Tajuk: Kewajipan berpuasa

ABSTRAK
Bulan puasa, adalah bulan yang menduduki tempat yang tinggi yang menjadi pembahasan para pembahas dan pemikir Islam kerana Allah JALLAT QUDRATUHU telah mengumpulkan padanya “kebajikan, nur dan hidayat: yang sangat luas samuderanya. Didalamnya Allah menurunkan Al-Quaran yang menjadi sumber hukum dan perundangan yang mencukupi sama ada hidayat, hikmat, falsafah, siasat, kemasyarakatan dan petunjuk yang lain.

Didalamnya telah terjadi kemenangan yang gilang-gemilang bagi peperangan Islam yang mendatangkan kejayaan. Bulan puasa, bulan mengosongkan maidah dan perut dan member kesempatan kepada nafsu menerewang di angkasa kebersihan dan kejernihan. Ketika berpuasa, kita harus mengetahui dari awal bahawa dasar ibadah adalah ketaatan. Kita berpuasa kerana peintah Allah, sambil mengharapkan balasan-Nya di akhirat kelak. Firman Allah SWT:...... Dan orang-orang yang berusaha sungguh-sungguh (berjihad) demi (keredhaan) Kami tunjukkankepada mereka jalan-jalan Kami. (QS Al-Ankabut 69)

Puasa bukan bermaksud untuk penyeksaan, tetapi untuk kesihatan, pendidikan, ketaatan dan latihan berdispilin. Displin adalah pangkal kemajuan. Perbezaan pokok antara bangsa yang maju dengan yang terkebelakang adalah pada kecekalan sesuatu bangsa yang berpegang suatu prinsip tertentu dalam melakukan kajian ilmiah, pola kehidupan sehari-hari, perjuangan dalam hidup serta undang-undang yang dibuat.

PENDAHULUAN
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menyambut bulan Ramadhan dengan beberapa tatacara:
1:dengan banyak puasa di bulan Ramdhan.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah, ujarnya:
“Adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam kadang-kadang terus menerus berpuasa, hingga kami menyatakan, bahawa beliau tidak berbuka-buka, kadang-kadang terus menerus berbuka, hingga kami menyatakan, bahawa beliau tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan, dan saya tidak pernsh melihat beliau banyak berpuasa sebagai puasa di bulan sya’ban”

2: mengadakan ceramah pada akhir bulan Sya’ban untuk menyambut bulan Ramadhan. Adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pada hari yang terakhir dari bulan Sya’ban berceramah di hadapan para Sahabat untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan.

3: mengucapkan “tahniah” atas kedatangan bulan Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Ahmad dan An Nasa-i dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sentiasa menggembirakan para sahabat atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahnat serta nikmat ILAHI yang tidak terkira banyaknya, bulan yang memerdekakan hambanya dari azab api neraka.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menggembirakan para sahabat dengan perkataannya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. ALLAH memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan bibukakan segala pintu surge, dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, beertilah telah diharamkan segala rupa kebajikan.

Kewajiban-kewajiban dalam puasa
1. Memperhatikan permulaan bulan Ramadhan.
Caranya ialah dengan melihat bulan sabit awal Ramadhan. Jika hal itu di halangi oleh awam, hendaklah menetap bulan tersebut dengan menyempurnakan bilangan bulan Sya’ban menjadi 30 hari. Adapun yang kami maksud dengan melihat bulan ialah mengetahuinya. Hal itu dapat terlaksana dengan adanya kesaksian orang yang adil (yakni orang yang dapat dipercayai) walaupun hanya seorang sahaja. Tidak demikain halnya dengan kesaksian terbitnya bulan Syawal. Untuk itu diperlukan sedikitnya 2 orang saksi yang adil. Hal itu berdasarkan sikap ihtiyah (sikap berhati-hati) berkaitan hal ibadat.

2. Niat puasa.
Setiap malam memerlukan niat khusus yang pasti sejak malam harinya (yakni harus sudah ada niat dihatinya untuk berpuasa, sebelum fajar menyingsing). Maka seandainya ia meniatkan puasa untuk sebulan penuh sekaligus. Adapun yang dimaksudkan dengan “niat khusus” ialah niat untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Maka seandainya ia meniatkan puasa (sebarang puasa) atau puasa fardu (tanpa menyebutkan Ramadhan) maka niatnya tidak sah. Jadi, harus meniatkannya “puasa fardu bulan Ramadhan”

3. Menahan diri dari memasukkan sesuatu di dalam rongga terbuka secara sengaja.
Puasanya akan menjadi batal dengan memasukkan makanan atau minuman atau ubat-ubatan yang biasa atau dimasukkan ke dubur atau hidung. Akan tetapi tidak batal puasanya jika melakukan pengubatan secara berbekam, bercelak, memasukkan sebatang besi halus ke dalam telinga atau penis tetapi tidak terlalu dalam.

