Tajuk: Meninggalkan Solat Dengan Sengaja

ABSTRAK
Solat adalah tiang agama, ibadah solat adalah sebesar-besar ibadah yang mendekatkan hamba kepada Tuhannya dan ia adalah seteguh-teguh perhubungan makhluk dan penciptanya. Solat dari segi syara’ ditakrifkan sebagai “Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam serta dengan syarat-syarat yang ditentukan. ” Solat lima waktu wajib dilakukan ke atas umat Islam yang berakal lagi baligh dan kewajipan itu tidak gugur selagi hayat dikandung badan. Meninggalkan solat dengan sengaja adalah berdosa dan mendapat balasan yang amat dahsyat.
Antara balasan yang akan diterima oleh orang yang meninggalkan perkara wajib ini adalah seperti hilang keberkatan dari usaha dan rezekinya. Allah juga akan mencabut Nur bagi orang mukmin dan akan dibenci oleh orang-orang beriman. Ketika menghadapi mati, roh akan dicabut dalam keadaan yang sangat haus dan merasa sangat sakit. Ketika berada di dalam kubur, mayatnya akan diseksa oleh malaikat Munkar dan Nakir serta diganggu oleh binatang berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking. Pada hari khiamat pula, timbangannya akan menjadi berat dan serta merta akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam yang sangat panas.
Oleh itu, umat Islam haruslah saling mengingati supaya jangan meninggalkan perkara yang diperintah oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Janganlah meninggalkan solat lima waktu yang merupakan benteng dan kekuatan ukhuwah antara hamba dan penciptanya. Justeru itu, marilah kita sama-sama melaksanakan solat fardhu ini dengan ikhlas dan sempurna. “Sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan. ”

PENDAHULUAN

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah segala puji-pujian dan syukur hanya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Selawat dan salam kepada junjungan yang mulia dan dikasihi oleh sekelian penghuni langit dan bumi Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Tidak lupa juga pada kaum kerabat dan para sahabat baginda yang berjuang menegakkan sunnah rasul ini. Semoga lafaz ujian ini member keberkatan rahmat Allah Subhanahu wa ta’ala kepada kita dan semua umat Islam dimana jua mereka berada.

Sebagai permulaan, ibadah solat adalah sebesar-besar ibadah yang mendekatkan hamba kepada Tuhannya dan ia adalah seteguh-teguh perhubungan makhluk dan penciptanya. Solat dari segi istilah syara’ ditakrifkan sebagai “beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam serta dengan syarat-syarat yang ditentukan. ” Solat lima waktu sehari semalam diwajibkan ke atas umat Islam yang berakal lagi baligh dan kewajipan itu tidak gugur selagi hayat dan akal masih lagi dikandung badan.

Meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah berdosa dan Allah Subhanahu wa ta’ala talah mensyariatkan di dalam Al-Quran bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat lims waktu dengan sengaja akan mendapat balasan di dunia dan di akhirat. Malah, orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali dan ianya terlebih keji daripada iblis. Jadi, di dalam lampiran seterusnya akan menfokuskan kepada balasan-balasan kepada orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.

i) PENGERTIAN SOLAT

Solat adalah tiang agama. Jika tiada solat maka runtuhlah agama ibarat rumah yang tidak bertiang. Solat juga adalah pengukuh dan kekuatan kepada umat Islam dan seluruhnya. Solat dari segi istilah boleh ditakrifkan sebagai “ Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam serta dengan syarat-syarat yang ditentukan “.

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala. : “Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. ” (surah Al-Ankabut-45)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. dersabda : “Tetap teguhlah kamu, jangan bergeser, dan ketahuilah amalmu yang terbaik adalah solat, dan tidaklah akan memelihara wuduk kecuali orang-orang yang beriman. ”

Sembahyang itu menjadi kayu pengukur keimanan seseorang. Bagi sesiapa yang solatnya baik atau benar, maka segala amalannya juga ikut terpengaruh. Tetapi jika sembahyangnya nampak benar dan rajin, namun tingkah lakunya tidak mencerminkan kebaikan, maka keimanan seseorang itu patut dipersoalkan. Sembahyang itu dapat membezakan antara orang mukmin dan orang kafir.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,

