ABSTRAK
Bismillahirahmanirahim, dengan nama Allah (Subhanahu wa ta’ala) yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji ke hadrat Illahi yang telah berfirman dalam Al-Quran: “ Maha suci Allah yang ditanganNyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” (Al-Mulk:1-2). Salah satu pertanyaan manusia sendiri ialah dimanakah penghujung kehidupan seseorang itu. Setiap kehidupan ada batasnya dan ia diakhiri dengan kematian. Tetapi yang anehnya, walaupun setiap individu mengatakan bahawa pentingnya soal kematian, sedemikian pula manusia mengabaikan hal-hal mengenai perkara tersebut. Kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku kepada setiap individu sama ada seseorang itu mahu ataupun tidak akan kematian tersebut. Ini kerana kematian itu adalah sesuatu yang haq, nyata pasti terjadi atas setiap makhluk yang bernyawa. Tiada seorang pun yang dapat menjauhkan diri mereka daripada bertemu dengan saat ini dan tiada sesiapa yang akan tahu akan bila ajal mereka akan menjemput mereka. Mengingati kematian memberi banyak faedah kepada setiap individu, maka, berbahagialah kepada sesiapa yang mengingatinya kerana dengan ini, kita akan dapat mengambil banyak pengajaran yang sangat berguna dan dengan ini juga, kita dapat menjauhkan diri daripada obses akan harta benda dunia.
PENDAHULUAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, bersyukur kepada Allah (Subhanahu wa ta’ala) serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam sahabat-sahabat dan keluarga baginda sekalian. Semoga dilimpahkan Allah (Subhanahu wa ta’ala) akan RahmatNya kepada semua kita muslimin serta muslimat. Akhirnya, atas kehendak Allah Subhanahu wa ta’ala, dengan jayanya dapat saya menyempurnakan tugasan ini dengan sedaya mungkin. Di dalam tugasan saya ini, dikisahkan mengenai perihal-perihal kematian. Ini kerana saya pasti terdapat ramai individu yang mempunyai banyak pertanyaan terhadap kematian akibat kesangsian kerana ketidakpastian yang telah menimbulkan seksaan rohani kepada seseorang individu itu. Dinyatakan juga dalam tugasan saya ini tentang apakah itu kematian, apakah hakikat maut, apa yang akan terjadi sesudah berlakunya sebuah kematian terhadap seseorang individu tersebut, bagaimanakah kematian bagi setiap muslim akan terjadi, apakah yang perlu dipersiapkan oleh setiap muslim ketika menghadapi kematian, kenapakah kematian berlaku pada setiap individu, dan perihal-perihal ketika di alam barzakh. Sudah dimaklumkan adalah setiap perkara yang berlaku di alam ini telah mengikut ketetapan yang telah Allah (Subhanahu wa ta’ala) janjikan kepada setiap individu sejak azali lagi. Maka dengan itu, kita sebagai individu muslim yang dikurniakan kesempurnaan fizikal, sihat tubuh badan dan akal yang sempurna hendaklah sentiasa bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada kita dan hendaklah kita sentiasa berikhtiar dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap dugaan yang diberi kepada kita oleh Allah Subhanahu wa ta’ala.
2. 1. APAKAH KEMATIAN
Perbicaraan tentang kematian bukanlah sesuatu yang menyenangkan kerana manusia mempunyai naluri untuk terus hidup tetapi kematian adalah satu yang pasti akan menemui setiap makhluk yang hidup kerana kematian itu adalah sesuatu yang haq. Kematian akan berlaku tanpa mengira seseorang itu tua mahupun muda dan kita juga tidak boleh menangguhkan kehadirannya sehingga segala kemahuan kita dipenuhi dahulu. Allah (Subhanahu wa ta’ala) berfirman:
“Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaat pun dan tidak pula mereka boleh menyegerakannya”. (Q. 10:49)
Menurut Islam, mati mempunyai peranan besar dalam memantapkan iman dan memupuk semangat pengabdian seseorang individu itu terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala. Tanpa kamatian, manusia tidak pernah akan berfikir tentang apa-apa yang akan berlaku sesudah mati dan tidak akan bersedia untuk menghadapinya. Kematian juga mendorong seseorang itu untuk meningkatkan imannya dan ia juga merupakan jalan menuju kehidupan dan keadilan sejati. Dalam Al-Quran ada disebut bahawa kematian dan kehidupan akan terjadi dua kali iaitu:
“Kematian pertama dialami manusia sebelum lahir, iaitu Allah (Subhanahu wa ta’ala) meniupkan roh kehidupan kepadanya. Kematian kedua terjadi sewaktu manusia meninggalkan dunia fana ini. Kehidupan pertama dialami oleh manusia pada waktu mereka tinggal di dunia, sedangkan kehidupan kedua adalah sewaktu mereka berada di alam akhirat”. (Q. 40:11)
Kematian adalah urusan Allah (Subhanahu wa ta’ala) semata-mata. Oleh sebab itu, manusia dilarang menemui ajalnya atau merampas hak kehidupan orang lain dengan cara yang salah seperti membunuh diri atau membunuh orang lain. Dalam Islam, membunuh diri atau membunuh orang lain merupakan perbuatan terkutuk dan dosa besar. Manakala, berharap mati termasuk dalam perbuatan yang tidak terpuji.
