Tajuk: Faktor-faktor kurangnya keyakinan terhadap Allah s.w.t

ABSTRAK
Kepercayaan dan keyakinan terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta’ala adalah satu perasaan yang lahir dari hati atau lebih tapat lg adalah iman. Iman berasal dari perkataan “amanu” dan “yakminu” yang bermaksud “percaya”atau “membenarkan”. Percaya kepada Allah bermaksud kita beriman. Faktor-faktor kurangnya keyakinan terhadap Allah ialah tidak dapat melihat Allah, ini terjadi kerana manusia hanya mempercayai dan kuat keyakinannya terhadap sesuatu itu sekiranya ianya dpat dilihat. Kurang mendapat didikan agama juga adalah faktor-faktor lemahnya iman, ini dapat dilihat dimana mereka yang kurang mendapat didikan agama lebih kerap melakukan kesilapan atau kesalahan dan menganggapnya betul, pendirian ini akan menyebabkan mereka kurang percaya dengan Allah. Faktor terakhir ialah kurang melakukan amalan sunat, Islam menggalakkan umatnya melakukan amalan sunat kerana diibaratkan sebagai penampung kepada amalan wajib kita seterusnya akan mnguatkan lagi kepercayaan dan keimanan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan untuk menambahkan lagi keyakinan kepada Allah adalah dengan mendalami ilmu agama dengan menghadiri kelas-kelas agama samada secara percuma atau berbayar termasuk juga kuliah-kuliah agama di masjid-masjid atau majlis agama. Selain itu juga, kita boleh melipat kali gandakan usaha dengan melakukan amalan sunat seperti solat-solat sunat, berzikir, berpuasa sunat, membaca al-quran dengan hukum yang betul, dan banyak lagi. Dengan ini dapatlah disimpulkan manusia sekarang sudah jauh dari Allah dan manusia haruslah sedar dan mencari kembali kepercayaan terhadap Allah dimana keyakinan tidak datang dengan sendirinya sebaliknya kita perlulah berusaha mencarinya bersungguh-sungguh.

PENDAHULUAN
Kepercayaan dan keyakinan terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta’ala adalah satu perasaan yang lahir dari hati atau lebih tepat lagi adalah iman.
Kepercayaan kepada tuhan turut tersenarai dalam rukun iman yang mana seluruh umat slam harus percaya dan merupakan kepercayaan yang petama dan yang terpenting Islam hanya memperayai satu tuhan iaitu Allah yang maha esa yang merupakan pencipta kita. Jika kita tidak percaya dengan kekuasaan dan kewujudan Allah, bermakna kita tidak percaya dengan kewujudan kita sendiri.
Iman dalam Islam bermaksud percaya kepada Allah. Sesiapa yang tidak percaya dengan Allah bermaksud dia tidak beriman dan siapa yang percaya kepada Allah bererti dia beriman. Iman berasal dari perkataan arab iatu ‘amanu” dan “yakminu” yang masing-masing bermaksud “percaya” dan “membenarkan”.
Kewujudan dan kekuasaan Allah ada yag dapat dilihat dan ada yng tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia. Disebabkan kebanyakannya tidak dapat dilihat maka manusia lebih cenderung tidak mempercayai dengan kekuasaan dan kewujudan Allah Subhanahu wa ta’ala
Kewujudan dan kekuasaan Allah tidak terbatas dan hanya akan dapat merasai apabila seseorang itu betul-betul percaya dan yakin sepenuhnya dengan Allah. Kenikmatan apabila dapat merasai kewujudan dan kekuasaan Allah adalah satu yang amat menakjubkan.
“sesungguhnya manusia itu kami (Allah) ciptakan dalam sebaik-baik kejadian. Lalu kami jatuh kan dia menjadi serendah-rendah makhluk. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus. ” (at-tin : 4-6)

Factor-faktor kurangnya keyakinan terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta’ala ialah:-
1. Tidak dapat melihat Allah Subhanahu wa ta’ala
Telah menjadi lumrah manusia hanya akan menghargai dan meyakini sesuatu itu hanya apabila ia benar-benar berada di depan mata atau dapat melihatnya. kekuasaan Allah kebanyakannya tidak dapat dilihat, dengan itu manusia tidak mengendahkan segala suruhannya dan melakukan apa yang dilarang.
Contohnya manusia lebih mempercayai hantu daripada mempercayai malaikat.
Antara kekuasaan Allah yang dapat dilihat ialah bukit-bukau, laut, langit dan banyak lagi. kekuasaan yang tidak dapat dilihat ialah malaikat, syurga, neraka

2. Kurangnya didikan agama
Ilmu agama bukan sahaja hanya perlu dipelajari oleh kanak-kanak, tetapi juga oleh orang dewasa. Masa kini kita hanya memberi didikan agama kepada kanak-kanak hanya disekolah saja. Ini tidak mencukupi dengan masalah yang kita hadapi sekarang. Mereka yang kurang mendapat didikan agama akan selalu melakukan apa yang dilarang oleh Allah dan menganggapnya adalah sesuatu yang tidak salah dan akan kerap melakukan kesalahan tersebut.

