ABSTRAK
Iman darisegi bahasa ialah bermaksud percaya manakala dari sudut istilah syarak pula bermaksud membenarkan dalam hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukanya dengan perbuatan. Secara amnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa ketiga-tiga aspek tersebut, sesorang itu belumlah di katakan sebagai beriman kepada Allah dengan sebetol-betolnya. Hal ini kerana, rukun iman adalah salah satu rukun asas yang perlu di ketahui oleh sesorang yang bernama Islam. Tanpa iman sesorang muslim itu pastinya mudah terpesong akidahnya serta mudah terjerumus ke arah jalan yang sesat. Rukun iman terbahagi kepada enam bahagian iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab-kitab Allah (Al-Quran), beriman kepada para rasul dan nabi, serta beriman krpada hari akhirat, dan juga beriman kepada qada’ dan qadar. Tidak sempurnalah iman sesorang muslim terbabit sekirranya kekurangan salah satu daripada rukun iman di atas. Hal ini kerana, rukun iman merupakan pelengkap hidup kepada sesorang muslim. Sekiranya kita tidak dapat memahami dengan sebetul-betulnya rukun iman terbabit maka akan berlakulah banyak kejadian-kejadian terpesong akidah dan perkara-perkara yang boleh membatalkan iman sesorang muslim itu seperti khurafat, syirik dan sebagainya lagi. Iman adalah tunggak kekuatan umat Islam itu sendiri dalam menghadapi pelbagai rintangan dan musuh yang bakal di hadapi. Sekiranya kuatnya iman kita maka kuatlah umat Islam tetapi sekira sebaliknya yang berlaku iaitu lemahnya iman umat Islam sekarang maka senanglah kita sebagai umat Islam terpedaya dengan tipu muslihat orang-orang kafir dan dengan mudah umat Islam akan di tindas seperti mana yang terjadi kepada Iraq, Palestin dan lain-lain Negara Islam. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mencari kemanisan iman itu sendiri kerana iman tersebut terdapat di dalam diri kita sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat menolong kita sekiranya bukan kita yang menolong diri kita sendiri. Berusalah bersungguh-sungguh mencari kemanisan iman tersebut. Semoga kita akan memperolehinya. Insyallah.
PENDAHULUAN
Erti iman secara harafiah dalam Islam bererti percaya kepada Allah. Maka dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang mempercayai kewujudan Allah serta ciptaanNya. Sesiapa yang menpercayai maka dia akan di katakan beriman. Perkata iman diambil daripada kata kerja yang bererti “amana” dan “yukminu” dalam kata lain yang membawa maksud “percaya” dan “membenarkan”. Perkata iman yang bererti membenarkan itu di sebut di dalam Al-Quran. Di antaranya terdapat di dalam surah At-taubah ayat 62 yang bermaksud : “dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman”
Ali bin Abi Talib Radhiyallahu ‘anhu menarifkan iman menurut syariah Islam ialah “ iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota badan”.
Aisyah Radhiyallahu ‘anhu pula berkata “ iman kepada Allah itu mengakui dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.
Imam Al-Ghazali menghuraikan makna iman ialah pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota).
Iman adalah membenarkan dengan hati menyatakan dengan lisan dan melakukanya dengan anggota badan. Secara ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa ketiga-tiga syarat tersebut sesorang itu belumlah di katakan beriman dengan sempurna. Ketiadaan salah satu dari tiga ciri-ciri tersebut maka lainlah nama yang Islam berikan kepada mereka iaitu fasik, munafik ataupun kafir.
Maksud iman dari segi bahasa ialah percaya, manakala maksud dari istilah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota. Rukun iman terbahagi kepada enam bahagian :
1) Beriman kepada ALLAH
2) Beriman kepada malaikat
3) Beriman kepada kitab-kitab
4) Beriman kepada para rasul
5) Beriman kepada hari kiamat
6) Beriman kepada qada’ dan qadar
BERIMAN KEPADA ALLAH
Maksudnya adalah kita beriman kepada adanya Allah dan beriman kepada keesaan-Nya di dalam sifat serta peribadian kita kepadaNya. Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak dan tidak relative kepada apa-apa jua yang wujud di dunia ini. Dalilnya di dalam surah Al-Ikhlas yang bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak dia beranak dan tidak jua dia diperanakan. Dan tiada yang serupa denganNya. Dia lah tuhan yang esa.