2. 2. KEHIDUPAN SESUDAH MATI
Kematian adalah satu permulaan perjalanan manusia untuk memperoleh kehidupan bahagia di syurga atau menghadapi seksaan di neraka. Ahli tafsir Al-Quran, Ragib Al-Isfahani mengatakan, kematian bermakna terpisahnya roh daripada badan merupakan jalan yang membawa manusia menuju kepada kenikmatan yang abadi. Terdapat beberapa perkara akan berlaku kepada kita sesudah mati. Antaranya ialah panggilan yang akan dibuat kepada setiap mayat pada ketika roh kita dipisahkan daripada tubuh kita, ketika mayat kita diletakkan pada tempat mandi, ketika mayat kita diletakkan di tempat khafan, sewaktu mayat kita dipikul diatas keranda, dikala mayat kita diletakkan untuk disembahyangkan, sewaktu mayat kita berada ditepi kubur dan ketika mayat kita diletakkan pada liang kubur. Panggilan yang dibuat itu adalah panggilan-panggilan yang dibuat bagi menyedarkan si mati tentang perbuatan semasa hayat hidupnya, ia juga sebagai peringatan kepada si mati tentang persediaannya untuk beralih kearah alam barzakh. Ketika mayat dihantar ke liang kubur, menurut Abdullah bin Salam, akan datang seorang malaikat kepada mayat sebelum Munkar dan Nakir masuk untuk bertemu dengan si mati di mana namanya adalah Rumman. Kerjanya adalah untuk membuatkan si mati tersebut untuk menuliskan segala kebaikan dan kejahatan si mati yang dibuatnya semasa hayat hidupnya di dunia dan digantungkan dileher si mati. Sebagaimana Allah (Subhanahu wa ta’ala) berfirman:
“Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya dengan terbuka”. (QS. Al-Isra’ ayat:13)
Setelah itu, barulah si mati tersebut akan disoal dengan bermacam pertanyaan oleh Munkar dan Nakir di mana antara soalannya ialah siapakah tuhanmu, apakah agamamu, siapakah saudaramu, dimanakah kiblatmu dan apakah kitabmu.
2. 3. ALAM YANG DITEMPUHI MANUSIA
Dalam kehidupan manusia akan dialami empat peringkat alam yang akan ditempuhi oleh manusiam iaitu alam kandungan dimana kita diperingkat dalam dijadikan seorang manusia, alam dunia pula ialah dimana kita menjalankan aktiviti sebagai makhluk Allah yang perlu bersyukur dengan apa yang ada pada kita seperti firman Allah SWT: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati agar kamu bersyukur”. (QS. XVI An-Nahl:78)
Seterusnya ialah alam kubur iaitu alam barzakh dimana di sinilah manusia menamatkan hidupnya di alam dunia melalui kematian. Kehidupan seseorang itu di dalam alam kubur adalah sama seperti di alam dunia cuma ia adalah lebih luas. Adapun kehidupan di alam kubur ini juga adalah bersifat sementara waktu iaitu sehingga tibanya hari kiamat dimana bila datangnya hari kiamat akan ada tahap keempat iaitu alam akhirat dimana kehidupan yang akan ditempuh manusia yang terakhir adalah kehidupan di alam akhirat. Maka dengan itu, setiap manusia pasti akan menempuhi empat alam yang tersebut. Di alam akhiratlah dimana ia merupakan perumahan yang kekal untuk selama-lamanya yang terdapat dua tempat iaitu syurga ataupun neraka. Percaya akan adanya kehidupan akhirat ini akan membawa kepada cirri-ciri orang yang sempurna imannya dan bertakwa kepadaa Allah dimana Ia berfirman: “ Dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal” (QS. XL Al-Mu’min:39) “ Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui”. (QS. XXIX Al-‘Ankabuut:64)
2. 4. ALAM BARZAKH