“Sesungguhnya batas yang memisahkan antara seseorang dengan kufur hanyalah sembahyang, maka sesiapa yang meninggalkan sembahyang bererti dia telah kafir. ”

ii) FAKTOR-FAKTOR MENINGGALKAN SOLAT

Terdapat tiga golongan umat Islam di atas muka bumi ini. Antaranya adalah golongan yang mengerjakan solat, golongan yang meninggalkan solat dan golongan yang separu solat separuh tinggalakn solat. Akan tetapi, lampiran ini akan lebih menfokuskan terhadap sebab-sebab mengapa umat Islam meninggalkan solat.
Sabda rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud:

“Akan datang kepada manusia (umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam ) pada suatu masa. Di dalam masa itu banyaklah orang yang merasakan dirinya ada melakukan solat, padahal sebenarnya mereka tidak bersolat. ”
 (H. R. Ahmad-Ash Shala 47)

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :
“Apakah yamg menyebabkan kamu masuk ke dalam saqar (neraka) ? Mereka menjawab, “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat”
 (surah al Mudathir:42-43)

Antara sebab-sebab yang menyebabkan sebahagian golongan umat Islam tidak menunaikan solat adalah:

1) Salah faham dan salah pendapat.
Antara sebab-sebab mereka tidak solat adalah kerana mereka berpendapat bahawa solat dan “ibadah” yang lain yang dikerjakan adalah untuk membentuk akhlak dan budi pekerti bagi orang-orang yang tidak memiliki kecedasan dn ilmu pengetahuan. Mereka beranggapan bahawa solat hanya dikhususkan kepada mereka yang tidak berpengetahusn seperti orang-orang surau, penghulu, petani dan orang-orang miskin.

2) Tidak mempunyai pengertian terhadap solat.
Selain itu, golongan yang tiggalkan solat adalah mereka yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang ibadah solat. Contohnya, mereka yang lahir, hidup dan membesar dalam masyarakat yang tidak melakukan solat. Mereka juga tidak pernah melihat orang tua dan orang sekeliling mereka melakukan solat.

3) Pengaruh Malas.
Golongan yang berpengetahuan tentang solat serta mengetahui tentang kefardhuan dan kewajipannya, tetapi mereka sengaja meninggalkan solat disebabkan tabiat kemalasan yang mempengaruhi jiwa dan diri mereka. Disebabkan itu, hilanglah segala keinsafan dan kesedaran sekaligus tidak memperdulikan tentang akibat dan balasannya.

4) Jiwa Remaja.
Selain itu, terdapat golongan yang tidak bersolat kerana beranggapan bahawa solat itu adalah “pakaian” orang-orang tua dan pakaian yang tidak gemar kepada dunia lagi. Mereka beranggapan usia muda haruslah dipergunakan untuk mencapai segala keinginan syahwat dan nafsu semata-mata. Setelah tua barulah bertaubat dn melakukan solat.

5) Takut kepada iblis dan syaitan.
Kebanyakan di antara mereka yang meninggalkan solat adalah kerana mereka takut akan diganggu iblis dan syaitan serta takut akan kehilangan sakti dan jampi yang sedang diamalkan. Perkara-perkara sebegini sering terjadi kepada mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu sesat seperti ilmu hitam, kurafat, syirik dan sebagainya. Mereka juga tidak percaya dengan ke-Esaan dan kewujudan Allah Subhanahu wa ta’ala.

iii) BALASAN-BALASAN MENINGGALKAN SOLAT.
Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji. Malahan, ianya lebih keji daripada iblis. Ini kerana iblis enggan sujud kepada Nabi Adam ‘Alaihis salam yang merupakan makhluk, tetapi orang yang menimggalkan solat adalah seorang yang enggan sujud kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yang merupakan khaliq (pencipta). Oleh itu, dosa meninggalkan solat lima waktu itu amat besar sekali. Di akhirat nanti, seseorang yang meninggalkan solat akan dimasukkan ke dalam api neraka.

Setiap solat yang ditinggalkan mempunyai balasan masing-masing. Bagi mereka yang meninggalkan solat subuh, balasannya adalah Allah akan mencampakkan mereka ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Satu tahun di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia. Jadi bayangkanlah betapa panas dan seksanya kita apabila dimasukkan ke dalam neraka.

Bagi mereka yang meninggalkan solat zohor, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Cuba bayangkan, kita membunuh seorang saudara seIslam kita yang tidak bersalah. Inikan pula membunuh 1000. Betapa kejinya diri kita apabila dengan senang-lenangnya mencabut nyawa manusia di mana kerja itu hanya Allah Subhanahu wa ta’ala sahaja yang berhak dan mampu melakukannya.

