Tajuk: Memehami Dan Meyakini Kewujudan Malaikat

ABSTRAK
Beriman kepada malaikat adalah termasuk salah satu daripada rukun iamn. Kadang-kadang ada yang berkata; “malaikat itu ghaib”. Hal ini dapat dibuktikan melalui surah Ibrahim, ayat 27: “Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh iaitu La ilaha illallah. Kami berkata kepadanya; “kita adalah orang yang berman, beriman kepada barang ghaib adalah merupakan kejayaan yang besar. Bagaimana kita tidak percaya kepada malaikat, sedangkan Al-quran telah mengadakan satu surah yang dinamakan dengan nama mereka iaitu surah “Fatir” atau surah Malaikat. Adapun alam yang nyata itu dapat di kesan dengan pancaindera dan pengkajian, sedangkan alam ghaib (mawaraaal maddah) hanya dapat diyakini dengan dalil-dalil akal yang sihat dan logik serta dalil-daill yang telah thabit dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam ;”barang siapa yang tidak beriman melainkan pada yang dapat dilihat atau yang dapat dirasakannya dengan pancaindera sahaja, ia telah jatuh martabat kemanusiaannya pada darjat kebinatangan yang paling rendah”. Allah telah memberi manusia satu kekuatan lain yang dapat menerima akan adanya barang tidak dapat dikesan oleh pancaindera, iaitu akal. Dengan itulah manusia dapat mengetahui apa-apa yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera. Para malaikat itu adalah hamba Allah yang mulia, yang menjadi utusan antara Allah dan para RasulNya. Mereka adalah makhluk yang mulia dalam penciptaan dan akhlaknya, mulia disisi Allah, suci dan bersih zat, sifat dan pekerjaannya. Mereka sangat patuh pada perintah Alla Azza Wajalla, mereka adalah makhluk diantara makhluk Allah yang diciptakan daripada Nur untuk beribadah kepadaNya. Mereka bukan anak-anak lelaki atau perempuan Allah, mereka juga bukan sekutu Allah. Allah telah menciptakan malaikat itu sebelum Dia menciptakan manusia. Hal ini dapat dilihat di dalam Al-quran bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberitahu kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan Khalifah di muka bumi iaitu manusia. Walaupun terdapat manusia yang soleh, malaikat lebih mulia bila ditinjau dari segi kesempurnaan pada akhirnya. Hal ini kerana, apabila mereka telah masuk syurga dan menperolehi darjat kehampiran kepada Allah, mereka menepati darjat yang tinggi, dikasihi Allah, Allah mengistimewakan dan bertajalli kepada mereka. Demikian juga manusia soleh itu memperolehi kenikmatan yang tiada terhingga di kala memandang wajah Allah yang Maha Mulia. Sedangkan malaikat malaikat itu menjadi pengkhidmat manusia atas arahan Allah Subhanahu wa ta’ala

PENDAHULUAN
Malaikat dalam islam merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada Nur atau cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa, dan tidak beranak. Mereka tidak minum dan tidak makan. Kata malaikat merupakan jamak dari bahasa arab iaitu “Malak” yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.
Sebagai seorang islam yang beriman, wajib baginya mengetahui kewujudan malaikat. Percaya kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Mereka berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Selain daripada itu, kewujudan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam surah Fatir, ayat 1; “segala puji bagi Allah penccipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan untuk menguruskan bermacam-macam urusan, yang mempunyai sayap, masing-masing ada yang dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
Selain dapada itu, dalil-dalil dari hadis Rasulluah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga sangat banyak. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang berasal dari Umar ibnul Khattab menceritakan peristiwa Rasulullah sewaktu ditanya berkenaan iman. Baginda menjawab; “Hendaklah engkau percaya kepada Allah, para malaikatNya, para RasulNya, hari kiamat dan takdir baik dan burukNya”. Dengan ayat Al-quran dan Hadis ini, dapatlah dibuktikan akan wujudnya malaikat yang patuh pada ketentuan Allah.

LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMAHAMI DAN MEYAKINI KEWUJUDAN MALAIKAT
Sebagai umat islam, kita tidak mengetahui bilakah malaikat itu diciptakan, kerana Allah tidak memberitahu akan hal itu. Namun kita mengetahui bahawa mereka diciptakan terlebih dahulu dari penciptaan Adam. Allah memberitahu kepada kita bahwa Ia telah mengumumkan kepada para malaikat bahawa Allah akan menjadi seorang khalifah dimuka bumi. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman, “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah dimuka bumi” (Al baqarah: 30) ″. Maksud khalifah disini adalah Adam ‘alaihis salam dan Allah menyuruh mereka agar bersujud kepadanya ketika Allah telah menciptakannya. “Maka apabila Aku telah menyempurnakannya dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan) -Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (menghormat) (Al-Hijr: 29) ”.
Al-quran telah menerangkan bahawa para malaikat itu menyembah kepada Allah siang dan malam tanpa mengenal rasa penat, sempit dan mereka juga tidak mengenal rasa bosan. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala ; “maka mereka iaitu malaikat yang disisi Tuhanmu bertasbih kepadaNya di malam dan siang hari, sedang mereka tidak mengenal rasa bosan”. Surah Fussilat, ayat 37 ini menerangkan bahawa kewujudan malaikat ini adalah untuk menyembah Allah. Melalui ayat ini dapatlah dibuktikan akan kewujudan malaikat untuk mengawasi manusia di dunia ini.
Sebagai seorang islam, kita harus beriman kepada malikat Allah. Antara cara untuk beriman kepada malaikat dengan melakukan perbuatan baik dan merasa terhina serta anti dari melakukan perbuatan buruk kerana dirinya selalu diawasi oleh malaikat. Selan itu, dengan bertakwa dan beriman kepada Allah Subhanahu wa ta’ala serta berlumba-lumba mendapatkan lailatul Qodar dengan tujuan untuk masuk ke dalam syurga yang dijagsa oleh malaikat Ridwan. Seterusnya, selalu berfikir dan berhati-hati dalam melaksanakan setiap perbuatan baik mahupun buruk akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Adapun begitu, kewujudan malaikat dapat diyakini dengan mengetahui bagaimanakah cara malaikat menyembah kepada Tuhannya. Malaikat menyembah kepada Tuhannya dengan berbagai cara, antaranya dengan bertasbih berterusan dan tiada henti-hentinya. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala ; “dan malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya” (surah Asy-Syuraa, ayat 5). Malaikat juga mengerjakan solat, maka mereka juga berdiri, ruku’ dan sujud. Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para ssahabatnya apabila mereka sedang bersedia untuk mengerjakan sembahyang; “mengapa kalian tidak membuat saf seperti malaikat bersaf-saf dihadapan Tuhannya”.
Sebagai seorang muslim, kita harus mempunyai keyakinan terhadap kewujudan malaikat. Dalam memahami kewujudan malaikat ini, kita dapat meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah. Dengan mengetahui peranan mlaikat dalam pentadbiran alam ini, dapatlah dibuktikan kewujudan malaikat. Ibnu Qayyim Al-Jauziah berkata bahawa semua aktiviti yang ada di langit dan di bumi sejak dari peredaran bintang, matahari, bulan, angin, awan, tumbuhan dan haiwan bepunca atau digerakkan oleh malaikat-malaikat yang menguruskan langit dan bumi. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam surah An-Naazi’aat, aat 5; “dan malaikat-malaikat yang mengatur urusan dunia.
Malaikat mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusia. Merekalah yang diserahi tugas menguruskan manusia sejak berupa nutfah (air mani) sampai ke akhir hayatnya dan bahkan sampai manusia itu ditempatkan di syurga atau neraka. Mereka ditugaskan menguruskan penciptaan manusia dari satu proses ke proses yang lain, kemudian membentuk rupa dan memeliharanya di dalam tiga tingkatan kegelapan. Lalu menuliskan rezekinya, amalnya, umurnya, celakanya, kebahagiaannya dan memastikannya dalam semua tigkah lakunya. Para malaikat jugalah yang diserahkan tugas meyeksa atau memberi nikmat manusia di alam barzah dan setelah bangkitnya dari kubur. Mereka jugalah yang akan mengingatkan manusia di kala lalai, membangkitkan semangatnya dikala malas, meneguhkan hatinya dikala ketakutan. Oleh itu, sebagai seorang manusia haruslah bagi kita meyakini kewujudan malaikat ini.

PENCIPTAAN MALAIKAT
Allah berfirman, “Segala puji bagi Allah Pencipta Langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan yang bersayap, dua-dua, tiga-tiga, dan empat-empat. Allah menambah apa yang dia kehendaki tentang ciptaanNya. Sesungguhnya Allah maha kuasa atas segala sesuatu”. (Fathir: 1). Ayat ini bermaksud bahawa Allah menjadikan mereka memiliki sayap, ada yang bersayap dua, tiga, empat dan ada yang lebih banyak lagi.
Malaikat berasal dari perkataan “Malak” dlm bahasa Arab yang bereerti kekuatan. Malaikat merupakan kekuatan-kekuatan yang patuh, tunduk dan taat pada perintah Allah Subhanahu wa ta’ala Malaikat dalam islam merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya dan mulia serta terpelihara daripada maksiat. Biasanya malaikat tidak dapat dilihat oleh manusia. Ia hidup dalam alam ghaib kecuali pada masa-masa ketika ia menjelmakan bentuk-bentuk tertentu atau bentuk asalnya yang bersayap.
Tambahan lagi, malaikat tidak berjantina, tidak bersuami, tidak beribu atau berbapa, dan tidak beranak. Mereka juga tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yg dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh, malaikat datang kepada kaum Lut dngan menyerupai lelaki yang kacak. “Dan kaumnya segera datang kepadanya. Sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan keji. Nabi Lut berkata, “wahai kaumku! Inilah puteri-puteri ngeriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan namaku terhadap tetamuku ini. Tidak adakah diantara kamu orang yang pandai?”.
Hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan kepada kita bahawa malaikat itu diciptakan daripada “Nur” iaitu cahaya. Rasulullah bersabda; “malaikat itu dicipta daripada Nur, jin diciptakan daripada nyala api, dan Adam diciptakan daripada apa yang telah diciptakan kepadamu”.