Alam kubur adalah tahap pertama dari alam akhirat dimana ia merupakan taman dari taman-taman syurga dan merupakan suatu lubang dari lubang neraka. Sesiapa yang dapat melepaskan diri di tahap ini pasti tidak akan mengalami kesulitan untuk tahap seterusnya yang lebih ringan namun bagi sesiapa yang tidak lepas akan tahap ini akan mengalami tahap yang lebih dahsyat seterusnya. Demikianlah pengertian hadis yang diartakan dari Uthman r. a bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: “Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Bilamana seseorang telah selamat dalam tahap pertama itu, maka untuk tahap-tahap untuk selanjutnya akan lebih ringan. Tetapi kalau tidak selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahap-tahap selanjutnya akan lebih dahsyat”. (HR. Imam-imam Tirmidzi, Ibnu Majah, Alhakim. )
Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa keselamatan dan kecelakaan di dalam alam kubur itu menentukan tahap hidup yang hakiki, tahap hidup yang abadi, iaitu hidup di alam yang terakhir kelak iaitu alam akhirat. Firman Allah SWT: “ Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kea lam kubur”. (QS. At- Takaatsur:1-2)
Di dalam firman Allah tersebut, Allah memperingatkan kepada kita agar jangan bermegah-megahan dalam soal banyak anak, harta, pengikut, kemuliaan dan seumpmanya. Allah (Subhanahu wa ta’ala) juga ada berfirman: “Dan aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. (QS. LI Adz-Dzaariyati: 56)
KESIMPULAN
Kematian secara kasarnya dapat diterangkan bahawa ianya adalah berpisahnya roh halus dengan tubuh kasar untuk sementara waktu yang telah ditentukan. Maka dengan ini jelaslah kematian ialah dimana roh meninggalkan tubuh dan keluar dari dalamnya yang dicabut oleh malaikat petugas pencabut nyawa iaitu malaikat izrail ‘alaihis salam, namun perpisahan antara roh dan tubuh hanyalah bersifat sementara sahaja. Perpisahan yang berlaku itu adalah ketika si mati itu sedang dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikuburkan lalu roh tersebut akan kembali semula memasuki tubuhnya si mati. Jadi setiap manusia yang telah mengalami kematian dan dikubur tidaklah bererti akan terus ditukar hancur menjadi tanah dah bebas terlepas daripada pelbagai persoalan daripada dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir. Sepanjang penjelasan yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis nabi telah memperjelaskan mengenai bahawasanya setiap individu yang mengalami kematian dan telah dikuburkan itu akan dihidupkan kembali untuk menempuhi sesi pertanyaan Munkar dan Nakir, seksa kubur atau kenikmatan kubur mengikut amalan yang telah dilakukan si mati ketika hayat hidupnya di alam dunia sebelumnya dan persoalan-persoalan ghaib yang lainnya di dalam kubur dan yang selanjutnya ini hidup pada tahap ketiga iaitu hidup di alam kubur. Di dalam hal ini, terdapat firman Allah SWT: “ Padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kambali”. (QS. II Al-Baqarah:28)
Firman Allah (Subhanahu wa ta’ala) juga: “ Dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang yang ada di dalam kubur”. (QS. XXII Al-Hajj:7)
RUJUKAN
1. ASYMUNI, ‘alaihis salam hahid (1980). Ingat Akan Maut. Singapore: Alharamain Pte. Ltd.
2. MOHAMAD Ali Chasan Umar. Berita Ghaib Dan Alam Akhirat.
3. GAZALBA, Sidi (1977). Maut: Pendekatan Rasionil Masalah Mati. Off Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
4. GAZALBA, Sidi. Maut: Batas Kebudayaan Dan Agama. Off Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
5. MOHAMAD Ali Chasan Umar (1981). Alam Kubur (Alam Barzakh) : Digali Dari Al-Quran Dan Hadiths. Singapore: Alharamain Pte. Ltd.
6. ISMAIL, Hj. Abu Bakar (2003). Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar. Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur: Era Visi Publication Sdn. Bhd.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com