Muslim mendifinisikan tuhan melalui sifat-sifatnya yang di kenali sebagai 99 nama Allah. Walaupun tiada imej visual tentang Allah atau gambaran mengenaiNya tetapi setiap muslim sama ada lelaki mahupun perempuan yang telah baligh dan berakal wajib untuk mengetahui sifat-sifat wajib bagu Allah mempunyai sebanyak 20 sifat dan sifat mystahil bagi Allah juga mengandungi sebanyak 20 perkara. Allah jugalah yang mencipta seluruh alam ini termasuk segala isi yang terkandung di dalamnya. Walaupaun Allah tidak dapat di lihat tetapi bukti-bukt mengenai kekuasaanNya dan bukti yang menunjukan bahawa Allah itu wujud adalah banyak sekali. Bukan sekadar kita wajib mengetahuinya malah kita juga haruslah mempercayainya serta sujud menyembah Allah yang maha Esa.
PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada maliakat ertinya kita mempercayai bahawa adanya makhluk citaan tuhan yang di jadikan daripada cahaya untuk melaksanakan perintah-perintahnya. Makhluk ini di sebut sebagai malaikat. Zat malaikat adalah halus dan tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu di lihat oleh sesetengah manusia yang luar biasa seprti nabi dan rasul. Rupa malaikat yang sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya namum berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma di dalam pelbagai bentuk rupa paras manusia dan makhluk lain juga. Ia berakal, boleh berkata-kata dan mampu bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam satu masa yang singkat. Keadaan malaikat adalah semata-mata untuk taat setia dan menjalankan segala urusan titah Allah. Malaikat tidak makan, tidak minum, tidak mengantuk dan tidak juga tidur malah tidak juga merasakan penat dan letih. Malaikat mempunyai banyak bilangannya tetapi kita hanya wajib sekadar mengetahui 10 malaikat serta tugasnya. Malaikat-malaikat tersebut ialah :
1. Jibril Menyampaikan wahyu
2. Raqib Mencatat amalan keburukan
3. Atib Mencatat amalan kebaikan
4. Izrail Mengambil nyawa
5. Mikail Menurunkan rezeki
6. Israfil Meniup sangkakala
7. Mungkar Menyoal orang mati
8. Nankir Menyoal orang mati
9. Malik Menjaga neraka
10. Ridzuan Menjaga syurga
PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Terdapat empat buah jenis kitab yang di turunkan oleh Allah kepada hamba-hambanya di muka bumi in untuk di jadikan sebagai panduan hidup ke jalan yang benar jalan yang di redhai oleh Allah.
Empatr buah kitab terdebut ialah :
1. Kitab taurat
2. Kitab zabur
3. Kitab injil
4. Kitab Al-Quran
Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul adlah untuk membimbing manusia ke jalan yang lurus iaitu jalan yang benar. Kitab yang paling mulia di antara empat buah kitab di atas ialah kitab Al-Quran. Ia nya turunkan kepada nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang mana merupakan nabi dan rasul yang terakhir di lantik oleh Allah di atas muka bumi ini. Al-Quran juga merupakan kitab yang terakhir diturunkan oleh Allah kepada hambanya untuk di anuti sehingga berlakunya hari kiamat nanti. Sealain itu Al-Quran merupakan kitab Allah yang paling lengkap dan merangkumi segala aspek serta rutin hidup manusia seharian. Membaca AL-Quran merupakan ibadat kerana setiap huruf yang di baca akan mendapat ganjaran pahala daripada AllahSWT. di samping itu, Al-Quran menyempurnakan kitab-kitab yang terdahulu. Hal ini kerana kitab-kitab selain Al-Quran telah di ubahsuai mengikut kehendak piha-pihak tertentu, maka kitab-kitab tersebut bukan lagi merupankan naskah yang tulen.
