abad keenam (estidotmy, ms 75).
Cara kewafatan al-Khindi tidak diketahui. Al-Khindi hidup sepanjang pemerintahan Zaman Abbasiyah, iaitu al-Amin (809-813M), al-Ma’mun (813-833M), al-Mu’tasim (833-842M), al-Watiq (842-847M), dan al-Mutawakil (847-841M).

AL-KHINDI DAN SUASANA PENDIDIKAN
Pendidikan al-Khindi bermula di Kufa, kemudiannya di Basrah dan akhirnya di Baghdad. Al-Khindi menganut fahaman Mu’tazilah dan menyukai belajar tentang falsafah. Disamping itu beliau huga dikenali sebagai penterjemah kerana khalifah yang pada masa itu memerintah Baghdad adalah al-Ma’mun telah melantik al-Khindi sebagai salah seorang penterjemah di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad. Rumah Kebijaksanaan itu merupakan pusat penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani. Al-Khindi juga terkenal dengan tulisan khatnya yang cantik dan pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al-Mutawakkil. (estidotmy, ms 20)

Apabila al-Ma’mun meninggal, al-Mu’tasim naik menjadi khalifah. Al-Khindi dikekalkan malahan mengajar anak al-Mu’tasim. Akan tetapi, pada pemerintahan al-Watiq dan al-Mutawakkil, peluangnya semakin surut. Terdapat teori mengatakan ini disebabkan oleh persaingan di dalam Rumah Kebijaksanaan tersebut dan berlakunya penindasan pemerintah terhadap orang bukan Islam. Orang bukan Islam mengecam Al-Khindi sehingga terdapat spekulasi al-Khindi pernah dipukul dan perpustakaannya disita. Selain itu, dikatakan ramai orang tidak menyukai falsafah Yunani. (al-Khindi, ms 2)
Banyak karya al-Khindi telah dihasilkan iaitu terjemahan 260 buah buku Yunani yang sekaligus mendapat ilmu falak, ilmu kebenaran, perubatan, muzik, kimia dan astrologi. Walaupun banyak hasil karyanya, nama beliau pernah muncul sehinggalah pada tahun 1962, di kota Baghdad membuat tugu peringatan beliau oleh R. MacCarthy SY. Pengarah Universiti Al-Hikmah.

MINAT AL-KHINDI TERHADAP FALSAFAH
Menurut al-Khindi, filasah adalah pengetahuan tentang hakikat segala seusatu dalam batas-batas kemampuan manusia, kerana ahli falsafah bertujuan untuk mencapai kebenaran dan praktik yang bersesuaian dengan kebenaran. (al-Khindi, ms 3)
Al-Khindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang berlainan. Beliau seorang pakar dalam matematik, geografi, perubatan, astronomi. Dia digelar ahli falsafah Islam teragung dan kemudiannya diatasi oleh Ibnu Sina dan Al-Farabi.
Beliau bermatlamat untuk menggabungkan kesesuaian antara falsafah dan teologi alam dan teologi spekulatif. Beliau menegaskan, wahyu adalah sumber pengetahuan yang hebat dalam banyak bidang dan ia menjamin perkara-perkara tersebut tidak dapat menyelesaikannya.
Al-Khindi banyak mengikuti karya Aritostle, Plato dan Phytagoras. Al-Khindi juga telah mengubahsuai pendapat Aristotle seperti “Unmovable Mover”. Dia menyatakan perlunya matematik daripada metafizik dalam karya Aristotle. Al-Khindi juga menerima pendapat Plato dalam maksud falsafahnya sendiri. Banyak falsafah Yunani telah diperkenalkan dan mempopularkannya dalam kalangan cendekiawan Muslim. (estidotmy, ms 20)

KARYA-KARYANYA
1. Bidang Astronomi
• Risalah fi Masa’il Su’ila anha min Ahwal al-Kawatib,
• Risalah fi Jawab Masa’il Thabi’iyah fi Kayfiyyat Nujumiah,
• Risalah fi anna Ru’yat al-Hilal la Tudhbathu bi al-Haqiqoh wa innama al-Qowl fiha bi at-Taqrib,
• Risalah fi Mathrah asy-Syu’a,.
• Risalah fi Fashlayn, tentang dua musim (musim panas dan musim dingin).
• Risalah fi Idhah ‘illat Ruju’ al-Kawakib,.
• Fi asy-Syu’at, tentang bintang.

2. Meteorologi
• Risalah fi ‘illat Kawnu adh-Dhabasb,
• Risalah fi Atshar alladzi Yazhharu fi al-laww wa Yusamma Kawkaban,.
• Risalah fi ‘illat Ikhtilaf Anwa’us Sanah, tentang sebab perbezaan dalam tahun-tahun.
• Risalah fi al-Bard al-Musamma “Bard al-Ajuz”, tentang dingin.

3. Ramalan
• Risalah fi Taqdimat al-Khabar, tentang ramalan.
• Risalah fi Taqdimat al-Ma’rifah fi al-Ahdats,.

4. Magnitud
• Risalah Ah’ad Masafat al-Aqalim, tentang besarnya jarak antara tujuh iklim.
• Risalah fi Istikhraj Bu’da Markaz al-Qamar min al-Ardh, tentang perhitungan jarak antara pusat perhitungan bulan dari bumi.

5. Ilmu Perubatan
• Risalah fi ‘illat Naftcad-Damm, tentang hemoptesis (batuk darah dari saluran pernafasan).
• Risalah fi Adhat al-Kalb al-Kalib,.

6. Geometri
• Risalah fi Amal Syakl al-Mutawassithayn,.
• Risalah Ishlah Kitab Uqlidis,.

7. Ilmu Hisab
• Risalah fi al-Kammiyat al-Mudhafah.
• Risalah fi at-Tajhid min Jihat al-‘Adad.

8. Logik
• Risalatuhu fi Madhkal al-Manmtiq bi Istifa al-Qawl fihi.
• Ikhtisar Kitab Isaghuji li Farfuris.

Diatas adalah sebilangan kecil karya Al-Kindi. Karya beliau telah disusun oleh Ibnu An-Nadim. Ibnu An-Nadim menyebut lebih 270 karya Al-Khindi.

KESIMPULAN
Al-Khindi adalah ahli falsafah Arab yang agung kerana terlalu banyak bidang yang diceburinya. Beliau juga memahami tentang falsafah dan agama bahawa falsafah tidak sepatutnya bertentangan dengan agama Islam. Ini kerana banyak orang berpendapat sekiranya belajar ilmu falsafah maka dia telah kearah orang kafir. Cara beliau mentafsirkannya dengan falsafah berdasarkan akal manakala agama berdasarkan iman. Dan bagi al-khindi, falsafah dan agama itu sama iaitu bertujuan mencari kebenaran dalam hidup

RUJUKAN

1. Aziz, M. A (2007), Al-Kindi Penggerak dan Pengembang Ilmu Pengetahuan.
2. Damami, Muhammad (2000), Al-kindi, Sejarah Hidup dan Falsafahnya yang berkaitan dengan agama.
3. Karangkraf (2003), Estidotmy, saintis Islam, Karangkraf Publication

Ustaz Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com