4. Menahan diri dari melakukan jima’
Namum seandainya ia melakukan dalam keadaan lupa bahawa ia sedang berpuasa, maka puasanya itu tidak batal. Demikian pula jika ia melakukan pada malam hari atau ia ihtilam (bermimpi hingga keluar mani) lalu masih tetap dalam keadaan junub (belum mandi dari hadas besar) sampai sesudah terbitnya fajar, maka puasanya tetap sah. Bahkan seandainya terbit fajar sementara ia masih dalam keadaan “bercampur” dengan isterinya lalu ia segera menghentikannya saat itu juga maka puasanya tetap sah. Akan tetapi jika ia tidak segera menghentikannya, maka puasanya batal.

5. Manahan diri dari istimna’
Iaitu mengeluarkan mani dengan sengaja, dengan tanpa jima’, maka itu boleh membatalkan puasa. Mencium atau memeluk isteri tidak akan membatalkan puasa selama tidak mengeluarkan mani. Meskipun begitu perbuatan seperti itu makruh hukumnya.

6. Menahan diri dari muntah
Melakukannya dengan sengaja membatalkan puasa. Akan tetapi ia muntah dengan bukan kemahuannya sendiri maka tidak batal puasanya.

Hukum Orang yang Berbuka pada Siang Hari Ramadhan
1. Qadha
Bermaksud mengganti puasa Ramadhan yang ditinggalkan dengan puasa di hari-hari lain. Hal ini berlaku atas setiap Muslim mukallaf (dewasa dan berakal) yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan atau tanpa udzur (alasan yang dibenarkan dalam islam). Berdasarkan itu, seorang wanita yang sedang haid harus mengqadha hari-hari yang ditinggalkan ketika hari-hari haidnya.

2. Kaffarat
Tidak wajib kaffarat kecuali atas orang yang membatalkan puasanya jima’ (senggama). Adapun membatalkan dengan istimna’, makan, minum dan sebagainya, selain jima’ maka tiada kaffarat atas semua ini. Yang dimaksudkan dengan kaffarat ialah:memerdekakan seorang budak, jika tidak puasa 2 bulan berturut-turut.

3. Imsak
Meninggalkan makan minum pada sisa hari yang dibatalkan puasanya. Hal ini wajib atas orang yang membatalkan puasanya secara haram atau kelalaian yang disengajakan. Maka tidak wajib imsak untuk wanita yang berhenti haid bagi siang hari.

4. Fidyah
Wajib atas wanita hamil atau yang sedang menyusui, apabila meninggalkan puasanya kerana takut akan terganggunya kesihatan bayinya.
Adapun jumlah fidyah ialah satu mud diberikan kepada seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan. Selain fidyah, ia harus meng-qadha puasanya.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita mempunyai banyak peluang dalam mengumpul pahala, bukan sahaja menjalankan tugas wajib sebagai seorang islam tetapi banyak lagi usaha yang boleh dilakukan seperti yang telah di cerita kan sebelum ini. Diantaranya puasa di bulan Ramadhan.. Di samping usaha seharian yang kita lakukan, kita sebagai hamba Allah di galakkan memdirikan puasa sunat isnin dan khamis tau puasa puasa-puasa sunat yang lain bagi menghiasi cabang-cabang atau tunas keimanan.
Usaha yang dijalankan oleh manusia hanyalah azab semata-mata, namun keputusannya adalah di genggaman Allah Subhanahu wa ta’ala kita hanyalah merancang dan Allah yang menentukan. ” Setiap perbuatan kebaikan memperoleh pahala sepuluh kali lipat sampai 700 kali, kecuali puasa : ia milik-Ku dan Aku-lah yang menentukan besar pahalanya. ”
Semoga folio ini memberi manfaat bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dan saya berharap agar ianya akan mendapat memberi manfaat kepada semua orang islam untuk memenuhi tuntutan syariat serta memperolehi hidayat dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa ta’ala baik di dunia mahupun di akhirat.

Ustaz Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com