PERCAYA KEPADA NABI DAN RASUL
Menyakini bahawa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk membimbing manusia kearah jalan hidup yang baik dan direhdai oleh Allah. Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah manusia biasa. Nabi ialah seorang lelaki yang di pilih oleh Allah untuk menerima wahyu untuk dirinya sahaja dan tidak di wajibkan untuk menyampaikan kepada orang lain. Rasul pula ialah seorang lelaki yang di pilih oleh Allah untuk menerima wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada umatnya yang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang rasul bermulanya daripada penciptaan manusia bermula dengan nabi Nuh ‘Alaihis salam dan diakhiri oleh nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam manakala bilanagan nabi pula ialah sebanyak 124000 orang bermula dengan nabi Adam ‘Alaihis salam dan berakhir dengan nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Ini bermakna tiada nabi dan rasul yang akan dilantik selepas kemangkatan baginda. Terdapat lebih kurang 25 orang rasul yang di nyatakan di dalam Al-Quran.
PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT
Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah Subhanahu wa ta’ala ini.
Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
1. Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
2. Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
3. Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
4. pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
5. Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
6. Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
7. Banyak berlaku gerak gempa.
Tanda-tanda besar :
1. Keluar dajjal merosakkan agama.
2. Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
3. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
4. Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
5. Terbit matahari dari sebelah barat.
6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah Subhanahu wa ta’ala.
Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
1. Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
2. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah Subhanahu wa ta’ala terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1. Mensyirikkan Allah Subhanahu wa ta’ala, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah Subhanahu wa ta’ala seperti menyembah berhala.
2. Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah Subhanahu wa ta’ala ataupun ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala.
3. Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
4. Mengubah hukum Allah Subhanahu wa ta’ala iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
5. Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah Subhanahu wa ta’ala dan menafikan kebenaran Islam.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya dapatlah kita memahami bahawa rukun iman itu adalah pelengkap kepada jiwa kita sbagai seorang muslim. Hal ini kerana rukun-rukun iman merangkumi semua aspek- aspek rohani yang di perlukan dalam memperkuatkan lagi akidah kita. Tanpa iman yang kuat hidup sesorang itu akan terumbang ambing dan hilang arah tujuan seperti kapal di pukul oleh ombak di lautan yang terbentang luas. Tanpa seorang nakhoda maka kapal tersebut akan karam seperti itu juga hidup kita jika tidak ada iman sebagai panduan. Sekiranya kita lambat untuk menyelamatkan atau menyedari pasti hidup kita akan lebih jauh tersasar daripada jalan yang lurus iaitu jalan yang direhdai oleh Allah. Sekiranya kita tidak mengamati dan memahami betul-betul rukun iman maka mudahlah terjadi perkara-perkara yang dapat membatalkan iman contohnya seperti perbuatan sihir, khurafat, syirik dan macam-macam lagi. Iman adalah kekuatan kepada umat Islam dalam menghadapi segala tipu muslihat orang kafir pada zaman sekarang. Orang kafir tidak hanya menyerang kaum muslimin secara fizikal ataupun terang-terangan tetapi juga menyerang secara rohaniah. Orang kafir akan sedaya upaya mereka untuk menyesatkan umat Islam. Oleh itu kita haruslah mempunyai akidah yang kukuh bagi menghadapi segala rintangan yang bakal mendatang. Sesungguhnya iman itu adalah tinggi nilainya tidak dapat di jual beli mahu pun warisi oleh seorang ayah yang bertakwa. Iman perlulah di cari di dalam diri kita sendiri kerana tidak semua orang dapat merasai nikmat kemanisan iman itu sendiri. Oleh itu marilah kita bersama-sama mencari kemanisan itu tersebut kerana rugilah hidup di dunia ini sekiranya tidak dapat merasai kesemua anugerah yang di berikan oleh Allah kepada hambanya di dunia ini. Maka berusahalah kita semua. sekian
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com