Ketiga, barangsiapa yang meninggalkan solat asar, maka dosanya sama seperti meruntuhkan ka’abah. Ini bererti ia sama seperti meruntuhkan umat Islam. Jika umat Islam yang bersama-sama bersatu hati menegakkan agama yang tercinta ini dan kita pula yang menghancurkan maka kitalah yang bertanggungjawab di atas segalanya.

Dosa yang boleh dikatakan amat dahsyat iaitu apabila meninggaalkan solat maghrib maka dosanya seolah-olah berzina dengan ibu bapa sendiri. MasyaAllah…ibu dan bapalah yang mengasuh dan mendidik kita. Adakah kita tidak rasa berdosa jika melakukan perbuatan terkutuk itu? Bayangkanlah…
5
Akhir sekali, meninggalkan solat isyak sama seperti firman Allah yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang meninggalkan solat isyak, bahawa aku tidak lagi meredhai engkau untuk tinggal di bumiku dan mengenakan nikmat-nikmatku, segala yang dilakukan dan digunakan adalah berdosa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. ”

iv) AZAB-AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT:

1) BALASAN DI DUNIA
Allah akan menghilangkan berkat dan rahmat dari usaha dan rezekinya. Allah juga akan mencabut Nur bagi orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya. Selain itu, dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

2) AZAB KETIKA SAKARATUL MAUT.
Bagi mereka yang meninggalkan solat, rohnya akan dicabut ketika ia berada dalam keadaan yang sangat haus. Mereka juga akan merasa azab yang amat pedih ketika roh dicabut keluar. Mereka juga akan merasa azab Su’ul Khatimah. Selain itu, mereka juga akan dirisaukan akan hilang imannya.

3) AZAB DI ALAM BARZAKH.
Mereka akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan dari malaikat Munkar dan Nakir. yang sangat menggerunkan. Kubur mereka juga akan menjadi gelap dan sempit. Kuburnya juga akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari). Akhirnya mereka akan diseksa dengan binatang-binatang bias seperti ular, kala jengking dan lipan.

4) AZAB DI HARI QIAMAT.
Apabila berada di hari qiamat, hisab atau timbangan ke atas mereka yang meninggalkan solat fardhu lima waktu akan menjadi sangat berat. Allah akan murka kepadanya dan Allah Subhanahu wa ta’ala juga akan menyiksanya dengan api neraka yang sangat panas.
6
KESIMPULAN

Sebagai tuntasnya, umat Islam haruslah dan wajib untuk menegakkan agama Islam yang tercinta. Umat Islam wajib menggunakan solat sebagai benteng dan senjata kepada diri masing-masing supaya dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan kemungkaran.

Meninggalkan solat dengan sengaja merupakan dosa besar dan perkara ini amat dimurka dan dilaknat oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. pelbagai balasan, azab dan seksaan yang amat dahsyat dan pedih akan dirasai jika umat Islam meninggalkan solat fardhu lima waktu. Bukan sahaja mendapat balasan di dunia seperti hidup yang dirundum malang, susah hati, jauh dari rezeki, gelap hati dan sebagainya, malah mereka juga akan mendapat azab ketika menghadapi mati (sakaratul maut), azab di alam barzakh dan seterusnya mendapat balasan ketika di hisab pada gari khiamat.

Jika kita meninggalkan solat fardhu lima waktu dengan sengaja tanpa alas an-alasan dan sebab-sebav yang kukuh seperti malas, leka, lalai, sibuk, jahil dan sebagainya, boleh menimbulkan amarah dan kemurkaan Allah Subhanahu wa ta’ala. jika beginilah keadaannya, maka hidup umat Islam tidak akan aman dan berpecah-belah. Mereka juga akan ditimpa malapetaka dan musibah-musibah yang tidak diingini seperti Tsunami, banjir besar, tanah runtuh dan perang-perangan.

Oleh yang demikian, umat Islam haruslah bangun dan sedar bahawa meninggalkan solat lima waktu sehari semalam boleh menyebabkan hidup kita musnah dan hancur. Justeru, marilah kita sama-sama mengerjakan sembahyang dengan ikhlas dan sempurna. “ Sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan. ”

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com