FUNGSI DAN TUGAS-TUGAS MALAIKAT
Jumlah malaikat sangat banyak. Tidak ada yang dapat mengetahui jumlah sesungguhnya kecuali Allah Subhanahu wa ta’ala Mereka mempunyai tugas dengan fungsi yang berbeza-beza. Mereka menjalankan tugasnya secara profesional, mereka tidak pernah mengingkari tugas dan tidak pernah istirehat dalam menjalankan tugas yang dibebankan kepada mereka dengan penuh ketundukan dan kepatuhan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala Antara tugas-tugas Malaikat seperti membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul, bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah, memikul Arsy, dan berdoa untuk orang-orang beriman. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka.
Malaikat Jibrail diberikan amanat untuk menyampaikan wahyu, turun membawa petunjuk kepada Rasul agar disampaikan kepada umat. Allah Ta'ala berfirman, "Dan sungguh dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang" (QS. At Takwiir : 23) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Aku melihatnya (Jibril) turun dari langit, tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi”.
Malaikat Mikail diserahi tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan dimana semua rezki di dunia ini berkaitan erat dengan keduanya. Terdapat penyebutan Jibril dan Mika-il secara bersamaan dalam satu ayat, Allah Ta'ala berfirman, "Barangsiapa menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat- Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mika-il, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir" (QS. Al Baqarah : 98)
Malaikat Israfil Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.
Malaikat Izrail. Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat. Allah Ta'ala berfirman, "Mereka berseru, 'Hai Malik, biarlah Rabb-mu membunuh kami saja'. Dia menjawab, 'Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini) '. Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu" (QS. Az Zukruf : 77-78)
Malaikat Munkar dan Malaikat Nakir. Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur. hadits Abu Hurairah radliya-lLahu anhu (RA), Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir".
Malaikat Raqib dan Malaikat Atid. Tugas malaikat Raqib ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan. Tugas malaikat Atid adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan. Makna Raqib dan 'Atid ialah dua malaikat yang hadir.
Malaikat Ridhwan. Tugasnya menjaga syurga dan menyambut ahli syurga.
Malaikat Malik. Tugasnya menjaga neraka dan menyambut ahli neraka. Allah Ta'ala berfirman, "Mereka berseru, 'Hai Malik, biarlah Rabb-mu membunuh kami saja'. Dia menjawab, 'Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini) '. Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu" (QS. Az-Zukruf:77-78).

KESIMPULAN
Di sini, dapatlah disimpulkan bahawa malaikat itu wujud. Sebagai umat kita haruslah yakin dan percaya akan makhluk ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala yang dicipta untuk menguruskan hal-hal manusia serta segala yang berada di alam ini. Kita haruslah yakin kepada rukun iman yang kedua ini iaitu Percaya kepada malaikat. Malakat merupakan makhluk yang mulia dalam penciptaan dan akhlaknya, mula disisi Allah, suci dan bersih Zat, sifat dan pekerjaannya. Mereka juga sangat patuh kepada Allah azza wajalla, mereka adalah sejenis makhluk diantara makhluk Allah ang diciptakan daripada Nur untuk beribadat kepada-Nya. Malaikat juga tidak berjantina, tidak bersuami, tidak beribu atau berbapa, dan tidak beranak. Mereka juga tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yg dikehendaki dengan izin Allah. Selain daripada itu, kewujudan malaikat dapat diyakini dengan mengetahui bagaimanakah cara malaikat menyembah kepada Tuhannya. Malaiakat menyembah kepada Allah dengan berbagai-bagai cara, antaranya dengan bertasbih berterusan dan tiada henti-hentinya. Bagi umat Islam yang menolak kepercayaan kepada kewujudan malaikat, maka berdosalah baginya. Tambahan lagi, kita dapat mengetahui tugas-tugas 10 malaikat utama yang Allah ciptakan seperti Jibrail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir, Ridhwan, Malik, Rqib dan Atid. Kita mengetahui bahawa mereka diciptakan terlebih dahulu dari penciptaan Adam. Allah memberitahu kepada kita bahwa Ia telah mengumumkan kepada para malaikat bahawa Allah akan menjadi seorang khalifah dimuka bumi iaitu Adam ‘alaihis salam. Natijahnya, percaya akan kewujudan malaikat akan meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala

Ustaz Ustaz Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com