3. Kurang melakukan amalan sunat
Manusia berfikir dengan melakukan amalan wajib ia sudah memadai. Amalan sunat hanya dilakukan apabila merasakan betul-betul senang. Amalan sunat adalah amalan untuk menampung segala kekurangan ketika melakukan amalan wajib. Amalan sunat adalah amalan yang mudah kerana boleh dilakukan dimana-mana sahaja.
Antara amalan sunat adalah seperti solat-solat sunat, membaca al-quran, berzikir, pausa sunat dan banyak lagi.

Langkah-langkah untuk menanamkan keyakinan sebenar

• Mendalami ilmu agama
Untuk memperolehi keyakinan yang sebenar kita perlulah terlebih dahulu mengetahui dan mengenali Allah.
Pelbagai cara boleh di lakukan dalam mengenali Allah dengan cara mudah dan senang.
Antaranya mengikuti kelas-kelas agama samada secara percuma atau berbayar dan melibatkan diri ddalam acara-acara keagamaan seperti kuliah-kuliah di masjid-masjid atau surau-surau, mengikuti forum perdana di televisyen, dan banyak lagi.

Daripada abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesunguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkania dikalahkan. Perbetulkan lah, dekatkan lah, dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, sellepas gelincir matahari dan sebahagian malam. ”  (riwayat al-bukhari)

• Melakukan ibadat sunat tanpa meninggalkan amalan wajib
Selain ibadat wajib yang perlu dilakukan, ibadat sunat juga perlu untuk meningkatkan dan mengukuhkan keyakinan kita terhadap maha peencipta.
Amalan-amalan sunat tidak hanya tertumpu kepada puasa sunat dan solat sunat, ia juga boleh dilakukan dengan berzikir, bertasbh, dan memuji kebesaran Allah Subhanahu wa ta’ala. puasa sunat tidak hanya pada hari isnin dan khamis, tetapi juga puasa-puasa sunat lain seperti puasa enam dan seebagainya. Pelbagai jenis solat sunat yang boleh dilakukan untuk menambah kekuatan iman seperti solat sunat sebelum dan selepas solat wajib. Amalan-amalan sunat lain adalah seperti membaca al-quran sebelum dan selepas solat.

Pelbagai jenis zikir boleh di lafazkan untuk mengingati Allah dan seterusnya dapat merapatkan diri kepada Allah, dengan berzikir juga kita dapat menenangkan hati seterusnya dapat melakukan kerja dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“dua kalimah yang ringan di lisan, berat di mizan, disukai oleh Ar-Rahman: maha suci Allah dan segala puji-pujian untuk-nya, maha suci Allah yang maha agung. ” (riwayat bukhari dan muslim)

KESIMPULAN
Keteguhan iman seseorang itu adalah melibatkan kepercayaan dan keyakinan yang tulus terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala tanpa belah bahagi. Keraguan terhadapnya akan menyebabkan kita jauh dari nikmat dan rahmatdari yang maha agung.
Hasil dari kajian dan tugasan yang telah saya lakukan, saya dapat memahami dan memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kewujudan dan kekuasaan Allah. ia sekali gus dapat meningkatkan tahap keimanan diri kepada Allah. Keyakinan terhadapnya jangan sesekali dipersoalkan atau mengambil mudah mengenainya. Tanpa keyakinan yang sebenar, iman kita boleh menjadi kabur dan lemah, ia akan memberi kesan kepada perjalanan ibadat kita untuk sujud dan mengerjakan amalan yang diperintahkan. Dengan berkurangnya amalan kita, ia akan membuatkan kita jauh dari nikmat dan rahmat yang sangat bernilai dan kita akan jauh dari perlindungannya.
Faktor –faktor yang mengurangkan keyakinan terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah adalah tidak dapat mellihat Allah, kurang didikan agama dan kurang melakukan amalan sunat. Setiap kesulitan pasti akan dapat diselesaikan dengan izin Allah, antara penyelesaiannya ialah mendalami ilmu agama, melakukan amalan sunat dan banyak lagi.
Selain dari mengukuhkan iman, saya juga dapat mengikuti ksah-kisah para nabi apabila saa membaca buku berkenaan untuk mencari maklumat. Proses dalam melaksanakan tugas ini membantu saya dalam semua aspek dari segi akidah dan pembacaan yang semakin lancar.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com